(Sebelum kau ajak aku joint MLM, sila dengar dahulu akan Dilemma Pendekar Kundur , Wong fai hong , Fong sai yuk dan Padayyapa)
Setiap manusia ada ceritanya yang tersendiri dari sudut terpencil namun amat besar maknanya bagi mereka per individu bila berjumpa dengan peramai ahli mayat, pemutus kelazatan, pematah pinggang atau senang kita sebut namanya: Malaikat Maut,
Berbelit jugak ayat dan frasa yang aku gunakan, senang cerita cam gini, pernah tak korang berbual- bual atau bertepuk tampar dengan orang yang 2 ke 3 minit lagi dah nak mati?, dah nak jadi mayat, pernah tak? (pembunuh bersiri jangan jawab)
Bila tiba saat nak jadi mayat, jika berkesempatan kita dapat meluangkan masa berada di sisi mereka yakni sebelum tiba waktu manusia bertukar menjadi mayat itu, maka akan kedengaranlah dua perkara dari bibir mereka..
- Kebimbangan.
- Harapan.
Boleh jadi mereka hanya sebut sepatah perkataan tapi mewakili keduanya, atau jika bernasib baik, mereka akan present dua perkara itu secara detail.
Sebagai contoh, Hang Jebat bila nak mati dan sedang berbaring atas riba Hang Tuah lalu menyatakan kebimbanganya pada isteri dan anak dalam perut, lalu berwasiat agar Hang Tuah menjaga anaknya dan mengajar anaknya jadi manusia, itulah harapan dan kebimbangan beliau,(tak pula beliau wasiatkan agar Dang Anum menjadi isteri Hang Tuah nombor 2, ehem!)
Atau ketika Melor awek Hang Tuah merangkap anak Adiputra dari gunung Ledang, di bunuh di Melaka, sejurus selepas di tombak lalu menyebut nama Hang Tuah di akhir kalam, merangkap harapan dan kebimbangannya.
Atau Para Peniaga yang membahagikan syer dan saham kepada anak-anaknya lalu berwasiat tentang syarikat, tentang kebimbangannya dan harapannya..
Atau siapa sahaja (rujuk mana-mana filem babak orang nak mati)
Atau lagi baik, kita ulangkaji sejarah nabi Muhammad SAW ketika nak wafat telah menyatakan kebimbangan terhadap Ummat akhir zaman dan tentang harapan baginda terhadap SOLAT ummat akhir zaman..
- Bimbang terhadap Ummat…
- Harapan terhadap Solat..
Namun, setelah 1400 tahun Baginda wafat, ramai ummat islam hari ini telah BIMBANG dan HARAP pada benda lain, yang merepek dan hampeh.. (termasuk aku juga yang selalu bimbang dan harap kepada perkara yang merepek dan hampeh..oh!)
Tak perlu aku senaraikan semua contoh kebimbangan dan harapan korang dan aku, Cuma aku ingin cerita tentang Mamat, (bukan nama sebenar), tentang harapan dan tentang kebimbangan beliau, Mamat (aku kira) mewakili sebahagaian pemikiran orang islam di Malaysia ketika ini, dan ini adalah kisah benar seorang mamat yang bersahabat dengan aku.
Dulu beliau kerja makan gaji, pendapatan dalam RM2000 lebih kurang, selalu gak solat jemaah, buat dakwah sikit-sikit, dan baca Al quran serta zikir, tapi kini beliau telah kerja sendiri dan memperolehi pendapatan yang lebih tinggi, tak tahu pulak aku akan gajinya, tapi jika di ukur daripada jenama pakaian, jenama kereta, kecanggihan gadget dan keluasan rumah serta aksosorinya, di tambah dengan jumlah jisim emas berlian pada isterinya (yang ni aku tambah), boleh di katakan beliau adalah ‘orang senang’, nak kata orang ‘berada’ tidak juga, senang cakap salah sorang yang berpendapatan tinggi di Malaysia.
Namun, bila beliau datang jumpa aku lalu belanja minum teh tarik (sambil promote produck itu ini-begitu begini), sempat beliau menyatakan tentang HARAPAN dan KEBIMBANGAN beliau..
Mari kita lihat, apakah kebimbangan dan harapan mamat, aku rasa ramai orang melayu berfikiran seperti ini,..
KEBIMBANGAN MAMAT.
Beliau sangat bimbangkan dengan ekonomi orang melayu di Malaysia. Pergi jalan jalan kat bandar, nak cari kedai orang melayu sikit punya susah, yang ada kedai Melayupun banyaknya hanya kedai makan, lain dari itu hampir semuanya di kuasai oleh bangsa asing. Bangsa china terutamanya, Mamat takut suatu hari nanti orang melayu akan mengemis di bumi sendiri, ini adalah kerana sikap orang melayu yang mudah lupa, bukan kerana faktor Bangsa China lebih berjaya juga sebenarnya ,tetapi kaum Melayu sendiri yang tidak bergerak maju katanya,
Tambah beliau, orang Melayu hanya tunggu kerajaan menolong mereka tanpa mereka sedar bahawa hakikatnya, jika orang melayu tidak berkerja keras untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka sendiri, ‘Dasar Ekonomi Baru’ tidak membawa apa-apa erti kecuali kepada kroni-kroni tertentu..
(panjang lagi, lebih kurang begitulah, kemudian masuk bab ekonomi dan politik, kita skip dan kita pergi pada Harapan Mamat pulak)
HARAPAN MAMAT.
Semoga orang Melayu akan menguasai ekonomi, menjadi lebih kaya dari bangsa asing, bangsa China terutamanya. Dan berharap semua 100 orang yang tersenarai terkaya di Malaysia adalah orang melayu.., dan kalau boleh, 10 orang yang tersenarai terkaya di dunia juga adalah orang melayu!!.
Aku tak pandai nak ulas ‘apa-apa’ tentang isu ‘Melayu terpinggir di tanah sendiri’ kerana isu ini perlu ditangani dengan hati-hati. Bila melibatkan kaum, ia termasuk dalam akta keselamatan dalam negara. Dan blog aku bukan tempatnya untuk bincang isu ini.
Walaubagaimanapun, aku tulis sikit bab ni kerana seperti mana aku terangkan kat Mamat kawan aku, aku tulis balik di sini, mana yang baik dan betul boleh ikut..
Sebenarnya jika korang baca paper mungkin kita ‘teruja dan terhina’ bila Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dan Bangsa bukan Melayu yang lain telah tersenarai dalam top 10, tapi sebenarnya mungkin ada orang Melayu yang lebih kaya dari mereka cuma malas nak tunjuk, (sehingga di tangkap kerana gagal istihar harta) dan tak nak bila orang tahu mereka kaya di cap sebagai Haji Bakhil pula... , orang melayu baru kerja polis dah jadi jutawan, belum lagi kerja Kastam, JPJ, Pegawai Maksiat, Hakim dan lain-lain (eh, ni dah masuk bab lain nie..)
