Aug 2, 2007

Bila nak buat Tahlil?

(Cerita di antara Nasi Bukhari + Sirap DAN Nasi Goreng ikan bilis + Teh tarik)

Burp!
Aku mempunyai satu perangai buruk, iaitu:-

Tak suka pergi tahlil di rumah orang yang aku tak kenal..

Walaupun aku di jemput, errr, maksud aku jemputan secara umum di masjid-surau yang di iklankan sebaik imam mengaminkan doa selepas solat isyak.

Biasanya member aku si A pantas dalam bab-bab camni, sebelum solat isyak lagi dia dah bisik-bisik aku, “Malam – Ini – Ada - Tahlil.”

Empat patah perkataan itu akan membuakan aku terus blah sebaik sahaja encik imam bagi salam, aku dan si A ke belakang, buat solat sunat sikit, dan ketika iman berdoa dan salam pusing, aku dan si A telah lesap dari pandangan mata mereka.. woha!

Dan yang paling penting, ketika IKLAN di buat, aku telah berada jauh dari tapak pengiklanan tersebut.. itu yang penting! Satu kaedah yang sah di guna pakai oleh aku dengan alasan tak wajib pergi kerana aku tak di jemput (atau aku tak dengar jemputan),

Dulu masa aku budak kecik dan miskin, aku pernah bagi ‘wasiat’ kat mak aku supaya kematianku kelak, tak perlu buat tahlil, mak aku marah aku:

‘kau dah mati, lantak mak lah nak buat ke tak!”

Hampeh...,
errr, ada tak orang hidang mee magee 3 malam sepanjang tahlil..

Baiklah, Untuk korang yang baru masuk islam dan tak tahu apa itu tahlil, dalam masyarakat melayu, lepas orang tu jadi mayat, maka akan di adakan majlis zikir dan berdoa untuk si mayat, lepas tu ada makan-makan, biasa malam pertama mee goreng, malam last baru best makan nasi berlauk special, woha!

Namun amalan ni nabi tak buat, dan aku bukan nak tulis pasal hokum, pasal bidaah dan fatwa, aku just nak cerita sebuah pengalaman di sebalik tahlil, sebelum tu aku nak jawab:

Kenapa aku tak suka pergi tahlil?

Korang sebenarnya kena sangka baik dengan aku.., aku mungkin ada kerja sekolah yang belum siap, (jika aku seorang pelajar) yang mana aku kena hantar esok, deadline besok sebelum subuh.., karang aku kena tampar oleh guru dan masuk dalam paper muka depan kerana balas balik serangan tu.. tak ke haru?

Atau mungkin perut aku sakit, kena balik cepat, sebelum bontot aku pecah dalam surau dan menyusahkan tok siak kerana mengotorkan karpet.. (ramai orang tak suka melengahkan berak, tapi suka melengahkan solat..hampeh!)

Atau mungkin bini aku nak bersalin, atau kami baru nak cari perfect timing untuk dapat anak pada tarikh lahir pada 8 hb 8, 2008 misalnya?

Apa-apalah!

Tapi yang pastinya, alasan utama adalah sebab aku tak kenal akan si mayat tu, termasuk keluarganya, kalau aku kenal, insyAllah, aku datang demi hubungan sesama islam (iqram)

Lagi pulak, aku la ni diet malam, kononnya tak nak makan malam, al maklumlah, badan aku gemok semacam, badan bertambah luas dengan kehodohan, betis macam tiang bank, perut buncit labuh ke lutut, bulu kaki semakin jarang, maka demi masa depan, bini aku sedaya upaya cuba sediakan makan malam sebelum mahgrib.. bukan apa, nak jimatkan kain kapan, nak bagi senang orang usung mayat aku ke kubur kelak.. dan nak bagi senang orang gali kubur aku, luas standard, tak makan banyak space.. (biar betul?)

