Mar 2, 2006

kenapa SOLAT tak Khusyuk'?

Manusia oh manusia, hebat ke engkau? Cipta bangunan tinggi2, cipta (sebenarnya reka bukan cipta)senjata canggih2 dalam masa bertahun2, hebat ke? Sekali datang tsunami, sekali datang gempa bumi, taufan, tak sampai 10 minit, apa yg korang bangunkan, dan apa yang korang agungkan sujud menyembah bumi, menjadi padang jarak..padang terkukur…

Dunia oh dunia. Hebat ke engkau? Menterbalikan manusia sana sini? Mendatangkan bala bencana? (bencana alam or bala Allah?), padahal engkau tak de apa2 ape pun, sumua kuasa Allah! Allah guna malaikat sebagai perantaraan untuk mendatangkan bala bencana, Ada malaikat yg boleh musnahkan dunia ini dalam sekelip mata(izrael), ada malaikat yg mana jika diletakkan seluruh air laut di kepalanya, satu titik pun takkan tumpah…(jibrail-selaku ketua malaikat)…

Malaikat oh malaikat? Hebat ke engkau? Engkau pun tak de kuasa, semua datang dari Allah…ketika Nabi dan malaikat jibrail hendak naik ke atas arash, malaikat jibrail bagitahu pada nabi, yg dia tak boleh naik atas, jika dia naik, maka binasalah dia…bermakana alangkah hebatnya Nabi Muhammad s.a,w kerana dapat naik atas arayh berjumpa Allah secara langsung untuk menerima SEHEBAT-HEBAT AMALAN iaitu SEMBAHYANG!

DAN SEHEBAT-HEBAT AMALAN ini, iaitu SEMBAHYANG ini, diletakkan ke atas ‘bahu’ setiap umat akhir zaman..(aku dan korang) maka alangkah hebatnya umat akhir zaman kerana di beri amalan yg paling hebat menandingi amalan umat terdahulu, inilah sebaik-baik ummat…tapi….sungguh sedih dan terkilan apabila amalan yg hebat ini telah di sia-siakan isk..isk…

Cuba korang bayangkan, jika raja dah sayang kat korang lalu bagi anugrah sebuah keris hitam bersepuh emas…tapi korang sia-siakan, korang letak merata-rata keris emas tersebut, anak2 korang buat mainan, buat kopak kelapa, buat itu –ini …kalau raja nampak, tentu raja tikam korang ngan keris tuh! Begitulah perumpaaan bila korang solat main2, solat lengah2, sengaja tak nak solat jemaah, nanti Allah akn campakkan sembahyang kat muka korang macam kain buruk!..nauzubillah…isk..isk…

MENGAPA SOLAT JADI TAK BEST?

Pernah satu hari seorang raja bertitah, sesiapa yg dapat masak makanan paling best untuk beta, akan dapt anugerah, maka datanglah sorang tukang masak handal yg ambil masa sehari suntuk untuk masak makanan yg best, bila dah siap, dan bila raja dah makan, raja kata: tak best pun biasa2 sajer…kih kih kih

Maka datanglah tukang masak dari Negara sebelah dan offer satu masakan yg best yg ambil masa seminggu untuk di siapkan, tukang masak ni telah buat 3 hidangan,:

Meja 1: Sea food

Meja 2: West food

Meja 3: Selera kampong.

Bila raja ni makan, pening raja ni..best memang best tapi banyak sangat, macam sampah, aku nak satu menu sahaja, dan yg paling penting: BEST!

Akrian, mamat (korang tentu kenal ngan mamat hih, he he) telah sanggup sediakan makanan yg best tapi perlu masa satu bulan.

Satu bulan?
Tentu best: fikir raja he he he.
Maka raja pun datanglah rumah mamat dan Tanya:
Dah Siap Belum?
Belum lagi tuanku, baru satu minggu, lagi 3 minggu tuanku datanglah he he.

