Jul 25, 2006
Kenapa doa tak MAKBUL?
(Apa itu ‘sabar’…)
Aku tengok dalam surat khabar sejak dua tiga menjak nie…ramai org islam sedang tunjuk perasaan sana sini pasal isu-isu semasa, begitu ramai bilangan mereka, dari jauh kelihatan macam buih-buih..oh..
Mereka berkumpul kerana ada hajat tersendiri…
Ada yang nak turunkan harga minyak..
Ada yang nak suruh kerajaan letak jawatan..
Ada yang nak suruh israel berundur dari palestin..
Ada yang nak mufliskan perniagaan orang yahudi..
Aku berbaik sangka, iaitu sebelum dan selepas mereka berhimpun… mereka dah tentu buat solat hajat 12 raka’at pada Allah untuk memakbulkan doa mereka…
Aku juga suka jika setiap kali 5 waktu solat berjemaah, mereka boleh berkumpul macam tu…
Tapi yang jadi masalahnya, kenapa doa mereka tidak makbul?
Minyak tetap naik, kerajaan yang sama tetap memerintah, Israel tetap serang palestin, syarikat yahudi tetap kaya raya..kenapa? kenapa?
Jawapannya adalah..
Kerana doa itu tidak di makbulkan oleh Allah…
Kerana Allah tidak memakbulkan doa mereka…
Kenapa?
Kenapa doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah, sedangkan di kalangan mereka aku tengok ada ramai ustaz dan ustazah, ramai alim dan alimah, kenapa ? kenapa?
Jadi, entry ini di tulis bukan untuk menjelaskan kenapa doa mereka tak makbul, tapi aku yang jahil lagi hina ini nak tanya korang semua.
Yang jauh lebih bijak dan pandai dari aku.
(kalau ada ustaz, ulamak yang baca blog aku lagi bagus!!!)
Kenapa doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah!!!
Seorang yang tidak bertuhan berkata: kerana tuhan tidak ada…oh…(isu pasal ni aku akan bincangkan lain kali..)
Aku pernah tanya ustaz yg bekerja dengan kerajaan…
Jawapannya:
kerana umat islam tiada ilmu, macamana Allah nak perkenankan doa sedangkan dari segi kemudahan senjata dan kepakaran perang kita takde…!!
Aku tak puas hati, aku tanya pulak ustaz yg aktif membakang kerajaan..
Jawapannya:
sebab kita takde Negara yg benar-benar islam..
Aku masih tak puas hati lagi, aku tanya pulak pada ustaz yg natural..tak sokong mana2..
Jawapannya:
sebab ummat hari ni banyak makan benda haram, riba, dan sebagainya..
Nafsu bertanya aku masih belum puas lagi, aku tanya pulak pada pendakwah bebas;
Jawapannya:
kerana umat islam sekarang bukan mukmim, Allah akan tolong orang mukmim sahaja…
....
Oleh yang demikian, kepada korang semua, aku alu-alukan jawapan atau perbincangan secara ilmiah tentang ;
kenapa doa orang islam sekarang tak makbul, kes terbaru, Israel serang palestin…kenapa?
Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan satu dunia doa, “Ya Allah selamatkanlah, Palestin, Iraq, dan lain2,” tapi doa masih tak makbul, kenapa?
…
Sebagai menunggu jawapan yg berilmiah dan terbaik dari ustaz, ulama, sufi, kiai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan,, yang baca blog aku nie..
Apa kita nak buat..?
Bergurau senda antara pusat dan lutut?
JANGAN…HARAM PADA WAKTU EHRAM DAN TETAP HARAM JUGA WALAU BUKAN PADA WAKTU EHRAM…
….
(bayangkan suasana petang di tepi pantai, ombak yang berbuih-buih..dan angin yang menderu…)
Sementara menunggu ustaz, ulama, sufi, kiai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan, menjawab soalan tu…
(oi..hamka, ustaz mana ada baca blog merepek engkau?-..oh..)
atau korang yang bijaksana lagi bijaksini jawab soalan tu.. cuba aku yang bodoh-bodoh alang dalam ugama ni cuba jawab (lebih kurang)… oleh kerana aku bukan ustaz, ulama, sufi, kai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan,.. maka korang boleh membuang jawapan aku ke dalam indah water jika korang tak berkenan…oh…
Mula-mula sekali pasal tunjuk perasaan,
Aku tidak berniat untuk menyalahkan mereka yang ramai ramai berkumpul macam buih tu, bercampur lelaki dan perempuan macam buih.. baguslah apa yang mereka buat, sekurang-kurannya mereka buat sesuatu untuk bantu islam (hope be)..
Mungkin mereka merujuk kepada peristiwa Nabi Ibrahim dibakar , maka seekor burung telah ambil air dari paruhnya dan siram api itu.. Seorang wali Allah bertanya, apa yang kau(burung) buat tu langsung tak dapat memadamkan api itu.. jawab si burung.. sekurang-kurangya akhirat kelak.. ila Allah tanya apakah yang kamu buat ketika Nabi kamu dibakar.. aku telah berbuat sesuatu …oh..
Tapi aku takut jadi macam apa yang dah aku cerita dalam post yg lepas. (kenapa best tengok bola)
Bila ada satu golongan yang tak pandai berenang di campak ke dalam air.. maka korang yang tak pandai berenang ni duduk tepi sengai dan tunjuk perasaan kepada si zalim itu supaya hentikan perbuatan merka.. ok. si penzalim itu insaf.. dan tak campakkan lagi orang ke dalam sungai… tapi sat lagi, si zalim tu meluru ke arah korang dan campakkan korang pulak ke dalam sungai… korang yg sedang bergelut dengan maut tu nak bantuan yang macamana?
Nak ada pulak golongan lain yang tak pandai beranang tunjuk perasan simpati diorang pada korang?... ok, stop sampai sini… aku memang bodoh dan jahil dan hina..
Jadi hari ini, aku bukan nak bincang tentang doa mereka yang hebat-hebat dan tingi-tingi itu, tetapi tidak makbul!..aku nak bincang tentang doa kita semua yang biasa-biasa sajer tapi tetap tak makbul..oh…
Kenapa Doa kita tak makbul?
Baca sahaja, mungkin entry aku tak sehebat tajuk..atau mungkin tak
dapat memberi jawapan yg tepat kerana aku memang confirm bukan USTAZ…aku baru NAK-START…!!!
