Aug 17, 2010

Apa itu 6 perkara?

(Email dari isteri karkun, Ramadhan 2007, soalan: “Bila nak cerita tentang muzakarah enam sifat sahabat”aku pun jawab tiga tahun kemudian: “Sifat sahabat tidak akan dapat melalui muzakarah sahaja, kena mujahadah, walaubagaimanapun, muzakarah akan membetulkan mujahadah)

Jika korang rajin baca kisah sahabat dan Nabi Muhammad SAW, (macam lah aku ni rajin sangat) korang akan dapati banyak perbualan antara Nabi dan sahabat yang mana perbualan mereka pada mulanya hanyalah dalam urusan dunia, tapi bila bersembang dengan Nabi, topik perbualan itu akan bertukar menjurus kepada cerita tentang akhirat,

Sebagai contoh, hadith riwayat Ibnu Majah, Daripada Abu Hurairah r.a. beliau menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam, lalu Baginda bertanya kepadanya:

"Wahai Abu Hurairah! Apakah yang kamu sedang tanam?"

Abu Hurairah menjawab: “menanam tanaman untukmu Ya Rasullulah”,

Baginda kemudian bersabda, "Wahai sahabatku Abu Hurairah, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu tanaman yang lebih baik daripada tanamanmu ini?"

Aku menjawab, "Bah kan ya Rasulullah?"

Jawab Baginda, "Bacalah, Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar, akan ditumbuhkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga.”

(teringat pada entry pokok kurma.., : )

Baik, itu satu contoh, yang lain korang boleh baca sendiri, seperti kisah sahabat bercerita betapa untung beliau berniaga hari itu, lalu Nabi cerita tentang untung lagi orang yang solat sunnat selepas solat fardu, kemudian, anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, cerita kisah sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi cerita pulak kelebihan tasbih sebelum tidur.., ada sahabat lain cerita tentang unta betina bunting yang mahal, Nabi cerita pulak kisah kelebihan baca Al quran.. dan lain-lain.., (rujuk sendiri)

Jadi, korang boleh check balik, bila korang berborak dengan kawan sambil minum teh misalnya, ke mana topik perbualan akan menjurus?.., adakah akan menjurus kepada akhirat? atau menjurus kepada tepi kain orang?

Check balik, cuba ambik kertas dan pen, lepas tu bila berkumpul dengan kawan kawan, cuba catat tajuk isu yang dikongsi, (memang kelakar dan ending yang menyedihkan..oh!)

Mula mula korang akan cerita tentang kereta, sport rim, drift, bla bla bla.. lepas tu, tiba-tiba ada salah sorang kawan cerita tentang rumah, korang pun sambung cerita tentang rumah pulak, saiz rumah, pagar rumah, perabot rumah, bayaran instalment, bla bla bla.. lepas tu melalut cerita pulak skim cepat kaya, bla bla bla.. lepas tu meleret cerita pasal artis, bla bla bla.. lepas tu sangkut cerita pasal movie, bla bla bla.. lepas tu sukan pulak, bla bla bla.. lepas tu cerita banjir di kampong saya, bla bla bla.. lepas tu maksiat orang, bla bla bla.. lepas tu cerita tentang kemalangan ngeri, bla bla bla.. lepas tu cerita hantu? Toyol?.., lepas tu? lepas tu? lepas tu?
Ada nak cerita tentang akhirat? Cerita tentang pokok di shurga? Cerita tentang api neraka?

Ada?

Dan rujuk balik bab cita-cita islam korang, rujuk balik bab “al quran bergerak” .., Arghh, aku malas nak membebel pada bulan puasa begini..

Akupun masih banyak yang tak betul.., cakap kat diri aku sendiri ler ni.., dan memang nak kena amal sunnah Nabi yang ni, iaitu tukar topic perbualan korang tentang dunia yang sementara kepada akhirat yang kekal abadi.., tukar cerita korang tentang makhluk kepada Khalid, tukar cerita korang tentang Mal (harta) kepada Amal!..

Kadang kadang, benda ni nak apply kat keluarga sendiripun payah, kan?

Ada suami yang ngadu betapa susahnya nak bercakap tentang ugama dengan isteri, bila cakap pulak, takde respon, begitu jugak dengan anak perempuan, cakap sikit bab aurat, terus tarik bibir tak nak dengar cakap ayah.., nasib baik anak aku kecik lagi, senang jer aku lempang jika tak nak dengar cakap...

Tapi benda ni nak kena sabar dan hikmah.., ambik contoh kisah aku dan biniku..

****

Ada satu hari tu, masa awal-awal kahwin, isteri aku memang jenis yang suka tanam pokok bunga dalam pasu (sampai sekarang pun masih suka), lalu menjelang ramadhan, nak jugak hias halaman rumah dengan pokok bunga, lalu mintak tolong aku apa yang patut.., (baru kahwin bro, memang rajin tolong bini tanam pokok, sekarang rajin jugak, err,, ya, kadang kadang, aku siram pokok bunga, ya, aku ingat, ada!, dua minggu lepas ada sekali aku siram, apa-apalah..)

