Jun 22, 2006

Apa itu ZIKIR?

(aku dan selipar)

Hari ni hari khamis, elok sangat potong kuku kat kaki korang tu..untuk memudahkan pemotongan kuku di jalankan,:

Sila basuh kaki terlebih dahulu agar kuku menjadi lembut…untuk makluman korang, kadar flow rate of kuku kakiku adalah tidak sama dengan kadar flowrate of kuku tanganku…apa2pun selamat memotong kuku kakiku dan kukukakimu…

Oleh sebab aku dah kahwin, maka kerja2 pemotongan kuku kakiku biasanya di buat oleh isteriku yg solehah..(percakapan adalah satu doa)

Nota untuk mu'alaf: percakapan 2 yg baik dalam perbualan seharian akan menjadi doa secara tidak langsung..biasanya di kenali dengan ungkapan : mulut masin.

sambung balik.

Ketika isteriku memotong kuku kakiku..aku terfikir, akan begitu hebat Allah s.b.w kerana dengan tumbuhnya kuku kakiku ini, maka ada berlambak-lambak syarikat yg membuat alat pemotong kuku..yg mana menjadi sumber rezeki kepada pekerja-pekerjanya sehinggakan ada yg boleh beli rumah besar!!! hanya dengan asbab penumbuhan kuku…

Dengan ada kaki juga nun di sana ada berlambak-lambak kilang stoking, kilang kasut, kilang selipar, kilang tali kasut bla bla bla, yang mana menjadi sumber pencarian yg halal kepada pekerja-pekerjanya sehingga boleh menampung perbelajaan anak-anak sekolah, dan boleh menyimpan duit di tabung haji sehingga pergi haji berkali-kali –alhamdulillah..

Dan aku dengar cerita di India, di kali lima, ada kedai-kedai yg repair selipar..satu sumber pendapatan dengan asbab kaki…Cuba bayangkan jika kuku kakiku dan kuku kakimu berada dalam keadaan konsten seperti bulu kening… dah tentu telah luput beberapa sumber pendapatan yg besar untuk ekonomi Negara!!! oh..hebatnya Allah…

Setelah memotong kuku kakiku..isteriku menyikat pula rambutku..sikat tengah, kerana ini adalah sunnah Nabi s.a.w, huh bercerita pasal rambut..dengan adanya rambut, berlambak-lambak kedai gunting di seluruh dunia, tu belum lagi aku cerita kilang shampoo…untuk rambut keringlah, untuk rambut kerinting/kelumumur/gugur bla bla bla..alangkah hebatnya Allah…benarlah bahawa Allahlah yg bagi rezeki kepadamu daripada sumber yg tidak kamu sangka-sangka…cuba korang tengok pulak pada nyamuk..makluk kecil itu..apakah sumbangannya pada ekonomi dunia..nun, ada besar gila kilang ubat nyamuk, Ubat nyamuk liquid, letrik, kelambu dan seribu sebelas ratus lagi yg mana dengan adanya makluk nyamuk ni, berjuta2 penduduk dunia ni boleh cari makan…oh..kepada Allah aku memuji..

Sebenarya Allah telah memerintahkan setiap makhluk ini memujiNYA..dan Allah sendiri Memuji diriNYA sendiri!!!

Setiap malaikat hidup dengan memuji Allah, setiap binatang, pokok, tumbuh-tumbuhan sedang memuji Allah..jika mereka tidak memuji Allah, mereka akan mati serta merta..macam nyamuk yg sedang hisap darah korang, tiba2 korang tampar nyamuk tu..tapi eh,..eh..masih elok terbang, kenapa? kerana nyamuk itu sedang memuji Allah..mana2 nyamuk yg mampos bila korang tampar tu adalah nyamuk yg kusyuk hisab darah korang sampai lupa memuji Allah, maka mamposlah dia…oh..

