Aug 8, 2007

Siapa MUFTI ?

(Jangan Berlagak “MUFTI”.)

Aku suka baca akhbar semalam, atau yang bertarikh lewat satu hari, alasannya?
Supaya aku lebih muda satu hari.. woha! (tak lawak)

Nota: Entry ini bukan di tuju kepada mana-mana MUFTI, tapi di tuju kepada mereka yang berlagak 'mufti'- harap tidak keliru

*****

Satu nasihat terpinggir dari seorang aku kepada mereka-mereka yang sedang atau telah belajar ugama terutamanya bab hukum hakam agar jangan lah korang perasan bagus dan sombong lalu berlagak seperti mufti.. berlagak too good for others. Dan keluarkan fatwa sesuka hati…

Bila jumpa kesalahan masyarakat terus letak hokum, orang ni masuk neraka, orang tu masuk neraka, semua orang masuk neraka, korang jer ler yang masuk shurga kononnya..

Hampeh!!!

Aku tahu korang baru khatam kitab masail, baru habis berguru fardhu ain, baru lepas dari majlis ilmu yang hebat-hebat, baru balik dari debat perdana, baru habis baca buku tebal, baru faham selok belok ugama, baru balik dari kem motivasi, baru balik dari group bina semangat, baru mumayiz dan bla bla bla.. tapi janganlah korang sesuka hati berlagak mufti, kejap kejap letak hokum, kejap kejap buat fatwa.. itu haram ini haram, hang masuk neraka depa masuk neraka, yang tu busuk yang tu buruk, yang tu tenuk yang tu berok, yang tu kawan abu jahal yang tu member firaun..

wah wah wah, bagusnya korang, anak sapo ni ha ?

Ya, aku tahu dulu korang bodoh, jahil ugama, naïf dan hina, berkawan pulak ngan orang jahil ugama, sekali korang dapat geng baru ukhwah fillah lestari joint usrah terus pakai kopiah dan yang perempuan terus pakai tudung, terus jadi super born muslimin dan super borm muslimah.. ok, BAGUS apa!?,

Yang tak bagusnya bila korang mula berlagak seperti ‘mufti’, keluarkan fatwa sekuka hati, mula pulaukan group member lama yang tak ikut nasihat masail korang, haram-bidaah-neraka meniti di gigi, yang joint group boikot pulak sanggup letak hokum sape tak boikot masuk neraka, bila ada majlis maksiat terus pergi piket dan angkat sepanduk tunjuk perasaan kepada manusia dan letak hokum orang islam yang tak joint korang sebagai munafik, dayus, agen yahudi, member firaun, dan ahli neraka!!,

Tu belum aku cerita bab politik lagi, si berlagak mufti ni terus kutuk dan hukum ustaz ulamak dengan penuh emosi kerana berbeza fahaman, letak hokum ustaz tu masuk neraka, kemudian buat lagi fatwa sape yang tak ikut korang solatnya tak terima, amalannya tak naik ke arasy, kahwin tak sah dapat anak zina, wal tonfok tonfok wal tahik unta.. pendek kata semua yang tak bersama dalam perjuangan korang adalah ahli neraka!!!

Bila aku tegur, dan bagi sedikit alasan kenapa korang tak boleh berlagak mufti, terus menlenting dan cakap tunggu saje akhirat esok, siapa yang masuk shurga siapa yang masuk neraka!!

Arghhh, aku malas nak berdebat, aku nak nasihat sajer, dan bukan nak letak hokum suka hati..

Baik, aku ada tiga nasihat untuk korang yang suka berlagak ‘mufti’..

SATU: JANGAN JADI PIRING.
(berhati hati kerana 'ia' mudah pecah)

Dalam sesetengah keadaan, memang betul hokum hakam yang korang nyatakan bila kita bincang dari segi ‘masail dan fatwa’ yang sedang berlangsung dalam satu-satu majlis ugama,

Tapi bila satu masalah muncul yang terkeliru antara darurat dan mangsa keadaan, maka sebelum letak hokum dan keluarkan fatwa, kita kena kaji jugak cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah untuk satu jangka waktu yang panjang,

Sebagai contoh, ada satu hari tu seorang member perempuan cerita, dia kerja hotel sebagai penghias dalaman, satu hari seorang member yang lain (yang dah jadi super born muslimah seterusnya berlagak ‘mufti’ )letak hokum bahawa haram dia kerja kat hotel tu kerana hotel tu jual arak, dia di kira bersubahat kerana mengikut hukum gajinya dah bercampur dengan keuntungan arak, ada 10 golongan yang masuk neraka kerana terlibat dengan arak bla bla bla .. (rujuk buku syariah islamiah form 5..) lepas tu budak pempuan yang naif ni berhenti ler kerja kat situ dan sudah menganggur berbulan-bulan, hidup jadi sempit dan hutang pulak dah banyak tertunggak.., akhirnya..

Hidup melarat dan mati kebuluran (yang ni aku tambah..),

Apa-apapun, lepas dah berlaku kejadian tu, baru dia ngadu by email kat aku,

Aku cakap kat bukan awek aku tu, kalaulah dengan izin Allah kau jumpa aku dan tanya aku yang bukan mufti ni, maka aku akan suruh kau kerja jer kat situ, apa kena mengena upah kau hias bilik hotel dengan gaji yang bercampur baur?

Orang yang jual karipap dan goreng pisang tepi jalan tak boleh jual ke jika tauke arak singgah nak beli karipap?
kalau aku bukak kedai jual nasi lemak daun pisang, lepas tu datang perompak datang makan kat kedai aku, lepas makan dia bayar,aku nak ambil duit tu tak? sedangkan duit tu duit rompakan agaknya, aku ambik jer.. apa kena mengena nasi lemak aku dengan duit rompakan dia, takkan lah aku nak bagi perompak tu makan free!
Kau dah hias bilik hotel cantik cantik patutlah dapat upah, boss kau dah upah, tak payah tanya duit tu dia ambik kat mana..

Kes ni samalah kes yang di keluarkan seorang penganggur yang berlagak mufti tentang orang yang kerja kerajaan gajinya haram kerana bercampur gaur dengan cukai arak, cukai judi, artis pun bayar income tax bla bla bla.., bagus soalan ni korang pergi tanya mufti perlis yang kerja kerajaan tu..he he he

Oh!..kasian betul kat bukan awek aku tu, dah kerja apa sekarang? Tak tau ler.. (dah jadi mayat kot? hidup kebulur..)

Dan bagi aku jika awek tu kerja dia angkat arak sekalipun, dalam keadaan tak tahu pada mulanya di maafkan, tapi bila dia tahu maka memang kira jugak dosa pada dia, cuma nasihat dari aku yang bukan mufti, bila dia dah tahu, pergilah cari kerja tempat lain dulu, sambil teruskan kerja kat tempat lama, dah confirm DAPAT KERJA TEMPAT BARU YANG HALAL, barulah berhenti.., faham tak? Lagi tak dapat lagi tu lah kerja kat situ.. faham tak ni?

