May 21, 2009

Kenapa manusia lemah?

(Mengakulah korang, bahawa korang semua ni lemah, lembik dan hampeh.. akupun)

Ada antara korang yang rasa aku ni hebat, kelakar dan pandai menulis konon, lalu email aku mintak tip itu ini seolah olah aku adalah seorang penulis agung yang layak dijadikan contoh, walhal aku BM masa SPM pun tak pass..oh!

Sedang korang puji aku, ada jugak yang kutuk cara aku tulis, suruh aku ikut standard ustaz ulamak dan sebagainya, bagus!, ada keseimbangan Yin dan Yan kat situ, aku suka..

Buat yang suka, ada yang bertanya, berapa lama masa untuk abang Hamka siapkan satu-satu entry?..,

Hmmm, terpulang, ada yang ambik masa tiga tahun, ada yang beberapa minit dan kebanyakkannya spontan, yang mana benda tu dah ada dalam kepala, bila aku start menulis, ilham datang mencurah curah macam hujan, sedar tak sedar, siaplah satu entry lebih kurang, yang tiga tahun tu pulak adalah kerana perasan sibuk, macam aku dah siapakan satu perenggan, tiba tiba datang angin kuskus perasan sibuk, (malas sebenarnya) lalu lupakan entry tu dan tunggu waktu sesuai yang mana tiga tahun kemudian barulah waktu sesuai untuk aku sambung tiba.., gitu lebih kurang..

Tapi kebanyakkanya adalah entry spontan, yang mana kadang kadang tu aku terus taip secara terus dekat menu blogger, baca balik lebih kurang dan terus post, contoh entry tersebut adalah entry tercekik tulang, perasan disalahkan dan entry entry yang ringan..

Untuk entry yang berat, yang kena rujuk kitab dan ulamak, biasanya aku tulis dulu seluruh entry dan tanda XXX pada bab yang perlu fakta, lepas tu lain hari baru cari fakta dan isi ruang XXX tu..

Kadang kadang aku cuba tulis entry yang ringkas, tapi sebab dan dah tertulis panjang-panjang secara spontan waktu menulis, rasa sayang nak delete,(atau malas) dan rasa maksud macam tak sampai jika tulis pendek-pendek.., (Allah yang bagi faham)lagi satu penyakit aku, lepas aku tulis dan jika aku baca balik, maka akan adalah perenggan yang aku tambah, lepas tu baca balik, dan ada lagi perenggang yang aku tambah.., itu yang jadi panjang tu..

Dan ada banyak jugak entry, lain yang aku nak tulis lain pulak ilham yang tiba, hingga akupun tak sangka aku boleh tulis ‘sebaik’ itu, aku serahkan semua ini pada Allah, aku tak pandai, Allahlah yang mengatur segala sesuatu..

Tengok, aku tak tahu nak tulis apa hari ni, lalu jawab soalan email tentang berapa lama masa untuk aku siapakan satu-satu entry?.., tengok, dan dan siap 10 perenggang..

Apa-apalah, aku rasa topic ni tak best, cukup sampai sini, aku bukannya pandai sangat dan bukan boleh dijadikan contoh untuk korang belajar menulis, BM aku tujuh dan aku ambik BM julai dapat 5..

Rasa nak delete perenggang perasan bagus kat atas, tapi sayang(malas) pulak, lalu aku istigfar dan sambung tulis..

Tadi, masa aku bukak laktop, bini aku tanya nak minum air apa?

Aku jawab nak minum teh tarik.., sekali anak kecik aku menangis dari dalam bilik utama, bini aku terus pergi layan anak aku menyusu sebab anak aku dah menangis, nampaknya akupun nak kena menangis jugak jika nak teh tarik cepat-cepat.. kan?, tapi tu lah tu, dan 12 perenggang aku tulis bini aku masih tak keluar-keluar lagi dari bilik, tertidur agaknya sambil menyusu sebab memang letih dan lali bila kita menyusu, ye tak orang perempuan..?