Akan tetapi manusia ni dia special sikit, yg mana, jika korang tak memuji Allah, korang tak mati terus..malah selamba jer hidup? kenapa? kerana nyamuk dan makluk lain diorang mati jadi bangkai dan habis gitu jer hidup mereka menjadi protein kepada kehidupan makhluk yg lain..tapi korang semua manusia, lambat laun korang akan jadi mayat yang mana di akhirat nanti akan di soal setiap masa yg telah korang lalui dalam hidup dan di tanya tentang masa yg tidak di gunakan untuk berzikir..oh..

Ingat!!!
-setiap apa dalam dunia ini dikutuk Allah kecuali zikirullah…

-Orang yg sentiasa berzikir akan masuk shurga dengan terseyum-senyum.

-Orang yg berzikir hidup di sisi Allah, Org yg lalai dari berzikir adalah mati di sisi Allah..

-Semua org yg menjadi mayat berada dalam keadaan menyesal, hinggakan apabila mereka masuk shurga kelak..mereka menyesal dengan waktu yg tidak di habiskan dengan berzikir..

Eh? Org masuk shurgapun menyesal gak..

Ya, satu cerita lebih kurang maksud, seorang penghuni shurga sedang berehat2 dalam shurganya..tiba2 shurganya berubah warna kepada lebih cantik lagi…ia hairan lalu bertanya kepada malaikat..apakah gerangan yg membuatkan shurganya berubah wajah?..jawab malaikat:

Oh..ini adalah kerana satu titik peluh ahli shurga di atas telah jatuh ke shurgamu..

Dahsyat..satu titik peluhnya sahaja telah merubah shurgaku menjadi indah..apakah amalan ahli shurga di atas yg melebihi amalanku..?

Jawab malaikat: dia hanya lebih satu zikirullah berbanding kamu…. Lalu timbul penyesalan pada ahli shurga..oh..

Pembaca blog yg saya muliakan sekalian..ahli shurga menyesal pada waktu2 yg berlalu tanpa zikirullah….oh….terkena tepat pada batang hidung penulis..!!!

Satu cerita, sekiranya korang dari Negeri Terengganu pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas …dalam perjalanan dompet korang kena ragut/hilang/curi..sampai kat KL, korang baru sedar, baru gelabah..h/p pulak takde..perut lapar..tekak haus..sepanjang hari melilau mencari2 kot2 adalah terjumpa duit di mana-mana, nak makan ni..lapar nie..nak mintak sedekah, malu..kemudian sudah tengahhari, perut berkeroncong…masuk petang korang duduk dan menangis…

dengan izin Tuhan datanglah aku(penulis) tegur korang...tanya apahal menangis, korang pun cerita bla bla bla..oleh kerana aku baik hati(satu doa mulut masin) aku pun belanja korang makan…lepas tu tolong beli pulak tiket untuk korang balik kampong, kemudian bagi pulak RM50 untuk buat belanja. ketika korang naik bas, aku bagi symbol V-peace..

Korang tentu terharu bukan?

Maka dah tentu bila korang balik kampong, korang akan cerita kebaikan 'hamka keretamayat' ni kepada member2 korang, pada mak bapak korang, dan aku percaya korang akan cerita aku punya kebaikkan sampai kat anak cucu..atau korang akan tulis dalam blog, puji aku bagusler, bestler..dan lain2…

Patutkah aku di puji sebegitu sekali?

Hanya dengan satu kebaikkan yg Allah takdirkan, maka aku akan menjadi wira korang sepanjang zaman?

Namun, yg menyedihkan..aku baru tolong korang sekali, korang dah puji bagai nak rak, bagaimana dengan Allah yg tolong korang hari2, berapa kali korang puji DIA yg PALING LAYAK di PUJI?

Hari-hari Allah bagi kita makan, bagi udara, bagi mata, tangan, bulu kening, kuku,gigi..sape yg nak puji Allah…oh…(pesan kat aku dan anak-anak sendiri)

Lidah ini begitu berat nak puji Allah, tapi begitu mudah memuji makhluk..

wa wah..wah....bestler tengok cerita superman return…pandai betul pengarah tu..

wah..wah....cantiknya muka engakau, pandai kau bersolek.

wah..wah....besarnya rumah engkau, banyaknye duit engkau..

wah..wah..besarnya buah dada engkau, apa petua kau?

wah..wah..pergi mampos semua pujian!!!