Tapi ada gak hari-hari yang bini aku tak sempat masak atau aku sibuk terus ke surau yang mana tak sempat pulak nak makan malam dan terpaksa makan lepas isyak..

Dan cerita hari ni adalah tentang aku yang ada program kat kampong sebelah, si A pulak solat surau lain, petang tadi lewat dari opis terus singgah masjid, lepas isyak iman buat iklan..

“Assalamualaikum..”

“Di jemput semua ahli jemaah ke rumah arwah XXXX, kerana ada jemputan tahlil!”

Arghhh, aku sudah terperangkap dalam jemputan tahlil, imam dah lihat muka aku, bilal dan cam muka aku, satu saf jemaah kenal siapa aku, aku tak boleh escape lagi, dan si B pulak yang merangkap member baik aku dari kampong sebelah tekankan perlunya aku ke rumah arwah XXXX demi hubungan sesama muslim.. iqram muslimin katanya.

Aku percaya dengan takdir tuhan, bahawa malam ni rezeki aku di takdirkan kat rumah arwah si XXXX yang aku tak kenal.., aku tak perlu berdalih lagi.

Hakikatnya, aku rasa aku ni banyak dosa dan punya hati yang gelap seterusnya membuatkan aku tak ghairah untuk pergi tahlil, tak rasa teruja untuk duduk berzikir beramai ramai walaupun di hujung program ada acara makan-makan yang lazat dan.. FREE…

“Tapi takpe, bolehlah aku qohdo zikir harian aku yang terlepas..” bisik hati kecilku ketika melangkah masuk ke kereta si B, sebab aku tak tahu jalan ke rumah si mayat.

Bila sampai rumah si arwah, hatiku yang banyak cinta dunia teruja tengok pintu pagar si mayat, besar dan tinggi.., berkilau macam emas, berseni bina back to the futere, bukak pakai remote.., ada lampu neon menghias kelam malam, orang kaya rupanya, patutlah rumah lebih besar dari masjid., arggh, semua ini akan menjadi tanah, bisik hati kecilku membunuh anganku ketika melangkah masuk ke halaman rumah si mayat.

Aku terus masuk dalam rumah, cari posisi terlindung, takut kena jadi pemandu zikir, aku tak hafal doa tahlil..oh!
Si B ikut aku duduk sebelah, takut kena baca doa gamaknya, kami berada di posisi sempadan antara dapur dan ruang tamu, dari dapur aku dengar bunyi piring dan cawan berlaga, sesekali terdengar suara makcik dan perempuan cantik ketawa.(cantik? barangkali-perempuan kaya biasanya cantik, jika tak cantikpun mereka kelihatan sungguh ‘bersih’)

Pendek cerita imam solat isyak tadi yang menjadi pemandu zikir dan aku menumpang zikir secara berjemaah…

Pendek cerita lagi, habis tahlil dan doa, makanan di hidangkan, hmmm, Nasi Bukhari, aku pulak jenis pantang tengok.., terus menambahkan jisim dan jirim di bahagian perutku..

Time makan, aku berborak dengan si B, serba sedikit tentang si mayat yang di tahlilkan, sambil mata aku melilau lihat hiasan rumah yang sungguh advance bombastic..

Aku lihat batu koral (pebbles) yang di hias sebagai dekorasi indoor yang mesra alam dan sfesifik, eksotik dengan tekstur dan warna-warna cantik, gabungan klasik dan future beserta konsep feature wall yang berwarna warni. Lepas tu ada border kayu jati yang di ukir indah, ada Wall Paper bercorak penuh floral yang buat si pemandang akan rasa lupa nak mati, langsir yang bercirikan night curtain cukup untuk memancarkan cahaya romantik dan sedap mata memandang. Ada valance (kepala langsir) Scallop dan Blinds.. arghh, aku agak melampau dalam memuji rumah si mayat ni..oh! macamlah aku mampu, aku sedar diri ini lelaki miskin… arggh, semua ini akan menjadi tanah, bisik hati kecilku membunuh nafsuku lalu terus tambah Nasi bukhari.. nyam nyam..