(Aku ringkaskan cerita)
Raja datang lagi kemudiannya:
Dah siap belum?
Belum tuanku, lagi 2 minggu tuanku…

(Aku ringkaskan lagi)
Raja dah tak sabar nak makan makanan yg best…
Dah siap belum?
Lagi 1 minggu tuanku, tuanku harap bersabar…
Raja dah geram, selera dah terbukak, takpe2, minggu depan aku datang…

Minggu depan.
Dah siap belum mamat?
Tuanku, oh tuanku, besok baru cukup sebulan, tuangku datanglah besok ye (he he he.)

Pada keesokkannya raja datang pada awal2 pagi, semalam raja tak makan apa2 pun takut selera ‘bertindih’..
Maka kata mamat: “tuanku, makanan tu hanya boleh makan pada waktu tengahari, apa kata kita pergi berburu dulu tuanku, lagi pun makanan tu akan lagi sedap jika ada daging panggang..”
Raja dah kecur air liur dah, tapi raja akur dengan keputusan si mamat, maka raja dan mamat pun pergilah berburu..

Pendek cerita, naik bukit, turun bukit, redah belukar, lurah dan rimba :
satu ekor binatang pun takde! haripun dah petang, raja pulak dah lapar…
Sampai rumah mamat petang tu.
Mamat2 !
Cepat, beta dah lapar nih bawa makanan tu cepat.!
Korang tahu apa mamat kasi kat raja tuh, nasi putih jer..
Tapi raje tu makan dengan penuh berselera, tup-tup, habis!
Mamat aku nak air,
Mamat bagi air masak(he he he)….glup! glup! Habis raja tu minum..
Amacam tuanku?,
Sedap?
Raja kata: Sungguh sedap.. burrp!
Dan raja tu pun tertidur kekenyangan….

Jadi ‘the moral of the story is:’ mengapa solat korang rasa tak best..sebab korang tak bersungguh! Korang tak bersungguh untuk solat. Cuba korang buat camnih: eh, dah masuk zohor belum? Bila nak masuk nih, korang datang awal masjid, pakai baju sunnah, memang bestlah! Sungguh best!, mamat kat kampung aku kalau nak main bola kat hujung kampung pun pakai jersey lengkap-dia kata ada ‘feel’..,tapi time solat pakai kain pelaikat sehelai, macamana nak ‘feel’ solat…

Aku dapt rasakan perbezaan kalau hari jummaat, bila aku pergi awal, pakai baju sunnah, pakai serban duduk zikir, iktiqaf tunggu azan, bila time solat rasa sungguh best! Tapi kalau datang org dah ktubah, duduk pulak saf belakang..ajer, solat rasa cam gitu-gitu jer(aku lah nih..korang tak kot..)…jadi korang dan aku kena bersungguh ngan solat nih, kalau boleh bawak uniform khas dalam beg(macam superman/spiderman/cicakman), bila nak azan tukar baju, dan dengar azan dalam masjid, memang bestlah…org perempuan pulak, lagi sepuluh minit nak azan pergi siap-siap, pakai kain sembahyang dan tunggu azan, lepas tu senyum2 kat suami sambil angkat2 kening, suami korang akn malulah he he he. Jangan jadi cam nih pulak:, aik baru jer aku solat zohor, dah asar pulak! He he kalau macam nih memang kesianlah kat korang..(aik!? baru solat isyak dan nak subuh dah? He he he)

Kalau ada game bola, korang boleh tengok macam2 stail penonton, ada yg tengok kat rumah dalam tv, ada yg just nak tahu keputusan, ada yg just tengok berita, ada yg just baca surat kabar, ada yg tak pedulipun keputusan bola..tapi yg paling best, yg tengok bola kat stadium sambil jerit2, dan siap conteng muka lagi ha ha ha..itulah penonton yg paling best!...jadi kalau solat ada yg solat kat rumah, ada yg solat lengah2, ada yg solat depan mertua(mamat jangan marah..he he) ada yg tak solat, tapi yg paling best dapat solat kat rumah Allah, alhamdulillah…amin…kalu nak lagi best, jadi mayat, tak yah solat, duduk depan org solat kih kih kih…(cakap kat aku sendiri..)

BAGAIMANA KHUSUK DALAM SOLAT?

