Mar 30, 2009

Belada seorang pendosa?

(Err, maaflah, bunyi macam aku sorang jer lah lelaki beriman di akhir zaman kononnya, hampehkan?),

Semalam, ketika aku melangkah pulang dari surau selepas menunaikan solat isyak secara berjemaah, (koft koft: batuk ler pulak ) tiba tiba kilat pancar memancar di dada langit, membelah kala kegelapan malam, namun aku tetap meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah, walaupun di jalanan, terpaksa aku membaca doa “dari Allah kami datang, kepada Allah kami pulang” tak kala di sergah guruh dan petir.

Tiba tiba, hujan turun dengan lebatnya, lantas aku OFFkan Handphone dalam poket kanan, dan terus berjalan meredah hujan di kala kegelapan malam, best jugak mandi hujan macam zaman budak budak dulu, tapi takdelah aku nak berlari sambil menari, he he.., aku berjalan sahaja seolah olah sedang bersebati dengan alam…

Di jalanan, terlihat aku sepasang kekasih yang berjalan sambil berpelukan di bawah payung.., lantas aku belajar bersangka baik, mereka mungkin baru kahwin dan dalam perjalan nak beli susu anak barangkali..,

Di tambah dengan hujan lebat yang membasahi seluruh tubuhku, lantas hatiku terusik dengan kesyahduan lagu deruan hujan dari alam ciptaan Tuhan, aku kemudian menjadi lelaki sentimental, yang secara tiba-tiba menjadi hiba dan menangis, menangis dalam hujan.. (err, maaflah sekali lagi, macam aku sorang jer lah lelaki beriman di akhir zaman konon, pedulikan aku, biarkan aku menangis)

Mungkin aku tidak menangis atau mungkin sedih sahaja, tapi sebab hujan sudah menyerbu lalu mencucuri pipi dengan air bah, maka, kira macam menangislah jugak.., lantaklah..

Aku menangis kerana secara tiba tiba, hatiku terasa sedih sangat selepas terbayang di anak mata ini, akan maksiat ummat yang mengambil kesempatan sempena hujan lebat di malam hari untuk berzina atau membuat dosa lain..

Mereka yang masih mengingkari perintah Tuhan walaupun telinga sudah mendengar guruh berdentum di langit, dan kadang kadang cahaya kilat menjadi pununjuk arah menuju maksiat.. oh!

Lalu aku bermonolog.. menyanyikan lagu belada seorang pendosa, sambil diringi dengan bunyi hujan yang lebat dan air mata..

Oh Tuhan..
Dahulu, aku juga pernah berdosa,
Tapi Kau Masih berikan peluang bertaubat untukku.

Maka berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab

Dan aku yang pernah mendekati mereka
Walaupun mereka tidak selesa
Dan sempat aku meninggalkan pesan
“Dik…, jika perlu apa-apa, abang ada di masjid”

Namun setelah penat menunggu mereka dengan air mata
Tapi tiada yang datang
Sebaliknya aku yang menghilang
Berlabuh di celah ketiak isteriku

Oh Tuhan, ampunkanlah aku
Walaupun tidak ku tahu adakah taubat ku diterima..
Namun, berikan aku terus peluang untuk mengulangi taubat

Dan berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab
Walaupun kelak, mungkin taubat mereka lebih baik dari taubatku
Maka ampuni aku yang menghilang dan bersembunyi di celah ketiak isteriku...

Habis sudah monolong, aku tiba di rumah dalam keadaan basah kuyup, dan alam masih lagi menangisi dosa ummat yang belum berniat mencari taubat..

“Abang, kenapa ni?"

Tanya isteri aku walaupun dah tahu jawapannnya..

“abang menyahut kempen mengurangkan suhu global dunia, kempen jimatkan air, woha!’

******

Kepada mereka yang belum berzina, tapi ada niat nak berzina, silalah batalkanlah niat kerana nikmat bersetubuh tidaklah sehebat yang penzina lain gambarkan, berita dari yang dah takde dara, adalah dengan sengaja melebih lebihkan cerita tentang nikmat zina sedangkan penyesalannya bagi mereka yang masih ada baki iman, adalah lebih menderita dari nikmat 0.03 saat itu, lagipun siapa yang suka isterinya dizinai?, atau anak perempuanya di zinai?, atau adik perempuanya dizinai? atau ibunya di zinai?., siapa?

Lagipun dalam hubungan badan, wanita tak akan dapat nikmat bersetubuh jika tak inzal, dan lelaki akan rasa ‘lelaki lembik’ jika dia seorang sahaja yang inzal sedangkan pasangannya terkial kial mencari bahagia.., siksa tidak mencapai nikmat ini akan menghambarkan hubungan badan dan kebiasannya pasangan berzina akan menderita kerana masing masing mulai mencari pasangan lain untuk kembali kepada titik inzal, lalu lelaki yang lembik mencari perempuan lain yang ‘mudah inzal’ dan wanita yang tak inzal mencari lelaki lain yang lebih ‘power’…, lalu menderitalah ummat dalam mencari titik inzal sedang dosa tertulis adalah sama arahnya iaitu neraka..

Tak payah aku nak cerita lebih lebih dari segi azab, sedangkan dari segi moral, banyak hati yang akan terluka, terutama bakal suamimu yang menjadi mangsa, lagipun, nikmat sebenar bersetubuh adalah selepas kahwin, kerana korang masih boleh sebut nama Allah dengan syukur selepas inzal, dan membaca tasbih kafarah dengan aman dan tenteram..

Lagi satu, pengalaman isteri diinzalkan suami, adalah satu kenangan yang bakal melupakan segala masalahrumah tangga dan jalan kembali berdamai yang indah menuju pelukan yang di cemburui iblis..

Akhir kata, takutlah Allah dalam perkara zina!

Ps: Cerita derita zina di ambil dari sahabat yang telah tersalah laku, penulis tiada pengalaman zina dan takut salah faham pulak bakal memantu aku nanti, he he

******

Malam itu, di celah ketiak isteriku, dan ketika hujan di luar jendela memukul deras atap rumah, fikiran ini terbayang kepada pendosa yang sedang berbuat maksiat sempena hujan, iaitu pendosa yang masih mengingkari perintah Tuhan walaupun telinga sudah mendegar guruh berdentum di langit, dan kadang kadang cahaya kilat menjadi punujuk arah menuju maksiat.. oh!

Dan sekali lagi, aku teringat akan bait bait monolong dalam hujan..

Oh Tuhan..
Dahulu, aku juga pernah berdosa,
Tapi Kau Masih berikan peluang bertaubat untukku.

Maka berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab

Dan aku yang pernah mendekati mereka
Walaupun mereka tidak selesa
Dan sempat aku meninggalkan pesan
“Dik.., jika perlu apa-apa, abang ada di masjid”

Namun setelah penat menunggu mereka dengan air mata
Tapi tiada yang datang
Sebaliknya aku yang menghilang
Berlabuh di celah ketiak isteriku

Oh Tuhan, ampunkanlah aku
Walaupun tidak ku tahu adakah taubat ku diterima..
Namun, berikan aku terus peluang untuk mengulangi taubat

Dan berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab
Walaupun kelak, taubat mereka lebih baik dari taubatku
Maka ampuni aku yang menghilang dan bersembunyi di celah ketiak isteriku..


SEKIAN.

Ps: Untuk lebih syahdu, korang boleh melagukan monolog ini dengan gaya ala-ala Bimbo melagukan "belada seorang biduan" err, tang lirik tu, korang pandai-pandailah susun..

Mar 23, 2009

Siapa sakit naik atas?

(Neraka adalah tempat orang ramai menderita sakit dan tiada pula kemudahan hospital)

Pada suatu hari, ada sorang awek cun sedang berjalan seorang diri tanpa sempat berfikir tentang masa depannya. Sedang si awek cun yang memakai baju cheongsam melawati satu danau yang sunyi lagi sepi,.. tiba-tiba, dari dalam semak, muncullah 3 orang penjahat yang berniat jahat sambil ketawa pada sesuatu yang tak lawak.

Ha ha ha, gelak si penjahat yang berniat jahat itu sambil mengurut ngurut dagu.

“Lepaskan aku binatang” jerit perempuan cina tu dalam bahasa melaysia yang telah di alih bahasa.

“Aku bukan binantang, aku manusialah cik adik, ha ha ha” cakap lelaki jahat yang berniat jahat itu yang suka pakai baju gelap lagi lusuh..

“Lepaskan aku manusia” jerit lagi perempuan cina tu dalam bahasa melaysia yang telah di alih bahasa.

“HA HA HA, kau ni kelakarlah” kata si ketua penjahat yang berniat jahat itu sambil bercekak pinggang..

Tanpa melengah-lengahkan masa, kita terus pergi pada kemuncak cerita ini, tiba-tiba, terpancullah hero yang ‘berniat baik ada makna’ yang ada muka ala-ala Bruce Lee yang secara mendadak telah muncul dari belakang kamera setelah baju perempuan tu koyak sikit di koyak penjahat yang berniat jahat sedang mukanya pecah lapan, lalu hero yang ada juga iras Rock Lee itu yang ‘berniat baik ada makna’ terus teguh membelasah semua penjahat yang berniat jahat sekaligus menghancurkan masa depan semua penjahat yang berniat jahat itu..

