Jul 29, 2008

Tuhan tidak adil?

(Ubat sapu jangan dimakan, ubat makan jangan disapu)

Seorang kritian pernah bertanya pada aku tentang satu soalan berkenaan betapa tidak adilnya ‘Tuhan orang islam’ di pandangan matanya, katanya mana mungkin orang kapir yang baik baik, tak hisap dadah atau minum arak atau makan rasuah tiba tiba bila jadi mayat terus jer masuk neraka selama-lamanya dengan alasan hanya sebab tak masuk islam?...

Kemudian, dua tiga hari lepas, aku dapat email yang dipanjangkan soalan dari orang kristian jugak yang bertanya bagaimana dengan nasib orang asli atau orang kafir yang tak pernah dengar tentang islam? Adakah mereka masuk neraka juga? sebab syariat islam tu tak sampai? Adilkah tuhan dalam hal ini?

Aku kata, Orang yang berkata tuhan itu tidak adil biasanya di ucap oleh orang yang ada masalah mental yang mana selepas mereka rasa tuhan tidak adil maka mereka akan mula cari tempat tinggi untuk terjun tiruk kepala dulu atau cari tali dan kerusi lalu terkial-kial tolak kerusi dengan kaki sedang tali menjerut lehernya atau sedang minum racun tikus atau apa sahajalah perkara yang memayatkan diri kerana orang macam ni sedang kecewa dengan hidup, kecewa dengan dunia tapi percaya tuhan itu ada namun tak puas hati sebab di tipu oleh dunia yang mempersona kerana kebodohan diri sendiri lalu cover kebodohan diri dengan menyalahkan tuhan sebagai tidak adil...

Tak ke hampeh?

Nampaknya korang tak faham tentang betapa adilnya Tuhan dan betapa tidak adilnya dunia..

Sebenarnya, Tuhan menciptakan dunia dengan kemahiran yang sama dengan kemahiran yang ada pada iblis berserta syaitan iaitu pandai menipu daya, dan orang yang bodoh serta sombong akan mudah menjadi mangsa tipu daya dunia semudah menggoreng ikan bilis kerana mereka telah dibilis iblis seiblis bilisnya!..

Aku jugak banyak kali gak dibilis iblis dan ditipu dunia, tapi aku tidak salahkan tuhan kerana aku masih waras, aku tahu itu salah aku sendiri, namun korang yang mudah diperbodohkan dunia lalu nak cover kebodohan dengan salahkan tuhan?

Hampeh! Sekali lagi!

Dan bodoh!

Kesimpualnnya, Orang yang bodoh memang akan menyalahkan semua perkara apabila diri di perbodohkan, akan salahkan kerajaan, salahkan ibu mengandung, salahkan polis, salahkan PIBG, salahkan keretamayat, dan akhir sekali akan salahkan Tuhan, bila dah masuk salahkan tuhan, itu kira kejahilan tahap hampeh paling impak maksima, nauzibillah...

Balik kepada soalan asal, (tadi tu baru intro, ada 20 pages lagi nak tulis ni, sabar jer baca jika tak malas dan free luar biasa..)

Soalan:
Adakah orang kafir yang baik akan masuk neraka selama-lamanya dan bagaimana dengan nasib orang kafir yang tidak sampai seruan tuhan?

Jawapan:
Bagi aku yang hina ini, pertama sekali aku ucapkan seribu kesyukuran kerana aku lahir dalam keluarga islam, tak payah lagi aku susah susah nak cari ugama yang benar kerana Allah dah bagi aku nikmat ni sejak kecik lagi.

Allah Maha adil bagi aku sebab jika aku lahir dalam keluarga kapir mungkin aku dengan sifat buruk yang pemalas dan macam macam lagi akhlak buruk akan kekal mati kapir, nauzubillah, lalu Allah tahu yang terbaik untuk aku dan lahirkan aku di kalangan orang-orang islam.. Alahamdulillah sekali lagi.

Masa aku kecik, umur dalam 13 tahun gitu, aku jugak ada terfikir soalan macam ni, iaitu: adakah orang kafir yang baik akan masuk neraka selama-lamanya dan bagaimana dengan nasib orang kafir yang tidak sampai seruan tuhan?

Lalu aku bila baca buku-buku ugama, ada menceritakan betapa Allah akan sentiasa bagi pilihan pada hambanya untuk datang kepada kebenaran atau nak kekal dalam kesesatan..

Pendek kata, Allah akan sentiasa buka dua jalan..

Jalan yang baik untuk dituruti, dan jalan yang hempeh untuk dihindari..

Kemudian, dari kitab dan Buznama, aku dapati, Allah sentiasa menghantar Nabi demi Nabi untuk bagitahu pada Ummat akan jalan yang benar, dan sekarang aku dapat tahu sudah ada 120 ribu Nabi Nabi di hantar untuk bagitahu pada Ummat akan jalan yang benar..

Dan di jalanan Dakwah para Nabi, ada yang ikut dan ada yang menentang, dan ada Nabi yang mati di bunuh..

Pendek cerita, yang ngikut masuk shurga, dan yang kapir masuk neraka selama-lamanya walaupun baik baik seperti bagi makan kat kucing hari-hari...

Jadi aku yang baru nak baligh masa tu buat kesimpulan sendiri iaitu jika orang asli atau orang yang tak sampai seruan islam, Aku berbaik sangka bahawa Allah tetap sampaikan pada mereka mungkin dalam bentuk 'batu bersurat', atau mimpi atau lain lain perkara yang mistik dan realistik, banyak kisah kisah para wali ada cerita seumpama itu, jadi aku yakin bahawa semua orang baligh akan di beri peluang untuk memilih dua jalan dengan apa carapun oleh Allah yang Maha berkuasa.

Boleh korang tunjuk pada aku kat dunia ni akan tempat yang orang tak tahu pasal islam?

Dan apa yang aku tahu, dekat India di sebuah masjid Nidzamuddin namanya kalau tak silap, setiap hari ada orang yang akan keluar berdakwah dari seluruh dunia keseluruh dunia, dan sudah lebih 200 negera mereka pergi, sampai ke israel pun mereka pergi, sehingga ke dalam hutan afrika pun ada, dan telah ramai orang asli yang masuk islam asbab usaha mereka, dan aku yakin kewujudan mereka adalah sebagai wakil Allah yang telah menamatkan zaman kenabian yang mana ummat akhir zaman pula di pilih untuk berdakwah.., istigfar untuk aku banyak banyak sebab belum menyertai mereka..oh!

