Nov 4, 2008

Siapa Zombie?

(When there's no more room in hell, the dead will walk the earth, and how do you kill what's already dead?-Dawn of the Dead)

Aku memang tak suka tengok cerita hantu, bukan sebab aku takut pada hantu atau tak, tapi memang aku tak suka, apa lagi nak di kata? dan aku dah tulis detail bab ni dalam entry "Jin, Hantu, Keranda dan ... ?

Walaupun aku tak suka dengar atau tengok cerita hantu, tapi aku suka tengok movie zombie!!! Yes! Mayat hidup makan orang, lepas tu orang yang dimakan jadi pulak mayat hidup…, dan aku lebih suka zombie yang boleh speed..macam ‘Dawn of the Dead’, '28 week later’, …..cuak betul... (zombie kampong pisang aku tak tengok lagi) dan aku suka tengok adegan yang brutal.. mayat lapah orang hingga orang tu jadi mayat yang ngeri.. aku suka tengok darah sana sini.., pecah perut, tarik usus keluar, otak berterabur, dan aku suka tengok manusia hilang akal, menangis, menggelabah..tak tahu nak buat apa bile di kepong zombie…hmmm baru nak mintak tolong kat tuhan..

Dan antara sebab aku suka tengok movie zombie punya style sebab: Hantu tu real.. maksud aku tak lah boleh ghaib, tak boleh terbang atau ketawa mengilai-ngilai…pergi curi baby orang.. serta takut pada azimat…bla bla bla.. ni biasanya hantu melayulah nie..oh..

Begitu jugak dengan ugama, aku tak suka dengan kenyataan hanya ustaz atau ulamak yang boleh berdakwah… huh samalah macam hantu melayu, hanya ustaz dan tok bomoh sahaja yang boleh bunuh hantu, mana best tengok cerita macam tu.. harap makhluk!!

Tapi cerita zombie best, Zombie ni boleh di bunuh oleh semua orang…so ada peluang nak bunuh zombie ni.. hanya pecahkan kepala otak dia… zombie tak kebal, boleh guna kapak, screw driver, penunu bunsen, paku, bucu meja, lesung batu dan apa sahaja, tak payah cucuk kat tengkuk supaya jadi perempuan cantik, cucuk sahaja kat otak zombie ni sampai pecah, terus zombie tu mampus!

Dan adegan yang biasa ada dalam filem zombie yang best adalah bila orang baik kena gigit dengan zombie dan selamat serta masih sedar diri, lalu suruh kawan dia bunuh sebelum dia jadi zombie, tapi kawan dia tak sampai hanti nak bunuh, lalu bila dah jadi zombie barulah kawan dia bunuh dengan menangis, kan best tu!

Dan cerita terakhir zombie yang aku tengok adalah "Land of the Dead", aku tengok 2 tahun yang lepas, dan cerita ni takpe aku tengok dengan anak aku, mudah terangkan konsep ‘orang sakit’, tapi anak aku tak minatpun, ok lah!

Balik pada cerita hantu, adalah sangat tak elok jika anak-anak kita di ajar supaya takut pada hantu, ya, aku tahu korang nak senang, iaitu dengan takutkan anak pada hantu, mereka akan takut nak keluar rumah malam-malam, jika anak korang menangis, korang cakap nanti hantu datang ambik, lalu anak korangpun diam ketakutan, tapi banyak buruknya bila kita ajar anak takut pada hantu, pada ‘pok bong’, langsuir, puntianak dan sebagainya.., lepas ni mereka akan takut nak pergi kencing dan akan menangis nak berteman, dan akan takut tidur dalam gelap, dan bertambah takut bila mereka dengar suara isteri korang mengerang di tindih ‘hantu tindih’..

Dan yang lebih parah, bila anak kita takut pada hantu jauh lebih takut pada Allah, iaitu bila mereka dah besar, anak remaja perempuan tak takut langsung pada Allah siap pakai seksi-seksi sambil mengaku “akulah makhluk tuhan, yang paling seksi”, siap menyanyi tu!, naduzubillah, tapi bila dengar cerita hantu kopek, terus takut sampai mengigau ngigau dalam mimpi siap ramas kopek sendiri!, macam-macam hal korang ni!

Yang lelaki pulak, selamba tinggal solat, tak takut langsung hinga pakat pakat tinggalkan solat secara berjemaah, tapi bila nak pergi kencing berdiri bawah pokok, terus jadi takut kat hantu jembalang lalu mengaku sebagai anak cucu jin dengan mintak izin pada ‘datuk’ sebab anak cucu nak tumpang kecing berdiri…, apa lagi nak di kata?

Oleh yang demikian, aku berusaha mengajar anak-anak aku supaya tidak takut kepada Hantu, untuk itu aku tak pernah cerita hantu pada anak aku dan larang siapa-siapa yang berdekatan dari menyebut-nyebut tentang hantu, dan jika ada hantu yang menjelma, siaplah aku kerjakan!

Oleh kerana aku tak kenalkan anak aku dengan hantu dan tak ajar mereka takut pada hantu, (takut hanya pada Allah) maka anak aku bila terkejut jam 3 pagi pun, masih pergi main main, kadang-kadang berdua, kadang kadang seorang. Lantak merekalah., jangan ceroboh masuk bilik ayah sudah.., lagipun bagus jugak sebab anak aku nak berak malam-malam tak takut apa-apapun, pergi berak dan basuh sendiri.. (semua dari Allah)

Cuma bila anak aku dah besar, sekarang dah masuk 5 tahun yang sulung, maka dari pengalaman di tadika dan kesan bergaul dengan anak anak jiran serta anak saudara, anak aku dah tanya aku akan apa itu Hantu?

Tapi memang aku dah agak, lambat laun anak aku akan tanya soalan cam gini, pada mulanya aku cakap hantu tu macam kucing, so, kucing, apa nak di takut? tapi bohong sunnat tu cuma berkesan sampai umur 4 tahun jer, dah masuk tadika, anak dah tahu apa beza kucing dan hantu ,maka terpaksalah aku cari teknik lain untuk betulkan yakin anak aku, lalu aku terangkan bahawa hantu itu takde, apa yang mereka cerita dan nampak itu adalah ‘orang sakit’, seperti sakit muka, sakit kaki, sakit perut dan sebagainya…

Dan aku memang tak bagi anak aku tengok cerita hantu, Cuma kadang kadang tu bila muncul hantu dalam TV punya iklan, aku akan cakap kat anak aku, itu orang sakit, yelah, bila muncul hantu dengan mata terjulur keluar, aku cakap kat anak aku bahawa itu orang sakit mata, jatuh motor.., kalau ada hantu dengan taring dan siap ada darah, maka aku cakap itu orang sakit gigi, sebab tak gosok gigi, jika ada hantu dengan muka buruk, aku cakap itu orang sakit muka, kena api, main mancis! Woha!

