Jun 8, 2006

Apa maksud SOLAT?

(aku, korang dan solat)

Teringat satu babak dalam filem Laksmana Do-re-me, Diorang ada teropong ajaib yg boleh lihat apa sajer..satu adegan tu, diorang try teropong org jahat, ternampaknya muka si penjahat itu sedang mengerang-ngerang sambil mengigit2 gigi..apabila diorang zoom teropong tu, barulah tahu akan apakah gerangan jadi demikian rupa: org jahat tu sedang berak dalam JAMBAN!!!

Jika korang konon-kononnya ada teropong hikmat tu dan teropong aku sekarang, korang akan dapati muka aku sama sebijik macam penjahat dalam cerita tu.. sedang mengerang-ngerang sambil mengigit2 gigi…apabila korang zoom, korang akan dapati aku sedang buat apa?

-Berak?

-Pam tayar basikal?

-Tekan tubi?

-Sakit perut?

-Bersetubuh?

Salah!!!…salah semuanya, sebenarnya aku sedang korek telinga, oh..oh…sungguh nikmat korek telinga hingga meleleh air mata..ketika mengorek telinga, mata terbeliak sambil membayangkan tahik telinga yg sedang di ‘belai’..oh..apa aku merepek ni?

Aku sebanarnya nak cerita pasal solat, tapi melalut sampai ke jamban..betullah bahawa jamban tu adalah empunya rumah syaitan..
Korang tahu apa adab duduk dalam jamban?
Satu, korang kena duduk macam Nabi duduk(rujuk ustaz berhampiran)
Dua, korang kena fikir macam mana nak keluar cepat, lagi cepat lagi afdal.
Satu lagi, sila tutup kepala…sekian.

Satu cerita:
Seorang pemuda telah sakit perut dan mula mencari jamban untuk berak, dengan izin tuhan beliau telah berjumpa dengan sebuah jamban lalu didudukinya jamban itu..
Di dalam jamban(tak payah cerita, korang semua dah tahu) selesai berak, nak basuh berak, air pulak takde…aku nasihatlah kat korang antara adab masuk jamban yg aku tambah, check dulu air, ade ke tak..oh..

Maka si pemuda ini tak tahu nak buat apa, tahik sudah di berak, tapi punggung Belum di cuci..arghhh..sudah!!!
Lalu dia pun memakai seluar dengan perlahan-lahan, zip seluar dengan perlahan-lahan seperti pengantin baru bukak baju pasangan malam pertama dengan perlahan-lahan..oh.. dan pemuda ini keluar dari tandas dengan berjalan perlahan-lahan mencari air..

Di jalanan, dia bertemu aweks-nya, abang pergi mana? Jom tengok wayang?saya belanja he he he..

Err takpelah sayang pergilah dulu..abang ada hal ni, (isk)

Lalu awek dia blah dan dia pun berjalan lagi mencari air..

Teringat aku cerita gagak mencari air di padang pasir, masa aku kecik dulu, bila aku minum air dan ada pulak adik2 aku nak kongsi air tu, maka aku tinggalkan sikiiit jer air dan cakap, kalau kau nak bijak macam gagak letaklah batu dalam air ni, baru air ni penuh..ha ha ha(kisah seorang abang yg zalim..oh)

Sambung balik, maka mamat tu pergilah cari air, dan di jalanan berjumpa pulak dengan member baik dia,

"Jom makan sate kajang, gua belanja beb!!! Lu nak makan sampai pecah perut pun takpe.."

Tapi mamat terus menolak walaupun makanan kegemaran dia adalah satay..cinta satey!!!
Tiba-tiba( sambung cerita ini tidak lebih dari 350 patah perkataan..ha ha ha-tak lawak)

Sebanarnya aku nak cerita benda lain dan nak tanya korang..

-Mana lebih penting? Basuh berak dulu atau tengok wayang dulu?

-Mana lebih penting? Basuh berak dulu atau makan satay dulu?

-Mana lebih penting? Basuh berak dulu atau solat dulu?

-Mana lebih penting? Solat dulu atau tengok wayang dulu?

-Mana lebih penting? Solat dulu atau makan satay dulu?