Jadi, bila dah nak tanam pokok bunga yang duduk dalam plastic dan kena transfer dalam pasu, mula mula, kita kena sediakan bahan tanah campuran yang sesuai antara baja organic dan pasir, bini aku cakap, Nisbah tanah yang baik ialah 3:2:1 iaitu campuran nisbah tiga, bagi tanah. Dua bagi bahan organic, dan satu lagi untuk pasir.

Lepas tu pulak, bawah lubang pasu biasanya ada lubang, untuk elak tanah keluar bila siram air, Tutuplah lubang pasu dengan beberapa keping serpihan pasu pecah atau ketulan batu, tapi jangan tutup sampai air tak boleh keluar, pandai pandailah korang.., lepas tu baru masukkan tanah campuran sehingga ¾ ke dalam pasu..,

Dah semua tu?, barulah potong plastic polibeg yang mengandungi anak pokok bunga dengan berhati-hati supaya bebola akar (rootball) tidak pecah dan terlerai, akhir sekali.., timbus bebola akar dengan tanah dan pastikan tanah dimampatkan (guna tangan pun boleh) supaya pokok teguh dan tidak senget..,

Eh? Kenapa aku ralit bercerita tentang perkara dunia pulak ni?, dan eh? Sejak bila halaman keretamayat bertukar menjadi halaman pertanian? Bukankah halaman keretamayat adalah halaman kubur!

Focus!

Aku nak ikut sunnah Nabi, tolong bini buat kerja, sambil bercerita tentang ugama, oleh sebab bini aku sedang tanam pokok, maka akupun bercerita tentang enam perkara asas pada pokok dan anologikan ianya dengan enam sifat sahabat Nabi.. (sambil tangan berjalan buat kerja merumpai dan menggembur tanah..)

Tapi sebelum tu, aku nak review sikit tentang 6 sifat sahabat kerana ada jugak mualaf yang baru baca blog aku.., karang tak faham pulak anologi pokok tu..

(6 SIFAT SAHABAT)

Setiap sahabat Nabi Muhammad SAW ada berbagai bagai sifat yang tersendiri, seperti Saidina Abu Bakar yang lembut, saidina Umar yang keras, saidina Usman yang pemalu dan Saidina Ali yang tegas serta lain lain sahabat, namun, ulamak telah membuat kajian bahawa pada semua sahabat Nabi, ada enam sifat yang unggul dalam diri mereka..

Kita semua tahu bahawa, Kejayaan Umat ini , adalah apabila kita berjaya mengikut jejak para sahabat r.a kerana mereka adalah golongan yang di cintai Rasulullah SAW, mereka juga telah dapat ‘pangkat’ Radiallahuanhu waradhu-an , yakni mereka redha Allah sebagai Tuhan, dan Allah telah redha mereka sebagai hamba. (rujuk Al quran) oleh sebab itu, kita sebagai umat pada Nabi yang sama, macam mana nak dapat redha Allah?, maka kita kene ikut jejak para Sahabat R.A..

Umumnya, Sahabat Nabi Muhammad SAW ada 6 sifat yang unggul, iaitu 1.Iman, 2.Ibadat 3.Ilmu 4.Akhlak 5.Niat, 6.Dakwah ..

Kalau aku tulis dalam bentuk point, 6 sifat sahabat adalah:-

  1. IMAN (Yakin Hakikat Kalimah La Ila Ha Illa Allah, Muhammadur Rasulullah)
  2. IBADAT (Yakin Hakikat Solat Yang Khusyuk Dan Khuduk)
  3. ILMU (Yakin Hakikat Ilmu Dan Hakikat Zikir)
  4. AKHLAK (Yakin Hakikat Ikramul Muslimin)
  5. NIAT (Yakin Hakikat Ikhlas)
  6. DAKWAH ( Yakin Hakikat Tabligh)

Perlu di ingat, Enam sifat sahabat RA tersebut bukan merupakan agama yang sempurna, karena agama yang sempurna terkandung dalam al qur’an dan al hadith, tetapi apabila enam sifat para sahabat tersebut ada dalam diri kita maka InsyaAllah, ianya akan memberikan kemudahan kepada kita untuk mengamalkan agama secara sempurna.., InsyaAllah...

(Habis review)

Ok, sambung balik bab Laki Bini yang sedang tanam pokok tadi.., tangan masih berjalan buat kerja pemangkasan hujung ranting..., lalu aku ambil satu ranting yang dah terpotong, lalu mengoyanggkan ranting itu sehingga daunya gugur lalu berkata:

“wahai isteriku,!mengapa kamu tidak bertanya,kenapa abang buat begini?"

Isteri ku tersenyum dan terus buat kerja, lalu aku menyambung..

