Jul 13, 2006

Bagaimana nikmat di SHURGA?

(di tulis ketika hujan turun dengan lebatnya)

Aku sekarang berada di opis,
Hari ini hujan turun dengan lebatnya….aku mula berasa lapar, bila lapar, terus ingat bini..(sepatutnya ingat Allah..oh),

Pada waktu-waktu begini, di saat hujan turun, .(dimensi membuka mata memekakkan kan telinga)…kalau bini aku ada di sisi, tentu bini aku akan hidangkan aku keropok goreng dan teh’ tarik…

Kemudian kami akan minum bersama-sama sambil mendengar bunyi rintik hujan menimpa bumbung …untuk mengisi masa yg syahdu itu, kami mula berduet menyanyi lagu popolar seperti:
“sandarkan kepada kenangan’, irish, “Senja nan merah” dan lain lain..(akulah suami idaman wanita kononnya..huh)

Benarlah kata satu org alim, kadang-kadang (kadang-kadang?) kehidupan selepas kahwin adalah seperti dalam shurga rasanya..walaupun aku tak pernah pergi ke sana, namun nak sangat pergi ke sana, tapi tak layak pulak ke sana, dan berharap dengan rahmat Allah dapat ke sana..jumpa di sana ye!!, tingkat lapan shurga firdaus..amin ya Rabulalamin..

Raihan kata:
Wahai tuhan aku tidak layak ke shurgamu...
Namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu…
isk..isk..

Apabila pintu shurga di buka kelak..akan terdapat satu golongan yg masuk ke dalam shurga berbondong-bondong tanpa dapat di tahan oleh penjaga shurga..malaikat penjaga shurga tidak dapat menghalang golongan ini memasuki shurga sebagaimana korang tak dapat menghalang kemasukkan burung-burung ke dalam rumah korang apabila korang buka jendela di waktu pagi…

Maka malaikat ini membuat laporan kepada Allah, kerana takut Allah murka kepada mereka kerana tidak dapat menghalang kemasukkan golongan itu..lalu Allah berfirman…(lebih kurang maksud-ini hadith kudsi)
“Biarlah golongan itu masuk ke shurga hari ini, Aku malu untuk menghisab mereka hari ini, kerana di dunia dahulu mereka adalah golongan yg memalukan dirinya sendiri kerana Ku”

Nota untuk mua’laf: menghisab bermaksud soal-jawab daripada Allah kepada setiap manusia sebelum dibuat keputusan ke shurga atau Neraka.

Jadi sesiapa yg malu nak pergi masjid ke, nak pakai tudung ke nak buat apa-apa yg baik ke...dan lain2..janganlah malu-malu kawan..kerana org yg memalukan diri dia kerana Allah, Allah akan malu nak hisab kelak..oh..kepada Allah aku memuji!!

Nikmat yg mana lagi aku dustakan?

Di beritakan kelak..apabila ahli shurga melewati pintu shurga, maka mereka akan terpegun selama bertahun-tahun kerana indahnya melihat pintu gerbang shurga..korang yang pertama kali pergi KL dan tengok KLCC 'live'..terpegun gak..adalah dalam 5 minit kot...tapi bila korang masuk shurga kelak...korang akan berhenti di setiap langkah bertahun-tahun kerana terpegun dengan kehebatan shurga!!!

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Ada pulak wanita2 yg kecik hati kerana dalam shurga ada sikit punya ramai bidadari2 yg lawa dan cantik...yg aku tahu..kalau salah mintak sangat betulkan kerana aku bukan ustaz/ulama'...apabila pertama kali korang(lelaki) jumpa dengan bidadari..korang datang keinginan untuk menyetubuhinya..tapi bidadari tu cakap, nanti ada yg lebih cantik dari saya...maka korang pergi ke bidadari yg seterusnya..bila korang berjumpa dengan next bidadari, korang dah lupa dengan bidadari before..but, next bidadari said: ada lagi yg lebih berhak dan cantik daripada saya..(lebih kurang maksud)

Sehinggalah akhirnya korang berjumpa dengan ketua bidadari yg kecantikkannya adalah 70 kali lebih dari semua bidadari..iaitu isteri korang di dunia ini! dan isteri korang tu telah di solek selama 500 tahun...dan umur isteri korang waktu tu 16 tahun dan korang pulak sebaya dengan superman(30 tahun)

Wah..wah..wah,,meleleh air liur..!!!