Satu org hamba Allah email aku:
(((aku nih sedar solat aku mmg tak kusyu'. So aku pun berusahalah bersungguh-sungguh untuk khusyu'. aku wudhu' betul-betul, berdiri betul-betul, istighfar dan baca surah An-Nas sebelum start, niat... aku pun baca lah iftitah dan baca fatihah siap dengan translation nya sekali (dalam hati)... despite all those things yg aku dah buat, aku masih tak berapa kusyu'. Aku tak rasa connection tuh...sebelum nih aku lagi selamba...just niat, solat dan aku rasa khusyu' (walaupun tak 100%) tapi ada rasa connection tuh dengan Allah. Skang dah takde lagi... walaupun aku lebih menitik beratkan ke arah nak kusyu' solat dengan cara berisghfar dan surah An Nas tuh, aku akan rasa macam solat aku kosong. Dan terkadang tuh, biasalah, teringat hal-hal dunia... aku akan istighfar balik dan focus balik pada solat tapi lebih kuat usaha aku untuk khusyu', lebih kosong aku rasa solat aku.... adakah tu tanda-tanda aku dah mulai kehilangan hidayah Allah? Even dalam kehidupan harian, aku rasa lebih baik dari dulu, selalu beristighfar dan berzikir... tapi jiwa aku rasa kosong dan takde 'connection' langsung dengan Allah...na'uzubillah... tapi aku rasa macam makin kehilangan hidayah...)))

aku kata: aku pun tak kusyuk gak solat... dan aku bukan ustaz, tapi tak salah kalau share ape yg berfaedah (aku tak tererpun..)
Korang tau tak? org khusuk makan dengan org sedap makan, apa bezanya?
org khusuk makan, makan sambil nangis sebab org lain tak dapt nikmat tu, tak peduli apa sekeliling, tak kira walaupun roti keras.....org sedap makan , org yg makan sambil tengok TV, sedar2 habis dah makan he he, biasa org solat cam nih, solat sambil 'tengok TV' dalm otak kita, sedar tak sedar dah habis solat...

jadi, kita akn menhargai makanan dan makan dengan khusuk bila kita lihat di jalanan org kebulur...isk isk..
jadi kita akan dapat menhargai solat dan solat sambil nangis bila kita kenangkan ramai org yg tak dapat nikmat nih..

isk..isk..dalam keluarga aku pun ada org yg tak dapat nikmat nih isk ,,isk...

bila kita solat sambil kenangkan org2 cam nih..kenangkan umat menderita maka kita akan menangis dalam solat..13 rukun akn kita buat dngan penuh shukur..alhamdulillah...dan bila kita ajak org2 cam ni solat dan bila org ni tak nak solat jugak, makin kuatlah ingatan kita kat org nih, makin shukur kita pada Allah yg bagi nikmat solat...bila kita dah bersyukur ngan nikmat solat..barulah Allah bagi nikmat solat yg khusuk dan khuduk .. wallahualam (big moral: buat daqwah, ajak org pada solat.)

Memang betul pun..cuba korang tengok gambar2 yang ada vulture(burung pemakan mayat) tunggu budak jadi mayat yg so that it can easy eat it, menang pertandingan photo tahun 1994 during sudan famine. The picture depicts a famine stricken child crawling towards a United Nations food camp…The picture shocked the whole world. No one knows what happened to the child, including the photographer Kevin Carter who left the place as soon as the photograph was taken, three months later he committed suicide due to depression! ..aku pun lepas tengok gambar tuh, makan ngan khusyuk sekali, (walaupun tak sedap)sebab ada org lain tak dapat nikmat makan, aku seruis cakap, seumur hidup aku, tak pernah lapar..tak pernah (sebak ngan nikmat Allah)

nikmat mana lagi yg aku dustakan?..