“Beginilah Rasulullah lakukan dihadapan sahabatnya yang bernama Salman, semasa Salman r.a bersamanya dibawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon lalu mengongcang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya baginda bersabda,"wahai Salman ! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat begini?"kataku"khabarkanlah kepadaku."Sabda nabi s.a.w,"Bahawasanya apabila seseorang Islam mengambil wudhuk dengan sempurna,kemudian ia melaksanakan solat lima kali pada setiap hari, maka dosa-dosanya akan gugur seperti mana daun-daun ini gugur."

Bini aku menambahkan senyuman, tangan sibuk membasuh pasu lama, lalu mendepakan tangan dan mengoyangkan jari sebagai isyarat agar aku hulurkan sisa sisa pasu pecah untuk dijadikan lantai pasu lama..

Aku terus menyambung cerita..

“Sayang tahu tak? AKAR POKOK YANG TUNJANG merupakan asas kepada kekuatan pokok, tanpa akar pokok tunjang, maka pokok akan tumbang..,"

Bini aku angguk angguk, bermakna dia sudah tahu..

“begitulah ibaratnya IMAN dengan akar pokok tadi, iman merupakan asas pada ugama, tanpa iman, maka robohlah keislaman kita..”

Bini aku angkut pasu yang sudah di isi serpihan batu lalu bawa ke hujung pagar, aku mengikut dari belakang sambil mendukung beberapa bungkusan anak pokok, dan aku sambung bercerita..
AKAR YANG BERCABANG pada akar tunjang pula adalah SUNNAH NABI, bukankah iman ada 77 cabang?”

Aku sambung lagi:

“Hadith riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh tujuh cabang dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” Jadi..., cabang akar pokok itu tadi umpama sunnah Nabi yang bercabang cabang itulah! Yang mana pokok yang kuat memiliki akar tunjang yang kuat dan banyak cabangnya, jadi individu islam yang kuat adalah teguh IMANnya dan banyak pula SUNNAH dalam diri”

Bini aku angguk, dan ambik pisau lalu hiris bahagian bawah plastic perlahan lahan sedang aku memegang bahagian atas plastic.., mulut aku masih lagi berkata-kata:

BATANG POKOK pula merupakan tiang ugama, dan ini mewakili SOLAT dalam islam, tanpa solat, maka segala amalan lain jadi sia-sia, begitu jugak pokok tanpa batangnya, maka tiadalah dahan, ranting, daun dan buah.., Jadi, di sini.., DAHAN pokok pula mewakili ILMU dalam islam yang mana banyak ilmu, maka banyaklan dahan..”

Akar pokok bungapun terdedah, bini aku dekatkan pasu lalu aku letakkan anak pokok itu ke dalam pasu yang mana bini aku sudah siap-siap mencampurkan isi pasu itu dengan baja dan pasir..

Aku menyambung lagi:

“Tapi jika ilmu itu tidak ada hubungan dengan Allah, maka jadilah pokok itu banyak dahan tapi tidak berdaun, jadi macam pokok kering di padang pasir, tak boleh jadikan sebagai tempat bereduh, kerana DAUN pada pokok adalah mewakili kepada ZIKIR, yang mana lebat daun, maka banyaklah dahan atau anologinya, banyaklah ILMU DAN ZIKIR

Bini aku menyiram sedikit air untuk mengkedapkan tanah, apabila tanah itu semakin turun, aku campur pula dengan bahan tanah yang telah di gaul bersama baja organic serta pasir. Lidah aku terus bergerak-gerak...

BUAH pada hujung dahan pula adalah sifat IKRAM MUSLIMIN yang ada pada diri orang islam yang menunaikan hak tanpa dirinya sendiri menuntut hak, seperti pokok yang memberi buah kepada orang yang berteduh.., langsung tidak menuntut hak.., manakala MANIS pada buah adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang mana jika ikhlas, tentulah orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tak ikhlas, tentulah buah itu rasanya masam..”

Bini aku terus merumpai tanah bagi mengurangkan persaingan baja, air dan cahaya matahari. Aku pula melakukan kerja kerja penggemburan untuk melonggarkan tanah yang padat dan keras bagi menggalakkan pengudaraan tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan subur. Sesekali aku membelek hujung daun kerana takut ada serangan serangga perosak yang dikenali sebagai kutu daun (aphids) dan koya (mealybug)., dan aku menyambung lagi..

“ Akhir sekali, BIJI dalam buah tadi itulah DAKWAH, kerana.., jika biji itu diletakkan pada tempat yang betul, disiram dan di bajai, maka akan muncul lagi pokok baru bersama ribuan biji yang lain, begitulah perumpaan ummat islam yang berdakwah kerana mereka ibarat biji pokok yang subur yang di campakkan kemana sahaja, akan tumbuhlah cahaya islam serta keimanan ibarat pokok yang akarnya teguh, batangnya tegap, dahannya kuat, daunnya rimbung, buahnya lebat, dan manis pula rasanya serta subur pula benihnya, SubhanAllah..”

