Jul 29, 2008
Tuhan tidak adil?
Seorang kritian pernah bertanya pada aku tentang satu soalan berkenaan betapa tidak adilnya ‘Tuhan orang islam’ di pandangan matanya, katanya mana mungkin orang kapir yang baik baik, tak hisap dadah atau minum arak atau makan rasuah tiba tiba bila jadi mayat terus jer masuk neraka selama-lamanya dengan alasan hanya sebab tak masuk islam?...
Kemudian, dua tiga hari lepas, aku dapat email yang dipanjangkan soalan dari orang kristian jugak yang bertanya bagaimana dengan nasib orang asli atau orang kafir yang tak pernah dengar tentang islam? Adakah mereka masuk neraka juga? sebab syariat islam tu tak sampai? Adilkah tuhan dalam hal ini?
Aku kata, Orang yang berkata tuhan itu tidak adil biasanya di ucap oleh orang yang ada masalah mental yang mana selepas mereka rasa tuhan tidak adil maka mereka akan mula cari tempat tinggi untuk terjun tiruk kepala dulu atau cari tali dan kerusi lalu terkial-kial tolak kerusi dengan kaki sedang tali menjerut lehernya atau sedang minum racun tikus atau apa sahajalah perkara yang memayatkan diri kerana orang macam ni sedang kecewa dengan hidup, kecewa dengan dunia tapi percaya tuhan itu ada namun tak puas hati sebab di tipu oleh dunia yang mempersona kerana kebodohan diri sendiri lalu cover kebodohan diri dengan menyalahkan tuhan sebagai tidak adil...
Tak ke hampeh?
Nampaknya korang tak faham tentang betapa adilnya Tuhan dan betapa tidak adilnya dunia..
Sebenarnya, Tuhan menciptakan dunia dengan kemahiran yang sama dengan kemahiran yang ada pada iblis berserta syaitan iaitu pandai menipu daya, dan orang yang bodoh serta sombong akan mudah menjadi mangsa tipu daya dunia semudah menggoreng ikan bilis kerana mereka telah dibilis iblis seiblis bilisnya!..
Aku jugak banyak kali gak dibilis iblis dan ditipu dunia, tapi aku tidak salahkan tuhan kerana aku masih waras, aku tahu itu salah aku sendiri, namun korang yang mudah diperbodohkan dunia lalu nak cover kebodohan dengan salahkan tuhan?
Hampeh! Sekali lagi!
Dan bodoh!
Kesimpualnnya, Orang yang bodoh memang akan menyalahkan semua perkara apabila diri di perbodohkan, akan salahkan kerajaan, salahkan ibu mengandung, salahkan polis, salahkan PIBG, salahkan keretamayat, dan akhir sekali akan salahkan Tuhan, bila dah masuk salahkan tuhan, itu kira kejahilan tahap hampeh paling impak maksima, nauzibillah...
Balik kepada soalan asal, (tadi tu baru intro, ada 20 pages lagi nak tulis ni, sabar jer baca jika tak malas dan free luar biasa..)
Soalan:
Adakah orang kafir yang baik akan masuk neraka selama-lamanya dan bagaimana dengan nasib orang kafir yang tidak sampai seruan tuhan?
Jawapan:
Bagi aku yang hina ini, pertama sekali aku ucapkan seribu kesyukuran kerana aku lahir dalam keluarga islam, tak payah lagi aku susah susah nak cari ugama yang benar kerana Allah dah bagi aku nikmat ni sejak kecik lagi.
Allah Maha adil bagi aku sebab jika aku lahir dalam keluarga kapir mungkin aku dengan sifat buruk yang pemalas dan macam macam lagi akhlak buruk akan kekal mati kapir, nauzubillah, lalu Allah tahu yang terbaik untuk aku dan lahirkan aku di kalangan orang-orang islam.. Alahamdulillah sekali lagi.
Masa aku kecik, umur dalam 13 tahun gitu, aku jugak ada terfikir soalan macam ni, iaitu: adakah orang kafir yang baik akan masuk neraka selama-lamanya dan bagaimana dengan nasib orang kafir yang tidak sampai seruan tuhan?
Lalu aku bila baca buku-buku ugama, ada menceritakan betapa Allah akan sentiasa bagi pilihan pada hambanya untuk datang kepada kebenaran atau nak kekal dalam kesesatan..
Pendek kata, Allah akan sentiasa buka dua jalan..
Jalan yang baik untuk dituruti, dan jalan yang hempeh untuk dihindari..
Kemudian, dari kitab dan Buznama, aku dapati, Allah sentiasa menghantar Nabi demi Nabi untuk bagitahu pada Ummat akan jalan yang benar, dan sekarang aku dapat tahu sudah ada 120 ribu Nabi Nabi di hantar untuk bagitahu pada Ummat akan jalan yang benar..
Dan di jalanan Dakwah para Nabi, ada yang ikut dan ada yang menentang, dan ada Nabi yang mati di bunuh..
Pendek cerita, yang ngikut masuk shurga, dan yang kapir masuk neraka selama-lamanya walaupun baik baik seperti bagi makan kat kucing hari-hari...
Jadi aku yang baru nak baligh masa tu buat kesimpulan sendiri iaitu jika orang asli atau orang yang tak sampai seruan islam, Aku berbaik sangka bahawa Allah tetap sampaikan pada mereka mungkin dalam bentuk 'batu bersurat', atau mimpi atau lain lain perkara yang mistik dan realistik, banyak kisah kisah para wali ada cerita seumpama itu, jadi aku yakin bahawa semua orang baligh akan di beri peluang untuk memilih dua jalan dengan apa carapun oleh Allah yang Maha berkuasa.
Boleh korang tunjuk pada aku kat dunia ni akan tempat yang orang tak tahu pasal islam?
Dan apa yang aku tahu, dekat India di sebuah masjid Nidzamuddin namanya kalau tak silap, setiap hari ada orang yang akan keluar berdakwah dari seluruh dunia keseluruh dunia, dan sudah lebih 200 negera mereka pergi, sampai ke israel pun mereka pergi, sehingga ke dalam hutan afrika pun ada, dan telah ramai orang asli yang masuk islam asbab usaha mereka, dan aku yakin kewujudan mereka adalah sebagai wakil Allah yang telah menamatkan zaman kenabian yang mana ummat akhir zaman pula di pilih untuk berdakwah.., istigfar untuk aku banyak banyak sebab belum menyertai mereka..oh!
Jika ada orang asli yang terlepas pandang?.
Aku rujuk pula kepada kisah dalam kitab tentang seorang jahat yang mati dalam keadaan nak jadi baik setelah bunuh 100 manusia tapi Allah masukkan ke dalam shurga jua akhirnya walaupun belum sempat buat baik tapi oleh sebab mati dalam mencari jalan nak jadi baik maka Allah kira sebagai ahli shurga,
Maka aku yang masih belum ada awek pada waktu tu, umur 13 tahun berpendapat bahawa orang asli yang enggan percaya dengan ugama karut mereka, lalu murtad secara senyap senyap dari ugama karut nenek moyang mereka dan lari dari kampung untuk mencari Tuhan sebenar tapi mati pulak dalam perjalanan, aku percaya beliau akan di kira ahli shurga kerana mati dalam keadaan nak jadi baik. Wallahu’lam..
Dan aku yang baru nak kenal dunia masa tu, umur baru 13 tahun percaya bahawa sudah ramai orang kapir yang mencari tuhan telah berjumpa dengan ugama islam dan mati dalam islam akhirnya. Alhamdulillah..
Pendek cerita lagi, aku yang berumur 13 tahun sudah percaya tuhan itu Maha adil dan sekarang umur aku cecah 31 tahun aku masih mengekalkan kepercayaan itu, Aku percaya sebegitu, Allah Maha Adil seadil-adilnya..
Maka bila Allah dah bagi otak dan akal serta hati dan nurani, nak salahkan siapa jika korang sendiri yang buat pilihan tak nak masuk islam dan mati kapir, kekal nak sembah patung atau ikut ugama nenek moyang yang terang terang mengarut?, kemudian bila korang perangai baik dan mati kapir nak salahkan siapa jika korang kekal dalam api neraka kerana korang dah di beri peluang tapi tak nak?..
Allah Tuhan yang Adil pasti akan menunaikan janji, maka adillah bagi Allah apabila menunaikan janji untuk azab selama-lamanya orang yang tak nak masuk islam...
Habis sudah jawapan aku takat tu untuk orang kristian yang bertanya, harap beliau masuk islam. dan harap aku jugak mati dalam islam.
Sekian terima kasih.
TAMBAHAN
Ini khas untuk orang islam yang baca blog aku, lanjutan dari entry di atas, bila kita bercerita bab Adilnya Allah dalam menunaikan janji, maka aku nak tambah sikit lagi penerangan untuk lengkapkan nota ugama buat diri sendiri kat sini.
Dalam dunia ini, Allah buat dua ketetapan.
Satu, ketetapan yang TIADA janji Allah.
Dua, ketetapan yang ADA janji Allah.
Kalau tak silap aku dalam istilah arab, ketetapan yang tiada janji Allah di kenali sebagai “Masiyatullah”, Bunyi lebih kurang cam gitu tapi spell out Masiyatullah tu atau terjemahan untuk istilah, aku tak pasti tepat atau tidak cara mengejanya dan menyebutnya, nak kena rujuk ustaz balik.Manakala ketetapan yang ada janji Allah di sebut Sunnatullah.
Dalam Sunnahtullah ada ketentuan Allah dan ada bersamanya janji ALLAH tapi dalam Masiyatullah ada kententuan Allah tapi tiada pulak janji Allah. Iaitu untuk Sunnahtullah, Allah tulis terang-terang janjinya dalam Al Quran dan Hadith yang mana siapa buat Allah pasti akan tunaikan tak kira siapa orang itu setelah memenuhi syarat dan terma, tapi untuk Masiyatullah korang buat belum tentu dapat kerana tiada dalam janji Allah, maka terpulanglah kepada Allah nak bagi atau tidak, Faham tak? Macam mana aku nak cakap?