Maka, janganlah kita buat statement bahawa semua Orang Cina dan India itu kaya dengan hanya melihat kepada nama-nama besar seperti Lim Goh Tong dan Ananda. Cuba korang pergi ke kampung baru Cina di pinggir bandar. Lihat betapa susahnya hidup mereka. Betapa boleh lihat akan anak-anak cina dan india yang terpinggir, akhirnya jual skim cepat kaya dan tipu peraduan gores kad menanag, atau jual VCD dan jadi budak samseng...budak india pun jadi samseng.Tapi korang tutup mata, dan hanya nampak orang China dan India yang ‘berjaya’ dan kaya yang membuat korang tak senang duduk, tak senang berdiri, mandi air bunga jampi mintak rezeki!!!, padahal mereka orang china dan india yang susah dan melarat, masuk 'bersamamu TV3', dan sebagaianya adalah dua kali lebih susah, pertama sebab mereka hidup dan sempit di dunia, kemudian bila mati masuk neraka pulak selama-lamanya..
Dan kita lupa, betapa banyak berita kisah orang china dan India yang bunuh diri, bunuh anak-anak dan isteri, semuanya kerana kesempitan hidup dan masalah sosial, sekali lagi kasihan untuk diri mereka, kita dah lah tak Dakwah mereka masuk islam, tapi kita tutup mata pulak dengan tidak membantu golongan china dan india yang terpingir di bumi melayu..
Aku pernah berserapan di sebuah kedai kat melaka, makan nasi lemak, tak habis sebab tak ada selera, lalu aku tolak pinggan ke tengah meja, kemudian datang orang china yang berumur dalam 40-an, mintak izin untuk makan baki nasi lemak aku, apa lagi nak di kata?, air pula di minum dengan mencampur baki baki dari gelas pelanggan yang lain.
Aku lelaki beriman akhir zaman (Amin..), belanja dia makan lagi satu nasi lemak dan teh tarik, cuba berborak, tapi dia: aku tanya sepatah di jawabnya sepatah..,
Cerita lain, Aku pernah naik bas ke Kedah, ketika Bas berhenti, di seberang jalan sana aku nampak orang china lelaki dalam umur 30-an sedang menangis depan tokong kecik warna merah, menangis macam budak budak dan siap marah marah pada datok mereka(agaknya), cerita sebenar aku tak tahu…
Dan pernah tak korang nampak orang India dan china yangmengemis? kutip botol dari tong sampah dan bawak basikal berisi guni yang penuh dengan botol air tin dan mineral..
Namun korang tutup mata, puji pulak China yang berjaya dan pandai cari duit, padahal, wahai Mamat dan Mamat-Mamat sekalian, dalam korang kerja kuat mencari duit ke apa, jangalah lupa pada hari menjadi mayat..
Mereka orang bukan islam takde tanggungjawab untuk ugama, Tapi kita orang islam, panjang ceritanya..
Mereka tak faham dosa riba dan tak kena mengena dengan melengah-lengahkan solat, Tapi kita orang islam, panjang ceritanya mamat.., kalau sanggup dengar, boleh tunggu.
Tak salah nak jadi kaya, nak jadi jutawan, hartawan, angkasawan, tak harampun, yang salahnya bila Masjid atau Rumah Allah menjadi hina dan asing daripada pandangan mata korang, pada zaman kegemilangan islam dulu, ketika Hazrat Abdullah bin Umar ra, Abdullah bin Abbas r.a dan Abdullah bin Mas’ud r.a sedang berada di pasar, bila tiba waktu solat, sebaik sahaja azan berkumadang, mereka melihat, semua peniaga telah tutup kedai masing-masing dan ada yang meninggalkan kedai begitu sahaja lalu mereka semua berpusu-pusu ke masjid, lalu sahabat ini berkata:
"Demi Allah, mereka inilah orang yang perniagaan mereka tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah.," lalu membaca surah An –Nur ayat 37 yang bermaksud:
"Laki-laki yang tidak di lalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solah."
Tapi hari ini apa sudah jadi?, sebaik sahaja Azan berkumandang, mana perginya jutawan, hartawan dan para peniaga? Tidakkah hinanya Masjid dan Rumah Allah di pandangan mata mereka? Orang China yang maju berniaga dan tidak sedih melihat Rumah Allah kosong dan lengang, takde kena mengena, tapi kita orang islam samada yang kaya ataupun miskin, masih ada banyak ‘kerja’ lagi yang nak kena buat lepas kita jadi mayat kelak...
Kita hari ini risaukan tentang ekonomi, lebih dari risaukan tentang tertinggal takbir pertama, kita terlupa dengan KEBIMBANGAN dan HARAPAN Nabi yang di nyatakan menjelang kewafatannya, buktinya jelas, setiap kali azan berkumandang, Rumah Rumah Tuhan masih kosong dan lengang..., orang yang sedang mencari kekayaan belum datang lagi, takpe, pergilah cari duit banyak-banyak, nanti bila dah jadi mayat kelak, marilah datang ke masjid sambil di julang, lepas tu dapat duduk depan sekali, lebih depan dari imam, kepala dekat dengan kaki imam, orang lain solat, korang sorang jer yang tak solat tapi lepak duduk baring, wah wah wah, meriahnya mati..
Walaupun Allah dah bagitahu dalam Azan supaya marilah solat, marilah menuju Kejayaan.., tapi kita menuju ke tempat lain.. yang kita sangka kejayaan.
Walhal, Kejayaan ada dalam mengerjakan solat tepat pada waktunya..
Walaubagaimanpun, Mamat sudah nampak ’berjaya’ dari segi ekonomi berbanding purata melayu yang lain, (berbanding dengan aku terutamanya!) dengan baju kemaja masuk ke dalam dan jam tangan berjenama, serta kereta yang sama besar dengan bas mini, dan aset serta bon yang itu-ini, begitu-begini, wah wah wah, mungkin boleh kahwin dengan penyanyi suatu hari nanti!
Tapi sebagai harganya, mamat telah di cemburui masa, beliau telah menjadi seorang yang perasan sibuk, tidak lagi solat berjemmaah di masjid, tidak lagi baca quran dan sudah miss zikir harian. Kerja Dakwah juga sudah di tinggalkan.
Apatah lagi cita-cita Mamat untuk menduduki carta 10 orang terkaya di Malaysia, atau dapat gelaran jutawan melayu, maka sekali lagi, Mamat sudah alah bisa tegal biasa dalam bab tingal solat berjemaah...
Kalau korang masih tak boring, aku quote satu hadith:-
Di petik dari kitab Durri Manthur meriwayatkan bahawa di padang Masyar kelak, apabila semua manusia berkumpul, akan kedengaran satu suara yang kuat yang menyeru tiga golongan:-
Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam keadaan senang dan susah?