Kalau solat lebih penting, kenapa 10 minit lagi nak azan, korang beratur gi tengok wayang?

Kalau solat lebih penting, kenapa waktu azan zohor, korang sibuk makan-makan lunch?

Patutnya Aku gi kedai makan waktu azan tu dan sound:

"OH, PATUTLAH MASJID KOSONG...!!! KAT SINI KORANG RAMAI-RAMAI YE…"

Tapi aku tak buat pun..kalau aku buat dah tentu aku kena belasah, maka dah tentu aku akan membalas balik serangan korang, oleh sebab korang ramai aku terpaksa menghabiskan masa 20 hingga 30 minit untuk menewaskan korang semua, maka dah tentu lepas tu org dah habis solat, oleh kerana aku tak nak tertinggal takbir pertama, maka aku tak buatlah!!!..cis!!…

Jadi kalau korang makan dulu, atau tengok wayang dulu baru nak solat, daripada pengajaran cerita kat atas ini, bolehlah di buat kesimpulan bahawa korang membuatkan seolah-olah basuh berak itu jauh lebih penting dari solat..oh…!basuh berak tak boleh tangguh-tangguh, kena buat dulu, baru boleh selesaikan kerja lain, tapi solat selamba tangguh..oh…(aku perasan bagus-nasihat ini aku tujukan khas untuk diri sendiri-semuanya dengan izin Allah-harap maklum)

APA MAKSUD sebenar SOLAT?

Aku nak Tanya korang sebelum aku cerita lebih langjut..

Apa maksud solat?

Sila jawab dan bandingkan jawapan korang dengan aku, sebab korang dah solat berpuluh2 tahun, tapi tahukah korang apa maksud solat?

jadi, maksud solat adalah ……………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………
(isikan ruang kosong)

Aku bukan nak berlagak, aku nak kongsi apa yag aku paham, dan apa yg aku tak paham, aku tak pandai, aku bukan ustaz atau ulamak…aku mungkin ‘baru start’ nak ‘menyemak’…oh, ajarlah aku yg perasan bagus ni..isk..

Seorang member aku, abang K nama dia(K untuk Kamarulzaman), tanya aku: apa maksud solat..aku jawablah bla bla bla ..tapi dia bagitahu, satu hari tu dia ada pergi ceramah ugama kat sebuah masjid, ada seorang ustaz sedang mengajar bab-bab solat, kemudian seorang hamba Allah telah mengangkat tangan kanannya bermakna ada soalan yg nak di luahkan kepada ustaz, soalanya berbunyi begini:

Ustaz, apa maksud solat?

Kemudian terdengarlah bunyi suara org gelak, lucu sangatkah soalan tadi..?

Ustaz kata: amboi…org yg ketawa-ketawa tu, tahu ke apa maksud solat? Saya tanya karang, boleh jawab ke?

Suasana terus menjadi senyap!

Ustaz itu menyambung: maksud solat adalah bermula dengan niat dan berakhir dengan salam…

itulah maksud solat!!! : kata abang K kepada aku,

Aku kata:

Abang K, aku rasa macam tak tepat aje apa yg kau jawab…tapi siapalah aku nak tolong cakap lebih2..ada ke org nak dengar apa yg aku cakap, Abg K, Apa yg aku rasa ustaz tu jawab tak tepat adalah kerana, ustaz tu tak cakap maksud solat tapi dia cakap cara-cara nak solat, ya, solat dimulai dgn niat dan di akhiri dengan salam..tapi itu bukanlah maksud solat…tak sama dengan cara makan dan maksud makan…tak sama cara-cara nak tidur dengan maksud tidur tak sama cara2 bersetubuh dengan maksud bersetubuh..tak sama!

Aku bukan nak salahkan ustaz tu..bukan..dia lebih terer dari aku, mungkin dia dah terangkan tapi abg K yg tak paham..abg K yg salah dengar!!! apa2pun kita lupakan ustaz tu..yg kita nak bincang adalah: apa maksud solat…abang K dengar baik-baik..

Senang cam ginilah, maksud solat adalah untuk mencegah kejahatan kita..bermakna, sekiranya kita masih buat jahat sedangkan kita sentiasa solat itu bermakna, solat kita belum mencapai MAKSUD!!!

