Aug 14, 2007
Mana Bunga Telor?
( Di tulis menjelang cuti sekolah, selamat pengantin baru...)
Aku sengaja edit entry ni supaya korang tak bosan bila refresh entry aku.. he he he
Tapi aku takde idea nak menulis, lalu ‘cuba’ menghabiskan masa baca komen korang yang dulu-dulu dan email-emal yang lepas lepas..
Ada banyak soalan yang belum aku jawab.., mintak maaf!!(akan datang, insyAllah)
Dalam asyik membaca komen dan email korang, Sekali aku terperasan, seorang sahabat yang menggelarkan dirinya sebagai HAMBA ALLAH dah nak kahwin, err, dah kahwin kot?, atau tak jadi kahwin?, atau, eh, apa, hah?
Aku tak tahu dan nak sangat tahu, jika dah kahwin, anak dah berapa bulan?
: )
Walaubagaimanapun, aku akan copy/paste balik beberapa soalan dari korang dan di sertakan sekali jawapan dari aku..
Sekali lagi di ulangi,
Ini semua adalah sempena musim cuti sekolah yang dah nak tiba, sajer menyibuk sambil aku mencelah sini sana ganggu korang yang sedang buat persediaan menjelang hari perkahwinan hujung minggu ni, (Dan tolong simpan bunga telor untuk aku)
Kat atas meja opis akupun dah berlambak kad jemputan kahwin, dan aku akan pergi, insyAllah, paling jauh aku akan ke johor.. (Dan tolong simpan bunga telor untuk aku)
Ok, kepada pembaca keretamayat yang baru baca blog ini setelah bertapa satu jubli perak dalam gua batu kapor, aku nak suruh korang check komen keretamayat yang lepas-lepas, baik tak payah, korang ada banyak lagi komitment dengan tuhan nak kena buat, nak potong bulu, nak qadho solat dan lain-lain.., maka aku dengan rajinnya copy/paste balik beberapa 'cerita CINTA' yang telah berjalan secara senyap di antara ruang komen keretamayat…
Dan sempena hari kemerdekaan yang ke 40, aku sedikit beremosi lalu dengan rajinnya edit setiap short word demi nama baik bahasa kebangsaan.. woha!
(dan aku percaya, ada yang terlepas edit..oh)
Terimalah:!
SOAL JAWAB TENTANG CINTA, KAHWIN, SEKS DAN BUNGA TELOR!!
(suka hati aku jer taruk tajuk cam gini..hampeh)
Copy/paste dari commet box.
--------------------
Soalan 1
Anonymous said...
assalamualaikum...bro hamka..
macam mana dengan saya yang dah terlanjur dengan ex pakwe saya dulu..saya putuskan hubungan dengan dia pun sebeb tak nak teruskan hubungan terlarang tu...belumla sampai ke tahap bersetubuh..tapi banyak perkara terkutuk yang saya dah buat,,,bersentuhan tu perkara biasa dan berbicara pasal seks di telepon sampai tahap teransang lalu tak dapat tidur..dan berlarutan kepada perbualan yang amatlah jijik bila difikir kembali...saya banyak kali menyesal..banyak kali memohon ampun dariNYA..tapi kerana desakan nafsu..kami lakukan kembali perbuatan terkutuk tu..sampai satu tahap..saya rasa saya tak patut hidup lagi..tak layak hidup kerana dosa yang menggunung..saya tak nak teruskan perkara tu lagi..lalu saya ambil kata putus berpisah dengan teman lelaki....
dan saya takut untuk berumah tangga..sebab takut untuk menerima sesiapa..sebab saya sedar saya bukannya perempuan yang suci lagi...dan sampai hari ni saya dah takde perasaan dengan lelaki..nafsu saya dah hilang..kerana takut benda tu berulang lagi..alhamdulillah..saya dah kembali ke pangkal jalan..
Hamka said:
Walaikumusallam..
Aku ingat nak bagi nasihat, tapi di hujung soalan kau dah cakap:
“alhamdulillah..saya dah kembali ke pangkal jalan..”
Maka tak payahlah aku bagi nasihat apa-apa lagi, he he he
Tahniah kerana sudah insaf, itu adalah satu kejayaan!
Tapi kejayaan sebenar adalah berjaya kekal insaf sampai jadi mayat..Atau dengan nama arabnya “istiqamah”…
Ps; ramai orang sedar, tapi tak ramai yang buat usaha atas kesedaran..(akupun..)isk!
--------------------
Soalan 2:
Anonymous said...
minta pendapat...macam mane kesnya untuk budak-budak remaja berkahwin awal sekadar nampak perkahwinan hanya untuk menghalalkan persetubuhan(nak seronok2 je)without realised their responsibility after marridge?
ana takut kes-kes macam ni akan naikkan angka penceraian kat malaysia ni yang jelasnya banyak dikalangan pasangan muda.actually...untuk budak-budak yang kapel ni,which u guys think better for them? either nak kawinkan mereka atau ajak mereka tinggalkan kapel dan bertaubat? sebab kalau kawin,ana yakin mereka hanya nampak keseronokan sahaja..
Hamka said...
kahwin tu, satu dari cara mengzahirkan taubat...kalau niat ikhlas dan takut dosa berzina lalu berkahwin, insyAllah, Allah rahmat dan berkat akan perkahwinan..dan dah sampai tahap wajib seorang tu kawin jika “air mani dah penuh testis hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”cuma, masyarat kena tolong, mudahkah 'walimatulurus' mereka..
bercerai itu halal, berzina dan menghampiri zina itu haram...
berita anak kita bercerai lebih 'indah' daripAda berita anak kita berzina!!!
sekian berita hari ini di laporkan dari bilik mayat!