Ada jugak mamat yang nak berhenti kerja dari satu syarikat buat telepon kerana boss dia masukkan mp3 al quran dalam handphone dengan alasan haram bersubahat kerana nanti dalam telephone bercampur gaur dengan maksiat, game, mp3 lagu dan sebagainya bla bla bla..

Ampun pak!!

Kerja sajerlah kat situ, dah korang orang islam, dan ada kawan kawan islam kerja kat sana, dah boleh solat jemaah kat sana dan teruskanlah bekerja dengan niat dakwah, tak mustahil satu hari nati boss korangpun masuk islam tengok korang punya akhlak bagus, tak curi tulang, buat kerja on time, tak mengular… tak gitu?

Kalu semua blah, sape nak sedarkan mereka yang kapir jika bukan korang orang islam,?

Sebab tu berbeza cara menyelesaikan masalah ugama oleh seorang da’e berbanding seorang ‘mufti’..

Seorang da’e punya fikir macam mana semua ummat ni dapat beriman, dapat kekal dalam iman dan menjadi mayat dalam keadaan beriman.. inilah sebabnya turun perintah dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW agar duduk bermusyuarat dengan sahabat walaupun wahyu belum terhenti..

Bila orang Taif baling batu pada Nabi sampai berdarah darah, malaikat datang untuk buat HUKUMAN, tapi nabi fikir jauh.., kalau mereka tak nak, biarlah anak cucu mereka yang nak..

Mufti dengan fatwanya adalah betul, tapi aplikasinya adalah bergantung kepada keadaan individu atau persekitaran, dan pada waktu inilah islam memerlukan seorang da’e yang berfikiran long distance..,

Kerana itu Nabi bersabda, jika tidak ingin memberatkan ummat, nescaya akan ku wajibkan bersugi dan bertahujjud dan lain lain lagi (hadith- rujuk ustaz)

Nampak? Nabi berkeinginan keluarkan fatwa untuk wajibkan solat tahajjud kerana kebaikkannya amat besar, tapi takut ummat tak mampu buat dan dah jadi dosa pulak, maka nabi sunnatkan sahaja…

Jika Nabi keluarkan fatwa-wajib bertahajjud, akulah yang paling banyak berdosa!! Oh!!

Maka nasihat aku yang pertama, berhati hatilah bila keluarkan FATWA!!!!

Terutama dengan mak bapak, betul mak bapak kau ada yang malas sembahyang, dan ahli maksiat, tapi bila korang letak hukum mereka ahli neraka, korang dah sakiti hati mereka sampai tahap tak nak jamah masakan mereka dah melampau ler tu, Dakwahlah mereka dengan ilmu fadhail(kelebihan), jangan berdakwah dengan ilmu masail (hukum hakam)..jika korang mualaf dan mak bapak masih kapir tak salah duduk serumah berkasih sayang, dengan niat dakwah.., bertindaklah macam da’e bukan berlagak macam mufti..

Bila member ada masalah ugama, jangan terus bagi fatwa, selesaikan masalah dengan takwa, saidina Umar pernah mansuhkan hudud, juga sanggup bagi jawatan perdana menteri kepada seorang yang murtad asal sanggup dia kembali memeluk islam, boleh rujuk ustaz untuk cerita detail..

Saidina Ali dalam perperangan Jamal menentang pihak Aisyah r.aha, bila menang dari segi hokum pihak yang kalah hartanya jadi rampasan dan tawanan menjadi hamba, tapi saidina Ali rampas harta mereka tapi tak pulak jadikan mereka sebagai hamba, sahabat yang lain argue kenapa buat macam tu, Nabi tak pernah buat macam tu?

Saidina Ali bagitau, korang sanggup jadikan isteri Nabi hamba korang? (lebih kurang cerita)

Maka nasihat aku.., berhati hatilah bila keluarkan FATWA!!!!
Berhati hatilah, tersilap bagi fatwa boleh masuk neraka, (aku pulak kelurakan fatwa..huh)…

Nasihat kedua:
JANGAN JADI PINGGAN..
(tiada pinggan, daun pisang berguna juga)

Ada 2 keping piring dan pinggan yang cantik, yang mana bila di lambung tidak pecah, tapi bila jatuh terus pecah berderai menjadi serpihan kaca yang bisa melukakan tuannya.., arggghh malas aku nak ulas dan bermadah..

Aku nak cerita sikit..

Pada suatu hari, ada seorang hamba Allah telah datang pada Nabi dan mintak izin untuk pergi berzina,

Dari segi hokum, orang ni adalah melampau dan macam menghina Nabi sehingga sahabat punya faham, hokum bunuh sajer pada hamba Allah ni,

Tapi Nabi cool.., Nabi sebagai Da’e yang agung faham masalah hamba Allah ni, lalu nasihat dengan baik baik, Nabi tanya: kau suka tak jika orang berzina dengan ibumu? Berzina dengan adikmu, kakakmu, isterimu (lebih kurang maksud hadith)

Hamba Allah ni cakap tak suka lalu Nabi berdoa untuknya, semenjak dari itu tiadalah yang paling di benci oleh hamba Allah ini iaitu zina!!

So, dalam sesetengah keadaan, bila member korang buat maksiat tak perlu korang keluarkan fatwa, itu haram ini haram, masuk neraka dan sebagainya, orang sedang ‘mabuk’, boleh ke kau bersyarah ugama?

Orang macam ni korang kena pandai ambik hati dia, pujuk dan kasihan pada dia, bagi hadiah kat dia, ni panjang nak cerita, dakwah melalui akhlak, dakwah dengan hikmah,

Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula kencing di satu sudut Masjid. Dari segi hokum perbuatan itu di kira menghina masjid dan maruah islam, Para Sahaabat RA segera bergegas untuk menghukum ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai kencing dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, orang nak kencing tak baik di tahan, boleh kena batu karang, dan Nabi sendiri basuh masjid siap ajar pulak sahabat bagaimana nak basuh najis dalam masjid, aku rasa zaman ni jika yang kencing tu pekerja kilang kicap, tentu korang letak hokum haram makan kicap masin kilang tersebut kerana pekerjanya kencing dalam masjid, terus boikot dan berpiket lalu bakar bendera, apa kejadah ntah?

Tahukah korang? berapa ramai orang yang hina Nabi, yang mana korang letak hokum kita wajib bunuh dia dan boikot production mereka serta bakar bendera mereka, tapi Nabi bila di hina, siap suap makanan, bagi hadiah, doa hidayat dan menangis untuk mereka!!
Sebab ada orang yang hina Nabi kerana tidak faham dan terperangkap dalam suasana salah sangka, mereka tidak di beri peluang untuk duduk di posisi yang positif…

Maka, janganlah terus keluarkan fatwa, kena study ahli maksiat kenapa mereka jadi macam tu? Jika korang duduk dalam kasut mereka, korang juga mungkin akan jadi macam tu, kena simpati dengan mereka dan kena bantu mereka.., selesaikan masalah dengan hikmah,

Korang tanya pulak: apa itu HIKMAH?
Hikmah adalah seperti memukul ular dengan tongkat, yang mana…ular mampus, tongkat tak patah..so bolehlah guna tongkat tu lagi untuk ketuk ular lain pulak.., kalau tongkat patah datang pulak ular lain? tak ke mampos?