Dan dengan konsep ‘orang sakit’ ni, aku tengok anak aku tak jadi macam anak saudara aku yang lain, malam malam tak menangis nak kencing, tak takut tidur dalam gelap atau tidur sorang-sorang dalam bilik, Alhamdulillah, Malahan, anak aku juga jadi teruja bila aku bawak mereka ziarah orang sakit, mereka nak tengok orang sakit yang mata terjulur keluar, atau muka buruk, tapi aku cakap, orang sakit cam gitu tu tak boleh tengok sebab doctor dah bungkus tak nak bagi darah keluar, jadi mereka hanya dapat tengok orang sakit takde kaki atau sakit biasa-biasa jer…

Cuma tak tahulah sampai bila kepercayaan yang aku cuba tanam melekat di hati... Wallau’lam.

Dan aku juga cerita jika kita tak solat, nanti bila mati kita akan jadi orang sakit…, dan sebab tak nak jadi orang sakit, maka solatlah anak aku sekadar dengan dia punya ilmu..

Hmmm, Sikit punya panjang intro, aku sebenarnya nak cerita pasal orang sakit, bukan pasal hantu kopek..., maaflah, melalut pulak cerita pasal anak sendiri, bukan nak berlagak bagus, Cuma nak berkongsi ilmu akan teknik mencegah anak dari takut pada hantu..

Ok lah, balik kepada main topik, baru baru ni, Aku ikut kawan aku pergi ziarah pakcik dia yang sakit kencing manis, pakcik tu tinggal bersama anak perempuan dia dan menantunya, mereka orang susah, rumah buruk dan uzur, anak cucu pun ramai, tapi semua itu bukan masalah, orang kaya yang rumah besar pun sakit, walaupun korang punya anak semua kerja sebagai doctor, menantu semua handal berbomoh, depan rumah ada kedai farmasi, belakang rumah ada hospital, berjiran pulak dengan penjual mesin jangka hayat.., namun, korang akan tetap menjadi mayat, walau siapapun korang, ada Degree/PHD, ada Tan Sri/Datok Sri, duduklah korang seorang diri di dalam kubur, sorang sorang minum air hujan, sorang sorang di baham tanah.. Di makan anai anai… yang bezanya, jika korang orang kaya, korang akan jadi mayat orang kaya, jika korang orang miskin, korang akan jadi mayat orang miskin, dan semua mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah korang, ha! ha!

Walaubagaimanpun, hari ni aku nak berkongsi cerita kisah orang sakit yang akan sembuh dan sakit balik dan sembuh balik dan sakit balik dan sembuh balik dan sakit balik dan sembuh balik … dan akhir sekali sakit dan tak sembuh-sembuh lagi dan jadi mayat,.

Maka kepada korang yang sakit dan sembuh balik dan sakit balik dan sembuh balik, eloklah pergi zarah orang yang sakit dan sembuh balik dan sakit balik dan tak sembuh-sembuh lagi, huh! Terbelit lidah aku..

Banyak sebenarnya akan kelebihan pergi ziarah orang sakit ni, antaranya:

Hadith dari Abu Hurairah riwayat Tirmizi mengatakan bahawa Allah akan bina para pelawat orang sakit akan satu tempat tinggal yang khas dalam syurga,.

Dalam riwayat yang lain dari Tsauban r.a, pelawat orang sakit akan dapat tinggal dalam Khurfah, dan sebelum korang tanya aku apa itu Khurfah? Maka nabi dah jawab dah selepas soalan yang sama di tanya oleh sahabat, iaitu Khurfah adalah Buah buahan…, hmm, dapat tinggal dalam buah? Best tu, tak tahu macam mana nak gambar, mungkin sebab tu kot orang ziarah selalu bawak buah walaupun orang sakit tak boleh makan, tapi orang ziarah pulak yang dapat makan sebelum makan besar dalam Khurfah, Woha!

Tapi menurut hadith, korang kena ambik wudhu dulu sebelum ziarah orang sakit. Dan ganjaran untuk wudhu itu, Allah akan jauhkan kita dari api neraka sajauh 70 puluh kharif, dan sebelum korang tanya aku apa itu Kharif? Maka nabi dah jawab dah selepas soalan yang sama di tanya oleh sahabat, iaitu satu Kharif adalah bersamaan satu tahun, bermakna apabila bumi mengambil masa selama satu tahun untuk mengelingi matahari, maka jaraknya adalah bersamaan 187 juta batu darab 70, darab, arghh, korang kiralah sendiri..

Pendek cerita, akupun naiklah ke rumah pakcik kawan aku tu, dan aku lihat seorang tua yang sedang uzur terlantar dan memang nampak sungguh uzur sekali, kaki dah kena potong sebelah sebab kena jangkitan kuman akibat kencing manis, kat tepi bantal dia ada nasi air dan straw, dan bekas meludah dan surah yassin kat kepala.., bila aku tengok pakcik tu, perkara pertama yang aku fikir, macam mana pakcik sakit ni sembahyang?

Aku pun tanya ler, pakcik boleh solat ke?

Jawab pakcik ni:
”macam mana nak solat, anak tengoklah keadaan pakcik ni.., uzur..”

Katanya perlahan..

Pulak dah!, maka aku tanya kawan aku kenapa tak tolong pakcik kau solat, jawab kawan aku, masa dia sihatpun tak solat...

Oh!

Kemudian, menantu pakcik ni datang dan suruh aku bagi ’ceramah’ untuk orang sakit.., aku pun terkejut gak, tak pernah-pernah aku bagi ceramah kat orang sakit, tapi sebab dah ada yang mintak, aku cakap jugaklah..,

Sebenarnya dalam adab ziarah pesakit, kita jangan cerita tentang azab ALLAH, tapi banyakkan cerita tentang RAHMAT Allah..

Dari Anas bin Malik r.a pula meriwayatkan bahawa Nabi bersabda:

“Barangsiapa yang mengunjungi orang sakit, dia melompat dalam Rahmat Allah, dan apabila duduk dengan orang sakit, dia akan tenggelam dalam Rahmat Allah."
Kemudian Anas bertanya: "Wahai rasullulah, ini adalah ganjaran untuk orang sihat mengunjungi orang sakit, bagaimana pula untuk orang sakit?"

Nabi bersabda: "Dosa dosa orang sakit akan di ampuni.."

Itu dia, maka dengarlah wahai orang-orang sakit sekalian, bila orang ziarah kita, maka dosa kita akan di ampunkan…

Satu lagi orang sakit ni dia punya kelebihan adalah dia akan mudah ingat pada mati, yelah, bila sakit, mukapun macam mayat, macam zombie, mudahlah ingat mati, dan besar ganjarannya ingat pada mati, kalau boleh kena ingat pada mati lebih 20 kali sehari semalam,

Hadith lain Nabi bersabda, Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, Sesiapa yang banyak ingat mati, hatinya akan menjadi segar dan mati menjadi mudah baginya..

