Jun 13, 2006

Ke mana Ayah pergi?

(Drama dan lagu.... dan lagha)

Suatu hari di tepi pantai yg indah..aku duduk seorang diri, suasana sepi…
(bayangkan bunyi ombak menghempas pantai)

Nun di sana ada sebuah pondok kecil..dan kelihatan 3 manusia sedang menangis..
Seorang Ayah dan dua anak lelakinya..
Si Ayah nampak tenang, tapi air mata mengalir di pipinya sehingga membasahi janggutnya…si anak yg lebih besar menangis juga dengan terisak.isak..dan yg kecil meraung-raung!!!

Selepas berkata-kata dan berpelukkan, si ayah pun meninggalkan mereka berdua..

Si kecil berlari2..dan menjerit: ayah!! ayah!! jangan tinggalkan saya..tapi di halang oleh abangnya…si ayah berpatah balik dan duduk sama tinggi dengan anaknya dan memeluk si kecil dengan erat…..

(bayangkan bunyi burung layang-layang dan ombak menhempas pantai)

(juga bayangkan bunyi 3 org manusia sedang menangis)

Tak lama kemudian..si ayah melepaskan pelukkan anaknya dengan perlahan2 dan berlalu meninggalkan mereka…
Tinggalan dua adik beradik di dipondok kecil di pantai ombak berbuih putih beralun-alun

si adik bertanya..

wahai abang ku, kemana ayah?
ku sayang ayah, ku cinta ayah!!!!

abang berkata:

duhai adik ku sayang… jangan bersedih...
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

si adik menangis lagi dengan lebih kuat.. si abang terus memujuk..

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

Nota: jangan menangis-aku tulis lirik penuh lagu ni kat kotak komen.

Sedang dua beranak ini menumpahkan air mata dan menitiskan air mata ke bumi, si ayah sedang berjuang di jalan Allah dan darah telah bercucuran tumpah dan menitis ke bumi..oh..isk..isk…


(selamat hari bapa)

…………..

Ini adalah drama dan lagu yg anak2 aku suka..dan benar, aku ada dua anak lelaki…cuma tentu korang dan aku tertanya-tanya, mana pergi ibu kepada budak2 ni?

mana ibu?

mana bonda?

mana mama?

mana ummi?

mana mak?

huh! Aku pun tak tahu..oh..

walau bagaimana pun..peristiwa di atas, iaitu ayah meninggalkan isteri dan anak2 kerana Allah telah banyak berlaku sejak zaman berzaman…dan kebanyakkan dari mereka pulang dalam bentuk mayat..oh..!

Di zaman Nabi, pernah seorang budak bercerita ngan kawan2nya, bahawa: di lorong inilah ayah aku dan Nabi serta sahabat-sahabatnya pergi berjuang di jalan Allah..nanti di lorong inilah juga mereka akan muncul pulang dari medan bakti..

Begitulah budak itu bercerita dengan bangganya hari ke hari pada rakan2nya sehingga tibalah kepulangan Nabi dan sahabat dari lorong itu..si anak ini berlari lari di celah2 sahabat sambil menjerit dan memanggil ayahnya..tapi ayahnya tiada..ayahnya telah menjadi mayat..lalu si kecil ini menangis. Pujuk Nabi kepada budak itu: mahukah kamu, jika aku menjadi pengganti ayahmu?

Dan ada jugak cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yg di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung, anak nombor dua dan seterusnya anaknya yg bongsu.. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu yg bongsu juga mati , si ibu ini menangis…dia dipujuk org, tapi dia berkata: jangan ucap takziah pada aku..tapi ucapkanlah tahniah…aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati...aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah..!!!!

..........
Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!!

Ada sahabat yg terus berjuang hingga syahid tanpa sempat mandi junub..

Ada sahabat yg baru kahwin, Belum sempat bersetubuh ngan isteri dah pergi ke Medan juang lalu terbuhuh..syahid.

apa perasaan isteri2 mereka?