-------------------
Soalan 3
pokmat said...
aku dok berape setuju nge mung bro hamka
"bercerai itu halal, berzina dan mengahmpiri zina itu haram"
bro suka stresskan kena kawin awal.tapi kahwin bukan setakat nak setubuh je.dah tu bila cerai wat naya ke anak-anak/janda nak hidup camne.dah le masyarakat kita ni suka pandang serong ke janda-janda dan anak yatimaku rase bro termiss pasal budaya couple.ni la antara punca zina.watpe sebenarnye kapel-kapel ni?pesal ape benda ni dah normal sekarang.dah kapel tu start la gayut,dating etc.pastu mula la tak tahan.kalo rase dah cukup syarat nk kawin kawin je la.ni duit pon mintak ngan makbapak lagi apahal?
byk lagi mende lain nk buat selain pikir pasal awek-awek ni.
sori bro emosional sket
Hamka said...
pokmat... bercerai takde kena mengena dengan kahwin awal…orang zaman dulu kahwin awal relax jer, orang zaman sekarang kahwin lambat bercerai berai..pasal cerai, aku kena bukak tajuk lain…, lain kali –insyaAllah(lambat lagi ler.., tak kot)
Ps: testis belah, testis bertangkup. Tangkuplah aku,Aku ketagih air naik kepala, meleleh di telinga..
----------------
Soalan 4
Akak S said...
Hamka, in regard to your suggestion:Akak berpendapat berkahwin bukanlah semata-mata untuk memuaskan keinginan seks, tetapi mencakupi penyatuan dua jiwa. Dan jiwa hanya dapat bersatu jika dua insan mempunyai persefahaman dan daya intelektual yang sepadan. "Dalam pada itu, kesabaran & kegigihan untuk mempertahankan kemurnian kehidupan berkelamin terus akan diuji oleh Allah. Keteguhan iman dua insan (suami isteri)tersebut akan menjadi kayu pengukur kepada darjah kehambaan manusia kepada Allah."
Tidak wajar seorang wanita untuk menerima pelawaan seorang lelaki untuk bernikah semata-mata kerana dia (lelaki tersebut) dah tak tahan lagi (terlalu ingin bersetubuh). Ramai lelaki, mungkin juga wanita, yang mempunyai masalah seperti ini (terlalu ingin bersetubuh). Mereka perlu bersabar & belajar utk menjaga diri, dalam masa yg sama belajar tentang ruh perkahwinan & hak serta tanggungjawab yg terlibat dalam perkongsian tersebut sebelum memberanikan diri utk melamar seseorang.
Hamka said...
Akak S.Adik hamka pulak berpendapat:Antara kelebihan berkahwin adalah dapat memuaskan keinginan seks, sambil meyatukan dua jiwa dengan bersetubuh dan lebih menikmati jika di lakukan dengan insan yang mempunyai persefahaman dan daya intelektual yang sepadan. Dalam pada itu, kesabaran & kegigihan untuk mempertahankan kemurnian kehidupan berkelamin dan keseronokkan seks terus di perteguhkan dengan gigihnya.., Keteguhan iman dua insan (suami isteri)dan saling puas memuasi tersebut akan menjadi kayu pengukur kepada darjah kehambaan manusia kepada Allah."
Adalah wajar seorang wanita untuk menerima pelawaan seorang lelaki untuk bernikah semata-mata kerana dia (lelaki tersebut) dah tak tahan lagi (terlalu ingin bersetubuh). Ramai lelaki, mungkin juga wanita, yang mempunyai masalah seperti ini (terlalu ingin bersetubuh) lalu berkahwin dah selesailah masalah ini. Selepas bersetubuh dapatlah mereka belajar tentang ruh perkahwinan & hak serta tanggungjawab yang terlibat dalam perkongsian kerana satu ‘beban’ sudah lepas
Woha!
---------------
Soalan 5
Anonymous said...
help!kurikulum pendidikan seks akan bermula..apa pendapat kau?
Hamka said...
Aku teringin belajar mencari titik inzal dangan cepatnya..
Hmmm, apa tujuan belajar seks?
Untuk mengelakkan zina?
Jika ya! secara umumnye, mane ada remaje zaman sekarang yang terlanjur sebab tak tau seks tu aper.. rate-rata semua tau ape itu seks, persetubuhan, oral seks, masturbate, dan sebagainye.. betul tak? yang kurang adalah, bukan pengetahuan tentang seks.. tapi? Malas nak tulis, jadi panjang pulak, Pandai-pandailah pikir..
Nasihat aku..“sekiranya air laut tiba tiba menjadi kering, cepat cepatlah lari ke masjid di atas bukit”
--------------
Soalan 6
hamba ALLAH said...
Assalamualaikum...
Aku pembaca setia blog bro hamka ni..tapi hari ni baru nak bagi komen..dalam erti kata lain nak minta korang komen..sori bro hamka
Camni..aku jatuh hati kat sorang wanita..sama tempat belajar ngan aku..junior aku..muda setahun..dia ni memang baik sangat..tengok sekali pun dah tau dia memang sangat baik..lembut..pakai semua pun tutup aurat..pandai masak..nak kata semua cukupla...
Aku tak pernah pun terfikir akan jatuh hati ngan dia ni..sebab dulu before dia datang sini(utk pengetahuan semua.aku pelajar tahun akhir kat sebuah universiti kat oversea..bukan nak bangga) dia dah ade pakwe..memang dia ngaku la dia dah ade pakwe..so stud laki sume takde ar yang usha-usha dia..tapi lepas duduk 2 tahun..dapat berita dia dah clashed ngan pakwe dia..pas tu dia tak layan mana-mana laki dah...