Kan bagus tu ? pakcik nak tak mati mudah ?, maka kena banyak ingat mati, alang-alang sakit, pakcik boleh kuatkan ingat pada mati dengan cara suruh anak saudara pakcik ni tempah keranda siap siap lepas tu beli batu nisan dan ukir nama pakcik, lepas tu letak batu nisan tu kat sebelah pakcik, dan bila tidur guna kain batik mayat atau kain kafan sebagai selimut.., tak rugipun beli, tak lama lagi pakailah tu..

Dari Aisah r.ha pernah bertanya, Ya Rasullullah, bolehkan sesiapa tergolong syahid tanpa mengorbankan diri di jalan ALLAH ? Nabi menjawab, Ya, orang yang mengingati mati sebanyak 20 kali sehari semalam, boleh di kira syahid.

Nikmat mana lagi yang pakcik dustakan ?

Dari Umar Al Khattab pula meriwayatkan Nabi bersabda : Apabila engkau mengunjungi orang sakit, mintalah ia berdoa untukmu kerana doanya seperti doa para malaikat.

Subhanallah, maka dengarlah wahai orang-orang sakit sekalian dan juga pakcik, sekarang doa korang sangat makbul, maka tolonglah doa untuk aku yang hina ini, agar aku sempat bayar hutang bank sebelum mati dan selamat dari azab api neraka.. tolong !

Dan ketahuilah bahawa Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, Tiada seorang Hamba yang mengucapkan kalimah La ilahailAllah kemudian dia mati dalam keadaan beriman kecuali dia di masukkan ke dalam syurga.

Abu Zar bertanya :
Walaupun dia berzina dan mencuri ?,

Baginda menjawab : Walaupun dia berzina dan mencuri.

Abu Zar bertanya lagi :
Walaupun dia berzina dan mencuri ?,

Baginda menjawab : Walaupun dia berzina dan mencuri.

Abu Zar bertanya lagi sambil mendesak:
Walaupun dia berzina dan mencuri ?,

Baginda menjawab : Walaupun dia berzina dan mencuri. , Ala ZAkmi , Wahai Abu Zar, dia pasti akan memasuki shurga !.

Dan sebelum korang tanya aku apa itu Ala ZAkmi? Maka itu adalah peribahasa arab yang sering di gunakan oleh orang arab yang di gunakan untuk meyakini orang supaya percaya walaupun pelik, Yelah, macam mana penzina dan pencuri boleh masuk shurga?, dengan berkat kalimah dan taubat yang sungguh-sungguh, pasti Allah mengampunkan sebab Rahmat Allah adalah lebih besar daripada mana-mana dosa manusia kecuali mereka yang mengabaikan kalimah La ilahailAllah !!

Maka pakcik, mengucaplah sekarang…

Tapi pakcik, yang tak bestnya bila pakcik tak solat, sebab amalan yang pertama Allah akan tanya padang masyar adalah solat, jika solat di terima, maka barulah amalan lain akan di terima, sekarang macam mana solat nak di terima jika pakcik tak solat ?

Orang sakit boleh tangguh haji, boleh bukak puasa, tapi orang sakit tak boleh tinggal solat pakcik, Zaman madinah almuwarah dulu-dulu, orang tua dan buta pun seperti Abudullah bin Mattom yang uzur dan tua pun dipapah ke masjid, solat berjemaah, ni pakcik sakit sikit dah tak nak solat, apa hal !

Nabi sakit tua , saidina Umar sakit kena tikam, tapi mereka akan dipapah ke masjid untuk tunaikan solat berjemaah, tapi pakcik baru kaki takde sebelah, nak solat kat rumahpun tak boleh ke ?, tapi pergi mengundi boleh pulak, tak ke hampeh ?

Tahukah pakcik, Allah akan rendam orang yang tinggal solat dengan sengaja ke dalam neraka selama satu huqub untuk jumlah setiap satu bilangan solat yang pakcik tinggal dan satu huqub adalah bersamaan 80 tahun….

Dalam peristiwa israk, Nabi s.a.w. melihat satu kumpulan orang yang tegap dan sihat, tiba-tiba masing-masing mengangkat batu besar dihempapkan ke kepalanya. Kepala pun hancur. Kemudian kepala itu pulih seperti sediakala, lalu mereka mengangkat semula batu dan dihempapkan ke kepala mereka...Demikian berlaku berulang kali.Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril, “Siapakah mereka itu, wahai Jibril?

Jibril berkata, “Mereka itu ialah di antara umatmu yang melalaikan solat lima waktu"

Dan arghh, banyak lagiler…

Pakcik, sebenarnya, orang sakit boleh solat ikut cara orang sakit, boleh bertayamun, boleh solat sambil duduk, sambil baring, guna matapun boleh, ke nak aku buat power point slide show gambar orang solat dan bagi mouse pada pakcik supaya tekan-tekan sambil gerak-gerak anak mata, tak sampai tahap tu pun..

Dan kepada engkau kawan aku merangkap anak saudara pakcik tu, dan kepada engkau menantu pakcik, berdosa jika korang tak tolong pakcik korang ni solat, bawaklah air, tolong ambik wudu, dan ajar pakcik ni solat, sebab tak de tempat dalam ugama untuk orang yang tak solat…

Mengakhiri khutbah ini, aku bagi pantun bab solat, dengar ye..

Sepohon kayu yang berdaun sungguh rimbun
Lebat pula buahnya berserta bunga-bunganya
Walaupun sakit seribu tahun dengan harapan dosa diampun
Kalau tak sembahyang maka apalah gunanya

Kalau pakcik malas bersolat
Nanti Rezeki pakcik tak berkat
Bertambah sakit menjadi mayat
Dalam kubur Seksa tak terangkat

Di masyar pula semakin liat
Tangan kiri terima kitab
Miniti sirat pulak lembab
Takut masuk neraka sepantas kilat

Pakcik, solatlah pakcik, orang sakit yang tak solat adalah zombie sahaja, pakcik bukan zombie,.dan banyak ganjaran untuk orang yang sakit tapi masih solat, Allah sangat suka.,

Dalam satu riwayat menceritakan bahawa Malaikat Maut akan mencari seseorang ketika waktu solat, Jika ia mendapati seseorang itu menjaga solat dengan mengambil berat akan waktunya, maka ketika ia meninggalkan dunia Malaikatul Maut sendiri akan ajar mengucap dan menghalau syaitan dari sisinya. Apa lagi nak di kata?

Pakcik, orang sangat takut pada hantu dan zombie, tapi ada yang lebih dahsyat dari hantu dan zombie iaitu malaikat azab dalam kubur, bukannya boleh paku dahi dia, dan dia akan azab orang yang tak tak solat dengan cara diguling-gulingkan di atas bara api siang dan malam. Lepas tu ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjangnya sama dengan perjalanan sehari, dilepaskan ke atas dirinya. Ular itu bertempik seperti bunyi guruh, dan mengazab manusia hingga sampai hari kiamat. Dan Setiap pukulan membenamkannya hingga 70 hasta.

Apa lagi nak di kata ?