Bukan aku nak cakap solat korang tak di terima, itu kerja Allah! Yg aku nak jelaskan adalah solat kita belum mencapai maksud bila kita masih tak mampu mencegah mungkar..

-Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang lidah kita dari mengumpat

-Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang mata kita dari memandang buruk org!

-Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang telinga kita dari dengar aib/buruk orang!

-Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang hati kita dari bersangka buruk pada org!

Belum!! Solat korang Belum mencapai maksud..jadi ingat!

Maksud solat adalah untuk mencegah kemungkaran!!!

Timbul soalan: bagaimana nak dapat maksud solat?

jawapan: Korang kena bawa ketaatan dalam solat ke luar solat.

Dalm solat 5 minit korang taat segala perintah Allah, maka korang kena bawak ketaatan dalm solat 5 minit tu ke dalam 24 jam kehidupan korang…24 jam kena taat perintah Allah, seperti mana korang taat dalam 5 minit solat, dalam solat korang jaga mata, telinga dengar imam mengaji, mulut berzikir dan hati tawajjuh pada Allah..maka solat cam gini, bila ketaatan dalam solat cam gini di bawa ke luar solat maka automatic korang punya life pun 24 jam macam ‘solat’…

Sebab tu perempuan yg solat tapi tak pakai tudung adalah wanita yg tidak bawa ketaatan dalam solat keluar solat..bukankah masa solat diorang habis tutup?..kenapa jadi macam tu? Sebab diorang tak faham maksud solat…

Org lelaki pun sama, pakai seluar pendek..kenapa? sebab korang tak faham. Maksud solat..dan korang tak bawa ketaatan dalam solat ke luar solat sebaliknya kehidupan korang 24 jam di bawa masuk kedalm solat 5 minit, rosak solat cam tuh…masa solat fikir melayang2..mula2 solat kat Malaysia, lepas tu terbang ke mekkah, lepas tu pergi KLCC, lepas tu ingat baca blog apa tadi, lepas tu fikir nak buat apa lepas ni..mana kunci kerta, selipar aku sape yg ambik bla bla bla last2 dah salam baru sedar…oh aku kat Malaysia lagi rupanya…..

Seorang sahabat Nabi ditanya org:

Macamana tuan boleh tak fikir perkara dunia di dalam solat.

Jawab sahabat tu: aku, kat luar solatpun langsung tak fikir dunia..oh..

Seorang hafiz Al-Quran sedang mengaji..tiba2 lalu seorang lelaki di hadapannya dan telah terpijak kulit pisang di hadapan si hafiz tadi..dia pun jatuh bedebuk dan marah2 kat hafiz tu dan di tuduhnya si hafiz tu lah yg buang kulit pisang merata2.

Si hafiz tu cakap, org islam kena jalan macam dalam sembahyang, tunduk kat bawah, baru tak pijak al-Quran.

pemuda tu cakap: terima kasih kerana menegur saya dan terus berlalu kerana malu..oh..

Satu firman Allah..alamak?! aku telah letak buat kali kedua ayat al-quran dalam blog aku..oh..aku mohon pada Allah agar ayat suci yg aku lampirkan ini tidak di salah ertikan oleh mana2 pihak, kalau ada kesalahan, tegurlah aku!!!

firman Allah: …"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku" (QS. Al Fajr: 28-30).

Nah, Sekarang lihat, hanya jiwa yg tenang dapat kembali kepada Allah.. Macamana kita nak kembali kepada Allah kelak jika hati tidak tenangpun dlm solat? ,bila hati kita tenang? adakah kita tenang di dalam solat, atau tenang di luar solat..Masa solat hati bekecamuk..rasa resah gelisah, imam baca surah panjang mula gelabah..dah salam baru ..fuh!!!..lega dah habis!!!..baru tenang…oh…(isk)

Ya Allah, tolonglah aku dalam perkara solat

Ya Allah, tolonglah kami dalam perkara solat

Ya Allah, tolonglah kita semua dalam perkara solat

Jadi ingat: maksud solat adalah mencegah mungkar dengan membawa ketaatan di dalam solat ke luar solat!