Senang cam gini, Allah buat ketentuan bahawa orang yang nak anak perlu kepada persetubuhan.
Tapi dapat anak setelah bersetubuh tiada dalam janji Allah kerana itu adalah Masiyatullah. Sebab tu ramai orang yang dah kahwin berpuluh-puluh tahun tapi tak dapat anak sebab dapat anak selepas bersetubuh tiada dalam janji Allah.
Begitu jugak kes korang yang nak berkerja tapi kena ada sijil atau ijazah,
Tapi Allah tak buat janji bahawa semua orang yang ada sijil dan ijazah dapat kerja kerana itu adalah Masiyatullah.. so yang islam yang masih mengangur patut faham perkara ni!
Bukan semua yang ada pangkat Dato’ dapat kahwin dengan artis, bukan semua yang muka hensem akan dapat anak lawa sebab semua itu adalah Masiyatullah, dan dunia cukup pandai menipu daya pada manusia dengan memberi janji pada Masiyatullah.
Jadi balik kepada Janji Allah.., maka berjayalah orang yang yakin dengan janji Allah dan hidupnya di arah kepada janji-janji Allah.
Sesungguhnya, Allah itu Maha Menunaikan Janji, dan itulah adilnya Allah..
Janji Allah ada dalam setiap sunatullah tidak perlu di ragui lagi!, seperti siapa yang solat jemaah akan dapat 27 kali ganda, siapa yang ucap subhanallah akan dapat satu pohon di shurga, siapa yang keluar jalan Allah akan di haramkan api neraka menyentuh kulitnya yang kena debu, siapa yang ada iman walupun sebesar zarah akan masuk shurga yang luasnya sepuluh kali ganda dunia, , siapa yang mati kapir akan masuk neraka, itu ini begitu begini, dan semuanya pasti akan ditunaikan kerana iatu adalah Sunnahtulallah, janji Allah yang terang di dalam Al quran.
Maka kerana itu orang kafir yang baik-baik, bagi kucing makan hari hari tapi bila mati kapir akan kekal dalam neraka kerana itu adalah Suinnatullah! Janji Allah!
Allah Maha adil, dan dunia ini menang tidak adil!
Meranalah siapa yang mengharap kepada dunia, dan berbahagialah orang yang mengharap kepada Allah..
Allah berjanji dan pasti menunaikan janjinya..
Dunia juga berjanji tapi menipu diakhirnya..Semua orang kafir yakin dengan janji dunia atau Masiyatullah tapi kebanyakkan mereka telah sakit jiwa dan bunuh diri kerana dunia memang di cipta untuk memberi harapan tapi belum tentu memenuhi harapan, sebab dunia ini memang tidak adil! Itu yang korang kena faham…
Maka pada waktu inilah orang bodoh yang percaya dengan dunia lalu di tipu dunia, lantas terus mengatakan tuhan tidak adil, untuk cover kebodohan setelah mereka terkeliru bahawa yang tidak adil itu dunia.
Korang tahu tak?
Dalam dunia ni ada orang yang telah habiskan berjuta ringgit bina rumah kediaman, tapi bila dah siap belum sepat rasmi dah jadi mayat..
Dalam dunia ni ada siswazah yang baru terima sijil konvo dan baru nak masuk kerja tapi mati lemas pulak semalam yang mana tiada sorang pun boleh guna ijazah dia..
Dalam dunia ni ada polis yang sehari lagi nak pencen tiba-tiba mati ditembak perompak.
Dalam dunia ni ada ibu yang menatang anak bagai minyak yang penuh tapi sebelum mati sempat pulak sumpah anak jadi batu..
Dalam dunia ni ada suami yang sanggup bunuh anak sendiri sebab nak bagi isteri sakit hati.
Dalam dunia ni yang muka cantik tapi jadi anak dara tua sampai ke tua.
Dalam dunia ni ada pelakon yang bila mati baru dapat anugrah.
Dan lain-lain…
Pendek kata, Dunia ni adalah tempat memberikan harapan dan impian yang tinggi, tapi bila sampai hari kejadian, semua orang kena tipu,
Penipu yang paling handalpun, bila tiba hari jadi mayat, akan berkata.. Oh! akupun ditipu dunia..
Penutup
Akupun dah lama tahu bahawa dunia ini tidak adil, banyak contoh yang aku boleh bagi tapi aku nak bagi contoh yang betul betul berlaku pada diri aku, iaitu setelah sekian lama aku tak bersenam, baru baru ni aku berlari-lari di waktu pagi sampai berpeluh-peluh penat yang amat, siap jatuh sampai lutut koyak dan berdarah, untuk apa?
Untuk pecahkan kalori dalam badan yang mana untuk 20 minit joging yang memenatkan aku berjaya membakar lebih kurang 760 kalori setelah dirujuk pada jadual kalori.
Tapi lepas tu aku makan Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori, Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori, Ikan tenggiri goreng (sepotong) = 142 kalori, teh tarik(Segelas)= (210 kalori), Pisang (2 biji) = 76 kalori, Sayur mentimun = 75 kalori, Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
Semuanya adalah: 1268 kalori.
Lepas tu aku makan tengah hari dan makan malam serta minum patang, lebih kurang lauk adalah nasi putih, ikan, sayur, daging, belacan, patai, buah, roti canai dan teh tarik = 9388 kalori.
Purata satu hari kalori aku makan = 10656 kalori.
Aku berlari sampai koyak lutut sebulan sekalipun payah: = hilang 760 kalori
10656 kalori - 760 kalori = 9896 kalori!!!!
Dunia ini memang tidak adil!
Hampeh!
Ps: Korang dah cipta belum? resepi yang aku mintak tempoh hari iaitu sarapan pagi yang sesedap nasik lemak tapi tidak menggemukkan?
Tolong!
Jul 21, 2008
La Tahzan?
Cerita bermula pada waktu pagi, iaitu ketika tompok tompok embun hilang bersama sang mentari, dan jalan raya yang di hangatkan oleh pelbagai tayar-tayar pembayar cukai jalan raya, nun di sebelah jalan utama, kelihatan seorang aku dengan penuh semangat sedang melabuhkan perut di sebuah warung sekitar pantai timur, lantas terus aku order makan nasik lemak bersama segelas teh tarik..
Di waktu pagi sebegini, aku langsung tidak peduli untuk duduk makan sorang diri di mana-mana warung tak seperti betapa kisahnya aku pada waktu makan tengah hari atau minum patang atau minum malam yang mana aku di waktu itu, ‘agak’ perlu kepada kehadiran kawan-kawan untuk menjadikan aktiviti makan-makan itu mempunyai halatuju yang tersendiri…
Waktu pagi, aku lebih sukan makan sorang diri di kedai…
Tapi aku pelik jugak bila tengok semua kawan kawan aku cukup segan untuk pergi makan sorang diri kat kedai sampai sanggup belanja aku minum teh tarik sebagai upah, asal saja dia dapat makan berteman, huh! Tak kencing manis aku di buatnya?
Tapi yang lebih pelik lagi akan kawan kawan aku adalah bila time solat tak pulak malu sembahyang sorang sorang, selamaba tinggal solat jemaah, tak ke hampeh? kenapa tak ’upah’ aku teman kamu solat? Dan itu cerita lain...
Cerita hari ini, adalah:
Ketika nasik lemak yang masih panas terhidang depan mata, dan ketika teh tarik masih berasap kehangantannya..
Tiba tiba handpone aku bergetar sambil di iringi ringtone lagu intro Spongebob, yang menunjukkan ada mesej SMS masuk...
Kemudian bila tekan butang tertentu, terpapar nama seorang wanita merangkap isteri orang di skrin dan mesejnya yang berbunyi begini...
"Tolong, akak dlm kesusahan, dah 4 hari akak dan suami tak bertegur sapa, tolonglah akak tunjuk jalan keluar dr masalah yg bergulung2.”
Aku sambil makan nasik lemak, dan sambil mengulung gulung ikan bilis di dalam mulut, sempat pulak jawab mesej...
"Akak boleh doa supaya Allah bg Akak sabar, iaitu sabar sehingga suami akak mati atau akak sendiri yg mati”
Lepas dah balas SMS, aku terus sambung makan, yang mana sekumpulan ikan bilis, sebiji telur goreng, dan seringit nasik lemak, sedang berpindah lokasi dari mulut ke perut, tak lama kemudian, Hanphone berbunyi lagu ending Spongebob pulak, ada panggilan masuk!
Hey! Jangan terkejut kakak-kakak sekalian, Jawapan SMS aku itu bukan bergurau, aku memang maksudkannya..., serius!
End.
Cerita malam ini
Sebelum aku tidur, iaitu ketika aku sedang delete mesej yang sarat memenuhi inbox, aku terjumpa balik mesej akak di atas, lantas aku terus terangsang untuk menulis entry ini..
Kepada kakak-kakak atau adik adik yang sedang sedih kerana bergaduh dengan suami masing masing.
Salam sejahtera, tak perlu lagi aku bertanya khabar, kerana aku tahu sekarang ni korang sedang sedih berendam air mata, sedang pilu makan hati berulam jantung, dan sedang alahan makan budu bersulam tempoyak...
Akak dan adik adik sekalian, punca kesedihan korang adalah kerana korang pandang masalah yang menimpa tu besar sangat, kalau korang pandang masalah tu kecik, maka tak de masalah punya... aku memang tak tahu apa punca pergaduhan korang dengan suami masing-masing, tak nak tahu dan malas ambik tahu, tapi jika korang anggap masalah tu kecik, maka semua masalah akan selesai, sebagai contoh, jika suami tak wish hari jadi pun nak merajuk, apa kes? Lepas tu tak bertegur sapa dengan suami, suami yang sensitif pulak merajuk sebab isteri merajuk tak tahu punca merajuk last-last bila nafsu melonjak pakat melancap masing masing walaupun medan melepaskan nafsu ada depan mata, tak ke bodoh dan hampeh?!