Pernah tak korang terfikir..bagaimanakah perasaan isteri Nabi musa dan anak-anaknya sewaktu di tinggalkan oleh Nabi Musa di kaki bukit tursina di malam yg sejuk untuk mencari api, .sedang angin bertiup dengan kencangnya..
kata Nabi Musa : "Tinggallah kamu disini menantiku. Aku pergi melihat api yang menyala di atas bukit itu dan segera aku kembali. Mudah-mudahan aku dapat membawa satu berita kepadamu dari tempat api itu atau setidak-tidaknya membawa sesuluh api bagi menghangatkan badanmu yang sedang menggigil kesejukan."

Dan Nabi Musa pergi tak pulang2 selama beberapa hari…apakah persaan isteri dan anak-anaknya di tika dan waktu itu?

(bayankan malam yg gelap dan sejuk bersama ribut angin)

Dan bagaimana pula dengan Siti Hajar dan anaknya ismail yg di tinggalkan bertahun2 di padang pasir..tanpa kabar berita, tanpa SMS, atau batu bersurat..

Dan bagimana pula dengan isteriku yg akan aku tinggalkan apabila menjadi mayat kelak?

Mungkin suatu hari nanti, ketika aku pergi surau untuk solat, tiba2 mendapat panggilan jihad untuk berjuang di jalan Allah, dan oleh kerana masa yg singkat dan terdesak, aku tidak dibenarkan pulang untuk bertempuk tampar sebelum berpisah, seperti Nabi Musa yg mendapat darjat Kenabian di bukit tursina tanpa dapat memberitahu isteri, juga seperti Nabi Ibrahim yg di perintah meningalkan isteri tanpa dapat berkata sepatahpun!!!

Maka biarkanlah aku pergi wahai isteriku..

Biarlkanlah ayah pergi duhai anak-anakku..

Dan mungkin anak-anakku menyayikan lagu di pondok kecil menangisi kepergianku..
Dan isteriku menangis tak berlagu...

Maka biarlah aku menyanyi(bersyair) jugak sebuah lagu khas untuk isteriku…

khas untuk isteriku jika abang tak pulang dari jalan Allah…

(bayangkan suasana senyap)

tangan memegang gitar dan stand by dengan kod C#m

(seasana masih senyap)

tiba-tiba terdengar sura lemak merdu(dan agak sumbang)..:

HEY, SEPHIA…
(sephia bukan nama isteri aku, oleh sebab dlm Al-quran tak sebut mana2 nama wanita, kacuali Mariam, maka aku pun tak menyatakan jugak..)

MALAM INI KU TAKKAN DATANG
(anggap suamimu dah jadi mayat..syahid....)
tangan kiri tukar pada kod F#m dan G#, tangan kanan petik tali perlahan2..

MENCUBA BERPALING SAYAAAANG DARI CINTAMU…
(berpaling maksud di sini adalah mengurangkan cinta pada isteri.. dan menambah cinta pada Allah..tak salah cinta isteri dan anak-anak, tapi tak boleh lebih dari 3 perkara..

sebab tak sama 83 dan 38..

Allah berfirman dalam Al-quran lebih kurang maksud janganlah kamu melebihkan 8 perkara dari 3 perkara:

8 perkara itu adalah:

1-isteri

2-anak

3-saudara

4.kaum keluarga

5.harta

6.perniagaan

7.rumah

8.ibu bapa

dan 3 perkara pulak adalah:

1.Allah

2.Rasul

3.Berjuang jalan Allah..

dalam ayat ni Allah bagitahu jika lebihkan 8 perkara daripada 3 perkara, maka tunggulah azab Allah..oh..suamimu ini sedang belajar cinta Allah…

HEY, SEPHIA

MALAM INI KU TAKKAN PULANG
(abang tak balik....)

TAK USAH KAU MENCARI AKU, DEMI CINTAMU
(jangan cari abang…jangan juga cari mayat abang....kalau abang pulangpun..itu adalah hadiah dari Allah untuk mu di dunia, kalau abang mati syahid, itu adalah hadiah untukmu di akhirat..oh..isk..isk…)

HADAPILAH INI KISAH KITA TAKKAN ABADI
(maksud abang kat dunia jer yg tak abadi, kalu sayang amalan bagus(must be)..kita sama2 masuk shurga yg abadi nanti-insyaAllah)

............

berhenti main gitar dan semua instrument muzik yg lain

(bayangkan bunyi air hujan turun secara renyai-renyai untuk menambahkan suasana dramatik)

sekarang ,kenangkan saat indah bersama..

kenangkan saat pertama berjumpa mata.