(Babak pergaduhan terpaksa didelete sebab terlalu ganas bagi mengelakkan pelajar terpengaruh lalu bergaduh di sekolah)

Dah habis babak hero yang ‘berniat baik ada makna’ menghancurkan masa depan semua penjahat yang berniat jahat itu.. maka macam biasa, heropun adalah luka sikit kat tangan, adalah darah-darah sikit, lalu awek cina yang memakai baju cheongsam koyak rabak tu terus pegang tangan hero sambil nangis kasihan kat hero yang ‘berniat baik ada makna’

“Awak sakit tak?”


Tanya perempuan cina tu dalam bahasa melaysia yang telah di alih bahasa.

Heropun dengan macho menjawab..

“Tak sakitpun”

Tiba tiba perempuan tu perahkan limau nipis kat tempat luka hero dan bertanya:

“Awak sakit tak?”

“Errr, tak..”

Jawab hero sambil menahan sakit, tapi sempat berfikir mungkin perempuan ni nak ubat luka dia..

Mendengar jawapan hero tak sakit, perempuan ni letak pulak garam kat tempat luka hero dan bertanya..

“Awak sakit tak?”

Hero dah mula konfius, sambil berkerut kening menahan sakit lalu control macho menjawab..

“Tak.. kk.. sakit..”

Lantas perempuan tu tuang minyak tanah lalu membakar tangan hero dan bertanya:

“Awak sakit tak?”

"SAKIT, ADOI MAK SAKITNYA!!!!"

Jerit hero sambil lari lintang pukang dengan tangan terbakar lalu terjun ke dalam sungai yang berhampiran..

Dari tebing sungai terlihat perempuan tu ketawa berdekah dekah sambil berkata..

“Lihatlah dunia! Mana ada orang yang tak sakit dalam dunia ni ha ha ha ha!”


Gila ke apa perempuan ni?

Ok, kita habiskan babak cerita ‘kung pow’ yang aku edit sesuka hati kat situ, kali ni aku nak cerita pasal ‘Enjet-enjet Semut, Siapa Sakit Naik Atas’

Sebagai manusia, kita semua akan dapat sakit, dari sekecil kecil sakit sehingglah ke sebesar besar sakit, dari penyakit bisul sehinggalah ke penyakit barah..

Dan manusia punya sakit ada limit, yang mana apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban kesakitan, maka manusia akan bertindak balas menjadi pengsan, dan jika menerima beban kesakitan yang lebih dahyat lagi, maka manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.

Itu bab sakit jasmani, jika sakit nurani atau sakit hati pulak, manusia akan bertindak balas menjadi mereng, atau gila babi.. habis cerita..

Namun, apa yang aku nak cerita adalah tentang sakit yang paling teruk dan dahsyat dalam dunia ini, iaitu sakit yang mana tidak memberi peluang untuk kita buat kerja lain… hanya mampu mengerang kesakitan menahan azab dan terpaksa bertahan dalam keadaan separuh nyawa atau nyawa nyawa ikan.. memang teruk, macam nazak gitu..

Sekiranya korang mengalami sakit yang di katogerikan ‘teruk’, seperti lumpuh sebelah badan, patah kaki, kena kurap, kena HIV, kencing Manis, darah tinggi, dan lain lain, tapi dalam korang kena sakit macam tu, tapi pada masa yang sama korang masih boleh buat kerja lain, seperti masih boleh tengok TV, makan nasi, update blog, balas sms, baca komik, sembahyang, atau tidur dan lain-lain aktiviti, maka bersyukurlah sebab walaupun sakit korang teruk, korang masih boleh gunakan otak untuk buat kerja lain, masih boleh gunakan otak untuk bersabar, untuk bersyukur dan sangka baik, maka sakit korang taklah ‘teruk’ sangat..

Tapi, jika korang kena sakit yang buat korang tak boleh gunakan otak, seperti sawan babi, gila babi, histeria, trauma atau menjadi warewolf, maka itu yang naya, korang menderita kerana terpaksa bergantung pada pantauan orang lain..,

Namun ‘kebaikan’ mendapat sakit yang tak boleh gunakan otak adalah kebanyakannya korang tak sedar yang korang sakit waktu sedang sakit, maka korang taklah rasa ‘sakit’.., contoh korang jadi warewolf, lepas dah jadi warewolf baru korang sedar dalam keadaan berbogel, tak lah sakit… Cuma malu sahaja..

Satu lagi ‘kebaikan’ mendapat sakit yang tak boleh gunakan otak adalah korang tak wajib solat atau puasa sewaktu korang jadi warewolf misalnya.., maka pesan aku kepada mereka yang mengalami sakit yang di katogerikan ‘teruk’, seperti lumpuh sebelah badan, patah kaki, kena kurap, kena HIV, kencing Manis, darah tinggi, dan lain lain, korang tetap WAJIB solat, sebab otak korang masih boleh digunakan.., korang bukannya warewolf atau gila babi yang tak payah solat bila dengar azan, nak aku tembak dengan peluru perak ke?

Ok, habis sampai situ, moral aku adalah, sembahyanglah walau macam mana sakitpun kecuali anda seekor werewolf.. end.

Sekarang aku nak pergi kepada sakit yang paling teruk dan dahsyat dalam dunia ini, iaitu sakit yang mana tidak memberi peluang untuk kita buat kerja lain… hanya mampu mengerang kesakitan menahan azab dan terpaksa bertahan dalam keadaan separuh nyawa atau nyawa nyawa ikan.. memang teruk, macam nazak gitu..

Sakit sebab kita alami dalam keadaan sedar, yang mana sakit ‘macam’ tak boleh gunakan otak tapi tetap kena solat sebab masih boleh jugak guna otak walaupun menderita tapi sebab masih boleh bergerak, maka nak jugak kena solat…

Aku bagi tiga contoh sakit yang pernah aku alami, sakit yang mana tidak memberi peluang untuk kita buat kerja lain… hanya mampu mengerang kesakitan menahan azab dan terpaksa bertahan dalam keadaan separuh nyawa atau nyawa nyawa ikan.. memang teruk, macam nazak gitu.. sakit yang ‘macam’ tak boleh gunakan otak tapi tetap kena solat sebab masih boleh jugak guna otak walaupun menderita tapi sebab masih boleh bergerak, maka nak jugak kena solat… sama sama kita fakir bab ni..

1) SAKIT GIGI

Aku lepas kahwin barulah tahu apa itu sakit gigi, kena pulak waktu malam, terasa ada syaitan jahat sedang menari-nari dalam mulut berdendang lagu dari neraka..

Aku terbaring menahan sakit, nak membaca tak boleh, nak buat lawak tak boleh, nak bersetubuhpun tak boleh, semua tak boleh!.., aku makan nasi rasa sakit, aku makan roti lembutpun sakit, YA ALLAH sakitnya.., bila aku minum air teh tarik, sekali air panas teh itu merayap ke celah gigi lantas merancakkan lagi dendangan lagu dari neraka oleh syaitan jahat yang menari dalam mulut aku.. SABAR HAMKA, SABAR!

Aku cuba gosok gigi, arghh, sakit jugak.., jam dah 1 pagi, mana ada klinik gigi yang bukak waktu begini, kepala terasa pening, aku pernah ulser mulut, tapi yang ni..oh! last aku ambil kayu sugi dan gigit hujungnya dan talakan ia ke lubang gigi tempat syaitan jahat sedang menari-nari dalam mulut berdendang lagu dari neraka…

Tapi di situ sebenarnya tiada syaitan jahat, yang ada di dalam lubang itu adalah Peluang diampunkan dosa dan peluang darjat di naikkan… aku baca al fatihah ulang ulang, dan sakit gigi aku beransur ansur hilang, maka tertidurlah aku, alhamdulillah..

Esok pagi, aku pergi klinik dan doctor buat dua pilihan, nak cabut atau rawatan saraf, aku tanya berapa harga untuk setiap pilihan, RM50 untuk cabut, dan RM 300 untuk rawatan saraf.

Aku tanya doctor lagi, apa kebaikkan dan keburukkan pilihan itu, kata doctor, cabut akan sakit yang amat walaupun dah bius, kemudian bilangan gigi dah makin kurang, tapi jika buat rawatan saraf, tak sakit dan gigi akan kekal digunakan sampai tua dan tak akan sakit-sakit lagi sebab hanya saraf di cabut.

Lantas aku ambik rawatan saraf sebab FREE, syarikat aku tanggung!.

Selamat tinggal wahai syaitan jahat yang menari-nari dalam mulut berdendang lagu dari neraka.. eh silap, sepatutnya terima kasih kerana dosa telah terampun, dan darjat telah naik, mudah mudahan.. Syukur pada Allah kerana tiada lagi kesakitan gigi, terima kasih pada Allah!

Cuma aku tengok memang orang sakit gigi ni naya sikit, ada yang bengkak gusi dan muka monyok macam warewolf, kasihan.., nak buat macam mana? Itu semua ujian dari Allah sebab tak pandai jaga gigi, tapi sakit macam manapun, tetap kena solat jugak, atau korang sanggup nak jadi kawan syaitan jahat yang ‘berdendang’ dalam neraka?.

Habis sampai situ…

2) SAKIT TELINGA.

Ni lagi satu penyakit yang ‘macam’ tak boleh gunakan otak tapi tetap kena solat sebab masih boleh jugak guna otak walaupun menderita tapi sebab masih boleh bergerak, maka nak jugak kena solat..

Memang azab sakit yang melibatkan telinga, sesakit gajah yang menderita angkara tikus, sakit yang mana tidak memberi peluang untuk kita buat kerja lain… hanya mampu mengerang kesakitan menahan azab dan terpaksa bertahan dalam keadaan separuh nyawa atau nyawa nyawa ikan.. memang teruk, macam nazak gitu..