Jika ada orang asli yang terlepas pandang?.
Aku rujuk pula kepada kisah dalam kitab tentang seorang jahat yang mati dalam keadaan nak jadi baik setelah bunuh 100 manusia tapi Allah masukkan ke dalam shurga jua akhirnya walaupun belum sempat buat baik tapi oleh sebab mati dalam mencari jalan nak jadi baik maka Allah kira sebagai ahli shurga,

Maka aku yang masih belum ada awek pada waktu tu, umur 13 tahun berpendapat bahawa orang asli yang enggan percaya dengan ugama karut mereka, lalu murtad secara senyap senyap dari ugama karut nenek moyang mereka dan lari dari kampung untuk mencari Tuhan sebenar tapi mati pulak dalam perjalanan, aku percaya beliau akan di kira ahli shurga kerana mati dalam keadaan nak jadi baik. Wallahu’lam..

Dan aku yang baru nak kenal dunia masa tu, umur baru 13 tahun percaya bahawa sudah ramai orang kapir yang mencari tuhan telah berjumpa dengan ugama islam dan mati dalam islam akhirnya. Alhamdulillah..

Pendek cerita lagi, aku yang berumur 13 tahun sudah percaya tuhan itu Maha adil dan sekarang umur aku cecah 31 tahun aku masih mengekalkan kepercayaan itu, Aku percaya sebegitu, Allah Maha Adil seadil-adilnya..

Maka bila Allah dah bagi otak dan akal serta hati dan nurani, nak salahkan siapa jika korang sendiri yang buat pilihan tak nak masuk islam dan mati kapir, kekal nak sembah patung atau ikut ugama nenek moyang yang terang terang mengarut?, kemudian bila korang perangai baik dan mati kapir nak salahkan siapa jika korang kekal dalam api neraka kerana korang dah di beri peluang tapi tak nak?..

Allah Tuhan yang Adil pasti akan menunaikan janji, maka adillah bagi Allah apabila menunaikan janji untuk azab selama-lamanya orang yang tak nak masuk islam...

Habis sudah jawapan aku takat tu untuk orang kristian yang bertanya, harap beliau masuk islam. dan harap aku jugak mati dalam islam.

Sekian terima kasih.

TAMBAHAN
Ini khas untuk orang islam yang baca blog aku, lanjutan dari entry di atas, bila kita bercerita bab Adilnya Allah dalam menunaikan janji, maka aku nak tambah sikit lagi penerangan untuk lengkapkan nota ugama buat diri sendiri kat sini.

Dalam dunia ini, Allah buat dua ketetapan.

Satu, ketetapan yang TIADA janji Allah.
Dua, ketetapan yang ADA janji Allah.

Kalau tak silap aku dalam istilah arab, ketetapan yang tiada janji Allah di kenali sebagai “Masiyatullah”, Bunyi lebih kurang cam gitu tapi spell out Masiyatullah tu atau terjemahan untuk istilah, aku tak pasti tepat atau tidak cara mengejanya dan menyebutnya, nak kena rujuk ustaz balik.Manakala ketetapan yang ada janji Allah di sebut Sunnatullah.

Dalam Sunnahtullah ada ketentuan Allah dan ada bersamanya janji ALLAH tapi dalam Masiyatullah ada kententuan Allah tapi tiada pulak janji Allah. Iaitu untuk Sunnahtullah, Allah tulis terang-terang janjinya dalam Al Quran dan Hadith yang mana siapa buat Allah pasti akan tunaikan tak kira siapa orang itu setelah memenuhi syarat dan terma, tapi untuk Masiyatullah korang buat belum tentu dapat kerana tiada dalam janji Allah, maka terpulanglah kepada Allah nak bagi atau tidak, Faham tak? Macam mana aku nak cakap?

Senang cam gini, Allah buat ketentuan bahawa orang yang nak anak perlu kepada persetubuhan.
Tapi dapat anak setelah bersetubuh tiada dalam janji Allah kerana itu adalah Masiyatullah. Sebab tu ramai orang yang dah kahwin berpuluh-puluh tahun tapi tak dapat anak sebab dapat anak selepas bersetubuh tiada dalam janji Allah.

Begitu jugak kes korang yang nak berkerja tapi kena ada sijil atau ijazah,
Tapi Allah tak buat janji bahawa semua orang yang ada sijil dan ijazah dapat kerja kerana itu adalah Masiyatullah.. so yang islam yang masih mengangur patut faham perkara ni!

Bukan semua yang ada pangkat Dato’ dapat kahwin dengan artis, bukan semua yang muka hensem akan dapat anak lawa sebab semua itu adalah Masiyatullah, dan dunia cukup pandai menipu daya pada manusia dengan memberi janji pada Masiyatullah.

Jadi balik kepada Janji Allah.., maka berjayalah orang yang yakin dengan janji Allah dan hidupnya di arah kepada janji-janji Allah.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Menunaikan Janji, dan itulah adilnya Allah..

Janji Allah ada dalam setiap sunatullah tidak perlu di ragui lagi!, seperti siapa yang solat jemaah akan dapat 27 kali ganda, siapa yang ucap subhanallah akan dapat satu pohon di shurga, siapa yang keluar jalan Allah akan di haramkan api neraka menyentuh kulitnya yang kena debu, siapa yang ada iman walupun sebesar zarah akan masuk shurga yang luasnya sepuluh kali ganda dunia, , siapa yang mati kapir akan masuk neraka, itu ini begitu begini, dan semuanya pasti akan ditunaikan kerana iatu adalah Sunnahtulallah, janji Allah yang terang di dalam Al quran.

Maka kerana itu orang kafir yang baik-baik, bagi kucing makan hari hari tapi bila mati kapir akan kekal dalam neraka kerana itu adalah Suinnatullah! Janji Allah!

Allah Maha adil, dan dunia ini menang tidak adil!
Meranalah siapa yang mengharap kepada dunia, dan berbahagialah orang yang mengharap kepada Allah..

Allah berjanji dan pasti menunaikan janjinya..
Dunia juga berjanji tapi menipu diakhirnya..Semua orang kafir yakin dengan janji dunia atau Masiyatullah tapi kebanyakkan mereka telah sakit jiwa dan bunuh diri kerana dunia memang di cipta untuk memberi harapan tapi belum tentu memenuhi harapan, sebab dunia ini memang tidak adil! Itu yang korang kena faham…

Maka pada waktu inilah orang bodoh yang percaya dengan dunia lalu di tipu dunia, lantas terus mengatakan tuhan tidak adil, untuk cover kebodohan setelah mereka terkeliru bahawa yang tidak adil itu dunia.

Korang tahu tak?
Dalam dunia ni ada orang yang telah habiskan berjuta ringgit bina rumah kediaman, tapi bila dah siap belum sepat rasmi dah jadi mayat..

Dalam dunia ni ada siswazah yang baru terima sijil konvo dan baru nak masuk kerja tapi mati lemas pulak semalam yang mana tiada sorang pun boleh guna ijazah dia..