Aku dengar cerita kat india, ada ibu yg potong tangan anak dia dan bakar luka ngan api, untuk mintak sedekah..untuk sesuap nasi isk..isk…

Begitulah jugak ngan org yg tak dapat solat/tak nak solat, memang kasihan, mereka di ibaratkan kapir dan bila kapir, mereka akan kekal dalm neraka selama-lamanya isk..isk…menangislah dalam sembahyang kawan-kawan…menangislah..dan bersyukurlah atas nikmat sembahyang yang Allah telah berikan…bersyukurlah…

Satu org alim cakap, jika korang solat kerana itu adalah perintah Allah, maka korang telah menjadi org yg berilmu…

jika korang solat kerana yakin ngan janji Allah, maka korang telah mencapai makam ihtisab,

jika korang solat kerana takut azab Allah, maka korang telah menjadi org yg bertaqwa…

jika korang solat seolah-olah melihat Allah, maka korang telah mencapai tahap ehsan…

dan jika korang solat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka korang telah mencapai tahap yg tinggi iaitu ikhlas…

kerana itulah bila Aisyah r.aha menangis lihat kaki Nabi s.a.w bengkak2 kerana lamanya solat, dan bertanya :
“bukankah tuan takde dosa?,
mengapa solat sampai bengkak2 kaki…?”
Nabi jawab lebih kurang maksud: Aku ingin menjadi hamba yg bersyukur…

pesan org alim tu lagi:

Untuk dapat kusyuk dalam solat kena buat tiga perkara:

1. ajak org bersolat dengan hikmah dan bijaksana.

2. Praktik kan solat dengan khusuk melalui yakin bahawa, Allah sedang lihat saya solat, Allah mendengar apa yg saya bacakan, dan Allah tahu apa yag bermain di fikiran saya.

3. Doa dengan Allah sungguh2 dan lama2, mintak ngan Allah supaya saya dan semua org dapt nikmat solat yg khusyuk..amin…

Sekian

Ps:walaupun sudah sembahyang mayat di hadapan mayat…masih belum khusuk isk..isk..ada org yg tak KHUSYUK sembanhyang sebab ingat pada makan, tapi ada org yg KHUSYUK makan sampai tak ingat pada sembahyang!..isk..isk…

32 comments:

hamka said...

Coming soon…next week

KENAPA MINYAK NAIK 30 SEN?

(he he he)

kErEtAmAyAt
ps: jangan bimbang aku tak cakap hal2 politik, aku cerita tentang kehebatan Allah sahaja…

Anonymous said...

:)

khusyuk dalam solat.. antara nikmat yg paling awal Allah angkat sebagai sebahagian tanda2 akhir zaman..

usahalah! terima kasih hamka.. baru sedar ada nikmat2 Allah yang makin hilang dalam diri..

+ akhie +

Anonymous said...

post yang bagus...insaff,.. bukan senang nak kusyuk dalam solat,..apatah lagi untuk istiqamah sembahyang di awal waktu...

hamka said...

akhie...
benarlah akhie...

ada dua cerita yg boleh di ambil iktibar.
kisah satu:
Saidina ali r.a di cabar oleh nabi s.a.w untuk solat khuyuk yg mana jika berjaya akan di hadiahkan sehelai serban, saidian ali tidak berjaya kerana ketika nak bagi salam, terfikir apakah warna serban yg nabi nak bagi:)

kisah kedua:
Dalam peperangan kaki saidina ali di panah musuh, tak boleh cabut kerana terlalu sakit, tapi bila saidina ali solat, selamba je org cabut tanpa rasa sakitpun...sebab saidina ali dah dapat hakikat khusyuk.

Moral: usha tangga kejayaan, jangan putus asa...

ps:(hari ni dalam solat, aku kena gigit nyamuk pun dah rasa sakit, apatah lagi kalau kena sengat tebuan ha ha ha)

---------
ustazah rock
bukan senang nak masuk shurga...bukan senang nak khusyuk solat...bukan senang nak istiqamah...
tapi senang nak masuk neraka!!!isk..isk...

Digitalite said...

yup... memang kesian kat mamat yg email ko tuh... tapi base on apa yg ko dah tulis, dia dah usaha untuk khusyu' tapi tak khusyu' jugak...

taklah senang masuk neraka sebenarnya... jangan buat apa yg Allah larang, buat apa yg disuruh...sudah...

hamka said...

truth...

pembetulan:
mamat yg email adalah bukan mamat yg pakai jersi main bola, bukan yg solat depan mertua dan bukan yg masak nasi kat raja tuh..itu mamat lain

yg email aku adalah seorang hamba Allah yg aku rasa dia lebih baik dari aku...

sekian..harap maklum.