Di manakah mereka yang bagun memuji Allah dalam solat malam sedang hati harap dan takut?
Di manakah mereka yang perniagaan dan jual beli tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah?
Lalu ketiga-tiga golongan ini akan di bawa masuk ke shurga tanpa hisab, selepas mereka semua dah masuk shurga, barulah hisab di mulakan.
Maka, wahai Mamat dan semua mamat di luar sana, dengarlah nasihatku ini dalam ruang masa yang sempit, dan kesibukkanmu..
KEBIMBANGAN KERETAMAYAT
Mungkin dengan berkat kerja keras dan pengorbanan korang, pada tahun 2020 kelak, apabila kita pergi jalan jalan kat bandar, maka di lihat semua orang melayu telah menguasai ekonomi, boleh jumpa kedai Melayu di mana sahaja, dan nak cari kedai China jual aiskrim pun payah.., malahan orang melayu telah berada dalam top 10 terkaya di dunia, tapi pada waktu itu yang memenuhi masjid dan Rumah Allah adalah Bangsa Asing, Bangsa China terutamanya, sedang orang Melayu telah Murtad di sini sana..
Bukankah terdapat firman Allah yang bermaksud, Apabila kaum itu ingkar, maka Allah akan lantik kaum yang lain sebagai ganti?.
Kerana itulah jika dahulu orang Arab yang berdakwah ke seluruh dunia, tapi bila empayar islam jatuh di Turki, selepas perang dunia ke dua, Allah telah gunakan orang india pulak buat dakwah ke seluruh dunia.., dan pada tahun 2020 kelak, sedang korang orang melayu menikmati nikmat dunia, tiba-tiba datang orang China Malaysia ketuk pintu ajak pergi Masjid beriktikaf, ...
Dah tentu mereka kena halau dan di hina, maklumlah mereka miskin dan buang masa di Masjid.
Tapi bila masing-masing masuk kubur, Allah tak tengok Bangsa, rupa dan harta.. yang Allah tengok adalah iman dan Amal.., ,EHH!!! Teh tarik dah sejuk, Mamat pula perasan sibuk.., rupa-rupanya tinggalah aku sorang diri membebel macam mak nenek.., akhir kata, melayu yang terpinggir? atau Ugama yang dipinggirkan orang melayu?
HARAPAN KERETAMAYAT??
Lang mensilang Kui mengsikui, agi idup agi ngelabang, tak nak jadi soh chai..,
Dah nak azan dah ni..,
Sekian. (anti klimath)
ps: Mamat, jangan marah aku tak jadi beli product yang kau demo itu, terima kasih belanja aku minum teh tarik, jangan merajuk, nak jadi kaya memang banyak ujian, jomlah pergi Masjid, kita sambung cerita kat sana pulak..
46 comments:
kesian mamat. hehe.
aku bimbang bila hukum Allah tak ditegakkan di Malaysia.sbb tu byk masalah dlm malaysia skrg ni.ekonomi kita x pegang.dadah kita no1 .rogol, zina etc..
ps:confirm aku kena kutuk ngan hamka lps ni.
Ada email mamat? Aku nak dapatkan tips..hehehe..
baiklah, akan ku lupakan cita2 ku utk menjadi orang ke 7 kaya di kawasan taman aku ni....aku nak jadik orang pertama ke surau...ke tujuh pun ok lagi kot?
alan zed
dalam dunia ni ramai orang yang perasan berjaya…
-----------
farhan
aku malas nak kutuk kau, jadi perkataan ‘confirm’ tu tak betul.
Berbaik sangkalah dengan aku..
----------
abu_harraz
kau nak cari mamat? Mamat ada di mana-mana dalam masyarakat kita..
Kadang-kadang boleh juga jumpa di masjid (kadang-kadang)
Ps: Semoga niat kita betul dan Allah pilih kita amal ugama sampai mati..
saje nak cerita... aku dah 10 tahun tak buka blog hamka, tiba2 hari ni buka balik.
baru je dalam seminit baca, hamka call aku (11.52 pagi, 7 Nov. 2007)
Allah Pak!
Masya Allah!
aku jugak saje nak cerita... aku dah 10 tahun tak buka blog hafizbar, tiba2 tengok ada komen dari dia.
baru je dalam seminit baca, hafizbar call aku (12.28 pagi, 7 Nov. 2007)
Allah Pak!
Masya Allah!
Assalamualaikum
(Aku ingin bercerita di comment box ini, maafkan aku yer Hamka..)
Perbualan aku dengan rakanku, si A
Si A: Eh, Faiz jom join usrah online jom.
Aku: Oh, aku ini bukan taknak join tapi aku rasa ustaz itu dia selalu buka aib orang bila berceramah. Aku bukan taknak join, tapi kalau dia cerita kebesaran Allah boleh juga..
Si A: Alah, banyaklah alasan ko.. Aku tahu ko ni tak setuju cara selain cara ko berdakwah kan?! Ko fikir kami ini berdakwah tak ikut Nabi dan kau sahaja ikut Nabi.. Ok Faiz, aku nak terangkan kat ko beberapa perkara..
Aku: Bukan macam tu maksud aku.. Aku lebih suka kalau kau yang bagi pengisian kat masjid esok bila ko dapat point2 dari ustaz tuh..boleh kongsi dengan aku.. Ko nak bagitahu apa?
Si A: Begini, aku tengok ko selalu mengelak bila aku ajak ko join usrah online. Aku nak bagitahu ko yang dakwah ini tidaklah terhad semacam yang ko sangkakan.. Ada orang boleh ikut cara yang ko selalu buat, tapi ada orang lebih selesa dengan cara lain. Maksudnya sama, goalnya sama tapi cara mungkin berbeza sesuai dengan kemampuan dan keadaan. Macam main bola juga, target ko nak sumbat goal, tapi boleh bawa dari tepi, tengah, kiri, kanan.. asal nanti capai golnya.. fahamm.. sebab itulah ko tengok ada orang dakwah dengan penulisan, dengan demokrasi, dengan usrah, dengan teknologi, dengan ape sahaja asalkan maksudnya sama..
Aku: Hmm.. kalau mcm tu boleh la aku solat cara aku? sebab ko kate kite beramal boleh je gune cara sendiri kan? aku ni bukannya pandai sangat nak cakap bab2 ni.. tapi bila lihat ko cakap macam ni, aku rasa baik kita tak payah cakaplah, nanti jadi benda lain pulak.. Ko pernah kata yang aku selalu buang masa dengan benda lain kalau aku x join usrah ko, tapi bila aku ajak ko keluar, ko taknak, aku tak cakap apa2 pun....