Ok, aku mengaku takde idea, banyak nak tulis tapi rasa macam tak best nak tulis tapi nak tulis gak sebab dan alang-alang bukak computer.., nak tulis pasal ‘writer’s block’ rasanya baru lagi aku tulis, lantas aku buat keputusan yang tak beberapa drastic, iaitu aku berjalan perlahan lahan menuju rak buku untuk belajar dari sejarah apa-apa yang patut, sambil pejam mata aku capai satu buku dan bukak buku lalu bukak mata, pling! Aku ingat buku kitab ugama ke apa, sekali buku komik GTO, kisah tak senonoh cikgu Onizuka sedang melancap dalam sekolah.., cis!

Aku lantas pengi jengah bini aku dan tengok memang beliau selesa berbaring kuak senteng lambung kanan sedang anak aku mengiring lambung kiri dalam posisi asyik menyusu.., terliur aku dibuatnya, tapi itulah, teh tarik aku bila nak sampai?

Kemudian, aku duduk depan computer balik, tulis peranggan ini, dan pergi dapur, cuba buat teh tarik sendiri tapi malas lalu aku pergi berak, termenung, basuh berak dan sambung termenung depan computer..

Nampaknya ada sesuatu yang tak kena., aku pun berhenti menulis dan bertafakur…

….

….

….

Akhirnya aku sedar hakikat seorang manusia yang kononnya perasan hebat, bijak dan pandai, tapi hakikatnya amatlah lemah, lembik, dan hampeh…

Allah sahajalah yang Maha Hebat berkuasa mentadbir alam ini tanpa memerlukan pada sebarang pertolongan dan sekutu..

Sedang manusia, jika takde kerjasama, semua tak jadi, bak kata Wonderpet..

“Apa yang penting? ... Kerja sama”
“Apa yang penting? ... Kerja sama”


Menyanyilah pulak..

Sekali lagi, sedarlah aku hakikat seorang manusia yang kononnya perasan hebat, bijak dan pandai, tapi hakikatnya amatlah lemah, lembik, dan hampeh…

Allah sahajalah yang Maha Hebat berkuasa mentadbir alam ini tanpa memerlukan pada sebarang pertolongan dan sekutu..

Sedang manusia, jika takde kerjasama, semua tak jadi…

Sebagai contoh, seorang professor atau Ahli Sains yang perasan hebat dan handal, hari hari cipta teori itu ini atau cipta alat-alatan yang canggih manggih lagi terkini a.k.a complicated, hingga dapat anugerah nobel dan jadi tokoh dunia, dan katakan professor atau Ahli sains ini punya tabiat suka minum air kopi dua dalam satu cap kopi kapal api misalnya, dan satu hari tu tak dapat minum kopi mungkin kerana isteri lupa nak beli tambah stok kopi dua dalam satu cap kopi kapal api sebab asyik tengok drama indon misalnya, dan dek kerana si Professor atau Ahli sains ni tak dapat lepas gian minum kopi dua dalam satu cap kopi kapal api, terus tak de idea nak kembangkan idea, terus hari tu otak jadi blur dan tiba tiba professor dan Ahli sains tu tak dapat imbangi otak buat dia jadi lemah, lembik, bodoh dan hampeh..

Tengok!, kerana secawan kopi dua dalam satu cap kopi kapal api, buat professor dan Ahli Sains ini jadi hampeh..?, bukankah itu bukti bahawa manusia itu lemah? Tersangatlah lemah…