Wah, bini aku nampaknya kagum dengan penerangan aku tentang 6 perkara pada pokok dan kaitannya dengan sifat sahabat lalu berkata:

“Saya ingat, esok kita beli lagi enam anak pokok dan pasu barulah bang, tak balance kedudukan hiasan pokok ni”

Woha!!!

Ps: Kejadian ini berlaku sebelum isteri aku pergi belajar ‘menjadi isteri pendakwah’ dengan mengikut program masturat selama tiga hari, sekarang isteri aku sendiripun sudah pandai muzakarah enam perkara, anak juga semakin bertambah, anak pokok juga bertambah-tambah!!

Jangan lupa beli pasu baru ye bang, Raya dah dekat ni..., woha!

66 comments:

Ahlia said...

Jangan lupa beli pasu baru ye bang, Raya dah dekat ni...,ha..ha..ha

malu rasanya... maklumlah dulu langsung x faham usha agama... alhamdulilah dengan rahmat dan pemberiannya...

Vanjenazah said...

Salam

Macamana dengan biji yang tak tumbuh2

siannye tak de orang siram,gembur,baja dll

tapi kalau lalang, rumput rampai, tak payah siram,gembur,baja 2 bulan mesti semak samun belakang rumah aku... huhuh

Nurul Syuhada said...

nak tambah pasal pokok neh...

ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tidak berbuah...tak gituu..?

[ a D D y h A I K A L ] said...

seronok membaca..
tapi x tau dapat praktikkan ke tak..

selalu kalo bebual tu bila sebut pasal akhirat...
kompom perbualan tu mati kat situ..

Nerzhul said...

nanti pokok dah berbuah boleh la meniaga buah.

azharjaafar said...

Aku masih x dapat 6 perkara..

azharjaafar said...

ehh.. tapi komen aku tadi yang ke 6..

Luqiem said...

Semoga Allah memberi kekuatan untuk amal sifat2 sahabat yg enam ini...

...antikapel... said...

betul...bila berborak tentang dunia, semua orang bersuara...ingin menceritakan tentang dunia masing2...
tapi, bila sorang sentuh pasal akhirat, hanya dia sorang yang bercerita...

yang lain?angguk2...tak tau tanda faham atau tanda maleh nak dengo...ada juga yang angkat kaki...perasan diperli...

ah...ruginya golongan yang diam itu...aku la tu!

bulan puasa ni, kurangkan bercakap banyakkan berzikir....
ingatlah orang2 yang dah pergi meninggalkan kita dulu...amankah mereka disana?
dan kita?bila agaknya akan menyusuli mereka?

bro, selamat posa...:)

acik lie said...

jelassss sangat...

~L.O.V.E~ said...

encik hamka...

alangkah bagusnya sekiranya setiap laki2 yang wujud di persekitaran wanita, akan berbuat demikian seperti encik hamka; menasihati wanita dgn penuh kesabaran dan menggunakan pendekatan yang sesuai...

pasti hati wanita yang banyak sangat nafsu akan mengalah dengan akal yang waras...

amin.

uan609 said...

seronok baca!
patutlah aku tak pernah miss baca blog ni, rupa2nya buah ko (perumpamaan) manis..
sekasar/semanis mana bahasa ko aku tetap faham (Alhamdulillah) atas sebab keikhlasan ko berkarya@berdakwah
cuma aku jer buat tak reti jer biji yg aku dapat.. aku tak semai elok2

Ya Allah berilah aku keberanian dan kekuatan untuk berdakwah w'pun ilmu ku tak setinggi mana.. (masih & mahu belajar)

Hamka,, TQ. cam biasa entri ko mmg terbaik!

Hamka said...

Ahlia

Bila nak keluar masturat 10 hari? Tanam pokok di shurga banyak banyak..

----------
Vanjenazah

Macamana biji nak tumbuh, letak atas simen, jauh dari cahaya matahari.., dan bilik yang tertutup..

Orang islam sekarang banyak habiskan masa ditempat yang tak betul..

Bukak puasa depan TV sampai kenyang, solat maghrib jam lapan kat rumah.., 10 akhir ramadhan, habiskan masa di komplek beli belah.. (ops, jangan kata orang lebih-lebih)

Balik pada lokasi biji benih..

Apabila kita berdakwah dengan cara yang tidak PATUT kita berdakwah yakni bukan cara Nabi SAW… maka kita akan berdakwah dengan cara yang tidak PATUT kita berdakwah...

Dan apabila kita telah buat perkara yang tidak PATUT kita buat, maka kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan!

Demikian! Bila kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan, maka takut-takut kita akan jadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat!

Dan apabila kita menjadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat, maka kita akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit!!!!

Dan apabila kita bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit maka kita akan duduk ke tempat yang tidak PATUT kita duduk iaitu Neraka jahanam!!!Naduzubillah,

PATUTKAH begitu?Memang TAK PATUT…!!!