Lalu bila orang tak solat kita marah-marah, letak hokum letak fatwa, mungkin mereka akan pergi masjid sebab kau dah marah dia.. tapi mungkin itu jugak adalah kali terakhir mereka ke masjid…oh…

Macam aku cerita dulu, seorang alim bercerita kisah beliau menegur seorang remaja yg berseluar pendek dalam keretapi.. bagi fatwa tutup aurat.Pemuda itu berkata, oh.! islam begitu payah dan cerewet sekali..dan pemuda itu terus murtad di situ juga!Sahabat ini sangat menyesal, dan bertaubat bahawa mulai hari tak akan menegur hal yang remeh sebegitu dan akan menggunakan pendekatan secara hikmah..banyak nak cerita, lain kali!

Maka nasihat aku yang kedua, janganlah keluarkan FATWA kepada orang yang sedang ‘mabuk’, kasihanilah mereka yang jahil, jangan kerana fatwa kita, buat orang jauh dari kita,, buat orang murtad ..(naduzubillah), pujuk mereka dari mabuk dahulu dan berdampinglah dengan kasih sayang..

(peringatan: semoga aku dapat amal)

Isk..!

Nasihat ke tiga:
JANGAN JADI MANGKUK!!!
(bawalah bekal dalam mangkuk bertingkat)

Ini kes lain pulak, korang suruh orang berdosa tinggalkan amal ugama mereka kerana ikut fatwa yang korang belajar, dah tak guna lagi mereka buat amalan tu kerana mereka adalah sudah jatuh kapir, ahli neraka, kawan abu jahal dan geng firaun..

Korang cakap dari segi hokum, orang yang tak solat boleh jadi kapir, orang yang tak bersolat, amalan lain Allah tolak.. (rujuk ustaz)

Lalu korang dengan rakusnya memperlekehkan orang yang tak solat tapi buat amalan lain, letak hukum puasa mereka jadi sia sia, pergi tarwikh sia sia bla bla bla

Atau bila ada artis yang berdoa sebelum konsert, bagi salam dan sebut insyAllah album baru dah nak keluar, lalu korang nasihat tak payahlah nak berdoa, sebut insyAllah kerana semua yang korang(artis tu) buat tu haram, bla bla bla.. tak ke hampeh?

Atau bila ada perempuan yang tak bertudung tapi bersolat, korang hina dan kutuk, perlekehkan solat mereka,.. hina suami mereka yang tak pandai cari bini misalnya..

Atau bila ada perempuan yang bertudung labuh tapi buat maksiat, korang nasihat tak payahlah pakai tudung, buat malu tudung bla bla bla..

Wah wah wah! Sedapnya letak hokum dan keluarkan fatwa sini sana, yang ni tak sah, yang tu tak sah.., tak kan lah seorang pelacur tak boleh bagi minum pada anjing yang haus?, apa salahnya mereka buat amal.. kalau mereka ikhlas, Allah jua yang menunjuk jalan..

Dan apa jadi pada pelacur tu? Elok elok masuk shurga.., panjang cerita, nak detail kena rujuk ustaz ulamak..

Orang yang buat dosa dan buat jugak ibadat, tak payah suruh mereka tinggalkan ibadat mereka, seperti mana nasihat nabi kepada pencuri yang bersolat.., satu hari nanti, solatnya akan mencegah perbuatan mungkarnya (lebih kurang maksud)

Wallahu’lam..

Akhir kata, jika korang nak jugak berlagak mufti.. boleh, apa salahnya, tapi beri keutamaan pada DIRI SENDIRI!!!

Seperti:-
Wajibkan diri SOLAT JEMMAH!!!
Wajibkan diri SOLAT TAHAJJUD!!!
Wajibkan diri BACA AL QURAN!!!
Wajibkan diri baca blog keretamayat..(contoh)
Wajibkan diri cium suami 15 kali sehari (contoh)

He he he.. fatwa untuk diri sendiri, lantak korang ler..

Ok, aku ada banyak lagi nak tulis bab ni tapi cukuplah cerita dari piring sampai ke mangkuk.. , lain kali aku tulis lagi, insyAllah..

*****

Ps (versi baik):
Bakal mayat sekalian, jika nak jadi mufti, beri fatwa pada diri sendiri..

Ps (versi jahat):
Bakal mayat sekalian, jika nak jadi mangkuk, jadilah mangkuk purba yang di buru muzium dunia lalu di nilai dengan emas dan berlian, janganlah sesekali korang menjadi mangkuk hayun…

48 comments:

Anonymous said...

Hmmm,

Macm mana ek nak pisahkan antara benci kpd perbuatan mungkar dengan benci si-pembuat mungkar. Bukankah selemah-lemah iman kita ialah apabila kita benci dalam hati akan perbuatan2 mungkar.

Memang betul kita kena banyak kesian kat org yg belum dapat hidayah. Kecian kat dia...mereka masih belum faham.

Jadik, sape2 yg dah faham tu, tolonglah sampaikan pada org yg belum faham...tapi, tentunyalah dengan HIKMAH. Sebenarnya, Allah juga yg beri kita faham. Semoga Allah pilih kita dan diberi kita faham agama. Itulah nikmat yang agung.

Anonymous said...

kitalah dai’e, kitalah mad'u. renunglah kebesaran Allah, nescaya segala makhluk yang membelenggu kita akan kecil sekecilnya. fikirkan indahnya nikmat syurga Allah, nescaya lebur kenikmatan dunia. Kenangilah pedihnya azab Allah, nescaya segala kesukaran di dunia ini akan jadi mudah dan rendah nilainya. Allahu Rabbi...

Cool said...

makin aku rasa hidupku yang penuh kepincangan...

*sigh*

hamka said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

Betul nampaknya kata Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin bahawa kebanyakan bloggers adalah terdiri daripada golongan wanita..

Buktinya, komen yang awal dan first pada blog aku adalah selalunya wanita, dari email respond yang aku dapat jugak banyak dari wanita..

Kebetulan? Aku pulak memang pencinta wanita..

: )

La la la..

-----------
Ummusarah (wanita pertama)

Akupun belum faham ugama, tolonglah nasihat aku agar aku lebih memahami.. oh!

-------
nurzaiti (wanita kedua)

aku tanya anak kecik aku yang umur 3 tahun, ayah ni lelaki ke wanita?
Jawab anak aku: lelaki..

Aku tanya pulak, bonda lelaki ke wanita?

Jawab anak aku : wanita..

Kenapa ayah lelaki dan bonda wanita?

Jawab anak aku:
Sebab ayah pergi masjid dan bonda pergi taklim.

Woha!