Mengakulah, Hanya Alllah yang berkuasa, makhluk langung tak de kuasa…

Atau contoh lain, seorang biduan pujaan yang agung pulak, yang handal mencipta lagu atau sajak puisi yang merundum jiwa lara, dengan lirik lagu yang tersentuh hati dan melodi irama yang menyentak naluri resah jantung parah buat pendengar asyik di telah rindu lama lantas membibitkan luka nan sedih bertukar menjadi cerita kenangan nan indah misalnya, dan satu hari tu si biduan pujaan tak dapat lepas gian hisap rokok gudang garam mungkin kerana isteri lupa nak beli tambah stok rokok gudang garam sebab asyik tengok drama cina waktu maghrib misalnya, dan dek kerana si Biduan pujaan ni tak dapat lepas gian hisap rokok gudang garam, terus tak de idea nak kembangkan idea, terus hari tu otak jadi blur dan tiba tiba si biduan kejian tu tak dapat imbangi otak buat dia jadi lemah, lembik dan hampeh..

Tengok!, kerana sebatang rokok gudang garam dari seberang, buat si budian ni jadi hampeh..?, bukankah itu bukti bahawa manusia itu lemah?

Mengakulah… Hanya Alllah yang berkuasa, makhluk langung tak de kuasa…!

Itu belum lagi aku cerita kisah lelaki yang hebat di ranjang beserta pil viagranya atau cerita wakil rakyat dan duit kopinya…

Apa-apalah, errr, entry aku habis sampai sini hari ni.., sebab aku akui, dan aku nak mengaku bahawa aku manusia yang lemah, daif dan hina, aku tak pandai tulis blog dan entry yang hebat hebatpun.., ini bukanlah di sebabkan isteri aku suka tengok drama ‘spa Q’ atau drama ‘matahari’, atau terlupa beli kopi, atau tongkat ali, tapi tu lah tu, teh tarik yang aku order, tak sampai sampai lagi.. kan?

Sekian.

(Konkritnya alasan.., macamlah hari hari update blog..)

Ps: Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah, yeeey. Wonderpet! Yey!

47 comments:

toaster said...

hey2
assalamu'alaikum
first LOLX!!!

wAn_TonG said...

ye benar... suka bace blog kamu...

Anonymous said...

:) napa x bentang topic "monthly problem" tak cukup bahan rujukan lg?

Luqiem said...

Salam...

Memang manusia lemah... lemah selemah lemahnya...

Yang paling hampeh lemahnye manusia ni... lemahnye iman...

Tak mengaku yang empunya diri tu bukan hak mutlak.. kita pinjam semata-mata... bukan sekaki-kaki...

Tangan kita, mata kita, yang kita punya tuu pun... bukan milik kita... abis apa yang kita ada... jawabnye xder apa laaa...

lemahnye kita nak mengaku yang Tuhan kita hanya Allah... masih malas nak ucap syukur pada Allah...

Norshuhada said...

Salam,

Yang saya nampak kebanyakan kelemahan blogger ni, kalau kena puji, tak kiralah siapa yang puji, walaupun yang puji tu anonynmous; reaction-> layaaannn. Kalau kene ketuk sikit, lagi2lah kalau anonymous; reaction-> weiii.. takde nama ke, atau, out of topic tak layan, atau baca-baca betul entry aku ni, lembab tak faham. 99% blogger adalah begini. Hmmm... baru saya nampak kelemahan saya. Selalu ternampak kelemahan orang... hohoho...

blokdrive said...

manusia memang lemah. wonderpets memang best.

abdul muhaimin said...

macam mana pun amat sukar nak jadi
pemgomen pertama kat blog ni :D

ingat nak cuba laa
selepas ko habis tulis dan save dan lancarkan blog ko

lepas tu terus aku bagi komen

tu pun kalau Allah izinkan laa

van qif said...

salam..

Aler Hamka...ader sorang hamba ALLAH tu, dia punya BI masa spm dapat 9...zaman tu la...sekarang ni E kot..

Tapi ngan izin ALLAH, dia sambung belajar...siap dapat buat master kat ireland dan PHD di UK lagi..dia kata english dia pun setanding dengan pensyarah UIA..

Pesanan dia...Whatever things, Displin dengan masa, insyallah akan berjaya...