Aku kena waktu habis SPM, ada satu bisul telah tumbuh dalam telinga aku, dia punya sakit, tak tahu macam mana nak cerita, benda pulak dalam telinga, tak boleh nak pantau, kepala rasa berdengung, otak terasa kejang, dan badan terasa kebas, aku alami selama setangah hari.., berlmula lepas zohor dan berakihr malam itu, aku tak boleh buat apa-apa, tapi masih juga solat dalam keadaan terhuyung hayang, aku rasa maca nak mati.., bila bisul pecah, sakit beransur ansur hilang…

Jadi korang yang sedih sebab bisul tumbuh kat bontot, syukurlah sebab bisul tu tak tumbuh dalam telinga korang.., itu jer aku nak cakap..

3) SAKIT PERUT

Aku tak pernah lagi sakit perut yang kriktikal, aku pernah tengok kawan aku sakit perut sambil berguling guling, aku tengok diapun aku tahu batapa sakitnya ia, tapi tak lamalah sakit perut tu.., biasanya kejap.., jadi aku tekde pengalaman bab ni, sebab aku sakit perut waktu nak berak jer, bertambah sakit jika tak jumpa tandas.. heh!

PENUTUP

Jadi, setelah kita bincangkan bab sakit ni semua, dan betapa perintah Allah tetap jugak nak kena buat sewaktu sakit, maka fahamlah aku jika korang sakit dan tak nak solat maka ada satu tempat khas untuk orang yang sakit dan tak payah solat iaitu NERAKA!

Dan NERAKA punya azab bukan setakat sakit gigi, sakit telinga dan sakit perut, tapi lebih dari itu!! LEBIH DARI SAKIT GIGI, SAKIT TELINGA DAN SAKIT PERUT?!

Dan di sana, sakit manusia tiada limit, yang mana kat dunia, apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban sakit, maka manusia akan bertindak balas menjadi pengsan, dan jika sakit yang lebih dahyat lagi, maka manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.

Tapi kat NERAKA, sakit macam manapun, sama ada gigi tercabut atau telinga pecah atau perut meletup, manusia tidak akan pengsan dan tidak akan jadi mayat.. malahan yang paling ringan adalah memakai terompah neraka sedang otak mendidih..

Otak mendidih?demam 40 darjah celcius dah kecoh, belum lagi kena demam suhu mendidih 100 darjah celecius, oh! nak balas smspun tak boleh dah ,,isk..

Dalam neraka ni, kalau baca terjemahan Al quran ada cerita bahawa mereka ni dalam keadaan nazak gitu, nyawa nyawa ikan, tidak hidup dan tidak mati…

Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan tidak pula hidup (Tahaa: 74)

Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu dalam keadaan cacat (Al-mukminun:104)

Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)

Akhirnya dikatakan (kepada mereka): Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.

******

Dah lah tu Hamka, kau qoute ayat Al quran banyak banyak karang, bertambah sakit gigi, telinga dan perut mereka..

Baiklah, habis sampai sini dulu, selamat pergi jumpa doktor gigi, pakar telinga dan ahli perut, walau apapun sakit kamu, last aku nak cakap, dalam neraka takde klinik tau! Enjit enjit semut, siapa sakit naik atas..Enjit enjit semut, siapa sakit naik atas... (ulang korus sehingga sakit korang naik atas)

Ps: Dalam shurga tiada doktor dan hospital adalah kerana ahli shurga tidak akan sakit lagi buat selama-lamanya, Indah Waterpun takde.., tapi dalam neraka, comfirm tiada doktor dan hospital walapun semua orang di dalamnya sedang sakit, err, kalau doktor adapun, sendiri kena azab sambil mengharap dimasukkan ke bilik mayat, maaflah bang dalam neraka bilik mayat takde, keretamayatpun takde..harap maklum.

ps2: Siapa sakit naik atas bermaksud: orang sakit, darjatnya akan naik.

: )

Mar 17, 2009

Subuh gajah?

(Aku sedang belajar menjadi antara lelaki-lelaki yang akhir beriman di akhir zaman kerana gaya pulang ke pangkal jalan ini, masih banyak liku dan onarnya)




Jam yang diprogamkan dalam Handphoneku sudah hampir 2 petang aku rasa, walaupun aku tidak melihat ‘jam’ itu, tapi aku dapat agak berdasarkan pengkelanaan cuaca yang masih bahang dan apatah lagi aku baru pulang dari masjid selepas menunaikan solat zohor secara berjemaah, (aku sorang jerlah lelaki beriman konon),

Setibanya di rumah, dan sebelum mematikan suis motor Ex5 burukku, bunyi ekzoz motor yang bingit telah menjadi bertambah bingit kerana dari dalam rumah, anak aku dah berteriak sakan sambil menjerit:

“yey-yey, ayah balik, ”

“yey-yey, ayah balik, ”

Sebaik sahaja suis motor di matikan, makin jelas terdengar suara anak-anak di belakang pintu disusuli bunyi tapak kaki mereka yang berebut rebut nak bukak pintu untuk ayah tersayang..

Abang H, anak nombor satu, selaku yang sulung, (5 tahun setengah) mendahului semua adik adiknya dalam operasi membuka pintu untuk ayah tercinta..

Kreeeukk, bunyi daun pintu dikuak dari dalam..

Lalu terdengar bunyi si anak nombor tiga menangis, satu satunya anak perempuan aku (buat masa ni ler).. umur baru 2 tahun setengah..

Aku masuk rumah, tutup pintu dan dapati isteri aku sedang senyum dari dapur sambil bersiap siap menghidangkan makan tengah hari.. err, makan petang.

Aku lihat di ruang tamu, anak aku nombor dua, si A, umur 4 tahun, sedang asyik mewarna buku sambil meniarap tak peduli akupun.. macam-macam hal budak-budak ni..

Aku dekati si manja anak perempuanku yang masih menangis, lalu memeluknya dan bertanya, kenapa menangis?

Jawab si anak:

“N nak bukak pintu..”

Oh, aku faham, anak aku ni berebut dengan abangnya tadi nak bukak pintu untuk menyambut ketibaan aku..

Aku lepaskan pelukan, dan pergi keluar rumah, tutup pintu kembali dan bagi salam balik sambil ketuk pintu dan panggil nama anak aku si N ni..

“Assalamulaikum, N ada tak?”

Kreeeukk, lagi sekali bunyi daun pintu dikuak..

Lalu terlihat si N tersenyum. Aku peluk dia dan cium dia, lantas mendukung si baby girl ini ke ruang tamu..

Isteri aku dah siap letak nasi dan lauk dalam dulang besar, anak yang paling sulung si H dah siap sedia tepi talam lalu aku tepuk bahu anak aku si A yang asyik mewarna ajak makan sekali, lantas si A tinggalkan buku mewarnanya dan pergi basuh tangan lalu duduk sama kat tepi talam, kasihan mereka adik beradik sebab dah lama lapar tunggu aku balik dari masjid untuk makan sekali..

Kemudian terdengar doa yang paling makbul iaitu doa makan yang dilantunkan oleh anak sulung si H, lepas tu, makan-makanlah kami 5 beranak..

Baru nak suap makanan, dari dalam bilik, terdenger rengetan si anak yang paling kecil, adik K, (6 bulan) lantas isteri aku masuk ke dalam bilik untuk bagi minum susu dari buah dadanya menyusu.

Sambil makan, si anak sulung yang berumur 5 tahun bertanya:

“Kenapa ayah kena pergi masjid hari hari, solat kat rumah macam bonda tak boleh ke?”

Aku sorang jerlah lelaki terakhir beriman diakhir zaman kononnya, lalu menjawab:

“Ayah adalah ‘baby face’ (orang lelaki dewasa), jadi.., ayah kena solat kat masjid, bonda pulak ‘baby girl’,(orang perempuan) kena solat kat rumah..”

“Ohh, pagi jer tak payah ke masjid kan?”

Tanya anak aku lagi..

“apa pulak?, semua kena pergi masjid, subuh, zohor, asar, maghrib, isyak semua kena pergi masjid”

“tadi, saya nampak ayah solat kat rumah pagi tadi”

Woha! Isteri aku gelakkan aku dari dalam bilik.. Aku jugak ketawa pada diri sendiri.., eh, kejap!, kenapa mesti ketawa?

Kenapa mesti ketawa bila diri sendiri bila dah kena Kantoi solat subuh gajah..,?

*****

Imbas kembali:

Pagi tadi, bukan pagi yang biasa, (cover line-sebanarnya malam tadi, bukan malam yang biasa, malam tadi bulan mengambang),

Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya dan malam tadi aku dan isteri telah lena diulit syaitan lalu terlelap tidur dan terjaga jam 6.30 pagi lantas tergesa gesa bangkit dari pembaringan dan terus mandi wajib, (mandi wajib pada waktu pagi dan hujan lebat pulak kat luar memang mujahadah..oh!)

Anak aku yang biasa bangun pagi untuk ke sekolah telah bangun awal seperti biasa dan terlihalah di matanya seorang ayah dan seorang bonda sedang solat 'subuh gajah' pada waktu dah nak hampir jam 7 pagi, lantas anak aku yang berhati kamil menyangka bahawa ayahnya tidak wajib ke masjid sedang aku sebenarnya masih terbabas dengan penyakit wahan sehingga penah gak beberapa kali terkantoi solat subuh, cis, celaka sungguh setan ni, semua nak kena manipulasi balik ni.., nak kena bebaskan hamba nih! oh!