Tapi disebabkan aku ikhlas kat dia,, aku try gak luahkan perasaan aku kat dia..dan dia minta masa untuk dia fikirkan..dan satu malam tu dia terus terang kat aku..dia bagitahu semua..aku amat terkejut bila dia kata......dia kata.....dia dah takde apa ape..pakwe lama dia dah `rase` semua apa yang ade pada dia...oh Tuhan...aku taktau nak cakap ape..Speechless...aku tak pecaya...tapi dia tak hilang dara lagi ar...tu aku taktau ar..dia berterus terang kat aku..dia bagitahu sebab dia kata dia tak nak berselindung...dan dia cakap..dia tau tak kan ade laki yang sanggup terima dia jadi isteri...
Aku terdiam gak...dah beberape hari ni aku wat solat isthikarah..minta ape yang baik...aku tau dia dah berubah..tapi aku takut aku tak leh terima hakikat yang isteri aku tu bekas orang..laki lain dah sentuh..oh..
Camne ni?..aku tau dia baik..baik sangat..dia pernah kata.. kalo tak de orang sanggup terima dia lagi..tak pe..cukup ALLAH sebagai pemelihara dia..
Camne sahabat-sahabat semua..aku tengah bengong..bro hamka..bagi la pendapat...takut kalo lepaskan..tak kan jumpa pompuan sebaik dia lagi...tapi kalo terima..takut tak leh terima hakikat dia tu bekas laki lain..ohh..hinanya aku!!!!!
Sekian.
Hamka said...
Wa’alaikumusalam..
Ada cerita dari kitab (mana ntah, aku lupa) seorang pelacur yang bagi minum air pada anjing dan Allah suka dengan amal ini, maka Allah bagi jalan hidayat yang mana akhirnya si pelacur ini berkahwin dengan orang soleh dan beliau telah menjadi ibu kepada Nabi-Nabi bani Israel..Ada jugak cerita orang alim di goda pelacur, kerana takutkan nereka, orang alim ni pengsan, dan akhirnya pelacur ini dapat hidayat dan berkahwin dengan orang alim (itu)..
Nasihat aku:Kalau kau dah suka dia…Jangan peduli lagi apa orang nak kata..
Lagu latar: (bengang)
Mana datang cahaya?
Bukalah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting…hatiku dapat kau tawan…!
Yang penting… hatiku dapat kau tawan…!
Aku cakap ni, jika/kalau kau dah suka dia betul-betul,
Tapi, kalau kau ragu-ragu, atau kesian, baik tak payah..
Aku cakap betul ni, jika ada wanita yang nak kahwin dengan aku, dia berjaya buat aku jatuh cinta padanya dan dia berjaya pujuk isteriku, dan dia juga bersih dari sebarang penyakit HIV dan lain-lain, aku terima walau siapapun dia… he he
Dalam islam, sejarah tidak boleh di hukum..
Macam saidina Umar yang bunuh anaknya hidup-hidup, beliau tetap boleh jadi khalifah islam yang ke dua..Sejarah dah lepas, yang penting, sebelum korang jadi mayat, korang sempat bertaubat..Yang pasti bila dah jadi mayat, baru ‘sejarah’ di ambil kira…oh!..
ps: kalau kau tak nak, aku nak, eh, apsal aku ‘pijak semutpun tak mati’ pulak? Oh!
*********
KOMEN DARI PEMBACA YANG LAIN (SAJER NYIBUK HE HE HE)
syawwal said...
salam...kesian ngan gadis dalam citer 'hamba Allah' tu..sedihlah..tapi tu ler..setiap orang yang mengaku beriman pasti akan diuji..semoga Allah sentiasa memudahkan segala urusan kita didunia mahupun diakhirat..tak de idea nak nasihat..
elcoyote said...
kepada hamba Allah : kesian kat gadis tu..tapi kan..aku rase..sedara kena la terima seadanya si dia tu..sebab..tak semua orang perfect..terima lah seadanya..insyaAllah..Allah akan bantu sedara mengatasinye..kalau setakat kesian aje kat si dia..aku rase baek tak yah..nanti mase depan..pape hal boleh berlaku..wallahua'lam..p/s: maaf la..aku pon tak pandai nak nasihat org..menjahanamkan org ade la..oh..
maniss_mu said...
kepada hamba Allah dan gadis_nya...Tersentuh jiwa maniss membaca cerita saudara..Ramai gadis yang sebegini teraniaya dengan percayai cinta..setelah habiss semua ..
-Ada Apa Dengan Cinta???
Insya Allah..jangan dianiayakan diri gadis itu jika saudara tidak boleh terima hakikat bahwa isteri sudara - bekas org lain. mungkin hari ini sudara boleh kata..tak mengapa..saya terima seadanya..tetapi lelaki ego mudah terasa bila sahabat lain mula mengata..jika cinta saudara tulus dan berkiblatkan Allah swt..kami disini mendoakan kalian bahagia sehingga akhirnya.. layarilah bahtera dengan resepi-resipi keretamayat...
Saya percaya CINTA saudara sedang diuji olehNYa..
yuuki kagaku said...
assalamualaikum...banyak lak luahan perasaan kali ni..untuk hamba ALLAH...kalo betol dah suke kat pompuan tu..no turning back..takyah bangkitkan sejarah silam gadis tu..en hamka pon dah komen kan...so...fikir-fikirkan la..en hamka..kerim salam kat isteri en hamka..huhusayounara..^_^
akula said...
Assalamualaikum...
Kepada hamba_Allah, satu soalan je yang aku nak tanya:
Ko kata dia budak baik dan ko memang yakin dia memang baik tapi macamana "budak baik" boleh berikan segalanya kepada bukan yang berhak (yang berhak hanya suaminya)?