Membawa ‘akhirat’ ke ‘dunia’..bukan bawa ‘dunia’ ke ‘ahirat’!!!

Untuk dapat solat yang betul, korang kena buat 5I..chewah, aku selalu dengar pakar motivasi guna 3M lah, 5S lah, 3R bla bla bla..

aku nak bagutahu tentang 5I..iaitu: Iman/ihtisab/ihsan/ikhlas/ilmu..

Sedikit penerangan:

1.Iman
-org kapir solat 1000 rakaatpun tak di terima sebab takde iman, korang yg dah ada iman kena solat..wajib!!!

2.Ihtisab.
-Yakin ngan ganjaran pahala, solat masjid 27, pakai serban dpt ini, bersugi dapat itu..dll

3.ihsan
-Solat macam kita ‘lihat' Allah, hakikatnya Allah lihat kita-sentisasa!!!

4.Ihklas
-Kalau ada niat yg lain selain Allah, Nerakalah jawabnya..oh..

5.Ilmu
-Ni nak cerita panjang sikit, sebenarnya nak kena solat macam NAbi solat, itulah ilmu…

Baru2 ni member aku bagitahu bini dia derhaka kat dia, lawan cakap dia, tengking bla bla bla bla macam2 lagilah…dan nak buat camne?

Aku tanya: bini engkau solat tak?

Dia cakap bini dia solat..

Aku tanya lagi:

Awal waktu?

Dia cakap tak……

Engkau pulak ada solat jemaah?, dia jawab tak..oh…

(semoga Allah sentiasa pilih kita untuk berbuat kebaikkan-semuanya dari Allah-jangan sombong)

Korang semua dah tahu kemungkaran datang dari mereka yg tak solat atau mereka yg solat tak betul..

Apa itu solat tak betul?
Solat yg lain cara Nabi kita solat.cth:

-Solat fardu kat rumah(lelaki lah ni)

-Solat lengah-lengah (biasanya perempuan)

-Solat tak khusuk (aku pun..oh)

Aku pernah pesan dulu, antara amalan keluarga bahagia : Suami solat berjemaah kat masjid, isteri pulak solat awal waktu kat rumah…So, banyak masa bersama, maklumlah bila suami pulang dari masjid, isteri pulak dah solat awal waktu, maka banyaaaaaaaaak lah masa untuk berasmaradana..

Mana2 pasangan yg bagus punya asmaradana..insyaAllah, mereka akan dapat menyelesaikan segala masalah yg lain.. insyaAllah..!

Mangakhiri post ini, aku bagi pantun 5 kerat fadhilat solat..

-Rezeki berkat

-Seksa kubur angkat

-Tangan kanan terima kitab

-Titi sirat sepantas kilat

-Masuk shurga tanpa Hisab!!!

(amin..ya rabbilalamin)

ps: apakah maksud sembahyang mayat?
( ada org tu tak pernah pergi masjid, bila jadi mayat baru pergi masjid, duduk kat depan sekali pulak tu!!!)..OH..!!

53 comments:

hamka said...

lagu latar masa aku tulis post ini..

Wahai jiwa-jiwa yang tenang
Berhati-hatilah dirimu
Kepada hati-hati yang penuh
Dengan kebencian yang dalam

Karena sesungguhnya iblis
Ada dan bersemayam
Di hati yang penuh dengan benci
Di hati yang penuh dengan prasangka

Jika kebencian meracunimu
Kepada manusia lainnya
Maka sesungguhnya iblis
Sudah berkuasa atas dirimu

Maka jangan pernah berharap
AKU akan mengasihi
Menyayangi manusia-manusia
Yang penuh benci seperti kamu..

Wahai jiwa jiwa yang tenang jangan sekali kali kamu
Mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati

Bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita
Dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata

Anonymous said...

oh solat.. new entry

irsha said...

Maksud solat adalah untuk mencegah kemungkaran!!!

-frasa di atas adalah betul
-frasa di atas dirasakan (aku rasa) tidak menjawab soklan kau sendiri "Apa...?"
-frasa di atas dirasakan sebagai sequence atau huraian kepada jawapan kepada soklan "Apa..." kau tu.
p/s- frasa-frasa di atas bukan bermaksud mengundang soklan2 berbangkit drp kau kpd aku... aku cuma menyemak..!

post yg bagus, mendidik dan memberi peringatan.

hamka said...

budak shams..