Antara salah satu sebab musabab doa korang tak makbul adalah kerana: (chech, macamlah doa aku makbul-cis!):
Kerana korang salah berdoa… err.maksud aku korang salah teknik berdoa…
Sebagai contoh, jika muka korang tak cun langsung (hodoh gila babi) lalu korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah:
“Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Siti Nurhaliza...”
lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa yg berlaku? Muka buruk tu jugak
yg korang nampakkan? Apa perasaan korang? Sedih? Kecewa,? Nak mampos? Nak bunuh diri..oh..
Sebenarnya doa macam tu salah, dan menyusahkan orang, sebab perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah…
Sepatutnya korang doa macam nih…
“Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini:
(sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi org yg muka lebih buruk dari korang)
lepas doa, korang pergi tengok cermin..apa yg berlaku? Kalau doa ‘sabar’
korang makbul.. tentu korang cakap: “cantik jugak aku nih..he he he”
Jadi perkara yg patut korang mintak dengan Allah hari-hari adalah KESABARAN!!!
Hah!? sekarang ada korang doa sabar dengan apa yg korang tak suka? .. berapa kerat antara kita yg doa sabar dengan kesusahan berbanding yg berdoa
supaya kesusahan tu hilang?
Dengan benda yang kita suka pun tak boleh nak sabar, seperti, alahai..lambatnya gaji..apahal awek aku tak tepon nie…apatah lagi dengan benda yang kita benci!!!
Korang tahu kenapa Allah bertalu2 bagi korang susah?
Adakah Allah nak korang ingat pada Dia dengan mintak di hilangkan
kesusahan?
Atau Allah nak korang bersabar dengan kesusahan sambil ingat Dia supaya darjat korang
naik?
Dan jika korang tak mampu nak sabar, kenapa tak mintak ‘hati yg
bersabar’…
nampaknya kena bukak cerita Nabi Ayub a.s, tapi better korang rujuk ustazlah…jadi
Antara nikmat yang terbesar dalam hidup yang pernah di ungkapkan oleh seorang-
sahabat Nabi:
“HATI YANG SENTIASA BERSABAR”
Kerana itu kalau korang rujuk cerita2 sahabat Nabi S.A.W yakni:
bila batu dihempap atas dada Bilal Ra,
Bila Khabbab RA di heret atas bara api
Bila Sumayyah di seksa
Bila Abu Bakar Ra di pukul..
Bila Nabi di baling batu
Apakah korang ingat Allah tak boleh halang org kapir?
Buat batu tu stop macam Neo dlm the matrix?
Kenapa Allah biarkan saje NabiNya di baling batu dan Sahabat2 di
seksa..?
tak lain tak bukan…
Kerana Allah nak uji iman mereka…dengan perantaraan sabar!
ALLAH SANGAT SUKA DENGAN GOLONGAN YANG BERSABAR DENGAN MUSIBAH!!!!
Apa pesan Nabi pada Bilal, Khabab, sumayyah, kelarga Yasir dll?
Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita..
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar…
Dan..SABAR itu kepala kepada iman….
Sebab tu aku nak tanya korang, bila Allah datangkan kesusahan dalam
hidup korang?
Ada korang mintak hati yg bersabar?
Tidak, sebaliknya korang menjerit2 terlolong sana sini dan salahkan org lain, salahkan kerajaan,
salahkan polis, salahkan sekolah…akhirnya jiwa jadi menderita..tertekan, gila babi, lalu
bunuh diri!!! Nauzubillah…
Teringat cerita bila Nabi zakaria a.s di gergaji oleh orang kapir…Nabi
Zakaria mengerang kesakitan..lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh, kamu
akan di buang daripada senarai kenabian..lalu Nabi Zakaria ‘senyap’
menahan kesakitan di gergaji sampai jadi mayat..err..sampai mati…
Teringat pada Nabi s.aw waktu di baling batu kat Taif..malaikat offer nak
terbalikkan bumi taif..Nabi kata biarlah…biarlah mereka..oh..sambil air mata
Nabi bergenang…
Teringat ketika Nabi musa sebelum menjadi Nabi, sedang jaga sekumpulan kambing, tiba2 sekor telah lari (macam Ahmad Albab daa).. Nabi musa kejar itu kambing, tapi itu kambing lari jugak..sampai satu tahap, kambing tu penat berlari dan badannya luka2 kerana tergores sana-sini, begitu jugak Nabi Musa a.s yang luka2 kerana kejar dia punya kambing, tapi bila dah dapat kambing itu, nabi Musa takdelah nak terajang ke atau nak lempang kambing tu.. sebab nyusahkan dia, tapi Nabi musa belai dan gosok dia, sambil berkata; kesian kau kambing, kenapa susah-susah begini? Lalu mendukung kambing itu bawak pulang, maka pada ketika itu juga Allah berfirman kepada malaikat Jibrail .as untuk melantik Nabi musa sebagai Nabi kerana ada sifat sabar…subhanAllah…
Atau cerita nabi khaidir yg enggan menerima anak murid untuk belajar dengannya walaupun seorang Nabi kerana tidak mempunyai sifat sabar…
Oleh yang demikian, Kerana itulah antara Nikmat yg besar dalam hidup adalah memiliki hati yg sabar…
Korang tahu apa itu sabar?
Sabar terbahagi kepada dua:
Satu: Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan
Dua: Sabar menahan segala penderitaan..
Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah:
TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!!!
dan maksud sabar dalam menahan segala penderitaan..adalah :
TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI!!!
SAMAADA ALLAH HILANGKAN KESUSAHAN INI DENGAN BERKAT
KESABARAN SAYA,
ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH!!!
Atau aku tambah lagi..
SABAR SAMPAI SAYA JADI MAYAT!!!!
Dan kita semua beruntung sebab Allah suruh cari pertolongan dengan
SABAR dan SOLAT..cuba Allah suruh cari pertolongan dengan sabar dan PUASA
atau sabar dan HAJI..jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu….so adil
sangat bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..
Ni lagi satu…bila korang ada hajat dan buat solat hajat, berapa raka’at korang solat hajat? Apa? Tak dengar…Dua?..
DUA SAJER!!!?