Sambil menguyah aku pasang telinga dengar cerita si B..
Menurut si B, semasa arwah masih hidup, si B ni selalu gak cuba datang ziarah rumah si arwah dengan niat menghubungkan silaturahim, tapi si arwah seorang yang sibuk, jarang dapat jumpa, itupun hanya sempat berkirim salam, jumpa di jalanan hanya dapat angkat tangan, cermin kereta gelap dan kereta bergerak laju…, dan bila si B ke rumah, lepas tekan loceng yang keluar adalah orang gaji:

“bapaknya nggak ada”

Si B bercerita lagi, sambil tambah Nasi bukhari,

Aku pergi pagi..
“bapaknya nggak ada”

Aku pergi petang..
“bapaknya nggak ada”

Aku pergi malam..
“bapaknya nggak ada”

Last sekali, imam masjid panggil aku mandi mayat dia, baru aku dapat ‘jumpa’ dia, dan baru aku dapat masuk rumah dia malam ni.., dapat makan rumah dia, tapi sedihnya, aku di sini sebab dia takde…, (sebab bapaknya sudah nggak ada), jika dia ada, aku pulak yang takde di sini..

Si B sedikit beremosi, sedih kerana gagal berjumpa dengan si mayat untuk bercerita cerita tentang ugama.., (dalam beremosi makan banyak gak.)

Untuk makluman, si B ni pendakwah di kampong dia, seorang pendakwah yang berkeinginan untuk jumpa semua orang kampong demi mewujudkan suasana ugama, belajar mewujudkan suasana lelaki yang bertemu dan berpisah semata mata kerana Allah.. nak duduk bawah arasy katanya.. (amin)

Aku pendekkan cerita..,

Ok, dah habis makan dan boleh balik.., di luar rumah melewati halaman si arwah, aku lihat ada tersusun alat senaman yang biasa di lihat di gym, (ada 2 jer kot) ada kolam ikan, air pangcut, patung bangau, air terun mini.. bla bla bla.., tapi di manakah tuan punya semua harta benda ni?

DI MANAKAH TUAN SEMUA HARTA INI DULU?

Ya! Tuan semua harta ini sudah menjadi mayat..
Sudah di simpan di dalam tanah..
Sudah di tanam di dalam kubur..

Dan kubur seperti biasa akan buat kerja dia,
Kubur akan koyakkan kain kafan,
Kubur akan hancurkan tubuh hingga menjadi keping-kepingan…
Kubur akan hisap darah sampai kering..
Kubur akan meratah daging di setiap tubuh penghuninya…!!

Tahukah engkau wahai mayat?, apa yang kubur akan buat atas persendian-persendian di tubuh engkau?

Kubur akan pisahkan tangan engkau dari bahu,
Tangan dari lengan,
Punggung dari tubuh,
Paha dari punggung,
Lutut dari paha,
Betis dari lutut, dan kaki dari betis…

Wahai mayat, tahukah engkau?, kehidupan di dunia dulu terlalu singkat,
Dan dunia telah banyak menipu engkau…

Yang hebat di dunia, hina di akhirat…
Yang kaya di dunia, fakir di akhirat…
Muda di dunia, cepat menjadi tua…
Yang kau tinggalkan tak lama lagi akan jadi mayat macam engkau jugak…

Kau telah biarkan dunia menipu engkau, dengan menarik perhatian engkau
Padahal, engkau selalu melihat betapa cepat dunia berpaling dari pemuja dan pecintanya..
Yang bodoh bangang sahaja mudah terpedaya dan terperangkap oleh dunia…

Di manakah engkau pencinta pecinta dunia yang telah mendirikan rumah yang besar…?
Yang telah berjaya menhabiskan bayar loan kereta yang mewah itu?
Yang telah berjaya menyimpan sejumlah wang yang besar dalam bank?
Engkau telah hidup di dunia selama masa yang terlalu sedikit lalu pergi dari sini dengan meninggalkan segala-galanya yang telah engkau penat kumpulkan dan bersusah payah memiliki…

Semasa hidup di dunia, engkau telah menikmati kehidupan yang sihat sempurna serta kekuatan jasmani yang memperdayakan engkau sehingga engkau mulai hidup dengan mengikut hawa nafsu serta melakukan dosa dosa!!!