Anonymous said...

susah gile nak khusyuk. aku kekadang kalau tgh solat tu, tetiba lak kaki rasa gatal. terasa nak garu je. gila la masa tu mmg burn la solat. pikir nak garu tempat gatal tu... :(

hamka said...

Bakal mayat
Aku kalau rasa GATAL dan perlu pada GARU, aku daqwah:

Wahai GARU engkau tak boleh hilangkan GATAL.
Hilang GATAL datang dari kudrat Allah.

Wahai GARU engkau berhajat pada Allah untuk hilangkan GATAL
Sedangkan Allah tidak berhajat pada GARU untuk hilangkan GATAL

Wahai garu, Jika Allah Mahu GARU boleh hilangkan GATAL
Jika Allah tidak mahu, maka GARU, langsung tak boleh hilnagkan GATAL

Wahai garu, Allah boleh hilangkan GATAL dengan GARU
Allah boleh hilangkan GATAL Tanpa GARU!

LAILAHAILALLAH….

Wallahu’alam

Anonymous said...

slm'alykm..
huhu~
besh la jgak entry kali nih..
tapi aku rase komen2 nih lg besh;p
neway~mmg ramai yg x dpt nikmat khusyuk solat nih..
tp Allah tau sejauhmane usaha kite utk khusyuk..
soooooo..everytime solat mmg kne usaha utk khusyuk..
terigt plak ustz ak kate dulu..
solat x khusyuk sbb byk dosa..
so knelar bersihkn diri dari dosa2..taubat nasuha..Insha Allah..
boleh solat dgn khusyuk..

p/s:wehrr~ko badly effected minyak naek 30 sen??naek knderaan awam lar bagus..eheh~SUNNAH nabi saw jalan kaki..ape lagi..

demonsinme said...

Assalamualaikum akhi,

Yang penting solat jangan tinggal, ni ada la setengah setengah makhluk Allah tu yang terlebih bijak pulak yang kata dia tak mo solat sebab takut tak khusyuk.

Akai ada ka?

hamka said...

kakashi
aku tak tahu camne nak jawab kau punya salam...
huhu~
besh la jgak komen kali nih..
everytime solat mmg kne usaha utk khusyuk..(setuju)

solat x khusyuk sbb byk dosa..
so knelar bersihkn diri dari dosa2..taubat nasuha..Insha Allah..
boleh solat dgn khusyuk..(setuju)

SUNNAH nabi saw jalan kaki (setuju)

semua setujulah..!

-------
demon
kesian kat kawan ko tu, kita doakanlah dia ekk,?
amin...

Anonymous said...

mungkin cara nie boleh pakai kot untuk khusyu' dalam solat

1)bayang allah kat depan kita
2)bayang syurga kat kanan kita
3)bayang neraka kat kiri kita
4)bayang izrail kat blakang kita
5)bayang nie solat last kita
6)bayang lepas solat nie kita akan jadi MAYAT...

hehe.. same same kite cube.. insya allah...

bro hamka.. janji ye pasal entry tu.. =)

Abu S.H said...

hamka,

i quote
"bukan senang nak masuk shurga...bukan senang nak khusyuk solat...bukan senang nak istiqamah...
tapi senang nak masuk neraka!!!isk..isk... "

tidak sesimple itu utk saya mengiakan ayat di atas sbb:

Allah MAHA adil.
So peluang ke neraka dan ke syurga adalah 50-50
Cuma cara menghadapinya, tepuk dada tanya iman...

so, kalau kita kata susah masuk syurga, tapi senang masuk neraka, bagi pendapat saya itu kurang tepat.

Allah juga MAHA pemurah, MAHA penyayang, MAHA pengampun...

Segala aktivti harian yang pun dikira ibadah. berak pun,kalau kena cara, ibadah.

So...tak boleh la kata susah masuk shurga, senang nak masuk neraka..

Pada pendapat patik lah...
generalism tu kdg2 pun tak leh jugak, kalau ikut mata kasar and pengertian biasa, ada benarnye lah ayat2 hamka tu...


allahua'lam..

hitomi said...

cuba sedaya upaya agar khusyuk dalam solat...harap2 solat yg selama nie sy lakukan diterima Allah...wallahualam...