Tapi manusia memang melakukan kesalahan dan jika dia memang telah bersungguh-sungguh menyesal den bertaubat, maka seharusnya ko mempertimbangkan untuk cepat-cepat menjadikan dia sebagai isteri.
Aku setuju ngan hamka yang sejarah tak boleh digunapakai didalam menentukan kelayakan seseorang dalam Islam kerana dalam Islam ada konsep taubat dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun...
Tapi ustaz aku dulu ada bagitau, tidak wajib bagi seorang isteri menceritakan segala kisah silamnya kepada suaminya kerana dibimbangi ia akan memudharatkan perkahwinan.Ko kena ingat satu perkara je, "Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik" dan begitu juga sebaliknya....
P/S: Amacam? best tak motivasi dari aku?
iman said...
assalamualaikum...kepada semua,terime kasih atas segala yang telah ditakdirkan untuk semua orang membacanya di sini..dah lama sebenarnya view blog ni tapi saja nak drop comment..
anyway..kepada hamba Allah..anda tahu siapa diri anda. serahkan segala-galanya kepada Allah! berusaha untuk mencipta kebaikan untuk kamu berdua jika kamu yakin dia adalah yang terbaik..Allah sahaja yang mengetahui segalanya..insya Allah..terima kasih juga kepada saudara keretamayat yang memberi pengajaran walaupun agak banyak juga diselitkan 'hiburan ringan'..semoga Allah memberkati kehidupan kamu sekeluarga..
~salam dari bumi anbiyaa..~
Anonymous said...
salam...nak komen siket..pada anonymous tuh, kau nak mati kenapa??
Tuhan maha mengampuni dan maha pengasih...dia sentiasa melindungi hamba Nya..ko mohon la pada Nya...thats why agama larang kita untuk berkapel-kapel nih...dia nak pegang-pegang,...bila dah pegang..dia nak peluk..bila dah peluk..huh, paham-paham ja la..ko pon, yang terlalu ikutkan hati tu gapo?? kalu ko perasan sebuk kan ka bagus??
Tak yah pikir pasal tuh..apa la... ko tak yah la kapel-kapel nih...ko kawen terus...ko suruh mak ayah ko aturkan..kekeke..dan, sebab yang ko kata takut nak kawen sebab takut org tak terima kau tu, kalau orang tu serius dan benor-benar cintakan ko, dia tak kan menilai semua tuh!!!
p/s: rasanya tetap sama bila ko "buat" ngan suami ko nanti wlupon ko tak suci!!!maaplah kalu aku tulis merepek kat sini..aku pon tak sempurna..nyemak ja kat sini...sorry bro..buat kacau sini..saja nak ngetest sama ada boleh jadi pemblogger macam bro huhu..k, salam...
Anonymous said...
“dan sampai hari ni saya dah tak de perasaan dengan lelaki..nafsu saya dah hilang..kerana takut benda tu berulang lagi..alhamdulillah..saya dah kembali ke pangkal jalan..”
alhamdullilah syukur ko dah insap..bab ko tak da perasan ngn laki tuh, hurmm.... lama lama kelamaam kalu ko jumpa orang yg benor-benor ikhlas ngan ko, insyaAllah, Allah akan bukakan pintu hati mu...huhu,,,
zackyah fimiyun said...
Tapi aku simpati pada teman-teman aku yang sudah bercinta time belajar tapi tak dapat nak kawen...aku sangat kesian...jiwa mereka tersiksa. tersempit.kenapa culture melayu menyusahkan perkahwinan?belanja sana situ sini..macam nak wat kenduri grand-grand..kalau dah terlanjur,siapa nak salahkah?siapa yg malu?mereka dan keluarga mereka...tipah tertipu,bang!
jadik nasihat aku: kalau dah bercinta,kawen aa..kata sanggup redah lautan api membara..(tak kan api neraka maksud kekasih hati kau?)kalau ada yang sedang bercinta tu kawen atas dasar Allah (termasuk nak elak maksiat),percayalah rezeki Allah datang tanpa di sangka-sangka..dulu,geng-geng best medical student pun banyak yang kawen dulu time belajar..tenang belajar tanpa maksiat!..dah jadik ibadah..=)
kalau rasa tak bersedia nak kawen,jangan berani nak bercinta!hargai cinta disekeliling kita yang makin lupus..Percayalah janji Allah yang paling tepat...!
p/s:aku emosi.terlalu emosi. aku kesian kat kawan2-kawan aku yang bercinta tapi tak nak kawen..
Anonymous said...
Dari berzina baik berkahwin..memanglah kahwin bukan untuk setubuh sahaja..tapi bila air dah naik ke kepala..berapa ramai yang sanggup puasa, baca quran..banyak yang "guna tangan pun boleh."turut nafsu lesu. pandu lah nafsu jangan dipandu.janganlah kamu mendekati zina, seks haram. walaupun seks selamat pakai kondom. Bercouple pun termasuk mendekati jugak. aku tau la, aku pun couple gak dulu..memang stim la kalau dah start pegang-pegang tu.
Anonymous said...
aku ni kan..memang teringin sangat nak kawen.tengok hamka tu...umur atas aku setahun je tapi anak dah 3.aku bila nak kawen mak aku cakap suruh kumpul duit dulu la..keje elok-elok dulu la.macam-macam lagi la.mak aku anggap aku ni budak lagi kot.air aku pun ada tahap gak.rasa-rasa dah sampai tahap kemuncak dah ni.ahh balik ni aku nak cakap dengan mak aku la yang aku nak kawen cepat-cepat..thanks bro hamka sebab bagi idea..kenang dirimu dlm tidoku..chewahh..---------------
jijo alfonso farrera bin abdullah(bUkAn nama sebenar)
Najwa Aiman said...
err... nak beransur dululah sementara bulan masih mengambang... takut nanti senak pulak karang masuk paper nanti....