Namun begitu kejayaan sebenar manusia ialah dapat keredhaan ALLAH...ni part yg paling susah..

Anonymous said...

manusia sememangnya lemah. banyak sebab. macam aku, aku baru tahu aku ada pendamping. bila dah 'buang' beberapa hari lepas, badan rasa ringan sikit, tak malas, tak mengantuk, suhu badan aku pun agak stabil. biasa, rasa panas tapak tangan, dan sejuk tapak kaki. dulu, aku buat bodoh je kalau aku mimpi ular putih, harimau putih, orang tua jubah putih mengajar aku mengaji, berjalan atas air, atau solat dalam mimpi. kalau aku nampak waktu jaga, aku ingatkan aku berilusi. jadi, aku buat bodoh lagi.

sekarang, aku syukur pada allah, dan berterima kasih pada seorang hambanya yang tolong 'hantar' makhluk tu ke tempat asal dia.

akhir kata, kadang-kadang yang melemahkan manusia ni dampingan mereka. 25 tahun aku hidup dengan pendamping, oh!

-zawq, malas guna google account-

an2blur said...

saya seorang insan yang lemah.
saya perlukan nasihat.

terima kasih kepada penulis blog ini.

INTAN RH said...

Takde idea tp berpuluh perenggan tulih.. :). Perut aku slalu memulas bila asben aku call...ntah napa..adakh sbb aku lemah? :P

Anonymous said...

salam..

lemah dan melemahkan..
lemas dan melemaskan..
lembik dan melembikkan..
lembut dan melembutkan..

lemah sangat ke kalu corong azan dengan atap rumah bersambung.. namun lantaran iman yang terlemah
'ahh nanti lah dulu..

lemas sangat ke kalu cakap dan kata pujian serta kejian mengangkat tinggi melangit-langit..
namun lantaran iman yang terlemas
'ahh kita tak sebulu..

lembik sangat ke kalu cara menahan marah dek pemikiran moden mencarut-carut, hamka tanpa lelah mengulang-ulang gaya pulang ke pangkal..
namun lantaran iman yang terlembik
'ahh di sini bukan blog tabligh..

lembut sangat ke kalu cubaan menggarap keras hati wanita dan lelaki agar kembali kepada fitrah hati yang ingin cahaya hidayah nur Ilahi, bukan setakat isteri, anak-anak hamka pun telah menjadi ceritara entry..
namun lantaran iman yang terlembut
'ahh orang melayu lembut-lembut sabut, kalu di bakar apinya kecil tapi asap keliling... kalu di rendam, basahnya sedikit tenggelamnya lama..

-rom

Anak Pendang Sekeluarga said...

slm....manusia memang lemah,,tetapi apabila manusia ambil agama dalam kehidupan...manusia akan jadi lebih kuat dari malaikat....

Hamka said...

toaster

walaikumusallam..

-----------
wAn_TonG

terima kasih

----------
Anonymous

Akan datang, insyAllah..

------------
Luqiem

Yang bahaya,iman dah takde atau iman senipis kulit bawang, tapi rasa iman lemah hanya senipis kulit kasut..oh..

-------------
Norshuhada

hohoho...

---------
blokdrive

: )

-----------
abdul muhaimin

tak tau nak komen apa..

-----------
van qif

betulbetulbetul

ps: ada sorang tu masa hidup atas dunia tak pandai cakap arab, tapi bila mati pandai pulak.. kan?

-----------
zawq,

Dah takde pendamping, kau malas pulak nak guna google account?

------------
an2blur

terima kasih pula kepada mereka yang sudi ajar aku juga..

----------
INTAN RH

Err, perut memulas? Ada baby kot?

----------
rom

Rom? Parsi? Atau RON, eh mana satu ni?