Saidina Ali yg tiada makanan solat 12 raka’at baru Allah bagi rezeki yang melimpah ruah, aku yang banyak dosa ni..solat hajat dua raka’at sajer supaya isteri aku selamat bersalin..oh…kalau lah malaikat tu jenis makluk yg ada sifat penat, tentu malaikat tu penat tulis dosa aku..korang tolonglah doa aku sama ye..isk..isk…
MORAL: bila susah, bersolatlah…dan mintak dengan Allah hati yg bersabar…
Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas
kamu bersabar..
Jadi
yg tak tahan dengan karenah suami, dah doa belum sabar ngan sifat
suami?
yg tak tahan dengan karenah majikan, dah doa belum sabar ngan sifat
majikan?
yg tak tahan dengan masakan isteri tak sedap, dah doa belum sabar ngan
rezeki Allah?
yg tak tahan dengan karenah anak2, dah doa belum sabar ngan sifat
anak2?
yg tak tahan dengan karenah kerajaan, dah doa belum sabar ngan sifat
pemimpin?
Allah akan betulkan org yg menyusahkan kita bila kita bersabar dengan
mereka yg menyusahkan kita…dan Allah akan biarkan mereka menyusahkan
korang yg tak nak bersabar dengan mereka!!!
Kerana itu korang boleh tengok negara2 yg rakyatnya terus di tindas,
isteri2 yg terus menerus di zalimi suami..kenapa? kerana mereka bukan nak
bersabar tapi tak bershukur dan tak bersabar malahan nak menentang pula!!!
Ingat!! Anjing yang bodoh adalah anjing yang apabila di baling batu dan kayu, maka dimarahnya dan di gigitnya batu dan kayu itu….remember, return to the source..
Allah yang keluarkan masalah, Allah juga yang menyelesaikan masalah..
Seorang isteri yg bersabar dengan karenah suaminya-Allah akan hantar
Malaikat untuk memperbetulkan akhlak suaminya...
Seorang pekerja yg bersabar dengan karenah majikannya-Allah akan hantar
Malaikat untuk memperbetulkan akhlak majikannya...
Seorang rakyat yg bersabar dengan karenah kerajaanya-Allah akan hantar
Malaikat untuk memperbetulkan akhlak kerajaanyanya...
Seorang pendakwah yg bersabar dengan karenah ummatnya-Allah akan hantar
Malaikat untuk membawa hidayat seluruh alam…
Seorang pembaca blog yg bersabar dengan membaca entry ini sampai habis-maka akan habislah entry ini di bacanya-tak lawak…ha ha ha
Dulu aku dah pernah sound pada korang semua yg berdoa ntah-apa-apantah..
Hari ni manusia secara tak sedar nak jadi binatang..kerana itulah munculnya spiderman, batman, silverhawk, masked rider, keluangman, cicakman, angsaman, tapak-selai-man, org utan man..!!!
Kepada org yg mintak doa nak panjang umur…Aku cadangkan lebih baik korang mintak jadi kura2 boleh hidup sampai 200 tahun!
Kepada yg mintak doa nak makan bayak…aku kata, korang mintak je dari Allah jadi gajah,
Ada pulak yg mintak doa nak rumah besar he he he kau duduklah dalam zoo, rumah besar, makan free, hari2 org datang ziarah..bayar pulak tu!!
Lepas tu, Ada pulak doa nak kahwin ramai2, tak salah..dalam islam paling ramaipun 4 je kalau nak betul2 ramai mintak je dengan Allah jadi ayam, sebab ayam punya bini unlimited !
Yang ni lain cerita pulak, berdoa supaya boleh terbang macam tok guru dia, aku
Bagi cadangan agar mintak dengan Allah jadi burung terus…ada pulak yg nak jalan atas air, memang Hebat dapat jalan atas air macam labah2!...ada pulak yg doa nak menyelam lama2, aku kata lebih baik jadi ikan …
Korang cakap tak nak lah duduk terus dalam air..nak dua alam….he he he , korang mintak jer jadi…argh tak payah sebutlah korang semua dah tahu binatang apa yang hidup dua alam…
Apa yg Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal, jodoh…korang tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah…ada benda lain lagi yg patut korang doa sampai kelaur air mata darah!!!
Antaranya..HIDAYAT DAN HATI YANG SENTIASA BERSABAR…..
Selain sabar, korang kena mintak beberapa perkara lagi…(alamak panjangnya)
Iaitu: mintak dengan Allah supaya bagi hati yang sentiasa bersyukur…
Kerajaan naik minyak 30 sen terus pergi berjemur tengah panas waktu zohor sambil bawak poster kerajan zalim maha firaun..huh, zaman firaun dulu, firaun keluarkan perintah semua anak-anak lelaki bani Israel di bunuh, satu org pun takde tunjuk perasaan…akhirnya 50 tahun kemudian, Allah hancurkan firaun..Allah boleh hancurkan firaun serta merta sebab dan bunuh beribu2 bayi..tapi Allah nak korang sabar dan syukur!!!
Minyak naik 30 sen, jika korang selalu pergi masjid, maka pahala korang naik lagi 30 sen darab dengan 700 ribu ganjaran…nak ke, tak nak? Lainlah jika korang malas pergi masjid..tu yg sanggup pergi berjemur tengah panas waktu zohor bawak sepanduk tu!!!
(semoga Allah ampunkan dosa aku yang selalu berlagak macam bagus ni..oh..)
Eh, cik hamka ni, seorang penyokong islam hadarilah…
Lantak engkaulah nak tuduh aku apa-apapun yg aku sokong adalah islam hari-hari! Bukannya seminggu sekali atau setahun sekali atau 5 tahun sekali!!
Perkara seterusya korang dan aku kena mintak dengan Allah supaya bagi sifat ikhlas dalam beramal…panjang aku nak cerita, lain kali aku bukak tajuk “apa itu ikhlas’..
Dan seterusnya korang kena mintak dengan Allah supaya bagi hati yg sentiasa takut dengan dosa yg lalu dan akan datang..
Orang yg jahat adalah org yg lupa pada dosanya…
Orang yg baik adalah org yg lupa pada amalnya…
Orang yg jahat adalah org yg ingat pada amalnya…(menyebut-nyebut)
Orang yg baik adalah org yg ingat pada dosanya…(menyebut-nyebut)
Tapi org yg lagi jahat adalah org yg berbangga dengan dosanya dan bercerita dengan penuh bangga!!!
