Jun 20, 2006

Sudah bersedia menjadi mayat?

(7 mayat di sekitar 7 Piala Dunia. )

1982, Sepanyol.

Piala Dunia pertama berlangsung ketika aku berumur 5 tahun…Apa yg dapat aku belajar tentang kemayatan(kematian) dalam usia semuda itu?

hmmm..rupa2nya aku ada 5 org adik beradik lelaki…sekarang hanya empat.. aku di beritakan yg abang aku menjadi mayat ketika kakinya sebesar tapak tangan…pada waktu itu, apabila aku di timpa kesedihan..aku cemburu kat arwah abang aku, kenapa dia tak hidup dan biarkan aku saja yang menjadi mayat?..oh..(isk)

Apa2pun, jerman kalah pada itali 3-1..huh!

-----------
1986,
Mexico.

Aku berumur 9 tahun dan bersekolah rendah di tepi pantai, berbuih putih, beralun-alun (betul ni!!), bunyi ombak jelas kedengaran dari kelas aku..dan basikal kami amat cepat berkarat(oh..ayah, belikan aku BMX serba aluminium..oh), di sekolah ini, aku ada kawan, tapi dia kecik sajer. (Hamka tak kisah)...bila bermain, dia cepat penat, (Hamka tak kisah!! ) Dia bukan ada HIV positif…tapi dia ada masalah jantung…dan dia menjadi kawan yg pertama menjadi mayat..oh..(al fatihah untuknya-bestler engkau dapat masuk shurga Nabi Ibrahim)

Nota: setiap kanak2 yg mati sebelum baligh (kanak2 mana ada baligh) akan menuju ke kubur Nabi Ibrahim a.s dan bergurau senda serta menjadi penyejuk matanya kerana al-maklumlah, Nabi Ibrahim a.s tak pernah berkesempatan bermain dengan anak-anaknya yg kecil.. masa anaknya Ismail a.s masih menyusu, dah di tinggalkan di Padang pasir kerana pergi berjuang di jalan Allah, bila balik anak umur 10 tahun, disembelihnya pula si anak itu!! isk..isk..

Apa2pun, Mexico ’86, jerman kalah pulak pada Argentina 3-2..cis!

--------------
1990, Itali.

Aku masih ingat, tahun ni juga di kenali sebagai tahun melawat malaysia, dan aku masa tu sudah form 1, dan, yes!! Italia ‘90, jerman juara piala dunia he he he...(sejak bila aku menyokong jerman?, tak tahu lah aku..oh..adakah sejak Hitler membakar org yahudi?aku seorang yg jahil lagi hina…harap maklum)

Dan pada tahun itu juga seorang musuh aku menjadi mayat di tempat kejadian kerana di langgar lori…aku tak nafikan si arwah banyak menginiayai aku dan kawan2, kira2 macam samseng sekolah (tak baik cerita lebih2) dan aku dengar ustaz cakap, doa org yg teriniayai adalah makbul…oh..tapi aku rasa bukan aku sorang yg doa macam tuh..apa2pun sama2lah kita doakan dia berada di tempat yg selamat..amin…

-------------
1994, Amerika Syarikat.

USA ’94? di usia muda itu banyak mengajar aku tentang alam remaja..alam ingin tahu,

ingin tahu apa nikmatnya merokok?

ingin tahu apa dalam dalam video lucah?

ingin tahu apa itu rasanya arak?

ingin tahu apa itu seks?

ingin tahu apa itu ganja?

ingin tahu apa itu pil kuda?

ingin tahu apa itu dadah?

ingin tahu apa itu melancap?

ingin tahu apa itu bersetubuh?

ingin tahu apa ada dalam disko?

ingin tahu apa rasanya nikmat bawak motor laju?

ingin tahu apa rasanya di geruni rakan sabaya kerana ganas?

ingin tahu itu-ingin tahu ini..oh..

Remaja-remaja sekiranya tidak di bimbing dari seseorang yg patut, akan menjadi tak patut!!oh..(bersyukur pada Allah kerana aku di bimbing oleh kawan2 yg patut)

Sesuatu perkara yg dinikmati bukan pada waktunya akan hilang kenikmatannya..

-Seks sebelum nikah akan membawa kepada hubungan seks yg tawar selepas kahwin kelak..

-Minum arak sebelum masuk shurga akan menyebabkan terpasa minum air timah mendidih di akhirat kelak..