Digitalite said...

Allah boleh hilangkan GATAL Tanpa GARU! - hamka

Allah boleh hilangkan LAPAR Tanpa MAKAN!

masyaAllah... tu yg susah sangat aku nak serapkan dalam hati aku nih...

Anonymous said...

sesiapa nak bercakap dengan Allah, maka solatlah, kita bercakap dengan Allah dalam bahasa arab melalui surah2Nya, zikir2, dan doa2. dlm keadaan camni kita akn khusuk.
sesiapa nak Allah bercakap dengan nya, maka bacalah al-Quran, kita baca dalam bahasa arab.macam kita baca surat kekasih walaupun kita baca guna suara kita, hakikatnya surat tu, surat Kekasih kita. Dalam keadaan begini kita akan khusyuk dlm membaca al-Quran.

hamka said...

budak shams
(((bayang lepas solat nie kita akan jadi MAYAT...)))
Apa yg kau tulis tu ada dalam kitab FaDhail Amal.
Jadi “kot” tu boleh di buang he he he…

same same kite cube.. insya allah...

---------
hucs

benarlah, bukan senang dan bukan juga susah…
Satu org alim bagitahu, ugama ni mudah, tapi apabila ada hubungan dengan Allah maka ia jadi halus dan Sangat perlu pada tertib…
allahua'lam..

----------
hitomi ..
cuba sedaya upaya agar khusyuk dalam solat...harap2 solat yg selama nie sy lakukan diterima Allah...AMIN…

------------
Truth_Seeker
Makan perintah Allah
Yakin pada makanan yg mengenyangkan bukan perintah Allah, bahkan mengundang kemurkaan Allah..nauzubillah…

(masyaAllah... tu yg susah sangat aku nak serapkan dalam hati aku nih...) aku pun!

----------------
ZulkifliGTZ
Satu sumbangan yg bagus, alhamdulillah…

-------------
Selamat datang ke dunia ‘mayat’ nailofar
Aku jahil: apa itu KHALAL?
(((banyaknya "khalal" kita manusia)))

Anonymous said...

Tanbahan:
Di petik dari: www.hidayahmilikallah.blogspot.com.
(selamba tak mintak izin dengan born2Bdaei..he3)

soalan:Apakah benda yg jatuh ke tanah
itik tak sudu ayam tak patuk?

jawapan:
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan
dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
dengan kain kapan yang serba putih
pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
walaupun orang yang hadir itu merintih

selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai
lalu dilaksanakan solat jenazah
dengan empat kali takbir dan satu salam
berserta fatihah, Selawat dan Dosa
bagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

tapi apakah empat kali takbir itu
dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat
Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian

Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahaD
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

iringin dirimu ke masjidsebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah Dosa-Dosamu di duniakerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan

Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu diTalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang Pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu di diistighfarkan
Namun ketika itu Istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta nikmati rezeki Tuhan
Justeru bila merayu, sambutlah seruan-Nya
Sebelum dia memanggilmu buat kali yang terakhir

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air tidak bererti jatuh ke tanah
itik tak sudu ayam tak patuk
Lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging lalu daging itu membaluti tulang
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

***************************************************

sajak yg selalu dimainkan di IKIM.fm

Anonymous said...

nailofar

oh..oh...begitu rupanya :)
terima kasih bebanyak

------------
hucs dan truth

malaikat jibrail kata:(hadith)
aku telah lihat jalan ke shurga dan aku bimbang tiada siapa yg dapat masuk shurga.
aku telah lihat jalan ke neraka dan aku bimbang tiada siapa pun yg selamat darinya...(lebih kurang)

kalau salah tolong betulkan

Anonymous said...

ABANG..SAYA DALAM DILEMA LA..HOUSMATE SAYA TAK BANGUN SUBOH..MACAMNE SAYA NAK TOLONG DIE???MACAMNE DGN SOLAT SAYA???RASA MACAM TAK BEST..SAYA SOLAT DIA TAK SOLAT..MACAM SAYA MEMBIARKAN JER...MACAM..'OHHH..IT OK LET HER WITH HER OWN WAY..'RASA MACAM SAYA PLAK YANG BERDOSA

hamka said...