----------
Jiji (wanita ke 3)

Errr, aku tak paham..,

Anonymous said...

assalamualaikum

kabare?smoga sihat,amin...

ada yg aku stuju n ada yg aku kurang stuju dgn entry ko kali ni...
tp sbb aku kurang arif utk mngomen...sbb kata2 itu umpama pedang, boleh mmbunuh n adakalanya boleh mnyelamatkn....insya ALLAH 1 hari nnti, bila aku baca btul2, aku akn britahu faktor2 aku stuju n kurang stuju(sblum komen ni kna kaji btul2..)

p/s:jg diri n kluarga baik2
smoga kita smua diberi hidayah,amin

-terpenjara dlm hutan dunia

wassalam

Anonymous said...

aku tahu kau orang terengganu, tapi janganlah tak boleh beza pinggan dan pinggang..

edit cepat!!

hamka said...

errr, ni orang perempuan jugak ke?

:)

ps: dah edit sikit.

Anonymous said...

Saya rasa ayat ni kurang tepat:

"Atau bila ada artis yang berdoa sebelum konsert, bagi salam dan sebut insyAllah album baru dah nak keluar, lalu korang nasihat tak payahlah nak berdoa, sebut insyAllah kerana semua yang korang(artis tu) buat tu haram,"

Tak boleh zikir atau sebut nama Allah pada benda yang haram. 4 mazhab sepakat muzik haram.

Allah itu baik dan dia tidak terima melainkan yang baik.

Saya rasa masih kena nasihat kerana dakwah itu juga menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Saya yang jahil" - man

Anonymous said...

"insyAllah album baru dah nak keluar.."

insyaAllah = jika tuhan kehendaki

Tuhan tidak kehendaki benda maksiat..

hamka said...

Orang perempuan ke ni?

Ok, sabar.., releks and kool.

Aku mungkin salah dalam bagi contoh, dan korang jangan letak hokum, rujuk betul-betul pada mufti,

Tanya mufti,

“Tuan, sekiranya seorang artis, bila di tanya bilakah albumnya akan siap? Lalu di jawab, insyAllah, album saya akan siap akhir tahun ini, apakah hukumnya?, bolehkan artis islam itu sebut ‘insyAllah’ sedangkan muzik itu haram.”

Boleh ke?

****

Biar mufti letak hokum.., so jangan habis kat sini, sila pergi tanya demi ILMU, aku jugak akan tanya mufti yang berhampiran, insyAllah..

:)

Moral aku adalah: jika ada orang buat ibadat dan maksiat silih berganti, tak boleh suruh dia berhenti buat ibadat hanya kerana dia ahli maksiat? jangan putus asa dengan Rahmat Allah, kau sape?Sebab dia ahli maksiat, maka dia tak boleh sebut insyAllah? Itu maksud aku.., seorang pelacur tak boleh sedekah air kat anjing? Seorang pembunuh yang dah bunuh seratus orang termasuk alim pun boleh masuk shurga, Allah Maha pengampun, tapi better rujuk ustaz, aku jahil lagi hina, jika salah, aku rela di betulkan… insyAllah.

: )

Cuma aku nak cerita sikit..

Dulu masa aku bujang, aku yang jahat dan hina serta banyak dosa, buat maksiat dan ibadat silih berganti.. (la ni pun, isk)

Aku masa tu ada dua tiga calon gadis untuk jadikan bini..

Bila kawan ngan perempuan, aku selalu gak tepon dan cakap lama-lama.
Berfalsafah, bersajak, bersyair, berceramah dan berlawak bodoh dalam tepon..

Oleh kerana semua itu berdosa, aku yang ada secebis ugama dalam diri, ajak awek awek aku supaya di hujung perbualan di akhiri dengan tasbih kifarah..

Tapi semua ‘awek’ aku tu tak setuju, dan mereka adalah terdiri daripada ustazah, muslimat pas, super born muslimin, dan gadis bertudung labuh.., alasan mereka apa yang kita buat ni dosa (suara wanita aurat-borak pulak isu merepek) jadi tak boleh bercampur gaul antara dosa dan ibadat..

Hampeh!!

Dalam tasbih kifarah ada istigfar dan kalimah syahadah, taubat dan memperbahrui kalimah, mana lah tahu tersyirik dengan Allah dalam perbualan dan terbuat dosa, apa salahnya bertaubat dan kembali mengucap?

Itu aku paham, Nabi bagitahu tak menyesal orang yang ucap kalimah ini dalam mana mana majlis.. (nanti aku rajin, aku tulis hadith detail, INSYAALAH!!)

Maka dalam ‘awek awek’ aku tu, sorang jer yang setuju dan ikut baca tasbih kifarah sama-sama aku, dan beliaulah isteri aku sekarang..

woha!!

:)

Aku dan dia hari ini mengakhiri segala-galanya dnegan tasbih kifarah, (termasuk hubungan kelamin)

Dan aku nampak kerberkatan yang aku tak boleh nak cerita..hiihi

: )

Manakala bekas ‘awek-awek’ aku tu kebanyakkannya andartu, oh ye, baru ni ada yang dah kahwin, lambat sikit dan arghh, tak baik mengumpat…

Cerita kedua:-

Kisah benar tapi bukan cerita aku, cerita seorang sahabat lelaki..

Dia ada bini, dan..

Bini dia suka ngumpat dia macam macam dengan jiran sebelah terutama waktu beliau takde di rumah..

Satu hari dia nak kenakan isteri dia, dia pura-pura pergi kerja tapi sebalinya menyorok dalam rumah, tak lama jiran datang (juga perempuan) duduk bersembang lalu isterinya ni pun mulalah komplen laki dia macam-macam.

Suami dia seorang pendakwah, dan bini dia anti tabligh, maka segala tak puas hati di ceritakan pada jiran dia, banyak point.

Dari tempat persembunyian, Maka laki dia ambik kertas dan salin segala point anti tabligh dari bini dia dan berniat nak berhujah bila balik kelak..

Lepas tu, suami dia pergi kerja balik,

Dari opis, suami dia tepon..

(lebih kurang cerita)

L-Ohh, kutuk abang ye?
P-Mana ada? Dalih suami dia..
L-Abang tahu daa..

P-Baik, jika abang tahu, apa yang telah saya kutuk abang?

Suami dia pun bukak balik buku nota dia tapi yang ajaibnya segala tulisan tadi hilang..

Pelik?

Bila pulang, suami dia cerita balik kisah sebenar dan tanya apakah amalan isteri dia?..

Aku pendek cerita, kata isteri dia, saya lepas buat apa-apapun saya akan baca tasbih kifarah, walaupun lepas ngumpat abang!!

Woha!

Tamat..

Aku bukan nak letak hokum! Aku bukan mufti,!
Aku just cerita-cerita sahaja, bukan hadith, boleh tolak, kerana ini hanyalah cerita anak muda zaman sekarang.., (haru biru)

Woha!

Ps: tutup majlis dengan tasbih kifarah..

: )

hamka said...

APA ADA PADA NOMBOR?
(untuk yang mengenali diri ini)

6, 7, 8

06/07/80

6 Julai 1980

Adalah birthday bini aku…

: )

9, 8, 7

09/08/77

9 august 1977…

Hari ini aku telah menjadi semakin kerepok..
Aku telah sebaya dengan superman..
Aku telah sebaya dengan ahli shurga..
Aku telah meninggalkan zaman 20-an…
Umurku sudah mencecah 30 tahun..