Jadi kesimpulannya, korang kena anggap kes tu kecik, selesaialah semua masalah insyAllah.., alahai, sama jugak macam kes suami korang yang tak cemburu langsung bila tertengok isteri orang lain yang berbuah dada besar, sebab mungkin suami korang anggap perkara itu kecik dengan menganggap buah dada mereka kecik, maka masalah selasai, (dah start mengarut...)
Apa-apapun, masalah yang besar adalah selepas kita jadi mayat, jika kakak tak bersalah dan suami akak yang bermasalah dalam hal ni, maka bila kakak jadi mayat kelak, insyAllah terlepas sudah asal kakak seorang yang jaga solat dan jaga aklak serta aurat...
Tapi jika itu dah memang salah kakak, pergilah mintak maaf, orang merajuk ni memang nak suruh orang pujuk dia, dari aksi sang suami nampak macam tak nak berbaik semual, tapi dalam hati naaak sangat!, alahai, akak kan dan kenal dia dalam luar, dah banyak kali berlaga lubang kecing, patut tahu sudah bagaimana nak pujuk, tak payah aku ajar...
Jadi, jangan bersedih lagi, anggap sajer masalah tu kecik..
Tiada kesedihan, ketakutan, kebimbangan, kerisauan untuk perkara dunia…
Kesedihan, ketakutan, kebimbangan, kerisauan hanya untuk perkara akhirat…
Our life is what our thought makes it,
End.
Tip ke dua.
Satu teknik lagi untuk hilangkan sedih adalah.., kejap, aku kena cerita dulu.
Sebenarnya, semua orang yang bergaduh ni, mereka akan ambil masa untuk kembali berbaik bergantung kepada kadar iman mereka... yang kuat iman akan terus berbaik kerana Allah, yang lemah iman pula dua tiga hari baru berbaik, yang teruk, bertahun tahun tak berbebaikpun ada, dan lagi parah, dah jadi mayatpun masih bergaduh, buat wasiat tak nak tanam tepi kubur dia, hampeh!
Orang islam tiga hari bergaduh tak layak masuk shurga tau?!
Maka di sini, bila suami akak merajuk atau marah maka dia perlukan masa untuk kembali normal, perlukan masa untuk reset ke titik asal, perlukan masa untuk berlari rentak yang sama menuju titik permulaan, chewah, bestnya ayat!
Jadi biarkan lah suami nak sembuhkan diri sendiri dengan cara yang dia suka, jangan buat menda haram sudah.., kita bagi dia masa..
Sementara menunggu suami akak sembuh dari penyakit gila merajuk tu, akak janganlah habiskan masa dengan bersedih, itu yang jadi bangang kelak.. to be wronged or robbed, is nothing unless you continue to remember it!
So, apa akak perlu buat?, tentulah akak kena PERASAN SIBUK! Atau dengan kata lain, akak kena pandai mencari kebahagian sendiri, jangan harap suami yang bahagiakan kita sepanjang masa, kerana untuk teruskan kehidupan, kita memang kena pandai bahagiakan diri sendiri, terutama di waktu orang ajak gaduh dengan kita..
Aku ada banyak DVD atau buku yang akan aku tonton atau baca bila isteri aku merajuk, sebab aku malas pujuk dia, sehinggalah bila dah habis baca buku, atau bila aku tengok DVD ada pulak adegan yang biasa jer bagi korang tapi aku rasa ’panas’ semacam, (bukan prono-nauzubillah) maka aku sendiri akan bersemangat pulak untuk pujuk isteri aku, he he he, atau isteri aku pulak, dia ada cara tersendiri untuk bahagiakan diri bila bergaduh, yang mana dia ada beli satu kain untuk mengait gambar masjid Shah Alam, apa nama ntah, sulam pita ke apa?, arghh, lantaklah, yang penting, tiap kali kami bergaduh, isteri aku akan pergi kait sulam pita gambar masjid Shah Alam tu dan sempai sekarang, anak dah nak masuk empat, gambar masjid Shah Alam tu tak siap siap, he he, sebab? Semua tahu sudah..
Jadi, carilah kebahagian diri sendiri dengan perasan sibuk...
Nothing can bring you peace but yourself..., InsyAllah, (tapi pastikan bahagiakan diri sendiri dengan aktiviti yang halal sahaja…harap maklum)
End.
Tips ke tiga.
Untuk pengetahuan Akak, bila hamba Allah itu di timpa kesedihan, ada dua perkara yang Allah nak dari bagi iaitu:1: Ampun dosa.2: Naik darjat@bagi pahala.
Bermakana setelah di tafsir:1: Allah nak selamat dari Neraka.2: Allah nak masuk ke dalam syurga…
Bermakna setelah ditukar menjadi madah pujangga Keretamayat:
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Atau:
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."
Dan setelah di pendekkan lagi”
SPECIAL REQUEST!
Don’t say you have faith before you are tested, Allah tests you as He loves you because you are special. Thus, it is a request to remain patient and remain steadfast in your patience, as Allah wants to save you from His wrath, and wants to be pleased with you. Now, when you just remember the very reason Allah tests you, doesn’t that make the test that you have to endure make you smile and at the same time, feel good and special?
SPECIAL REQUEST!
Allah know best!
End
Tip ke empat
Berbalik kepada mesej SMS di awal entry,yang mana bila korang semua dalam keadaan sedih, teruslah mengadu kepada Allah, mintalah pada Allah akan kesabaran...
Bila ALLAH bagi sabar, maka segala masalah akak akan selesai..
Sabar sehingga suami akak mati, atau akak sendiri yang mati, mana mana yang dahulu.., serius!
Dulu.., bila orang islam kena siksa, seperti sumayah RA, Nabi Muhammad SAW jugak suruh Sumaiyah bersabar, yang mana akhirnya Sumayah bersabar dengan penderitaan sampailah beliau jadi mayat, atau dalam riwayat yang lain, macam hadrat Bilal RA, ada mintak izin dengan nabi untuk lawan balik, tapi Nabi pesan supaya sabar, akhirnya bila sampai masa perang badar, hampir separuh yang seksa bilal pulak mati..., faham?
Isteri Firaun jugak lagi besar ujiannya, dapat suami mengaku tuhan dan nak bunuh nabi pulak, tapi sabar punya pasal. Akhirnya mati di pancung suami sendiri siap senyum lagi, tak de malasah punya lah!, yang penting bila mati masuk shurga.., jadi mesej aku pada pagi tadi itu betul, bukan bergurau.., kalau dan besar sangat penderitaan akak..
Sabar jelah.., tak akak yang tahlilkan dia, dia sendiri yang akan tahlilhkan akak, dan aku juga sabar menanti dengan kereta mayat.
Woha!
End.
Tip ke 5.
Ketahuilah olehmu bahawa, tiada orang yang jauh dari Allah lalu bahagia dalam hidup ini, tak ada..,
Siapa yang sedih dengan masalah dunia, sedih minyak naik, sedih suami tak wish hari jadi dan lain-lain, adalah orang yang jauh dari Allah, banyak fikir dunia, banyak cinta dunia dan takut mati..
Semua orang ada masalah hidup masing masing.., setiap orang ada cerita sedih yang tersendiri.., tak kira mereka tu pelakon nombor satu ke, ratu cantik ke, jutawan bilionair ke, atau penyanyi tersohor, idola dunia sekalipun!!
tinggal nak cerita ke tak sahaja.. betul!!malahan, di dunia ini ada yang jauh lebih menderita daripada korang dan aku ..
Korang ingat nasib yang menimpa korang tu teruk sangat ke..?
Korang pernah kena rogol dengan bapak sendiri?
Pernah korang kena culik oleh pengemis dan tangan korang di potong dan lukanya di bakar api lalu di paksa jadi pengemis di Thailand?
Korang pernah di rogol dua lubang serentak, dan lubang itu di letak bola golf?
Pernah tak?
Moralnya adalah:
Ada orang yang lebih menderita dari ko, tapi masih kekalkan iman dia, dan ada orang yang lebih bahagia dari kau, tapi sedang menggadaikan iman dia.. oh..
Aku tahu sebagai seorang perempuan dah tentu korang suka bayangkan dunia ini penuh dengan pelangi, rama rama terbang ke sini sana, burung berkicau, taman bunga, air terjun, he he he, tapi ketahuilah bahawa kat shurga jer macam tu, di sudut dunia ini ada wanita yang di rogol beramai ramai dalam keadaan mengadung, dan perutnya dijadikan bahan judi jantina anak.., geros perut dan menang!!.., kemudian muka paras wanita itu hancur kerana mereka simbah asid di wajahnya.. akhir sekali mereka membakarnya..
So, syukurlah kerana sedih yang simple itu...
Last!
Ini aku nak ngadu masalah aku pulak, akak tengok aku tulis blog dan tolong jawab soalan soalan kat sini kira hidup aku takde masalah ke? Lagi banyak masalah hidup aku sebenarnya, sejak awal pagi hinga nak tidur, ada sajer masalah, jadi oleh sebab banyak sangat masalah, aku akan bentangkan masalah aku di waktu pagi terlebih dahulu, harap korang dapat bantu aku, masalah aku adalah:
Aku suka makan nasik lemak, errrr, Boleh tak korang orang perempuan cipta satu sarapan pagi yang sesedap nasik lemak tapi tidak menggemukkan?
Aku takut keranda sedia ada tak muat..
Tolong!
Ps: Jangan hukum aku ahli neraka jika mayat aku berat, sebab nasik lemak itu memang sedap, apa lagi nak di kata?
Jul 16, 2008
Kenapa mereka tak nak masuk islam?