Tapi dengan tuhan kita banyak mengeluh..Ya Allah, apalah dosa aku di timpa kejadian sebegini? huh, boleh pulak korang tanya apa dosa kou….dosa engkau adalah tidak memuji Allah..oh..akupun!!!

Pembaca yg saya muliakan, marilah kita pakat2 bila jumpa kawan2 kita, kita puji Allah,
jumpa kawan kita, eh, hang nak tau tak, hari ni Allah bagi aku makan nasi lemak, lepas tu Allah bagi aku minum teh tarik…dan Allah bagi aku sihat, bla bla bla
Tentu member korang cakap korang giler punya budak..he he he

satu hadith NAbi lebih kurang maksud..

Berzikirlah kepada Allah sehingga org kata kamu gila…

Berzikir disini bukan bermaksud hanya dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir…zikurullah adalah bermaksud, korang buat hubungan dengan Allah dalam apa jua keadaan, termasuklah dalam perbualan korang..

Sebagai contoh, jika PM kita Pak Lah suruh korang selaku MB pada waktu tu bercakap dengan rakyat pasal kebersihan..maka korang pun pergi buat ceramah dan bercakap ulang ulang, kebersihan kebersihan kebersihan..

begini lebih kurang:

Assalamualaikum semua penduduk kampong..Pak Lah cakap untuk dapatkan Negara bersih maka kena banyakkan bercakap mengenai kebersihan maka saya disini suka menyatakan bahawa marilah kita bercakap kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan kebersihan..
sekian terima kasih..

he he he..memang gilalah MB tu..tahun depan pilihan raya, balik kampong bersihkan balairaya lagi bagus ha ha ha!

JADI, begitulah jugak bila nabi suruh korang(termasuk aku) perbanyakkanlah zikirullah..

Korang pun pergi ketuk pintu rumah org, dan cakap: pakcik-pakcik, Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar, 33x,

Memang sah giler lah pakcik tu cakap…ni bukan gila yg nabi maksudkan tu..ni dah kira mereng gila babi !!!!

Satu hari, seorag sahabat bernama HAnzalah r.a bagitahu pada NAbi yg dia rasa, dia ni munafik, maka NAbi bagitahu lebih kurang maksud supaya perbaharuilah iman kamu dengan memperbanyakkan ucapan Tauhid..inilah yg di maksudkan dengan zikrullah..yg mana korang pergi jalan2 jumpa kawan2 lalu bercerita dan memuji akan kehebatan Alah…

Tapi sayang sungguh dengan kita(aku) semua hari ini..begitu berat untuk memuji Allah..
Jika ada org memuji Allah kita jawab dengan bersahaja..

cth:
Aku kata: Allah bagi kita kenyang..

Mamat kata: memanglah Allah bagi kita kenyang, itupun tak tahu ke?

oh..cik mamat, salah jawab macam tu sebab ianya tidak membantu peningkatan iman kita..sebanarnya kau kena cakap ; BENAR, ALLAH BAGI AKU KENYANG!!!

Contoh lain:
Aku kata: bini engkau cantikler.mamat.

Mamat kata: memanglah bini aku cantik, itupun tak tahu ke?

oi..cik mamat, salah jawab macam tu, kecik hati bini engkau nanti, tak nampak penghargaan kat situ…kalau kau cakap bini aku cantik, aku akan cakap BENAR, BINI AKU SANGAT CANTIK!!! he he he

Pembaca blog yg aku muliakan sekelian, esok hari jumaat..biasa org lelaki gi solat jumaat… bila balik ada nak cerita kat isteri apa cerita kutbah jummaat tadi? berat lidah dan mulut dan gigi..(aku pun!!) tapi kalau selipar kita hilang..balik rumah terus cerita kai bini:

“Binantang mana ntah ambik selipar abang, abang sumpah mati dilanggar lori!!!”

ish..ish..ish…

bini aku kata: binatang mana pakai selipar bang?

oh…

Bercerita pasal di langgar lori..ini satu lagi bukti nyata yang mana korang semua ni berkebolehan untuk berceramah…bila ada jer kemalangan, terus cerita kat kawan2..tanpa di suruh..