Sudah 30 tahun aku hidup di dunia ini..
Sudah 30 tahun..

Tapi aku masih miskin dengan amalan baik
Dan masih tidak menjadi orang kaya!

Oh!

Hadiah! Hari jadi biasanya orang bagi hadiah!!

Orang yang kenal aku tahu apa hobby aku.. 3M!!

1. Membaca buku
2. Melukis dan menulis..
3. Menonton DVD/VCD

Tapi tak perlu korang bagi aku hadiah yang berkaitan dengan hobby aku tu, sebab taste aku tinggi.. (hampeh)

Buku.

Yang bagi aku buku-buku ugama, sampai hari ni aku belum baca habis, lain kali tak payah bagi buku ugama (terutama dari penulis yang mintak royalty).., aku suka baca buku ugama dari penulis yang dah jadi mayat, susah nak cerita.. taste aku lain, kalau nak bagi buku, baik bagi komik, komik jepun yang kecik satu set pun ok gak, contoh, GTO, Dragon Ball, Naruto, Hot Dog, dan lain lain.. he he he

Melukis dan menulis

Untuk pengetahuan korang, aku dah lama tak serius melukis, sejak kahwin aku rasa aku dah tak melukis dah, lukisan terakhir aku adalah gambar aku sedang peluk bini aku yang aku lukis kat baju t shirt dan bini aku sorang jer ada baju tu..jadi apa yang korang bagi seperti berus cat dan set colour, aku sedekah kat anak saudara jer ler.., mintak maaf..

Filem.

Tahun lepas ada orang bagi aku satu set VCD cerita Nabi-Nabi, arab version, English subtitle, mahal korang beli tu, terima kasih banyak, tapi sampai hari ni aku tengok baru sekeping dan tak ada minat lagi.. oh!

Aku nak tengok filem yang menang anugerah, filem yang ada fotografi indah, filem yang ada konterversi, filem block buster, tapi bukan semua aku suka, kalu nak bagi set DVD, boleh bagi set smallville, he he he..

Aku bukan apa, tak nak korang beli benda yang mahal-mahal, kemudan aku pulak yang tak pandai menghargai, maka nasihat aku:

LANTAK KORANG LER NAK BAGI APA-APAPUN, AKU AMBIK JER HIHIHI..

SELAMAT HARI LAHIR!!

Ps: tarikh tutup 9 august 2008..

sTefEnO said...

Sesungguh nye saya amat la setuju, x cukup ilmu dah cakap macam2, riak, sombong bangga diri dah mula menguasai diri, sedang kan hati tak pernah ikhlas. Melihat semua orang jahat diri sendiri sahaja yang baik. Saya ni dalam golongan yang x bape betul, akui memang perlukan bimbingan tapi bukan ngan cara kasar tapi halus , lembut & bermakna. Wat ibadat tapi dalam keadaan di paksa pahala nyer macam telur ayam jer, kosang x bermakna. Sedangkan bila kita wat ibadat yang memang kehendak diri sendiri, kebahagiaan 2 x terkira.

Anonymous said...

Ula.........
Happy birthday brother hamka...
Wah3...Sambut kat mana malam ni brother hamka?
Sayang isteri di hadiah-hadiahkan..
Sayangkan suami ___________________
sambung sendirilah ya..
By d way tajuk kali ana xnak komen banyak.Semua ni basic semua orang pernah alaminya even saya rasa brother hamka pun pernah lalui....
Terkadang kita rasa kita bagus dan terlebih bagus..
Yang pasti kita tetap hamba dan insan yang serba naif kepadanya sebabnya kita tanpa malu segan silu asyik meminta-minta dan tidak pernah cukup-cukup kepadaNya yang Esa..Bila sudah memperolehi kita mempermudah-mudahkannya dan melupa-lupakannya...
Sesungguhnya manusia itu memang teramat lemah bila kita yang membuatkan diri kita ini insan yang lemah dan perasan bagus...

"Maafkanlah aku Ya ALLAH yang perasan diriku bagus dan ilmuku tinggi, parasku cantik dan orang lain itu kurang cerdik..
Ampunkan ku Ya ALLAH..."
dan

"Maafkanlah aku wahai hamba ALLAH.. Maafkanlah aku kerana memperlekehkanmu.."

"Aku hamba yang tamak...Tidak cukup dengan yang dikendong dan yang dikejar sudah dapat tapi yang di dalam genggaman pun aku tidak mahu lepas....Sesungguhnya aku malu Ya ALLAH....."

"Salah akukah jika aku hanya mahu yang terbaik?..... "

Namun yang pasti kita tidak pernah menghargai apa yang pernah kita ada sehinggalah kita kehilanganya..

AKU MASIH AKU......

Hanyalah insan yang kerdil tapi yang pasti aku bukan serangga.......

Anonymous said...

Wajibkan diri cium suami 15 kali sehari (contoh)


inih aku sokong...

Anonymous said...

Tugas Mufti adalah untuk menunjukkan kepada jalan agama yang lurus.

Manakala tugas setiap orang Islam adalah untuk mengajak atau menyeru kepada jalan agama yan lurus tersebut.

Tapi zaman sekarang dah terbalik. Orang awam berlumba-lumba untuk menunjukkan orang lain kepada jalan yang (kononnya) lurus dengan berbagai hukum hakam sendiri. Tapi bila diseru untuk sama-sama mengajak kepada jalan yang lurus, mereka kata ini tugas Mufti atau jabatan agama di bawah mufti!

akira said...

pakcik, terima kasih.

ape...? pencinta wanita...? isk...

oOOo...pakcik umo 30 thn rupanya. umi 33 ek. hehe. lawakla, sebab abang saya umo 29.

pakcik, selamat ari lahir. mg panjang umo murah rezeki n sentiasa dlm syg Allah selalu.

tutup dengan tasbih kifarah ek..? hmm...;)

akira said...

eh eh

sorry2 tersilap...umi 27...adeh.

konfius saya. isk

maaf pakcik! huhu

hamka said...

STEFENO

Taatlah beribadat pada Allah sama ada dalam keadaan berat ataupun ringan…

(quran- aku tak ingat ayat, bunyi lebih makna cam tu ler,..oh!)

insan yang kerdil tapi yang pasti aku bukan serangga.......

Terima kasih kerana mengingat, aku kadang-kadang lupa dan beremosi lalu berlagakmacam mufti, nasihat ini sesuai untuk aku!!..

------------
hamba

woha!

-------------
aqilah amir jamalullail

oOOo...

Tau takpe!!

Anonymous said...

Baca tasbih kifarah lepas ngumpat? Isk2.... Tak sama ke mcm baca doa sebelum mencuri..?? Tanya aku yang bukan mufti


Tapi baca lepas bersama isteri tu aku sokong!!!

P/S: Dari sudut bahasa, patutnya Tasbih Kafarah / Kafaratul Majlis, bukan Tasbih Kifarah.. Kifarah tu adalah denda yang dikenakan kalau hasyafah bertemu hasyafah di siang hari bulan Ramadhan...