(senyum)

--------
irsha

kreadit: aku ada buat tambahan di hunjung entry ini..
terima kasih!!!

Anonymous said...

kat jepun tandas dia xder air..
ish.ish...

hamka said...

boleh jugak basuh berak tanpa air. nabi ada ajar..he he he

Hana Zozolina said...

sembahyang
tiap saat waktu ingat padaNya selalu..

Anonymous said...

hebat!..pedas menyengat!!

hamka said...

linanilza

alhamdulillah…

---------------
lilyputih

hebat!..pedas menyengat!!
layarilah segera!!!!
www.keretamayat.blogspot.com
sebelum penulisnya menjadi mayat!!!
cepat!!!
(he he he)

Anonymous said...

macam kenal lagu latar..hehe
teringat ustzh cakap, bila dah jd mayat, solat perkara pertma disoal.
takutnya~~oh...

blackpurple @ jowopinter said...

Solat. Kau yang buat kau sendiri yang tau. Orang lain tak tau dan kau tak perlu bagitau orang lain pun. Biarlah kau seorang dan Dia yang tau.

Ok tak slogan aku sdra hamka...?

hehehe

Anonymous said...

hamka, sempat wat iklan heh...ahaks!

Anonymous said...

terlalu banyak rahsia di sebalik solat

terima kasih Hamka

perkongsianmu memberi ruang untuk aku lebih menghayati solat-solatku....

Anonymous said...

shurah

takut..jangan tak takut…
(isk)

----------
blackpurple
Ok ler slogan tu untuk kau black…he he he

---------------
lilyputih

engkau kalau nak iklan apa2 kat sini pun boleh..he he

-------------
nabilah

sama-sama.
Semuanya dari Allah, aku jahil lagi hina
aku adalah manusia biasa, hari2 makan nasi,
darah aku pun merah..
dan akan menjadi mayat..
Allah sahaja yg kekal abadi…

Anonymous said...

jgn lupe basuh berak sebelum solat dah la.... kuang..kuang..kuang

hamka said...

jangan ingat apa yg kau berak dalam solat harapnyer..
he he heh!

Anonymous said...

adula.. huhu..

Anonymous said...

mana comment tak bergerak nie??
semua org tgk world cup ke??

Anonymous said...

nak copy paste letak dalam blog sendirik bley tak?
smg en hamka mendapat kebaikan yang berpanjangan..

tuan tanah said...

terima kasih kerana mengingatkan saya yang selalu terlupa.

hamka said...

budak shams

terima kasih atas keperihatinan anda..he.
kami semua sedang bertahajjudlah..

“carilah ketenangan dlm diri sendiri
ibadat sepertiga malam…”(kak pah cakap)

-------
cik_ara

sila-sila he he he
smg enkau pun mendapat kebaikan yang berpanjangan jugak..

----------
tuan tanah

terima kasih jugak kat tuan tanah kerana mengingatkan saya yang selalu terlupa tentang tanah perkuburan..oh...

Anonymous said...

sekali lagi aku setuju dengan pendapatmu Hamka...

"Katakanlah : Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan semesta alam"
(Al-An'am:162)

Anonymous said...

awesome :)

BooK said...

hamka:
dulu. aku teringat. kawan aku bercerita. seorang sahabat nabi [aku lupa. ya hamka. kita sekapal. kita memang tak terer]. kalau ada berita. nescaya akan ditanya bagaimana solat pembawa berita itu. kerna itu lah meter untuk kita mengesah kan nya.

hamka said...

nabilah

bila kau letak ayat Al-Quran, aku setuju jugak dengan engkau 100%!!!

----------
kasturi

maaf, aku tak bagi amaran, jangan baca post ini di waktu makan!!!
he he he

---------
BooK

benar!!!
ada beberapa ciri2 yg perlu ada untuk belajar ugama pada sesorang tu..
yg pertama solat dia berjemaah ke tak, panjang lagi nak cerita..lain kali aku tulis…
(bila ntah?!)

tuan tanah said...

salam hamka.

minta izin mahu linkkan blog saudara ini ke blog saya, boleh?

