(di antara aku dan dia, ada mamat)
Satu hari di pejabat aku…
Di ruang merokok, seorang lelaki sedang membaca buku hal ehwal perkahwinan … sesekali meletakkan putung rukok di bibirnya sambil menyedut asap ke dalam paru-parunya..selepas diameter dadanya bertambah…dia pun menghembus asap dari mulutnya dengan memuncungkan mulutnya, asap berkejolah keluar bebas ke ruang angkasa..kemudian matanya di tuju kepada papan tanda,:
“TERIMA KASIH KERANA TIDAK MEBUANG PUTING ROKOK MERATA-RATA..”
dia pun berkata.. “sama-sama” dengan perlahan lalu membuang puting rokok di tempat yg telah disediakan…
Kemudian mamat masuk ke dalam bilik itu untuk sama-sama melepak..Di sebelah pintu pula terdapat poster “TAK NAK” dengan gambar rokok yg telah di penyekkan atau telah di tekan hingga menjadi seakan akan huruf “Z”..kemudian hamba Allah(dia) ni berkata sedang matanya memandang poster itu :
“Rokok yg di penyek macam tu, memang aku TAK NAK!!!”
Dia kemudian membaca kembali buku hal ehwal perkahwinan..
Aku kemudian menegurnya: bakpe mung ning?(Kau ni kenapa?)
nota: rangkap seterusnya telah di tukar subtitle kepada bahasa
Dia: Aku nak kahwin nie..tapi banyak sangat nak kena hafal..
Aku: Kau sedang hafal apa tu?
Dia: Oh, susahnya nak hafal Rukun kahwin..pertama kena ada suami, kedua kena ada isteri, ketiga kena ada …apa ntah!!
Tiba2 Mamat menyampuk..
“alahai..senang je nak hafal rukun kahwin..ada 5, Suami, isteri, saksi, wali dan Akad..”
Dia: wah-wah..pandainya kau mamat, macamana kau hafal?
Mamat: aku guna formula SISWA..iaitu..
S-Suami
I-Isteri
S-Saksi
W-Wali
A-Akad
Jadi senang! ingat SISWA ingat rukun Nikah!!
Kalau Tok Kadi tanya kelak, tak susah sedikitpun!!!
Nota untuk Mua’alaf:
Kebiasan perkahwinan di Malaysia, sebelum Akad Nikah di jalankan, biasanya Tok Kadi(jurunikah) akn bertanya beberapa soalan untuk menguji tahap persedian bakal suami-harap maklum.
Aku pun menyampuk: "aku rasalah mamat kat Malaysia ni rukun kahwin macam ada 6…"
Mamat: enam?
Dia: Enam?
Aku: "ya! SISWAS!!!, ingat SISWAS ingat rukun Nikah!!
iaitu:
S-Suami
I-Isteri
S-Saksi
W-Wali
A-Akad
S-Sijil..!!!
Sebab kat
Mamat dan dia: cis!!!!
Moral: Amaran oleh kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan dan selamat menghafal rukun Negara…!!!
ps: Pastikan perkahwinan korang ada sijil seperti mana mayat yg mempunya sijil kematian-harap maklum
(Sedang belajar rukun-rukun menguruskan mayat)
17 comments:
ada 10 sebenarnya
s suami
i isteri
s saksi
w wali
a akad
s sijil
w wang
h hantaran
p pening kepala
---
hafizbar
ha ha ha!
itu belum lagi joget lambak, bunga telur, silat pengantin, renjin merenjis...
aku dah lepas...kau punya turn pulak hafiz..he he he
satu lagi...hiv test...!
ada sorang mak budak ni offer kat aku anak dia. aku cakap, hantaran yg aku sanggup ialah RM5000. lebih2 tarak, bye bye.
lepas2 tu terus off. takde cerita dah.
pastu, ada sorang bapak budak offer kat aku anak dia. aku cakap jangan ada sebarang paksaan walau `paksa rela.' tapi aku dah selidik2, rupa2 nya anak dia mmg tak sedia. tapi bapak budak tu nak gak kat aku. lepas tu aku `bagi' sikit nasihat, terus off.
2 cukup kot, ada lagi 3 cerita tapi malas nak cerita.
---
hafizbar
Ontahsapo
betul jugak..tu, ada cadangan buat ujian air kencing, pasal kes bunuh oleh penagih dadag bebaru ni.
silap2 makan ubat kuat(pengantin lelakilah ni) positif air kencing tuh!!! haru biru..
aku? cukuplah sekadar senaman harimau..aum!!!
