Feb 27, 2006

Bagaimana ISTERI ke shurga?

Suka-suka aku je nak tulis tajuk cam nih...Bagaimanakah caranya para isteri2 dpt masuk syurga…he he ni bukan fatwa, ni pendapat seorang yg confirm bukan ustaz, takde tauliah pulak tuh..kalau tak setuju, print, lepas tu bakar, dan tanam abunya ha ha ha! Aku lebih suka mendiklimasikan pendapat aku ni khas untuk isteriku (bukan isteri-isteriku he he he)

Daripada pemerhatian aku, ada 5 cara yg mana kalau isteri buat insyaAllah akan dapat masuk syurga(insyaAllah-AMIN).

Untuk pengatahuan korang (semua dah tahu kot), menurut satu riwayat Nabi pernah berdiri di atas gerbang neraka dan Nabi lihat bilangan wanita dalam neraka adalah 20 kali ganda lebih ramai daripada bilangan lelaki..bahaya ..bahaya…jadi cubalah korang praktikkan nasihat-nasihat di bawah nanti…

Kisah wanita pertama masuk syurga.

Akrian, apabila siti(satu org ustaz cakap siti bukan bahasa arab-wallahualam) Fatimah r.aha dapat tahu siapakah gerangannya wanita yg pertama masuk syurga, maka datanglah keghairahan pada fatimah r.aha untuk menziarahi wanita tersebut bagi mengetahui apakah amalan-amalan yg membuatkan wanita itu dapat menjadi wanita pertama masuk syurga.

Maka pergilah Fatimah r.aha, …

(aku pendekkan cerita)
Wanita itu tak benarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana Suaminya tak tahu. Kena mintak izin dahulu.

Besoknya Fatimah r.aha datang ngan anaknya, pun tak boleh masuk kerana semalam suaminya hanya izinkan Fatimah, anak fatimah, kena bagitahu suami dahulu (kalau wanita zaman sekarang cakap-alahai, apalah, budak kecik jer..small matter-bagitahu suami kemudian-habis cerita, suami tak marah punyalah!)

Aku kata: memang suami tak marah(kot), tapi ingat! ini cerita wanita pertama masuk syurga,:bukan masalah tak bagitahu pada suami, TAPI tak mintak IZIN!

Sambung balik cerita..
Jadi hari ketiga barulah Siti(kata ustaz, siti adalah bunga2 bahasa melayu-wallaualam) Fatimah dan anaknya baru boleh masuk dalam rumah perempuan tadi…

Jadi apa amalan perempuan tu?
Wanita ni, lepas dia siapkan semua kerja2 rumah; seperti(ni lebih aku tujukan pd :WANITA HARI INI…)
Kain baju –OK
Pinggan mangkuk-OK
Kebersihan rumah-OK
Dapur-OK
Tandas-OK
Bilik Mandi-OK
Anak-anak-OK
Masak-memasak-OK
Penampilan –OK

Sambung balik..jadi lepas perempuan tadi dah siap semua kerja rumah, maka dia tunggu suami dia pulang kat pintu rumah dengan senyuman dan minuman, dan apabila suami dia pulang, dia berikan rotan pada suami dia dan suruh suami dia periksa seluruh rumah dan sekiranya ada yg tak puas hati/tak berkenan maka “SILALAH ROTAN SAYA”

Aku tak pernah jumpa lagilah hatta isteri akupun buat macam nih, kalu ada isteri2 buat macam nih memang aku respek lah ngan dia, nanti anak perempuan dia bolehlah berbesan ngan anak aku he he he…

Ada satu tambahan lagi aku tak pasti samaada wanita yg sama atau wanita yg lain (sapa2 yg tahu sila confirm-terima ksih)

Seorang wanita ni bila malam dia akan Tanya suami dia (lebih kurang maksud) kalau abang nak bersetubuh ngan saya , jom, kalau abang tak nak iziknkan saya solat tahajud…fuh..dahsyat..sejuk perut mak mengandung..isteri aku?, jom2 jugak, kalau aku tak nak , jom tidor je lah zzzzzzzz.

Jadi apa 5 perkara yg korang isteri2 dan bakal2 isteri, boleh belajar dari cerita kat atas tuh?