May said:
"Bersamalah kita berdoa...
Agar cinta engkau dan aku...
bisa tembus ke pintu shurga..berkat rahmatNya..

Korang tanya pulak:
"Apakah amalan ahli shurga?"

Aku yg jahil bab2 ugama sekadar menjawab setakat dengar dari mulut ke telinga kata:
Dalam shurga kelak (amin...) korang dah tak payah solat, puasa, dan lain lain, tapi satu amalan jer yg korang wajib buat iaitu ziarah…sebab tu sebelum masuk shurga kita kena rajin ziarah jiran2 kita, bukan ziarah nak pinjam VCD, nak pinjam gergaji, nak pinjam cangkul..tapi ziarah semata2 kerana Allah, khalifah2 islam zaman2 dulu, akan pergi ziarah rumah-rumah org yg tak pergi masjid dan tanya :
kenapa? Sakit ke? Susah ke? Dah jadi mayat ke?..

Hari ni bila aku terlewat bangun subuh (oh..aku adalah manusia biasa yg banyak dosa)..takde pulak org dari masjid datang ziarah aku tanya:
kenapa? Sakit ke? Susah ke? Dah jadi mayat ke?..kasihannya aku..isk..isk..

Tentu korang ingat tentang golongan yg berada di bawah arasy yg mana mereka adalah terdiri daripada orang yg berjumpa dan berpisah semata2 kerana Allah…
Kalau korang pergi solat berjemaah, itu adalah salah satu dari bertemu dan berpisah semata2 kerana Allah dan yg paling baik, korang bertemu dengan org yg jauh dari Allah dan ajak mereka kepada Allah...bukan setakat ziarah hari raya nak makan kuih..setahun sekali!..huh! (kata kat aku sendiri!!!)

Untuk program ziarah dalam shurga ni Ustaz A ada bagitahu aku pada 8 tahun yang lalu…:
(siapa ustaz A? rujuk post “kiamat sudah dekat”)

Pada setiap Hari Sabtu-ahli shurga kena Pergi ziarah shurga ibu paba atau penjaga korang…korang tanya sempat ke nak ziarah dalam masa satu hari? Apa pulak tak sempat..paling minimapun satu hari dalam shurga dah 1000 tahun…bergantung pada amalan masing-masing...…

Hari Ahad-Pergi ziarah shurga anak-anak korang.(kalu takde anak?..alahai, mak bapak koranglah akan datang ziarah korang, bukankah korang anak mereka..lainlah korang anak buluh betung(tak lawak)

Hari Isnin-Pergi ziarah shurga tok guru, ustaz atau sape sajer yg pernah ajar korang ilmu ugama…(assalamualaikum ustaz!!),,err..aku bukan ustaz..oh..

Hari Selasa-Pergi ziarah shurga anak murid korang, atau siapa sajer yg korang pernah ajar ilmu ugama...(itulah pasal Nabi suruh sampaikan walaupun satu ayat)

Hari rabu-Pergi ziarah nabi kita Muhammad s.aw.(bayangkan betapa luasnya shurga Nabi? shurga Abu bakar r.a pun patah sayap malaikat jibrail terbang tapi baru sekadar halamannya..oh..hebatnya Allah-Nikmat mana lagi yang aku dustakan? )

Hari Khamis-Nabi akan ziarah shurga setiap ummatnya..jadi pada hari ni duduk-duduklah dalam shurga menunggu kedatangan Nabi besar Muhammad saw yg kita kasihi.

Hari Jummat: Inilah kemuncak nikmat dalam shurga iaitu ziarah Allah..dan dapat menatap wajah Allah..apabila melihat wajah Allah..maka akan lupa segala nikmat yg lain..malahan nikmat menatap wajah Allah adalah jauh lebih nikmat daripada bersetubuh dengan bidadari…kemudian, wanita-wanita yg menjaga aurat dengan sempurna..maka Allah sendiri akan ziarah mereka..oh..!

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Korang Tanya pulak:
“Bagaimana jika org yg kita nak ziarah itu berada di neraka?”