Anonymous said...
orang lelaki: buta bila nafsunya tegak. selepas reda nafsunya baru nampak dunia dan insaf.turut nafsu lesu.
-------------------
Maryam [59] Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka)tahan nafsu - syurga
-------------------
An- Naziat [40] Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; [41] Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
greng said...
Dari kisah Hamka yang panjang ini greng terfikir..
Hubungkait untuk ketenangan hati ialah berzikir mengingati Allah Taala,
Hubungkait untuk rezeki ialah bertakwa kepada Allah maka akan disampaikan rezeki dari sumber yang tak dijangka,
Hubungkait ke arah menyempurnakan Iman ialah KAHWIN!!
Ingat ni :Nantilah bila Allah terbitkan hidayah dalam hati maka penyesalanlah yang akan timbul mengenangkan dosa-dosa lalu dan andai masa boleh dikembalikan semula pasti kita akan mengelak dari melakukan dosa-dosa tersebut...
Entahlah...
Anonymous said...
blasah jer dier..haha..no lah, just kidding.. haven't come up wif any idea yet..sorry.. (sebenarnye..diriku pun tak reti nak mengeluarkan kata2 hikmah..oh..)
Inqilaab said...
waahhh... dah banyak komen kat sini.seks dah masuk bab munakahat, tak gitu bro hamka? sebab takde jalan lain nak halalkan perkara yang Allah haramkan [baca: seks].
zaman sekarang ni... memang payah nak cari yang sesuci Maryam, sesetia Rabi'atul Adawiah. Itu perempuan. Lelaki lak.. yang macam imam shafie, imam nawawi... oh? apakah mereka bukan manusia?mereka manusia, zaman aje lain. biologically tak pnah lain, kan? sama je.. dah baligh tu semua ada keinginan. [mana ada ada orang yang Allah tarik kewarasan akal fikiran nak kan seks? Yang gila seks aje...]buat yang belum jumpa pasangan (soul-mate kata orang kat tempat aku lahir), teruslah bersabar. Allah sedang mengganjari tanpa jemu setiap usaha anda menahan diri dari buat perkara yang Allah tak suka. Huhu. Fasbir sabran jamila (kalau rajin baca Quran, korang akan jumpa ayat ni. Kalau surah Yusuf, ayat fasabrun jamil banyak.)huhu panjang la pulak...
Anonymous said...
Org melayu kalau cakap pasal seks seronok tak terhingga... termasuklah ustaz2 dan yg tua kutuk nak mampus...umur 90 taun pun nakkan pompuan 18 taun. Otak tu tak der ke lain, tu sbb susah nak maju! Byk perkara lain lagi yg perlulan lebih perhatian! Terlalu memikir ttg seks lah sbb air dok naik ke kepala... cuba fokuskan kepada yg lebih menafaat. Bagi yg belum kawin, InsyaAllah bila sampai jodoh, Tuhan akan htr pasangan anda... buat masa ni fokuskan otak anda kepada pembangunan diri.Nasihat saya kepada tokey blok: Kadang2 cara deskripsi anda boleh menyebabkan (kepd org2 belum kawin khususnya) air naik ke kepala. Kesianlah depa ni!
Drp: Bakal maut
Anonymous said...
Sorila bro Hamka,pengirim nak cari bini ni kot2 ada jodoh.Sape2 wanita yang ingin kahwin awal untuk mengelakkan maksiat dan lipatkaligandakan pahala sebanyak 70 kali amatlah dicari oleh pengirim mesej ni.Syaratnya mudah; taknak keje dan duk umah jaga anak@anaks DAN sejuk mata memandang@mempunyai paras rupa yang cantik.Diploma@pun degree amat2 tidak diperlukan.Yang enting duk umah dan besarkan anak2 dalam suasana iman.Sy 20 tahun je skg ni(!).haha,boleh pulak cari jodoh macamani.Ya Allah,jodohkanlah aku secapat mungkin.taktahan dah ni.reply me on this blog also,A.S.A.P.Amiin..
-akmah-
Anonymous said...
Salam,lupa pulak nak bagitau tadi.saya 20 tahun,belajar lagi..kat Penang
Anonymous said...
aku ni just nasi tambah je bab kata orang..anyway nak kawin awal aku tak kesah tapi tanggungjawab tu orang laki kena ingat jangan amik mudah!!!takut tersenget je kat akhirat nanti..Ni semua syurga dunia.. jangan mudah terleka dan terlena..Aku hanya insan yang lemah mudah terluka dan dilukai...
Anonymous said...
salam kereta mayat,tapikan, kau tak rasa cam paradox ker. kalau semua kaum lelaki above 35 kahwin dengan pompuan under 25, mestilah dah takder andartu sebab derang seme dah kahwin masa umur 25 tahun ke bawah? aa.. aku rasa flaw of the argument is that just because kau nampak trendnya macam tu, tak semestinya benar. kita ni hidup tak lama, tak cukup lama untuk kita meng'observe' real life trends. tak cukup lama untuk kenal ramai orang untuk observe trend masakini. aaa..tu jerlah.kita tahu banyak perkara pun sebab adanya communidication [media and tele]. zaman dulu takder semua ni, tapi does not mean it does not happen, betul? aku pun baru masuk 25, perempuan dan tak kahwin lagi... :-) does this mean aku akan kahwin dengan lelaki over 35 yg baru sedar nak kahwin OR aku akan masuk dalam kategori andartu dah?hahahahha....