Saat mandi junub bersama…

Saat pertama lahirkan anak…

dan saat terakhir menatap wajahku..…

(hujan telah berhenti..dan suara yg merdu itu berlagu kembali..)

SELAMAT TIDUR KEKASIH GELAPKU…
suruh anak-anak jerih (o… Sephia)ramai-ramai

SEMOGA CEPAT KAU LUPAKAN AKU
(Ingat hanya Allah, Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini...")

KEKASIH SEJATIMU TAKKAN PERNAH SANGGUP UNTUK MENINGGALKANMU
(Abang bukan kekasih sejati.. Allahlah kekasih sejati yg tak pernah meninggalkanmu..)
SELAMAT TIDUR KASIH TAK TERUNGKAP
(buat adab tidur dan paksa anak2 buat adab tidur)

SEMOGA KAU LUPAKAN AKU CEPAT
(Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini...")

KEKASIH SEJATIMU TAKKAN PERNAH SANGGUP UNTUK MENINGGALKANMU

................

HEY, SEPHIA

JANGAN PERNAH PANGGIL NAMAKU
(lalu kat kubur tak payahlah panggil2 nama abang macam org gila, yg pergi dah tak kembali, menangis takpe..kalau anak-anak tanya kenapa bonda menangis kat kubur bagitu dahsyat sekali, maka awak cakaplah..
kubur ni tempat pertama singgah, kalau sini selamat maka selamatlah semuanya..kalau sini gagal maka gagallah selama-lamanya..oh..)

BILA KITA BERTEMU LAGI DI LAIN HARI

(err..maksud abang kalau jumpa pelanduk dua serupa he he he, maklumlak, perempuan selalu macam tu, eh muka awak macam bekas suami sayaler, macam bekas pakwe sayelah, lepas tu menangis, bla bla bla bla blahhhh!!!)

HADAPILAH INI

KISAH KITA TAKKAN ABADI...
(di dunia sahaja yg tak abadi, awak tahu.. bila Allah terima abang dan terima awak kelak(Ya allah, terimalah kami)maka awak akan masuk shurga 500 tahun lebih awal dari suami..dan awak pulak akan menjadi ketua bidadari..yg mana bila abang masuk shurga nanti, semua bidadari akn pengsan melihat kehenseman abang, tapi bila abang lihat wajah awak, abang pulak yg pengsang.ohh..

Yakinlah dengan janji tuhan!!!

(hamka, bestlah awak nyanyi-cuba nyayi sekali lagi..)

ok..boleh, boleh..err yg depan sila duduk, yg belakang tak nampak,
(arghh…aku sambung nyayi kat kotak komen jerlah he hhe heh)

ps: bila abang dah jadi mayat kelak, tak payah nyanyi lagu ni, terseksa mayat abang nanti, mengajilah, baca yassin ke, al-sejadah ke, al mulk ke…lebih afdal…(amin)

48 comments:

Hamka said...

aku menunaikan janji..

Dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

Anonymous said...

ishk..ishk...
sayu la plak baca post kali nie...
erm..kasih syg manusia xkekal,sayang dr ALLAH itulah yg abadi..

zwitterion said...

mesti terharu isteri hamka baca entry ni.Alhamdulillah sy masih bernafas hr ni..

hamka said...

Anonymous

BENARLAH…,sayang dr ALLAH itulah yg abadi..
(siapa engkau?)

----------
zwitterion

terharu?
anak tanya: ayah pergi mana?
huh..ayah engkau pergi tengok bola kat padang astaka kemaman, ada skrin besar kat situ huh!
(he he he)

blackpurple said...

Teringat kat lagu 'Ayahku kahwin lagi".... :)

Hamka said...