Aku yg jahil lagi hina ini berkata, kalau salah tolong betulkan:
Terdapat sesetengah riwayat mengatakan bahawa ahli shurga akan melawat ahli neraka di neraka itu sendiri..dan pada hari itu..api neraka menjadi sejuk…

sehingga terdapat perbualan seperti:

“eh kenapa ustaz kat sini?”

“aku tak amal apa yg aku tahu(kata ustaz)”oh…

Aku juga mohon berlindung kepada Allah daripada ilmu tanpa amal..sedang aku memarahi korang yg tak pergi solat berjemaah..aku sendiri meninggalkan solat tahajjud..!!!

Seorang alim pernah menangis dengan berkata:
sehingga ke hari ini, aku masih tidak pernah solat hingga bengkak kaki seperti Nabi Muhammad s.a.w ..oh…(kepada Allah tempat mengadu..)

Berbalik bercerita tentang nikmat shurga..
Pernah korang dengar ustaz cakap org yg telah berkahwin telah mendapat sedikit nikmat shurga? tentu korang terbayang nikmat shurga itu adalah bersetubuh, bersenggama, bercekerama, berasmarada dan macam-macam lagilah!! he he he..betul jugak tu, tapi ada lagi nikmat yg biasanya org kahwin dapat yg mana, nikmat itu adalah sama dengan nikmat dalam shurga...

biar aku cerita...

untuk pengetahuan korang nikmat shurga ini terbahagi kepada tiga tahap..,
pertama cuba korang bayangkan ketika korang duduk-duduk kat rumah dan korang pulak sudah berkahwin, satu hari hujan turun pada waktu petang dengan lebatnya..korang pun kelaparan..lalu order kat isteri tersayang keropok goreng dan air teh tarik…perghh, meleleh air liur beb!

Bestnya ada isteri yg baik…lalu sebagai isteri yg solehah, apa yg korang order dah tentu dapat punya...jadi..sekiranya apa yg korang order itu dapat..itu adalah nikmat untuk ahli shurga yg terbawah!!! Kerana setiap permintaan ahli shurga akan di tunaikan..tapi setiap permintaan itu perlu di lafazkan…,

Begitulah di ibaratkan kehidupan dalam shurga yg terbawah, yg mana,korang kena order pada malaikat apa yg korang nak…macam Nabi sulaiman a.s yg kena order Jin dan binatang untuk melaksanakan satu-satu projek..

Hari ni mana2 raja pun kena keluarkan perintah baru rakyat buat..itu pun bukannya siap serta merta..dalam shurga apa yg korang order akan dapat serta merta...bayangkan jika Nabi sulaiman order kat Jin untuk alihkan istana Balqis, boleh sampai sekelip mata..apatah lagi dalam shurga!!

huh, hari ini mana ada kerajaan/raja yg mana bila dia order bukannya dapat serta merta, nak buat jambatan bengkokpun tak siap-siap!!
Donald Trupm, Bill gates dan sape sejer yg jutawan,,kalau order bukannya siap serta merta dan bila dah siap kelak, ada pulak yg tak puas hati sana sini..itulah hakikat kehidupan dunia yg korang banggakan…bermakna Kerajaan yg sehebat Nabi sulaiman a.s/Zurkanain a.s/Firaun /Namrud/Qarun dan lain-lain sedikitpun tidak dapat ,menandingi kehebatan kerajaan seorang ahli shurga terbawah…malahan shurga yg paling kecilpun luasnya adalah sepuluh kali ganda dunia..!

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Perkara nikmat Kedua yg aku nak cerita tentang nikmat shurga yg korang dapat kat dunia ni lagi terutamanya kepada mereka yg dah kahwin..err..masih dalam situasi yg sama..hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang dan korang rasa nak makan..korang baru niat nak makan keropok goreng dan teh tarik..tiba2 isteri korang dah terpancul depan korang dengan membawa keropok dan air teh’ tarik,,

Best betulllah isteri korang tu,,isteri korang begitu memahami korang, dia tahu apa kesukaan korang, dia tahu bagaimana nak puakan nafsu korang.....

wah-wah-wah,,bestnya kahwin!!
Ha! Itulah nikmat pertengahan dalam shurga, yg mana korang just niat nak makan apa..Allah terus hantar makanan sama dengan apa yg korang fikirkan, tak payah cakap dengan mulut, just niat!!..hebatnya Allah!!!