Memang ada antara kengkawan aku yang suka-suka cerita dengan bangga dosa2 yang dia buat, siap bawak handphone tunjuk gambar dia buat maksiat denga aweks..dia..
Aku sound: ahli neraka adalah terdiri dari mereka yang berbangga dengan dosanya..!!!
Alhamdulillah, kengkawan aku masih ada iman..beliau terus beristigfar…
Aku pernah makan sekali dengan satu org alim
(alim sebab dia mengajar di madrasah untuk hafiz..)
Si alim itu bagitahu…Orang-orang alim solat hajat 12 rakaat sehari supaya kekal dalam hidayat, kekal dalam ugama islam, kekal dalam jalan yg betul..oh..aku yang tak alim ni, solat hajat ada buat ke? Oh..
Hari ni, aku nak tanya korang, berapa rakkat korang buat solat hajat dan doa supaya kekal dalam islam atau hidayat?
12? 4? 2? atau tak pernah? Oh!!!
Aku ni nak mampos agaknya bila tak pernah buat solat hajat mintak supaya kekal dalam hidayat islam…
Nota: org yg paling suka baca blog aku adalah isteri aku, next, anak-anak ku(akan datang) dan sahabat-sahabatku..maka tak salah aku tulis dengan keras dan kasar untuk mereka yang aku cintai-harap maklum!!,
Satu org alim ajar aku bila solat tahajjud mintak empat perkara dngan Allah..
Ya Allah, PILIHlah aku menjadi org islam yg soleh.
Ya Allah, GUNAkanlah aku menjadi org islam yg soleh.
Ya Allah, BANTUlah aku menjadi org islam yg soleh.
Ya Allah, TERIMAlah aku menjadi org islam yg soleh.
Hari ini kita semua telah dipilih menjadi org islam, tapi takut bila kita mati kelak, kita tidak diterima sebagai seorang islam…maka mintaklah dengan Allah supaya gunakan kita sebagai asbab hidayat dan mintaklah Allah Bantu kita dalam mencari hidayat dan menjadi asbab hidayat…
Berbalik kepada sabar…apa itu sabar?
Korang kena bersabar solat lima waktu kat masjid sampai korang jadi mayat…
Korang kena bersabar baca Al-quran sampai korang jadi mayat…
Korang kena bersabar berpuasa sebulan sekali pada tiap2 tahun sampai korang jadi mayat…
Korang kena bersabar dengan muka korang yang tak hensome sampai korang jadi mayat…
Korang kena bersabar buat dakwah sampai korang jadi mayat…
Korang kena bersabar dengan kesusahan yang akan sentiasa datang sampai korang jadi mayat…
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Aku dan korang kena baca hadith nabi dengan isteri korang pada setiap malam, bila isteri tanya, sampai bila nak buat macam ni bang?
Aku kata:
kalau sayang nak menangis, menangislah, kalau nak bersedih, bersedihlah kerana kita akan buat perkara ini sampai jadi mayat!!!!
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."
Tahukah korang bahawa Allah sangat suka satu keadaan yg mana bila ada org lalai pada Allah, maka Allah akan datangkan satu golongan untuk memberi peringatan, akan tetapi memang hakikat manusia tak suka di tegur..(termasuk aku kadang-kadang..oh..), lalu mereka yg ditegur ini menyusahkan utusan2 Allah ini, dengan mencaci, menghina, mengancam, mengugut, di baling batu dan sebagainya..tetapi apabila golongan ini sabar..maka Allah memandang dengan rahmat iaitu, Allah menyimpan ganjaran yg besar untuk si penyampai tadi dan Allah juga tidak mengzahirkan kemurkaannya kepada yg lalai, sebaliknya Allah simpan azab yg dahsyat di akhirat kelak dengan syarat si penyampai ini bersabar..
Maka mintak lah dengan Allah SIFAT SABAR…SABAR SAMPAI JADI MAYAT !!!
Satu lagi..last, kalau nak doa, jangan lupa sebut nama nabi kita saw, kerana Nabi Adam diampunkan dosa dia bila berdoa dengan menyebut nama Nabi Muhammad SAW..insyaAllah!!
Untuk kesekianan kalinya, seorang penjual ubat mestilah mempunyai badan yg sihat untuk menarik keyakinan pembeli.. maka aku yg selalu membebel macam mak nenek ni mesti membuktikan bahawa aku adalah seorang yang makbul doanya..tapi jangan email aku pulak suruh buat solat hajat… aku tak buat solat hajat on-line..nanti nak kena bukak akaun pulak nanti, untuk pengetahuan korang semua, aku mempunya beberapa doa yang makbul setiap kali aku memintanya..err.. iaitu doa makan dan doa tidur..!!(tak lawak, nak lebih lawak kononnya aku kena tambah doa bersetubuh!!!, ) so malam ni, solat hajat 12 rakaat mintak dengan Allah dapat isteri atau suami solehah..amin!!!!, ok, bye, aku nak pergi makan keropok dan air teh tarik dan tidur, oh tidak, mungkin aku akan pergi tunjuk perasaan, jumpa di sana..he he he!!!
Ps: Sentiasalah tunjuk perasaan kita kepada orang yang kita sayangi terutamanya yang sudah menjadi mayat dengan banyak berdoa untuk mereka….isk..isk…

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
58 comments:
oooo..bro hamka...menanti kehadiran org baru la nie?
omedeto!!!tahniah2!!!
(^0^)
insya Allah.. selepas ini aku akan cuba memupuk kesabaran dalam mengetuk pintu rumah-rumah orang untuk menjual 'barang' yang Tuan aku sediakan..
'hari ni depa duduk, nama depa tak bagi..
satu hari nanti depa berdiri, bagi nyawa depa ready..'
insya Allah..
apa pendapat encek hamka dgn ayat nih...'sabar manusia ada limitnye'??
taak lah nk sabar tuk baca topic baru....
walaupun entry yang panjang, alhamdulillah -sabar-dapat habiskan gak..
innallahama'assabirin
encik hamka, semoga aku bersabar semasa membaca penulisan kau.
jangan kau jemu memberi nasihat-nasihat ini kepada kami. memang susah bagi aku untuk ikut. tapi sekurang-kurangnya aku akan terfikir-fikir didalam otak.
semoga hati aku akan menjadi lebih lembut untuk mengikuti perintah Allah. amin.