Dalam dunia ni ada polis yang sehari lagi nak pencen tiba-tiba mati ditembak perompak.

Dalam dunia ni ada ibu yang menatang anak bagai minyak yang penuh tapi sebelum mati sempat pulak sumpah anak jadi batu..

Dalam dunia ni ada suami yang sanggup bunuh anak sendiri sebab nak bagi isteri sakit hati.

Dalam dunia ni yang muka cantik tapi jadi anak dara tua sampai ke tua.

Dalam dunia ni ada pelakon yang bila mati baru dapat anugrah.

Dan lain-lain…

Pendek kata, Dunia ni adalah tempat memberikan harapan dan impian yang tinggi, tapi bila sampai hari kejadian, semua orang kena tipu,

Penipu yang paling handalpun, bila tiba hari jadi mayat, akan berkata.. Oh! akupun ditipu dunia..

Penutup
Akupun dah lama tahu bahawa dunia ini tidak adil, banyak contoh yang aku boleh bagi tapi aku nak bagi contoh yang betul betul berlaku pada diri aku, iaitu setelah sekian lama aku tak bersenam, baru baru ni aku berlari-lari di waktu pagi sampai berpeluh-peluh penat yang amat, siap jatuh sampai lutut koyak dan berdarah, untuk apa?

Untuk pecahkan kalori dalam badan yang mana untuk 20 minit joging yang memenatkan aku berjaya membakar lebih kurang 760 kalori setelah dirujuk pada jadual kalori.

Tapi lepas tu aku makan Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori, Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori, Ikan tenggiri goreng (sepotong) = 142 kalori, teh tarik(Segelas)= (210 kalori), Pisang (2 biji) = 76 kalori, Sayur mentimun = 75 kalori, Telor goreng (sebiji) = 110 kalori

Semuanya adalah: 1268 kalori.

Lepas tu aku makan tengah hari dan makan malam serta minum patang, lebih kurang lauk adalah nasi putih, ikan, sayur, daging, belacan, patai, buah, roti canai dan teh tarik = 9388 kalori.

Purata satu hari kalori aku makan = 10656 kalori.

Aku berlari sampai koyak lutut sebulan sekalipun payah: = hilang 760 kalori

10656 kalori - 760 kalori = 9896 kalori!!!!

Dunia ini memang tidak adil!

Hampeh!

Ps: Korang dah cipta belum? resepi yang aku mintak tempoh hari iaitu sarapan pagi yang sesedap nasik lemak tapi tidak menggemukkan?

Tolong!

48 comments:

Hanisumayyah said...

Hamka...

Allah itu sentiasa dan selamanya adil..manusia jer yang tak adil pada allah...bukanker semua yg kita nak tu adalah kehendak setiap kita dari alam roh lagi...s/ada nak islam atau kafir.

Dan Allah bagi setiap umatnya atas apa yang dokehendaki...samaada kafir atau islam...itu pilihan kita dari alam roh,kan? Takde pertikaian tak sampai seru atau tidak...dan tugas umat adalah buat dakwah, kenapa kita solat, kita puasa semua ikut nabi tapi bab dakwah tak pulak nak ikut...suami keluar kerja out station takde masalah, tapi kalau tabligh keluar dakwah semua pandang sebagai masalah..kan ker kerja hakiki umat islam buat dakwah? Kalau ramai umat tak dapat akhir kalam dengan kalimah tayyibah kita semua juga kena jawab di mahkamah allah nanti...

Betulkan kalau salah...

hanisumayyah

azharjaafar said...

Dunia senang nak faham tapi susah nak dapat. Akhirat susah nak faham tapi senang nak dapat.

Contoh; semua orang faham harga sebiji rumah RM200k, tapi nak mendapatkannya berhutang 20-30 tahun.
Tapi kita boleh dapat sebiji istana dalam syurga denan hanya baca qulhuAllah (surah al Ikhlas) 10 kali.

SpEkmATaKu said...

wah bess nye entry kali ni...
dlu pn pernah terfikir bab ni..
waktu kanak2 ribena dlu..
tidak adil kh tuhan??..

tp tahu kah kite..
dr kecik lagi Allah dh build in kt sume manusia sifat utk incline pada ISLAM..fitrah..innately..pre install kate kn..
tp bak kate hamka hanya kite mmpu memilih..

sbb tu la mase kecik2 dlu org skrg pn, sume manusiala ku rase akan terfikir soalan nie..

knape aku dok kt dunia nie?
knape aku jd manusia?
kenapa xjd batu ke,pokok ke, burung ke?
knape ada dunia ni?
ape motif kita?
why??why??why??

bab kate Ust Haron Din dlm buku
yg ku dh lupe tajukny..
sifat2 suka bertny kn persoalan itu
akan sentiasa bermain2 sampai kita mati dan hanya akan terjawab selepas mengenali ISLAM jek..
bkn sume org ISLAM pn dpt jwb soalan tue,so org bkn ISLAM jgn risau..tuhan itu adil..sbb akan ader org ISLAM msk nereka...

n_n

SpEkmATaKu said...

org ISLAM yg hanya pada nama..
nauzubillah aku seorg drp ny..

indah-chan said...

hurm..

a very intriguing entry this time.
yups.. mmg manusia dilahirkan utk berfikir.. dan alhamdulillah aku dilahirkan dlm keluarga ISLAM yang MENEKANKAN islam dlm kehidupan seharian..

kalo ikutkan akal saje, mase umurku 6tahun, aku da pikir, btol ke kte idup? tah tah kite ni hidup di alam mimpi je.. mcmane tuhan buat kte? betul ke kte ni real? nape org sume laen2 wajah.. cantik hodoh dsb.. kan best kalo kaya.. tuhan ni adil ke kalo mcm ni?

mula2, kne paham adil tu cane..
adil tu meletakkan sesuatu betul pd tempatnye, kalo org cacat xleh jalan, kne gune kusi roda, bukan sume org xkre buleh jln ke x, kne pakai kusi roda sume..

ingat!
adil & equal tu lain sgt2..

ALLAh tu adil dengan sifat ar-rahman dan ar-rahim.. kepada sume makhluk dan hambanya kat dunia ni (ar-rahman) dan spesel nikmat or even spesel request kat umat ISLAM (ar-rahim)... Maha Pemurah dan Penyanyang..

hurm..
btol.. ble artis tu da mati baru nak kasi byk hadiah and puji itu ini.. ohh.. Heath Ledger, hehe aku ske watak die dlm "10things i Hate about u".. haha tu zaman skola dulu2..

dunia ini penuh tipu helah..

dan

ahli syurga tu sume di kalangan yang handal2 belaka.. ^-^

ohya, mungkinkah masyiatullah instead of masiatullah?? sbb kalo kte tgk fenomena2 yang di luar jangkaan kte, kte disarankan mungucapkan "MasyaALLAH".."itulah Kehendak ALLAH".. xde janji ALLAH akan berlakunya bende tu tp bende tu berlaku kerana Kehendak ALLAH..

wallau'lam....

kalo sape tau, kte same2 btolkan la ek.. sy bukan tau sgt.. tu pun sekadar renungan based on my understanding on Hamka's entry..

salam

ZABS said...