----------
anak pendang

Semoga dapat amal ugama yang sempurna..amin..

faz said...

kau nyanyi lagu wonderpets aaaaaa...

ok aku nyanyi jugak

hey..hey..hey..hey..aku x pecaya..cintaaa..jgn la cepat jatuh cintaa..kenal la dulu baru ceritaaaaa...

aku hamba said...

Teringat kata2 seorg pakcik..
banyak atau ramai x memberi kejayan atau kegagalan..hanya Allah yang beri kejayaan atau kegagalan..
HAKIKAT..payah nye nk tanam dalam hati ni..=(

imtiazsofea said...

haila pak cik hamkaa..

betulbetulbetul!

ngeee

toaster said...

Assalamu'alaikum pakcik

sy seringkali melihat kemungkaran di myspace
gambar anak muda x menutup aurat,pergaulan bebas, malah ade yg smpai meletak gambar kemaluan sendiri

pade mase itu sy sedar, seperti yg pakcik ckp, bukan setakat diri sy ni lemah, malah iman sy juge lemah kerane sy hanye mampu sekadar mendoakan mereka supaya mendapat taufiq dan hidayah

sy mintak tolong pakcik leh x pakcik citer care2 camne nak tegur secare berhikmah@menegur kemungkaran yg berlaku depan mate

ASYIQ said...

Aku lantas pengi jengah bini aku dan tengok memang beliau selesa berbaring kuak senteng lambung kanan sedang anak aku mengiring lambung kiri dalam posisi asyik menyusu..,

Bagai nak rak saya gelak.....LOL. Suka baca blog ni...banyak ayat power dan klakar!!!

Nor said...

We ( my husband and me)found you by the entry 'tercekik tulang'. How we laughed that night!! Since then we are hooked...Dont stop writing,please.

Anonymous said...

salam..

rom, parsi, RON adalah pemboleh ubah kepada najmusobah..

perlu ker manusia lemah gemalai melatah-latah, lantaran kenalan beliau semalu eiju?

janganlah RON gundah gulana, kelak simpankanlah janggut sejemput kita sebagai bayang-bayang persis anak muda malu kerana leretan matanya bakal mengundang bencana lautan garam derita.

rom dan parsi bergegar tanggal 9,10,11 Julai di lapangan Kuarters KLIA...

adam&sarah beserah..

nur said...

aku suke bce blog bro..
bknnye nk pji.. just nk kate...
manusia mmg la ade kelemahan...
kalu ade kelebihan, sume dr Allah..
aku rse org2 yg tnye tu, mebe nk tau teknik pape ke dr bro n bole wat blog deorg dgn confidence.. who knows.. x salah kn sme2 slg bljar...

Anonymous said...

slm, apasal entry kali ni down jer?

oh, en hamka tak dapat teh tarik ya...

boleh tak nak hantr emel mengadu pasal kelemahan diri ni...? kemudian dijawab panjg lebar cam en hamka ni org yg hebat!

-ituaku-

mizi said...

Bm aku sentiasa lulus..tapi aku sentiasa gagal math lalu menterencatkan tenaga batinku untuk belajar..apapun aku suka dengan diri aku sekarang,thank you Allah diatas segala kurnia mu itu...

Hamka said...

faz

tak kenal maka tak cinta…

------------
aku hamba

petik pulak satu baik lirik lagu search..(teguh)

Kejayaan
Akan hilang
Biar bertahun dikumpulkan
Perjalanan ini
Amat jauh
Untuk mencari cinta..

:)

--------------
imtiazsofea

: )

---------
toaster

Agama tidak berkembang melalui mata pedang (paksaan)
Tapi ugama berkembang melalui pujuk rayu (pengorbanan dan sabar)

----------
ASYIQ

: )

----------
Nor

:)

(What made me smile many times today…, never mind, senyum itu sedekah)

----------------
adam&sarah

moga ada rezeki aku di sana..amin..

----------
nur

:)

Senyum lagi..