Maka moralnya di sini adalah, terbukti sudah bahawa aku bukanlah lelaki terakhir yang sempurna iman diakhir zaman kerana kejahilan dan kelemahan masih menyelubungi diri yang hina ini, sepatutnya aku, walau macam mana lambatpun bangun pagi, tetap kena pergi ke masjid, kerana sunnah Nabi, ada tiga perkara dalam bab solat..

Pertama, tempat azan di azankan (bagi lelaki terutamanya)

kedua, awal waktu..,

ketiga, solat berjemaah,

Moral 1: Sekiranya korang gagal untuk solat berjemaah kerana darurat, maka pergilah jugak ke masjid dan solatlah sorang-sorang jika tiada makmum.., (solat subuh memang jarang dapat solat berjemaah jika dah terlewat, masjid sangat lengang waktu ni, di zaman Nabi mereka yang lambat bangun masih ke masjid dan insyAllah akan ada musafir lain dapat berjemaah bersama mereka, walaupun dah lewat.) kadang kadang tu, masjid lepas subuh terus kunci! oh!

Moral 2: Sekiranya korang sibuk luar biasa, seperti doctor yang nak bedah mayat, atau polis yang nak memayatkan perompak, atau askar yang makan biskut mayat, atau keretamayat yang nak lupuskan mayat, dan lain-lain, buatlah pakatan rakyat dengan kawan kawan yang sama-sama sibuk agar selepas zon sibuk habis nanti, iaitu selepas habis perang, meeting, kerja bahaya, debat parlimen dan lain lain, sama samalah berkumpul dan solatlah secara berjemaah, lewat sikit takpe asal masih dalam waktu, banyak hadith tentang betapa Allah puji mereka yang sedang bekerja tapi masih dapat solat secara berjemaah..

Moral 3: Jika tempat kerja jauh dari masjid, dibenarkan dalam islam untuk azan kat tempat kerja, tak kira dalam hutan ke, atas gunung ke, dalam kebun ke, takpe, banyak jugak hadith akan Allah cukup suka puji mereka yang azan walaupun dalam hutan atau atas gunung, kerana itu adalah bukti bahawa korang adalah antara lelaki-lelaki yang akhir beriman di akhir zaman..

Nabi SAW bagitahu alangkan beruntungnya mereka yang tidak lihat aku tetapi mengamalkan apa yang aku seru, dan Nabi ulang sampai 8 kali, beruntung, beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung sungguh beruntung…!

Dan akhir sekali, sambil pesan kat diri sendiri, cuba jugaklah solat di masjid walau macam mana lewatpun, nak buat macam mana?, dah korang perasan sibuk sangat, insyAllah di akhir zaman ni ramai jugak yang terlewat kerana ada masalah masing-masing, namun bila dah terlewat lalu solat sorang sorang dirumah, itu yang masalah! Sedang masalah dapat di selesaikan bila korang yang ada masalah ni pergi jugak ke masjid dan solat berjemaah di sana, buat jemaah baru, selesailah masalah, insyAllah…

Penutup:

Di akhir zaman ini, bila ayah tak solat, anak-anak akan sangka solat itu boleh main-main.., atau bila ayah solat di rumah, anak-anak akan sangka orang lelaki boleh solat di rumah.., atau bila ustaz solat di rumah, orang kampong akan sangka takpe kita sama sama solat di rumah sampai masjid/surau tak de orang azan jadi perkara biasa di akhir zaman ini.. oh! kerana itulah Nabi SAW sakit sakitpun pergi ke masjid, Khalifah Islam dulu, sakit dan sibuk macam manapun pergi ke masjid..

Kenapa?

Nak tunjuk pada Allah bahawa perintah Allah itu lebih UTAMA dari semua perkara…, betul tak?

******

Habis tu Hamka, macam mana nak atasi masalah subuh gajah?

Senang sahaja, masalah subuh gajah akan dapat di atasi apabila kita berjaya buat tahajjud gajah!

Whooooooooo (bunyi dari belalai gajah). End.

Ps: Jadi, siapa-siapa yang terbangun lewat subuh esok, jom jumpa aku di masjid, kita solat subuh gajah berjemaah sama-sama, cheh, macam tahu-tahu pulak nak bangun lewat..oh! cis! Hampeh! lain kali, mandi wajib dulu baru tidur! dan sama sama buat TAHAJJUD GAJAH

: )

Mar 13, 2009

Cemburu atau kasihan?

(Kehinaan bagi korang adalah kemulian bagi mereka)

Nota: aku terpaksa tulis perkataan ‘bodoh’ sebagai ganti kepada perkatan ‘munafik’ kerana ‘bodoh’ itu lebih‘murni’ berbanding munafik sebab aku tak nak letak hukum akhirat kepada mereka yang belum jadi mayat-harap maklum.

*****

Kali ni, aku nak tanya dua soalan kepada korang, soalan 1:

Pernah tak korang rasa menyampah, benci atau ‘perasan disalahkan’ apabila melihat segolongan manusia yang cuba hidupkan sunnah nabi, seperti berserban, berjubah, beriktikaf, dan berdakwah pada korang, pernah tak?

Tak kiralah sama ada orang tabligh atau bukan tabligh, tapi yang pasti mereka cuba hidupkan sunnah nabi dengan berdakwah tapi korang naik marah, pernah tak?

Perasan marah yang mencucuk-cucuk dalam hati, lantas meruap dan membahangkan dari telinga ke tulang, lantas gigi geraham dirapat erat, dan mulut terketar ketar menahan nafsu amarah, lubang hidung bertambah diameter secara mendadak, dan urat urat menjalar seperti akar kilat di kaki langit, kemudian datang perasaan nak tempeleng si pendakwah tu, rasa nak I.S.A kan mereka, rasa nak pijak perut mereka, rasa nak patahkan bulu kening mereka, rasa nak jahit pusat mereka, dan lain lain, pernah tak?

Kalau ada, baik korang tarik nafas dalam dalam, dan pergi ambik wudhu, lepas tu sila lah duduk, atau berbaring,

Kemudian bila dah baring, tapi marah korang terhadap golongan yang nak hidupkan sunnah Nabi masih jugak belum reda, maka, ketahulah bahawa korang termasuk dalam golongan yang bodoh bangang dalam bab ugama, sebab ada banyak penyakit hati dan sudah dikuasai iblis..,

kenapa?

Makhluk yang benci orang buat baik ni,-adalah syaitan, dan juga syaitan yang bertopengkan manusia,

Dan apa kerja syaitan?

Dah tentu kerjaya utama syaitan adalah mengahalang orang islam lain yang nak beramal ugama..

Maka, jangalah jadi syaitan, janganlah jadi munafik, dan janganlah menjadi bodoh dan bangang!

Cuba renung diri, tanya diri sendiri kenapa perlu aku jadi syaitan?, kenapa aku benci dan meluat bila tengok orang nak buat baik?, kenapa aku jadi bodoh bangang?

Sekiranya korang ada ruang untuk tanya soalan macam ini dalam diri, alhamdulillah, korang memang bukan syaitan sebab syaitan tak pernah ada ruang untuk tanya soalan macam tu kat diri sendiri.. dan alhamdulillah lagi sekali sebab walaupun asalnya korang bodoh, tapi bila dah dapat tanya soalan macam tu dalam diri, maka kebijaksanaan akan datang, Alhamdulillah..

Tapi yang aku pelik, bila ada golongan yang berugama kononnya, berstatus ustaz, bilal atau imam, tapi berperangai macam syaitan, yang mana cukup benci dan menghalang orang islam lain untuk amal ugama, untuk hidupkan sunnah Nabi, kan pelik tu?

Kadang kadang mereka cakap dengan bangga:

“kalau pakcik masih muda macam dulu, pakacik halau jer puak-puak ni“

Laaa, boleh pulak pakcik tu cakap dengan bangga? Akupun ‘puji’ pakcik ni:

“Hebatlah pakcik masa muda dulu, sama macam Abu jahal yang halau Nabi masa muda dulu lah pakcik ni, ‘hebat’kan!"

Sama macam Abu jahal itu hebat?

Tak ke bodoh bangang tu?

Patut orang yang ada ugama ni, kena buat macam cerita dalam Surrah yassin ayat 21 juz 23 yang menceritakan apabila datang utusan Allah pada satu kampong, lalu orang kampong jadi bodoh bangang dengan menghalang utusan Allah tadi, lantas dari hujung kampong, berlarilah seorang pakcik dan berkata:

"Ikutlah orang yang tiada meminta upah kepadamu itu, karena mereka mendapat pimpinan yang benar."

Faham tak pakcik?
Faham tak bahawa Kehinaan bagi pakcik adalah kemulian bagi mereka?

Sudah! Tutup kes, semoga pakcik tu dan aku dapat bertaubat sebelum mati, aku sayang pakcik tu, tapi pakcik tu tak nak sayang aku, oh!, aku kena belajar lagi ambik hati orang tua..

********

Soalan kedua, aku nak tanya:

Pernah tak korang rasa kasihan apabila melihat segolongan manusia yang cuba hidupkan sunnah nabi, seperti berserban, berjubah, beriktikaf, dan berdakwah pada korang, pernah tak?

Tak kiralah sama ada orang tabligh atau bukan tabligh, tapi yang pasti mereka cuba hidupkan sunnah nabi dengan berdakwah tapi korang rasa 'kasihan yang pelik', pernah tak?

Kasihan sehingga korang rasa korang lebih beruntung dari mereka, mereka lebih hina dari korang atau korang lebih mulia dari mereka.., kasihan sebab rugi tengok masa mereka habis untuk cari akhirat sedang korang beruntung sebab banyak masa cari dunia, kasihan pada mereka sebab berpisah dengan keluarga lalu sibuk berdakwah sedang korang berbahagia di celah ketiak suami atau di celah kangkang isteri masing masing, pernah tak?