--------
Hafiz...
cerita jangan tak cerita...
masa aku pinang bini aku dulu, mak bapak dia nak tunggu setahun baru boleh kahwin,
aku cakap mana boleh!!!
(sebenarnya mana tahan..oh..)
akhirnya diorang bersetuju..
kami bertunang dalam masa beberapa bulan sahaja..
ps: aku memang sengaja kahwin awal2 kerana aku dah tak tahan menahan nafsu seks ku...dan takut kejadian tak di ingini berlaku...oh..
anda bagaimana?
bukan setakat kahwin je ade sijil
mayat pun ade sijil
he he he
tau..takpe..
:)
aku blum kawen dan pening skit, kenapa kat rukun yg ko tulis tu suami, isteri bukan lelaki dan perempuan yg nak kawen
ermm..
yg sebetulnya,
bakal suami,
bakal isteri...
Nak lagi BEST!!
Rukun-rukun nikah
1. Bakal suami
2. Bakal isteri
3. Wali;
Syarat wali;
i. Islam
ii. Berakal
iii. Adil
iv. Bukan dalam ihram
v. Baligh
vi. Lelaki
vii. Dengan rela sendiri
Jenis-jenis wali ;
i. Wali nasab ( keturunan )
a. Wali mujbir
b. Wali bukan mujbir
ii. Wali hakim
- Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya
Susunan wali ;
È Bapa (wali mujbir)
È Datuk sebelah bapa (wali mujbir)
È Adik beradik lelaki seibu sebapa
È Adik beradik lelaki sebapa
È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki seibu sebapa dan ke bawah
È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki sebapa dan ke bawah
È Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas
È Bapa saudara dari sebelah bapa
È Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu)
È Anak lelaki dari bapa saudara pihak bapa (sepupu)
È Raja (wali hakim)
Syarat perkahwinan dari wali mujbir;
i. anak dan bapa tidak bermusuhan
ii. bakal suami sekufu dengan anaknya
iii. mas kahwinnya tidak kurang dari mas kahwin adik-beradik perempuannya
iv. bakal suami anaknya mampu membayar mas kahwin
v. bakal suami anaknya mampu menanggung keperluan hidup / tidak mendatangkan mudarat
Sebab yang mengharuskan perpindahan wali nasab kepada wali hakim
i. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan
ii. Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati
iii. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah
iv. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
v. Wali sedang dalam ihram haji atau umrah
vi. Wali mnyembunyikan diri
vii. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan
viii. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya
ix. Wali enggan mewalikan perempuan itu
4. 2 orang saksi;
Syarat saksi;
i. Baligh
ii. Adil
iii. Berakal
iv. Merdeka
v. Sempurna penglihatan & pendengaran
5. Lafaz ijab dan kabul;
• Syarat lafaz ijab;
• Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
• Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis
• Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran
• Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi
• Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul
• Ditentukan / disebutkan nama pengantin perempuan
• Syarat lafaz kabul;
• Tidak menyalahi ijab
• Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya
• Menyebut nama bakal isteri atau banti namanya
• Dalam satu majlis
• Ucapan kabul selepas ijab
• Tidak diselangi dengan apa-apa ucapan atau diam yang lama
• Bahasa yang jelas dan mudah difahami
• Tidak dengan lafaz taklik
puting rokok? ke puntung?
mayat:
macam rukun haji jugak. kau kena tambah satu lagi. +dengan tabung haji!
penuh informasi entry kawen nih...lelaki kalau tak de duit skrang jgn harap nak kawin..
mak babak skrang, anak pompuannya keje kilang pun hantaran 6-7 ribu..
amanitium
hah, aku tersilap, sebenarnya kat board tu bahsa inglish, aku yg tak pandai subtitle kan nyer..oh..
terima kasih..
-----------
BooK
he he he
aku rasa akan datang, nak uruskan mayat pun ada badan/lembaga yg bertanggungjawab..oh..
---------
zwitterion
wanita yg mulia adalah:
murah mas kahwin.
rujuk post january: di mana mulianya wanita?(he he he)
yg telah mengundang kemarahan ramai wanita..he he he..
Kalau dapat gadis Johor, jangan lupa sediakan duit tol...!
Belajar2 juga belek 'Permata Yang Hilang...'
Selamat berkahwin kepada “DIA” dan kau black…
he he he tau..takpe.. :)
Post a Comment