Ketika ini, kat mana-mana pun orang suka cakap pasal isu politik, iaitu isu kerajaan yang nampak macam dah nak tumbang dan isu pembakang yang nampak makin handal bermain peluang…
Dan pada waktu ini, masing masing sangat perlu kepada pengaruh yang besar, sokongan yang kuat dan laungan yang padu, manakala isu ‘lompat parti’ atau beli kerusi atau apa sahaja istilah yang mana target masing masing adalah untuk menambahkan bilangan pengikut, dan semua tahu sudah, dalam negara demokrasi, yang ramai itu akan ‘kekal’ berkuasa sampai jadi mayat.. atau senang cerita ‘yang ramai itu betul’...
Lalu apa yang patut kereta mayat buat untuk memeriahkan suasana ini?
Aku, selain daripada sibuk menghantar mayat korang ke kubur, izinkan aku bagi satu rahsia menambahkan pengaruh yang paling mengejutkan dunia tapi ini bukan main main, ini betul betul..
Mungkin korang boleh ulang kaji rahsia menambahkan pengaruh ini, renung dalam-dalam dan boleh kot di guna pakai untuk pilihan raya kelak, kot?
Sesuai dengan tajuk blog ini, dalam usaha menambahkan pengaruh ummat manusia, kita rujuk kepada satu ‘pergerakkan’ yang mana telah bermula dari ‘zero to hero’, dari sifar kepada juta, dari seorang manusia lalu telah berkembang ke seluruh dunia, dan telah merentasi seluruh benua, menyelinap ke setiap bangsa, menempuhi beratus ratus kurun, dan telah menjangkau abad, dan kemudian, sehingga ke hari ini, masih menjadi antara yang teramai di dunia…
Bukan parti, kumpulan, atau sesuatu yang sound so politic, tapi itulah yang berlaku dalam kisah pengembangan ugama Islam...
******
Jika kita fikir balik, macam mana ketika ummat manusia sewaktu masa dulu yang hidup dengan menghalalkan zina dan arak, tiba tiba muncul ugama dengan keputusan tidak popular yang mengharamkan zina dan arak akan di ikut orang? Sama seperti kuputusan naik minyak jugak, lantas semua cerdik pandai di zaman itu fikir ugama islam akan terkurbur bersama kubur Nabi Muhammad SAW...
Tapi dalam mereka leka membiarkan nabi Muhammad SAW dengan revolusi kurang popular itu, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu bilangan pengikut Nabi Muhammad semakin hari semakin bertambah, eh.. ada jugak orang yang bersetuju arak itu haram, dan bersetuju zina itu tak best, pelik bukan?
Lalu apa mereka buat untuk menghalang orang ramai menyertai Nabi Muhammad SAW?
Mereka ugut, boikot ekonomi orang islam, seksa, dan bunuh!
Tapi hari demi hari ugama islam makin ramai yang ikut, lagi pelik?! Dah kena seksa dan mati di bakar, masih ramai jugak yang nak masuk islam…
Last, mereka buat kuputusan untuk bunuh punca ugama, iaitu Nabi Muhammad SAW sendiri, tapi pendek cerita nabi telah ‘lari dengan izin Allah’ ke madinah, yang mana tiga tahun kemudian orang Mekkah dengan 1000 tentera telah siap nak ganyang Madinah, dan orang islam yang ikut berperang hanya 313 orang, pendek cerita, orang islam menang, dan dalam keadaan zina dan arak haram, bilangan orang islam terus bertambah, yang mana lebih kurang 10 tahun kemudian, apabila Nabi Muhammad SAW nak pergi Haji maka bilangan Ummat islam telah mencecah kepada lebih kurang 10 ribu orang (yang ikut pergi haji)...
Semua tahu sudah, kedatangan Nabi untuk pergi haji telah di halang oleh orang kafir Mekah lalu terbentuklah perjanjian Hubadiah dan berlakulah ‘genjatan senjata’…, apabila berlaku genjatan senjata, maka orang kapir boleh bergaul mesra dengan orang islam di madinah dengan bebas dan sudah tak ada perang lagi sehinggakan dalam masa setahun sahaja jumlah orang islam telah mencecah 124 ribu orang.. bermakna purata orang masuk islam adalah 100 ribu orang setahun, atau 300 orang sehari, dan bilangan ini semakin bertambah dari hari ke hari sehingga akhirnya 2/ 3 dunia ini di penuhi oleh majoriti mudah orang islam…
Persoalannya,
Kenapa orang ramai masuk islam berbondong-bondong di sertai turunnya ayat Al Qran yang memerintahkan orang islam bertasbih memuji ALLAH, kerana pintu kemengan telah di buka… (rujuk surah An- nashr)
Kenapa ek?
“kenapa orang masuk islam?”
“Bukankah zina dan arak di haramkan dalam islam?, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas, tapi kenapa ramai pulak orang yang masuk islam?, siap kena sunnat lagi, kenapa?”
“apa yang bestnya islam ini?”
“kenapa ada yang sanggup mati kerana islam”
“Best ke islam?”
Untuk menjawab soalan ni, aku telah memutuskan untuk membaca pengakuan-pengakuan rakyat Malaysia yang Mualaf, yang baru masuk islam, tanya mereka kenapa pilih islam..
Bila aku baca pengakuan mereka, rasa sedih dan terharu sangat, sebab rata rata dari mereka masuk islam adalah dengan susah payah usaha mereka sendiri, bukannya ada orang yang ajak dan present tentang islam buat mereka masuk tapi mereka masuk islam atas keinginan nak tahu dan di tambah pengorbanan yang sungguh-sungguh dari mereka..
Biasanya mereka bermula dengan timbulnya banyak persoalan tentang kekeliruan terhadap ugama masing masing, mereka tanya yang pakar dalam ugama masing masing tapi tak dapat jawapan yang tepat, lalu mereka akan study semua ugama dan buat perbandingan, setelah fikir masak masak dan buat timbang tara serta untung rugi, berdasarkan hati dan akal yang di kurniakan tuhan, akhirnya mereka masuk islam…
Pelik, sebab bila mereka masuk islam, orang yang ada peluang seks bebas dah tak boleh lagi nak buat semua tu, orang yang boleh minum arak dah tak boleh dah....
Itulah yang di namakan hidayat Hamka, yang mana walaupun ada orang islam keluar ugama kerana nak minum arak dan seks bebas tapi di sudut dunia yang lain ada orang yang sanggup kena buang keluarga untuk masuk islam yang zina dan arak di haramkan, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas. Siap kena sunnat lagi…
Pelik bukan?
Orang islam murtad sebab nak berseronok, nak minuk arak dan seks bebas..
Tapi orang kapir yang masuk islam pula ada pilihan mereka sendiri, nak jadi baik dan nak tinggalkan semua itu, seks dan arak.
Cuma yang sedihnya bilangan orang kapir yang masuk islam di malaysia tak popular macam zaman nabi dulu.., jika dulu orang masuk islam 300 orang sehari, tapi kat malaysia ni, 3 orang setahun pun susah...
Lalu timbul lagi soalan lain,
Kenapa orang kapir di Malaysia tak nak masuk islam?
Dan balik kepada soalan tadi,
Kenapa orang kafir di zaman Nabi berbondong-bondong masuk islam?
Untuk mencari jawapan kepada dua persoalan ini, kita patut tanya kepada seorang hamba Allah yang cukup terkenal dengan sifat anti islam, membenci Islam, sanggup bunuh orang islam dan bersumpah tak nak masuk islam, setelah melakukan beberapa siri jenayah termasuk menyiksa mayat orang islam. akhirnya beliau di dapati telah masuk islam jugak akhirnya…, alhamdulillah, inilah orang yang kita cari..
Sekarang peluang untuk kita tanya dia, kenapa kamu masuk islam?, kenapa masuk islam yang zina dan arak di haramkan, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas. siap kena sunnat lagi, Kenapa?
Aku tanya pada kamu dengan jujur sebab dulu kamu pernah bersumpah tak nak masuk islam bukan?, mati hidup balikpun kamu cakap tak nak masuk islam, alih-alih? Dengar berita dah masuk islam.. dah masuk islam yang zina dan arak di haramkan, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas. siap kena sunnat lagi..
Kenapa..ek?!
Berceritalah Hamba Allah ini dalam bahasa arab, lebih kurang cerita, setelah di alih ke bahasa pasar melayu yang lebih mudah di fahami bunyinya adalah begini lebih kurang..
Beliau sebenarnya tersenarai dalam golongan 10 orang yang halal namanya untuk di bunuh oleh orang islam kerana banyaknya jenayah yang telah beliau lakukan terhadap orang islam, ketika Nabi Muhammad SAW menakluk Mekah, (Fatal Mekkah), beliau terus bersembunyi sebab takut kena bunuh..
Pada waktu itu, beliau sangka orang islam pasti akan buat karnival sureheboh secara besar-besaran atau parti kemenangan kat Kota Mekkah kerana dah berjaya tawan pusat tumpuan seluruh Bangsa Arab, namun sebaliknya pada malam itu tiada apa-apa yang berlaku.., tiada sureheboh, jomheboh atau perkampungan hadhari, yang ada adalah qiamulai atau nak senang faham orang islam hanya di lihat sibuk beribadat di sekeliling Kaabah..
Kata beliau, pada malam itu pandangan matanya telah ‘melihat sesuatu’ yang mana kerana itulah beliau masuk islam..
Beliau telah ‘melihat sesuatu’ yang mana kerana itulah beliau masuk islam..? tanya aku balik?
Apa yang beliau lihat?
Bagaimanakah ‘pemandangan’ yang di lihat oleh seorang hamba Allah yang cukup terkenal dengan sifat anti islam, membenci Islam, sanggup bunuh orang islam dan bersumpah tak nak masuk islam, setelah melakukan beberapa siri jenayah termasuk menyiksa mayat orang islam akhirnya beliau masuk jugak islam setelah melihat satu ‘pandangan’ yang cukup mengkasimakan?