Semoga Allah ampunkan dosa pakcik, dosa saya, serta bagi pakcik hidayat untuk solat dan mati ketika bersolat…Amin.

Sekian.

Ps : Aku sebenarnya taklah sekeras tu cakap dengan pakcik tu, korang boleh fikir sendiri, errr, dah 2 tahun aku tak tengok movie zombie, boleh tak aku nak pinjam DVD cerita ‘Zombies on a Plane’, sebab aku tak tengok lagi.. he he

55 comments:

Ibn HAJARS said...

LOL...aku first....

Ladyship Atie said...

Salam..

post ni best...=D
Selama ni taw yg menziarahi org sakit ade banyak hikmah,..
n syukran ya Hamka..
Dah taw dah yg bile dgn org sakit banyakkan ckp bout rahmat Allah,bukan azab Allah..
Islam is beautiful!!
=)

Anonymous said...

haha!

cam terkesan dlm hati kat bab org yang mengingati mat 2....

syukran!mbruk alaik....

MMohdSha said...

Salam,

Orang sakit yang tak solat adalah zombie.

Orang tak sakit yang tak solat adalah;
a. Manusia
b. Hantu
c. Haiwan
d. Jin
e. Tumbuh-tumbuhan
(pilih satu sebagai jawapan anda)

Anonymous said...

Salam En.Hamka,

Need your advise..

Sepatutnya banyak ingat mati,banyak beramal..Tetapi kalau banyak ingat mati tetapi amalan hanya meningkat sikit sahaja..boleh tak explain dekat mana silapnya..?

Thank You..

indah-chan said...
This comment has been removed by the author.
Yern Ain said...

sedangkn x skt pn pacik tgl solat, skt lg la beralasan nk solat.
tp mengundi boley plak. masalah~

hamka said...

Ibn HAJARS

Tahniah!

Tapi tak pecah rekod terpantas, kau lewat beberapa minit, ada yang tak sampai seminit..

------------------------
مرضيا تي محمد جا ميلي ~

Dan aku cerita kisah zombie yang best..

kenangan yang paling dahsyat di asramaku… pada malam hujung minggu di waktu jam hamper 10 malam, kebanyakkan penghuni asrama sibuk dengan urusan masing-masing, ada yang study, ada yang menonton TV ada yang tidur dan pelbagai aktiviti lagi..aku yang baru lepas solat duduk baring atas katil dan aku nampak seorang samseng sedang duduk memotong kuku di atas kolah…

Di asrama kami ada kolah yang besar, yang di gunakan untuk penghuninya mencuci baju, mandi atau sebarang aktiviti yang melibatkan air. Dua orang samseng lagi sedang bergurau-gurau di tepi kolah itu…tiba-tiba mereka terlanggar si samseng no 1 dan si samseng no 1 itu jatuh ke dalam air bersama-sama pemotong kuku.. si samseng no2 dan si samseng no 3 tergamam, menjelang kemurkaan si samseng no 1, bangkit dari air lalu cuba mengcampakkan si samseng no2 ke dalam air, si samseng no 2 memberontak, maka dengan bantuan si samseng no 3, mereka berjaya mencampakakn si samseng no 2 ke dalam air..si samseng no 1 dan si samseng no 2 ketawa di tepi kolah, tiba-tiba si samseng no 1 menolak pula si samseng no 2 yg sedang ashik ketawa ke adalam kolah.. tiba tiba mereka bertiga semacam di rasuk hantu air..siapa sahaja yang berdekatan dengan kolah akan di campakan ke dalam kolah.. dan bilangan mereka semakin ramai.. habis semua penghuni asrama di serangnya..ditangkap dan di campakkan ke dalam kolah..

Penyakit itu merebak dengan cepat..bilangan 'hantu kolah' ini terus meninggkat hingga mencecah seratus orang, bermakna ada hamper 400 orang lagi yang belum di jangkiti 'virus' ini.. yang belum di campak mula panic dan lari untuk menyelamatkan diri.. aku yang sedang berbaring dan menyaksikan kejadian tadi dari dorm ku mula gelabah, aku yang berbaju melayu dan berkain pelekat cuba lari dari mereka, tapi mereka terlalu ramai, tangan dan kakiku dipegang, lalu aku juga di campakkan ke dalam kolah..jahanam!!! mereke ketawa beramai ramai..

Aku juga mulai gila seperti mereka..lalu kami berpecah dan menyerang semua penghuni asrama, ha ha ha, yag sedang tengok TV semuanya di campakkan ke dalam kolah, yang baru balik study dari kelas dan tak tahu apa-apa bertanya..kenapa ni?..ada pesta air ke..?
Aarghhh, dia juga di campakkan ke dalam air, yang baru balik dating dengan baju kemas.. ha ha ha !!! pun kena campak gak..ada yang bijak dengan terus menukar baju mandi, maka kuranglah sikit penderitaan bila di campakkan ke dalam air..
Bilangan 'hantu air' ni makin ramai, dan yang paling haru..yang sedang tidur.. tak tahu apa-apa, tiba2 tangan dan kaki ditanggkap dan di campakkan ke dalam kolah..oh..apa dosa aku, fikirnya sambil termenung di pinggir kolah..

Begitulah yang berlaku pada malam yang dahsyat itu..semua penghuni asrama kena campak dalam kolah…ha ha ha!
Kerana itulah aku namakan cerita ini cerita ZOMBIE,

---------
imtiaz

boleh jugak gali dua lubang depan rumah, satu isi sampah, satu lagi peringatan sebagai kubur.

Woha!

-----------
MMohdSha

F: orang munafik.

-----------
Ally

Silapnya sebab kau tengok ‘amalan meningkat sikit’ sahaja.. macam kau tengok orang gemok 70 kg, kau rasa dia gemuk, padahal dia baru turunkan berat dia daripada 100kg,

Err, aku sekarang 70kg.

-----------
valsa nine

Ada jugak filem zombie yang aku benci, iaitu filem ‘Resident Evil’ yang heronya perempuan, Milla Jovovich

Rosak filem zombie bila perempuan jadi hero yang ‘kebal’.., ala ala tok bomoh filem melayu, hampeh!

-----------
nurainmunderfahn.

MayAllah..

Anonymous said...

teringat cerita hantu pochong (indon) dan night freddy yg paling terkesan buat aku takut tahap max zmn aku kecik2 dulu. hampeh bila tengok balik sekarang rasa nk tergelak plak.

indah-chan said...

oh ya, bercakap cte zombie, aku bukan stakat benci cte zombi yg serius spt 30 days of night, resident evil dsb, aku jugak xblh tgk zombi kampung pisang yang lawak gle2 tu..

jadi tensi. lawak yg tensi, aku xblh terima. aduyaii.. tu bukan entertainment tu. da la xleh amik iktibar langsung.

laen la cam en.hamka, blh kaitkan dengan "org saket".. dan aku plg suka caption Hamka yg mukaddimah tu which sounds

"When there's no more room in hell, the dead will walk the earth, and how do you kill what's already dead?"
-Dawn of the Dead

exactly!