Jika manusia harus lama menanti apa
yang diinginkannya
maka hilanglah kesabaran dan
sempitlah dadanya.
Ia lupa bahwa di dalam penciptaan ini
Allah memiliki sunah-sunah yang tidak
akan berubah,
bahwa segala sesuatu ini mempunyai
waktu yang telah ditetapkan,
bahwa Allah tidak akan dapat
dipengaruhi oleh ketergesa-gesaan seorangpun.
Setiap buah memiliki batas waktu
matang.
Ketergesa-gesaan seseorang tidak akan
dapat mematangkannya sebelum batas
waktunya,
sebab ia tunduk kepada sunnatullah
yang mengaturnya.
Tak seorang pun dapat memaksanya.
aku tau satu je tentang sabar "sabar itu separuh drp iman"
flimsy user
aku dah tulis ke? Alamak..aku boleh lupa pulak…oh..
hari2 tengok mayat pun boleh lupa akan jadi mayat…
----------
bibun sekibun
Doakan saya, anak dan isteri agar semuanya selamat…!!!(^0^)
------------
ali-setan
Ada nama pada pintu shurga dan neraka…
'hari ni aku duduk, belajar bagi nama dan sebagai seorang beriman haruslah menyerah diri..
insya Allah..
------------
hijau
Nabi terdahulu buat dakwah ada limitnya…tapi untuk ummat akhir zaman nak menentang orang kapir pun kena mesyuarat dulu, kena tunggu wahyu dulu..oh…
Sebab tu kena belajar sabar sampai jadi mayat!!
-------------
rikigaku
Sabar..ye!
----------
cik_ara
patutnya lagi panjang, tapi aku terpaksa pendekkan kerana aku tak sabar dan tak gigih semasa menulis…oh..
-----------
amanitium
Amin…
semoga hati aku dan korang akan menjadi lebih lembut untuk mengikuti perintah Allah. amin.
-----------
oteque
benda yg luar dari hati adalah dalam takdir Allah..sedangkan nabi buat usaha atas hati-hati manusia..kerana iman masih belum di tetapkaan…
tahukah korang apakah tindakkan Allah mula2 sekali untuk betulkan ummat jahiliah..
benar!! Allah hantar malaikat jibrail as cuci hati Nabi..saw
cuci dengan sifat shukur dan sabar dll lagi..panjang nak cerita..ada masa aku cerita.ok?!
----------
Linanilza
Sabar itu sebahagian daripada iman..
:)
bang, nanti kalau dah cukup setahun blog ni (belum lagi kan?), buat kompilasi dalam pdf la. boleh kengkawan buat baca2 kalau takde internet.
kalau aku berdoa agar umat Islam kat lebanon, palestin tu diberi ketabahan dan kekuatan untuk berjuang sehingga mendapat syahid ok tak? sebab syahid tu adalah antara sebaik-baik kesudahan sebagai mayat kan?
artakus
betul tu, shahia adalah sebaik baik menjadi mayat...
Assalammualaikum,
Alhamdulillah, dh abih baca. Btul btul, SABAR KEPALA IMAN. Tanpa sabar abih semua. Kita leh amuk, kita leh jerkah2, kita leh lupa sbb apa kita kat dunia ni. Kalo tak sabar jugak, kita solah pun mcm kilat. Leh hancur la dunia tanya sabar. isk isk. Medoakan agar semua saudara2 kita semuanya sabar dlm semua perkara. (sedih la, kadang tu imin sendiri tak sabar) kena banyaaaaak belajar dan sabar.
Bro Hamka, (tiru bdk shams) teruskan bersabar dlm menulis blog ye. Seronok benar baca, dan seronok berusaha seusaha org org yg berusaha mcm bro Hamka, dn lain2. :)
wassalam
Imin
Hang jebat...
terima kasih atas jawapan anda yang berilmiah tu..betul apa kau cakap..
kena doa sambil menangis...
--------
irmin
min..terima kasih kat kau jugak min..he he he
Bro Hamka,
Salaam. :( Bro Hamka dh dua kali salah type :( sekali bro Hamka type Izmim, kali ni Bro type Irmin.
Nak tanya, Izmin atau Imin tu tak berapa baik ke panggilannyer? (mmg tak tahu makna nama sendiri dn nama ni kalo google ada dinamakan kat kapal Rusia)
Apa pun, semua tu dtg dr Allah.
:)
Imin
eh bukan ke nabi mohd lahir lepas nabi adam. camner dia leh doa sebut nama nabi mohd plak ek? yang tahu nabi mohd nk turun pun bukannya nabi isa jek ke (kalau tak silap aku...)
sila perjelaskan wahai hamka yg bukan ahli sufi/org alim....
-bukan orang alim jua-
dengan sabarnya aku dapat habis baca entry en. hamka tanpa skip..tiap2 kali baca pun mcm ni..
semoga ko terus bersabar dalam menyampaikan ilmu..
dah zuhur, aku nak berdoa dgn sabar, kau doa kan aku...!!
I..M.I.N
Maafkan aku..aku selalu macam tu..salah tulis atau salah eja sana sini..
Seolah-olah menggambarkan sifat org melayu yg pemalas dan sambil lewa..maafkan aku wahai bangsa melayu sekalian..jangan tikam aku dengan keris tamingsari…
------------
Fahada
Bagus, kau dah faham bahawa aku bukan sufi/atau ahli kitab..he he
Aku pendekkan cerita..bila Nabi Adam a.s di campak ke bumi kerana buat salah dari shurga, maka baginda mintak doa dengan sebut Nama Nabi kita..maka Allah telah tanya lebih kurang: bagaimana kau tahu nama Muhammad?
Nabi Adam a.s bagitahu bahawa apabila matanya tercipta perkara pertama yg dia lihat adalah nama Kalimah ‘La ila haill lalah, Muhammadurasullullah’ tertulis di pintu shurga, maka baginda yakin bahwa Nabi Muhammad adalah sebaik-baik makhluk…maka Allah berfirman lagi, benarlah..sekiranya tidak kerana Muhammad, pasti tidak aku jadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi…(panjang lagi..kena rujuk ustaz..he he he)
-----------
Zwitterions
Terima kasih kerana berdoa untuk aku..moga aku dapat lebih baik lagi!!!