Demi Allah!
Engkau telah di cemburui di dunia kerana memiliki harta yang banyak…
Engkau menghadapi bermacam-macam halangan untuk mencari harta, namun demikan, akhirnya engkau berjaya mengumpulkan harta yang banyak…
Orang lain di dunia merasai hasad dengki terhadap engkau…
Tetapi engkau tidak hairan dan tanpa peduli engkau terus mengumpulkan harta sambil menahan segala jenis kesusahan dan kepayahan dengan rela hati…

Tetapi, lihatlah hari ini..bagaimana tubuh engkau di seksa oleh bumi dan bagaimana keadaan persendian-persendian di tubuh engkau, dan tulang tulang engkau di makan ulat…

Semasa di dunia engkau berehat di atas sofa yang lembut lagi mewah dan di kelilingi oleh kekasih-kekasih dan sahabat sahabat.
Kawan kawan, anak isteri, saudara mara, jiran jiran sentiasa mengikut kehendak engkau..
Tetapi sekarang, apakah yang sedang berlaku..?
Kami bertanya engkau wahai mayat dengan suara yang kuat!

“Bagaimana keadaan engkau sekarang ini?”

Orang kaya jadi mayat orang kaya, orang miskin jadi mayat orang miskin,
Dan semuanya terbaring dalam padang yang sama.

Wahai mayat orang kaya…
Apakah harta engkau sedang memberi manfaat kepada engkau?
Wahai mayat orang miskin…
Apakah kemiskinan engkau sedang memberi mudarat kepada engkau?

Wahai mayat..
Bagaimana keadaan lidah engkau yang selalu hebat berhujah itu?
Bagaimana keadaan mata engkau yang selalu memandang ke segala arah itu?
Bagaimana keadaan wajah engkau yang cantik itu?
Adakah ulat-ulat di kubur tidak berbuat apa apa?

Ya! Wajah engkau sudah menjadi hitam!
Daging engkau sudah habis di makan!
Wajah engkau menjadi hodoh ditekan tanah!
Anggota tubuh engkau sudah terputus putus dan sendi sendi engkaupun sudah terpisah satu dari yang lain…!!!Oh!

Di manakah isteri engkau yang sentiasa menyahut.. “ya, bang..”
Di manakah teman sepertiduran engkau dan isteri tersayang?
Di manakah buku simpanan yang engkau begitu ambil berat dengan jumlah angkanya dulu?
Di manakah wang insuran yang telah engkau korbankan setiap bulan?

Adakah harta engkau sedang membantu engkau sekarang?
Dalam liang kubur ini, tidak di hamparkan alas tidur,
Tidak di sediakan bantal,
Di baringkan atas tanah begitu sahaja…

Alangkah sedihnya!
Engkau di tinggalkan seorang, dalam gelap gelita…
Dalam himpitan tekanan tanah…
Kini, siang dan malam menjadi serupa bagi engkau…
Engkau tidak dapat berjumpa dengan kawan kawan lagi…
Dan kawan kawan juga tidak dapat menziarahi engkau lagi…

Alangkah begitu ramainya mayat dalam kubur…
Semasa hidup di dunia mempunyai tubuh yang lembut lagi cantik,
Mempunya rambut yang kuat, pipi yang gebu, gigi yang putih bersinar..