Hari ni tiada satu kerjaan pun yang mampu dapatkan sesuatu just dengan Niat..ha ha ha!
Pernah aku dengar cerita..dalam shurga pertengahan ini, ketika seorang ahli shurga melihat sepasang burung sedang terbang, maka timbullah niat di hati nak makan daging burung panggang…maka dengan serta merta burung itu datang padanya lalu bertukar menjadi daging burung panggang..
"pling"
Kemudian pasangannya lagi satu just hinggap pada satu pokok lalu memerhatikan pasangannya di makan oleh ahli shurga.
Selesai makan, si ahli shurga ini mencampakan tulang2 terakhir, maka dengan serta merta tulang itu bertukar menjadi burung kembali dan kembali kepada pasangannya…lalu burung yg dimakan ini bertanya kepada pasangannya,:

"Apakah parasaan sayang, bila melihat kanda di makan oleh ahli shurga..?

pasangan burung itu menjawab..:

"saya begitu lazat sekali melihat kekanda di makan oleh ahli shurga lebih daripada nikmatnya kita bersetubuh"(lebih kurang maksud)!!!..oh..Dahsyat..burung yg lihat ahli shurga makan pun dapat rasa nikmat yg lebih dari bersetubuh!! Apatah lagi pemakan danging burung itu sendiri?
Cuba bayangkan dia punya nikmat..oh..hebatnya Allah.

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Ok. , aku puji isteri2 yg hebat..yg dapat memuaskan nafsu suaminya tanpa perlu di ajar…atau, sebaik sahaja suaminya niat nak makan makanan tu, belum sempat suaminya order kira macam ada deria ke enam ler ni kot..dah siapkan makanan tu.
Betullah org kata, bahawa, kahwin ni hidup macam dalam shurga..he he he…

Dan nikmat yg terbesar dalam hidup adalah di nikmat di taati…
Siapa yg nak jadi bos..kalau pekerjanya tak taat?
Siapa yg nak jadi raja..kalau rakyatnya tak taat?
Siapa yg nak jadi jurulatih bola..kalau pemainnya tak taat?
Siapa yg nak jadi suami..kalau isterinya tak taat?
Dan wanita solehah adalah nikmat terbesar dalam hidup di dunia!!!

Wanita..hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..yang akan membahagiakan...(sambung sendiri lagu ni)

Tambahan:
Setiap manusia nak kekal muda, sentisa sihat dan harta pulak nak semakin bertambah..tapi hakikatnya..dalam dunia ini..lama2 pun korang duduk kat Malaysia, korang akan menjadi org tua yg sakit..walaupun anak korang semua doktor, menantu terdiri daripada pawang dan dukun, kedai farmasi kat depan rumah, belakang ada hospital..namun akhirnya korang tetap akan jadi mayat.

Kat hospital, aku tengok ada ramai doktor pakar, ada banyak alat-alat canggih, ada nurse yg tunggu pesakit, tapi hari2 ada org yg jadi mayat kat hospital....ada bilik mayat tu..

Doktor pakar jawab..oh.. dia mati sebab dia sakit tua..huh, doktorpun akan jadi mayat...tapi dalam shurga adalah kehidupan yg kekal muda, sentisa sihat dan harta semakin bertambah..korang boleh terbang macam superman...pernah bila di ceritakan kepada budak2 bahawa dalam shurga boleh mintak apa sahaja, seorang budak bertanya: boleh tak nak mintak basikal?
Oh..Nikmat mana lagi yg aku dustakan?
Kesimpulannya..walau camne bestpun korang bayangkan nikmat shurga tetap tak sama dgn nikmat shurga yg sebenarnya dan hakikatnya tidak pernah dapat di bayangkan oleh sesiapapun!!! dan bila korang pergi melancong, tak kiralah pulau kapas ke, air terjun sekayu ke, korang lihat sikit punya cantik ciptaan Allah..tapi di sebalik kecantikkan itu Allah nak bagitahu bahawa di shurga jauh lebih cantik berkali-kali ganda, di nisbahkan kecantikkan itu seperti setitik air dengan laut yg luas!!!