Salam Hamka,
Untuk sentiasa sihat kita perlu bersenam dan makan makanan yang berkhasiat.
Tetapi orang yang bersenam selalu dan makan makanan yang berkhasiat tak semestinya menjadi sihat. Betul ke?

Anonymous said...

assalamualaikum..
dlu2 penah tdengar/tbace pasal klu org kapir mati,Allah akan ringankan azab mase malaikat nk cabut roh dia..
atau..
Allah tutup aib dia di dunia.
jd kat akhirat nnt xblh la nk tuntut ape2 kebaikan yg dia penah buat selama hdup d dunia yg penuh tipoo muslihat ni..
so..adil la tu!!nk ape lg..
"cr la kebenaran dan ISLAM adalah agama yg benar!"

Anonymous said...

nk resipi sesedap nasi lemak tp x jd gemuk??
cuba try nasi lemak kangkang..
walaupun mkn byk tp akan kurus sbb bini srh bt mcm2(bini queen conrol)
try jgn x try..

p/s=mkn ari2 mesti sedap ekk??faiza basmathi.

Anonymous said...

tempat aku orang asli dah kluar 3 hari , 40 hari . Jhor k.l baru mei lepas hampir 20 org. dtg sri petaling. mereka sedang buat usaha sekarang. meraka rasa nikmatnya iman sekarang.

INTAN RH said...

sy cuma nak bg tips utk selamat semasa berjogging:

1) pakai sarung lutut spya klu jatuh lutut tak koyak dan luka
2) jgn berjogging kat tmpt tak rata
3) jgn berjogging sbb nak pecahkan lemak akibat mkn nasi lemak..hehe

neway, gud entry. tq.

atap_aje said...

umur 13 tahun sudah ada fikir tentang agama dah, sudah ada fikir tentang nasib orang kafir dah. Subhanallah. hebatnya ALLAH.

Anonymous said...

Bagi Aku mudah jer. Allah berikan akl fikiran utk berfikir mn yg baik n mn yg buruk. so bg mereka2 yg kononya tidak smpi seruan tuhn, aku rs mereka leh pikir sndiri secara logik or memang nmpk terang dn nyata agama2 diorang nie mengarot or something wrong somewhere. Dr situ, klu diorang bebetul nk cari kepastian, dioarng mesti cr agama yg sebenar. So takde isu yg mengatakan tak adil pd org kapir yg tk smpi seruhan tuhan. Cuma mungkin yg membezakan ada org tuu mudh jer perjalanan hidup dia. Ada yg terpaksa merempuh pelbagai ranjau kehidupan sebelum mendapat jawapan yg sebenar

SoulSurvivor said...

Allah dah bagi manusia akal utk berfikir. AKu rasa semua org ada terdetik dlm hati..."kenapa ek aku lahir kat dunia ni @ apa tujuan aku hidup kat dunia'. Setiap manusia perlu soul-searching. Sesiapa yg ikhlas mencari, Allah pasti akan jumpa kan. Tu yg kita tengok org2 kafir tu dpt hidayah dan dpt amal agama Islam. Tuhan maha adil.

Aku dengar karkuzari ada jemaah yg klua pi bawak agama Islam sampai ke Alaska. Rase2nya hampir seluruh pelusuk dunia tlh dijejaki oleh mrk2 yg ikhlas menyebarkan agama Allah. Tentu hebat ganjaran & darjat mrk di sisi Allah.

Aku dengar derang2 nie bnyk nak pakai org. Banyak takaza seluruh dunia. Amacam..berminat? Buat...jangan tak buat. Rugi woi!

Anonymous said...

Mari kita berkongsi,

Atas sebab apakah agama2 yg slain dr Islam itu wujud?

Kenapa eh, tok sami budhha berkepala botak, ada tasbih, dan memakai kain oren.

Dan utk agama hindu, apakah kaitan dewa brahma & dewi saraswati. Jika kita lihat ritual agama hindu ada part brjln di atas bara api sambil mmbaca mantera.

Stuju x jika aku kata yg agama2 ini hanyalah agama yg ditiru dr agama yg Haq. Buddha ada kaitn x dgn Huda? Siapa yg membawa Huda yg Haq? Kain oren itu ada prsamaan dgn kain putih yg dipakai wktu ihram bg agama Islam.

Brahma, ada kaitan x dgn Ibrahim & saraswati ada kaitan x dgn Siti Hajar? Bukankah Ibrahim itu prnh dibakar oleh raja namrud?

Yahudi & nasrani mmg xdpt dinafikan, mrk adalah ahli kitab, tetapi mrk berpaling dr agama Allah.

Allah berfirman dlm surah at-Taubah:33(maksudnya) Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Benarlah janji Allah itu.
iman-amal-takwa

k@FuR

Sofinee Harun said...

salam,

mana ada resepi yang sedap macam nasik lemak tapi tak gemuk.

Yang ada ialah jangan makan nasi lemak! Atau puasa aja..

Anyway, your blog is very interesting.

Jazaka Allah huhairan

Anonymous said...

hmm.menarik.tp rasanya mase kecik2 dulu penah bace kisah2 teladan dimana seorg kafir yg bg anjing sedang kehausan(mungkin dh nk mati) dpt masuk syurga kerana kebaikannya kepada binatang.cuma inginkan kepastian tentang kesahihan cerita ni sbb org kafir tu bukan nk mencari kebenaran.cuma tlg anjing je.then blh masuk syurga.hmmm..

Anonymous said...

wakakkakakakaka..

ya Allah... sakit perot aku gelak part yg last tuhh..!

papepun, aku pun sgt tak yakin pd dunia.. hari2 aku remind diri aku.. harap2 aku dan kita tak terpedaya insyaAllah

smlm kawan husband aku baru ditemui jd mayat walaupun sebenarnya dah 3 hari dia bergelar arwah.. arwah dikebumikn di perkuburan hindu sbb dia jd muslim tanpa dokumen2 yg berkenaan.. apepun, alhamdulillah arwah sempat buat pilihan sblm dia jd mayat

Anonymous said...

Kadang-kadang, kita rasa Tuhan itu adil cuma bila kita mendapat perkara baik/ balasan baik/ nasib yang baik saja...

Bila kita ditimpa kemalangan/ dapat bala/ sakit kuat/ miskin tegar, kita selalu rasa Tuhan tu tak adil..