Wahai mayat lelaki kacak dan mayat wanita jelita..
Kini tubuh engkau hancur, anggota anggota badan sudah terpisah satu dari yang lain,
Mata yang cantik dulu, kini terkeluar dari tempatnya dan mungkin di atas pipi..
Bahu sudah menjadi asing dari tubuh,
Mulut penuh air busuk dan nanah,
Binatang binatang melata sedang bergerak di seluruh tubuh engkau

Engkau di tinggalkan dalam keadaan sedih begini sedangkan pasangan engkau bakal berkahwin dengan orang lain, anak anak sudah mengambil alih harta yang engkau kumpulkan itu..
Waris waris sudah membahagikan hartanya…

Namun wahai si mayat…

Sekiranya di dunia dulu engkau tidak lupa dengan rumah yang asli ini, dan engkau selalu mengutamakan akhirat daripada dunia, dan engkau selalu mengumpulkan bekalan di sini sebelum engkau sendiri yang datang, maka dengan wajah mayat yang segar dan cantik, berehatlah engkau di dalam ini kubur dengan penuh keseronokkan dan kesejahteraan..

Nanti satu pintu shurga akan di buka untukmu.., lepaskanlah pandangan mata sejauh kaki langit menikmati taman shurga yang mana apabila sangkakala bertiup kelak!

Selamatlah engkau menuju shurga yang kekal sejahtara abadi…"

Happy ending!

*****
Aku sampai rumah agak lewat, isteriku menunggu aku makan malam bersamanya, isteri solehah selalu begitu! (mudah-mudahan-amin) dan arghh, aku lupa makan malam di rumah lagi! Tapi aku dah kenyang melantak nasi bukhari.., apa nak buat?

Nak tak nak, demi kasih sayang dan tak nak menjadi saudara setan, aku makan lagi sekali bersama anak bini.., (iqram muslimin) best pulak makan lagi sekali.., nasi goreng ikan bilis.. bersulamkan teh tarik..
Ambik kau ulat dalam kubur, lepas ni bestler engkau menketedarah, badan aku yang banyak isi ini satu hari nanti akan lepak bersama-sama korang, tungguuuuu!!!

Jemput-jemput cik ulat mayat sekalian , makan-makan! jangan segan…makan lidah, telinga, hidung… sedap tu..ha! mata ada lagi sebelah, sila makan..otak sarebrum pun sedap! Tu, modula oblogata tu ada sikit lagi, hisap sedap tu..sila-sila he he he, buat macam rumah sendiri..

Sekian.

Ps: Errr, bila nak jemput aku tahlil wahai bakal mayat sekalian?lauk apa malam ke tiga?

29 comments:

Anonymous said...

first post yea!

Azlan Zed said...

hurm, aku pun x berapa gemar nak gi tahlil org yg x kenal. ngape yer ?

Anonymous said...

'aku la ni diet malam, kononnya tak nak makan malam, al maklumlah, badan aku gemok semacam, badan bertambah luas dengan kehodohan, betis macam tiang bank, perut buncit labuh ke lutut, bulu kaki semakin jarang, maka demi masa depan, bini aku sedaya upaya cuba sediakan makan malam sebelum mahgrib.. bukan apa, nak jimatkan kain kapan, nak bagi senang orang usung mayat aku ke kubur kelak.. dan nak bagi senang orang gali kubur aku, luas standard, tak makan banyak space.. (biar betul?)'

dulu ko pernah letak gambar tapak tangan ko dan seterusnya mempamerkan pehe ko.. aku tgk tak der lah gemuk macam ko gambarkan.. cuma bulu tu kurang pasti lah.. persoalannya klu betullah ko dalam gambar yg mempamerkan tapak tangan ko tu....kenapa lah ko cakap yang ko ni gemuk..bla bla....dan...lalala.... bukan tu kire menipu ker... kenapalah aku bleh membangkitkan isu yg remeh ni...

hamka said...

Anonymous

Boleh tak kau pergi kat entry yang lepas-lepas dan tulis komen “last post..”
Woha!