----------
ituaku-

:)

----------
mizi

: )

tholhah said...

mmg manusia ni lemah...ngadu lemah hanya pd Allah sje..jgn ngadu pde manusia..apatah lgi yg buat usaha agama...jgn dok ngadu lemah..lemah pd manusia..tkut org len pon akan terkesan..ngdu hye pd ALLAH..
'makhloq si kuch nahi hota karne wali zat Allah ki hay'

Razman MM said...

lomah yo bro, aku curik baca blog ko time induksi yg memboringkan..
InsyaAllah kelas space x jadi langsung di kuantan, kl sanggup ke?

Anonymous said...

Kami besar dan kami kuat, bila berkuasa semua jadi mudah..

tak mainlah wonderpet
kita main thundercat!

~acha acah

Pok Nik said...

A'kum bro Hamka..dah lama x komen kt sini..
Any how janganlah merendah diri sangat bro...apa yang penting hari ini lebih baik dari semalam...esok lebih baik dari hari ini...

Ahliahnizam said...

Salam

Boleh berkenalan dengan ahliah tuan ?
mekasih

limaumaniss said...

yep...aku sering tertanya2 bagaimana datangnya idea2 yg en Hamka dapat untuk tulis blog...saya suka gaya penulisan yg santai....1st impression bila org baca blog or ur entry mungkin depa akan tertarik untk baca lagi sbb gaya bahsa menarik dan tak terlalu strict....tapi mesej sampai!!! bg aku tak keterlaluan pon bhsa ygg digunakan...semua berkaitan dgn hidup kita...tak kirala contoh tu berbaur 'tak sedap' atau apa2 je la...yg penting orang faham...kalu orang x paham takde gunenye juga tulis blog kan???


tapi aku tertanya2 lagi..en Hamka ni nampaknya macam seorang yang bizi..tapi kmasih ada masa tulis blog...sekali entry mesti panjang berjela2.....namun masih ada pembaca malah setiap hari ada saja newbies datang membaca blog ni..aku yg kadang perasan tak sibuk ni pon takde masa nk update sekerap yg en Hamka ni update...hehehe ( aku tak jeles).aku bangga ada mesej2 agama di sini untuk membuka mata kita akan salah silap kita atau memberi ilmu2 baru kepada masyarakat...bukan semua mampu berbuat demikian....ye tak???


sebenarnya panjgan lagi nk komen...nanti2 la...

Nadheen said...

ish ish ish... :-)

CT Anon said...

salam

mmm..memang manusia lemah

Hakikatnya manusia dicipta oleh Allah swt dari 2 sumber

1 dari tanah (dari bumi?)

2 di kurniakan roh (dari ketuhanan)

yang mana jika ada jasad shj, tapi takde roh, maka tak berfungsilah jasad itu.

Maka untuk kuatkan jasad(fizikal), manusia makan bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan (hasil dari tanah) dan binatang ternakan (yg juga makan rumput2 n tumbuhan...juga hasil dari tanah).

Manusia juga perlukan air yg mana datang dari bumi. (teh tarik juga hasil produk bumi...daun teh dari tumbuhan, susu dari lembu, gula dari tumbuhan...semua sgt maklum)

Untuk bahagiakan jasad, manusia rehatkan badan, baring atau tidur arah ke bumi. Berbanding tidur dalam keadaan duduk, semua lebih selesa dalam keadaan berbaring. Sudah tentu kerana jasad kembali ketempat asal...kebumi. (Agaknya orang yg tidur atas tikar dapat bahagiakan jasad lebih dari org yg tidur di katil n tilam yg empuk...boleh cuba test).

Jadi, secara sunnatullah, lemahlah fizikal orang yg kurang makan, minum, dan tidur rehat.

Camne pulak dgn roh? Roh juga perlu dibahagiakan. Oleh kerana roh datang dari ketuhanan, maka ia juga perlu pemakanan dari ketuhanan. Dan Allah swt yg sayangkan makhluk manusia ini, telah menghantar nabi2 'alaihimussalam untuk ajar manusia bagaimana nak kuatkan/bahagiakan roh.