Tuhan kan selalu punya rahsia...

hamka said...

Hijrah1429

Hanisumayyah, Allah Maha Tahu segalanya tentang hari esok, dan tahu apa yang kita benar benar maksudkan lalu Allah atur hidup kita berdasarkan pilihan kita yang mana Dia telah mengetahui..

Lalu di akhirat, semua ahli neraka akan mengaku bahawa masuknya mereka ke dalam neraka adalah salah diri sendiri kerana telah buat pilihan yang salah.

------------
azharjaafar

Apa yang Nabi tak buat dan payah, ramai yang buat seperti hutang kereta 9 tahun bayar angsur-angsur..

Tapi apa yang Nabi buat dan senang tak ramai pulak yang boleh buat seperti makan atas lantai, makan dengan tangan dan lain lain..

Oh!

(akupun!)

----------
SpEkmATaKu

Dan blog ini akan sentiasa menjawab soalan, sehinggalah korang masuk kubur dan kena jawab lagi 5 soalan seterusnya di padang masyar lagi 4 soalan..

Oh!

----------
valsa nine

joker dah mati, dan tak sepengetahuan aku, mati dalam kapir.…

----------
Zabs

Betul!

Ada yang pergi berjoging untuk panjang umur tapi mati di langgar kereta waktu subuh…

Ada yang hari hari berjoging tapi sakit jantung sebab banyak hidu asap ekzos kenderaan..

Allah tak janji berjoging akan panjang umur.

Tapi tak salah nak berjoging

Begitulebih kurang.
: )

-------
chempedak luar phagar

ambil galah tolong tunjukkan.

----------
faiza basmathi.

Kalau tok mat jadi menteri penerangan, tentu kau kena gam

----------
INTAN

Safety first is Sunnah nabi.

--------------
atap_aje

tapi umur 31 tahun baru nak tulis apa yang di fikir..oh!

----------
capoeira

Bagi kau mudah, tapi bagi orang kapir susah sikit, bantulah mereka dengan tunjuk jalan yang betul..

: )

----------
SoulSurvivor

Istigfar untuk aku kerana belum menyusul mereka, saya akan datang, insyAllah!

-----------
k@FuR

aku paste sekali lagi. :

i am ethnically a russian jew. my quest began when i was 19 years old. i was recovering from my stint with scientology (yes i was brainwashed into it).
my belief in god was uncertain. my goals in life were to be a rock star. i was living in my pasadena apartment and working as a secretary. funny, i know.
one night i was walking to the kitchen, and encountered a dark fellow. i remembered asking him: “can i keep this vodka in the fridge tonight?” we shook hands and went to sleep. after that point, my life changed drastically…

bersambung… (copy dan paste kat google search)

---------
ummi

Nasi lemak is very interesting.

Jazaka Allah huhairan

-----------
aishah

itu bukan orang kapir, itu orang islam yang jadi pelacur..

wallahu’lam

----------
along

idea asal pengiraan kalori itu aku dapat ilham lepas baca satu entry dari blog “semusim di neraka”, dan dia pernah baca blog aku dan link kat blog dia dulu.., tapi dah tutup site dia, akupun tak dapat hubungi dia, semoga dia masuk neraka semusim sahaja, jika itu yang dia mahu.

---------
Faz

:)

Anonymous said...

Salam,

Dunia penipu, insan pelupa..dahtu pelupa kawan dgn penipu, alamatlah hari-hari si pelupa kena tipu!

Dan Allah itu maha adil yg mengingatkan kita si pelupa supaya sentiasa mengingati antara satu sama lain supaya tidak lupa.

Anonymous said...

....ada terbaca..,

Sekali Musa(a.s) brtanya kpd Allah(swt), "Ya Allah, Engkau yg menciptakan, memelihara dan memberi rezeki. Mengapa Engkau memasukkan sebahagian manusia ke dalam syurga dan sebahagian yang lain ke dalam neraka?"
Allah(swt) memerintah kpd Musa (a.s) utk menanam gandum. Setelah gandum ditanam, dipelihara, dan dibaja, tibalah waktu untuk dituai. Maka Musa(a.s) memilih biji2 gandum yg berisi, diisi ke dlm karung utk dibawa pulang. Adapun biji gandum yg kosong/tak berisi, dibuang utk dibakar bersama jeraminya.
Didlm prjalanan pulang, Allah(swt) menegur;

"Wahai Musa, mengapa sebahagian shj yg engkau masukkan ke dlm karung dan yg lain engkau bakar? Bukankah engkau yg menanam dan engkau yg menjaganya?"

Musa(a.s) mnjwb. "Yang bermenafaat aku ambil, dan yg kosong aku buang kerana tidak berguna."

Allah(swt) berfirman, "Wahai Musa, demikian pula Aku! Yang bermenafaat Aku masukkan ke dlm syurgaKu dan yg tidak bermenafaat Aku jadikan bahan bakar api neraka Jahannam! (Hr Ahmad)

..bagaimana dengan tamsilan ini..
Katalah seorang tuan punya kebun telah meamanahkan seorang pekerja utk menebas hutan di tanahnya, kemudian disuruh tanam dengan pokok buah2an, dan disuruh menyiram dan membajainya.(anak pokok dan baja subsidi diberi). Maka pekerjani pulak, pergilah menebas, menanam, menyiram,menjaga dgn baik, di KEBUN ORANG LAIN hinggalah menghasilkan buah2an yg lebat dan elok. Setelah selesai tugasnya,pergilah si pekerja ini utk meminta bayaran dari tuan kebunnya yg asal. Maka marahlah tuan kebun yg asal. Aku bagi modal, tapi engkau kerja kat kebun orang. Walaupun kau buat kerja yg baik, tapi bukan kat kebun aku. Engkau aku saman.

My point is,..walaupun seorang kafir itu sgt baik, derma juta2, tak minum arak, tak kacau pompuan, tapi dia buat bukan kerana Allah( tapi kerana 'tuhan yg lain' pulak kerana dia tak mengaku Allah itu the only tuhan), maka perbuatan baiknya tentulah tak dipandang ALLAH!

Allah Maha Adil!

rossees said...

salaam...

oh bagus betul ada usaha untuk kekalkan kesihatan ;)

sy diberitahu satu formula untuk tahu berapa metabolic rate kita (hampir tepat)

formula BMR (basal metabolic rate)untuk laki:

66+(13.7xweight in kg)+(5xheight in cm)-(6.8x your age)

kalau sepanjang hari tdo darabkan hasil di atas dengan 'satu'...

kalau sangat sibuk seperti ahli sukan...darab dengan 'dua'...

kalau sedang2.. antara 1.1 hingga 1.9....

unitnya kcal...

jadi jumlahnya ialah.. jumlah kcal yang badan kita perlukan untuk metabolisme...

pandai2 susun pemakanan supaya dapat memenuhi nilai itu...

salaam...