Kataku yang bukan mufti

Anonymous said...

Kadang tuh bila aku sorang-sorang aku selalu fikir aku ni bnyk yg tak betulnya. Amalnya tah kemana. Aku sedih kenang nasib aku. Lepas tuh aku pulak terlalu mengharap ada orang yang pegang torchlight tunjuk kat jalan.. pasal kalo aku pegang bateri asik kaput je. Aku takut gelap. Tapi orang yang pegang toorchlight..mcm tak konfiden je pegang. haih.

*sedih*

Anonymous said...

selamat hari lahir bro..;)
semoga slalu di dlm redha-Nya

Anonymous said...

selamat hari lahir!
moga bahagia selalu.. dunia & akhirat =)

Anonymous said...

salam, bagus entry encik hamka, byk point2 yg patut difikirkan.

tp ade sikit nk tegur, xkisah lah samaada org tu mufti/belajar fiqh atau tak, kite sbg umat islam wajib brpegang pade dalil alQuran & asSunnah wlaupun xseswai dgn pendapat kite atau zaman mane2 pun.

yg zahir/tersurat dr hadith kite ambil bulat2, hkum tersirat kite serahkn kpd ahli faqih utk syarahkn. sy rase encik hamka patut berhati2 sedikit bile mmberi komen/pendapat sendiri.

harap mane2 kisah/dalil dpt dsertakan dgn jelas, bukan samar2

ibnu_umar said...

salam

hamka, terima kasih atas satu entry yang menarik dan best. semoga Allah buka hati kita untuk menerima nasihat dan segala yang baik dalam entry ni.
(sori aku takleh apply part cium bini 15 kali sehari tu pasal takde bini lagi. hehe)

owh selamat hari jadi jugak kt ko. nampaknya hari-hari kau sebagai manusia semakin berkurang dan kau semakin menghampiri tarikh luput utk jadi mayat.

pasal kaffaratul majlis tu aku setuju gak ngn ustaz rock. patut pakai kaffarah bukan kifarah. takpe iA sama-sama kita belajar dari mende ni.

aa.. aku ade taruk link entry ni kt satu forum budak2 super born muslim yg suke suki sedap ati diorng je mengeluarkan fatwa seolah-olah diorang ni ahli fatwa kebangsaan. ahli fatwa kebangsatan ade la kot. sikit2 haram, sikit2 masuk neraka. macam laa pintu syurga tu diorang yg pegang. ampeh. (sori emo sket, heh)

wallahua'lam

aku akhiri komen ini dengan tasbih kaffarah...

akira said...

maceh tegur saya...aah kafarah bukan kifarah kan. hehe silap ;)

pakcik, mak saya kem salam balik kat pakcik...

hamka said...

Ustaz Rock

Alangkah betapa jahilnya aku dalam bab-bab ugama. Dan jahilnya aku dalam bahasa arab, sehingga kifarah dan kafarah aku tak tahu..

Lihatlah dunia, aku bukan pandaipun..

Terima kasih kerana menegur,

Aku tidak malu untuk belajar, ajarilah aku agar menjadi pria terhebat, eh silap! Ajarlah aku supaya tidak tergelincir di neraka.. isk isk..

Tambahan:-

Menyebut nama Allah dalam perkara maksiat bagi orang yang ikhlas menyebutnya akan membuatkan si pendosa berasa gelisah, seterusnya mendorong untuk si pendosa bertaubat, insyAllah..

Tidak menyebut nama Allah dalam majilis maksiat akan membuatkan si pendosa kurang rasa bersalah..

Aku rasa jika pencuri berdoa sebelum mencuri, ketika berdoa hati akan gelisah dan tidak jadi mencuri insyAllah..

Semuanya dengan izin Allah..

Allah suka orang yang bertaubat..

Cerita isteri yang suka mengumpat itu aku tak tahu apa jadi pada beliau sekarang, sudah bertaubatkah atau masih mengumpat?

Ketika hidup di dunia ini, menyebut nama Allah adalah perkara yang baik!! Sangat baik, lebih baik dari kerajaan nabi sulaiman a.s.

Kena sangka baik dengan orang yang menyebut nama Allah walaupun dalam majlis maksiat, kerana untuk ucap satu tasbih, perlu kepada taufik Allah..

Orang yang akhir kalam dapt ucap kalimah tauyibbah semua dosa di ampunkan..

Dan ini tak kira dengan orang yang menyebut nama Allah kerana niat menghina..,

Aku tahu korang bijak bijak belaka

: )

-------------
wanita ke -3

ALANG ALANG sedih, terus menangis dan masukkan nama aku dalam doamu.. isk..

---------
makhluk ijau

makluk hijau?
Shrek? Atau hulk?
Atau encik platoon?

-----------
oren

amin!!!

----------
hamba Allah

betul!! Aku dah tulis detail dalam bab ijtihad (11 jun) dulu..

Mengamalkan apa yang aku tulis di sepanjang blog ini tanpa merujuk kepada Al-Quran dan Hadith yang semakna atau hampir semakna dengannya bukanlah suatu ijtihad yang bagus dan takut-takut boleh merosakkan ugama korang bila berlaku salah faham.

Allah dah bagi akal dan otak, maka silalah berfikir dulu, dan kemudian mengamalkannya dengan tanggungan sendiri, kerana aku bukan ustaz dan ulamak, dan aku hanya memberi pendapat sahaja..

Dan begitu jugak apabila korang mendengar pendapat ijtihad dari alim dan ulamak, dari mufti atau ustaz, lalu korang terus mengamalkan tanpa merujuk Al-quran dan hadith yang semakna atau hampir semakna, maka itupun bukanlah suatu yang betul dan tidak boleh di katakan korang telah mengamalkan ugama, maka sekali lagi, silalah guna akal dan otak yang Allah dah siap bagi sorang satu, silalah berfikir dulu, dan kemudian mengamalkannya dengan tanggungan sendiri, walaupun pendapat itu datangnya dari ustaz dan ulamak, kerana mereka juga hanya memberi pendapat…

Lagikan sahabat Nabi SAW ada yang tersilap dalam berijtihad lalu di betulkan oleh Abu bakar RA dengan tegas! apatah lagi ustaz dan ulamak hari ini…

Kerana itu kita boleh tengok bila puak-puak islam berdebat, last sekali mereka akan cakap:

“eh! Ini ulamak (A) aku cakap macam ni, dia tu ulamak A..,”

Tapi pihak lawan pulak cakap,:
“tapi ulamak (B) aku cakap lain, ulamak B aku cakap bla bla la bla..,"

Kemudian puak yang memerhati pulak cakap,

"apalah korang bergaduh ni, bukankah ulamak C cakap begini, bla bla bla.. "