“eh..eh..kau tahu tak tadi , masa balik solat jumaat, kat selekoh depan simpang masjid tu, aku nampak kereta kancil berlanggar dengan lori..habis berdarah2..tangan dia hampir putus..aku rasa org yg bawak kancil tu tak lama punya mesti mati..jadi mayat..oh..”

Lepas tu pulak member korang yg dengar cerita ni terus bercerita kat org lain…

“eh..eh..kau tahu tak tadi , masa balik solat jumaat, kat selekoh depan simpang masjid tu, member aku cerita, dia nampak kereta kancil berlanggar dengan lori..habis berdarah2..darah.. tangan org tu putus.. org yg bawak kancil tu tak lama punya mesti mati..jadi mayat..oh..”

Lepas tu pulak member korang tu pulak terus bercerita kat org lain…

“eh..eh..kau tahu tak tadi , masa balik solat jumaat, kat selekoh depan simpang masjid tu, member aku cerita, dia nampak kereta kancil berlanggar dengan lori..habis berdarah2..darah.. tangan org tu putus.. org yg bawak kancil tu terus mati..jadi mayat..oh..”

Lepas tu pulak member korang, punya kawan tu terus bercerita kat org2 lain…

“eh..eh..kau tahu tak , kat selekoh depan simpang masjid tu, ada org mati bawak kereta kancil berlanggar dengan lori..kawasan tu berhantu..ada org nampak lembaga hitam sedang kutip tangan yg putus!!!!!

Cis!!!..member tu cedera sikit jer..tapi cerita punya cerita sampai jadi hantu ha ha ha!!!

hentikanlah cerita yg bukan2 dan merepek2..baik korang berzikir..aku pun!!!

Satu org ustaz bagi tahu aku, maksud berzikir adalah sentiasa ingat pada Allah, pada perintah dan larangan Allah dalam apa jua keadaan pun, masa berdiri, duduk hatta berbaring..itulah zikir yang sempurna…

lalu ustaz tu baca ayat al-Quran yg bermaksud..

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalau berkata 'Ya Tuhan kami, tiadakah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka'" (Ali Imran: 190-191).

Nabi s.aw bagitahu lebih kurang maksud, akan binasalah orang yang selepas menbaca ayat ini tapi tidak mengambil iktibar daripadanya..oh…

Jadi secara kesimpulannya zikir itu bolehlah di bahagi kepada empat:

1-Tasbihat
(tahlil, tahmid, takbir, bertasbih pagi dan petang)

2-Membaca Al-Quran
(Khatam 2 kali setahun sekurang2nya)

3-Berdoa
(termasuk doa2 masnun, sebelum dan selepas)

4-Menghadiri majlis
(Ceramah, berbual-bual, taklim, muzakarah, dll)

Wallahualam..

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, jangan hisap fit jangan hisap dadah, kita tutup dengan tasbih kifarah….

ps: kepada mana2 bakal mayat yang bersolat jumaat kat masjid Telok kalong, kemaman…siapa yg ambik selipar aku kat masjid minggu lepas???SIAPA????

Nota: terima kasih kepada mereka2 yg banyak memuji aku dalam kotak komen mahupun email..aku nasihatkan, pujilah aku kerana Allah dan, cintailah aku kerana Allah, mudah-mudahan di akhirat nanti apabila ramai org yg cinta aku kerana Allah, maka tertutuplah aibku di padang masyar..…AMIN

36 comments:

ontahsapo said...

insyaallah aku sentiasa akan memujinya.....