Anonymous said...

TERIMA KASIH atas kuliah agama dengan cara paling cute

u r so damn sweet

Ladyship Atie said...

salam..
mr hamka,
lawak gile cerita tu..hakz=D
best3!
seronoknye duk asrama!rindu=D

Anonymous said...

penulis blog,

bila aku baca entri ko kali ini, aku rasa takut sangat. sebab aku pun dah banyak tinggal solat sejak akil baligh. memang jarang sekali aku cukup 5 waktu. bagaimanakah caranya aku nak qadha balik solat aku yg dh tinggal belungguk2 tu? nk dikira jumlah aku pun dah tak ingat. jd soalan aku:

cara paling efektif utk qadha solat yg ditinggal dgn sengaja/xsengaja bagaimana ya?

Anonymous said...

huuu. akoo ske betol tulisan nie. macam dgr ceramah kat masjid yg bebas politik plak. huuu! tengz.

Dr. Bentara said...

cerita zombie memang best. Ko dah tengok Shaun of The Dead? Zombie lawak! Berguling jatuh kusyen gelak nengoknya.

Terima kasih atas hadith-hadith tentang fadilat menziarahi orang sakit tu. Nak cari jugak ah kitabnya. Dari kitab mana tu bro?

indah-chan said...

salam bro hamka..

aku terkesan sgt dgn entry ni, tapi aku lupa dan tercerita cerita yg tak sepatutnya. hurm..

sbb tu aku delete my prev comment! satu, sbb aku reflect balik, kalo aku d tempat diorg, agak terkesimalah.. dah la org tersayang baru meninggalkan diorg, aku pulak duk sibuk2 cerita keaiban diorg kat dunia.

walaupun sbenarnya niat aku nk share cte ngn rakan2 blogger, namun tindakan aku tu da disalah tafsirkan, dan aku paham, sbb aku sdiri cuba ertikan dr mata mereka, ya! aku mmg kejam.

semoga arwah pakcik kesayangan aku pergi dgn tenang.

ku mohon maaf wahai saudara2ku yg terkesan, aku dihadapan dunia ni, memohon maaf andai aku tersalah langkah. sungguhpun itu bukan niat aku, namun .. seharusnya aku pertimbangkan yg kte semua manusia, punya hati dan perasaan. sekali lg, i'm sorry..

satu lg, nk tye kesahihan hadis ni
aku ter"usha" dlm blog sister Marthiati Mohd Jamili.. yg berbunyi:

somebody forwarded it to me:
"..Apa pun, pandangan wajar dinilai dgn ilmu dan ukhwah. INGAT. LISAN YANG MENGATA SAUDARA IBARAT MEMAKAN DAGING SAUDARANYA SENDIRI. Hadith sahih. ..tangkislah hasutan syaitan mengadu domba. Jangan disimbah minyak pd api yg kecil. Murnikan hati n perkukuhkan keluarga kita bersama...." di http://atie-slaveofallah.blogspot.com/

sbb itu, aku terkesan dan bertindak memohon maaf kpd yg sepatutnya dan bertindak mendelete komen yg blh membawa murka pelbagai pihak.

trimas. maaf kiranya ada sbrg salah.diharap aku mendapat kemaafan dr korang despite of all the things happened.

Hanya Allah yg Maha Mengetahui, aku sbg hamba masih berusaha menjadi yg lebih baik dr smlm...

Cool said...

Nenek aku selalu sakit... sakit lutut sakit kaki kadang sampai merangkak tak bleh bangun.. tp nenek gagahkan jugak solat... setiap kali tepon nenek dia mesti ceta dia tak pernah miss doa untuk anak cucu lepas subuh...

pastu aku fikir.. dengan dosa yang melampau kat aku kenapa aku masih dimurahkan rejeki dan dipermudahkan urusan seharian...

dok diam diam.. insaf. Rasa tak layak...

Anonymous said...

Amalan ziarah adalah amalan yg berkekalan hingga ke syurga. Masa tu amalan lain seperti solat...etc dah takde tetapi penghuni syurga ziarah menziarahi antara satu sama lain. Penghuni syurga yg di atas boleh turun menziarahi penghuni di bawah tetapi yang dibawah tidak boleh naik atas. Semoga Allah pilih kita semua. Amin...

hamka said...

capoeira

balik kampong raya baru ni ada tertengok ‘jangan pandang belakang’, rumah nenek, ramailah yang tengok, anak aku pandang hantu tu macam pandang orang sakit, dan tanya, kenapa orang sakit tu tak pergi hospital? Dan banyak lagiler soalan, lastlast aku tukar siaran..

-----------
valsa nine

30 days of night, bukan zombie, itu puntianak, aku kurang suka sebab puntianak boleh terbang, boleh cakap, tak best.., tapi filem “I am legend” baru ni, ok, ala-ala zombie..

Dengar cerita “zombie kampong pisang” boleh bercakap?, aku terus tak nak tengok..

Ok, bab mengumpat pulak, kena tahu beza dengan ‘karkuzahri’

--------------
farah

woha!

-----------
Fariz Bakar

Aku pernah jawab soalan ni dalam ruang komen, tapi lupa entry mana, kau tanya ustazler dulu..

Cara paling efektif adalah, kau bayar hutang pada kedai yang kau hutang, kau hutang zohor, kau bayar lepas zohor, kau hutang subuh, kau bayar lepas subuh, buat double, sehingga Allah panjangkan umur kau sampai terlebih bayar, atau pendekkan umur kau tapi Allah kira kau dah bayar, yang penting, taubat..

Dan ingat qodho tiada dalam sunnah Nabi, tapi itu adalah ijtihad ulamak dalam bab “mengazahirkan taubat”

Dulu, kawan aku ada buat..

Sehinggalah beliau mimpi jumpa Nabi cakap dia dah terlebih ganti..,

Wallau’lam.

------------------
Sweet Thinker

Politik?, kau tak baca bab pergi mengundi?, he he, pengundi hantu, patut tukar kepada pengundi zombie

-------------
Abang Ben

Tak tahupun ada cerita tu, bukan banyak sangat filem zombie yang aku tengok, 28 DAY later pun belum tengok, kawan aku tak suka zombie, jadi susah nak pinjam..

Kitab rujukan entry ini:
Kitab Mutakhab Hadith bab ikram muslimin
Kitab Fadhilat Sedekah jilid 2 baba Fadhilat ingat mati
Dan dari Buznama.

-----------
Jiji

Aku ziarah pakcik karkun yang dah tua dan nyanyuk, orang tabligh, sekejap sekejap solat, sekejap sekejap solat.., kata cucu dia, pakcik dia dah lupa timing waktu, baru sejam solat subuh, lepas tu solat zohor pulak, kalau cakap belum masuk waktu, bukanya faham..