Si A: ok, aku tahu ko ni orang tabligh.. Macam ni Faiz, aku nak ko faham beberapa benda. pertama konsep ijtihad. aku rase ko tak faham benda ini.. Ijtihad dibenarkan dalam islam. menurut hadith diakhirat kelak Allah akan beritahu satu ijtihad sahaja yang betul, manakala ijtihad lain kurang betul.. Bagi mereka yang berijtihad betul akan dapat dua pahala, bagi mereka yang ijtihad salah, akan dapat satu pahala.. dua2 dapat pahala.. Jadi, bila ko kate dakwah ko sahaja cara nabi itu dah salah sebab ada ulama' ijtihad yang kita boleh buat dakwah melalui demokrasi, teknologi dan sebagainya. Kalaulah dakwah ko betul, maka kau akan dapat dua pahala, kalau aku salah aku dapat juga satu pahala, bukan dosa pun.. Jadi aku fikir biarlah aku dengan cara aku, asalkan aku ada yakin dengan apa yang aku amal.. sebab ada ulama' yang layak berijtihad yang buat benda ini dengan yakin. so, takderlah benda ini salah.. Ko tak payah bimbang dengan cara orang lain dalam berdakwah..
Aku: Hmm.. aku bukan kata aku betul, tapi sunnah Nabi itulah yang kena ikut. Aku tahu ada ulama' yang buat pembaharuan dengan ijtihad mereka.. tentang hadith tu aku selalu je dengar bila aku ajak kawan2 aku yang suka dakwah cara 'ijtihad' pergi keluar dakwah cara Nabi.. Aku pun tak pandai.. oklah, Aku harap ko dapat tingkat iman ko bile lepas usrah nanti.. jangan lupa minta ustaz tu bagi ko kerja untuk dibuat selepas dengar ceramah dia.. kerja tu kenalah diambil report plak oleh ustaz tu bile ko dah buat.. Ko faham tak maksud aku?
Si A: hmm.. ape2 je lah.. Ko jangan risau, kami yakin dengan ape yang kami buat. Kami ade ustaz2 kami. Kami berpandukan Quran dan Sunnah. Tujuan kita sama, cuma cara berbeza sikit. samada 1 or 2 pahala je lah.. hehe..
(aku pun bagi salam dan terus chow!)
PS: ader sape2 nak komen? Aku harap Allah bagi aku hidayat untuk baiki diri.. please jangan kutuk si A, atau aku, sebab kami hanyalah makhluk Allah..
haram jadah tul la
(bahasa urdu: haram zadah)
(bahasa melayu: anak haram)
"hafizbar.blogspot.com" yang aku dah DELETE, telah diambil alamatnya oleh orang lain untuk ruangan iklan-iklan seperti games, psp, xbox, ps3. entah2 lepas ni.... iklan sex plak. eeeeeeeee buduh2.
ps: patutlah hamka ada cakap pasal dia ada baca "blog" aku... caitt. sapelah manusia yg amik address itu. kalau aku tau, aku sumpah jadi mesin basuh. dapat juga ganti mesin basuh lama yg dah rosak kat rumah aku nanti.
pps: ini adalah sekadar pengumuman :-s
Wan Mohd Faiz
Mari kita dengar, Perbualan aku dengan rakanku, si A di sebuah padang pasir..
Si A: Bro, jom makan babi,
Aku: eh, mana boleh makan babi?, haram..
Si A: Tapi ustaz kata, kalau darurat kita boleh makan daging babi (lagipun rasanya sedap)
Aku: Takpelah, aku makan Dhob saja cukup.
Si A: eh, kau makan dhob? Nabi tak makan biawak kau tahu? Dulu ada sahabat Nabi RA offer Nabi tolak, kau kata nak ikut sunnah, tapi kau makan biawak dhob..
Aku: kau tak nak makan sudah, aku punya tenaga batin meningkat dengan izin allah bila makan biawak ni, bini aku pun suka, hari-hari inzal..
Sekian terima kasih..
--------
Hafizbar
Patutnya pengumuman ni di buat pada first komen..
He he he
owh. dh tukar layout eh. ;)
nice.
assalamualaikum...
tumpang lalu...
hmm..best la blog ni, rs fresh skit fikrah yg da lama berkarat ni. bl tgk sume orang yg komen ni cam terel2 je, harapnye ade lar yg bleh bg pendapat tntg masalah sy ni.
(sori bro hamka, out of topic ni..he3!)
soklannye, buleh ke orang pompuan bc quran time ye 'dtg bulan'? kalau orang tu hafal quran, ye bleh bc x apa yang ye da hafal ngn niat x nak bagi hafalan ye x ilang? sy da penim...coz dapat bnyk sngt pendapat dr ust2 n ustzh2 yg hafiz n bukan hafiz..
antara pendapat mereka..
1. xleh langsung, coz xde hadis yang kata bleh
2. budak hafizah bleh ngulang hafazan diorang, coz jg hafalan 2 lagi awla bg dioram..
3. xleh lafazkan bacaan, juz bc dalam ati je..
bebenornye, bl da bc quran ari2, rs xleh nak tinggal n takut hafalan ilang. nk bc dalam ati je cam x best...
so, kalau de sape2 yang pakar n tau tentang ni bleh x bg dalil yg jelas tntng hal ni.
ps: ustzh kt dalil ade, tp x pernah tunjuk...sy x pakar bab2 dalil ni, nk cri pom x pandai...bro hamka bleh tulun x?
memang melayankan.. apa2 pun.. salam kenalan dr ku.. hukhukhuk..!!
salam
fear & hope !!! huhu
Assalamualaikum...
To Wan Mohd Faiz,
Tak boleh samakan antara dakwah dengan solat. Dua2nya ada banyak persamaan tapi ada juga perbezaan.
Dari sudut hukum,Solat adalah sesuatu yang WAJIB buat, qath'ie dalam Al Quran dan hadith..
Dakwah juga sesuatu yang WAJIB dibuat, qath'ie dalam Al Quran dan Hadith.
Tapi cara solat ditunjukkan secara direct oleh Rasulullah. Ada cara tertentu yang khusus yang Rasulullah, yang tak boleh guna ikut cara sendiri ikut kepala hotak sendiri...
Untuk dakwah, nas berkenaan methodnya adalah umum. Allah suruh kita "Serulah ke Jalan Tuhanmu dengan Hikmah, dan perbuatan yang baik. Dan ucapkanlah perkataan2 yang baik2.".
Rasulullah dan sahabat sendiri berdakwah dengan pelbagai cara. Malah sebenarnya, seluruh kehidupan mereka adalah dakwah. Adakala Rasulullah berdakwah dari pintu ke pintu untuk kaumnya, adakalanya Rasulullah berdakwah dengan berutus surat kepada Raja2 negara lain (cth surat kepada Raja Parsi), ada juga Rasulullah berdakwah dengan cara pergi direct kepada pemimpin kaum itu (cthnya baginda ke Taif).
Ulama' membahaskan, semua itu merupakan sebahagian kecil daripada keseluruhan method dakwah yang Rasulullah buat.
Melalui perniagaan, Rasulullah juga berdakwah dengan menjadi seorang yang sangat2 jujur. Dan banyak hadith berkenaan Fiqh Muamalat yang Rasulullah ajar.