1.Sebelum buat apa-apapun mintak izin kat suami-teringat isteri aku mlm pertama nak pusing kan badan, siap mintak izin –sekarang he he, aktiviti bebas kuak lentang di pembaringan he he.

2.Dah buat apa2 sila bagi loporan lengkap kat suami, macam wanita tadi, bagi laporan detail tentang siti fatimah r.aha datang, bawak anak bla bla bla.

3.Apa yg suami suruh buat, wajib buat, tak yah lah aku cerita kalau suami suruh bukak tudung: nak kena bukak ke tak-aku tahu wanita akhir zaman ni bijak2 belaka : )

4.Apa yg suami tak suruh buat –wajib tak buat, cth: suami tak izin sapa2 masuk rumah, anak nabi sekalipun-TAK BOLEH! , dan tak yah lah aku cerita kalau suami tak suruh solat, nak buat camne?-aku tahu wanita akhir zaman ni bijak2dan cerdik2 belaka-laka : )

5.Apa yg suami suruh buat-Buat setakat yg di suruh buat-macam cerita kat atas tu…suami dia hanya izin fatimah r. aha, sekali fatimah r.aha bawak anak, maka TAK BOLEH-ingat! ini cerita ‘tentang dia’. (Dia yg dah confirm masuk syurga.) Wanita pertama pulak tu…satu cerita lain tapi moral yg sama: Nabi perintahkan sorang sahabat pergi mengintip musuh, sekali bila sahabat ni pergi mengintip, dapat pulak peluang bunuh abu Supian, tapi dia ingat, BUAT SETAKAT YG DI SURUH BUAT. MakA dia tak jadi buNuh abu supian, dan akhirnya aku pendekkan cerita: abu supian masuk islam dan banyak bagi sumbangan pada Agama islam.(rujuk ustaz-aku sendiri yg kena rujuk dulu, HE HE HE)sekian.

jadi,aku ulangi:

5 cara wanita dapat masuk syurga(insyaAllah):

1. SEBELUM BUAT sesuatu-MINTAK IZIN suami.

2. SELAPAS BUAT sesuatu-BAGITAHU suami.

3. BUAT apa yg suami SURUH BUAT

4. JANGAN BUAT apa yg suami TAK SURUH buat.

5. Apa yg suami suruh buat, BUAT SETAKAT yg di SURUH BUAT.!

Wallahualam.

Ps: mengikut satu fakta(chech, saje nak tunjuk terer) ramai wanita jadi balu daripada lelaki jadi duda, sebenarnya aku nak cakap: sayangilah laki korang sebelum laki korang bertukar menjadi mayat….!

38 comments:

ustazah rock said...

post yang menarik...doakanlan agar saya terpilih menjadi salah seorang isteri yang masuk syurga..isteri solehah..,,amin

demonsinme said...

Assalamualaikum akhi,

Menarik post ni. Tapi la kan akhi, ana ingta kalo akhi buat post camne lelaki (suami) leh masuk syurga pon ok gak. Bukan pae akhi, kite laki ni slalu lupe dan salah gune apa yang Allah cakap just nak tunjuk dominasi kite atas isteri.

Kadang-kadang, ada eloknya kite laki ni disedarkan.

hitomi said...

wa, teringin mo jadi isteri yg solehah...bila la tu ah?? emm, lama lagi kali...well, for me study come 1st...

Em, wondering...mcm mana la tu ah if the wife have a higher status/education level compare to the husband???

Hamka said...

Ustazah rock
Aku doakan kau masuk syurga dengan redha suamimu..amin
Ps: nanti bolehlah hantar lagu “isteri soleha” he he he

--------------
Demonsinme
Lelaki terlalu banyak tanggung jawab dan penjelasan tentangnya mat panjang lebar,
Lelaki kena tunaikan hak Allah dan rasul, cari nafkah, didik anak dan isteri, muliakan org tua dan seribu sebelas ratus lagi…insyaAllah, jira Allah bagi idea yg mudah atau tamsil yg baik , aku share ngan korang, atau ada pembaca lain nak jadi penceramah jemputan? Boleh email aku, aku edit dulu ha ha ha

---------
Hitomi
Tak yah wonder... if the wife have a higher status/education level compare to the husband, tepuk dada Tanya iman! Kalau iman wanita tu betul, isyaAllah tak de hal even suami dia ‘teruk’ camne pun..jangan jadi Queen Control sudah!