Oh! pertama kali tengok orang nyanyuk bab solat.., baguslah.

hamka said...

eh, mutakalim pulak masuk, tak dengar salam pun

:)

Anonymous said...

salam..
aku ade sorang kwn rapat dulu..tp entah ape yg die tak puas hati dengan aku, trus kami tak kwn lg dah..penah gak die fitnah aku yg hina ini sehingga kengkawan aku yg lain tak nk kwn nagn aku lg...tp aku tak kisah..

Nak dijadikan citer , 1 ari die excident teruk gak ..pth kaki n bla bla bla...aku dan kwn2 aku yg lain ziarah la die dr pg kami tggu die operation sehingga abis operation...kami dtg bkn dengan kenderaan tp hanya berjln kaki..jauh la jugak...tp lepas die sedar dr operation kami dtg melawat die..tp layanan yg die bg kat kami buruk giler...aku yg hina ini hanya sabar je la..dah perangai die cm tu..so, ape hukum nye die wat cm tu pd kami bertiga??sedangkn kami berjln kaki ke hospital semata-mata untuk melawat die...so, tolong komen cikit....semoga Allah bagi die dan aku yg hina ini petunjuk dan hidayah ..amin..

Anonymous said...

salam..
aku ade sorang kwn rapat dulu..tp entah ape yg die tak puas hati dengan aku, trus kami tak kwn lg dah..penah gak die fitnah aku yg hina ini sehingga kengkawan aku yg lain tak nk kwn nagn aku lg...tp aku tak kisah..

Nak dijadikan citer , 1 ari die excident teruk gak ..pth kaki n bla bla bla...aku dan kwn2 aku yg lain ziarah la die dr pg kami tggu die operation sehingga abis operation...kami dtg bkn dengan kenderaan tp hanya berjln kaki..jauh la jugak...tp lepas die sedar dr operation kami dtg melawat die..tp layanan yg die bg kat kami buruk giler...aku yg hina ini hanya sabar je la..dah perangai die cm tu..so, ape hukum nye die wat cm tu pd kami bertiga??sedangkn kami berjln kaki ke hospital semata-mata untuk melawat die...so, tolong komen cikit....semoga Allah bagi die dan aku yg hina ini petunjuk dan hidayah ..amin..

Anonymous said...

alamak, terlebih sudah..sorry..tgn ni ter'klik 2 kali kat komen..huhuhu..

Ladyship Atie said...

Salam..

asif, just wana respond to Valsa Nine..

Hadith tu hadith sahih,tapi maaf, x berapa arif dalam bidang hadith..cuma saya boleh menjawab yang saya termampu,

bahawa, Baginda bersabda firman Allah, dalam surah al-Hujurat:12..

mafhumnya,
"Janganlah setengah kamu mengumpat yg lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yg telah mati(bangkai)?'

Allahua'lam.Maaf atas kekhilafan.Moga diredhai Allah=)

Anonymous said...

salam...fuh, lama jugak aku tak buka keta mayat ni ye.Dah mcm2 tajuk br kluar erk.Aku yg prasan sibuk kot...mmm...tiap kali singgah smyang kat masjid(time ada field work), port pertama yg aku tinjau...mestilah tmpat parking keta mayat! woha!

Ab Razak Hj Ahmad said...

Doa la semoga pakcik tu dapat hidayat dan boleh ucap kalimah akhir kalam00.

Akhir zaman, anak akan kena marah dengan mak bapak bila bangun lambat sebab tertinggal bas sekolah. Bukan sebab tinggal solat subuh.... Orang bekerja pulak biar miss solat subuh asal jangan miss sarapan pagi.

Rasa pelik juga bila keluar nak sembahyang Subuh dah ramai pelajar (sure dah akil baligh) yang dok tepi jalan tunggu bas sekolah.

Anonymous said...

hmmm...anak sepupu ku baru meninggal dua hari lepas...sakit dekat sebulan tinggal kat hospital...tapi die mati terus masuk syurga...tak payah kena hisab...sbb baru setahun lebih...


cerita lain pulak...

hari tu mak aku cerita dia dengar kuliah ustaz shahul hameed kat radio pulau pinang...ustaz tu kata jgn sebut perkataan 'arwah' pada mayat..sbb arwah tu adalah salah satu nama jin yg tak baik...aku lupa dah tu jin apa dan dia wat kerja jahat apa....tapi ustaz tu cadangkan kita sebut ' allahyarham' instead of arwah untuk org yg dah meninggal...

thats all i wanna share for now..


p/s: tak penah tgk cite zombie selain cite kampung pisang yg hampeh tu..aku x paham apapon jalan cite die...hehee...

moga aku dan pembaca2 blog ni dan pemilik blog ni sekali smpt baca password "la ila ha illallah" sebelum jadi mayat...ameen...

pemuda Mersey said...

jazakallah khair....en. hamka

suara said...

Arwah mak dulu kena strok yg amat teruk. sampai tak boleh bangun langsung. Masa tu, kencing berak di tempat tdo je. dan pampers dewasa tak wujud pun lagi (rasanye lah... atau mungkin ada tapi mahal. entahlah. yg pasti sy tak kenal pampers pun waktu tu).

Seingat saya, sepanjang mak sakit, arwah tak pernah tinggal solat. Solat dilakukan dgn hanya kerdipan mata saja sambil berbaring. Saya kagum dgn arwah ayah yg sentiasa memastikan mak solat walaupun sakit. Dan mak sendiri tak pernah bersungut, walaupun sejuk air masa berwuduk membuatkan dia menggigil...

Mayat arwah masa meninggal, begitu bersih dan bibirnya seolah menguntum senyuman...

Moga Allah menempatkannya di kalangan hambaNya yang bahagia dialam sana.

hamka said...

shidah

kau buat baik jer pada dia, kalau dia ada hutang yang mampu kau bayar, kau bayar..kalau umur dia pendek, kau iring maya dia ke kubur, tanam mayat dia, sedekah al fatihan dan lain-lain..

ps: sekali orang buat buruk kepada kita, sepuluh kali kita buat baik pada dia.

InsyAllah..

-----------------------
مرضيا تي محمد جا ميلي ~

Dan jangan mengumpat orang gemuk, nanti kau kena makan daging dia, banyak pulak tu, habis ke?

---------------
jiddan84me

aku ingat kau dah jadi mayat, woha!

--------------
abikhsan

dan pelik gak, sebab driver tu lagi lama akhil baligh…
doa jer ler..

---------------
limaumaniss

masuk shurga Nabi Ibrahim, Alhamudillah..

----------------
pemuda Mersey

sama-sama.

-------------
suara

Moga Allah menempatkannya di kalangan hambaNya yang bahagia dialam sana. Amin.

Anonymous said...

Terima kasih cik HAMKA. aku akan follow-up ngan ustaz memana nanti.

Yusry Rosly said...

salam alaik,hurmmm..agak lama aku xziarah blog abg hamka ni..hehe

SpEkmATaKu said...

haha xsangka br hamka pn minat
cite2 zombi zomba nie..

erm ada satu ceramah by ust shmasuri psl ziarah org sakit kate ny
org y menziarahi org sakit ibarat sdg memetik buah buahan d syurga..

bab hantu tu no komen haha..
sbb mmg slalu d momokn ngn hantu..
sampai tua pn still takut ngn bayang2 sdr haha...