Aku rasa bukan sahaja beliau yang mengalami situasi ini, malahan selepas itu, berbondong-bondong manusia kafir yang lain juga telah masuk ke dalam ugama islam kerana telah melihat ‘pemandangan’ ini…
Apakah ‘pemandangan’ itu?
Dan aku tak nafikan, pemandangan itu tiada di Malaysia sekarang ini, kerana itulah jumpah orang kafir agak ‘lembab’ nak masuk islam kat sini...Lebih lembab daripada kadar pertukaran wang asing dan kenaikkan harga saham kuala Lumpur yang di tutup rendah sekali sekala.., (apa aku merepek?)
Jadi, Apakah ‘pemandangan’ itu?
Dan kerana tiadanya ‘pandangan’ sedemikian, hari ini orang kafir kat Malaysia semakin kafir, dan orang islam sendiri pula pakat-pakat murtad di sini-sana..
Apakah ’pandangan’ itu?
‘Pandangan’ yang di maksudkan oleh Hindun isteri Abi sufian yang makan mayat orang islam itu adalah..
Beliau telah melihat...
ORANG MENYEMBAH ALLAH DENGAN CARA YANG PALING LAYAK SELAYAKNYA ALLAH DI SEMBAH!!!!
Hindun yang pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?
“Bukan aku yang masuk islam, tapi islam yang masuk ke dalam aku”
lalu beliau terus membongkar rahsia:
“pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya, yang membuatkan aku masuk islam…
Aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA!!!
Aku ulang lagi sekali:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA!!!
Oh..kerana itulah berpuluh-puluh tahun bangsa cina dan india yang duduk kat Malaysia yang rakyatnya bagus-bagus dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk mereka masuk ugama islam kerana penduduk islam di Malaysia amnya belum menyembah Allah dengan
selayaknya..oh..
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…!
Tak payah nak cerita bab lain ler, cukup aku bagi contoh kita belum menyembah Allah dengan selayaknya dalam bab solat berjemaah.
Cuba kira berapa ramai antara kita yang benar benar sembah Allah di waktu subuh pada waktu yang betul dan pada tempat yang betul?
Berapa?
Berapa ramai orang islam yang pergi solat berjemaah 5 waktu sehari semalam?
Ustaz ulamak akhir zaman pun kantoi, apatah lagi aku dan korang..
Lalu kita pelik kenapa orang kapir tak masuk islam?, kenapa Allah tak bagi kerajaan islam?
Mengakulah, Salah kita!, Nak tinggal anak bini 15 minit pergi solat jemaah pun tak sanggup, nak tinggal rancangan kegemaran satu episode untuk pergi solat jemaah pun tak sanggup?, nak ambik cuti annual leave pergi belajar ugama pun tak sanggup?..
Lalu, dalam keadaan kita belum menyembah Allah dengan selayaknya, nak pulak kita benci orang kapir, hina dan caci mereka, padahal kerana kitalah mereka enggan masuk islam, tapi kita nak pulak mati kena bom bersama mereka, nak pulak hantar mereka cepat cepat ke naraka dan mengaku mati syahid kononnya…Oh!
Selemah lemah iman adalah mencegah maksiat dengan hati, dan tanda mencegah dengan hati adalah kita tolong doa kat orang kapir supaya mereka masuk islam dan dalam masa yang sama kita tunaikan segala kewajipan kita pada Allah, iaitu menyembah Allah dengan selayaknya Dia di sembah, jangan solat lengah lengah dan jangan tinggal solat berjemaah, jangan buat orang kafir benci kita kerana terzahirnya amal ugama yang lemah dari diri kita...
Orang kafir tengok masjid kosongpun tak rasa apa-apa, kita yang islam ni jugak sama tak rasa apa apa bila lihat masjid kosong…
Kawan, Satu orang kafir mati tanpa iman, semua orang islam telah berdosa secara halus…
Allah tak buat orang kapir untuk jadi bahan bakar api nereka semata mata, tapi ada kerja untuk ummat islam…
Dan semua tahu sudah!
Kesimpulan
Orang yang bersyukur dengan nikmat kaya bukan setakat cukup dengan ucap terima kasih pada Allah lalu simpan harta banyak-banyak dalam bank, itu ‘Bakhil’ namanya dan boleh masuk neraka sebab harta yang di beri Allah adalah amanah yang mana si kaya itu patut bahagi bahagikan nikmat itu pada orang miskin dan papa di sekeliling hidupnya, itu baru di namakan syukur nikmat…
Begitu jugak dengan nikmat iman, bukan setakat cukup dengan beribadat dan berzikir sahaja sambil ucap terima kasih pada Allah sebab jadi orang islam, , itu ‘Bakhil-iman’ namanya dan boleh masuk neraka sebab iman yang di beri Allah adalah amanah yang mana setiap orang islam itu patut bahagi bahagikan nikmat iman pada mereka yang belum dapat iman kerana tanpa iman, mereka akan masuk neraka selama-lamanya dan bila orang beriman buat dakwah, itu baru di namakan syukur atas nikmat…
Orang yang bersyukur akan di tambah nikmat iman, dan orang yang kufur, azabnya adalah pedih..
Sebab tu semua sahabat Nabi bila dapat iman terus kongsikan iman itu pada orang lain, iaitu buat dakwah, walaupun mereka terpaksa di pukul, di hina dan menjadi mayat…
Dan Dakwah adalah cara yang paling layak dalam membantu ugama Allah...
So, jawapan kepada tajuk entry ini adalah:
Orang kafir tidak ingin masuk islam dan ingin kekal menjadi mayat orang kafir adalah kerana orang islam tidak beryukur atas nikmat iman yang mana orang islam amnya belum lagi menyembah Allah dengan cara yang paling layak Allah di sembah...
Sekian.
Ps: Sama-samalah kita mewujudkan satu 'pemandangan menyembah Allah dengan cara yang paling layak Allah di sembah'..., err, Esok pagi kita semua solat subuh kat masjid, ok?
Jul 13, 2008
Writer’s block?(part 2)
Aku dah kena balik penyakit ‘alasan tidak menulis’ atau dikenali ‘writers block’ yang mana ketika aku ada banyak benda nak di tulis tapi bila bukak computer, idea dan semangat menulis ‘apa yang ingin di tulis’ takde kononnya atau aku tiba tiba jer malas menulis sesuatu yang berilmiah untuk diri sendiri tapi mungkin akan rajin jika menulis sesuatu yang merepek dan tiada hala tuju.. Woha!
Jadi, anggaplah aku kononnya dah terkena Writer’s block part 2..
Lalu, merujuk kepada entry writers block part 1 dahulu yang mencecah 50 komen, aku telah buat satu formula yang mana bila mana aku takde idea nak menulis, aku akan menulis 3 perkara yang selalu di tulis oleh blogger blogger bosan seluruh dunia..
Iaitu menulis tentang “filem terakhir yang aku tonton” atau tulis tentang “cerita aku dan keluarga” atau tulis tentang “aku dan rakan-rakan”..
Jadi, terimalah entry suka suki tiada haja tuju dari aku..
Filem terakhir yang aku tonton.
Aku jarang tengok TV pada malam minggu kecuali apabila aku berpeluang balik kampung ziarah rumah mertua aku di sebuah pedalaman felda pantai timur..
Aku seperti juga menantu menantu yang lain, yang mana apabila pergi ziarah rumah mertua, akan banyak habiskan masa dengan membaca buku atau akhbar atau tidur, pada waktu ini jugak aku suka menulis blog dengan rajinnya.., kemudian sekali sekala layan jugak TV yang dah tersedia terpasang oleh ibu mertuaku...
Malam minggu baru ni,(semalam) jam 10 malam, TV3 tayang cereka rama..
Aku kata kat bini aku, jika cerekarama tak best, abang nak layan gusti IFL kat TV9.
Tiba tiba ternampak pelakon Zizie Ezette yang aku minat sangat waktu bujang dulu, drama yang buat aku minat pada beliau adalah “rumah bangglo” kalau aku tak silap...
Aku terus kata:
“tentu cerita ni best. Sebab Zizie Ezette yang berlakon”
Bini aku nafikan lakonan zizie, katanya lakonan zizie tak beberapa berkesan..
Aku sambil baca buku, sesekali jeling drama tu terutama babak yang ada watak Zizie Ezette.
Tapi dalam hati aku menyumpah, jalan cerita hampeh dan memang dah boleh agak ending, lagu Nash ‘pada shurga di wajahmu’ sebagai latar yang kerap di putarkan menceritakan segala galanya..
Walaupun aku rasa nak tukar ajer channel kepada TV9 sebab nak layan gusti IFL (International Fight League-gusti betul yang benarkan semua skil kecuali siku), tapi sebab menghormati ibu mertua yang juga sedang layan drama tu, aku habiskan sahaja baca buku-buku yang tak habis lagi baca walaupun dah lama beli..
Sambil baca buku, sambil jeling jeling kat Zizie..., sesekali ikut menyanyi lagu ’pada shurga di wajahmu’ tanpa menghiraukan mak mertua yang mungkin terganggu dengan suaraku..
Kesimpulannya, cerita tu adalah hampeh segala galanya..,
Namun yang bestnya cerita tu, dalam drama tu, Zixie sanggup di madukan asal suami beliau bahagia.
Zizie, kau memang best!
Woha!
Kisah aku dan keluarga
Aku nak pergi ke kedai beli roti, dua anak lelaki aku nak ikut..
Dari pintu belakang, aku bukak pintu kereta sebelah kiri dan arahkan anak-anak aku duduk di kerusi belakang, sementara anak aku masuk ke dalam kereta, aku biarkan pintu kereta terbukak dan aku terus pergi ke kerusi depan kereta dan hidupkan injin.