Nikmat mana lagi yg aku dustakan?

Eh?!lupa pulak nak cerita nikmat satu lagi dalam shurga..Jeng-jeng-jeng..ni aku nak ceritakan nikmat tertinggi yg ahli shurga dapat..korang bayangkan sama seperti tadi, ..hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang dan korang rasa nak makan, tapi tak tahu nak makan apa..

Tiba2 isteri korang bawa keropok goreng dan air teh tarik…alangkah surprisenya,,sebab, korang tak mintak dan tak niatpun!!
Namun, inilah sebenarnya apa yg korang nak!!!!

Korang dah tak payah fikir nak order apa, apa sahaja yg isteri korang hidangkan, memang itulah yg korang mahu..!!!

Wah wah wah..bertuahnya korang dapat bini lagu tu…begitulah yg berlaku di shurga yg tertinggi, yg mana ahli shurga itu tidak perlu lagi order atau niat nak apa-apa, belum sempat buat apa2 tiba-tiba dah datang apa yg kita mahu!!!
Belum sempat rindu..org tu dah datang depan mata..tiba2 datang makanan yg memang kita nak makan!!!oh..hebatnya Allah, tak mustahil langsung kerana Allah yg cipta kita dan dia Maha tahu apa kehendak kita…

Korang pernah buat kawan korang atau awek/bini korang atau anak korang gembira bukan? Ya, korang buat surprise, dia tak mintak pun benda tu, tiba2 korang bagi, yg penting benda itu memang dia mahu!!..dia terkejut,.,dia tidak menjangka langsung..lalu mereka menangis terharu..
Begitulah hebatnya layanan Allah dalam shurga yg tertinggi ini yg mana korang akan terkejut dan terharu dan menangis kegembiraan..apabila Allah memberi sebelum sempat korang meminta...niat, malahan belum sempat berfikir..!!!

Alangkah terharunya korang..hinggakan korang akan sujud pada Allah menangis dan berkata:

Nikmat mana lagi yg aku dudstakan..?

Lalu Allah berfirman..angkatlah kepalamu..di sini tiada ibadat lagi..berseronoklah..(amalan yg kena buat, hanyalah ziarah menzirahi,,)Oh..

Jadi kepada yg bujang dah berapa kali aku pesan, kahwin cepat-cepat..boleh rasa sedikit nikmat shurga!!!he he he..
Namun ada jugak yg berkahwin tapi mendapat azab macam neraka..order air tapi di hidangkan buah ‘zakum’…!!!oh..!!

Ps: seperti biasa, petang ni hujan turun…karang kat rumah, bila aku balik dari opis, teka apa isteri aku hidangkan kat aku he he he…(jangan hidang roti mayat sudah..oh..)

(jangan harap pada makluk...)

25 comments:

Anonymous said...

entry yang menarik..

'Allahumma inna nasaluka ridhaka waljannah, wana'uzubika min sakhatika wannar...'

psnn utk diri sendiri--hanya dengan rahmat Allah je yang melayakkan kiter masuk syurgaNya...wat amalan baik ribu2 taun pun kalau Allah kate tak layak masuk syurga ttp takleh masuk,kan?
sbb tu kene selalu pohon rahmat Allah..
amiiin...

Anonymous said...

so hamka,

apa sang isteri hidang semalam?!

hujan2, tambah pulak malam jumaat..

mesti dapat hidangan BESH.. ;-)

Hafizbar said...

oleh kerana saya penat copy paste, anda rujuk je la copy paste saya di ruang komen dlm entri sebelum ni.

---
hafizbar

hamka said...

cik_ara
..
amiiin...
Masuk shurga bukan dengan amalan kita..isk..isk..tapi dengan rahmat Allah..

------------
Anonymous

Hidangan keropok lekor terengganu dan teh’ tarik letak garam sikit..alhamdulilah
Malam jummat?..malas la nak cerita..nak kena pergi mandi dulu..he he he

----------
hafiz

Oh..org yg belum kahwin pun penat gak he he

Anonymous said...

hamka...u ni memang keropok!

entri kali cukup memberangsangkan, teruskan2! :)

Anonymous said...