Ab Razak Hj Ahmad said...

Tuan, saya amat respect dengan sorang driver bas sekolah kat taman perumahan lama saya. Time tu waktu subuh agak lambat, so driver bas akan park bas dekat dengan surau dan dia akan sembahyang subuh berjemaah denga jemaah yang lain.

Apa yang sadis ialah, student tak sama solat, duduk dalam bas atau melepak kat luar bas tunggu driver solat.

Sure diorang dah baligh sebab yang lelaki pakai seluar sekolah hijau dan pompuan kain kaler biru laut..

Dunia oh dunia ..........

p/s - Bagi mereka yang tak solat subuh sebab takut teringgal bas, LRT, KOMUTER dsb, tanya diri sendiri balik adakah ALLAH tersilap dalam menfardhukan solat Subuh.... Astargfirullah.....

lelucon said...

salam hamka@ketamayat,

ko ni mmmg berbakat dalam pelawakan la (bersyukurlah). Pasni aku jd peminat setia ko la!

tp bab movie2 hantu/zombie ni, mmg tak penah lari dari imej pompuan, seksi, seksi, pompuan. so lu orang fikirla sndiri! (kalau ingat tuhan)

aku 'langgan' ko nye blog. woha!

:)

lelucon said...

kalau korang tak puas hati budak2 sekolah tak solat, ko cuba buatkan pondok bas yg ada tempat solat la. kot2 berubah sikap...

sama2 la kita jaga solat.

Anonymous said...

Salam!

Kalau sakit, saya suka baca doa Hadrat Nabi Yunus a.s. 40 kali kerana baginda Nabi saw pernah bersabda (mafhum)

"..Sesiapa shj dari orang Islam yg berdoa dengan doa Hadrat Yunus a.s. ketika sakit sebanyak 40 kali kemudian mati kerana sakitnya, maka akan diberi ganjaran sebagai mati syahid. Dan sekiranya dia sembuh dari sakitnya maka akan diampuni segala dosa2nya."
(HR Hakim)

Ramadan yg lalu ada kawan meninggal asbab sakit. Ada yg menyatakan ralat kerana tak berkesempatan menziaranya ketika sakit lantaran diberitahu oleh anaknya yg ibunya tidak mahu diziarah. Hairan jugak. Setelah diselidik, baru saya tahu, rupa2nya sebelum itu ada yg ziarah berkata macam2 yg menyusahkan hati pesakit(bab-bab operation dsb). Ada juga yg janji nak datang lepas Isya' dan setelah ditunggu, pukul 10 mlm baru datang...menyusahkan pesakit.

Moral: kenalah belajar adab ziarah pesakit supaya kedatangan kita mendatangkan rahmat dan kelapangan hati pada pesakit.

Orang yg sakit iman nak ziarah orang yg sakit iman lagilah perlu beradab...huh..banyak yg kena belajar lagi nihh..

dulu NOR/ NOR TULEN

hamka said...

Fariz Bakar

:)

--------------
Kafur

Aku ingat kau dah jadi mayat,..he he

-----------
SpEkmATaKu

Tak jadiler aku nak tengok movie zombie on plane tu, sebab rotten tomato tak bagi markah..

-------------
abikhsan

sebab tu dalam dunia ni tak leh nak salahkan tuhan, bila kita sibuk, ada orang yang sama sibuk ngan kita tapi masih boleh jaga solat, itu yang timbul cerita Allah akan panggil Nabi sebagai saksi, untuk kes orang sakit rujuk Nabi Ayub, untuk kes miskin, rujuk Nabi Isa, untuk kes kaya, rujuk Nabi sulaiman dan lain –lain..

Wallalh’lam

---------------
lelucon

Aku tak buat lawak, tak tahu bila korang akan ketwa dan part mana, aku Cuma tulis antara nota ugama ini akan pengalaman sendiri dan ‘pereda ketegangan’

: )

----------
NOR

Benar…

Ab Razak Hj Ahmad said...

Sorry tuan, terpaksa guna platform tuan utk beri penjelasan pada third party.

Dear Lelucon, masalah sekarang bukan sebab tempat nak solat tapi takde keinginan atau usaha nak solat. Ia berkaitan dengan keinginan, susah payah dan juga hidayat dari Allah.

Buat apa nak buat tempat sembahyang kat bus stop kalau belakang bus stop tu dah ada surau tersergam indah.

Kat pejabat atau kilang, jenuh pihak pengurusan spend dana untuk surau dan juga program ceramah dan mengimarahkan surau tapi berapa ramai yang solat. Yang ada keinginan nak solat pun dah akhir waktu. Time nak balik 6.30 ptg, angkut briefcase lepas tu dropped by kat Surau ingatkan nak iktikaf tunggu waktu Marghrib tapi baru nak sembahyang Asar.

Di Malaysia amat bertuah kerana setiap premis ada tempat solat dan covered. Pergi negeri jiran kita Singapura, student NUS dan NTU buat inisiatif sendiri untuk buat surau kat stor atau platform tangga. Kat Changi Airport tengok singboard dan anak panah surah cantik rupanya bukan jumpa surau tapi platform tangga dijadikan tempat solat. Ada sejadah dan arah kiblat.

Pasal buda-budak sekolah yang dah akil baligh tak solat perlu diberi perhatian. Ini kerana sistem pendidikan kita yang tidak membantu dan menggalakkan pelajar bersolat. Anak lelaki saya bila masa Tahun 2 (sesi petang) balik sekolah muka dia muram tanya kenapa sebab tak sempat solat Zohor. Kelas masuk jam 1, terus menerus dan hanya break waktu rehat 4.10 pm yang mana dah nak masuk Asar. At the age of 8 years kalau time rehat apa pilihan budak-budak. Nak makan atau solat. Ramai pilih nak makan. Takde pulak cikgu bagi break atau arahan untuk pelajar bersolat.

Ada juga cikgu yang perihatin kata siapa yang dah siap salin kat papan hitam boleh pergi solat tapi gilir-gilir. Kalau satu kelas ada 40 orang dan giliran hanya 2 orang untuk 10 minit mana sempat cikgu oii. Kalau diberi pilihan macam tu memang student pilih tan nak solat.

Apa salahnya dalam jadual waktu instead of subject berderet ada break utk solat Zohor dan Asar.

Anak perempuan saya pula (8 thn) satu hari tu saya nampak dia lama betul sembahyang Marghrib dalam bilik dia, bila tanya, wirid dan doa lama sangat ke...rupanya dia qada' sembahyang Asar. Sejuk mata memandang. But until when.

Bagi pelajar sesi pagi tiada masalah. Kalau dari awal umur 6-9 thn tak diberatkan solat, bila masuk menengah dan akil baligh (zakar dah berambut) baru nak tekan bab solat, lagi dia melawan adalah...