Kalau ada, baik korang tarik nafas dalam dalam, dan pergi ambik wudhu, lepas tu sila lah duduk, atau berbaring,

Kemudian bila dah baring, tapi kasihan korang terhadap golongan yang nak hidupkan sunnah Nabi masih jugak belum reda, maka, ketahulah bahawa korang termasuk dalam golongan yang bodoh bangang dalan bab ugama, sebab ada banyak penyakit hati dan sudah dikuasai iblis..,

kenapa?

Antara makhluk yang kasihan tengok orang buat baik ni, adalah macam ‘orang kafir’ yang kasihan tengok orang islam bermujahadah lalu rasa diri mereka beruntung sebab orang islam kena pergi haji, puasa, solat 5 waktu tapi mereka tak payah semua itu, boleh mium arak dan sebagainya tapi akhirnya mereka akan mati masuk neraka buat selama-lamanya!

Kenapa nak kasihan dengan orang yang dipilih oleh Allah untuk amal ugama?, untuk amal sunnah Nabi? Untuk dapat mati syahid?, Sepatutnya mereka di cemburui, baru betul iman kita..

Jangan jadi macam orang kafir yang cintakan dunia, sehingga mereka merasa kasihan tengok orang islam yang cuba bermujahadah menentang nafsu..

Kita patut cemburu pada mereka! Atau dalam istilah arab, ‘GHIBTAH’!, Baru betul iman kita,

Ada satu cerita yang berlaku zaman Nabi, iaitu apabila seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..

Tapi si ibu berkata:
“janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, sesungguhnya, Jika kamu datang untuk bersimpati padaku, atau untuk menangis bersamaku, baliklah kamu, tapi jika kamu datang untuk ucap taniah padaku di persilakan! Ketahuilah, sesungguhnya, aku menangis bukan kerana semua ahli keluargaku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”

Oh! Aku pulak yang tak faham… nak kena belajar lagi bab ghibtah!

Sambung balik,
Adalah menjadi satu kesilapan besar dalam hidup ini, apabila kita merasa kasihan terhadap mereka yang tidak patut di kasihani, atau merasa cemburu pada mereka yang tidak patut dicemburui atau berasa benci pada mereka yang tidak patut dibenci..

Contoh lain, apabila orang islam melihat satu orang kafir yang kaya raya, rumah besar, kereta besar, dan isteri besar, ada pulak ayam itik penuh reban, dan lembu kambing penuh kandang, lalu tiba tiba ada orang islam yang boleh pulak cemburu pada orang kafir tu, maka disitulah kebodohan bermula..

Bodoh kerana jahil ugama, tak tahu apa yang patut di cemburui, dan apa yang patut di kasihani.. dan bila orang islam dah cemburu pada orang kafir, lalu cuba sedaya upaya jadi macam orang kafir, dan takut akhirat kelak, dibangkitkan bersama orang kafir kerana menyerupai mereka.. nauzubillah!

Patut kita kasihan pada orang kafir, mereka mati masuk nereka, menderita buat selama-lamanya.., Nabi pernah menangis melihat mayat yahudi kerana terkilan mereka mati kafir sedang Nabi masih hidup..oh!

Sebenarnya kan korang,...

Mungkin korang rasa kasihan kepada pendakwah kerana menyangka mereka bodoh sikit dari korang, sedangkan korang rasa pandai sikit sebab tak jadi bodoh macam mereka, padahal orang yang bodoh sikit dan patut di kasihankan adalah korang!

Kenapa korang seorang yang kasihan?

Sebab?

Begini ceritanya,
Zaman Nabi dulu, jika ada antara korang yang buat dosa dan maksiat, Allah akan hantar Nabi jumpa korang, Nabi yang hebat berpidato, Nabi yang mat som, Nabi yang ada mukjizat, nabi yang kacak dan sebagainya..

Tapi zaman sekarang, bila korang buat salah, Allah dah tak hantar Nabi dah, tapi Allah ‘hantar’ mereka manusia biasa yang korang rasa bodoh tu jumpa korang, ha ha, kasihan korang.., lantas mungkin kerana ada antara mereka yang confirm bukan nabi atau ustaz ni jumpa korang, maka percakapan mereka yang tak berhikmah atau tak pandai atau tercakap lepas menyebabkan korang yang perasan ‘bijak’ (bodoh sebenarnya)makin jauh dari ugama, oh kasihannya korang.., korang harapkan nabi jumpa korang, tapi aku yang hina dina ini jumpa korang, kasihan kan???

Tapi korang bukannya sayang diri sendiri, sepatutnya korang rasa kasihan diri sendiri tapi sebab kebodohan yang tebal, korang kasihan pulak kepada mereka yang cuba hidupkan sunnah Nabi..

Tak ke jahil tu?

Tapi, jika korang nak kasihan jugak pada mereka, boleh.., masih ada ruang yang dibenarkan untuk rasa simpati kepada mereka iaitu..

Simpati kepada mereka kerana mereka buat dakwah tanpa ada Nabi di sisi, bila mereka kena marah, kena caci, kena hina, kena laknat, dan sebagainya, mereka takde tempat nak ngadu…. Sebab Nabi dah takde(sebak). Kalau zaman dulu, mereka boleh berlari jumpa nabi sambil tunjuk lebam atau luka lalu nabi gembirakan mereka dengan hadith hadith soheh, tapi hari ni, bila mereka dihina dan dipukul, mereka hanya dapat mambaca hadith hadtih yang belum tentu 'soheh' kerana dipalsukan oleh korang yang mengina..oh! tapi takpe, mereka ada Allah, hanya pada Allah tempat kita semua mengadu..isk..iskk..

Dan bersyukurlah pada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang memberi ketabahan kepada mereka, memberi kekuatan yang luar biasa kepada mereka, dan kini, mereka bergantung hanya pada Allah, akupun kena cemburu pada mereka kerana masih belum sempurna ikut jejak langkah mereka, apatah lagi jejak langkah para sahabat? Oh!

“Siapa saja yang menyembah Muhammad maka ketahuilah bahwa Muhammad telah tiada. Dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan pernah mati.” (rujuk Al-Quran Surah Ali ‘Imran ayat 144)

So, mereka sepatutnya di cemburui, dan berdoalah kepada Allah agar kita dan anak cucu kita menyertai perjuangan mereka…

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...

Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat kejayaan yang sebenar-benarnya!

Ketahuilah, Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah berjaya!

Akhir kata:

Sekiranya korang sedang marah atau bengang, Cubalah muhasabah diri korang, renung diri, tanya diri sendiri kenapa perlu aku jadi syaitan?, kenapa aku benci dan meluat bila tengok orang nak buat baik?, kenapa perlu aku jadi bodoh bangang?

Sekiranya korang ada ruang untuk tanya soalan macam ini dalam diri, alhamdulillah, korang memang bukan syaitan sebab syaitan tak pernah ada ruang untuk tanya soalan macam tu kat diri sendiri.. dan alhamdulillah lagi sekali sebab walaupun asalnya korang bodoh, tapi bila dah dapat tanya soalan macam tu dalam diri, maka kebijaksanaan akan datang, alhamdulillah..

Kasihanilah kepada ummat yang menderita, dan cemburilah(ghibtah) kepada mereka yang dapat amal ugama..

Akhir kata,
Pada pendapat aku yang hina ini, sekiranya ahli maksiat terlihat orang yang amal ugama, lalu ahli maksiat ada cita-cita untuk menjadi orang beriman satu hari nanti, dan apabila orang beriman terlihat ahli maksiat, lalu kasihan dan sangka baik terhadap mereka ahli maksiat dan turun padang jumpa mereka.. maka isyallah, ugama islam akan kembali gemilang..

Tapi, Islam tunggang langgang hari ini adalah kerana, ahli maksiat yang terlihat orang yang amal ugama, tiada cita-cita di hati mereka untuk menjadi orang beriman walaupun untuk tempoh satu hari yang akan datang, sebaliknya mereka membenci orang yang amal ugama.. oh!

Dan hari ini juga, Islam tunggang langgang kerana apabila orang beriman terlihat ahli maksiat, mereka benci pada pendosa dan sangka buruk terhadap mereka ahli maksiat yang kononnya pintu hidayat sudah tertutup.. lalu berhenti menasihati mereka..oh!

Dosa mana lagi yang tidak kita akui?

Dan buat korang yang puji aku disini, sebenarnya, tak payahlah korang cemburu pada aku, kerana aku hakikatnya seorang yang patut dikasihani, kerana ketika orang islam lain sibuk berjuang di jalan Allah, sibuk bermandikan peluh dan darah, sibuk menjauhkan diri dari asap api neraka.., tapi aku disini.., sedang bersenang lenang di celah ketiak dan kangkang isteriku..oh! (Korang pun sama!) doakan aku agar suatu hari nanti, kita dapat bersama menyertai mereka..

amin.

Ps: Aku juga kasihan kepada andartu dan cemburu kepada mereka yang berpoligami, err, boleh ghibtah ke bab ni? Woha!

Mar 10, 2009

Apa Fikir Nabi?

(Siri ulangkaji tajuk ‘apa itu Sunnah’ sempena Maulidul Rasul-maaf aku perasan sibuk lalu edit entry lama, lalu memurnikannya :)

Cerita bermula di sebuah IPTA yang di rahsiakan atas dasar-dasar kesalamatan kerana kuasa pemerintahan di Malaysia sejak akhir-akhir ini, cepat benar bertukar kerusi.. oh!