Anonymous said...

entry kali ni mmg mendidik...(yg len pon)
tq ah bro hamka...^_^
semoga ALLAH sentiasa menlindungi n merahmati bro Hamka sekeluarga..
>>aku lum klas ni...terasa sgt boring..hukhuk..jhtnya aku....ish..ish..

zwitterion said...

selipar hamka hilang? redha je lah..hehe
kita ni hamba yg sering terlupa akan Pencipta..

Anonymous said...

"Orang yg paling berakal ialah yg paling banyak mengingati mati." Bagaimana nak mengingati mati? mati mati mati mati mati mati mati mati mati mati mati mati mati mati mati mati mati...?

Anonymous said...

zikir masnun?
ape tu?

...baby apa khabar?

Anonymous said...

terima kasih menyedarkan saya yg lalai nie ...

Anonymous said...

incik hamka,
Alhamdulillah...terima kssih atas tazkirah yg memang best..aku rasa takde lg entry ko yg tak best..suma best2 belaka..mabruk, ya akh...

cuma aku nak komen satu la..tp apa2 hal aku mintak maap if ko terasa ngan komen aku ni.
Aku rasa part "wah wah wah..besarnya buah dada ko..bla bla.." tu kurang sesuai kot..eventhough ko just nak bg contoh.Aku rasa elok la digantikan dengan mende yg 'general' instead of guna something yg agak 'private'..let say 'wah wah wah..besarnya tayar keta ko..'..err atau apa2 je la.U are so smart, man..ko leh reka banyak lg mende2 yg general ni kan..

tu sekadar komen aku je..ni blog ko kan..so sukati ko le nak tulis hape pon..ye dak??

Anyway, keep up the good work, bro!! :)

Iie desu ne ;)

hamka said...

ontahsapo

alhamdulillah...

---------
Anonymous

(((yg len pon)))
terima kasih ^_^

amin...

----------------
zwitterion

satu nasihat..sape2 yg hilang selipar, jangan ambik selipar org lain pulak, biar balik kaki ayam, macam mayat, biar kaki kotor....tapi hati bersih...
heh

-----------
Anonymous

aku kata: "Orang yg paling berakal ialah yg paling banyak mengingati mayat." Bagaimana nak mengingati mayat? selalu-selalulah naik kereta mayat..ha ha ha(sempat promote)

-----------
s.a.z

zikir masnun adalah doa yg di ajar oleh Nabi SAW sebelum dan selepas buat sesuatu seperti doa makan, minum, berak dll.

baby khabar baik.. :)

s.a.z tu ape?

----------
Husein

ramai org sedar tapi tak buat usaha atas kesedaran..(bukan engkau, aku ler..)

--------
kasturi

terima kasih kerana menyedarkan..
dulu ada org tanya aku..boleh tak bersentuh dengan laki dan perempuan kerana ada mazhab yg bagitahu tak batal air wudhu ...

aku kata:
aku bukan ustaz nak jawab he he
tak semestinya benda yg tak membatalkan wudhu tu elok…
cth:
-mencarut tak batal wudhu
-berjalan bogel tak batal wudhu
-menonton video lucah tak batal wudhu
-meraba buah dada wanita dengan berlapik tak batal wudhu
-mengumpat tak batal wudhu
-memakai coli(lelaki lah ni) tak batal wudhu

fikir-fikirkanlah..

ps: aku lupa taruk bahawa pujian itu adalah dari wanita untuk wanita-harap maklum..

hamka said...

PENGUMUMAN

KEPADA KORANG SEMUA YG AKU MULIAKAN...

AKU BERCUTI 4 HARI DAN TIDAK BERNIAT UNTUK MELAYARI INTERNET PADA WAKTU CUTI..

JUMPA KORANG RABU DEPAN!!!

ITUPUN JIKA AKU BELUM JADI MAYAT..OH..

WASALLAM.

Hafizbar said...

[Shahnon said] "Writers should be themselves. What are the others afraid of?"