30 tahun yg lalu, mungkin kakak tiri dan abang tiri aku menyanyi lagu tu black, sebab aku anak mak bini muda...

ps: adakah aku juga akan terkena gen keturunan?..oh!

ustazah rock said...

sayu hati menitik air mata.,, :(

Sesungguhnya orang yang ditinggalkan untuk keluar ke jalan Allah, Allah akan menjaga keluarganya. Malah malaikat akan berdoa lebih kurang:

1. Ampunilah orang yang keluar ke jalan Allah.

2. Ampunilah orang yang ditinggalkan

3. Satukanlah mereka kerana didunia mereka dipisah-pisahkan

irsha said...

mcmana aku nak anggap perjuangan di sini 'di jalan Allah?'. hamka, tolong bg ceramah skit...

Hamka said...

ustazah rock

CINTAMU..MEMBAKAR AKU HINGGA AKU JADI ABU..
KAU KEBUMIKANLAH AKU

DI SINI…

(Aku aminkan doa itu seamin-aminnya..!!!)

-----------
irsha

Jalan Allah adalah jalan yg kita mintak hari2 dlm Al-fatihah…
iaitu jalan org yg Allah cintai…siapa org yg Allah cintai?
Nabi dan sahabat…
panjang nak cerita..berikan aku waktu, insyaAllah aku tulis lain kali..tapi aku tak berjanji, takut tak dpt nak tunaikan…
insyaAllah…

wahidah said...

assalamualaikum...
uish saudara Hamka ni leh jadi pelapis Ustaz Akil laaa...
teringat masa Ustaz Akil nak wat ceramah kat suatu tempat...tiba2 disekat oleh satu pihak...pihak J...yelaa sebab ustaz Akil fikrah nyer lain ngan pihak J...klu Ustaz Akil nak wat gak ceramah kene tya pihak polis lak...ish2x...(byk halangan klu nak wat dakwah ni kan)...last2 pihak penganjur kate...klu takleh kc ceramah takpe...ustaz Akil nyanyi jelaaaa...so pihak J takle wat ape2 dah....Ustaz Akil apa lagi...nyanyi jelaaa....bab tukar2 lirik ni kaci je kat Ustaz Akil...so memang bleh geng laa ngan Ustaz Akil ... ke dah memang geng...haa saudara Hamka...
uish...teringat my brother ( 4 thn ) namanyer Haikal....klu tgk Ustaz Akil nyanyi terus amik napkin tutup kepala dia....nak buat serban kononnyer...ehe...apa2 pun...

Takbir!!!

rasenyer dah taknak guna nickname as ahli kubur wannabe anymore...sebab nama kitakan doa...InsyaAllah

john_sot said...

Bunyinya macam nak khuruj fisabilillah jerk Bro. HAMKA.. kalo btul selamat keluar di jalan ALLAH, semoga pengorbananmu itu menjadi asbab hidayat seluruh alam...
Teringat kisah Abu Ayub al-ansari, rumah di madinah... maqamnya di istanbul... jauh tuuuhh..walaupun solat di masjidil haram dan masjid nabi lebih banayk pahalanya mereka keluar jalan ALLAH untuk menegakkan kalimahNYa.. semoga ALLAH menerima saya, keluarga dan ummat jugak.. huhu~~

budak shams said...

teringin nk kenal ustaz akil hayyi.. mana satu ek.. dulu penah tgk gambar tp blur.. anyone.. bg link gambar ustaz akil bleh??

Hamka said...

wahidah
waalaikumusallam..

ohh..kaulah ahli kubur wannabe tu….
pelapis Ustaz Akil ???
aku belum geng lagi ngan dia…
suara aku sumbang, kalu dia nyanyi aku boleh petik gitar jer he he he..
apa2pun aku dan dia ada persamaan, masing2 akna jadi mayat..

Tahlil!!!

ps: kirim salam kat haikal!!!

-----------
john_sot

he he he…
semoga ALLAH menerima aku, kau , keluarga dan ummat jugak.. huhu~~
(siapa engkau? email lah aku)

------------
budak shams

mintak tolong ngan wahidah..ye budak shams..

hafizbar said...

ayah pergi mana?
mana pergi ayah?
pergi mana ayah?

mana satu ayat yg betul??