Bila anak anak aku dah masuk, aku masuk gear satu dan kereta terus maju ke hadapan, tiba tiba aku rasa macam tak kena dan bila toleh ke belakang aku dapati rupa-rupanya pintu belakang tak tutup, nasib baik anak aku tak tergolek jatuh.
Aku terus tanya anak aku dengan nada macam nak marah,
Siapa yang tak tutup pintu tadi? (sambil aku merujuk kepada anak aku yang masuk paling akhir ikut pintu tu)
"Ayah yang tak tutup”, jawab anak aku yang berumur 3 tahun, merangkap yang paling akhir masuk ikut pintu tu..
"Apa pulak Ayah, korang yang masuk, koranglah yang kena tutup”.Sanggah aku.
“Tapi, ayah tanya siapa yang tak tutup pintu, ayahlah yang tak tutup sebab ayah yang bukak pintu tu tadi.
Hampeh! Pandai pulak loyar buruk!
Cerita aku dan rakan-rakan.
Takde cerita menarik, cuma kawan aku ada forward satu email lawak, aku biasanya cukup anti dengan mamat dan minat forward lalu terus delete walau camne bestpun email tu, tapi hari ni aku dah jadi mat forward pulak buat pertama kali kerana cerita tu paste kat sini, alasan? Sebab ada kaitan dengan blog..
Copy/paste
A passenger in a taxi leaned over to ask the driver a question and tapped him on the shoulder.
The driver screamed, lost control of the cab, nearly hit a bus, drove up over the curb, and for a few moments everything was silent in the cab, and then the still shaking driver said, "I’m sorry but you scared the daylights out of me."
The frightened passenger, apologized to the driver, and said he didn’t realize a mere tap on the shoulder could frighten him so much.
The driver replied, "No, no, I’m sorry, it’s entirely my fault.
"Today is my first day driving a cab. I've been driving a hearse for the last 25 years."
Woha!
End.
Sekian cerita dari Writer’s block part 2 hari ni.., jumpa lagi jika belum naik keretamayat.
Jul 7, 2008
Do you try to make yourself different?
Antara pesan Nabi Muhammad SAW kepada Ummatnya adalah; “Jangan tiru cara hidup orang kapir, jika tiru, korang akan terima nasib sama dengan mereka di akhirat…” begitu lebih kurang sabda Nabi dan kat tempat lain Nabi melarang meniru amalan orang munafik kerana neraka terbawah di sediakan khas untuk orang munafik..oh!
Kata kunci pertama: Jangan tiru.
Oleh yang demikan, cara hidup aku dan korang mesti berbeza dengan orang kapir dan mesti berbeza dengan orang munafik, itupun jika korang semua nak berjaya di dunia dan di akhirat..
Kat tempat lain pulak Nabi bersabda bahawa di akhir zaman kelak, iaitu hari ini, umat islam adalah sangat ramai jumlahnya, tapi mereka semua macam buih-buih ombak di pantai, mudah pecah dan mudah di hanyut ke sana sini mengikut tarian ombak..
Kata kunci kedua : jangan jadi macam buih.
Oleh yang demikian, untuk berjaya di akhir zaman, aku dan korang jangan jadi ramai macam buih di lautan yang hampeh, tapi jadilah antara mereka yang tidak ramai itu ataupun maksudnya disini, kita kena jadi orang-orang yang ’sedikit’…
Menjadi golongan sedikit tapi betul dalam akidah dan Sunnah maksud aku..
Nak lebih faham lagi, boleh rujuk hadith ini:
“agama bermula dengan ‘sedikit’ dan berakhir dengan ‘sedikit’ dan beruntunglah orang-orang yang ‘sedikit’”
Kata kunci ketiga hari ini: “Sedikit”
Maka kerana itulah aku cuba untuk kekal berada di jalan yang amat ‘sedikit’ di lalui orang yang ramai macam buih kerana aku ingin sekali menjadi orang yang ‘beruntung’, tapi kadang-kadang aku banyak gak tergelincir kerana jalan yang ‘sedikit’ itu sebenarnya amat sukar dan penuh mujahadah, seperti menggenggam bara api kata Nabi Muhammad SAW.
Kata kunci keempat hari ini: “menggenggam bara api”
Sebagai misalnya, untuk kekal solat berjemaah 5 waktu sehari semalam, atau untuk kekal buat dakwah, atau untuk kekal berakhlak mulia dan lain-lain, semua tu hanya sedikit sahaja orang islam yang berjaya istiqamah sampai jadi mayat, maka untuk menempuh jalan ini amat perlu pada pengorbanan di sana sini…
Sungguh sedikit orang islam yang berjaya istoqamah solat lima waktu di masjid, dan cukup ramai sekali orang islam yang tak solat langsung.. Oh!
Kesimpulannya, untuk menjadi orang yang ‘sedikit’, kita kena banyak buat pengorbanan, dan sudah tentu aku akhirnya akan berbeza dengan korang yang ramai macam buih…
Kata kunci yang paling penting hari ini : “berbeza”
Oleh itu, untuk menjadi ‘berbeza’, aku kenalah cuba sedaya upaya untuk tidak mengikut jalan korang yang ramai macam buih itu, kerana aku yakin jalan itu apabila dilalui oleh ramai orang yang macam buih, jalan itu adalah jalan nafsu dan akan berakhir di neraka jika tak kena gaya… Oh!
Kerana itulah aku nak ingatkan bahawa tulisan aku dalam blog ini adalah nota ugama untuk aku sendiri, aku menulis bukan nak suruh korang jadi seperti aku atau korang kena bersetuju dengan aku, tapi jika korang ikut itu baik untuk korang dan dah tentu ada gak saham untuk aku...
HAKIKATNYA:, Aku menulis KERANA AKU TAK NAK JADI MACAM KORANG!Makin banyak perbezaan pendapat aku dengan korang MAKIN TIDAK SAMALAH KITA…Dan tidak samanya aku dengan korang adalah kejayaan besar untuk aku!Aku berjaya tidak menjadi seperti orang yang aku tidak ingin jadi iaitu :-‘Korang yang ramai macam buih’!Woha!
Sebagai contoh:
Apabila korang sibuk salahkan dunia dan seluruh isinya kerana minyak naik 78 sen, aku pulak berbeza menanganinya dan aku tahu korang semua yang macam buih itu rasa sedih dan amat duka cita lalu menyalak di sini sana, aku tak salahkan korang, dah memang korang terasa beban, sebab itu korang marah bukan?
Tapi aku cuba memandang masalah itu dari sudut yang berbeza, iaitu dari sudut orang yang ‘sedikit’. Bagi aku bila minyak naik 78 sen, maka bertambahlah pahala orang yang naik motosikal atau kereta pergi ke masjid, nak harapkan tambah solat sunnat rawatib, tak bertambah-tambah, kurang lagi ada, maka Allah ‘naikkan’ minyak buat korang yang pergi masjid dapat pahala extra... tak ke bagus?!
Ops!, aku bukan nak bodek PM ke apa, jangan marah aku dan tuduh aku itu ini, aku tak kata korang salah nak lepaskan perasaan bila sedih, lantak korang ler, hakikatnya, aku cuma nak belajar menjadi orang yang ‘sedikit’, memang kena fikir cara yang tak sama dengan korang yang ramai macam buih…
Aku nak berbeza dengan korang, apa salahnya?
Satu lagi contoh:
Dua tahun sudah ada orang KL ngadu kat aku akan masalah jerubu yang melanda Kuala Lumpur dan betapa beruntungnya aku yang tak kena jerubu di Pantai Timur katanya..
Aku kata:
Korang lagi untung, iyelah!.., jika korang pergi berdakwah di KL sekarang, korang akan dapat banyak pahala sebab menurut hadith, debu debu yang melekat pada anggota orang yang berada di jalan Allah, akan di haramkan api neraka berserta asapnya, tak banyak pahala korang berdakwah dalam jerubu? Ha ha!
Maaf, memang kadang kadang, korang akan sakit hati bila tanya pendapat aku atau baca blog ini sebab kita memang di takdirkan berbeza.., maaf sekali lagi.
Maka kerana itu aku faham sudah ’kot’ akan maksud Nabi yang suruh kita berdakwah dengan niat untuk diri sendiri, bukan untuk betulkan orang lain macam korang, sebab bila kita berdakwah untuk betulkan diri sendiri maka walaupun ramai yang tak ikut, kita tetap berjaya kerana kita masih menjadi golongan yang ‘sedikit’…
Faham tak?
Akhirnya dalam banyak hal, aku selalu berbeza pendapat dengan korang.
Kenapa? kerana korang cuba majukan ugama dengan dasar pandang ke depan, sedang aku pulak cuba belajar majukan ugama dengan dasar pandang ke belakang…
Untuk majukan dunia, kita memang kena pandang ke depan kawan, tapi untuk majukan ugama, kita kena pandang belakang…
Semua tahu sudah!
******
Ok, aku nak cepat ni, aku nak cerita kisah aku yang berbeza dalam dunia rumah tangga pulak, sebagai penutup entry.
Apa yang aku nak bagitahu kepada isteri, anak-anak dan semua kengkawan adalah:
Aku tidak akan simpan satu hari dalam setahun untuk menjadi bahagia dengan syarat kawan kawan atau isteri buat surprise ucap selamat hari jadi dan bagi hadiah!
Aku tak perlu semua itu untuk bahagia, Dan aku simpati kepada mereka yang hanya akan bahagia dengan cara itu… dan korang jangan harap aku akan buat begitu pada korang.
Jika korang buat jugak aku tak marah, apatah lagi bila korang bagi hadiah yang mahal-mahal pada 9 August ini (he he). Tapi jika korang tak buat semua itu, aku tetap bahagia, hari aku tetap cerita sebab aku tak perlu kepada orang lain untuk buat diri aku bahagia, akukan berbeza, (apatah lagi perkara yang bukan Sunnah Nabi). Kerana aku tahu bagaimana nak membahagiakan diri sendiri…
Baiklah, Let's Make a Deal.