Wujudnya orang macam engkau yang buat aku sabar menulis kerana ada org yg tak jemu membaca tanpa skip..tahniah!
I love u!
------------
Ontahsapo
AMIN!!!!!
bagus kalau bukan ahli kitab, sebab kebanyakannya mendustakan...hehehe...
oo, ada ek citer tu? tak pernah come across lagik. kalau gitu, aku akan carik..
kalau ko bukan ahli kitab wahai hamka, jadi ko ahli blog lah.. ;)
Aku dan engkau, adalah ahli kubur!!! maksud aku, bakal...
untuk menjadi ahli shurga hendaklah menjadi ahli masjid...
..biar pun payah..
..mungkin kerana tiada khalifah..
..tahun 1923 menutup empayar othmaniah..
..bermula juga usaha agama yang susah..
..semacam kerja golongan hamba yang ramai tak kisah..
..perat jerih mereka selalu dibelasah..
..kata-kata cerca nista dan lucah..
..sampai hati..
..sampai hati..
..usaha agama kini dihujung tabah..
..kerana ramainya telah rebah..
hamka jariku telah basah ..
maaf.. isk..isk (emosi skit) airmata menanti menjadi darah..
merah..
'Ya Allah terimalah saya, hamka dan semua ummat melayu malaysia dan seluruh dunia ini sebagai ummat Nabi Muhammad SAW'
..sedihnya doa, huhuhu -amin
-nas
nas..aku nak menangis bersamamu..isk.isk..
di benak ku KAU sentiasa lalu menukar jiwa,
jadi 'sentimental' hati lelaki ini..
"When My servants ask about Me, I am indeed close to them. I listen
to the prayer of every supplicant, when he calls on Me. Let them
also, with a will, listen to My call, and believe in Me, so that
they may walk in the right way" (Qur'an 2:186)
mata dah mengantuk ni tapi dgn sabar saya habiskan membaca entri yang panjang lebar ini.
Moga isteri hamka selamat melahirkan kelak..insya-allah, September kan, hari lahir saya pun bulan September.
Aku pernah di'perli' seorang mamat ini....."kami non muslim tak pernah berdoa tapi kami masih boleh kaya raya.... lu orang muslim pagi petang siang malam berdoa tapi biasa saja....???".
Terkedu.......
shahir
Benarlah akan FIrman Allah
--------
lilyputih
Moga isteri aku selamat melahirkan kelak..insya-allah,
Kalau kau setember, aku bulan depan..aku tak tolak hadiah mahal!
----------
blackpurple
Orang kapir dah tak gerun pada org islam..oh…
Pernah satu keadaan, pada bulan jun yg lepas, kawan aku di tahan polis, tapi sekejap sajer, dalam 15 minit.sebab ada org lapir buat laporan org islam nak mengamuk, kawan aku tu tak buat apa-apapun..Cuma pakai macam Nabi pakai, bercelak, misai tiada, hanya janggut..serban 17 hasta, jubah, sugi dan bertongkat..nampaknya benarlah jika kita amalkan sunnah nabi..Allah akn campakkan kegerunan pada org kapir.
-----------
Insan Kerdil
Waalaikumusallam
Sahabatku.....
Siapa engkau?
kau tanya aku pasal 93 atau 73?
Aku pernah tulis dalam “Bagaimana tidak menyesal”
Harap maklum..
Lagi sekali..siapa engkau?
bp,
73] Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman: Puak yang manakah (dari kami dan kamu) yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?
[74] Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) sebelum mereka, kami telah binasakan, sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya dan lebih elok keadaannya pada pandangan mata.
Surah Maryam [73-74]
dalam al fatihah ada 3 golongan
1- jalan yg lurus, org yg Allah bagi nikmat
2-jalan Org yg Allah murkai..
(sebab tak ikut cara Nabi)
3-jalan org yg langsung tak sembah Allah
(atau tak percaya pada Allah)
dan jalan yg satu tu pecah pulak 73, hanya satu masuk shurga
rujuk ustaz..
To Br. Hamka... u've done a great job... May Allah reward you with good.
And to the others, mudah-mudahan kalian dirahmati Allah and Sentiasalah mencari redha Allah dengan 'amal' yang sahih...
wallhu 'alam
aku masih suka citer burung yang cuba bantu Ibrahim A.S.
pasal doa tu aku percaya kita boleh mintak apa saja dpd Allah (berdoalah kepadaku, nescaya aku kabulkan/mustajabkan bagimu - firman Allah). bagaimana atau bila Allah mustajabkan, itu hak dan kehendak Allah jua, sama ada kita sempat atau tak melihatnya.
pasal org kafir yg tak berdoa pun boleh kaya tu ialah sbb mereka buat perbandingan dgn org yg lebih miskin dpd diorang.
Macam dengar bayan pula rasanya... ayat ini sangat terkesan dihati saya "isteri kena sabar dengan akhlak suami", baru saya tersedar bukan peranan isteri menegur akhlak suami tapi doa kerana Allah yang pegang hatinya. terima kasih atas peringatan ini.
salam..
'Bagi semua ibu-ibu dan wanita,
kalian adalah anugerah terbaik baik kaum adam yang bernama lelaki. Kalian semua adalah yang terkuat di antara dua ciptaan hebat Allah SWT.Bilamana kalian mendapat sifat taat dalam keimanan dan ibadat.Unggulnya kalian bila Rabiatul Adawiyah membuktikan, cinta itu adalah perhubungan yang penuh displin dan pengorbanan. Sesiapapun mengenali cerita kasih sayang Siti Hajar, cerita ketaatan Siti Kadijah rha.'
-mana-mana suami akan dekat hatinya pada Allah, bila mana isterinya juga membuat pengorbanan
e.g kisah Nabi Ibrahim AS meninggalkan Siti Hajar di padang pasir yang luas..
Nabi Musa AS meninggalkan isteri untuk mencari api dalam kegelapan..
-mana-mana suami akan susah dan payah memahami agama bila isteri tidak bersama-masa membuat pengorbanan.
e.g kisah Nabi Nuh AS, isteri dan anak tidak termasuk di dalam bahtera..