----------
Nurul Syuhada

Tambah lauk, apa salahnya, : )

------------
[ a D D y h A I K A L ]

Cuba berborak hal akhirat dengan orang kapir,..

---------
Nerzhul

Air jambu batu pun sedang popular sekarang

-----------
azharjaafar

dapat komen ke enam.., tahniah.., usaha lagi!

-----------
Luqiem

Begitulah hendaknya..

-----------
...antikapel...

Bila mati, malaikat dalam kubur ajar berborak bab akhirat jerr., baik study sekarang, karang jika malaikat mungkar cakap sorang sedang kita diam tak tahu nak jawab apa, ada yang kena ketuk dengan malaikat nakir..

selamat posa...:)

------------
acik lie

jelas atau jealous?

------------
~L.O.V.E~

Cerita tu dah di delete endingnya.., sebab ganas, ha ha

---------
uan609

“istigfar”.., bila aku mati kelak, jika teringat pada ‘manis’ku.., sedekahkan aku al- fatihah..

student said...

oh manisnya apabila dapat amal 6 perkara tersebut.

Abu Nawas said...

terbaik!

kaizen shinobi said...

belikan sekali pasu untuk aq ek? ahaks~ salam ramadhan~

matadore said...

kalo awal2 akar dah mati camne nak kuakn daun, ape lagi bgi bijik..

Hendrik said...

Salam, tuan hamka...
entry terbaik..
tapi masih ramai lagi yg x paham usaha atas agama....
semuanya salah saya yg x hidupkan 5 amal masjid n x praktikan 6 point of sahabah..
nak tanya 1 soalan la tuan hamka..
adkah usrah itu selalu diamalkan di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat...?

Hendrik said...

pening kepala la tuan hamka, bila ader org selalu ajak join usrah...terutamanya kakak saya...

Ibnu Mutalib said...

best3..

(x baca lagi)

bdak sekolah said...

selamat menyambut ramadhan al mubarak..tanam pokok..tanam jugak..buat ibadah jgn luper..hehehe

Anonymous said...

anda benar..

sifat yg pertama wlu d ulang berjuta kali msih x dpt hakikatnya smpai nk brckp pun tkut.tkut2 dlm prcakapan timbul syirik pd ALLAH-langit dh gelap, kjap lg mesti hujan..mesti ke klu tnpa izin ALLAH?

blom msuk sifat2 yg lain.

nk kluar 10 hr etek..tp br dpt cuti 2 taon..camneer

-petot-

kacang berkeju said...
This comment has been removed by the author.
kacang berkeju said...

salam.

duk refresh hari-hari tunggu entry baru hamka.hehe well,good info.nak tambah pasal hadith nabi tentang Fatimah r.aha yang cerita kisah sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah.yg saya ingat lepas tu Nabi beri 'hadiah' kepada anaknya dengan menggerakkan tepung sehingga teruli sendiri.

dan bab Nabi cerita pulak kelebihan tasbih sebelum tidur tu pulak yang saya tau baca subhanallah,alhamdulillah dan allahuakbar 33x sebelum tidur insyaallah akan dipermudahkan urusan.juga amalkan 10x setiap solat fardu.insyaallah.

dan lebih baik diamalkan setiap waktu yg ada sambil tanam pokok dalam syurga :)

Anonymous said...

Rasullullah saw dah pesan jangan turun dari bukit...turun juga...dah kena!

Rasullullah saw dah tinggal Al Quran dan Sunnah...tinggal juga (tak amal)...dah jahil!

-putat-

fzikuz said...

wah, explanation yg sronok dibaca.. ^^

Peluncur Islam said...

Lama aku tak komen...walaupun selalu baca... Entah "gatal" tangan plak nak komen... Mungkin sbb Pakcik Hamka bincang pasal 6 perkara kot..

Emmmm...Memang betul kebanyakkan apabila sahabat bincang pasal kehidupan dunia...nabi akan "tukar fikir" sahabat kepada "fikir akhirat"...

Jadi aku pun nak cuba buat jugak pada korang semua ni... baca ayat ni...susah betul...

1) she sells sea shells at the sea shore

2) kakakku ketip kuku kakiku

--
--
--
--

tapi ada je yang mudah...

1) Subhanallah
2) Alhamdulillah
3) Allahukhbar

dapat pahala lagi tu....



Hua hua err...

Wan said...

dimana ada kemahuan disitu ada jalan

Anonymous said...

nanti crita la pulak fikir iman dan amal...bg bayan trus laaa...dalam bntuk teks..

wan jeniang

M. said...

Salam hamka, setahu saya ada 6 perkara , 6 sifat sahabat nieh orang malaysia, indon dan thailand jer cakap 6 sifat sahabat. Padahal dalam english dipanggil 6 point .

Jika kita kata semua sahabat ada 6 sifat nieh , maka kita telah berbohong atas nama sahabat .

Sebab , 1 . bukan semer sahabat solat! 2. bukan semer sahabat buat dakwah (contoh abu qatadah ra) .