Anonymous said...
kpd hamba ALLAH...ko trime jer dak pompuan tu....mngkin dlu dier ex aku....sbb ex aku skang nie sgt baik n aku sendri kagum n malu ngan dier...aku xsanggup nak tgk mke dier lg..aku pnah rosakkan dier tp aku x pnahhilangkan dara dier...aku rase berdoase kerna wat perkare t'kutuk 2 ngan dier...aku sedih n malu pada diri sendri....
abu_harraz said...
-utk hamba allah : kawin je kalau istikharah kata betul-
rondoletti said...
untuk hamba Allah::aku setuju ngan 'akula'.verse of the quran '..sedangkan perempuan yang baik untuk lelaki yg baik & lelaki yg baik untuk perempuan yg baik.mereka itu bersih daripada apa yg dituduhkn orang..'24:26.balik bleh la check :)
buTTerFLowEr said...
bro hamka: aku suke bace blog ko. hehe... terase betapa ceteknye ilmu ak nehh... name je hidup 21 thn, tapi empty je...kepada hamba allah: kalo betul-betul sayang, tu tolak tepi. kire baik laa die berterus terang. kot kalo dah kawen baru tau, pastu nak sumpah seranah, nak cerai ke? think back. kalo sume orang cam die kene buang, sape yang nak tolong diorang? ramai yang rase cam kene buang, kene sisih, then continue to be in the circle. senang je, kalo tak leh terima then cakap je i'm sorry i changed my mind. jangan cakap tak kisah, belakang-belakang nak pikir boleh terima ke tak?. sebab sooner or later jawapannye jadi TAK, pastu baru nak cerai berai laa ape laa... yang lagi tak patut bile kene ungkit-ungkit pulak kalo gaduh-gaduh... so mencegah lagi baik dari mengubati. stay away kalo rase banyak berpihak pada takleh terima... baik ke tak baik ke tu lain cite. kalo jumpe pompuan lain yang tak bape baik tapi diri rase boleh bimbing, dia akan jadi baik jugak, kan? kalo baik tapi pastu later nak ungkit-ungkit, nampak laa sume yang tak baik tu, pastu jadi ntahpape...
elcoyote said...
emm..kenapa ramai yang emo pasal kawen nih..insyaAllah..jangan disalahkan lelaki atau perempuan..bagi aku dua-dua same aje..sebab semua orang nak pasangan yang terbaik..aku pon..oh..tapi..sebelum nak yang terbaik..jadikan diri kita ni yang terbaik dulu..sedarlah diri dulu..adakah aku yang tak sedar diri..oh..bak kate ramai pembaca setia blog bro hamka ni..wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya..pepaham sendiri..tak yah nak condemn sesape..ok..case closed..hihi..
Anonymous said...
"wanita yg baik utk lelaki yg baik..." adakah kita faham maksud AQuran secara literal atau lateral? Kalau kita ambil maksud secara direct (literal), bagaimana dengan nabi nuh? nabi syuib? isteri baginda curang kepada baginda! Bolehkah mesej AQuran diterima? Jangan ambil guna ayat AQuran untuk kepentingan diri. Kalau anda dapat isteri solehah, jangan dok perasan hang tu lelaki soleh! Cek diri dulu! Dan jangan hina kalau orang lain dapat isteri curang atau tak baik, tak semestinya dia (lelaki tu) tak soleh. Untuk ambil guna ayat AQuran, kena kaji sejarah turunnya ayat khusus tersebut dan dapatkan prinsip sebenar kenapa ayat itu diturunkan kepada manusia. Harap maklum.
hamba ALLAH said...
assalamualaikum semua....terima kasih atas segala pandangan dan nasihat..a ton of sorry to bro hamka..jadikan blog bro ni sebagai tempat meminta pandangan...ALLAH dah takdirkan lepas baca blog bro ni..terdetik nak minta pendapat..sebab tengah buntu..mungkin ni petunjuk dari NYA..dari istikharah aku yg lepas-lepas..ditemukan dengan pendapat sahabat-sahabat semua...kepada `akula`..dia memang gadis yang baik..mungkin itu sejarah silamnya..dan dia juga telah memaafkan dirinya sendri..thanks a lot...Ya ALLAH..forgive me when i whine....doakan kebahagiaan aku....
hamba ALLAH said...
salam~~ pembaca blog bro hamka semua..ingat saya lagi..jeng..jeng..kepada sesiapa yang masih ingat akan kisah saya...insyaALLAH bulan mac ni saya akan mendirikan rumahtangga dengan gadis yang pernah saya maksudkan dalam komen saya dulu..insyaALLAH saya akan bertunang untuk sebulan sebelum berkahwin..alhamdulillah asbab nasihat dan pandangan sahabat semua dapat juga meleraikan sedikit kekalutan dahulu..aisey..ayatku berbunga-bunga pulak..doakan kebahagiaan saya..kerana saya ikhlas untuk menjadi suaminya yang soleh lagi romantik..amin..**
Sumaiyah said...
tahniah hamba allah!! alhamdulillah, terbina lagi satu baitul muslim, harap harap dapat terus berkembang ke masyarakat, negara islam seterusnya ustaziyatul alam. kpd semua [aku la tu], teruskan berjuang, tajdid iman dlm diri.. wallahua'lam.
Hamka said...
hamba ALLAH ..salam~~ Wah.., dalam senyap senyap dah nak kahwin rupanya..He he he, boleh dapat bunga telur..!!!