Maka sekarang, err, mari kita mengumpat sikit.., korang tahu tak?, ada seorang gadis tu kan, muka boleh tahan cantik tapi perangai, ya-Allah., macam setan!, lepas tu kan, minah ni perasan bahagia dan perasan semua orang perempuan nak jadi macam dia konon, dan perasan semua lelaki tergila gilakan dia, nak muntah aku tengok.., hishh.., apatah lagi dia perasan moden yang bersifat gadis urban yang perasan bergaya dan perasan berketerampilan, lalu tergedik gedik macam arvil lavinge gitu.., bodoh ke apa?

Lepas tu gadis ni dah tentu mempunyai rakan-rakan sekapala yang perasan comel macam kucing, ayu macam tapir, dan anggung macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o..

Tapi tak kisah ler, kuburkan lain-lain, kau punya dosa maka bapak pulak yang tanggung kot sebab kau perasan gadis bawah umur walaupun dan lebih 18 tahun.., aku kalau berselisih dengan perempuan cam gini, akau akan buat selamba, atau kalau ada kucing, aku akan tegur kucing dan puji kucing tu kuat kuat.., sebab kucing bagi aku lebih cantik dari perempuan tergedik gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o.. tu.

Dan yang paling aku angin tentang minah perasan comel macam anak patung babi ni, adalah:

PERANGAI YANG TAK MALU LANGUNG APABILA BERJUMPA LELAKI, SIAP MENYAKAT LELAKI ALIM LAGI BERIMAN (‘MACAM AKU’ KONONNYA)…

Apabila melihat lelaki yang berpenampilan ala-ala arab (sunnah Nabi), iaitu berjanggut dan berserban, maka gadis itu mulalah menyakat. Di siulnya ahli masjid itu, di ‘pee-weeet’nya, di beri salam sambil sampuk dengan lawak “ tak jawab dosa bang..”, ishhh, lepas tu ada siulan ala-ala cencorut gitu, ingat aku ni tikus ke?

Namun, oleh kerana lelaki yang disakat itu kebanyakkannya adalah “ahli surau” yang beriman lagi bertakwa, maka dah tentu tiada tindak balas oleh lelaki beriman, (lelaki beriman selalu begitu) hanya tunduk kepala dan mulut kelihatan bergerak-gerak (berzikir agaknya), sesekali dilihat menggelengkan kepala. Lalu tangan diseluk dalam poket meraba tasbih menyambung ‘zikir seumur hidup’…

Di pendekkan cerita, Suatu hari tu, ada seorang lelaki yang berjanggut, bercelak, berserban, berjubah putih, berbau minyak atar, dan ada kayu sugi terjulur di poket kanannya, telah di sakat oleh gadis gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o.. tu.

Gadis itu mengajuk bunyi kambing, sempena janggut yang bermarajalela di dagu lelaki itu.

“Mbekkk”

Semua orang di tempat kejadian ketawa kecuali lelaki itu.

Lelaki itu mengangkat kepala dan merenung tepat ke arah gadis itu.

Gadis itu mula suspen.

Lelaki itu merenung gadis itu tanpa berkelip.

Gadis itu bertambah suspen dan semua kawan kawan gadis yang ketawa tadi telah berhenti ketawa dan turut suspen bersama gadis yang suspen tadi

Lelaki itu angkat tangan kanannya sedang jari telunjuk diacukan ke muka gadis urban itu. Gaya seorang yang ingin menembak.

Suasana semakin suspen

Lelaki itu membuka mulutnya.

Oh suspendnya!

Tiba tiba terdengar lelaki itu berkata dengan kuat dan tegas!:

“I will marry you!”


Semua orang diam dan gadis itu terus terkasima dan pegun laksana si tanggang yang di sumpah menjadi batu.

Lelaki itu beredar dan terus ke masjid sedang gadis gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o.. tu. Terkasima, diam seribu bahasa termasuk hati kecilnya juga tidak mampu berbicara..

Ok, kita habiskan cerita tu kat situ, biar cerita itu menjadi suspend buat korang semua, he he he..

*****

Cuma aku nak tambah, dalam dunia islam kini, yang mana maklumat tentang ugama boleh di perolehi dengan mudah, adalah menyedihkan apabila masih ada penganut islam yang menghina sunnah Nabi. Mungkin di sebabkan oleh kurangnya ilmu atau tersilap dalam pemahaman ugama.

Paling popular penghinaan yang selalu kita dengar adalah berjanggut macam kambing.
Hairan?, orang simpan janggut, di tuduhnya macam kambing, yang kita lari cari tempat teduh di waktu hujan turun tak pula cakap macam kambing!

Sebenarnya apabila aku usul perkara ini kepada segolongan ummat islam, rupa-rupanya mereka terkeliru di antara Sunnah dan Sunnat.

Aku rasa ramai yang dapat bezakan maksud sunat untuk lelaki yang pra baligh, iaitu potong kerandut, dan keluarkan kepala zakar, manakala sunnat pula adalah amalan yang jika buat dapat pahala, tak buat tak apa, seperti solat sebelum subuh atau selepas isyak atau puasa isnin khamis.

Tapi kenapa masih ramai yang tak dapat bezakan antara sunnat dan sunnah?

Malahan ramai orang islam yang dah banyak cukur bulu dan potong kuku sepanjang berugama islam beranggapan bahawa sunnah dan sunat adalah sama, iaitu, jika buat dapat pahala, tak buat tak apa, maka kerana kejahilan itu maka mereka yang dah 60 tahun berugama islampun masih selamba tinggalkan solat berjemaah kerana anggap perkara itu sunnat, selamba cukur janggut dan selamba hina orang yang berserban kerana anggap sunnah itu sunnat, tak buat tak apa…

Janganlah jadi mangkuk, di lambung tak pecah tapi jatuh pecah berderai, dalam Hadith Nabi dah siap bagitahu awal-awal, bahawa beliau telah tinggalkan dua perkara yang jika korang semua tarmasuk aku berpegang padanya maka tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan Sunnah, tak kan lah Sunnah di sini bermaksud Sunnat, buat dapat pahala, tak buat tak apa.., jadi sesat pula buat selamanyalah jika korang faham begitu..

Biar aku betulkan balik offset kefahaman korang akan perbezaan antara sunnah dan sunnat., insyAllah

Dalam mengertikan Sunnat, ia termasuk dalam hukum islam yang lima, iaitu wajib, makruh, haram, dan harus. Kesemuanya bergantung kepada waktu dan tempat. Kita semua sedia maklum bahwa sunnat adalah bermaksud, jika di buat akan mendapat ganjaran yang banyak, jika di tinggalkan akan rugi tapi tidak pula mendatangkan dosa.

Adakah Sunnah bermaksud jika kita buat akan mendapat ganjaran yang banyak, jika di tinggalkan tidak pula berdosa?. Bukan begitu kerana Sabda nabi S.A.W, bahawa baginda telah tinggalkan dua perkara kepada Ummatnya yang mana jika kita berpegang teguh maka tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan Al-sunnah.

Bermakna di sini, Al quran dan Al sunnah adalah dua perkara yang di wariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada ummat dalam menjaga diri kita daripaa kesesatan.

Apakah itu Al quran?.
Al Quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk kitab, dan Allah telah berjanji untuk menjaga Al quran sampai hari kiamat yang mana hari ini setiap perkataan dan susunan huruf masih kekal seperti asal walaupun sudah berusia 1400 tahun dahulu.

Apakah itu Al sunnah?
Al sunnah adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk akhlak manusia, yang mana Aisyah R.a, meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah “al-Quran yang bergerak”. Dan tiada jaminan dari Allah untuk menjaga Al-sunnah seperti mana Allah menjaga Al quran, maka di beritakan bahawa barang siapa yang dapat menghidupkan walaupun hanya satu Sunnah, di akhir zaman ini, mereka akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid.

Jadi jika korang dah belajar ugama sebelum ini tentang hokum dalam islam yang terdiri daripada 5 hukum iaitu Hukum Wajib, Sunnat, harus, Makruh dan haram, lalu korang tak tahu nak letak sunnah kat hokum yang mana dan akhirnya korang letak sunnah dekat sunnat maka di situlah kesesatan bermula, sebab masa tu korang akan selamba tinggal sunnah sebab anggap sunnah itu sunnat, tak ke hampeh?

Padahal Sunnah ada dalam setiap hukum, ada sunnah yang Wajib, seperti solat berjemaah dan dakwah, ada sunnah yang sunnat seperti makan kurma, ada sunnah yang harus seperti bercakap dalam bahasa arab, dan ada sunnah yang haram, seperti kahwin sembilan serentak dan lain lain, dan inilah masanya korang kena mengaji ugama lagi, banyak yang korang tak faham, aku pun sama..

Pendek kata,

Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat, Naudzubillah

Satu lagi:

Biasa Sunnah yang kita faham dan ikut adalah Surah dan Sirrah, iaitu penampilan dan cara hidup, kita berjanggut dan mengamalkan adab ketika makan, tidur dan sebagainya, akan tetapi lupakah kita untuk berfikir sebagaimana Nabi berfikir (sarirrah)?

Sedangkan melalui berfikir seperti bagindalah maka kita akan dapat hakikat roh Sunnah iaitu amalan Surah serta Sirrah dapat di buat dengan penuh kemanisan,

Apa yang Nabi fikir?

Nabi fikir bagaiman semua orang dapat masuk syurga dan selamat dari azab api neraka, Nabi menangis lihat mayat yahudi kerana baginda faham nasib mereka.