Melalui pemerintahan, Rasulullah dan sahabat juga berdakwah dengan memperkenalkan sistem pemerintahan Islam yang sangat efisien dan amanah, serta juga memperkenalkan konsep pemimpin-rakyat, yang mana pemimpin adalah sebahagian rakyat dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat (cth: kisah Saidina Ummar selaku Amirul Mukminin mengejar unta Baitulmal yang terlepas).
Rasulullah ajar akan batas2 perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan memperkanalkan sistem kehakiman dan perundangan Islam. Ada kesalahan yang Rasulullah hukum terus, ada yang Rasulullah biarkan dahulu, semuanya dengan hikmah tersendiri.
Melalui sistem sosial, Rasulullah juga berdakwah dengan memperkenalkan sistem hubungan antara manusia. Baginda mengajar umat Islam apa batasan dalam hubungan sesama Islam, hubungan dengan bukan Islam dan hubungan dengan musuh. Baginda dan sahabat juga mengajar kepentingan berjiran, hak2 manusia lain ke atas diri kita etc..
Melalui peperangan, Rasulullah mengajar umat Islam bahawa prinsip harus ditegakkan walau terpaksa berkorban nyawa untuknya. Baginda juga mengajar orang bukan bahawa Islam itu indah, dan membawa keamanan, namun jika Islam terancam maka umat Islam pasti akan bangkit mempertahankannya dengan darah dan nyawa.
Melihat kepada intipati dan konsep dakwah itu sendiri, maka semua perkara yang disebut di atas adalah terlingkung di bawah takrif Dakwah.
Ayat yang menyuruh Amar Makruf Nahi mungkar juga suatu ayat yang general. Rasulullah sendiri tak pernah fix kan satu2 kaedah untuk membuat kerja2 ini.
Amar makruf tidak semestinya dengan kaedah baik2, nahi mungkar pula tidak semestinya dengan kaedah hukuman. Ibarat kita mengajar anak. Adakala kita perlu rotan / pukul anak untuk Amar Makruf (cthnya nak suruh solat). Adakala kita nasihat secara berlembut bilamana dia melakukan kesalahan. Semua ini adalah dakwah
Hakikatnya, kaedah dakwah ini terlalu luas, buatlah, asalkan ia berhikmah dan menepati syara'.
Ibarat makan. Rasulullah makan dengan tangan namun orang cina Islam makan dengan chopstick. Ini mungkin kerana 'uruf (adat). Rasulullah makan dengan tangan, Alhamdulillah dapat kenyag dan pahala ibadah. Orang cina makan dengan chopstick pun, insyaAllah dapat kenyang dan juga pahala ibadah. Cuma jika orang Cina makan dengan tangan dengan niat ikut Rasulullah, maka ada extra pahala ikut Sunnah. Namun kaedah makan dan capaian target itu masih sama. Kaedah masih betul dan target (kenyang dan ibadah) masih tercapai...
Wallahu a'lam
Sambungan
Dalam konteks mamat tadi, beliau juga boleh berdakwah dengan menjadi kaya...
Namun aku setuju dengan hamka bahawa zaman sekarang semakin kaya seseorang, semakin jauh daripada Allah (Doalah biar ini hanya prasangka buruk aku!).
Dalam sepuluh sahabat yang dijamin syurga, salah seorangnya adalah ahli korporat tersohor zaman itu (Abdul Rahman bin Auf). Beliau seorang yang kaya raya, korporat besar di Mekah namun bila Rasulullah arah suruh hijrah, tiada sedikitpun rasa sayang pada dirinya untuk tinggalkan segala yang beliau telah usahakan...
Hasilnya, Alhamdulillah beliau start semula di Madinah, dan seterusnya jadi korporat besar semula di sana..
Islam tak halang kita jadi kaya. Cuma dalam Islam ada garis pemisahan jelas antara haram dan halal. As long as kita ikut garis halal, maka jadilah sekaya mana yang kita mampu tapi dengan satu syarat: Jangan lupa bahawa suatu hari nanti kita akan jadi mayat. Ingat satu athar: Beramallah untuk duniamu seolah2 kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah2 kamu akan mati esoknya..
Jika kekayaan itu membawa kepada bertambahnya keimanan kita kepada kekuasaan Allah, betapa kita sebagai hamba pun dah dapat jadi kaya giler, apatah lagi kekuasaan dan Maha Kayanya Allah! Subhanallah!
Dengan kekayaan itu maka imej Islam itu semakin meningkat, betapa Islam itu suatu Cara Hidup yang sangat2 relevan dan sesuai di semua zaman!
Seorang ulama' pernah ditanya tentang konsep Zuhud yang diamalkan oleh Rasulullah. Jawabnya: "Rasulullah dahulu, baginda tunggang kuda yang terbaik dan paling mahal (rujuk sirah). Kalau skrg Mercedes atau BMW lah.. Para sahabat dulu, khemah untuk peperangan dibuat dari kulit sejenis binatanag (maaf aku lupa apa nama binatang yang disebut ulama' tu), yang paling mahal pada zaman itu. Jadi kesimpulannya zuhud ini bukan bererti kita pakai baju compang camping, naik keta buruk, tak hirau dunia langsung. Zuhud adalah bilamana apa sahaja yang kita dapat di dunia ini, tidak akan beri kesan kepada keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya.."
Cuma janganlah bilamana kaya, terus lupa asal usul, lupa tuntutan2 Allah, lupa hakikat dan objektif Allah jadikan kita..
Ingatlah, setara Abdul Rahman Auf yang tak pernah tinggal Takbiratul Uula, tak pernah miss mana2 peperangan, hartanya semua confirm halal, tak pernah miss amal apa Rasulullah suruh pun, menjadi orang terakhir masuk syurga (dari sepuluh sahabat yang dijamin syurga). Dikatakan beliau masuk secara mengensot, dek kerana harta yang banyak yang perlu dihitung satu persatu...
Kesimpulan: Jadilah apa korang nak jadi, tapi jangan lupa korang pasti jadi mayat
Kuda paling mahal tak boleh disamakan dengan BMW MErcedes.
Kuda lagi mahal , lagi reliable, cekap, sihat, gagah, laju, pintar etc...
Mercedes hanya mewah, lavish, makan minyak kuat, mahal nak mampos,
Maksud di sini,
1. baik guna duit utk benda lain, bukan nak bawak perang guna mercedes or BMW tu
2. Kereta zaman sekarang digunakan utk dari point A ke point B.
3. Laju2 pun ada had laju. Klau bawak lebh dari 110km/j kat hi way dah berdosa, langgar perintah.
so..apa relevannya beli kereta besor? dan mewah lagi mahal??
Lainlah kalau nak bawak ramai rg naik......