Maka diajarlah manusia, bahawa roh akan gembira apabila ada zikir, ada solat, ada amalan yg mentaati Allah swt sebagaimana yg diajar/tunjuk oleh nabi2 a.s...dan utk kita umat terakhir, roh kita akan gembira dgn cara Nabi Muhammad saw...iaitu sunnahnya.

Sebab itulah, boleh difahami kenape millionaire atau billionaire juga bunuh diri...tentu sekali kerana rohnya dah kebuluran kerana tak diberi 'makan'.

Sebabtu juga jika manusia sakit, pengubatan dari kedua2 unsur diperlukan...doa, munajat, sedekah beserta pengubatan bumi (minyak, herba dll). Dalam Quran (mafhum) 'Apabila aku sakit, Dialah yg menyembuhkan.'

Kesimpulannya manusia lemah kerana jasmani n rohaninya tidak dijaga. Kedua2nya perlu di bahagiakan...oleh itu dinasihatkan, selain punctual waktu breakfast, lunch, tea or dinner, marilah kita sama2 (terutama saya) try to be punctual dalam apa jua amalan..solat, zikir pagi petang, bacaan quran, takleem(baca/dengar ahadith sama ahli keluarga...macam makan2 sama ahli keluarga)...dan for men...cuba punctual 5 amalan masjid.

Insyallah? Doa untuk saya sama yg sangat2 lemah ini...

Anonymous said...

Salam Tuan Sheikh,

Saya (atau mungkin kebanyakan orang) tak kata tuan ni penulis yang agung. Tuan andaikan diri tuan sendiri. Itu adalah sifat meninggi diri.
Takpelah..
Begini sebenarnya..
Cara Rasullullah SAW adalah cara yang terbaik. Tanpa melalui media cetak atau elektronik. Cara pintu ke pintu atau bercakap melalui mulut lah yang terbaik.
Sebagai contoh; media elektronik:
Seorang pendakwah di television telah di fitnah dan menjadi fitnah.
Contoh kedua; media cetak:
Di akhbar berbahasa melayu hari ini (Hari Ahad) di ruangan soal-jawab agama, ibu dan ustaz telah membuat anggapan yang menimbulkan fitnah mengenai tabligh.
Diharap ini tidak menjadikan isu perdebatan.
Wassalam,

Hamba Allah yang ke berjuta.

saudagar said...

salam,

Dlm usaha agama, tetap ada fitnah. Kena doa dan nangislah..maksud usha ini pun memperbaiki diri sendiri.

takpe lar Hamka nak berblog. cuma jauhkan saje perkara2 yg boleh memecahkan umat. Semua pon dah sedia maklum, dah belajar adab, cume tinggal amal jer.

Org alim mgingatkn jgn manjatuhkn/memburukkan jemaah lain dan jgn pula mengatakn kita ni jemaah JT sbb perkataan itu boleh memcahkn umat Islam.

Masih belajar taat dan sabar. Doa untuk saya berada, kekal, istiqamah dlm usaha agama. Usman. :)

Anonymous said...

(("@_~"))

aku takkan lemah dengan fitnah!

Anonymous said...

salam en toaster... smlm saya terbaca kelebihan2 org yg mengalunkan azan dan saya amat tertarik untuk menanamkan cita2 itu buat anak ku.Bilal yg dikasihi Allah, mana tau bilal dimasjid nabawi... nampak mcm sukar kerana mcm yg kita tahu mestilah ada salasilah dari keluarga terpuji... tapi my hubby said "tiada yg mustahil bagi Allah..."

thanks coz bg hit kalau tak i tak check pun...

Anonymous said...

nak tanya....
ada sapa2 tau syarat2 terima jemaah? in term of syarat tirai or bla,bla,bla...

dah tanya hubby,tp dia perasan sibuk... lambat sgt nk tunggu jwapan dia...