-----
alan zed

mungkin kerana kita ada benda lain yang nak di buat, walaupun tak seurgent mana, tapi benda tu penting bagi kita, betul tak?

-------
Anonymous

Itu gambar tahun lepas.., hmm, baiklah aku mengaku aku taklah gemok macam yang kau bayangkan, aku 75 kg, seluar saiz 35, tembam, dan manis, comel serta qiut.., tengok rasa nak cubit pipi dan nak hisap janggut, bulu kaki memang jarang, dan lembut macam kulit bayi, kuku putih bersih dan ada beberapa parut kesan bertempur dengan naga masa kecik dulu.. argggh seua itu untuk santapan sang ulat!

Anonymous said...

assalamualaikum

aku baca entry ko kali ni dgn batuk2 ala rimau.aku pun baru baik demam.Alhamdulillah...

aku jrg pgi tahlil tp aku kdg2 pgi ziarah org mati(insya ALLAH)sbb kita akn makin dkat dgn peringatan mati tu....

p/s:hamka buat entry baru lagi yg boleh mnyengat hatiku kearah keinsafan....

semoga kita semua diberi hidayah dan rahmat,amin

-terpenjara dlm hutan dunia

wassalam

Zackyun said...

uhuk.

apalah dunia berbanding akhirat?

adakah kita tgolong org y bijak igt ttg mati?

~aku tkena bab simpan duit tue,huhu....~

-bakal mayat gak

demonsinme said...

Akhul Muslim:


Though this is unrelated to what you wrote, I gift it to you as a gift with a wish, present it to your spouse, significant others, children, brothers and/or sisters. Let them know that you love them much. Their smiles are my reward and prayers for my loved ones.

This place of yours is a mecca for good souls, and this pilgrim is blessed to have encountered it.

Thank you, and forgive me for the trouble.

WORRY NOT MY LOVE

Love,

worry not when it rains,
close your eyes and let go your pains,
and let all tears be slain,
happiness is yours to gain,
brought down by the my midnight saint,
helping this hands that have long been waned,
tugging away your nightmares chains.

Love,

hate you not the chilling winds,
let free yourself and feel it caress your chin,
put away all the ale and the gin,
welcome it with a great wide grin,
let not your mind dance in a spin,
for the winds come with a hint,
that haven is colored with my love as the paint.

tangan kotor said...

"arggh, semua ini akan menjadi tanah, bisik hati kecilku membunuh nafsuku lalu terus tambah Nasi bukhari.. nyam nyam.."

yeahyeahyeahs
banyakkan lagi cerita tentang jadi mayat.syahdu.

aisehmenn.dunia mmg penuh dgn tipu daya.

mayat oh mayat.

Anonymous said...

*hari neh tiada berita gembira buat aku, agak sedeh neh*

aku doa untuk setiap umat islam agar di datangi berita gembira setiap hari.

hamka said...

-terpenjara dlm hutan dunia

aku pun batuk jugak ala ala kucing yang takut air tapi suka makan ikan yang duduk dalam air,

aku amalkan minum madu dari lebah peliharaan(bukan aku punya)

err., tentang entry menyengat kearah keinsafan...., itu kerja Allah, baguslah dah insaf, sekarang diri sendiri kena buat usaha untuk kekalkan keinsafan…

wassalam

-----------
zackyah fimiyun

kau tahu doa melihat keindahan dunia?

Begini doanya..

La aisya iLa aisya alkirah..
(rujuk ustaz untuk pronounce, meaning dan verb)

---------
demonsinme

sajak:

galikan aku dua buah lubang di depan rumahku, untuk ku liat setiap hari sebelum kerja dan selepas pulang kerja.

satu lubang untuk sampah dan satu lubang untuk aku.

sampai masa, timbuskan lubang itu semua..

ps; baca dalam bahasa inglish.

---------
yang.mati.akal

lauk apa malam ke tiga?

----------
Jiji

Bukankah akau masih wujud sebagai sehabat? Tidakkah itu membahagaiakamu?