-Solat yg di kerjakan bukan pada waktunya yg betul akn membuatkan seseorang itu bersolat dengan malas dan kurang ajar..huh!(selamatkan kami ya Allah)

-dll

walau bagaimanapun, aku bukan nak cerita lebih2 pasal alam remaja, aku nak cerita pasal member-member aku yg jadi mayat..

Satu cerita, oleh kerana aku seorang yg agak kelakar, maka adalah perempuan2 yg suka dek lantaran kekalakaran aku…dan seorang awek kepada samseng sekolah selalu terhibur dengan lawak bodoh aku pada waktu tu..dia selalu mendekati aku untuk memuaskan nafsu dahaga kekelakarannya…akibatnya aku di tampar dengan tangan yg berselut cat putih oleh samseng sekolah merangkap bapak balaksnya...

(bayangkan bunyi letupan bom!!)

Lima jari beserta tapak tangan melekat pada pipiku..dan berwarna putih!!, apatah lagi, tak dapat di hilangkan dengan air biasa atau air mutlak, terpaksa guna thinner..cis!!, hari itu aku balik sekolah dengan gaya ala-ala ninja (kakashi sensei), kepala berbungkus!!!..sebagai seorang yg di iniayai, maka aku pun berdoa supaya Allah ambik nyawanya…lebih kurang setahun kemudian, si samseng ini menjadi mayat di tempat kejadian akibat kemalangan jalan raya ..oh…sekarang awek dia bekerja sebagai jururawat di hospital belah utara dan masih tak kahwin2 lagi!!(...)

Namun..,terdapat kejadian yang paling menginsafkan aku di waktu remaja itu ,apabila, tiba2 speker sekolah membuat pengumuman seorang sahabatku telah menjadi mayat…aku terkejut!!

Dan yang lebih terkejut dan menginsafkan bila sahabatku mati di bunuh orang…mayatnya di temui dalam semak dalam keadaan yg cukup menyedihkan..sejak dari itu aku mula berhati2 bila memilih musuh..oh..( isk)

--------------
1998, Perancis.


Ketika France ’98 berlansung, aku bekerja di sebuah kilang elektronik Shah Alam, satu panggilan telefon mengejutkan aku, sepupuku juga merangkap sahabat karibku, juga merangkap pomen motor RXZ ku, juga jiranku…menjadi mayat di tempat kejadian akibat lumba haram…hari2 berita pasal mat motor mati bergelimpangan di jalan raya..tapi bila terjadi kat kawan baik ku…aku terduduk..dan menangis…benarlah, dunia ini hanyalah sementara..semua orang akan menjadi mayat…

Mayatnya di mandikan oleh adikku(jauh lebih alim dari aku, eh! aku ni alim ke?)…semoga rohnya selamat belaka…halalkanlah hutang RM 10 yg aku pinjam kat engkau yer…isk..isk…dan aku ambik beberapa aksosori motor engkau yg masih elok..letak kat motor aku..mak engkau jugak yg suruh ambik..isk..isk…dan motor tu aku dah jual…buat beli kereta...isk..

(al fatihah)

ps: aku ingat nak ceritakan kisah awek dia menangis pulak…tapi tak jadi sebab terlalu banyak air mata..oh..dan awek dia adalah anak saudara aku!! sekarang dah kahwin ngan org negeri pahang,. dah ada anakpun…dunia sementara dan begitu pantas sekali!!!

--------------
2002, Jepun/Korea.

Sebelum aku bercerita pasal mayat, Jerman tewas dengan Brazil 2-0…isk..isk..
err..sepanjang 4 tahun ni semua kawan2 aku takde yang jadi mayat..alhamdulillah..!!! dan aku kahwin tahun ni, best!! [:)] sayangilah isteri korang sebelum isteri korang bertukar menjadi mayat..

---------------
2006, Jerman.


Apa yang berlaku? Blogging. ya..blog kereta mayat telah di keluarkan di pasaran secara maya pada january 2006…sebenarnya semalam isteri aku hadiah jersey germany kat aku, he he he, mentang2 aku suka warna hitam..isk..terharu..

Namun.. pada awal tahun ini seorang sahabat juga telah menjadi mayat..

Menurut ibunya, anaknya mati mengejut…aku tidak bertanya dengan lebih lanjut, kerana aku dapat tahu hanya pihak hospital yg di benarkan untuk menguruskan mayat arwah, mandi, kafan semuanya di buat oleh pihak hospital. aku berbaik sangka.