---
hafizbar

wahidah said...

assalamualaikum...
erm pasal gambar ustaz tue takdelaa...try search pun...still tak clear gambar dia...klu nak kenal dia...belilah cd ceramah ustaz Akil...sure gempak nyer...

buat shams...cuba try dis page:
http://hijjaz.fotki.com/persembahan/konsert_sempena/hk14.html

ala saudara Hamka...kita pun sama gak...bila2 je akan jadi mayat...
erm...saudara Hamka ni still main gitar ker???haa sok nak balik umah...so bleh laa kita kirim salam kan kat Haikal...

uish...Hafizbar sudah kembali!

Hamka said...

hafiz

ha ha ha..
patutnya aku tanya kau, sebab kalau kau check komen yg lepas2 ada aweks tanya lebih kurang:
Hafiz pergi mana?
mana pergi Hafiz?
pergi mana Hafiz?

mana satu ayat yg betul??

-----------
wahidah

Waalaikumusalam..

aku dah lame berhenti main gitar, selepas haikal lahir…
lagu sephia tu popolar masa aku bercinta muda2 dulu2..

Satu hari tu aku cari haikal tak jumpa2..last aku jumpa dia kat bilik stor..tengah petik tali gitar, masa tu umur dia 2 tahun..ishhhh..bahaya betul!!!
sekarang aku gantung gitar tu tunggi2, err maksud aku still dlm stor..

walaikumusallam kata: (muhammad haikal hamka)

nabilah said...

Aku tersentuh membaca entry kali nie...

Susahnya menjadi lelaki kerana perlu menyatakan kesanggupan untuk berkorban hatta nyawa sekalipun untuk berjuang di jalan Allah.
Dan sukarnya menjadi wanita kerana perlu menyatakan kesanggupan untuk berkorban diri dan kasih sayang demi perjuangan di jalan Allah.

Amat sukar untuk menjadi sehebat Khadijah atau setabah Hajar...
Namun perjuangan tetap menuntut pengorbanan...

Hamka, jangan lebihkan 8 perkara dari 3 perkara ye? Cuba check balik surah Taubah(9), ayat ke-24, kalau tak salah aku lah....

SHE said...

posting hamka kali ni mmg menyentuh hati( ...menangis lagi)

biarlah airmata ku murah gugur ke bumi krn ALLAH-
aku pasrah-aku redha....

(KAU YG SATU-RAMLI SARIP)

Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU

isuzu_aizu said...

sob sob sob entri yang menyedihkan juga membawa berita gembira.

Hamka said...

nabilah

Tanya isteri aku:
abang, sampai bila kita nak tanggung segala ujian ini?
aku jawab:
sampai mati sayang..sampai mati..

(sampai jadi mayat)

ps: betul-lah tu, pasal ayat…dalam ayat lain kalu tak solat Allah nak azab, kalau tak puasa Allah nak azab, tapi dlm ayat ni kalau lebihkan 8 perkara dari 3 perkara Allah kata, TUNGGU!!!, maknanya tak lama dah…nak kena Azab..oh!

-------------
SHE

Api neraka di haramkan untuk mata yg menangis kerana takutkanya,,,

kau menyanyi, aku nak nyayi gak..

Brothers-Sepi Perantau

Pabila aku berada dikejauhan
Adakalanya ku kesepian
Kerna terkenangkan kampung halaman
Dan jua teman-teman

Dikala itu kan ku rasa agak kelemahan
Untuk berjuang
Melihat mereka berbahagia disamping
Yang tercinta kegembiraan
Ku kesepian

Mujur ada teman seperjuangan
Yang Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini demi mencari
Keredhaan Ilahi

Masa muda dilalui hanya sekali
Pergunakannya agar kau tidak kesali
Di esok hari

Ketenangan ada disini
Tak jumpa kerana kau tak mencari

Kebahagian tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak
Menghayati

-----------
isuzu_aizu

oh.. korang semua menangis, oleh sebab korang semua menangis biarlah aku menyayikan satu lagu untuk buat korang ceria pulak

Pada Suatu hari
Tempat tinggal Nobita
Muncul seekor Makhluk
Berwarna biru muda

Badannya bulat-bulat
Suka makan kuih donat
Bila nampak tikus ia melompat

Nobita ketawa sambil berkata:
“aik?! takut tikus ke?”