Anonymous said...

sedapnya nasi bukhari..errr..dah jumpa resipi nasi muslim dan tirmizi tak? he he he..

Anonymous said...

hahaha~ haritu aku nak tulis first poster.. tapi rase cam s**t.. then nanti kena plak ngan hafizbar.. takmo lah daku.. err.. mane encik hafizbar ye.. blog tutup takkan trus menghilang.. hak hak.. tutup means hilang la salah satu sumber soheh aku.. keh keh keh..

Zackyun said...

tak pahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam!

hamka said...

nurzaiti

aku nak!!! Aku nak nasi muslim dan tirmizi!!
Sape ada resipi bagitahu.., aku nak!!!

Ps: cukup koleksi menu untuk 3 malam tahlil he he he

-----------
Anonymous

Hafizbar, semua orang rindu kat ko, akupun rindu.., pulanglah hafizbar.., berikan berita soheh kau ‘nafas baru’… isk isk

----------
zackyah fimiyun

takpe baca lagi sampai faham, rujuk ustaz, telefon keluarga, buat nota kecik, puja hingga jadi toyol.., dan yang penting angguk-angguk tanda faham..

err, best ke kopi cap angguk?

Anonymous said...

rezeki kita adalah...

apa2 yg telah kita makan...
apa2 yg telah kita pakai...
apa2 yg telah kita belanjakan...

apa2 yg masih dlm 'simpanan' kita...belum tentu lagi menjadi rezeki kita sbb maut boleh dtg dgn tiba2 dan memisahkan kita dgn segala 'simpanan' kita...dan menjadilah 'simpanan' itu rezeki waris kita.

akira said...

syukur saya baca entri pakcik sampai habis...

saya bukan budak soleh, nakal memanjang. tapi saya masih mahu doa, sebab rasa helpless bukan satu pilihan bg sy.

saya doakan sy dan org2 yg sy sayang sentiasa dlm rahmat & sayang Allah selalu.

dan pakcik ngan umi n adik2 skali. ameen.

p/s: eh, anak sulung pakcik lagi muda dr sy kan? sy 18.

Anonymous said...

hamka,

pagi tadi ada bayan lagi..ohhh..aku sungguh tersentuh apabila dia menyentuh tentang jangan berputus asa dari rahmat Allah terutama dalam memohon taubat dan hidayah kepada saudara muslim kita..

apabila dia sentuh pasal rintihan ahli neraka yang nak kembali ke dunia kerana nak beramal walaupun skejap, meremang bulu ruma mengenangkan bagaimanakah nasib aku semasa yaumul mahsyar?ohh..

dan sepanjang bayan berlangsung, memang pengisian kali ini cukup menyentuh kalbu..terutama apabila menyentuh bab betapa kasihnya Allah pada hambaNya yang bertaubat, mengenai ganjaran-ganjaran Allah kepada mereka yang membantu agama nya, serta kesadisan kisah hidup para sahabat/sahabiah sehingga kan hampir keseluruhan masturat yang hadir menitiskan air mata..ohh..betapa banyak nya nikmat Allah yang telah aku dustakan..

ps:sori hamka...ter "emo" sikit..aku masih terngiang-ngiang akan kata-kata dalam majlis tersebut..doakan aku istiqomah dalam segala amalan ku..dan doaku turut mengiringi hidup hamka dan family semuga menjadi asbab hidayat tersebarnya islam ke serata alam..semoga anak-anak engkau menjadi syuhada dan pejuang agama yang terbilang..juga kepada seluruh muslimin dan muslimat se antero alam..amiin..

hamka said...

aqilah amir jamalullail

anak sulung pakcik muda lagi, baru 4 tahun umurnya, anak pakcik ada tiga, pakcik baru hamper 5 tahun kahwin, kau nak jadi menantu pakcikkah?

He h he

Ps: dah baca entry “cari menantu?”