'Kalian semua adalah yang terkuat di antara dua ciptaan hebat Allah SWT'
..tolonglah berikan doa anda pada semua lelaki2 akil baligh di Malaysia agar dapat usahakan iman mereka kerana.. di antara mereka adalah saya, abang saya, ... adik lelaki saya, ..abah saya yang ku kasih hingga akhirat..(huhuhu)
saudara, sahabat.. guru-guru dan paling utama merekalah yang akan dipersalahkan sekiranya kalian yang paling kuat.. tidak bersama membuat pengorbanan.
-hamka bila nak buat entry usaha masturah?..!
-semalam tgk Akedemi Al-Quran, teringin sangat supaya Allah SWT kurniakan zuriat yang hafiz dan hafizah serta turut serta dalam usaha iman dan amal.-Amin..
Anonymous
Done?..im just begin..
Done bila jadi mayat kot.. he he he
May Allah reward you and me with good.
Amin..
-----------
Insan Kerdil
Waalaikumusallam..
Saya pulak hanyalah insan biasa, insan kamil..eh silap pulak, aku doakan engkau berjaya!!!
Selamat berjaya!!!
-----------
Najwa Aiman
Berdoalah sampai letih.. tapi Allah tak pernah letih mendengar..oh..
-----------
hanisumayyah
Bayan lain, banyak adabnya.. aku kadang kadang mangaku terikut dengan nafsu jugak masa menulis, tu ada yang terkasar sana sini..mintak maaf banyak pada yang terasa, aku mintak maaf..
Dan buat mu.. aku doakan suami kau cepat sembuh..oh..
-----------
hangjebat
Aku suka cara kau menyampuk, jangan mengamuk sudah he he he
Pasal orang kapir tu dah termasuk dalam takdir.. lain kali aku cerita pasal takdir.. aku pun jahil gak!!!
-------------
Anonymous
Kenapa tak taruk nama samaran ke, senang, macam, anak hamka, atau awek hamka, atau ahlia hamka..
Bagi aku masa.. jika di izinkan Allah aku tulis..
Aku suka tulis secara spontan.. aku tak buat kerangka, jadi banyak bergantung pada suasana..
Lepas ni aku nak tulis pasal hantu pulak.. he he heh!!!
buat nas..
aku jawab email kau kat sini..
Naim bukan nama anak aku, itu nama kawan opis aku, nama anak aku adalah haikal dan adha, no 3 belum ada nama lagi..
terima kasih atas email anda!!
nota: email aku ada masalah reply-harap maklum!!!
salam bro hamka,
saya telah menyabarkan diri saya to read this entry including all the comments. i just have 1 question though, appreciate kalau boleh elaborate utk saya yg jahil ini..
(Sujud diluar SOLAT sahaja boleh berDOA, sujud dalam SOLAT hanya boleh /tasbih) - from hang jebat comment.
does this mean when we'er doing the solat fardhu, maser sujud tak boleh berdoa?? walaupun dlm hati, sbb dah tentu2 tak tau bahasa arab..
bp hang jebat..
mungkin apa yang di maksudkan oleh hang jebat adalah doa dalam bentuk lafaz-lafaz.. dalam hati memang boleh doa..
ini perkara masail, hukum hakam.. aku tak arif sangat..
terima kasih kerana bertanya
sama sama belajar
:)
salam...
terima kasih krn memberi informasi yg begitu berguna.
cume beberapa perkara yg saya nak sebutkan di sini. saya setuju sgn saudara bhw kita perlu sabar dlm menjalani ketaatan dan menahan ujian (imam Ghazali tambah lagi satu iaitu sabar drpd melakukan maksiat).
akan tetapi dlm kes kemungkaran, kita tak sepatutnya mempunyai sifat sabar. sbg contoh apabila kita nampak org tgh beromen dpn mata, apakah kita mahu bersabar dgn perkara itu dgn mengatakan itu adalah ujian Allah semate? Sedangkan apa yg nabi sabda dlm hadis apabila nampak kemungkaran maka cegah.
saya kurang bersetuju apabila saudara masukkan kesabaran terhadap kezaliman israel. sy setuju apabila saudara katakan kita perlu bersabar dgn ujian Allah, tp apa ertinya bersabar klu setiap hari umat Islam dibunuh, ditindas, dicabul dll. Apakah kita masih perlu bersabar mengatakan itu semua ujian Allah.
sedangkan pd zaman nabi, apabila sekumpulan yahudi mencabul kehormatan seorg muslimah, tanpa berfikir panjang Rasulullah terus mengisytiharkan perang ke atas yahudi tersebut.mengapa Rasulullah tidak 'bersabar' dlm hal ini?
ada tempat yg kita perlu sabar dan ade tempat yg kite tak perlu sabar...
Insan Kerdil
Malas dengan iman lemah adalah berkadar terus..
Buatlah usah atas iman sahabatku…
----------
deansama
salam,
terima kasih banyak-banyak atas kepekaan anda,
saya tak peka sekarang ni… orang islam di bunuh merata-rata..
aku simpan isu ni dalm post aku lain kali yang aku nak tulis: Kenapa Ummat islam di tindas, insyaAllah..
sekai lagi terima kasih… harap kau sabar dengan aku yang hina ini
assalamualaikum
kalo Allah xmakbulkan doa kita, mungkin sbb apa yg kita doakan tu tak baik utk kita, atau sebab Allah nak bg yg lebih elok lg.
"Mungkin apa yg kamu suka tdk baik utkmu, dan mungkin apa yg kamu tdk suka adalah yg terbaik utkmu. Allah Mengetahui dan kamu tdk."
Allah takkan bg apa yg kita nak tapi dia akan bg apa yg kita perlu.
Allahualam.
salam..
sabar...
beznya kalo blh sabar dlm smua musibah atas kita tanpa berburuk sangka dgn ALLAH..Kan?
keep up your good work!!