Most of his fellow literati prefer to keep quiet or merely chide the author for bad language. Faisal Tehrani, an award-winning young scribe, is not among them: [Faisal said] "There's so much hypocrisy among our writers. Shit is a good work of satire because it's brave and approachable.

dipetik drp asiaweek.com
http://www.asiaweek.com/asiaweek/99/0507/feat1.html

---
hafizbar

Anonymous said...

bro hamka.. nak request neh, pasal remaja2 lelaki skrg yg seronok sangat menindik telinga. mengikut ape yg saya dengar, x boleh jadi wali.. ape kata bro kupas isu neh sket.. sekian.. mekasih :)

irsha said...

hamka dah jd cam wartawan mastika.. org minta kupas psl isu dlm masyarakat... bravo bro hamka... at least lps bc blog kau... time sembang aku ngan kwn2 lebih pjg dan lebih berisi... sampai kwn aku ckp "kau ni apekehal mcm insaf sgt2 ni, ke hapa?"

irsha said...

'Ya Tuhan kami, tiadakah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka'" (Ali Imran: 190-191).

.. aku rasa tiadakah di atas itu sebenarnya "...tidaklah..." (aku ckp aku rasa, aku tak cek ngan ustaz pun.)

irsha said...

naper kau masih nak antar mesej (cam marah je) kat mamat yg amik selipar kau tu? redhakan je lah... mudah2an menjadi sedekah. amiiin

MDM FARAH FAIZURA said...

aku baru sadar..

semalam hari Jumat

aku lupa potong kuku..

blackpurple @ jowopinter said...

Entri yang berkesan. Menghayati dan mencerna entri sdra tak sesusah aku mendengar dan mentafsir Sang Pencipta.

psss... Selipar itu sudah bkan rezeki sdra agaknya... :-)

Anonymous said...

Tambah sikit boley?....maksud zikir ni ialah mengingati Allah dalam setiap masa dan keadaan tujuannya supaya kita dapat hubungkan diri kita dengan Allah dalam setiap masa dan keadaan.

"Maka zikirlah (ingatlah) kepada Ku nescaya Aku akan mengingati Kamu sekelian" - Al Baqarah;152

Orang yang berzikir ni dianggap hidup disisi Allah dan yang tidak berzikir dianggap seolah-olah dah mati di sisi Allah.

Nak murah rezeki, dpt ketenangan jiwa, hilangkan hasad dengki& iri hati, beri nur pada wajah & rumahtangga? Jawabnya banyakkanlah zikir - paling cikai 300x pagi dan 300x petang!

adadia said...

Baguslah, tak sia-sia surf internet hari ni setelah wayar dipotong oleh pencuri wayar 2 hari lepas.

Anonymous said...

aslamualaikum bro hamka..

ya allah.. lama tak masuk..
hehe entry pasal zikir..
bro hamka belum jawab lagi pasal soalan zikir dlm email tu..

tapi takpe..
kekangan masa..
baby? dah lahir ke?
pempuan ke laki??
name per ek?
ehehe..

Najwa Aiman said...

aku ada puji ko ke harm-car? hmm... hmm.. ntah tak ingat...

anyway, sesiapa yang faham tentang khutbah jumaat masjid India kat Jln Masjid India bebaru ni sila citer kat aku... aku tak paham daaa......

tuan tanah said...

alamak... saya lupa potong kuku!

terima kasih kerana mengingatkan.

saya akan potong hari isnin ini.

hamka said...

hafiz

he he he
oklah, bila kau rujuk http://www.asiaweek.com/
ada sesetengah org bila nak mencaci di rujuknya Al-Quran, huh!
Tuhan mencaci maka aku(mereka dan keluarga mereka) pun mencaci…ish..ish..
isk..isk…oh..
aku bukan ulamak… !!!
aku a-la-mak!!!

-----------
peningpeninglalat

aku pernah tengok video klip lagu raihan dan wings yg berjudul: “dari Tuhan…”, awie berduet dengan raihan, dan aku nampak, kat telinga awie ada subang..ish..ish..
“raihan tak nampak kot…”

tapi lagu tu best…

Tuhan, berombak lautan
tajam duri di hutan
begitu kuasamu kepada alam..