Lagipun , elders sendiri ajar kita rakan seusaha sebut perkataan "6 perkara" .

Maulana Saad bg tau 6 perkara adalah keseluruhan agama .

Anonymous said...

Assalam.
M. I'm curious. Ade ke sahabat yang tak solah? Bukan ke sesiapa yang tak solah maka kufur? Boleh jadi sahabat ke kalu tak sembahyang?

Abu Qatadah rahu. tak buat dakwah? Bukankah beliau cedera mata sewaktu perang Uhud dan nabi saw membantu mengubatinya dan sewaktu Perang Tabuk beliau yang membantu Nabi saw ketika beberapa kali Nabi saw hampir terjatuh dari kuda kerena tertidur akibat terlalu letih.

Boleh beritahu rujukan Tuan. Jazakallah

Saya budak baru belajar
Khalid.

ohcikgu said...

hehe..orang rumah pun dah suruh beli pasu bunga baru sebab raya nih. haha..

Hamka said...

student

semanis kurma?

-----------
Abu Nawas

Wow!

-----------
kaizen shinobi

pasu untuk pokok, keranda untuk orang.., oh..

salam ramadhan~

----------
matadore

kalau akar dah mati, macam mana nak perintah keluarga dan Negara?

---------------
Hendrik

kat surau taman aku pun ada buat usrah, dulu mereka buat di rumah terpilih, sekarang buat di masjid, dan jemput semua orang duduk..
akupun duduk, naqib akan bukak satu isu, dan masing masing pakat bagi idea, yang pandai bercakap akan nampak hebat, dan yang senyap akan nampak macam down dan lain kali mereka tak datang..

so, ada baik dan kontranya..., Balik bab usrah dan sunnah Nabi, budak usrah ada cakap, usrah ni Nabi buat di rumah arqam bin arqam..

hmmm, belajar ugama di rumah ' arqam bin arqam' tak salah.., cuma majlis itu berlangsung di mekkah, masa tu ummat islam belum ada masjid, dan kaedah yang Nabi buat adalah, dakwah secara sembunyi sembunyi dan ummat islam berkumpul disana belajar ugama, maka jika nak buat jugak usrah, maka jangan lupa ajak orang ramai datang usrah, jangan terhadkan kepada group, ijazah, diploma, profesional dan lain lain..,

lepas tu, sekarang ummat islam dah ada masjid, maka bila ada masjid, buatlah 'usrah' di masjid, dan tertib pun sama, ajak orang ke majlis usrah, tapi kini dengan terang terang pula.

Jadi nasihat aku, buatlah usrah di masjid, boleh juga bincang dengan jemaah dakwah yang datang ke surau dan buat pula program hidupkan sunnah Nabi, seperti ziarah, bayan, khususi.., cara ni orang pandai bercakap akan belajar berhikmah dan orang tak pandai bercakap akan jadi pandai,
insyAllah.

-------------
Ibnu Mutalib

Tak bacapun dah best, kena istigfar nih..

-----------
bdak sekolah

ha ha

----------
-petot-

Boleh terima jemaah.., : )

-----------
kacang berkeju

aku mungkin belum jumpa hadith yang kau cerita tu, cerita pengisar gandum berputarsendiri yang aku selalu jumpa adalah asbab doa dari saidina Ali yang solat hajat.., nampaknya ilmu aku masih cetek, banyak nak kena belajar, jika kau jumpa kisah lengkap apa yang kau cerita tu, email aku, ok?

-----------
-putat-

Err, putat dan petot ni, orang yang sama ke?

--------
fzikuz

bini aku mula mula tak setuju aku publish entry ni, Nampak macam dia ‘bersalah’.., tapi, inikan nota, semua kena catit, untuk rujukan bila exam..,

---------
Peluncur Islam

Kelakar!,

--------
Wan

dimana ada keretamayat, disitu ada mayat

---------
wan jeniang

better pergi malam markas..,

----------
M.

Sahabat Nabi tak sembahyang? Orang munafik zaman Nabipun pergi solat jemaah..,

Atau kau nak bagitahu ada sahabat, yang baru masuk islam dan mati syahid tak sempat solat? Tak kan lah aku nak hina pembaca blog aku dengan masukkan ‘nota untuk orang slow’ di bulan puasa..

Abu qatadah tak berdakwah? Banyak hadith yang di riwayatkan dari Abu qatadah? Atau Abu Qatadah lain?

relek, jangan emosi, bulan puasa bulan mulia.., email aku boleh?, kita gaduh dalam email cukup.., bahaya bab "menuduh: sahabat nabipun ada yang tak solat" dibincang tempat terbuka..,

M, email aku..,

-----------
Khalid.