Bro Abu indah,
Hehe..perumpamaan tu digunakan oleh ulama' tadi. Aku just quote. Mungkin betul, mungkin tak. Mungkin ulama' tu tak tahu sangat pasal kereta. Yang dia tahu kereta mahal skrg adalah Mercedes / BMW. Tu yang dia gunakan perumpamaan tu.
Tapi mungkin silap dari sudut perumpamaan jelah kot. Dari sudut konsepnya still betul..kan?
P/S: Keta ViVa aku boleh muat 8 orang (budak2 ler), bagi aku ia dah mewah, lavish dan agak mahal (walaupun belum nak mampos)...
Lim Goh Tong punya keta mayat pun Mercedes!
hafiz!!! you are back!! huhuhuhuu~ err.. over plak.. sory.. tolon.. jgn kutuk aku.. *ngeee*
Saya juga selalu bimbang pada benda2 yang tak sepatutnya...oh
mamat oh mamat...daku jua selalu didatangi oleh mamat yang ajak daku masuk MLM nih...dan ayat famous mamat adalah 'niat saya ikhlas nak bantu anak bangsa(orang melayu la tuh)'..tapi malangnya aku ni bukan orang melayu,pasal aku ni keturunan Kerabat Diraja Pai..hahahaha....tapi aku agak mushkil...kalo die ikhlas nak bantu..kenapa dia menggembar-gemburkan niat dia yang ikhlas tu???...lepas tuh,seperti yang kita sedia maklum..setiap orang yang berjaya mamat bantu dengan memasuki MLM under mamat nih maka mamat akan memperoleh komisyen yang agak banyak juga...jadi KEBIMBANGAN aku adalah:adakah mamat benar2 ikhlas mahu membantu ataupun orang2 yang ingin dibantu oleh mamatlah sebenarnya yang membantu mamat...hah sila jawab..
sori bro hamka.. lari topik... pai cheung lang.. hmmm dah lama aku x dgr nama tuh... pendekar laut tuh hahahhaha... anyway.. moga org melayu bangkit dari tidur (x semua yg tidor)
brother..
terima kasih..
tak semua aku setuju dengan ko..
sikit2 je lah
Dear Brother
Brother ko kate:
"Cuma jika orang Cina makan dengan tangan dengan niat ikut Rasulullah, maka ada extra pahala ikut Sunnah. Namun kaedah makan dan capaian target itu masih sama. Kaedah masih betul dan target (kenyang dan ibadah) masih tercapai..."
Ni mcm xleh blah, ade ke mcm tu..
Aku tak setuju. (xnak bahas2)
Ko ni ustaz ke ape? (xnak jawapan)
sayda
Oh dah lama kau tak datang komen, sekali datang bagi pujian, akupun apa lagi..
Bertambah diameter bebarapa lubang di badanku..
----------
haiyun_toheer
walaikumusallam…
kita lupa pada hafalan kita bukan kerana kita tak baca ketika haid, tapi kerana dosa dosa yang kita buat sepnajng haid, mak janglan buat dosa-dosa ketika haid atau pun ketika bukan haid., yang tak ada haid pun jangan buat dosa..
sekian.
Ps: selamat membaca wahai pembaca baru, selamat datang ke duniaku yang aman, di sini aku kelihatan macam ustaz, padahal bukan, harap maklum..
----------
aDeaL
Sorang lagi, selamat datang, dan jangan lupa komen yang best-best.(walaupun aku mungkin tak akan komen yang best-best kat blog engkau)
-----
wahidah
no pain no gain..
----------
brother
salam..
selalu orang yang macam mamat di atas guna alasan Nabipun berniaga dan jadi kaya..
padahal Nabi berniga sebelum jadi Nabi, umur 25 tahun, lepas Nabi buat dakwah, hidup berubah, sehari kenyang sehari lapar, jarang hari kenyang, banyak hari lapar..
Dan nabi doa supaya kekal miskin dan hidup bersama orang miskin.
Miskin adalah bukan papa kedana atau fakir
(harap maklum)
--------------
abu indah
takpelah jika mereka tersalah tamsil, Cuma harap jangan mereka tersalah TAFSIR..
Kitapun!!! (kita??)
Ps: baru aku tahu Lim Goh Tong punya keta mayat pun Mercedes!
Woha!
-------------
hawa
baru baru ni aku dengan hafizbar gi layan lepak kedai mamak belakang masjid sri petaling… aku minum 2 gelas teh’ tarik dan beliau minum teh’ tarik segelas dan kopi segelas..
jangan kena kencing manis sudah..
dan.., blog hafizbar dah tutup, tak akan kembali lagi, harap maklum.
----------
mia_sarah
kau nak cakap kita sama kan?
: )
---------------
Pai Cheung Lang
‘Mamat’ ada di mana mana.., bukan orang melayu sahaja.., nak bantu mamat, atau bila kita bantu ugama ALLAH, Allah akan bantu kita..
: )
--------------
to'Wan
Baru aku perasan nama itu adalah keluarga Pai, keturunan zonan, zinan, tapi yang aku maksudkan adalah nama klinik yang selalu wong fai hong lepak..
-----------
Wan Mohd Faiz
: )
Merah tanda berhenti. Hijau tanda jalan. Kunink, siap2 untuk berhenti..Selamat Zul Kaedah!!
Merah tanda berhenti. Hijau tanda jalan. Kunink, siap2 untuk berhenti..Selamat Zul Kaedah!!
Ye.. Merah tanda berhenti. Hijau tanda jalan. Kunink, siap2 untuk berhenti..Selamat bulan Zul Kaedah!!
org tua aku pesan klu tak nak rasa susah jgn pandang org senang, tapi pandang org yg susah dari kita..
bila kita buat camtu hidup kita akan aman sebab kita akn lebih bersyukur... bersyukur dngn apa yg ada..
Wan MOhd Faiz,
Adakah ko rasa orang yang tak makan dengan tangan (kerana 'uruf / adat) maka takkan dapat pahala ibadah makan, hanya dapat kenyang? Kesianlah kat orang Cina / Orang putih muslim. Depa tak pandai makan dengan tangan. Bukan sebab taknak ikut sunnah tapi dah adat mereka cmtu so mereka mmg tak pandai makan pakai tangan.. (ini bukan bahas, ini adalah soalan dan statement)
Aku bukan USTAZ, aku pun BARU NAK START...
haiyun_toheer 2
aku dah Tanya ustaz, kata ustaz..
KALAU SEDANG MENGHAFAL BOLEH BACA ULANGAN TAPI TAK BOLEH BACA HAFALAN BARU.
KALAU SEORANG HAFIZAH YANG MANTAP DAN LAMA:-TAK BOLEH, UNTUK HAFIZAH YANG BARU SAHAJA.
Apa-apaun, boleh email aku pulak.
-----------
Iwenk DAN a.k.a P@i said...
Aku tak faham!?
---------------
HazuraHamzah
Pesanan orang tuamu sama seperti pesanan Nabi Muhamad SAW
Alhamdulillah..