He he he, sampuk aku pulak,:
Kalau apa yang ustaz dan ulamak korang cakap tu bersandarkan Al-quran dan hadith yang semakna atau menghapiri maknanya, kira betul ler tu.., tapi jika just pendapat bersandarkan apa yang di perjuangkan atau isu isu semasa, tafsir Quran hadith pakai kepala hotak, sekejap halal-sekejap haram, sekejap nak suruh orang takut - sekejap nak suruh orang segan, tak payahlah nak berdebat, dan tak payah rosakkan masa depan korang dengan IJTIHAD orang lain, akhirat kelak jika ulamak korang tu salah, korang bukannya boleh lepas dengan alasan,:
“Saya ikut cakap dia sebab dia bertitle ulamak, maka apa sahaja kata dia saya akan percaya seratus peratus”

wah wah wah, mudahnya prinsip hidup…

Itu yang berlaku hari ini bila ada pendapat dari ulamak X yang bertentangan dengan hadith dan quran, maka korang sebagai penyokong ulamak X pun siap buat research dan tulis artikel untuk membenarkan ulamak X demi mempertahankan kata-kata seseorang ulamak yang berada dalam kancah politik kepartian, yang ada waktunya terpaksa mengiakan kesalahan, dan tidak boleh memperbaiki kesilapan…

Aku kata mungkin ulamak X patut tarik balik kenyataannya, tapi jawapan dari pimpinan-pemimpin ulamak X bahawa ia akan memberi political mileage untuk pihak yang satu lagi. Arghh malas aku nak ulas!!!!

Cubalah Ingat akan pesan Nabi SAW: ummat aku yang ikut 2 perkara, pasti akan selamat, iaitu mereka yang ikut Al-quran dan hadith…

Sahabat sendiri seperti Abu bakar RA atau Saidina umar RA sering mengingatkan rakyat, agar taat mana yang betul sahaja, jika salah SILALAH TEGUR!!!!

Mana ada manusia yang perfect, berapa kali dah saidina Umar RA kena tegur oleh Abu bakar RA dalam kes berijtihad, siap kena tumbuk dan kena tarik janggut lagi.., korang nak aku tarik janggut korang?nak ?

(woi hamka, ulamak sekarang ramai takde janggutler..)

****
amar_kun

aku tulis kerana kena serang dengan golongan macam ni,

(baca: golongan super born muslim yg suke suki sedap ati diorng je mengeluarkan fatwa seolah-olah diorang ni ahli fatwa kebangsaan. ahli fatwa kebangsatan ade la kot. sikit2 haram, sikit2 masuk neraka. macam laa pintu syurga tu diorang yg pegang. hampeh.)

terima kasih kerana faham..
tak kisah orang setuju ke tak, yang penting korang paham apa yang aku tulis, yang tak paham, baca lagi, dah paham baru komen, he he he

err, boleh bagi link tu tak?

----------
aqilah amir jamalullail

wailakumusallam.

Azlan Zed said...

hurm, bagaimana pula dgn mufti umno la mufti pas la, aku kompius. hehe.

hamka said...

kau jangan bermain dengan api..

he he he, entry ini cerita tentang mereka yang berlagak 'mufti'..

lain kali cerita pasal MUFTI betul

hoh!

tangan kotor said...

salam

maknanya sentiasa berprasangka baik..tawakal..kan senang.

aku super jahil.semua perkara yg bwk aku ke neraka-aku nak buat.tapi dgn sedikit yg ada.aku dapati.
Islam ni mudah/berhikmah.
tak begitu?

dah baca posting yg lepas2 tuh.terima kasih.
cantik.banyak perkara boleh fikir.
contoh-

"..TANDA KETIGA (1)
Air mendidih dlm PERIUKwalupun api kecil

Maksud:Org tak berimu ugama tinggi tapi bagi manfaat pada ugama..

Aku kata: Aku seru kat korang semua, walaupun kita tak ada ilmu yg tinggi dalam bab2 ugama, jangan jadikan alasan untuk tidak berdaqwah..

Setan kata:
kalau nak sedekah, tunggu kaya dulu
Kalau nak ajak org buat baik, kena baik dulu..

Jangan tertipu dengan setan,
cuba dengar Nabi saw kata:

lebih kurang maksud:
Kalau nak kaya, bersedekahlah walaupun satu dinar
Kalau nak jadi baik, ajaklah org pada kebaikkan. Dan sampaikanlah walaupun satu ayat.."

haa.selamat ulang tahun.
semoga sentiasa diberkati dn drahmati.

mintak izin utk repost mana2 entry yg berguna utk sey post kat buletin myspace.buleh??

err Islam Hadhari?
ada sesapa yg percaya akan kebangkitan kerajaan Islam/Khalifah?

tangan kotor said...

aa lupa nak pesan.
harap mana2 petikan suci ayat AlQuran.hadis.dalil.kisah2 teladan dpt dtulis dgn terang dn jelas/sahih.

MimiRosli said...

tarikh lahir kita sama lah incik hamka..hanya tahun je yg berbeza..hoho..hapy belated bufday

Anonymous said...

i assume u punya entry kali nie menjurus kpd amar ma'ruf nahi munkar...bgmana cara terbaik utk tegur org supaya org tu jadi lbh baik dan bukan jadi lbh jahat di sbbkan kesalahan CARA kita menegur dia.

tak dinafikan selemah2 iman ialah mencegah dgn hati dan ramai yg sangka kita dah ada 'authoriti' utk cegah dgn tangan atau lidah (sbb tak nak ngaku iman lemah cegah dgn hati)...maka jadilah spt dlm entry nie...org yg ditegur lagi jauh drp kita hatta ade yg murtad terus...berbaloi ke cara kita tu?

dlm bab maksiat nie saya berpendapat ade 3 group ;
1. jahil sejahil2nya..langsung tak tahu hukum lantas terus bergelumang dlm munkar.
2. tak jahil..kira tahu jugak le hukum tapi masih buat maksiat...saya kira ramai antara kita dlm group nie...sbb iman lemah.
3. tahu hukum dan nak keluar drp keadaan maksiat tu tapi menjadi mangsa keadaan and still going on dgn buat maksiat...saya kira ramai pelacur dlm group nie.

so sblm nak tegur org/jatuhkan hukum at least kita ade rough idea dlm group mana diorg tu...barulah cara kita tu 'mesra alam'...bukan main tembak aje..

sbg cth grp 1...jika kena caranya selalunya lemah lembut dan penerangan yg jelas...insyaAllah mereka cepat berubah...sbb pokoknya mereka tak tahu langsung apa yg mereka buat tu salah.

grp 2...secara ringkas kena selalu buat dakwah (tingkatkan iman) dan ajak org sama berdakwah.

grp 3...mcmana mereka nak berhenti melacur sdgkan mereka tak dpt adakan keperluan2 asas dlm mangsa yg singkat sbg cth ade tak org kaya2 yg mampu ade 3,4 rumah mewah bermurah hati utk belikan mereka sebuah rumah kos rendah pun tak pe...bg free supaya mereka tak perlu lagi pening2 kepala fikir mcmana nak settlekan duit sewa setiap hujung bln..at least 1 prob dah settle...so diorg blh stop melacur and mulakan jual goreng pisang tepi jln...ade sesape bermurah hati di sini?
...tapi kalau ade org yg nak tolong dan mereka menolak...diaorg masuk grp 2 le...

...ade lg point nak tulis...tapi Allah tak izinkan...buzy...insyaAllah smbg nanti.