Wanita baik untuk suami yg baik.

Aishah said...

Wanita baik untuk suami yg baik.-->bolet tAk detailkan lagi maksud ayat ni.Aku slalu jumpa keadaan yang sebaliknya...

hamka said...

engkau dah kahwin ke?
kalau kau dah kahwin kau tahu ler..he he he

ini cerita hanya dapat di ceritakan melalui pengalaman...

jadi aku pesan:
bagi perempuan, 'cari'lah suami soleh di awal waktu solat.
dan bagi lelaki, 'cari'lah wanita solehah di saf pertama kat masjid
(aku tahu pembaca aku tak slow he he he)

dan kalau nak cari suami atau isteri yg tak soleh dan solehah, aku tak payah cerita lah kat mana nak cari he he he

kErEtAmAyAt

kakashi_sensei said...

slm..
huhu~
satu post yg x sesuai ngan jiwa ak..
x dptla ak nk copy paste ko nyer post kali nih..
ak doakn ko dapat idea yg lebe bernas di mase akan datang...
ameeeeeeennnnnnnnn~
ya rabbal 'alameeeeeeeeeen....huhu

Hamka said...

slm..
huhu~
satu comment yg x sesuai ngan jiwa ak..
x dptla ak nk comment best2 ko nyer comment kali nih..
ak doakn ko dapat idea yg lebe bernas di mase akan datang untuk comment...
ameeeeeeennnnnnnnn~
ya rabbal 'alameeeeeeeeeen....huhu

he he he

ustazah rock said...

masih ingat lagu ini..

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

indahnya hidup bila dapat pasangan seperti diatas..,,,

hitomi said...

wa, mesti sy dapat suami yg baik nie...coz sy nie baik ;) kuang3x!!!

Hamka said...

ustazah rock

he he he, kau memang best!
aku pun ada santau yg nak aku tujukan pada korang semua ha ha ha

Kisah Rumah Tangga

Oh dengarlah tuan-tuan
Sebuah kisah suami isteri
Kadangkala terdapat
Si isteri memerintah suami

Oh disuruh duduk-duduk
Dijerit-jerit dibentak-bentak
Suaminya dulu hensem
Rambut panjang dah jadi botak

Oh la la
Kalau memilih isteri alah abang
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih alah abang
Kena queen control

Oh la la la la la la la la
La la la la la la la
Kisah rumahlah tangga
Ada-ada saja

----------
Hitomi.
insyaAllah
aku ada kenal sorang lelaki baik, tak hisap rokok, tak minum arak, hormat org tua, tak suka keluar malam2...tapi kecik lagilah, anak aku he he kau kena tunggu 20 tahun lagi he he he...

hitomi said...

em, tia merokok... tia minum arak, hormat org tua, tia suka keluar malam2...wa..ciri2 lelaki yg di idam2 kan...hehehhee
oklah, tunggu 20 pon...20 tahun...book kan tuk sy yek ;)

Hamka said...

tak boleh, he he he
sebab aku takut kalau siti nurhaliza nak berbesan ngan aku, aku tak mampu nak tolak : )

ps: isteri aku tanya siapa hitomi?, apa lagi aku pun cerita lah kisah pendekar laut..best sebab bini aku adalah seorang pendengar yg setia, semalam aku dah cerita sampai tahap pendekar laut generasi pertama dengan kuasa 500 ribu hp..he he he

budak shams said...

waa.. bro hamka.. cite la pasal budak skolah pulak... hehe =D

kim salam kat ister bro hamka ye

Hamka said...

boleh...boleh
hari ni aku free, tak dak kerja

BAGAIMAN BERPANTUN YG BETUL

Mari belajar berpantun (khas untuk budak budak sekolah)
Cikgu kata pantun yang baik mestilah pembayang ada kaitan dengan maksud dan hujungnya mestilah berakhir dengan huruf yang sama.
Contoh pantun yang baik di mana maksud dan pembayang adalah selari dan berakhir dengan huruf yang sama:
Cth:

BUDAK-BUDAK PERGI SEKOLAH,
PERGI SEKOLAH NAIK BAS SEKOLAH,
BUDAK-BUDAK BALIK SEKOLAH
BALIK SEKOLAH NAIK BAS SEKOLAH

Inilah pantun yang baik kerana tak perlu susah2 org lain nak menjawab.