: )
---------------
brother
kau tulis dengan ihklas, boleh aku tolong jawab?
kalau cacat iaitu tak de tangan, atau sakit, masih dapat pahala walaupun guna teknolgi dan adat.. yang penting niat nak ikut sunnah..
tapi kalau kerana dah adat sahaja, korang tinggalkan sunnah, korang memang ada masalah, memang baru nak start.
brother..
blajar la ikut sunnah..
apa ko ingat org yang ikut sunnah kat malaysia ni memang adat diorang ke? mana ada?
diorang didik akhlak dan cara hidup untuk ikut sunnah walaupun pada mulanya berat...
sunnah tutup kepala masuk tandas...nampak senang..nak dapat istiqamah..payah...
sunnah minum amik cawan tangan kanan
dan mcm2 sunnah...
nampaknya org putih dan org cina tu kena tekan nafsu didik tabiat supaya boleh ikut sunnah nabi makan pakai tangan 3 jari
- aku pakai 5 jari (belum tepat sunnah)-
Hebatgak blog ni..Syabbbas beta..
Brother..
Aku duduk USA, Aku ada kawan muslim Mat Salleh yang ramai (bukan nak riyak)
Yang simpan janggut, diorang makan ngan tangan. (ko nak aku ambil gambar ke?!)
Yang simpan misai dan cukur janggut, makan style barat.. (aku kadang2)
So, ko kene gi menjelajah dulu baru buat statement..
Sape xfaham statement diatas, boleh pergi kedai dan belilah apa sahaja.
Good luck!
-hehehehehehehehhehehe-
Sorilah sahabat2,
Aku bukan nak defend mereka yang tak ikut sunnah. Memang nak tak nak kita kena usaha jugak sedaya upaya untuk ikut sunnah...
Aku respek member ko Wan Mohd Faiz, org putih tapi boleh makan dengan tangan dan ikut sunnah. Memang bagus kalau macamtu!
Tapi sepanjang aku duduk di US (aku pernah menetap di RI & MA selama 10 tahun, belajar dan kerja), banyak jenis muslim yang aku jumpa...
Mungkin tempat aku duduk tu (Worchester, Pawtucket & Attleboro) Islam baru nak berkembang. Kalau solat Jumaat, orang perempuan ikut solat sekali (aku tau kat lain pun ada), ada yang datang solat dengan seluar 3 suku (still tutup aurat tapi ngam2 tutup ja), ada yang masih terkial2 ikut imam solat. Ada lelaki yang pakai rantai emas buat solat, ada yang pakai ala2 nigger rap datang solat (kebanyakan Islam di kwsn tu adalah org african-american), ada yang badan penuh tatu, datang jugak untuk solat tak pernah miss.. Tapi Alhamdulillah depa semua istiqamah nak Islam.. CUma mungkin mereka di tahap permulaan dan tiada bimbingan
Mula2 aku sampai, aku memang jumud. Pandang rendah org yang tak ikut sunnah, tengok semacam je... Tapi lama2 baru aku tahu yang Rasulullah tak suruh pun kita jadi sejumud tu...
Aku baru faham bahawa setiap orang ada tahapan masing2. Bukan semua faham Islam mendalam macam kita (perasan faham Islam!). Bukan semua ada peluang nak belajar kitab macam kita. Kalau kita nak jumud benda tu tak boleh benda ni tak boleh, mungkin orang yang baru nak berjinak2 akan lari terus!
Oh..Sorry! Aku mungkin tak cukup menjelajah lagi!!!!
Cuma aku nak tanya satu soalan, Rasulullah kata kalau pegi solat setiap langkah akan diberi pahala. Tapi kalau kita pegi solat naik kereta (tak ikut sunnah tu!), tak dapat pahala ke, sebab tak ikut sunnah?
P/S: Faiz, Kalau ko berkesempatan keluar dakwah ke RI or MA, cubalah ke tempat2 di atas. Sampaikan salam aku kat mereka. ckp "brother chinese" kirim salam...
(((Cuma aku nak tanya satu soalan, Rasulullah kata kalau pegi solat setiap langkah akan diberi pahala. Tapi kalau kita pegi solat naik kereta (tak ikut sunnah tu!), tak dapat pahala ke, sebab tak ikut sunnah?)))
-------------
maaf mencelah perbincangan mengenai bro islam dan amerika antara Faiz dan brother chinese..
aku nampak 'kartun' benar soalan kau tu, maka aku nak tanya pulak satu jer soalan yang berbentuk 'kartun'.
kau naik kereta, kau parking tepi saf ke?, atau kau nak helikopter dan terjun terus ke saf?, atau kau parking, dan kau jalan-jalan baru sampai saf?
sekian.
hamka,
kartun naruto ke detective conan? Dua2 aku minat...
So adakah part jalan kaki je yang dapat pahala, part naik keta tak dapat pahala langsung?
Macamana dengan baca Quran digital? Dengar bacaan Quran melaui radio? Belajar guna komputer? Belajat guna buku teks? Belajar English? Belajar agama dalam English (Rasulullah kan guna bahasa Arab je)? Sedekah guna duit RM (tak ikut sunnah ni sebab Rasulullah dulu tak guna Ringgit / duit kertas)?Semua tak dapat pahala ke sebab tak ikut sunnah betul2?
Solat tapi pakai kemeja mcmana pulakk?? Rasululah dulu tak pakai kemeja! tak dapat pahla ke solat mcmtu??
Banyak lagi soalan yang aku nak tanya. Tiba2 azan maghrib daaaa.. Aku chow dulu..
soalan terakhir sebelum pegi solat:
Kalau orang cacat yang naik wheel chair, tak dapat pahala ke sebab tak "melangkah"???
Harap dapat jawapan walau sekartun manapun soalan aku ni..
Sekian
Apa-apa pun, marilah kita bergembira walau dimana kita berada..
Maaflah semua kalau terkasar bahasa.
bye2
Aduh bro, tak paham lagi ke?
Bila soalan kartun, tak perlu jawab, nanti semua jadi kartun..
Kau tanya aku soalan kartun:
((( kalau kita pegi solat naik kereta (tak ikut sunnah tu!), tak dapat pahala ke, sebab tak ikut sunnah?)))
Maka aku tak jawab, sebab semua dah tahu pasal dosa pahala, Cuma tak paham dengan sunnah dan bidaah, lalu aku bagi contoh soalan kartun yang lebih mencabar.
(((kau naik kereta, kau parking tepi saf ke?, atau kau nak helikopter dan terjun terus ke saf?, atau kau parking, dan kau jalan-jalan baru sampai saf?)))
Dan jangan jawab soalan aku tu, tapi kau tak paham, dan tanya lagi solan kartun yang lebih memalukan diri sendiri.