-------------
nurzaiti

harapan besar agar anak aku jadi da’e dan mati jalan Allah, (biarpun mati mud) amin ya rabbil alamin..

juga untuk korang..

sTefEnO said...

Wohoo...pak cik saya pun nak jadi menantu pak cik la hehehe.... Elok gak hari2 leh ingat kan saya pasal mati, baru la leh jadi hamba ALLAH yang beriman.

hamka said...

Ada orang cakap susah nak komen kat blog ni kerana box komen ada error, dari link comment,aku cadangkan korang clik yes ke no ke lantaklah lepas tu undo masuk ke blog keretamayat dan klik lagi sekali kat kotak komen, insyallah dapat.

:)

ps: he he he, anakku kecil lagi untuk di jadikan menantu, selain korang kena tapis dulu sebab dah ramai mohon, tapi jika di jalanan kau jumpa aku yang belum cecah umur ahli shurga (33) dan belum cecah umur superman(30) ini.. he he he, tak tahulah, susah nak cakap sebab bini aku pandai buat teh tarik..kikikiiki

(mengada-ngada)

tangan kotor said...

salam

brader ada tulis post pasal zaman fitan/akhir zaman tak?

boleh kalo brader tolong tulis tanda2 kecil kiamat.
kiamat besar.
dajjal
yakjuj makjuj.
kalo brader pernah tulis mungkin boleh tolong bagitahu tajuk dn masa di post.
tolong yer.terima kaseh.

akira said...

haaaa??? ape???? menantu...???!!!

entohlerr pakcik...kalo abang saya tau ni, sumpah muka kena sepak dengan buku cover kulit keras saiz A4...hahaha

siap dengan gaya matrix lagi. ;p

hamka said...

yang.mati.akal

15 mac 2006 siapakah dajjal?

24 mei 2006 benarkah dunia ini sampah?

28 mei 2006 kiamat sudah dekat?

Ps: jika salah atau tak dapat, bagutahu aku, dan jika tak betul, sila komen.

------------
aqilah amir jamalullail

ha ha ha!

hawa said...

hamka,
aku nak bg cdgn nih.. aku rase ko ptt letak link archive la kat blog ko.. sbb cam susah la nak cari entry2 ko yg lelame dlu.. takkan ko sorg jek nak ulang2 bace.. aku pun nak jugak.. and takkan la nak google byk kali,cam susah n tak igt tajuk ler~ Recent post tuh dah ok, just tmbh archive jek.. Ok tak?? (Aku tau aku mmg malas nak 'mencari' cuma amik ape ade dpn mata jek..) maafkan aku.. huhu~

hamka said...

archive aku belum sempurna lagi, entry yang lepas label dia aku belum sorting, nanti aku rajin aku buat..

buat masa ni, siapa nak tahu tajuk yang dah lepas, sila buat macam saudara "yang.mati.akal"

boleh aku pimpin kit mana yang patut...

Cool said...

nak bapak mentua mcm hamka.....bleh?

hamka said...

aku belum pernah jadi bapak mertua, tapi ada tak orang yang nak jadi bapak mertua aku lagi..?

ps: aku kena post entry baru cepat-cepat sebelum bini aku perasan.

woha!

Anonymous said...

Saya adalah maon. Saya adalah manusia.

"aku 75 kg, seluar saiz 35, tembam, dan manis, comel serta qiut..,"

Saya pernah bermimpi berjumpa dengan orang seperti di atas. Saya tidak pasti samaada dia adalah Hamka atau tidak.

Dalam mimpi itu, saya dan beberapa orang lagi sedang berada dalam program makan. Tiba2 ada seorang yang tembam dan berkulit agak putih senyum ke arah saya.

Dia memakai kopiah dan baju berwarna merun.

Selepas itu saya bangun tidur. Saya masih ingat rupa orang itu.

Sekian saja cerita saya.

-maon-

hamka said...

kita jumpa satu hari nanti..
jangan lupa bawa cermin mata.