Di dunia Allah dah bagi banyak nikmat cth: suami yang baik dan handsome anak2 yang comel. semoga Allah merahmati saya dan suami agar kami dapat bersama disyurga.,,, layakkah saya? takut dan harap.

Anonymous said...

kalau suami yang mempunyai 4 orang isteri siapakah menjadi ketua bidadari?

Anonymous said...

masya ALLAH...
penyayangnya ALLAH kat kiter..tp kiter je yg slalu ingkar arahan NYA>>kata kt diri sendrik...

ontahsapo said...

aku mula teringatkan keropok dan teh tarik isteriku.....ohh...!!

Anonymous said...

bukan x nak kawen..jodoh x sampai lagi..

hamka said...

lilyputih

Dari Kl pergi terengganu, berhenti di hadapan masjid kampung chendering, tanya org kat mana kedai pok de?
ha..kat situ keropok paling best kat dunia..!!! insyaAllah.

-------------
ustazah rock

Takut dan harap...
aku juga harap dapat makn keropok..oh bagaimanakah nikmat keropok dlm shurga kelak?

--------------
Anonymous

aku betul-betul tidak tahu..siapa yg tahu, tolong aku dan dia!!!!

-------------
bibun sekibun

kata kat aku gak..

---------------
ontahsapo

ingat..jangan tak ingat!!!

--------------
lady_emi

aku doakan engkau..
amin..
:)

hamka said...

aku melompat secara maya dan jumpa post aku telah di masuk ke dalam blog gelihati, cerita lucu...

aku copy/paste komen org kat situ..
dan aku cadangkan kalau tak paham, pergi rujuk ustaz..

dipetik dari gelihati tentang post tercekik tulang...
------------------------
Lawak gila... tergelak besar aku..
din | 07.13.06 - 7:04 pm | #
-------------------------
lawak apa nya, main2 dgn sunah nabi..
? | 07.14.06 - 6:58 pm | #
----------------------------
sila rujuk ke bahagian di mana penulis sebut pasal doa makan..iz dat a true fact? i've never heard it b4.. that must b wrong, realli!! those u have juz read this, u better b careful!
e' guy | 07.14.06 - 7:12 pm | #
-----------------------------
Gravatar lucu tapi penuh pengajaran.tapi kena hati2 takut orang salah faham.mempersendakan sunah nabi.
hanom | 07.14.06 - 9:27 pm | #
-------------------------
mukaddimah yg panjang..
shah | 07.15.06 - 12:13 pm | #
-----------------------------
Gravatar bagus2...
ana | 07.15.06 - 3:15 pm | #

arman said...

salam..

nikmat paling besar di surga nanti ialah lihat wajah Allah...
tatkala seluruh penduduk surga melihat akan ada hijab yang menghalang...
pada setiap hijab yang dibuka akan ada nur yang tersimbah pada penduduk surga dan...

tak terbayang pula rasanya...
oh Allah.. sedangkan kat dunia nie hamba mu selalu tak dapat menjaga mata dari maksiat dan dosa...
oh Allah.. sedangkan kat dunia nie hamba mu selalu menangis bukan kerna takut azab, tapi tengok citer hindustan...

isk..isk

Hafizbar said...

apa beza shurga dan syurga dan sorga? hehe takde ape. semua sama. orang je saje gatal nak beza2 kan.

ko tau tak kat syurga nanti ada macam2 termasuk lah ganjaran 83 tahun utk...... hehe utk apa tak leh bagitau. kat dunia ni kita dapat 3 saat je utk bende itu.

tak gitu hamka? ko orang berpengalaman

---
terima kasih,
hafizbar

Hana Zozolina said...

hafizbar

"ko tau tak kat syurga nanti ada macam2 termasuk lah ganjaran 83 tahun utk...... hehe utk apa tak leh bagitau. kat dunia ni kita dapat 3 saat je utk bende itu."

amende ni mr hafizbar??
eager plak nak tau..

bro hamka yg berpengalaman.. amende tu? musykil plak..