((( Macamana dengan baca Quran digital? Dengar bacaan Quran melaui radio? Belajar guna komputer? Belajat guna buku teks? Belajar English? Belajar agama dalam English (Rasulullah kan guna bahasa Arab je)? Sedekah guna duit RM (tak ikut sunnah ni sebab Rasulullah dulu tak guna Ringgit / duit kertas)?Semua tak dapat pahala ke sebab tak ikut sunnah betul2?)))
Lalu azan maghrib berkumadang dan kau nak pergi masjid, tapi sempat Tanya lagi soalan kartun yang last!
((Solat tapi pakai kemeja mcmana pulakk?? Rasululah dulu tak pakai kemeja! tak dapat pahla ke solat mcmtu??, Kalau orang cacat yang naik wheel chair, tak dapat pahala ke sebab tak "melangkah"???))
He he he, semoga solat kau dan aku khuyuk dan khuduk..
Baiklah, buat kali terakhir, aku bagi soalan yang betul betul kartun:
Who lives in a pineapple under the sea?
Absorbent and yellow and porous is he!
If nautical nonsense be something you wish!
Then drop on the deck and flop like a fish!
Who?
(HA HA HA HA !!!!)
Ps: kalau kau jenis sensitive dan mudah merajuk, jangan baca blog aku, ok?!
Hamka,
No problemo.. Takkan ko nak buat lawak spastik sket aku nak ngajuk dah kot..tak hero lah aku kalau mcmtu!
Tujuan aku tanya soalan2 yang berbentuk kartun tu adalah nak menerangkan perkara2 seperti di bawah:
1) Maqasid lebih penting dari nas yang zahir (seperti yg dikatakan oleh Sheikh Yusof Al Qaradhawi).
Apa yang Rasulullah buat atau sebut, boleh diterima dari dua segi. Dari sudut nas yang zahir dan juga dari sudut maqasid. InsyaAllah sesiapa yang ikut mana2 satu atau kedua2nya akan dapat pahala..
Bila Rasulullah sebut "Belajarlah walaupun hingga ke Negeri China", bukan semata2 Rasulullah suruh gi blajar ke China sahaja, tak boleh ke US atau UK atau Malaysia (alamak! Malaysia tak wujud lagi daa time tu!)..
Nas yang zahir adalah kena pergi walau ke negara China untuk belajar. Maqasidnya adalah pergilah belajar walau sejauh mana atau sesusah mana perjalanannya..
2) Kita tak boleh terus tolak perkara2 yang tiada di Zaman Rasulullah dan terus cop sebagai bidaah, walaupun perkara itu dicipta oleh orang kafir mahupun Yahudi. Perlu kepada perbahasan ulama'2 yang faqih dalam membahaskan isu2 kontemporari.
Saidina Ali KWJ pernah berkata " Ambillah ilmu itu walau dari orang kafir".
Yang penting, sebelum jatuhkan sesuatu hukum, perlu ada 'ilmu yang sesuai (Ilmu Bahasa Arab, Usul Fiqh, Ulum Hadith, Tafsir dan baaaaaaanyak lagi). Bukan semata2 kita tengok sesuatu then boleh terus jatuh hukum hanya kerana kununnya Rasulullah tak pernah buat..
Banyak lagi yang aku nak cakap tapi sebab masa tak mengizinkan..
Ingat daku dalam doamu...
Assalamualaikum.
Saya pun tak pandai baru2 nak belajar.
1) Hadith langkah2 pahala tu bukanlah menunjukkan kalau tak melangkah tak dapat pahala, tapi menunjukkan setiap kesusahan yg kita dapat untuk tunaikan perintah Allah akan diberi pahala.
Contoh ni banyak dalam kitab Fadhail Aamal sendiri; seperti Fadhilat Quran dan Fadhilat Sedekah.
Org yg susah-susah naik kereta pun akan diberi pahala juga. Minyak petrol, minyak pelincir tu semua dikira sedekah insyaallah.
Tapi kenalah mengakui kelebihan berjalan kaki ke masjid. Mesti ada kelebihannya yg mengatasi cara lain. Cuma kita tak faham lagi. Kalau tak kenapa dalam hadith tu tak sebut tapak2 kuda? Atau tapak2 keldai?
2) Kebiasaan Nabi saw yg tak wajib jgnlah kita wajibkan. Yg paling wajib sebenarnya buat usaha atas agama dan jadikan usaha agama maksud hidup.
Org tak mampu jangan dipaksa.Org baru mmg perlu diikram, tapi org lama kenalah improve diri. Sampai bila nak jadi "kanak-kanak" dalam agama?
Bukankah terdapat satu kaedah "Kelaziman Rasulullah saw dalam melakukan satu perkara menunjukkan kesunnahannya"? Jadi kenapa nak ingkar lagi kelebihan sunnah-sunnah yg tak wajib?
Patutnya kita galakkan lagi org buat dgn KASIH SAYANG, anak2 kita didik supaya suka meniru Rasulullah saw. Kalau kita tak mampu belajar istighfar dengan kelamahan diri. Ini tanda org-org yg ada sifat tawaddhu.
3) Tujuan buat amalan masjid ialah supaya hidup suasana hidayat di halaqah. Kalau masjid pun tak hidup dgn amalan dakwah taklim taklum dan dzikir ibadat, boleh ker pasar dan tempat kerja wujud suasana hidayat?
Memanglah masa berniaga boleh berdakwah, tapi kita buat usaha agama biarlah tersusun. Kalau untuk duit berpagi2 kita keluar, sepatutnya untuk agama kita beri masa paling baik, bukan baki2 masa.
Kenapa manusia boleh berjaya dalam berniaga meskipun susah? Sebab sungguh2, dan satu lagi tersusun. Sama juger. Dakwah pun kena buat sungguh2 dan tersusun.
4) Cara-cara lain untuk dakwah tak salah, bagus. Tapi jgn cukupkan dgn itu sahaja. Kita berkeyakinan keberkatan dan keberkesanan dakwah tu ada dalam cara yg asal, cuma sebab kita tak amal betul2 mmg tak nampak. Dah tertib, kalau amal ilmu yg tau, Allah beri ilmu yg kita tak tahu.
Macam dengar Quran. Mana lebih berkat dan hampir pada sunnah, dengar melalui radio/kaset atau sorang baca sorang dengar? Mestilah sorang baca sorang dengar sebab kita dah buat majlis dzikrullah. Berjutanya kelebihan majlis dzikrullah tak perlulah diterangkan lanjut sebab org2 dekat sini pandai2 belaka.
terima kasih watashi.
aku boleh bukak tajuk blog dengan komen kau ni.
insyAllah.
assalamualaikum . saya ada copy paste beberapa entry (bukan beberapa , dah banyak dah) masukkan dalam group whatsapp . terima kasih . halalkan ye . maaf tak mintak izin . semoga bermanfaat . :)
salam, nak copy, boleh, tapi bagitahu sumber: contoh: di copy dari blog hamka keretamayat, begitulah adat menyebarkan ilmu.
Post a Comment