Kepada semua kawan kawan, isteri dan anak anakku…
Korang jangan harap aku akan ucap selamat hari jadi dan bagi hadiah secara surprise, mengharapkan aku buat semua itu akan mendatangkan kesedihan bukan? Sebab aku mudah lupa dan selalu perasan sibuk, buat aku terlepas perkara yang penting dalam hidup korang tapi boleh pulak aku lupa..
Come-on!, kenapa kena bagi hadiah bila berjaya hidup selama setahun?, aku akan bagi hadiah bila-bila masa asal korang bagi sumbangan yang besar dalam hidup aku misalnya, he he
Apatah lagi aku jenis pelupa tarikh, maaflah,
Senang cam gini, jika korang nak aku wish selamat hari jadi jugak, boleh..
Pada waktu pagi-pagi lagi korang cakap kat aku:
“Hamka, hari ini hari jadi aku, tolong ucap selamat hari jadi”
Aku pun terus ucapkan selamat hari jadi, tanpa perlu aku hafal tarikh hari jadi korang dan buat aku ternanti nanti tarikh tu sampai takut terlepas just nak buat surprise macam orang lain selalu buat nak tunjuk aku kononnya caring..
Woi! Tak wish hari jadi tak semestinya tak sayang..
Sebab?
Akukan berbeza! Heh!
Biarlah orang lain yang ramai macam buih tu tunjukkan kasih sayang dengan wish hari jadi secara surprise tanda prihatin kononya, lalu beli kek dan tiup lilin, apa-apantah?…
Sebenarnya, Aku ada cara lain nak tunjukkan kasih sayang, cara yang berbeza dari cara golongan yang ramai beli kek tiup lilin dan bagi hadiah ‘murah’ tu..
Cuba korang baca cara Nabi tunjukkan kasih sayang kepada isterinya, atau kepada anaknya, atau kepada sahabat-sahabatnya, cuba baca dan kaji sikit…
Korang akan jumpa kisah Nabi yang akan ‘switch’ keinginan mereka daripada dunia kepada Akhirat.
Kisah mereka mintak hadiah yang ‘murah’ tapi Nabi bagi hadiah yang ‘mahal-mahal’..
Ada yang mintak hamba tawanan, tapi Nabi bagi ‘Tasbih’, ada yang nak unta merah, Nabi bagi ‘solat’, ada yang nak harta rampasan, Nabi bagi ‘ibadat’ dan lain lain..
Moralnya di sini adalah, Sayang yang perlu kita zahirkan adalah menjurus dalam bentuk ”spritual”, dan bukan dalam bentuk ”matarial” semata-mata...
Nak lagi faham, cuba renung tiga Cara bagaimana kita perlu buat dalam menzahirkan kasih sayang antara satu sama lain:
Kita kena tolong ‘switch’ keinginan orang yang kita sayang daripada dunia yang sempit kepada Akhirat yang luas.
Kita kena tolong ‘switch’ keyakinan orang yang kita sayang daripada ‘Asbab Musabab’ kepada ‘Amal Ibadat’
Kita kena tolong ‘switch’ tumpuan orang yang kita sayang daripada ‘makhluk’ kepada Khalid!
Sebab?
Kitakan berbeza! Heh!
Jadi cukuplah sampai sini segala explaination, aku harap korang semua faham sudah akan maksud di sebalik: “jangan tiru orang kapir”, “jangan jadi macam buih”, “sedikit”, “menggenggam bara api” dan ”berbeza”...
Apa-apapun, semalam (6 julai), adalah hari jadi isteri aku, (aku lupa dan patutlah monyok semacam..,heh)
Selamat hari jadi sayang. Maaf sebab abang lupa semalam, Hari ni kita makan kat luar, Ok?!
Ps: Tak wish hari jadi tak semestinya tak sayang.., betul tak?, abangkan berbeza!
Jul 3, 2008
Bagaimana Melayan Mayat?
Alhamdulillah, hari ni masih sempat kita semua lapangkan sedikit masa untuk korek hidung masing masing, masih sempat kita buang tahi hidung atau debuan tanah-tanah halus yang hinggap dengan penuh manja di antara bulu hidung masing-masing, rahsianya di sebalik semua tahi hidung ini adalah:
“Kita masih sempat untuk bertaubat dan mulakan hidup baru.”
Kerana, akan tiba suatu hari nanti, menjelang hari kita menjadi mayat. Di waktu itu, Kita sudah tidak boleh lagi untuk korek dua buah lubang hidung ini buat selama-lamanya, walaupun tahi hidung pada waktu itu banyak sekali bertempek dan walaupun di tambah beban tanah kubur yang menerjah hidung, ketahuilah, kita di waktu itu sudah tidak boleh korek hidung lagi, dan sudah tidak boleh bertaubat lagi.. oh!
Maka sebelum kita menjadi mayat, sementara tahi hidung masih di beri peluang berpindah lokasi dari lubang hidung ke hujung jari lalu di gentel menjadi ‘pedang kecik’ lantas di jentik ke ruang atmosphere bumi, izinkan aku bercerita tentang: “bagaimana melayan mayat”.
Sebenarnya, Aku pernah tulis cerita tentang rahsia tahi hidung dan aplikasinya di dalam entry pada tahun 2006 yang bertajuk: Apa ada dalam hidung?
Cikgu harap korang baca dulu entry itu balik sebagai revision, agar mudah untuk korang memahami ilmu baru yang akan cikgu sampaikan
Cikgu bagi 10 minit untuk korang semua baca balik entry itu.(bila masa pulak aku naik pangkat jadi cikgu?)
*****
***
**
*
Baiklah, dah habis baca? Bagus!
Sambung kelas,
Dari cerita itu, korang akhirnya telah dapat belajar secara tidak langung akan teknik-teknik mengenal mayat, yang mana di hujung entry itu, korang ahirnya dapat membezakan jenis-jenis mayat seperti Mayat Sementara, Mayat kekal dan lain-lain…
Juga tak lupa, ilmu yang aku ajar tentang ‘pedang kecik’. Woha!
Nak jadikan cerita, Pagi tadi, ketika aku korek hidung dengan ghairahnya, aku tiba-tiba dapat ilham untuk tulis entry baru, yang mana jika sebelum ini aku telah ajar korang akan tiga teknik mengenal mayat, kali ni aku nak ajar pulak korang semua akan tiga teknik melayan mayat..
Sebenarnya, sebaik sahaja lubang hidung kiriku telah habis dibuang tahiknya, aku ingin sekali menyambung kerja-kerja buang tahi hidung di lubang kanan pula, walau bagaimanapun, aku tangguhkan dulu, dan aku tulis entry ni cepat-cepat takut idea hilang.
TIGA CARA MELAYAN MAYAT.
Seperti dalam tajuk yang lepas yang mana kita tahu sudah bahawa mayat itu ada tiga jenis, iaiatu mayat kekal, mayat sementara dan mayat hati, maka hanya sekitar 3 jenis mayat ini sahaja yang akan kita belajar cara cara melayannya, insyAllah..
1) Mayat kekal
Hukum melayan mayat kekal adalah FARDU KIFAYAH, yang mana jika dalam kampung dah ada orang layan mayat ni, maka korang tak berdosa lagi..
Cara layan mayat ni adalah:-
Mula mula, apabila korang jumpa mayat jenis kekal, rapatkanlah kedua belah matanya jika terbukak dan rapatkan jugak mulutnya jika terbukak, jika ada lidah yang terjulur, cuba masukkan lidah itu kembali ke dalam mulut setakat boleh…
Orang yang berhak dan afdal untuk melayan mayat ini adalah sebaik-baiknya waris si mayat, jika dah takde? siapa-siapapun boleh…
Lepas tu bolehlah di mandikan mayat ini, bersihkan semua kekotoran, terutama tahik yang keluar dari duburnya. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya serta rambutnya.
Layan lah mayat ni dengan lemah lembut dan sopan santun..
Habis mandi, Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang, Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya. Luruskan kakinya. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. Dan balut tubuhnya dengan kapin putih atau di kenali kain kapan…
Dan jangan lupa, wudukkan mayat sebelum kapan..
Lepas tu boleh buat solat jenazah, dan pergi tanam mayat tu dalam kubur dan tinggalkan dia seorang diri, biarlah dia sorang sorang ‘minum air hujan’ dan sorang-sorang di ‘baham tanah’.., jika dia orang beriman, selamatlah dia, jika dia seorang pendosa, mudah-mudahan Allah Ampunkan dia…
(untuk lebih detail: sila rujuk ustaz)
2) Mayat sementara.
Hukum melayan mayat sementara ada banyak pendapat, ada yang kata wajib dan ada yang kata Sunnat, bagi aku yang hina ini, hukumnya adalah bergantung kepada keadaan dan hal ehwal mayat sementara itu sendiri, iaitu yang mana jika dalam kampong korang ada jiran-jiran yang tak bangun solat subuh, maka hokum pergi ketuk pintu rumah mereka adalah sunnat, itupun jika dia benarkan…
Senang cerita, hukumnya adalah SUNNAT.