Ang! Ang! Ang!
Makhluk itu bernama
DORA-E-MON…

Anonymous said...

apakah maksud adakah aku juga akan terkena gen keturunan?...oh

rasanya ayat ni tak sedaplah.isteri awak mesti setuju dengan saya.

budak shams said...

thanks kak wahidah..
title kak ke adik ni?

lilyputih said...

Sebaknya!...teringat Ayah yg telah kembali ke rahmatullah dua tahun yg lalu.

Saya pun minat mendengar ceramah Ustaz Akil orangnya pun hensem dan lucu, bakat menyanyinya terserlah. Pernah menghadiri ceramah motivasinya dan lepas tu dia dendangkan satu lagu...Best!

adadia said...

hehe, sebuah cerita cinta.

wahidah said...

assalamualaikum...

saudara Hamka, knapa tak buang jer gitar tue...k sayang...sure comelkan mase Haikal dalam stor tue...ehe

Buat Syam...panggil je laa kak Wahidah...mcmne clear tak?

uish...bestnyer Lilyputih,dah join Ustaz Akil nyer motivasi...Ustaz Akil mmg best n mmg creative...
apa2 pun...
keretamayat blogspot pun best...sentiasa membuat kita ingat padaNyer...plus sentiasa membuka minda kite agar ingat bhw dunia ni sementara...takde makne nyer dunia ni...so bersama2 laa kite buat strategy utk jadi mayat, mayat yg macam mane pulak yg kita nak jadi...surelaa mayat2 dlm golongan org2 yg baik2 dan yg beriman...tapi ngan apa,
dgn ilmu...sebab ngan ilmu laa hidayah Allah tue akan datang...

eh kejap, apa bezanyer antara mayat tu berat dan yg ringan...ade kaitan ngan amalan k?

Takbir!!!

kasturi said...

terrific :)

Hamka said...

Anonymous

bukan awak sajer, semua ahli persatuan manogamipun tak setuju..hihihi..

-------------
budak shams

:)

---------------
lilyputih

aku kalau ceramah..aku tak menyanyi…
aku bagi ‘kaw’ punya amaran!!!!
ya menangis adaler..
semuanya dari Allah!!!
apa2pun kena baca tasbih kifarah…
:)

-----------
adadia

boleh di panjangkan lagi…he he he..

------------
wahidah

wailaikumusallam..

aku nak buang, isteri aku tak bagi..he he he
pasal berat dan ringan…Semua orang akan menjadi Mayat. Kalau anda gemok anda akan menjadi Mayat yg berat, Kalau anda kurus anda akan menjadi mayat yg ringan..tak baik mengumpat mayat…Nanti korang baham tanah!!!

pasal hidayat, ia dapatang melalui pengorbanan…terima kasih.

Tahlil!!!

-----------
kasturi

senyum itu sedekah…

SHE said...

betul kata wahidah blog yg ala2 ceramah ugama...kalo tk de peluang join ceramah ugama kat mesjid..sini je la tpt she muhasabah diri..tq hamka..jiwa she lebih tenang bila kemari melawat kereta mayat....tak sempurna rasa nya kalau sehari tk brkunjung kemari....

hafizbar said...

org tanya mana aku pergi?

baru je aku buang sifat riyak, sekarang ni telah berbenih ia, takut2 bercambah dan subur ia.... ish ish

---
hafizbar

Hamka said...

SHE
semuanya dari Allah..
terima kasih kerana sudi menjadi pembaca yg setia.
Dan maafkan aku jika ada yg tak kena di sana sini..

----------
hafiz

Nampaknya selain kita kena belajar ilmu tahan di caci, kita kena juga mendalami ilmu tahan di puji….... ish ish

Hamka said...

PENGUMUMAN

KEPADA KORANG SEMUA YG AKU MULIAKAN...

AKU BERCUTI BEBERAPA HARI DAN TIDAK BERNIAT UNTUK MELAYARI INTERNET PADA WAKTU CUTI..

JUMPA KORANG SELASA DEPAN!!!

ITUPUN JIKA AKU BELUM JADI MAYAT..OH..