Ini lah kali pertama aku naik kereta mayat..ada 3 kerusi di sebelah keranda, hanya aku dan si adik arwah duduk dalam keretamayat itu..(tidak termasuk pemandu dan mayat) si adik menangis dan aku hanya mampu mengosok-gosok belakangnya…

Solat jenazah hanya di kerjakan oleh beberapa orang, dan mayatnya di tanam pada waktu hampir maghrib…hujan juga turun menjelang pembacaan Talkin..dan azan magrib berkumandang ketika langkah2 jemaah meninggalkan tanah perkuburan…

Dalam kebasahan hujan..aku termagu..walaupun bukan semua orang dapat naik kereta mayat..tapi Semua orang akan menjadi Mayat. Mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akn hisap darah korang! isk..isk…

--------------
2010, Afrika Selatan

Mungkin pada waktu ini, aku atau korang semua sudah menjadi mayat....
(sudah buat persediankah?)

...

ps: tengok-tengok bola, jangan lupa korang punya batu nisan, keranda, kain kapan dan kereta mayat!!!

33 comments:

ontahsapo said...

belum...aku belum...adush....

ustazah rock said...

takutla pulak bila ditanya pasal tu.,,

Hamka said...

ontahsapo...

satu hari nanti, ontahsapo dah jadi mayat, ontah bila ontah..oh..

-------
ustazahrock...

tau takpe:)

blackpurple said...

Sdra, aku belum bersedia menjadi mayat........

Sedari ada yang menarik ke bawah
Sedari ada yang memasang jala
Sedari kekuatan dirimu
Sedari siapa dirimu

~ Bahtera Raudah

kasturi said...

takutnya!!!huhuhuhuhu....

amanitium said...

woooo, rooney pun akan jadi mayat gak... aku pun sama..~ huhu

Faizal said...

2006 Germany

Brazil juara piala dunia :p

sama2lah kita menginsafi diri ...

linanilza said...

aku dah pernah naik kereta mayat, sedih!!

hafizbar said...

suatu hari, sorang mati, mandi, kapan, semayang, kebumikan.... maka tibalah masanya utk pak imam bertalkin:

``wahai si pulan bin si pulan, apabila datang dua malaikat, jangan takut dan jangan gentar. mereka berdua hanyalah makhluk seperti engkau. apabila dipukul dari kanan, hendaklah engkau mengelak ke kiri... apabila di pukul dari kiri, hendaklah engkau mengelak ke kanan... apabila dipukul dari atas, maka pandai2 la engkau."

---
hafizbar

zwitterion said...

takut..tak cukup persediaan, bekalan..

Hamka said...

blackpurple

Black…

“pulanglah pada Tuhan
Cahaya kehidupan,
syarat bahagia di dunia,
akhirat kekal selamanya
pada Allah…”

Rabbani

ps: cakap kat aku sendiri!!

------------
kasturi

TAU takut!!!huhuhuhuhu....

--------------
amanitium

sama-samalah kita..
menjadi mayat yg berguna pada nusa dan bangsa!!
huhu

------------
Faizal

2006 Germany

Jerman juara piala dunia (he he he)

aku sedang menginsafi diri ...

------------
linanilza

sabar ye…

----------
hafiz

err…batu nisan itu ibarat tiang gol…
pandai2 ler engkau menjaga lubangnyer…oh..

-----------
zwitterion

kau takut?..
aku lagi takuuuuuuuut..
Takutnya aku!!!

hafizbar said...

“pulanglah pada Tuhan
Cahaya kehidupan,
syarat bahagia di dunia,
akhirat kekal selamanya
pada Allah…”

Rabbani --> Hijjaz daaaaa... tajuk nya fatamorgana

hehehehe aku dulu kipas-susah-mati an-nasheed. tapi tidak lagi sekarang. saya dah beli album baru nasyid m. nasir, beli kat sini: http://shopping.wanita.net/eshop/search2.asp?searchText=m.+nasir&searchArea=A&searchType=T
beli la yg original KEKEKE

aku baru perasan, entry ni ada ala2 entry mikon june 15. hehehe ko pon rajin baca blog dia.