Ada juga Nabi Muhammad S.A.W berfikir untuk membakar rumah orang yang tidak solat berjemaah kerana lebih suka solat di rumah, pendek kata, kita kena belajar fikir macam nabi, jadikan apa yang Nabi risaukan sebagai perkara yang sama kita risaukan. (saya juga sedang belajar)

Sahabat-sahabat R.A berjaya kerana mereka telah berjaya ikut sunnah 100%, mereka telah berfikir sebagaimana Nabi berfikir.

Moga kita semua dapat wujudkan fikir risau dalam diri, fikir macamana semua orang lelaki dapat solat jemaah 5 waktu (solat jemaah adalah sunnah Nabi), semua wanita tutup aurat sempurna, semua kanak-kanak taat perintah ibu bapa, semua isteri taat perintah suami, semua perempuan solat awal waktu, wujud suasana ugama yang mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak-kanak jumpa kanak-kanak cakap kebesaran Allah, fikir bagaimana bayi yang paling akhir zamanpun dapat mati dalam islam.

Moga penulis dan kita semua dapat amal apa yang ditulis kerana ugama adalah mudah untuk di bicarakan, tetapi adalah amat mujahadah untuk di laksanakan dengan istiqamah.

Apakah akibat menolak Sunnah?

Seandainya kita tidak mampu makan di atas lantai macam Nabi, dan lebih selesa makan menggunakan kerusi dan meja, atau kita lebih selesa makan menggunakan sudu dan garfu berbanding makan dengan jari cara Nabi Muhammad S.A.W., maka berdiamlah diri dan jaga lidah kita agar jangan sekali-kali sampai menghina mereka yang cuba menghidupkan sunnah, kerana jika kita tidak mampu untuk mengikut semua sunnah Nabi, maka itu adalah kelemahan kita, berdoalah dan beusahalah semoga diberi kekuatan untuk mengamalkannya, dan semoga Allah ampunkan dosa kita, tapi apabila kita menghina dan menolak Sunnah, maka azabnya amat berat sekali.

Dalam sebuah hadith yang panjang, secara ringkasnya menceritakan bahawa setiap dari kita sebelum masuk shurga akan di beri minum air dari telaga kautsar, yang mana apabila kita minum air ini akan hilang dahaga buat selama-lamanya, kerana minumnya kita di shurga bukan kerana dahaga, cuma hanya untuk keseronokkan sahaja.

Dan untuk ummat Nabi Muhammad S.A.W, Nabi sendiri yang akan beri minum air ini dari telapak tangan baginda yang mulia, kemudian satu golongan manusia telah datang tapi di tahan oleh malaikat sedang nabi mengenalinya kerana tangan dan muka bercahaya kesan wudhu yang sempurna.

Tetapi apabila malaikat menyatakan bahawa golongan ini adalah golongan yang menolak Sunnah, maka Nabi sendiri yang menghalau golongan ini. (nabi tidak mengaku ummat)

Naduzubillah.

Tapi Hamka, kau sibuk berkata tentang sunnah Nabi, aku tengok kau sendiri naik ‘kancil’, kenapa kau tak naik unta jika benar mahu iku sunnah Nabi?

Kata aku:

Hek, eleh Mamat ni?, Nabi mana ada ajar doa naik unta? nabi ajar doa naik kenderaan, aku naik kapal selam pun baca doa ni!, kalau kau terer, aku nak belajarlah juga doa naik unta ke, atau doa naik kuda ke?

Arghh, tak bagus berdebat, nanti hati jadi gelap...

Berbalik kepada generasi muda zaman sekarang, kita dapat lihat akan mereka, apabila terpengaruh atau minat gila pada satu-satu artis, bukan setakat hafal lagu, tapi penampilan dan cara berfikir artis itupun di tiru, gantung CD di tengkuk, ikat kain di kepala, bertindik di pusat, pakai baju terbalik, rambut di warnakan, bukan dapat duit pun!, tapi semuanya di lakukan demi lebih penghayatan dan dapat menambahkan cinta pada artis-artis kesayangan mereka.

Sedang kita ummat islam, mengaku cinta dan sanggup mati demi Nabi, tapi sejauh manakah sunnah yang ada dalam diri kita.

Oh! Apakah yang sedang berlaku pada diri kita semua?

Sahabat amalkan Sunnah, kerana itu adalah Sunnah...
Kita pula tinggalkan Sunnah, kerana itu adalah Sunnah...

AKU ULANGI:

SAHABAT AMALKAN SUNNAH, KERANA ITU ADALAH SUNNAH...
KITA PULA TINGGALKAN SUNNAH, KERANA ITU ADALAH SUNNAH...


Apa lagi nak dikata?

Hakikatnya, semakin banyak Sunnah yang dapat kita amal, maka semakin banyaklah kefahaman tentang ugama akan hadir dalam diri, dan semakin berkurangnya Sunnah dalam diri, maka semakin berkuranglah kefahaman kita tantang ugama...

Walaubagaimanapun, dalam umur yang pendek ini, mungkin kita tidak sempat mengamalkan semua Sunnah Nabi, namun ada berita baik...

Sekiranya satu orang yang berniat untuk jadi Al-Hafiz telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, tapi tidak sempat lalu di takdirkan Allah menjadi mayat. Akhirat kelak beliau akan di bangkitkan bersama para Hafiz. Begitu juga satu orang yang cuba ikut Sunnah Nabi dan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh tapi tidak berjaya amalkan kesemuanya, sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi InsyaAllah…

SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA.

SEKIAN…

Ps: Oh ye, perempuan gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o..tu akhirnya telah berkahwin dengan lelaki yang disakat tempoh hari, wanita tu kini sudah berpurdah, solat awal waktu dan menjadi isteri solehah serta ibu mitahli, semua berlaku dengan izin Allah. Dan akhirnya, title perempuan gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o.. tu sudah bertukar kepada LADANG MC DONALD, errr, maksud aku: Isteri-isteri kamu adalah seperti ladang tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat bercucuk tanammu itu sebagaimana sahaja kamu kehendaki.

Happy ending.

Mar 5, 2009

Siapa Hamba?

(Masih sempat untuk aku edit balik dan mulakan azam baru tahun ini rasanya, terima kasih strikethrough)

Apalah punya lembab aku ni, umur dah sebaya superman baru pandai guna html sikit-sikit, itupun setelah ada antara korang yang sanggup sabar ajar aku yang dah tua ni tentang teknologi lama yang aku sengaja terlepas pandang...

Cerita bermula apabila ‘blog nota kepada diri aku ini’ di nasihat oleh korang yang mengaku sebagai peminat setia, agar buang perkataan kasar seperti ‘bodoh’, ‘bangang’, ‘bengong’ dan lain-lain…

"Kau kena ikut sunnah Nabi Hamka," kata mereka..

Betul., dan aku mengaku, bila aku tulis, kebanyakkanya spontan, lepas post, baru menyesal, mana yang sempat aku edit, aku akan edit, tapi kebanyakannya, aku tak edit sebab perasan sibuk.. oh!

Kemudian aku fikir balik, kalau aku edit, mungkin banyak makna asal atau maksud ayat yang aku nak tulis akan jadi tak sampai, atau hilang ‘bisa’ asal entry tu untuk menyegat diri sendiri, maka aku mintak tolong pada korang yang jauh lebih pandai bermain html agar ajar aku untuk potong perkataan tu tanpa padamkan ayat tu, potong macam kita potong karangan guna pen, yang bermaksud kita tersalah, dan nak betulkan balik…

Kata pembaca 1
Bro, kalau nak potong ayat tanpa padamkan ayat..taruk html tags just tukar huruf b, i or a tu jadi s kat awal & akhir perkataan yg nak dipotong mcm guna pen (strikethrough)

contoh ni ada space, kalau nak guna dlm blog buang sumer spaces : type <> perkataan yg dipotong mcm guna pen < / s >


Aku kata:
< / s >bodoh< / s > aku buat camni, betul ke? Tapi tak jadi..

aku tak faham lagi.., aku slow bab duniawi ini, (bab akhiratpun slow gak..oh!)

Kata pembaca 2
Cara nak potong ayat tu dengan pen..

Kalo guna microsoft word:

1. Highlight perkataan tu.
2. Klik kat format --> font.
3. Pastu kat yg kotak kecik bnyk2 kt bwh tu, tandakan samada "Strikethrough" atau pun "Double strikethrough".
4. Klik ok.


Selamat Mencuba...!!

Aku kata:
Buat kat Microsoft Word, ok, tapi bila paste kat template blogger, tak jadi, macam mana ni?

Kata pembaca 3
bro hamka patut wat <> ayat < / >,kalau 2-2 penutup mmg x jadi..

Aku kata:
Tak jadipun…

Kata pembaca 4
Macam ni:
[s] testing testing [/s]


Kata aku:
Tak jadi lagi, pening kepala pakcik…

Kata pembaca 5
Pakcik Hamka.. cengginilah..

bukan < / s > bodoh < / s > tapi....

camnih.. <> BODOH < / s >...


Kata aku:
Sama jer, tak jadipun… nak menangis dah ni..isk..