WASALLAM.

cik_ara said...

best..best..best..
teringat ceramah ust hasrizal(saifulislam.com), dier kate cara mati tak penting, tapi yang penting adalah cara hidup. cara hidup menentukan cara mati, cara mati menetukan cara kita dibangkitkan, dan cara kita dibagkitkan menentukan ke mana kita akan pergi.. SYURGA atau NERAKA..

dan...
cara hidup ditentukan oleh TUJUAN HIDUP (rujuk adz-dzariyat:56). hmm..lebey kurg camtu la dier bagitau..

Karl Hiunzm said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nabilah said...

Hamka,

Katakanlah pada isterimu:
Bukankah Allah takkan membiarkan manusia mengatakan "aku sudah beriman" sedangkan manusia itu belum diuji?

Kehidupan di dunia hanyalah satu ujian...ujian yang menggambarkan betapa perlunya manusia kepada Rabnya, kerana satu masa dulu Allah telah "hilang kepercayaan" kepada manusia.

Hadapilah ujian itu dengan senyuman, kerana pengorbanan yang dilakukan sekarang akan membuahkan hasil yang lumayan di hari kemudian...

Itu cuma pandangan aku sahaja,perbetuli aku kiranya aku tersilap...

muslimz87 said...

aslm wbt
wah power hek blog ko..terharu ada, sedih ada, terasa ada..mcm2 ada bile baca nih...

amanitium said...

teringat lagi satu pementasan yang popular...

"mana doa anakmu seorang doktor? mana doa anakmu seorang peguam? mana anakmu seorang jurutera?"

lalu datanglah satu makhluk yang amat hodoh dan berkata, "akulah amalanmu yang keji!"

gaya penceritaan anda amat menarik saudara hamka~ =)

Hamka said...

AKU KEMBALI DAN MASIH BELUM JADI MAYAT..

-----------
cik_ara

kau pun best..best..best..
he he he

--------
nabilah

saya sedang tersenyum….

------
muslimz87

terima kasih kerana memuji, cintailah aku kerana Allah, mudah-mudahan akhirat nanti apabila ramai org yg cinta aku kerana Allah, maka tertutuplah aibku di padang masyar..…AMIN

---------
amanitium

Mana doa anakku seorang blogger?
(terima kasih kerana sudi berkongsi)

-innocent girl- said...

salam...
ello...jz dpt snggah skjp cume...trs kn menulis demi kpentingan b'sama...
wish me luck 4 my studies at egypt soon...will survive by takin' medic..hehe....

Hamka said...

AMIN...

kirim salam kat adik aku, diapun belajar kat sana gak.

Mohd Iznan said...

sedih dan sayu..tu aje...teringat masa bapak aku kuar masturat ke pakistan..adik bongsu aku masa tu umur 2 tahun setengah...sekali bapak aku tepon rumah nak kabor yg jemaah dah nak tangguh...sekali adik bongsu aku tu yg angkat...

dengan pelat2...."abah...abah..bila nak balik?"

mak aku cakap masa tu, tengok air mata abah aku menitis....(dan aku sdri hanya pernah tgk abah aku menangis 2 kali aje masa doa kt rumah lepas balik 4B dan balik haji)

dan Nabi saw sunnah baginda apabila nak safar,gazwah yg terpaksa tinggalkan mekah or madinah, mula2 sekali akan kucup or jumpa fathimah dan bila balik pon sama akan mula2 sekali jumpa fathimah...

Allah kabul vermayer

Hamka said...

menurut doctor, aku akn dapat anak perempuan pada bulan 9 nanti, dengan izin Allah..

maka dapatlah aku mengamalkan sunnah Nabi tersebut..insyaAllah..amin...:)

ps: aku cemburu dengan ibu bapa engkau..isk..isk..

Anonymous said...

sedaynye lagu ni..huhu..aku blaja time skolah agame kecik2 dulu...

Hamka said...

aku pun....

Anonymous said...

i love u lahhhhh

Hamka said...

i love u too

tun timah said...

woowww,,,

hafiss ayyas said...

salam
sayu jer bc entri ni.
moga Allah bagi kekuatan untuk korbankan 8 perkara untuk dapat 3 perkara.skrg bila nak kluar korban blum ckup 8.sebab masih bujang.

Hamka said...

:)