Anonymous said...

terime kasih utk entry ni.. pnah terpk..tapi tak dpt jwpn.. baru skang dpt jawapnnye. :D

Anonymous said...

Salam perkenalan! HEheheh first time bace blog nie dah gelak2.. huhuhu baru je semalam ada kawan yang tanya soalan yang 'serupe' tapi sedikit berbeza..(kenape Allah tak bagi hidayah kat semua orang?Bukankah tak adil namenye?)
Bagaimanapun, saye dah jawab dah heheheh....tapi tak lah sebest yang awak jawab soalan2 tu =D!!

Anonymous said...

Aku pnah dpt emel...Hamba Allah ni request rama-rama, tapi Tuhan kasi ulat beluncas...so, H.A ni tak puas hati.So, dia pun cakap yg Tuhan tak adil.Bila dia tunggu punyer tunggu.last2 ulat 2 bertukar jadi rama2 cantik.So, baru la dia faham, actly, Allah tu memang seadil-adilnya sbb dia akan penuhi request hambanya dengan apa yg berpatutan bukannya ikut hawa nafsu hambaNya sahaja!!! wallahualam

Anonymous said...

senang jer resepi tu
masak nasi lebih skit utk mlm
then bile pagi, cakap kat makcik jual nasi lemak tu nak beli sambal...
then makan ngan nasi lebih semlm

riang ria bersama
-kitkat-

Anonymous said...

salam,

Rahmat Allah(swt) amat hampir dgn hambaNya. Cuma terpulang pd hambaNya, siapa yg ada keinginan/kedahagaan pd rahmatnya, merekalah yg dapat.

Abu Tolib yg bersusahpayah mempertahankan Nabi(saw) ketika di Mekah tidak mendapat hidayah kerana tidak adanya keinginan/kedahagaan di dlm hatinya.

Walhal Umar(ra) yg hendak membunuh Nabi(saw) sendiri mendapat hidayah kerana adanya keinginan dan usaha untuk mengetahui di dlm dirinya.

Camtulah juga kita yg dah Islamni, kenalah juga ujudkan keinginan/ kedahagaan dan seterusnya usaha pd kesempurnaan agama agar Allah(swt) bagi taufik utk kita dpt menyempurnakan agama. Dgn hidayah dari Allah baru kita dpt faham dan amal agama.

No wonder ada jemaah yg ketuk2 pintu rumah org atas maksud utk ketuk2 hati diri mereka sendiri dan hati2 org Islam yg disayangi agar ada kedahagaan utk memperbaiki agama masing2..

NOR

Anonymous said...

...Nabi Ibrahim(as) sendiri dilahirkan dalam keluarga dan kaum penyembah berhala. Malah bapanya pula pembuat berhala. Sedangkan masatu takde pun org yg datg buat dakwah pd dia. Tapi, dia sendiri mencari tuhan dgn melihat pd langit, bulan, matahari...sehinggalah dia mengakui sesungguhnya ada Rabb yg menciptakan langit dan bumi dan dia bukanlah termasuk org yg menyekutui Allah..

Kan, Allah dah zahirkan keujudanNya dgn ciptaanNya spt langit yg terbentang tanpa tiang, matahari yg tergantung tanpa tali,...

NOR

hamka said...

maroon apron =)

terima kasih

---------
iedot
:P

----------
bunga39merah

selamat naik keretamayat!
:)

----------
jiddan84me

daripada ulat menjadi kelkatu, boleh terbang ke sana sini, tapi akhirnya mampus menuju api..

Tinggallah aku di sini, yang tidak mahu menuju api, dan cuba menyelamatkan rakan rakan dari terjun ke dalam api..

Akhirnya aku di kenali sebagai “kelkatu-man”

WOHA!

------
-kitkat-

Wo ho!

-----------
nor

aku setuju nor, aku sebagai ‘kelkatu-man’ cuba selamatkan rakan rakan, tapi apakan daya, sayap aku sudah banyak yang koyak..

esok, tuhan akan ganti sayap yang baru..

InsyAllah

najmussobah said...

Assalamua'laikum ham?

skrg aku guna nick baru Najmussobah...
aku adalah RON sebenar...
so,slps ni ko latyan jer RON tiruan or NOR tiruan...

terima aksih HAMKA..ni blog aku tp aku ni rabun IT..tak tahu nak create entry baru sejak di buka dulu..

Anonymous said...

...Rasulullah(saw)ada menceritakan bahwa ada seorang Nabi Allah pernah bertanya kepada Allah(swt),

"Wahai Allah,ada seorang hambaMu yang beriman dan melakukan amal soleh tetapi Engkau menjauhkan dunia darinya dan mengirimkan musibah kepadanya. Kemudian ada seorang hambaMu yang kafir dan derhaka kepadaMu, namun Engkau menjauhkan musibah daripadanya dan mengurniakan dunia kepadanya.." Maka Allah(swt) mewahyukan kepada Nabi tersebut bahawa "Hambaku yang beriman melakukan beberapa perkara buruk, kerana itu Aku memperlakukan yang sedemikian itu,sehingga apabila dia kembali kepadaKu, Aku akan membalasi amal kebaikannya(syurga). Sedangkan orang kafir itu, dia telah melakukan beberapa perbuatan baik,kerana itulah Aku memberikannya balasan diatas perbuatan baiknya, sehingga ketika dia kembali kepadaKu, Aku akan menyiksa perbuatan buruknya."

Anonymous said...

dear kicap al-aqram, saudara hamka,


nak sarapan sesedap nasi lemak tak menggemukkan senang saja...

jadilah spt bintang filem orang putih.

makan masakan cara mereka yg jauh lebih sedap drpd nasi lemak.

badan mereka tetap unggul.



sekian, wassalam.

Perokok Soleh said...

salam..

kita memang perlu salahkan diri kita tp dalam kepimpinan kita perlu menegur kerajaan(kalo silap) xkira kerajaan itu pakatan OR bn...
dan senang citer..
bila kita sedar dari mayat..
kita akan dihidupkan dengan kelompok yg kita sokong..
so,kelompok maner korang sokong kelompok itu r korang akan dihimpunkn diakhirat..

dan nampaknya aku kurang sependapat dengan hamka walau semua setuju dengan hujah2x cik hamka,
dunia adil yang tidak adil adalah diri kita...dalil??xperlu aku nak berhujah disini..
cik hamka rujuk blk erk..

dan yang aku setuju
dunia ini penuh tipu daya dan dah tua tp dunia tetap adil...
quran dah cerita tentang dunia...

so,marilah kita semua baca quran dan pahaminya dari baca blog aku,faisal tehrani,kereta mayat dan sesiapa sahaja...

sekian

Anonymous said...