Kau bakar je selimut kawan kau tuh!
(jangan , aku bergurau ajer he he he)

kita ni nak berdaqwah kena pandai berlakon, alah macam org lelaki nak pujuk awek dia bersetubuh atau isteri nak pujuk suami beli karpet baru..
apa yang nak kena buat?
kena berlakon menangis!

korang ambil mintak angin cap kapak atau bawang, sapu kat mata korang dan menangis, lepas tu kau pergi peluk kawan kau tuh, mesti terkejut manusia lah dia, dan tanya
kenapa? kenapa ni? why, tell me why?

kau pun start lah daqwah...bla bla bla...kau cerita masa muda 2 dulu pernah tinggal solat subuh , ustaz cakap bla bla bla, mungkin member kau selamba, tapi dalam hati dia, alamak..Allah saje yg tahu

menangislah, buat pengorbanan...

jangan malu dalam berdaqwah nie...
dan jangan pulak cerita kat org lain dia tak solat...
doa kat dia' buat baik kat dia...
ambil hati dia...
BUAT ORG TERHARU DENGAN KITA..OH TERHARUNYA..ISK..ISK...

ps: bagus engkau ni, ada fikir ugama, sejuk perut mak engkau, he he

Anonymous said...

NAK BERDAKWAH TU RASA MACAM ADUHH...SAYA TAK RETI BUAT AYAT DAKWAH LA...ADUHHH...KAWAN TU MEMANG BAIK..RAJIN..TOLONG ORANG PON IKHLAS JER..TAPI TU LER KEKURANGAN BELIAU...LIAT BANGUN SUBOH..SAYA PON LIAT JUGAK..TAPI BUAT JUGAK BANG..DALAM DILEMA LER..

hamka said...

Takpe cik adik oiii….

Kejayaan daqwah bukan org ikut kita,
Kejayaan daqwah bila kita berjaya amal apa yg kita sampaikan…

Sebab tu ada nabi yg tekde pengikutpun…

Janji..engkau buat dan buat lagi, dan lagi..(jangan berhenti-istiqamah.)
Kalau org tanya:
“sampai bila nak daqwah2 nie?”
engkau cakaplah: “sampai mati, tapi bila mati? Besok? Kalau aku mati besok, sampai besok sajelah! He he he!

Org yg buat daqwah dengan niat org tu ikut kita akan dapat dua perkara:
1.marah
2. putus asa.

Moral: buatlah daqwah kerana itu adalah perintah Allah, daqwah kerja kita, hidayat kerja Allah, sebab tu Allah tegur nabi yg terkilan dengan Abdul mutalib..wallaualam

Anonymous said...

TQ BRO...I'LL TRY THE WAY U TEACH ME...HOPE IT WILL ALRIGHT.

hamka said...

wahai cik adik yg tiada nama?

selamat datang ke dunia 'bakal mayat'

siapa engkau?
kenapa tak bubuh nama?

SAMA2

Anonymous said...

PANGGIL JE BAKAL MAYAT..OK GAK TU..

hamka said...

nama tu dah ada org tempah dah
guna nama lain ok...

penggali kubur ke..
nisan berdarah ke...
syaitan goreng ...
iblis rebus ke...
toyol berair ke ...

jangan marah ha ha ha

irsha said...

org khusuk makan, makan sambil nangis sebab org lain tak dapt nikmat tu, tak peduli apa sekeliling, tak kira walaupun roti keras.....org sedap makan , org yg makan sambil tengok TV, sedar2 habis dah makan he he, biasa org solat cam nih, solat sambil 'tengok TV' dalm otak kita, sedar tak sedar dah habis solat...
(petikan drp kata2 hamka).. ari tu kwn aku lak kata... "org lain tak larat sbb tak makan, kita ni makan sampai tak larat.."

hamka said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hamka said...

Ada org solat tak khusuk sebab lapar dan ingat pada makanan..
Ada pulak org solat tak khusuk sebab dah kenyang lalu ingat macam2!!!

Unknown said...

keanapa tiada rukuk n sujud dalm solat jenazah??

hamka said...

Sunnah nabi macam tu..

"kami dengar, dan kami taat"