---
hafizbar

Hamka said...

oh!..aku tersilap,
terima kasih hafiz..aku bukan kipas susah mati nasheed..oh..
Mikon? he he he, aku suka dengan cara dia menulis, antara blog berbahasa malaysia yg baik..maksud aku, susunan bahasa dan kreativitinya..

Ahmad Kamal Abu Bakar said...

Nice one Hamka.

Ada campuran Stephen King :)

Hamka said...

terima kasih

:)

wani said...

saye pernah naik kereta mayat.bile enjin dihidupkan, berkumandanglah surah Yasin. syahdu sgt.saye nangis teresak-esak..

nir rajim said...

kematian harus diraikan..sebagaimana kita meraikan kelahiran..tiada apa salahnya dengan kematian..ia cuma puncak dalam kehidupan..tingkatan tertinggi dalam hidup setiap makhluk.

Husein said...

akan selalu masuk blog nie ....

isuzu_aizu said...

betul2, tak tipu, bila solat fardu dibuat bukan pada waktu yg sepatutnya, malas tu dtg bertimpa2, tp bila dilakukan pada awal waktu, semangat berkobar2 bukan main lagi.. alahai..

Hamka said...

wani

"…berpisah sudah, segalanya, yang tinggal hanyalah kenangan..
di iring doa dan air mata..yg pergi takkan kembali lagi..!!"
(rabbani)

---------
nir rajim

OK, aku raikan kematian kau kelak, pastikan lauk-pauk semasa tahlil, best-best untuk di santap..he he he

--------
Husein

terima kasih, memang kena masuk keretamayat sebelum masuk kubur..

---------
isuzu_aizu

.. .alahai.. .
kalau org perempuan kahwin awal waktu,(cepat2)..lagi berkobar-kobar
he he he, maklumlah masih bergetah..

SHE said...

welkam bek hamka..puas bercuti...syukur belum jadi mayat...erkkss..sorry gurau...she ketinggalan ni..rasanya laa...almaklumla she pun kureng sihat.....syukur she belum jadi mayat...byk lagi dosa ni...ish ish

Hamka said...

alhamdulillah, ni aku nak cuti lagi 4 hari..he hehe..jumpa lagi!!!

abang said...

la..hamka..umo kita sebaye rupanye..tapi cuma aku blm kawin...tak tau bile nak kawin,risau jugak kalau jadi mayat sblm sempat kawin,nanti Nabi tak mengaku umat die..btl tak

Hamka said...

kalau sudah di takdirkan, nak buek camno? sabar jelah he he he

abang said...

hamka aku cadangkan hang buat satu blog`mencari jodoh sblm menjadi mayat'hi.hi.hi..(dah terkeluar dari topik pokok,hi.hi.)

Hamka said...

blog ini memang berunsur galakkan berkahwin..

abang said...

blog ni galakan org berkawin?tapi mcmna?hang tlg lah aku hamka,kalau aku dapt jodoh dlm blog hang ni,banyak pahala hang dapat,so hang dah tak takut dah bila hang jadi mayat nanti..

Hamka said...

ha ha ha!, jangan mengharap pada makluk, solat hajat 12 rakaat dah buat belum? baru usaha cari jodoh..
carilah jodoh di saf pertama solat..

abang said...

solat sunat 12 rakaat?? maklumlah saya ni jahil skit pasal solat2 sunat ni,abg hamka tlg tunjk skit,tak sabar nak praktik ni..

Hamka said...

Solat macam biasa, buat 2, 2, 2 sampai 12 rakaat, bermakna 6 kali salam,

nak baca lepas al fatihah apa apa surah tak kisah, tak bacapun tak pe,
tapi sebab takut terlupa rakaat boleh buat dengan waduhha, asri, dan 10 surah terakhir..

lepas tu mintaklah apa2pun

INSYAALLAH!

ps: aku dah buat dan semuanya makbul, cuma lambat dengan cepat sajer.. nak kena doa dan sabar.

abang said...

thanks Hamka, tapi nak tanye lagi,niat nye ape? USALLY SUNATAN.....afdal buat masa bile?(excited ni)

Hamka said...

solat sunnat tak kisah bila bila pun, tapi sebaiknya sepertiga malamlah sebab waktu tu kurang orang doa, dan paling mujahadah..

yang penting, nangis..!

johnclever25 said...

One effective raiding strategy can be utilized using a combination of few Giants and lots of Archers.
Clash Of Clans Hack Tool No Survey
Wifi Hack