-pembaca setia,husna-
he he he...terimak kasih husna
That's a great story. Waiting for more. Rhinoplasty baltimore Gas powered rrbuy meridia rosacea product video surveillance auxerre Cosmetic medicine surgery Toy construction tools national car rental http://www.dell-cpx-battery.info Eczema infant picture Tutweiler cadillac electric chair manufacturer Sports casual zoloft buy online
kita ini dalam "hot temper" aje.baru
ujian Allah sikit ttg harga minyak naik,dah mengeluh mesti harga makanan naik.
nak terikut raasanya dlm hal semasa tapi dah baca pasal blog saudara nie terasa ada menginsafkan.
btul jugak doa kita cacarmarba dan penuh dendam kesumat.
broooooooooo... mcm ni la, kalau doa x makbul tu jawapanye mcm ni... pertama..ntuk cari jawapan, sentiasa bersangka baik dengan apa y ALLAH telah tentukan, kedua, setiap y berlaku telah ditentukan dari langit tanpa kita mengetahuinya dan tiada siapa y dapat mengetahuinya, ketiga, ALLAH suruh kita mencari jalan degn menggunakan akal kita ntuk mencapai doa kita, x dapat y ni, maybe dapat lg baik... aku cakap mcm ni coz aku br putus cinta, dah lama juga aku berdoa n aku x tau samada doa aku akan dimakbulkan atau tidak.. tapi aku tetap sabar menunggu coz aku dah dapat petunjuk n dia pun dapat petunjuk.. cuma masa belum mengizinkan.. dalam kekalutan ni lah kita kene cari kelemahan dan kekuatan supaya bila kita dapat kelak kita akan lebih menghargai n lebih bersyukur
ooooooo, macam tu.
: )
yang penting "IKHLAS" pada ALLAH bro.
Ya Allah, membaca entri ini di pagi Syawal yang mulia menyebabkan airmata ku menitis.
Ohhh betapa tahap kesabaran ku masih rendah.
Ya Allah, PILIHlah aku menjadi org islam yg soleh.
Ya Allah, GUNAkanlah aku menjadi org islam yg soleh.
Ya Allah, BANTUlah aku menjadi org islam yg soleh.
Ya Allah, TERIMAlah aku menjadi org islam yg soleh.
Terima kasih atas tulisan yang mengetuk pintu hati supaya menjadi manusia yang SABAR. InsyaAllah.
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
sabar,..kne SABAR!~
worth reading
salam...dalam tetoba aku terbuka pulak blog hamba allah swt nie... maaf kira nya aku terbaca blog ini...SABAR...SABAR...SABAR.....Kini aku masih terus bersabar dgn ujian n dugaan allah swt pd ku... aku kini akan pergi meninggalkn suami ku....walaupn aku ada buat kesilapan yg lps...krn kurangnya didikn/bimbingan dari suami ku...serta kelalaian ku dlm mjlnkn tanggungjawab ku sebagai seorg isteri...3thn perkahwinan ku...kini diamabang penceraiaan...
aku tabah dan sabar...tp adakah ini dinamakn sabar..?aku ingin kn jawapan...lalu ku teruskn hidup...aku tidak menangis krn di tinggalkn..tp aku nangis krn takut gegarnya tiang arasy...benarkah? sabarkah aku ini?aku diberitahu oleh suamiku yg dia telah pn mendirikn rumahtangga tanpa sah...
(wali palsu kot)ikut adat jawa katanya..dgn org indon...mungkin krn kurang layanan dr ku sebagai isteri...aku bg tahu mrk..ada hikmah disebalik nya...aku doakn mrk bahagia hingga akhirat..smpi nyawa tercerai dari jasad...tuhan berkata bila kita doakn kebaikan dan kebahagiaan org lain n sabar...tuhan akan bg hikmah yg terbaik lps tu?btl ker?wallahhua'lam. tp aku bersyukur dgn apa yg ada dpn mataku...
walau pn aku dh kehilangan anak dan suamiku...aku senantiasa berdoa agar mrk dirahmati dan disayangi serta dipelihara oleh alla swt.....amin.....kn tuhan kata BERSABAR LH WAHAI UMAT KU...SESUNGGUHNYA SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN MU...kini aku berdoa agar semuanya slmt dunia dan akhirat........amin....
selawat dan syukur pd junjungan mulia nabi muhammmad saw...moga kita semua diberkati dan dirahmati insyaallah....
kau dah jawab soalan tu dengan tabahnya komen, tahniah: )
salam...ada beza tak orang sabar dgn orang dungu.....
sabar pada tempatnya...sabar yg bukan pada tempat nya di panggil dunguuu ye anak2....
Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
Sekiranya berminat, sila hubungi :-
DRINA DMARYA RESOURCES
No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
Tel : 03-33745230/ 013-3311606
WEB KAMI :
kahwinthaibest.blogspot.com
drina1998.blogspot.com
ye..betul tu..sabar itu perlu
jadi mulai hari ini sya berikrar untuk SELAMA-LAMANYA bersabar bila harga minyak naik,harga makananan naik,harga barang naik,harga underwear dan bra naik,dan jugak semua yang naik kerana saya rela dan redha dan akan terus bersabar dengan semua ini.saya akan bersabar dengan segala kejahatan yang saya nampak dan tidak akan berkata apa-apa kerana saya yakin dengan kesabaran sya ini mereka pasti akan berubah lalu menjadi baik dan membantu saya semula,malah saya tidak sekali-kali akan menentang kerana itu dianggap tidak sabar dengan ujian Allah,jadi doa saya tidak akan makbul.saya akan terus membiarkan semua ini naik dan bersabar dengan semua ini lalu berdoa semoga benda ini akan selesai.dan tidak sekali2 sya akn menentang mereka mahupun sebarang ketidakadilan sebaliknya saya akan bersabar dan bersyukur dengan pemerintah yang sedia ada,dan jugak bersabar apabila hak saya dicabuli dan dirampas,bersabar apabila saya disepak mahupun dipijak kerana sya tidak akan sekali-kali menentang ataupun memperbodohkan diri berkumpul dibawah matahari yang panas.saya akan bersabar sehingga ke generasi ke 17 dan terus membiarkan hidup saya begini tanpa melalukan apa-apa tindakan,terus membiarkan orang atasan merampas hak saya,makan harta saya,rasuah bermaharajalela dengan harapan satu hari nanti mereka akan mendapat hidayah dan berubah; kerana saya seorang yang sabar.mari berdoa dan bersabar.terima kasih.-saya yang tiada google account.=)
kalo allah makbulkan doa orunk mukmin jek.. camtuh baek aku jadi kafir ustaz
doa ikhlas dari orang kapir pun tuhan kabulkan, maka mohonlah jalan yang lurus, macam dr brown sewaktu kapir doa: oh tuhan jika kau ada, tunjukkan aku jalan yang benar.
orang islam pulak, ada 73 jalan, dalam al fatihah kena mintak jalan yang lurus 17 kali setiap hari,
wallahu'lam
Post a Comment