SEKIAN...
ps: Aku gurau jer mintak bunga telur, kalau nak sedekah, boleh sedekah al fatihah, terutama bila aku jadi mayat!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 comments:
as'kum encik hamka,
ermm..mcm malu nk tny. tp tkpe la. sbb nk tau betul ke salah sy tny jugak. sy ni masih student. study kat US (kot). dan...teman lelaki sy study kat rusia. kami mmg dah lama jugak bersama tp tak pernah buat benda2 yg tak elok ni terutama bersentuhan. dan kami mmg berkeinginan sgt nk kawen. masalahnya kami jauh dan maybe parents kami pun tk bg kami berkawen. tp kami bercadang nk kawen juga senyap2 demi nk jaga hubungan kami supaya tak jd terlarang. tp tu la..sy taktau la sama ada keputusan kami ni betul ke tak sbb kami mmg jauh. tp bak kata org, zina itu bukan sahaja melibatkan persetubuhan ttp juga melibatkan hati, mulut dan mata. kami mmg taknak lagi melakukan zina2 tu sume walaupun dah jauh. so kami cadang nk kawen walaupun terpaksa berjauhan supaya halal. kami betul2 ikhlas terhadap satu sama lain dan kami taklah muda mana pun. boleh tolong bg komen tak encik hamka?
aduh.... 2nd post pulak!
shazea...
ko kawen je ngan aku , mesti bapak ko bagi sebab aku dah kerja..
nak masuk meminang? sila pergi ke blog aku..
nakkawenshazea.blogspot.com
yang.mati.akal
bosan~
hohoho.
err..kalu perempuan yang start taqdim dulu takpe ke? aku dlam usaha nak mentaqdim sorang mamat ni..doakan aku yer..aku pun dah naik senjakala umur ni..he he eh..
topik ni memang best. hehe. bro, aku pun ada masalah la. nanti aku email yer. huhu. :(
shazea samat
salam..
sorang kat us, sorang kat rusia, tak adalah masalah sangat sebab duduk jauh,
yang masalah duduk depan mata dan mak bapak pulak jauh!
Bila korang belakangkan ibu bapa, di kemudian hari ada banyak masalah akan timbul…
Pakcik nasihat sajer,
Nasihat boring dari pakcik, pujuklah mak bapak ko..
Masalah anak anak zaman sekarang suka salahkan mak bapak, padahal tak pandai pujuk mak bapak, takpe jatuh maruah dan menghina kan diri demi kebahgaian mak bapak..
Kita kena berani dalam tindakan,
Tanpa keberanian, mimpi tak membawa apa apa erti,
Tapi keberanian tidak boleh melangkah hati..
Terutamanya hati mak bapak..
Oh..
----------
akutakperluzinalagi
aku pergi blog kau tak dapat pun!!
--------
yang.mati.akal
inilah komen paling bosan, he he he
-------
nurzaiti
Ya Allah.
Temukan gadis ini dengan seorang lelaki yang kaya dan beriman, hensem dan bertakwa, kelakar dan pandai masak, sayang pada budak budak dan pandai menggunakan first aid, hormat orang tua dan pandai dalam seni mempertahan kan diri, hafal rukun Negara, ada kereta besar, berkebolehan memujuk dan memiliki aset berjuta juta..
Amin..
---------
alan zed
email, jangan tak email..
Apa masalah dgn orang Melayu sekarang? Kawen pun nak jadi kan perbandingan - Wedding of the Year...Wedding of the Kampung...Wedding of the Celbrities.Apa ke hal ?
Bukan kah antara tanda wanita solehah itu adalah mudah nikahnya dan ramai anaknya ? Wahai ibu bapa, kome semua tak nak ke anak dara kome dapat tanda2 wanita solehah ?
hamka..
terima kasih atas doamu..amiiiinn...
ps: tapi kenapa pandai menggunakan first aid? adekah kerana dulu aku cikgu PBSM? ha ha ha..
hehe...suke aku baca doa hamka utk nurzaiti...amin..
hamka, jgn lupa doa utk aku jugak..
komen aku yg dulu tuh kuar kat post hamka utk kali nih 'mana bunga telor'..ahaha..
kite seringkali risau psal jodoh, tp kite lupa wat preparation utk mati..samalah ngan aku..
'jodoh' dan 'mati'...kedua2nya mempunyai persamaan..teka apedia?
syawwal..
dua2 tu dah tuliskan dalam luh mauhfuz..dan aku nak tanya kau..apa beza antara "jodoh" dan "mati" tu pulak..
ps: teka ni ada hadiah ke?
Anonymous
Mak bapak yang ada anak, jaga baik baik, dah kahwinkan mereka cepat, dapat banyak ganjaran..
: )
-----------
Nurzaiti dan syawwal.
Berteka teki nampak, nanti doa dah makbul, jangan lupa bagi aku bunga telor!
Assalamualaikum...
To Shazea,
Apa2 pun ko still kena minta kebenaran Wali ko. Mana boleh belakangkan wali dalam nikah.
Pujuk ler mak bapak ko tu suruh bagi nikah. Terang betul2 kenape. MIntak bopren ko tu pi jumpa mak bapak ko, bagitau dia ikhlas nak kawen ngan ko sebab nak elak zina...
Kalau dapat Alhamdulillah. Kalau tak dapat pun Alhamdulillah. Ada lah tu hikmah yang Allah sahaja Maha Mengetahui..
To Hamka
Malamni malam jumaat. Selamat beribadah!
Laalalala (seronok beribadah..)
aku SMS bini aku:
Malam ini malam jumaat, tukar rancangan.
(apa-apalah)
nak tanya..
kenapa malam jumaat tu sunnah?
(juga malam isnin)
Nabi SAW ada byk isteri..tak kan malam jumaat dan isnin je..penggiliran...bila nak habis?
-sekadar terpikir..-
sy pon ade masalah same gak dgn cik shazea samat ni..tambah2 lagi pas aku teruja nak stay pas dpt keje kat sini (ostrolia)..
satu agi brother hamka, camne nak pujuk mak bapak spy jgn duk wat majlis besar2 sgt...spy save sket duit kami ni kwang3..