Aku pulak sokong kau, 115%

----------
ohcikgu

bini aku cakap, satu pasu bunga kaca harganya RM12.., darab 6, dah RM 60 hmmm,.., beli pasu palstik jer, RM 1 = 3 biji kan?

woha

Hamka said...
This comment has been removed by the author.
eem said...

assalamualaikum,

saje nk gtau..ak suke ko punye penulisan....bersahaja...huhu...

time kaseh sb ade org mcm ko!!..=p

t i t i e y said...

tersgt la suke membace blog ketemayat ni...dpt byk inf0...n bleh share plk ngn kwn2 yg lein...n dah jdik sbhgian hobiku...hehehee

mekacih yea en Hamka ;)

nana said...

aku tak minat tanam pokok munga
tapi suka buat kek
mesti ada 6 sifat sahabat
masa buat kek tu ye.

tak reti nak cerita.

tiada iman tiada ihsan

Anonymous said...

Salam.. Tumpang lalu je, n3 yg diilhamkan oleh yang MAHA ESA..

hainur hapis said...

Assalamualaikum, teruskan usaha menghasilkan enrty2 terbaik dan bermanfaat INSYA ALLAH

doakan sy sekali ya, agar dpt amal apa yg di sampaikan, dan turut menyampaikan INSYA ALLAH

selamat ramadhan, selamat hari raya,
doakan sy di bulan ramadhan ini


"kalau kamu tahu kelebihan dlm bulan ramadhan, nescaya kamu mahu ramadhan sepanjang2 tahun" - Hadis

JAZAKA ALLAH HU KHAIRAN KHATIRA

Assalamualaikum

mr.type said...

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahuakbar.

Saja.. ramai yang baca. aku nak pahala. korang pun dapat pahala. Moga Allah ampun kan kita sume. amin.

kucer said...

hamka,
memang terbaik...

Anonymous said...

ada org tanam pokok sb nk dapatkan tuah...btul kew??

safwan said...

smpai skrg saya msih x faham usaha agama ni

pacifist said...

salam ziarah di bln penuh keberkatan.semoga thn ini lbh baik dr thn sebelumnya.pemahaman saya tentang jihad...

Ayah77 said...

Kita kena reda dgn tkdir syg.. X semua org boleh terima pa je yg kita wt. Dn kita pn x bleh nk terima semua yg org wt kt kita. Kita sama sama lemh, de kekurgn. Tpi sbgai org islm kita telh di ajar dn di didik tntng adp dn sopn. Xkn kita nk nafikn bahawa kita nie brsaudara dgn org islam yg laen. Sedgkn kita mhluk yg menyembh Tuhn yg sama. Pe tujuan utama kita ade disini, bukn kh utk kejayaan dunia dn akhirt.. Tpi klw kita asyik pikir soal hati dn perasaan kita x kn bahagia bukn shja di dunia mahupn di akhirt. Syg prcyalh satu hari nnti Allah akn balas segala kesabarn dn keikhlasn yg kita wt tnpa mengikut hati dn perasaan. INSYAALLAH.

Anonymous said...

Assalam.
Apabila saya balik khuruj 40 hari, seorang lama dalam usaha agama ni tanya saya dengan penuh kasih sayang...Macamana?

Saya kata, "ana makin tak fahamlah usaha agama ni.....syeikh".

Dia senyum sampai ke telinga sambil tepuk bahu saya seperti seorang ayah menepuk bahu anaknya sambil berkata..."Anta dah dapat hakikat keluar jalan Allah..."

Sampai sekarang ana tak faham..he..he..dan makin tak faham!

Pendapatan saya. Kita tak perlu faham sebab kita tak mampu nak faham. Radiakal sangat ke?

Correct me if I'm wrong..Sahabat-sahabat adalah orang-orang yang tinggal di gurun dan padang pasir...ada masa ke nak faham agama? sibuk perang, cari keperluan keluarga, sembahyang 5 waktu berjemaah setiap hari belakang nabi saw. Mereka akan berkabung kalau tak dapat sembahyang awal waktu tau...don't play-play!!!

Mereka dengar dan taat apa saja sabdaan nabi saw.

Saya...? Nak dengar sabdaan nabi saw pun susah...kena duduk dalam taklim baru ler...he..he..Nak taat macamana?

Tuan-Tuan dan Puan-Puan jangan jadi macam saya.....
Saya perlukan sangat-sangat doa dari Tuan-Tuan dan Puan-Puan agar saya selamat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Khalid yang laro..
313%
smile Hamka!

Hamka said...

eem

nikmati aku ketika masih hidup (dengan menegur salahku) dan jika aku mati.., tutuplah aibku dan sedekahkan aku “al-baqarah”..

---------
t i t i e y

hobi kau baca blog keretamayat, hobi aku hantar mayat ke kubur, belum kambus lagi, aku dah blah, nak isi minyak jap..

------------
nana

kau buat kek, bagi aku makan semua, itu ikram muslimin..

---------------
hainur hapis

wow, aku jugak nak ucapkan selamat hari raya,

----------
mr.type
amin.

---------
kucer

wow

---------
safwan

ugama ni jangan tunggu faham.., buat sahaja, dengar dan taat..