Anonymous said...

ralat...'masa' bukan 'mangsa'...

tangan kotor said...

"Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself."

Tolstoy

maaf guna falsafah barat.

hamka said...

yang.mati.akal

Antara kerja umat islam yang sebenar, adalah ajak orang kapir masuk islam..
Inilah yang di lakukan oleh semua Nabi dan Rasul..
Juga sahabat dan tabe’en..

Tapi hari ini…(start nak nugmpat)
Masa dah nak habis..
Tapi kerja belum di mulakan lagi..
Masa habis di belajankan untuk caci mencaci, burung sangka, dan perasan baik..

Oh tuhan..
Masa dah nak habis..
Tapi kerja belum buat..
Oh!

Ps: pasal petikan suci ayat AlQuran.hadis.dalil., kita cari sama –sama..
: )

-----------
MimiRosli

Hoho!

--------
XOX

Sambunglah lagi, best dan betul apa kau tulis, sambunglah lagi..

Abu S.H said...

ummusarah, (komen 1st),
pada pendapat patik ini, cara nak pisahkan benci kepada perkara mungkar dan pembuat mungkar ialah..

1) Kita fikir kita pun manusia cam dia, naytime boleh trjebak perkara mungkar.

2) Kita fikir, kit apun manusia cam dia penuh dosa2 dahulu dan kini..

3) Kita fikir kita pun manusia cam dia, maka kita kena doakan dan kasihankan dia yan gberbuat mungkar dengan mencegah kemnugkaran itu untuk manfaat dia, kita dan semua orang.

4) Kita fikir kita pun manusia cam dia, pernah buat dosa namun Allah bagi lagi peluang utk taubat dan bukakn hati.

Maka, Insha Allah kita boleh memisahkan keduanya..Kita nak dia dan kita serta semua org selamat dari api neraka....InshaAllah kita akan kasihkan dia..dan benci HANYA kepada perbuatan dan bukan DIRI.

Ingatlah..kita juga belum tahu nasib kita di penghujung...NAudzubillah utk segala perkara buruk dan keduhahan yang buruk.

Anonymous said...

salam encik hamka..
saye ni kurang paham sket tang bahagian hukum orang yg subahat ng arak 2
bukan ke ade hukum yg kt sape2 yg telibat ng arak 2 bleh bg dosa kat die?
nape lak enck kt xpe lak keje kat ctu sedangkan pompuan 2 da tau yng die turut subahat?
abes 2 kalo katekan die x jmpe keje len xkan die nak keje kat situ sampai bile2?
maaf kalo soalan sye ni nampak kurang cerdk tp sye tgh busaha la nk jadi cerdik ni...

Anonymous said...

Assalamualaikum hamka..
dah lame btol x masuk blog encik hamka...
tetiba teringat yg tarikh lahir kita sama..
last year ade wish...
happy belated birthday...
selamat beramal & fahamkn ugama..utk diriku juga yg slalu lalai..isk..isk....
MAY ALLAH BLESS..k i t a s e m u a h a m b a N y a ..

hamka said...

Abu harraz.

Aku berkunjung ke blog kamu pada suatu hari..
Dan hari hari yang lain..
Tidak berupdate..

Mungkin dah jadi mayat..

Agak lama kemudian,
Aku sms kamu..
Tak berjawab..
Esok pagi baru jawab..

Oh, masih hidup,
: )

Kemudian aku berkunjung ke blog mu, sudah update,
Oh, masih hidup,
: )

Dan blog mu di penuhi, zihin, targrib, tamsil..
Dan seperti biasa, tiada komen dari aku..

Hanya nak tahu.
Masih hidupkah kamu?

Oh ye masih hidup,
: )

-----------
Anonymous

Aku tak bagi hokum..
Atau fatwa, Cuma satu cadangan untuk jangka masa yang panjang..
Tepuk dada tanya iman..

Kalau iman kuat, tak kerja tak pe, tak nyusahkan orang, boleh berhenti..
Tapi kalu iman lemah, kena uji sikit takut murtad dan sebagainya, maka kerjalah kat situ selagi tak dapat kerja tempat lain!!!!

Ps: jangan Tanya : jika tak dapat kerja tempat lain?, pergi cari kerja dulu, lagi 4 bulan tak dapat jugak baru aku keluar ‘fatwa’ lain ..heh!

-----------
Anonymous

Hadiahkan aku fatihah!

Abu S.H said...

kalau aku mati pun , harap2 aku masih 'hidup' di sisi Allah.

Dan ketika aku masih hidup...harap2..hati aku sentiasa 'hidup'

blog aku je yang nak mati...tapi aku berjaya hidupkan balik.

hamka said...

Takpe mati bila-bila pun, asal tak masuk neraka sudah!

hoh!

Anonymous said...

satu kisah drp satu majlis ilmu...

seorg bapa nie kerjanya memang mencuri tapi anaknya pulak dihantar belajar di madrasah.si anak sedar apa pekerjaan bapanya itu.satu malam ayahnya ajak sianak utk pergi mencuri sama. lalu ikutlah sianak tanpa banyak bicara.

seblm memanjat tembok rumah (yg hendak dicuri tu) dia berpesan kpd anaknya supaya memerhati sekeliling dan menjerit "ada org lihat" jika ada org yg nampak perbuatan mereka supaya mereka boleh lari.

lalu si ayah memanjat dulu sementara si anak memerhati...sebaik saja si ayah mula nak melompat ke seberang tembok si anak pun menjerit "ada yg melihat"....lalu kedua2 mereka pun melarikan diri.

kemudian si ayah bertanya "siapa yg melihat?"
jawab si anak " Allah ".

Pandanglah 1 kebaikkan saudara kita walaupun dia ada 99 kejahatan (supaya ianya menjadi penghalang kpd kita agar tidak mencerca/mencaci dia )...sebaliknya

Pandanglah 1 keburukkan kita walaupun kita ada 99 kebaikkan
(supaya ianya menjadi penghalang kpd kita agar tidak bersikap sombong/perasan bagus)

hamka said...

ada mata pandang..
ada otak pikir..

Anonymous said...

tuan,saya dah tanya mufti,aka ustaz,apakah hokum penyanyi ckp inshallah,alhamdulillah selepas menangi anugerah dan mcm2,maka dijawabnya,hokumnya haram,kerana bagaimana perkara yg haram dinisbatkan kepada allah,sdgkan allah hanyalah layak pada perkara yang baik sahaja.

tuan,yang ckp ni ustaz aka ustaz tabligh..hihihihi

tapi serius lah ni,kami tanya mcm2 ustaz,dari yang tabligh smpai ke yg tak tabligh.. ;)

hamka said...

MUFTI dan FATWA adalah betul dalam 'ruangan', tapi bila dalam 'lapangan' lain ceritanya..

: )

Anonymous said...

apakah maksudnya tuan hamka?

hamka said...

Maksud sudah aku tulis dalam entry di atas.., baca bab pekerja hotel yang dapat upah dari hasil jualan bercampur arak..

atau mungkin aku tulis lain kali panjang lebar.

mungkin?!