Najwa Aiman said...

Sepohon kayu daunnya rimbun
lebat bunganya serta buahnya....


kali pertama aku dengar lagu kat atas tu was about 25 years ago. Dalam milenium baru ni lagu tu dinyanyikan semula oleh sebuah kump nasyid (sowi la tak tau nama apa kump tu). apa judul lagu tu ek? Sepohon Kayu ke?

Walau apa pun, lagu tu ialah antara faktor yg buat aku mau belajar solat dulu. Banyak sungguh kaedah dan cara yang boleh meningkatkan iman, sebagaimana banyak juga kaedah dan cara yang menghapuskannya.

Anonymous said...

aku pon nak jaga solat gak ar cam nie sebelum jadi mayat..huhu~~
semayang jemaah kat masjid... doakan aku..

hamka said...

tuan tanah

salam …

boleh…
dan sape2pun nak link boleh , gua takde hal punyer, he he heh
terima ksih sebab link dengan aku..

ps: best gak link dengan tanah perkeburan…oh..

---------------
Najwa Aiman

Korang pernah jumpa tak pokok yg daunnya rimbun
dan lebat pulak bunganya serta buahnya....

pokok apa tu?

hari2 makan 5 kali seharí..alhamdulillah…

ps: sabda Nabi: apabila kamu lalu pada kebun2 shurga, petiklah buah-buahnya..
(senyum)

--------------------------
john_sot

amin..yarabbil alamin..

(selamat naik keretamayat)

zwitterion said...

entry yg bagus..banyak perkara yg kena jaga; masa, kusyuk...

Musaffir said...

ape tajuk lagu latar hang tu? mane nk dapat ye?

hamka said...

zwitterion

sama2lah kita jaga; masa, kusyuk...
amin…

------------
Muhammad Firdaus

selamat naik ke keretamayat..
pasal lagu…err..jangan serius sangat, bukan nashid..
Laskar Cinta - Dewa19
maksud aku: syair..

Anonymous said...

maaf kerana mencabul blogmu Hamka dengan pengetahuanku yang tak seberapa...

aku hanya ingin berkongsi, dan membalas perkongsianmu...

orang memberi, kita merasa.... :)

Anonymous said...

:)

Firman Allah:" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."[Al-Baqarah 2:45]

p/s: seronok baca buku'solat adalah kejayaan hakiki' oleh Ust.Gunawan

hamka said...

nabilah

terima kasih bebanyak…
aku alu-alukan apa saje apa kau nak kata
(senyum)

----------
akhie
:)

nak kena cari buku tu, terima kasih!!!

Zackyun said...

solat itu penghapus rindu.

diantara penghapus rindu terhadap nafsu (eg. update blog,check fs) atau juga penghapus rindu terhadap Allah?

.....

2-2 pun boleh,asalkan mbawa diri kepada Allah...

kerana bila ingin dihapuskan rindu pada Allah,makin rindu,makin sayang

nice writing...keep on moving, babeh!

UglyButAdorable said...

trimas atas entry nie yg amat senang utk difahami tentang solat utk saya yg baru belajar amar erti sebenar solat...

hamka said...

zackyah fimiyun

terima kasih dan selamat datang ke keretamayat…
terima kasih jugak kerana merindu…he eh he

---------------
UglyButAdorable

trimas kemabali..
saya nggak ada apa-apa,
semuanya dari tuhan..
Allah belaka..!!

doakan saya ya!

Anonymous said...

kene basuh berak dulu baru blh solat

Anonymous said...

selamat membasuh berak!!!

Aliff Danial said...

fuuhhh....best baca bila ceramahnya bersahaja...kembang kempis perut dia bila orang puji...hahahaa...
selamat datang ke Malaysia
http://www.indahmalaysia.blogspot.com kepada mereka yang dah merayau ke KLCC ke, ke Mekah ke masa solat tadi...


wassalam

hamka said...

Anonymous

selamat membasuh berak jugak untuk korang!!!