-------------
Ayah77

InsyAllah

---------
Khalid

: )

Anonymous said...

owhh tidak.. putat/petot dr altitude yg berbeza.jantina pun x sama..

insyaALLAH..doa karo..slalu ingt ckp hubby..'rumah yg terima jemaah xkn d hisab'.ALLAH blom pilih lg asbab amal kurng.

err..kt kuantan rmh tklim mgguan kt ane?

-petot-

kundi said...

rajin pulak hamka reply post kali kali.

Abdullah said...

Salam..
Lirik nie diilhamkan kepadaku oleh yg MahaEsa..
P/s: nyayikn ikut melodi lagu kita dari Aizat..

Deras hati ku bergetar
Dilangit ku lihat kebesaran..
Tengah malam bangkit aku,
Untuk sujud Tahajud padamu..
Aku berdoa kepada Tuhan,
Dengan harapan Dia mendengar,
Kata cinta dan taubatku,
Hanya untuk luahkan rinduku padanya...
C/O;
Dan aku terus... Berzikir munajat kepadamu.. Walau tiada yang mendengar, zikir ini hanya untukmu..
Semoga hidupku ini, sinarnya bak bintang diangkasa, berkelip melukis cinta.. OH Tuhan yang Maha Esa..

Syafiq Marzuki said...

tazkirah skek mengenai kelebihan bercucuk tanam :)

http://www.youtube.com/watch?v=YNcpTb9Enwo&feature=related

Anonymous said...

salam..

"Cinta itu kepuasan yang diciptakan di dalam roh. Cinta itu adalah suatu makna yang dihasilkan dari bias bintang-gemintang. Cinta seperti sinar di hati dan pedang di fikiran, selagi ia tidak berlebih-lebihan. Jika berlebih-lebihan, cinta berubah menjadi derita yang mematikan dan penyakit yang mengerikan. "

-deritakan lailatulqadar
-sakitnya kelaparan

-rom&parsi

Anonymous said...

Setiap entry En Mayat mesti ada "...dan lain-lain.., (rujuk sendiri...."cam ne klu yg baru joint @ baru nk berjinak2 msk islam ke., slow ke.@ sbgnya.. ermmm.... En Mayat nie emang slu sibuk kew? even entry adat berisi, tp makin lama makin ringkas la...ini akan memaksa diriku baca berulang2 kali hingga tiba entry yg baru......wawawawaaaa...

Anonymous said...

Assalam.

Bonda, Hajah Maimunah Bt Buang; pesan pada ana ketika ana sedang bergurau dengan Ayahnda, Haji Abdul Karim Bin Haji Ismail.....

Ana merenung tepat kemuka Ayahnda dengan berkata "SubhaNallah!!..tengok muka ayah/Encik dengan penuh kasih sayang dapat pahala haji mabrur..".(sambil tersengih cam kerang rebus!!! he..he..)

Bonda pesan:(sedang duduk berhampiran)
"Bukan tu je....ada lima perkara yang kita tengok akan dapat pahala yang besar!"...jeng!jeng!jeng!....ana pun berubah arah sambil melihat pula muka super duper diva ana dengan penuh kasih yang tiga kali lebih dari Encik! he..he..

Pertama: tengok Kaabah dengan penuh ...tak tau nak cakaplah...orang yang tengok tau ler...ana dak gi!...lagi.gambar ade ler..tak ci kut kan?

Kedua: tengok al-quran dengan penuh kasih sayang. katakan pada al-quran tersebut. satu hari aku akan baca kau! sesungguhnya bila al-quran tu tengok kita dia kan sua tangannya dan kata bacalah aku..bacalah aku...(khas utk Khalid)

Ketiga:tengok muka kedua ibubapa dengan kasih sayang! (as known )

Keempat: tengok laut dengan penuh kebesaran tentang hebatnya Allah penciptanya. (lebih kurang)

Kelima: tengok air zam-zam dengan penuh kekaguman (lebih kurang) tentang hebatnya penciptanya yang tak beri ia kering sehingga ke ler...

To Mum. I love you
Khalid
Ya Rabb semoga aku boleh amal apa yang cuba aku sampaikan. Amin.

cikgu malaysia said...

betul. kekadang, susah kita nak completekan apa yang wajib nih..

Hamka said...

setuju semua komen, : )

emantajuddin said...

semoga Allah bg kita semua faham, ambil iktibar, azam utk amalkan, dan sampaikan..insyaAllah

Hamka said...

belum muzakarah lagi, baru mengira..

Anonymous said...

6 perkara ni mmg power laa.

siskahaidan said...

mohon copy artikel ini :)

siskahaidan said...

mohon copy artikel ini :)

Hamka said...

ok!

Anonymous said...

hebat ALLAH yang mencipata otak hamka yang begeli ga...

Palmalrer said...

belum muzakarah lagi, baru mengira..

Hamka said...

adohai

Anonymous said...

tulisan kau x melambangkan kau seorang Islam tapi lebih kepada seorang kafir laknatullah. sekian.