Dalam kes teman serumah sewa yang tak bangun solat subuh misalnya, kena tengok kepada keadaan dan ehwal mayat sementara itu sendiri, bagi kawan kawan yang tak pernah miss solat jemaah, bila azan masuk dan di dapati beliau asyik lena tidur di ulit setan, maka wajib dikejutkkan kawan kita ni, tapi jika kawan kita yang masa sedarpun malas ke masjid waktu kita ajak siap nak bertumbuk, maka hukumnya adalah sunnat sahaja kejutkan dia waktu tidur, itupun jika korang sanggup bertumbuk lagi sekali.., tapi jika waktu solat dah nak habis tapi kita tahu kawan kita tu tak solat lagi, maka jadi wajiblah pulak kita kejutkan mereka.. Jadi pendek cerita, cara layan mayat jenis ni nak kena berhikmah, kena tengok ehwal semasa dia,
Baiklah, berkenaan cara nak layan mayat ni pula kena tengok jenis orang, ada yang panggil nama dah boleh bangkit dah, tapi ada kes berat yang mana jenis tidur mampus tak sedar diri atau bahasa lembutnya tidur mati, sebijik macam mayat, kena liwatpun tak sedar, maka nak kena sepak lempang terajang baru sedar, kadang kadang goncang dengan 5.4 skala richter pun tak bangkit gak, nak kena jirus air panas atau bakar selimut, ikut keadaan dan fizikal mereka, he he ..
Tapi, Cara yang terbaik untuk layan mayat ini adalah:-
Picit ibu jari kaki sambil baca doa bangkit tidur dengan suara yang jelas dan lembut..,
kalau tak silap aku, ada BUZNAMA bagitahu yang mana apabila kita tidur, roh akan keluar melalui ibu jari kaki, dan balik melalui ibu jari kaki jugak.. jadi, cara terbaik nak layan mereka adalah picit ibu jari kaki, kira ‘reset’ ler.., walalu’lam.
3) Mayat Hati
Dalam hadith begitahu ‘hati mati’.
Inilah ‘mayat’ yang paling bahaya!.
Dan Hukum melayan mayat ini adalah FARDU AIN. Tidak buat berdosa dan masuk neraka…
Hanya kita sendiri sahaja yang tahu setakat mana ‘hidup’nya hati kita dan setakat mana ‘mayat’nya hati kita…
Dan wajib kita ketuk pintu rumah jiran jiran kita untuk selamatkan mereka yang mati hatinya.., tak peduli dia marah atau tidak..
Sesungguhnya, Seorang yang tahu hatinya sudah mati, wajib untuk buat usaha menghidupkan hati yang mati itu..
Sesungguhnya, Seorang yang tahu hatinya tidak khusyuk dalam solat, wajib untuknya buat usaha mendapatkan solat yang khusuk dan khuduk.
Sesungguhnya, Seorang yang tahu hatinya tidak lazat dalam berzikir, wajib untuknya buat usaha mendapatkan kembali kelazatan berzikir…
Sesungguhnya, Seorang yang tahu hatinya tidak terkesan mendengar bacaan ayat ayat Al quran, wajib untuknya buat usaha mendapatkan kembali akan kesan Al quran ke atas hatinya..
Sesungguhnya, Seorang yang tahu hatinya tidak gementar apabila mendegar nama Allah, wajib untuknya buat usaha mendapatkan kembali sifat takut dengan sebenar-benar takwa…
Maka hukum melayan hati ini adalah WAJIB ke atas tiap-tiap korang dan aku…
Persoalanya, bagaimanakah caranya hendak menghidupkan hati?
Bagaimanakah caranya hendak mendapat khusuk dalam solat?, kelazatan membaca Al quran? Keghairahan berzikir dan lain lain itu, bagaimana?
Soalan yang bagus, dan aku akan bagi jawapan yang bagus juga, insyAllah..
Sesungguhnya, Allah itu Maha adil, lalu menyediakan tempat merawat hati dengan sebanyak banyaknya di bumi ini iaitu di masjid…
Masjid adalah tempat menghidupkan hati yang mati…
Dengan syarat, selama berada di masjid, hendaklah belajar menghidupkan hati yang mati dengan cara yang telah di pertunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW…
Iaitu amalan berdakwah, taklim, beriktikaf, bertahajjud dan sebagainya..
Dan Alhamdulillah, di akhir zaman ini, terdapat segolongan manusia yang setiap bulan telah menyediakan platform untuk korang semua wahai manusia agar dapat mensucikan hatinya di masjid dengan mengamalkan amalan seperti berdakwah, taklim, beriktikaf, bertahajjud dan sebagainya..
Inilah ‘madrasah’ yang paling mirip dengan madrasah di zaman Nabi Muhammad SAW iaitu Madrasah yang berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu masjid ke satu masjid…
Dan platform merawat hati ini telah tersedia ada di seluruh dunia…
Tidak kisahler siapa mereka, sama ada orang tabligh ke, orang PAS ke, atau orang Umno ke atau siapa sahaja yang ihklas sanggup menghidupkan masjid selama 3 hari 3 malam dengan amalan dakwah di siang hari dan amalan bertahajud di malam hari, lalu pintu masjid di buka selama 72 jam menunggu ummat datang menyerah diri untuk mengsucikan hati…
Dan mereka telah menunggu sekian lama, dan dengar cerita mereka akan terus menunggu sampai hari kiamat.., Oh ye!, mereka tidak menunggu sahaja, malahan mereka datang menjemput korang di rumah…
Tapi sayangnya, korang menghalau mereka dan mempersendakan niat suci mereka…
Dalam surah Al Mulk, ayat lapan (8) hingga (11) sebelas ada menceritakan kisah Penjaga Neraka telah bertanya kepada ahli neraka yang sedang di siksa:
“Tidakkah datang kepada kamu orang yang memberi peringatan?”
Ahli neraka menjawab:, “Ya, ada, sesungguhnya ada orang datang memberi peringatan kepada kami, tapi kami dustakan, kalaulah kami mendengar dan berfikir, tentu kami tidak masuk neraka”
(ayat panjang lagi, aku ringkaskan, nak detail boleh rujuk tafsir surah Al Mulk)
Moralnya disini, masuknya manusia ke dalam neraka adalah kerana dua perkara:
- Tidak mendengar.
- Tidak berfikir.
Tidak mendengar dan tidak berfikir adalah tanda hati yang mati…
Kemudian, Ada orang tanya aku, wajib ke keluar 3 hari ikut mereka? Tak de dalam hadithpun, dan nampak macam bukan sunnah Nabipun?
Aku kata:, aku akan jawab soalan ini hanya untuk mereka yang ingin mendengar dan ingin berfikir…
Baiklah, sebagai jawapannya, sekiranya hati kamu belum gentar mendengar Nama Allah, belum merasa lazat dan aysik kepada Al Quran dan zikir, belum kusyuk dan khuduk dalam solat, maka WAJIB atas kamu buat usaha untuk menghidupkan hati…
Dan Nabi bersabda kepada sahabat sahabat yang sudah di janjikan shurga agar di perbarui iman kamu, apatah lagi korang dan aku yang belum dijamin shurga…
Lagi lagilah wajib atas kita buat usaha atas iman…
Dan aku bukan nak promote tabligh ke apa, blog ini tak de kena mengena dengan tabligh, jika korang sudah datang dari first entry sehingga ke entry ini, selamilah hati aku dan tanyalah hati ikhlas korang masing masing, lalu korang mendengar dan berfikir…
Akhirnya korang akan sedar bahawa, ..
Selagi korang fikir bahawa tidur di masjid(beriktikaf) atau berdakwah pintu ke pintu atau solat berjemaah dan lain lain adalah amalan yang orang tabligh reka, selagi itulah hidayat akan tertutup untuk korang buat selama-lamanya, tak kita korang seorang ustaz, ulamak atau mufti sekalipun..
Namun setelah korang tepuk iman masing-masing, setelah korang mendengar dan berfikir…
dan korang akan dapat mengerti akhirnya bahawa tidur di masjid(beriktikaf) atau berdakwah pintu ke pintu atau solat berjemaah dan lain lain adalah SUNNAH Nabi Muhammad SAW, maka insyAllah suatu hari nanti selain usaha ugama yang sedia ada, korang juga di pilih Allah untuk tidur di rumahNya, di pilih Allah untuk menjadi wakilnya ke rumah dari pintu ke pintu dan dipilih Allah untuk bersolat berjemaah di masjid 5 waktu sehari semalam, tak kita korang seorang ustaz, ulamak atau mufti sekalipun..
Itupun jika hati korang tak mati…
Dan siapa antara korang yang berani mengatakan belajar di Universiti Islam selama 3 tahun itu bidaah?, belajar kursus haji selama 3 minggu itu bidaah? dan belajar Sunnah Nabi di masjid selama 3 hari itu bidaah? Siapa?
Hanya orang yang tidak mendengar dan malas berfikir sahaja yang sanggup mendustakan keilkhlasan orang lain kerana hati korang sudah menjadi mayat …
Jadi sementara korang masih boleh korek tahi hidung…masih sempat kita buang tanah dari dua lubang hidung, maka masih sempatler untuk kita buat usaha untuk hidupkan hati kita kembali.
Hati yang sudah lama tidak gementar mendengar nama Allah, hati yang sudah lama tidak merasa lazat dan aysik kepada Al Quran dan zikir, hati yang sudah lama tidak kusyuk dan khuduk dalam solat masing-masing, maka wahai pembaca semua, WAJIBlah atas kamu buat usaha untuk menghidupkan kembali hati yang telah lama mati itu…
Sebelum tibanya suatu hari nanti, menjelang hari kita menjadi mayat. Kita sudah tidak boleh korek hidung lagi .Kita sudah tidak boleh buang tanah dari hidung lagi. Dalam masa yang semakin singkat ini, kembalilah kepada Allah melaluinya jalan Nabinya..
Sesungguhnya,
Air tujuh lautah tidak mampu memadamkan api nereka,
Tanah tujuh gunung tidak mampu memadamkan api nereka,
Angin tujuh benua juga masih tidak mampu memadamkan api neraka,
Ahli bomba tujuh batalionpun gagal padamkan api neraka.
Tetapi debu-debu yang melekat pada lubang hidung manusia yang berjuang di jalan Allah (sehingga membentuk tahi hidung misalnya), mampu memadamkan api neraka berserta asapnya!
InsyAllah…
End.
Ps: Dah! pergi basuh tangan!