---------
dzue

selamat naik keretamayat…
kau pergi KLCC ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum....
>>>>>
Solat macam kita ‘lihat' Allah, hakikatnya Allah lihat kita-sentisasa!!!
<<<<<

aku slaku gadis y nak title sopan slalu baiki duduk n cara buat keja bila bos jenguk aku..
nape lah aku x sopan bila Allah tengok aku.. (aduhai.. malunya.. dah kantoi x sopan sebenarnya)

anakscorea.blogspot.com said...

MasyaAllah, Memang betul sangatlah. Kalau kita ade buat dosa memang terasa bersalah je bila solat.rasa guilty tak habis-habis rasa nak tobat pun ada. Tapi bila luar solat, jap je trus macam biasa je.
Coba kalau dapat sifat dlm solat tu dibawak kat luar solat, memang susah le nak buat dose. Kalau buat pun pasti terasa guilty.

Tapi satu ilmu yang aku pelajari tentang KHUSYUK ialah kita tak akan mempu mencari khusyuk kerana hanya Allah SWT sahaja yang boleh bagi khusyuk. Apa yang kita patut buat adalah PASRAH pada permulaan solat hingga habis dengan doa dan harapan agar Allah SWT beri kita khusyuk.
Dengan PASRAH yang bersungguh ,memang kita akan dapati kelainan dalam solat kita.
Maksud PASRAH disini ialah KEMBALI PADA ALLAH seperti mana ayat yang Hamka quote kat atas-
firman Allah: …"Hai jiwa yang tenang, KEMBALILAH PADA TUHANMU dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku" (QS. Al Fajr: 28-30).

Wallahu'alam.

Anonymous said...

tok guru kita kata..maksud solat itu adalah doa.maknanya kita kena tahu tiap fi'il yg kita buat..bacaan2 dlm solat tu kita faham betul2...
kita tahu maksud takbir,nape kena diri tegak,rukuk,sujud,salam dll..baru la best solat..insyaallah khusyuknyerrr..sbb khusyuk tu adalah 'buah' kalau pd sebatang pokok..nak dapat buah kena tanam pokok dulu..
kalo nak buah betik kena tanam pokok betik la..
sbb tu kalo nak khusyuk solat kena belajar selok beloknya dulu..

aku blajar solat je dah dkt 6 bulan.tok guru aku kupas satu2..bila faham..best gileerrrr..tahap maksimum beb!

hamka said...

Tahap maksimum?

dahsyat!

lepas ni tentu akan bagi impak maksimum

Anonymous said...

menangis ak bce topik ni...sob2.

Anonymous said...

terima kasih bang hamka..ku doakan dirimu, kluargamu dan umat islam seantero dunia dlm lindungan Allah S.W.T..

ya Allah..letakkan dunia d tangan kami, bukan di hati kami..di saat kepincangan dunia & jiwa yg x mampu kami harungi tanpa cahayaMu..

Satukan juga hati pemimpin2 kami ya Allah..satukan hati mereka ya Allah..satukanlah Ya Allah..
YA ALLAH..MATIKAN KAMI DLM AGAMAMU..
YA RASULULLAH...rindu kami hanya hati yang melagukan..
...................................

hamka said...

terima kasih atas kesudian doa, doa orang ramai, akan menutup aib kita, terima kasih

Unknown said...

apa yg ko cakap pun sama je cam ustaz tu. tak ada beza. kena blaja dulu pastu baru le bole tegur org. ataupun lebih baik diam saja.

John said...

terima kasih bang hamka..ku doakan dirimu, kluargamu dan umat islam seantero dunia dlm lindungan Allah S.W.T.. ya Allah..letakkan dunia d tangan kami, bukan di hati kami..di saat kepincangan dunia & jiwa yg x mampu kami harungi tanpa cahayaMu.. Satukan juga hati pemimpin2 kami ya Allah..satukan hati mereka ya Allah..satukanlah Ya Allah.. YA ALLAH..MATIKAN KAMI DLM AGAMAMU.. YA RASULULLAH...rindu kami hanya hati yang melagukan.. ...................................

hamka said...

kemabli. : )

Bintu Rajali said...

Jarang2 dpt masa lapang utk baca blog, slalunya sy tak baca komen apatah lagi nk tinggal komen tapi blog saudara Hamka ni dlm komen pun ada byk maklumat..