BooK said...

hafizbar:
oh. 83 tahun yang itu ka?

hamka:
baca entri kau ni. satu soundtrack berputar dalam kepala aku.

maka
nikmat Tuhan mu
yang mana
engkau dusta kan

manusia terlena
dalam mimpi indah
cinta dunia yang fana
hanya sementara
insan terlupa janji kepada Tuhan nya
terus mendusta kan
kurniaan Maha Esa

hamka said...

arman

salam..

Memang sedih tengok cerita hindustan..
terutamanya babak hero dan awek mandi dalam hujan..
best tengok adegan tu sambil makan keropok dan air teh tarik...

eh, nama kau ni macam hero dalam filem hindustan ler....he he he

---------------
hafiz

3 saat? aku tak pernah set time pulak...
tapi 83 tahun tu , aku azam!!!

----------
linanilza

kalu lelaki 3 saat, perempuan aku tak tahu..kena tanya isteri ni..
kih kih kih (gelak berahi)

-------------
BooK

aku pulak ingat lagu ni..

"andainya aku pergi dulu sebelum mu..
janganlah kau bersedih hati..
ku nantimu di pintu shurga.."

hamka said...

untuk linanilza..

aku belum jawab lagi rupanya..
tapi jika kau hayati lirik dan lagu ini serta jadikan lagu tema blog engkau..maka kau akn paham..insyaAllah..

penulis lirik: hafizbar
penyanyi : (belum di tetapkan)
susunan muzik: hamka(he he he)

-----------
tajuk: Kebahagiaan bersama wanita solehah idaman.

ooo akhowat idaman ku
ke mana enti mau pegi tu
ana di sini mendahagai mu
masuk la ke bilik ku

c/o
di sini ana sedia mendakap mu
rapat la ke sisi ana
ana sudah tidak tahan lagi
sehari bagaikan seribu tahun menunggu mu

ooooooo (8 1/2 harkat, tak leh lebih tak leh kurang)
aaaaaaa (3 1/2 harkat ke 4 harkat)
aaaaakh aaaakh ik uk (1 1/4 harkat, takleh lebih, kurang boleh. pasal nak cepat kan)

ulang c/o

kita telah ditakdirkan bersama
kini kita sedang bersama
bersamalah kita melaluinya
dengan saat2 manis

semua ini adalah ketentuan Ilahi
enti dan ana tak mungkin dapat menolaknya
ayuh la kita melayarkan bahtera indah ini
esok lusa tiada jaminan bagi kita berdua

ulang c/o

mari mari maju ke arah ana
akan ana belai dan peluk
ana dan enti akan dapat pahala sedekah
inilah saat yg dinantikan

tapi ingatlah sayang
klimaks di dunia hanya lah 3 saat
tapi di akhirat akan digandakan
menjadi 83 tahun akh ik uk

ps: ulang korus hingga pilihan raya ke seterusnya.

hamka said...

Lawak 3 saat.
(ok, aku mengaku-aku takde kerja nak buat sekarang nie..)

Isteri aku baru beli baju tidur...
dia pun test pakai depan anak-anak..
katanya..

pakai baju tidur sangat senang nak bukak, sebab ada org tolong bukakan..

sambil menjeling ke arah aku...

he he he

hamka said...

oh..Barkisa...baru aku tahu!!

betapa jahilnya aku..
terima kasih.
:)

adadia said...

betul-betul. jangan harap pada makhluk.

Anonymous said...

sumer yg ko citer nikmat2 tuk kaum adam jerk...sian lak kat pompuan...apa yg dorg rasa?sbb tu ker ramai pompuan yg x kawin?sbb asyik kena layan husband dorg jerk?

hamka said...

adadia

teruma kasih kerana ada dia..

-------
tak bernama, org perempuan...

errr, lain kali aku tulis mengenai nikmat jadi wanita..insyaAllah

Anonymous said...

best regards, nice info Peugeot 205 sw http://www.discountperfumessoap.info/1987-dodge-ram-50-carburetor.html Best best levitra online cleaning refrigerator ice makers mirha fort dodge office dodge dealer md withdrawl symptoms from ambien Perfume shalimar Cheap wheelchairs Aubuson garden collection area rugs dodge trucks add on accesories Natural supplements for menapause make your own 02 dodge lift kit bondage tit shaved ice concession trailer with machine Used car lots in pennsylvania

Anonymous said...

he he he