...ohh...lepas dibangkitkan dari jadi mayat sy berharap dapat dibangkitkan dalam kelompok ahlussunnahwaljamaah...senang cakap, kelompok jemaah yg ikut sunnah..

..seperti jemaah sahabat(ra) yg mengorbankan harta, masa, diri dan perasaan yg bermusafir serata tempat untuk berkempen bagi Allah(swt), raja segala raja2, yg memberi kerajaan pd siapa yg Dia suka dan menarik kerajaan dari siapa yg Dia mahu, yg berkuasa atas segala2 yg selain daripadaNya..

...dan ingin sekali jika dpt dibangkitkan di mimbar2 mutiara..

Hadrat Abu Darda(ra) meriwayatkan bahawa Nabi(saw) bersabda, (mafhum)

"Allah(swt) akan membangkitkan pd hari kiamat setengah2 kaum yg mukanya cemerlang menyilaukan mata. Mereka berada di mimbar2 mutiara. Orangramai akan mencemburui dan beriri hati terhadap mereka, sedangkan mereka itu bukannya nabi dan bukan pula syahid."

Maka seorang berkata, "Ya Rasulullah, terangkanlah kpd kami tanda2 mereka supaya dpt kami mengenali mereka2 itu."

Nabi(saw) bersabda,
"Mereka itu ialah org2 yg berasal dari keluarga dan kampung yg berlainan yg datang berkumpul disuatu tempat lalu MENCINTAI ALLAH dgn menyebut2Nya".

...ada tak kelompok seperti itu?

Pernah terbaca dlm buku 'Turunnya Isa b. Maryam Pada Akhir Zaman' (Imam Jalaluddin Abd. Rahman As Suyuthi):

Dari Tsauban(ra), Nabi(saw) bersabda, "Ada dua kelompok di antara umatku yg dijaga Allah dari api neraka, kelompok yg menyerang(menyiarkan Islam ke) India, dan kelompok yg bersama Isa(as) (pd akhir zaman)"
(Terdpt dlm sunan Nasai 6/42, Musnad Ahmad 5/278)
...tafsiran hadith kena tanya org yg berhaq untuk mentafsir...

...betul, mari baca Quran, berserta buat dakwah cara Nabi(saw), kerana ada hadith(mafhum):

"Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut dari mereka. Apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar mereka akan diluputkan drp KEBERKATAN WAHYU dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain, mereka akan gugur dari pandangan Allah(swt)"

...aa yg ini ada ustaz bagitau, kalau kita tak buat dakwah, kita diluputkan drp kefahaman Al-Quran, lagipun Al-Quran diturunkan sebagai dalil/hujjah, so, hilanglah maksud Al-Quran jika tak buat dakwah..Wallahualam

..tasbihkifarah..

NOR

Anonymous said...

Masa zaman remaja dulu, ada seorang China Taiwan menanya "apa bezanya agama kita? kami pun sembahyang, kami pun buat baik, agama kami pun kata buat baik masuk syurga, buat jahat masuk neraka.." Apa nak kata, hamba sendiri pun 'tak kenal' Allah dan tak faham agama sendiri, jadi, tinggal persoalan.

Haritu nenek ke_(majlis)bayan. Di sebalik tabir(bukan ustaz) kedengaran(lebihkurang yg diingat):

Sebelum Allah swt mencipta manusia, Allah swt sudah terlebih dahulu mencipta roh2 manusia. Masatu roh kita dan roh2 nenek moyang berserta roh2 anakcucu kita semua dihimpunkan di alam roh. Masatu Allah swt bertanya "Bukankah Aku Rob/Tuhanmu? Mereka menjawab (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi" (Al-A'raf 172). Semua roh ketika itu mengakui Allah yg berkuasa atas segala sesuatu. Pastu sorg demi sorang di masukkan ke dlm rahim ibu masing2 dan disempurnakan jasad, serta ditentukan kelahiran, rezeki, jodoh dan kematian masing2. Bila dilahirkan ke dunia, menangislah si baby kerana bermulalah ujian dunia.
Masa kecik2 kita nangis, mak kita beri susu. Bila lapar, nangis, mak suap makanan. Sikit-sikit mak,..mak...mak..Dahla kita kata mak bagi rezeki. Mak yg tolong kita. Mak dah jadi 'tuhan' kita.

Lepastu, bila besar sikit, dah sekolah, kita nampak bapak kita bawak balik duit, beli beras, beli coklat untuk kita. Dahtu kita kata bapak yang bawa rezeki untuk kita. Kalau bapak takde, habislah kita. Kita dah buat bapak sebagai 'tuhan' kita.

Lepastu, dah kerja pulak, kita dapat gaji dari bos. Tiap-tiap bulan ambik gaji dari bos. Dahtu kita pulak anggap bos tu 'tuhan' kita.

Lepastu, kahwin, dapat anak, kita cakap dengan anak, "jgn nak lawan cakap ayah, ayah yg bagi kamu makan, ayah yg bagi kamu duit pegi sekolah, ayah yg itu ini...". Last-last kita dah mengaku jadi tuhan pulak...ohh..

Lalu terlupalah manusia tentang penyaksian mereka ketika di alam roh kerana terpedaya dengan suasana dan pengalaman..

Maka oleh sebab itulah kita kena usaha untuk memperbaharui iman kita yang sentiasa diuji di dunia ini.

rossees said...

suka dengan komen nenek ke_bayan ..
betul jugak...

Anonymous said...

Assalammualaikum w.b.t
Mmg btolpe yg ko ckp tuh... bkn korg je pnah terpikir.. ak pon dah byk kali pikir.. n pnh ditanya jgk ttg perkara nie.. bg aku senang je. kalo org kapir nk katakan Allah x adil dgn mengatakan yg diorg nie pon org baek, asal x leh msk syurga? bg aku sng je nk ckp, mention kt diorg, kalo diorg tawu yg Allah cm akn bg umatNya yg beriman shj utk masuk syurga, y not diorg masuk Islam instead of slhkan Allah dgn mengatakanNya tidak adil?
N skarang mne2 tmpt da ade Islam, seluruh dunia da tersebar ajaran nie, cm it's their choice wether they wanna stay as kafir or become a Muslim.
Cume aku hrp terbuka ati diorg utk menerima Islam, sbb Islam ni mudah, padat, n sempurna.
Wassalam..

Anonymous said...

Assalammualaikum w.b t.