Dulu masa kecil dengar tahun 2000 semua sekolah satu sesi sahaja tapi sekarang dan masuk zaman milleneum masalah sekolah dua sesi tak selesai jugak.

Sorry tuan agak panjang. Up to you to publish or not this comment.

Anonymous said...

alhmdulillah aku blom jd mayat dan masih diberi nikmat iman dan islam... aku suka ayat2 ko Mr.Hamka.

Jannah said...

Assalamuallaikum wbrt

Alien tu wujud tak? Planet2 lain dalam alam semesta yang terbentang luas, ada tak penghuni?

Ada tak dalam Quran Allah sebut tentang makhluk lain selain dari Jin dan manusia?

Regards,
Jannah

indah-chan said...

hamka, aku tatau karkuzahri tu ape.

neways, thx fer d add, cik atie. =)

btw, Hamka, tlg perjelaskan..

Anonymous said...

ALLAHU AKHBAR....

macam2 hal....
point = ZOMBIE & ZIARAH PRG SAKIT...

mlm tadi Puaka Niyang Rapik..aku start ajar anak aku yg sulong(lelaki = 2 tahun)...yg hantu2 tu 'orang sakit'...dia mula pikir positif...

maklumlah smlm hari ke-3 dia tido sendiri dlm bilik sendiri...(nak ajar spy jgn kacau bilik mama n abah die...hihihi)...

smlm jugak kami beli katil divan single (ada tilam kat bawah gak boleh tarik ade roda) khas utk dia...spy slps ini boleh tido sendiri...

alhamdulillah...byk gak saham ko hamka...kalo org yg baca blog ko ni sangka baik kat ko,insyaALLAH dpt ilmu yg ko sampaikan...tp kalo sangka buruk...ALLAH tutup pimtu ilmu utk si polan tu...

RON
p/s: dh dpt bukak blog aku tapi still tak bolh bukak utk komen dlm blog ko...ntahlah mgkn status aku 'zombie yg sakit' kot...

lelucon said...

hamka: aku bukan kata ko cuma buat lawak. tp penyampaian ko bagus. tahniah. (buat la mcm biasa hehehe).thanx

abikhsan: aku bukan maksud apa2. aku setuju mmg kena concern bab2 solat2 ni. dr time zaman skolah aku benda ni tak habis2..btw, cane ko ajar anak sampai mcm tu? share skit.

hamka said...

abikhsan

Ok, tak de hal

: )

----------
jiddan84me

alhmdulillah kau belom jadi mayat yang masih diberi nikmat iman dan islam...
jangan jadi mayat yang hilang nikmat iman dan islam kelak.. amin

------------
jannah

baca entry awal 2006 bab Bigfoot, aku ada tulis pasal alien tu.

-----------
valsa nine

karkuzahri adalah laporan satu peristiwa dengan tujuan kebaikkan untuk ugama, Nabi selalu ambil ‘karkuzahri’ dari sahabat dan baiki kerja mereka.

------------
ron

dan yang paling teruk, ‘orang sakit’ iman..

------------
lelucon

sama-sama, semua dari Allah.

Anonymous said...

Plane Dead aka Zombies on a Plane, gua dah nengok aaa Hamka... Lu click kat sini baca gua punya rebiu http://wayanggambar.blogspot.com/2008/03/plane-dead-2007.html

srienna said...

"pakcik nak tak mati mudah ?, maka kena banyak ingat mati, alang-alang sakit, pakcik boleh kuatkan ingat pada mati dengan cara suruh anak saudara pakcik ni tempah keranda siap siap lepas tu beli batu nisan dan ukir nama pakcik, lepas tu letak batu nisan tu kat sebelah pakcik, dan bila tidur guna kain batik mayat atau kain kafan sebagai selimut.., tak rugipun beli, tak lama lagi pakailah tu.."

part ni paling lawak aku rasa..lawak cerdik..hehe..
bestla entry ni..insyaAllah sama2 ingat..

Anonymous said...

teringat sorg kawan yg sempat buat ziarah rumah ke rumah (2.5jm) sebelum meninggal dunia,.sempat dia ceritakan kebesaran Allah swt n ajak org ke masjid petang tu,..

n dia berjaya menyebut akhir kalam 'lailahailallah'

dah nk meninggal pun dia buat ziarah gak!!

hamka said...

Abang Ben

Sebab kau bagi markah 5/10, aku tak jadiler tengok, kalau 9/10 aku tengok, he he

------------
mYwaY - i am a human..

itu namanya lawak mayat, heh!

-------------
amr

Aku pernah buat ziarah jumpa sorang pakcik ni sedang cat rumah, aku tegur tapi dia tak nak layan, katanya dia sibuk cat rumah,aku kata kejap ajer, dia tak nak jugak..

2 bulan kemudian aku datang zirah dia lagi, dan aku dapati rumah dia dah siap di cat, akupun bagi salam, tapi bini dia yang keluar, kata bini dia, suami dah meninggal 2 minggu lepas..

Aku rasa sedih.

hamka said...

hello..

sajer cukupkan 50 komen.

woha!

Anonymous said...

Salam..

Setakat ni yg aku tengok crita paling seram ialah cerita saw. memang menguji jiwa dan akal btul.

kalo crita zombie tu da kira seram, cerita saw gila2 seramla. xde hantu pn. cuma ada manusia je.

mmg bukan utk 18 thn ke atas tp utk mereka yg berjiwa berani je.

kalo nk tau crita tu, pagi la cek kt youtube.

hamka said...

aku dah tengok dan suka, sebab bukan cerita hantu, aku suka sebab cerita tu banyak mayat dan brutal, serta kreatif, twist ending..

tapi aku tengok setakat saw 1 dan saw 2, sahaja, 3 dan 4 tak tengok sebab kawan aku kata tak best.

maka akupun tak nak buang masa.

: )

Anonymous said...

O ya ke. aku da tgk saw 3. ok apa. at least x bosan sgt cam saw 1. saw4 & saw5 x tgk lg. kwn aku yg alim, tudung agak labuh pn layan gak crita ni. pelik2..

lagi pelik aku x sangka lak en hamka ni mendengar kata org. org len ckp saw3 & saw4 x best, ko pn x tgk ye? pelik la...

hamka said...

:)

Anonymous said...

stuju dgn bro hamka.ank2 tk leh ditakotkn sgt dgn cite2 antu ni.nnti lebeh takot antu dr tuhan.ank2 sy pon begitu.sebab dr kecik2 lagi bile di momokkn dgn cite antu oleh sepupu2 dn kwn2 skolah mereka,sy slalu ckp,dosa takotkn antu lebeh dr takotkn tuhan..nnti tkleh tinggl dgn mama dlm syurga.dlm dunia ari ni,kite kena berckp dgn ank sebagai org dewasa.kanak2 skrg cpt dewasa dn mudah paham.kdg2 lebeh teruja utk mengenal tuhan dr kite..tp mesti dr kecil..
-princess-