Kata pembaca 6
salam en. Hamka...

cara nak letak strike tu...
gi kat edit post, pastu klik 'Edit HTML' kat belah atas kanan kotak tempat tulis entri tu...

pastu cari la perkataan BODOH tu... then wat camni <> BODOH< /s>... pastu cuba klik 'Compose' lak... letaknya kat sebelah Edit HTML tu... tengok jadi ke tidak

pastikan takde ruang antara '<' dgn 's' dan '>'

juga utk penutup tu jangan ada ruang antara '<' dgn '/' dan 's' dan '>'

selamat mencuba

Aku kata:

BODOH

Woha! Akhirnya aku berjaya maju setapak lagi dalam dunia yang penuh kemajuan ini, aku berjaya padam tulisan tanpa delete, oh! Lihatlah dunia… terima kasih kepada isteri yang akan tidur awal sebaik aku menghidupkan laptop, dan apabila terjaga dari tidur melihat aku masih menulis lalu buat teh tarik dan tidur di sebelah dengan seksi yang buat aku terpaksa offkan laptop, terima kasih juga kepada anak-anak yang memahami, remote TV yang memahami, kereta yang tak terbasuh, lalang belakang rumah yang semakin panjang, dan buku buku berilmiah yang tersadai berlipat di awal bab tanpa sempat aku sambung, terima kasih kepada DVD yang tengok sepuluh minit dan pause dan dah lama tak sambung tengok sehingga lupa intro..

Walaubagaimanapun, aku tetap perasan sibuk buat aku tak ada masa nak edit entry lama yang ada perkataan kesat dan kasar, oh.., patut korang ajar aku guna software dalam betuk searching and action yang mana cukup aku edit satu ayat, lalu satu program akan trigger dalam julat blog yang dialamatkan, korang faham tak?

Maka, untuk menzahirkan ‘taubat’, aku akan amal ilmu yang aku baru tahu ni dalam entry baru, sebagai wakil kepada semua entry lama, sebuah entry yang di tulis secara spontan, yang di tulis dengan penuh kemarahan, di tulis melepaskan geram kepada diri sendiri, kepada kawan kawan yang aku kenal dan mereka yang berkenaan, terimalah entry lepas geram versi edit html…

****************

Siapa Hamba?

(Elok dibaca sepuluh minit sebelum makan tengah hari)

Korang pernah tengok Hamka? Eh silap, korang pernah tengok Hamba?

Hamba yang bertugas memberi khidmat pada tuannya, alahai, korang boleh bayangkan rupa hamba sebagai seorang lelaki yang berkulit hitam, bertubuh kurus tapi ototnya keras, jarang pakai baju dan berkaki ayam, untuk lebih jelas gambaran, korang boleh bayangkan rupa Barack Obama..

Nota: kepada Barrack Obama, tolong jangan perasan disalahkan,

Sambung balik, korang pernah tengok Hamba?Ya! Maksud aku Hamba manusia, hamba yang dalam buku sejarah atau dalam TV misalnya,… pernah?

Korang tahu ciri-ciri hamba?

Tak payah aku cerita banyak, salah satu ciri-ciri hamba adalah, mereka akan datang segera apabila di panggil oleh tuannya.

Tak kira apa kerja yang sedang mereka lakukan, mereka akan datang serta merta menyahut panggilan tuannya.

Sedang makan ke, sedang berehat ke, sedang buat kerja ke, sedang korek telinga ke, sedang baca blog ke, dah tak kira apa dah, mereka wajib datang mengadap tuannya, sebab mereka sedar siapa mereka…

Mereka sedar mereka adalah hamba kepada tuannya…

Tapi korang ni, (termasuk aku) apabila Allah, Tuhan semua hamba dan raja panggil korang suruh datang solat di masjid 5 kali sehari semalam, boleh pulak tak datang?, atau boleh pulak melengah-lengkan solat? Nak mampos?

Perasan sibuk konon, ada kerjalah, penatlah, nak makanlah, nak korek telingalah, nak tengok Tvlah, nak update bloglah, nak baca blog keretamayat sekejaplah, apa kejadah ntah!

Lepas tu mengaku hamba Allah?

Korang Hamba Allah atau Hamba nafsu? Atau Hamba kerja? Atau Hamba TV? Atau hamba internet?

Nak mampos?

Mangkuk!

Bodoh!

Bahlol!

Apa? Tak puas hati? Nak pukul aku?

Jom jumpa aku di semua saf hadapan masjid korang masing-masing…

Jom.!

Ps: Itupun jika korang Hamba Allah…

(Jom-jom-jom, jom heboh heboh! Lagi 15 minit azan zohor… Jom-jom-jom, jom heboh heboh!

(SEKIAN TERIMA KASIH)

Mar 2, 2009

Perasan disalahkan?

(Blog yang berbentuk nota kepada diri adalah tidak sesuai di baca oleh orang yang perasan disalahkan)

Aku nak kenalkan korang dengan istilah baru kali ni, iaitu istilah “PERASAN DISALAHKAN”…

Orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah terdiri daripada mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi..

Sekiranya korang ‘perasan disalahkan’ tapi tidak melatah sebaliknya cepat-cepat membaiki ‘kesalahan’ yang orang lain perasan atau belum perasan maka korang selamat dari menjadi mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.., kerana hakikatnya mungkin korang tidak bersalah Cuma perasan disalahkan..

Orang yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi adalah tidak sesuai menjadi teman hidup atau sahabat pena, sebab nanti kelembapan otaknya akan berjangkit dengan kita dan kitapun jadi slow gak, sebab Nabi dah pesan, kalau nak wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi, dan kalau nak asap, berkawanlah dengan penjual arang, begitu lebih kurang..

Ciri-ciri orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah orang yang apabila ada teguran di buat secara umum, dia rasa macam orang yang menasihat tu tuju kat dia sorang, lalu dia pun melenting, marah, beremosi dan mula buat perkara bodoh, macam bilal yang dah tak ke masjid dalam entry yang lepas, kan bodoh tu? Tak ke rugi diri sendiri?, merajuk macam budak-budak..

Aku rasa istilah ‘merajuk macam budak-budak’ juga sudah tidak sesuai di gunakan sebab budak budak apabila merajuk senang dipujuk, tapi mereka yang ‘perasan disalahkan’ bila merajuk dan tak makan pujuk lagi, ni namanya merajuk macam orang tua kutuk nak mampus!

Tengok, nak marah aku ler tu, ‘perasan disalahkan’ ler tu, lepas ni siapa yang komen atau email aku tak puas hati sebab entry aku ‘terkutuk’ korang, maka itu tandanya korang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.. atau istilah yang lebih murni : ‘perasan disalahkan’

Ini blog nota kepada diri, datangnya korang tak di jemput, dan tak di larang, maka tak payahlah perasan di salahkan macam budak-budak, eh silap macam orang tua kutuk nak mampus!

Tengok nak menjawab ler tu!

Gigit bulu kening baru tau- apa-apalah!

Aku nak tambah sikit lagi, orang yang ‘perasan disalahkan’ biasanya ada penyakit hati yang kronik, sebagai contoh: bila dia sakit, dia akan tuduh ada orang bomohkan dia, padahal dia yang tak pandai jaga kesihatan atau yang lebih hakikat lagi, Allah nak uji dia untuk tambah iman, tapi sebab dah buruk sangka, jadi tambah dosa pulak..

Contoh lain, bagi yang berniaga, bila perniagaan restoran dia tak laku, dia akan sangka buruk kedai sebelah ‘guna-guna’kan dia, padahal dia yang tak pandai meniaga, masak tak sedap dan hantar order lambab, mahal pulak tu…, tak ke bangang?

Jika yang masih bujang dan duduk rumah sewa pulak , bila dia terjumpa berus gigi dia jatuh atas lantai dalam bilik air, dia sangka teman serumah dia nak sakitkan hati dia, padahal mungkin kawan dia yang tak sengaja terlanggar, itu contoh lebih kurang..

Atau yang baca blog aku, dengki apa ntah?, perasan di salahkan lalu emosi dalam email atau komen, bodoh ke apa? Cuba baca balik apa yang aku tulis dan cuba faham, tak de masa aku nak kutuk kau, aku tulis untuk diri sendiri arhhgh, malas aku nak beremosi, karang aku pulak jadi slow..

Senang cam ginilah, kalau aku naik kereta dan aku nampak korang yang aku kenal, akupun bunyikan hon dengan cepat dan perlahan, tanda tegur sapa, tapi ada orang lain yang buat salah yang aku tak tahu korang buat salah ke apa, tapi korang perasan disalahkan lalu hon aku balik dengan kuat dan panjang…, marah-marah kat aku, tak ke bangang?

Aku bunyikan hon kereta sebab nak menyapa kawan aku, atau mungkin tegur kawan aku yang buat salah, atau memang korang buat salah seperti undurkan kereta tak perasan aku kat belakang, lalu aku bunyikan hon sebab aku tak nak korang langgar kereta aku dan rosakkan kereta korang, tapi yang perasan di salahkan sebab korang anggap korang tak bersalah lalu marah-marah pulak, apa hal? Tak faham fungsi hon ke?

Jadi aku hon kau balik sebab aku jugak akan bunyikan hon pada BUKAN kawan aku, iaitu pada LEMBU BODOH yang buat road block kat tengah jalan, ganggu aku nak ke masjid, maka tak payahlah nak bunyikan hon dalam kotak komen jika korang perasan disalahkan, sebab korang dah ganggu jalan aku,

Nasihat aku kepada korang yang perasan disalahkan setiap kali baca entry aku, agar tidak melatah sebaliknya cepat-cepat membaiki ‘kesalahan’ yang orang lain perasan atau belum perasan maka korang selamat dari menjadi mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.., kerana hakikatnya mungkin korang tidak bersalah cuma perasan disalahkan..

Moral of the story, janganlah menjadi macam bilal yang perasan di salahkan dari entry yang lepas yang buat beliau rugi di dunia dan akhirat jika tidak kembali ke pangkal jalan…

Faham?

Ps: …atau jangan jadi lembu bodoh yang buat aku terpaksa hon korang!