Sambungan kpd yg td...
N kalo diorg(org2 kafir) nak balas dengan mengatakan, tuhan diorg pon kata akn masuk syurga, n tuhan diorg kte org2 yg baek akan masuk syurga. N diorg still mnyalahkan Allah n mengatakan Allah x adil? knnnya tuhan diorg da ckp baek? Allah hny beri ganjaran pada org2 yg beriman denganNYa, beriman dengan agamaNYa iaitu Islam... Org yg x beriman diberi ganjaran olehNya di dunia shj, tp tidak di akhirat... Ramai yg tertanya nape x diberi ganjaran olehNya di akhirat kelak pd org kafir? kenapa musti yg beriman shj?
N ingin aku tanyakan pada suma,,, perlukah org yg x beriman dgn Allah diberi ganjaran? sudah tntu tidak, tp mungkin sbg kafir diorg x phm. jd aku selitkan contoh nie.. Kalo seorang mamat A ni bekerja dgn sebuah syarikat M, die rjn wat keje, die tekun n cekap, musti bos die akan puji n naekkan pgkt die. tp kalo mamat B plak keje kat syarikt S, die rajin, die tekun, tp pada syrkt S bkn syrkt M, xkan syarikat M plak nk bg ganjaran kat die kan.. kesimpulannya, kalo kite nak ganjaran dr syrkt M td, kerja la ngan syrkt M, bkn S, bkn W ke ape... mcm tu jgak dlm hidup nie.,. kalo kite nak ganjaran dr Allah, beriman la denganNYa, bkn dgn laen.
Wassalam...

Anonymous said...

A Story Of An Orientalist n A Muslim

Once, an orientalist wanted to have a debate with a muslim man on the existence of the creator of the earth. So, they made an arrangement to meet at a certain place, at a certain time.
Instead of coming on the promised date, the muslim man only came on the next day. So, the orientalist asked the man for the reason he did not came earlier.
The muslim man told him that there was a river infront of his house. On the promised day, he lost his canoe(sampan). So, he waited for a tree to fall down and became a canoe by itself.
The orientalist exclaimed, "How ridiculous! How can you expect a tree to fall down and transform itself to become a canoe?"
Then softly, the muslim man said, "Then, how come the perfect movement of this universe system performs all by itself? There must be a Mighty Creator who creates and controlls everything!"

Moral of the story:
Allah is hidden, but Allah made known of Himself through Allah's creations.

...buat anak umi di UTM yg introduce Umi dengan blog kereta mayat...

hamka said...

najmussobah

dengar kata kat UTM ada buat kursus untuk blogger, ye ke?

----------
Enam Kaki Dalamnya

Sekali sekala makan nasik lauk kicap, best jugak

-------------
perokoksoleh

Aku tulis bukan nak bagi kau setuju, tapi nak bagi faham, faham belum tentu setuju tapi biasanya yang tak setuju adalah yang tak faham

Faham?

----------
NOR

Terima kasih, aku masih menjadi kelkaltuman..

-----------
nenek ke_bayan

sambung sikit, bila dah tua dan duduk dengan anak, rasa senang pulak sebab ada anak jaga.

Sekian.

---------
maroon apron

: )

----------
ieqa4409

aku nak kerja syarikat tu..mamat A syarikat M dan bos K, aku nak!

-----------
buat anak umi di UTM yg introduce Umi dengan blog kereta mayat...

selamat ‘naik’ kereta mayat, err, blog keretamayat.

: )

Anonymous said...

ahaks.. leh plak yerk.. act, sorg kawan yg kenalkan ieqa ngan blog nie.. n ieqa pnah bce dah blog semusim di neraka...

Perokok Soleh said...

huhu.aku paham tp tidak setuju..
aku berkata dunia adil kerana syeikh aku ajar macam tue dan kitab kuliah akupun macam tue jugak,huhuhu...
thakss reply comment aku

najmussobah said...

kursus blogger kat UTM? ntah...
bagus gak..terkawal ckit citer2 blogger ni...mcm ko ok terkawal w/pun kdg2 meng"stim"kan...choiii..

itu ler syukur alhamdulillah bangat udah nikah..boleh bunuh setan n sedekah tanpa "menunjuk2"..kan hamka..woha..

harap2 kengkawan islam yg udah nikah tu kalo ber"sedekah" jgnlah me"nunjuk-nunjuk"...setan rase sekali tau beb...ish..susah payah nak bebini..habis harta,masan jiwa dikorbankan..tiba2 nak kongsi "sedap" ngan setan..apa ke bodoh "umat "itu...

hamka said...

perokok soleh

err, aku memang jahil, tapi kau cakap dunia ni penipu, tapi adil?

macam mana tu?

namun, kita habiskan saja perbezaan pendapat kat situ.

:)

Anonymous said...

RON ke?

'harap2 kengkawan islam yg udah nikah tu kalo ber"sedekah" jgnlah me"nunjuk-nunjuk"...setan rase sekali tau beb...ish..susah payah nak bebini....'

'betapa berat mata memandang.. berat lagi menggalas bebanan.....

-Udin

van qif said...

Assalamulaikum,

alhamdulilah setelah sibuk seminggu lebih (kononnya)...dapat gak akhirnya baca blog ni...thanks for sharing...betul ker pak cik baru 31 tahun?...remaja lagi rupernyer...

last week abang saya passed away...kat tanah perkuburan tu...bila mendongak ke langit yang cerah dan hening...betul2 terasa kebesaran Allah dan kerdilnya hamba ini...Dia lah yang hidup kekal abadi selamanya..AL-HAIYU AL-QAIYUM...saya akan menyusul juga nanti...My Bro in memory...

Anonymous said...

mase ko kat alam roh tu, ko ingat tak sape yg duduk sblh ko? dpn ko? blkg ko?
ke ko main ckp je?
Dia jadikan roh, dan dia juga yg tetapkan roh mana yg ke syurga dan neraka.
bkn kite sniri yg pilih.
mase ko idop ko boleh pilih k masuk syurga nk buat baik beribadat bagai, tapi kalau Dia x mengizinkan ko masuk syurga dari alam roh lagi camane?
kau rase?
ape yg korang bualkan dlm blog ni adalah diskriminasi agama semata mata.
sbb dah mmg dididik sejak dibangku sekolah lagi

Anonymous said...

ketuk kepale kau tu bg boleh pk dengan betul. 100000 kali ko nk ujudkan keinginan tu pon, ko kne tau asal usul ujud tu ialah dgn keizinan Dia.
kalau dia tetapkan ko masuk neraka, try ko ujudkan, last2 neraka gak tmpt ko.
keingingan/ kedahagaan tu sume ats kehendak dia.
ko bljr sifat 20 tak?
berkehendak.
kalau Dia berkehendak koasuk neraka, gi terbakar kau sane.
same gak ngan kes abu tolib.
so jgn nk samekan situasi ko ngan org lain.
setiap manusia punyai ketetapan yg berbeza.