'apa beza antara "jodoh" dan "mati" tu pulak..'
errr..yg ni aku nak suh hamka tlg jawabkan...
oklah aku nak gi sibuk ngan 'mati' plak..nak gi tempah kain kapan..
abu_harraz
aku pulak malam tadi, mimpi jumpa Syarifah amani, tapi dia dah jadi adik aku sebab bapak aku kahwin ngan mak dia..
(macam-macam..)
-----------
ija harun
panjang cerita bila nak memujuk ni, tapi senang pujuk pakai duit ler he he
(lain kali aku cerita kot)
----------
syawwal
aku rasa aku dah tulis panjang lebar dalam “apa itu takdir” dulu..
: )
Aku ada tulis cerita pasal kemalangan jalan raya, lepas jumaat aku try post insyAllah!
tunggu!
jodoh tu kan..kena usahakan untuk dapat..kalau tak dapat tu soal ke namblas..yang penting KENA USAHA
manakala maut tu..usaha selagi boleh untuk berubat..Allah tak suruh carik mcam rezeki dan jodoh..JANGAN USAHA CARIK MAUT..tu dah sama dengan bunuh diri..
betol tak hamka? ha ha ha..
;)
betul!! betul!!!
he he he
beza antara jodoh dgn maut...
bila kita bertemu jodoh...kita akan berteman...tapi...
bila kita bertemu maut...takde sapa yg nak meneman...
tul tak?
betul! aku sokong
he he he
Nama saya maon. Saya ada satu cerita.
Baru-baru ini saya makan nasi lemak daun pisang. Tapi...nasi lemak daun pisang yang palsu...
Ianya bukan nasi lemak daun pisang, ia adalah nasi lemak berbungkus kertas A4 warna putih.
Saya sungguh terharu.
-maon-
kertas A4 jauh lebih mahal dari daun pisang apa?
bila baca citer psl wanita baik yg telah menyerahkan segala2nya pd pakwe ni... aku terfikir... layakkah seorg lelaki yg bukan suami menjamah tubuh seorg wanita yg bkn isterinya hanya atas nama cinta semata2.. nauzubillah.. teringat aku time kat kampus dulu, kwn2 x segan silu citer bab seks ni.. smpi aku sendiri xtau nak kata apa lg kat mrk tu... kekdg tu, aku malu jua klu dah lelaki pompuan duk sembang psl seks ni.. biarlah org nak kata aku ni kolot ke, apa ke.. yg penting Allah tahu sapa aku... berbalik pd citer lelaki yg tgh duk confused tu... aku xda nak nasihat ke apa.. just nak bg pandangan je.. skrg terlalu sukar nak cari yg baik2 ni.. buatlah solat istikharah, minta petunjuk dari DIA.. insyaallah pasti akan ketemu jawapannya... semoga berbahagia dunia akhirat
Amin ya rabbil alamin..
:)
perempuan yang baik, adalah untuk lelaki yang baik.......tetapi definisi tentang 'baik' tentulah hanya tuhan saja yang tahu. apakah kayu pengukur untuk 'baik' yang digunakan oleh tuhan? Jawapannya hanya tuhan saja yang tahu. tp itu tidak menghalang kita untuk menentukan maksud perkataan 'baik'untuk diri sendiri, kerana Quran adalah untuk dibaca dan difahami serta diamalkan oleh umatnya, cuma salah jika kita yakin tafsiran yang dibuat oleh kita itu yang kurang berilmu ini adalah benar, sedangkan ulama pun sentiasa sebut hanya tuhan saja yang tahu tentang maksud sebenar Quran. pada saya orang 'baik' adalah org yang bertaqwa iaitu org yang taat kepada tuhan.asalkan dia taat kpd tuhan, so if pompuan tu saudara rasa dia betul2 taat kpd tuhan, atau dia mampu untuk taat kpd tuhan or biasanya org cakap jenis waraq, kira oklah tu. insyaAllah kita sesama berdoa kpd tuhan agar dia dan saudara diberi petunjuk dan hidayatNya, serta dilindungi saudara/i dari segala perkara kurang baik.jgn lupa salah satu ciri ciri isteri yang dianjurkan oleh nabi MUHAMMAD s.a.w ialah agamanya, kerana jika dia seorang berpengatahuan ttg agama dan taat kepada agama, insyaAllah dia ok.panjang kalu nak cerita pasai ni...tp ingat bukan senang nak sentiasa taat kepadaNya, walaupun itu tanggungjawab kita seumur hidup, yang wajib pun kantoi, inikan pula suruhanNya yang lain, apatah lagi...harap maaf jika kawe t'silap bagi komen..
nak kawin...bina masjid,benda baik, buat jelah...setiap benda yang baik InsyaAllah akan dipermudahkanNya untuk kita, janji niat dan cara mau baik, tambah lak niat untuk tuhan dan nak elak dari fitnah dan dosa, lagilah baik. itu juga diangap jihad, kerana melawan nafsu ma. kita tak leh buang nafsu tp wajib bg kita mengawalnya, dengan cara apa?, tentu dgn agama. Cuma masalahnya jodoh kita, hanya tuhan saja yang tahu.....bila dah kawin itu mmg jodoh, kalau tak jadi , itu bukan jodoh namanya tp takdir kadang2 leh diubah dengan doa, so harap niat baik tuan dapat restu dari both family dan Tuhan.
owh.
aku da jumpa yang aku cari. adakah jawapan untuk email aku sama mcm yg ko dah komen tersebut?
dah jumpa?
hmmm
Post a Comment