---------
irsha said...

tiadakah atau tidakkah?
memang kena rujuk ustaz…oh..

oleh kerana kau dah nasihat aku dan aku sudah insaf, maka aku sedekah kan selipar aku yg berharga RM6 itu dengan ikhlas………

------------
dingin

selamat naik keretamayat…potonglah kuku kakimu itu sebelum jadi mayat yg dingin…

----------
blackpurple

Sang Pencipta.?
he he he..teruskan mentafsir..

lagu: ikut rentak gelang si paku gelang(versi apek)

Hilang selipar ku hilang
Hilang entah ke mana?

c/o
Hilang apa tak hilang
Taruk kat kuar tak bawak masuk (2X)..

ulang c/o sampai hari raya ke dua..

psss...aku sedang mentafsir hikmah di sebalik kehilangan sepasang selipar..

------------
hanisumayyah

terima kasih kerana menambah garam pada laukku yg belum cukp masin ini, semoga apa yg paling cikai 300x pagi dan 300x petang pun dapat di amalkan sampai jadi mayat..

selamat naik keretamayat!!

-------------
adadia

dia curi wayar sajer ke? alhadulillah, dia tak curi selipar engkau ..
ps: biar hilang selipar , jangan hilang kaki..

---------
budak shams
waalaikumusalam

kalu kau baca betul2, sebenarnya aku dah jawab pasal soalan kau tu..he he he

aku pergi scan baby aku bebaruni..doctor cakap nampak 'burger'..yg bermaksud perepuan..ish..ish..
semua dari Allah..
(isteri aku sedang tersenyum)

---------
Najwa Aiman

Dia cakap tamil ke?
tak de subtitile ke?
oh…

eh? itu gambar engkau ke?

--------------
tuan tanah

hari ini sudah hari selasa, dah potong kuku?

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Nice tazkirah... sekurang2nya dapat mengingatkan saya yg sokmo alpa...

hamka said...

waalaikumusallam

terima kasih..:)

Anonymous said...

assalamualaikum...
wahai saudara HAMKA..
aku memujimu kerana Allah...
biarlh aku x mngenalimu tp aku ikhlas memujimu...

ikhlasku untukmu..

hamka said...

terima kasih, semoga aku dapat buat lebih baik dari apa yg anda fikirkan...

Anonymous said...

Masya Allah..hebat Allah ta'ala :) ...moga kita semua terus thabbat di jalan ini,bersusah payah untuk agama Islam..amin3 :)

hamka said...

Amin...

:)

Anonymous said...

i love you hamka

hamka said...

harap2, ini bukan virus i love u!

faizal yusup said...

greng says,
kalau tak potong kuku jadi panjang macam pontianak yang greng tak pernah jumpa...
SubhanAllah.. nasib baik kuku je yang panjang.. kalau gigi memanjang macam kuku pulak dah...
kena ketip gigi hari lagi jenuh... ye tak Hamka?

hamka said...

Kalau gigi panjang, alamat tak boleh cari makanlah doctor gigi, (dgn izin Allah) sebab jika rosak atau sakit cabut terus sebab lepas ni tumbuh balik, dan kedai potong gigi akan bersepah macam kedai potong rambut…

Hebatnya Allah..

faizal yusup said...

makin kayalah doktor gigi...
tapi kan hamka, ko tahu kenapa kuku, gigi dan rambut pontianak tu panjang?
sebab pontianak tak der suami mithali nak tolong potongkan... (tak mcm hamka yang ada isteri solehah.. kata-kata doa maa...) hawhawhaw lagipun memalam kedai gunting ngan klinik doktor gigi dah tutup daa... hehehe

hamka said...

he he he...

(isteriku tersenyum sama)

Anonymous said...

telok kalong, kemaman? zmn kanak2ku di situ.. :)

hamka said...

oh, begitu..

tapi sekarang aku pindah kuantan...