Luqiem said...

Aku memang lemah... kenapa masih x mampu nak nak kalahkan dua makhluk Allah yang kerjenya nak menyesatkan manusia.. mempengaruhi manusia...

Ohhh lemahnyer aku...

Kemana perginya IMAN aku dikala aku sangat2 memerlukannya... disaat aku terpengaruh dgn hasutan syaitan dan hawa nafsu...

Lemahnyer aku... Aku Manusia lemah... Banyak lagi yg perlu aku perbaiki... semua sudut... aku sendiri yang kene ubah...

Berubah sebelum rebah!!!

Hamka said...

Tholhah

Aku insan yang lemah, hanya mampu berserah.., la la la (menanyanyilah pulak)... oh lemahnya iman..

----------
Razman MM

Tengok, lagi satu lemah, boring juagak adalah kelemahan manusia…

~----------
acha acah

Suka thundercat, sebab suka kucing..

------------
Pok Nik

Dan esok esok lebih baik dari esok

-----------
Ahliahnizam

Ahliah saya dan lama tinggalkan bidang IT.. alahai..

-----------
limaumaniss

terima kasih sebab dalam perasan sibuk masih sempat update blog aku yang juga ditulid dalam keadaan perasan sibuk

----------
Nadheen

ish ish ish... :-)

------------
CT Anon

Terima kasih berkongsi ilmu…

-----------
Hamba Allah yang ke berjuta.

Ok..

---------------
saudagar

Usman. :)

------------
dah tanya hubby

Syarat, rumah ada suasana masjid dan amalan masjid dan diri ada fikir risau nabi.., wallau’lam

-----------
Luqiem

Dan bertambah lemah bila lemah tenaga batin lalu makan pil dan berlagak bagus?

Hu hu

s0ka said...

ko keja ape ek hamka? soalan drpd aku yg sibok..

EncyclopediaNa said...

suka baca blog hang, tapi ada part yang ghasa-ghasa kena tutup mata kalau nak baca. dah biasa masa cek kecik dulu mak selalu tutupkan mata cek kalau ada elemen2 18 tahun ke atas neh. huhuuu tapi takpa lah hang suka... asal bahagia noh...

IsteriCun said...

hahahah tak boleh blah ending letak lagu wonder pets...

Anonymous said...

eh..itu lagu Rohana Jalil..oh lupe si hamka punye zaman Rohana jalil ni..

mmm.. statement istericun "..tak boleh blah.." mcm statement yg isteri aku slalu guna nie..

ni musti geng2 die nie atau...dia.. kena siasat nie..tp aku mmg ade promote blog ni kat die..tp kalo kata dia search internet smlm...mustahil... kami pakai broadband celcom seminggu RM 20.. dah habis dah pun seminggu..

anyway...hamka ko layan jer sape2 yg guna nick rom, parsi, ROn or adam&sarah...ahaks

Najmussobah

Hamka said...

s0ka

Aku belajar tak tinggi, jadi kerja biasa biasa sajerr, sekarang kerja “bawak keretamayat”…

Boleh rujuk entry : siapa hero anda?

-----------
EncyclopediaNa

Kau pun sama, nak tutup mata ke apa, lantak;ah..,
asal bahagia noh...

-------------
IsteriCun

Aku ambik dari Wikipedia..

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wonder_Pets

boleh rujuk.., best

----------------
Najmussobah

Ramlah ram pun layan gak, kau kunci, cintaku di dalam hatimu… woha!

bawang_merah said...

aku jarang jumpe blog y wat aku leh bukak tiap hari...ni pun aku baru dpt dr member aku....setakat ni x pernh mis bace tiap hari...

byk isi menarik, jln cite pun wat x bosan membace...hmmm...y pling best sb dpt wat aku kadg2 insaf ngan diri aku..thanks

Hamka said...

aku baru perasan ada komen tak baca..

terima kasih
:)