Contoh pantun yang salah dimana maksud dan pembayang tiada kaitan dan huruf yang berakhir tidak sama

MENANAM MAYAT DI TENGAH BANDAR
BANDAR CANTIK INDAH MENAWAN
KALAU TUAN ORANG YANG PANDAI
HABIS MADU SEPAH DI BUANG

Pantun ini akan membuatkan orang ramai dan pihak ketiga tidak faham adakah ianya berbentuk soalan atau keluhan dan adakah perlu dijawab atau di biarkan begitu sahaja.

Sekian untuk hari ini.

Great teacher Hamka(GTH)

Anonymous said...

:)

untuk taat pada suami.. ada seribu macam cabaran..

Isteri.. ADAKALA korbankan
- kerjaya/gaji(rm6000+.. mana ada suami nak bagi)
- jawatan yg tinggi(General Manager tuh !)
- minat dan cita2(backpackers atau smbg belajar)

.. semata-mata nak cari redho suami kerana Allah & RasulNya

sebab itu apabila dia taat pada suaminya sahaja.. Allah Yang Maha Mengetahui anugerahkan syurga..

dimana ada kesusahan.. disitu ada kemudahan..

ketaatan itulah cabaran yang sebenar2nya untuk isteri yang mendambakan redho Allah & RasulNya.. bukan explorace/amazing race/ fear factor atau rexona no sweat.. ehe :D

wallahu'alam

+ akhie +

budak shams said...

alaaa.. bukan pantun budak skolah...
nak entry pasal budak skolah~

abu_harraz said...

tapi masa kursus kawin tu, dia kata tanggungjawab suami ialah basuh baju, masak, jaga isteri.
Kewajipan isteri ialah 'melayan' suami. Unless suami delegate and isteri rela membantu. tolong mengemas, tolong memasak, tolong basuh baju.
point aku, para suami kena paham isteri buat tu semua sbb taat and nak tolong suami. lebih2 lagi zaman skang ni bila dua2 keja.
kena adil la....kan..
sama2 buat keja umah..bab2 laki balik umah, bagi minum, pegang rotan ni semua kena perhalusi. kalau dua2 keja, tak bleh la cam tu. apa salahnye kalau suami balik awal, dia pulak buat air utk isteri..
kan canteekkk...

good post!

aishah said...

i'm agree with u hucs

Anonymous said...

back to old comment.. pasal dakwah Nabi Nuh a.s...

{qouted}(((>>aku syor la kat ko, sblm ko tulis ape2 yg ada kaitan pasal agama/quran/hadith/etc, ko dulu yg rujuk ustaz.

``Kalau korang nak tahu bila Nabi Nuh a.s mintak Allah turunkan bala?
Selepas 980 tahun buat daqwah…"

>>ni aku rasa banyak ustaz explain 950 tahun. quran sebut gak 1000 kecuali 50 (1000-50=950). wallahu 'alam{qouted}

Ni Allah kata:
" Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggallah dia dalam kalangan mereka selama seribu tahun,kurang lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka). "[Al-Ankabut 29:14]

+ akhie +
(maaf.. lewat post sbb baru jumpa ayat nie)

hitomi said...

sy pon setuju gak dgn hucs...tu la namanya toleransi dalam rumahtangga kan ;)

Hamka said...

+akhie+
benarlah akhie…he he
nampaknya aku kena cari RM6000 sebulan untuk bayar istri aku. He he

Ada sorang ustaz cakap, Fatimah r,aha lah wanita pertama masuk ke shurga, tapi wanita tadi(yag aku cerita kat atas tu) akn memimpin kuda Fatimah ke shurga, so kerana itulah wanita itu menjadi wanita pertama ke syurga, wAllahu’alam

satu lagi
Terima kasih bebanyak akhie…(950 TAHUN) INGAT KAWAN2 950 TAHUN…dengan ini mengesahlah bahawa aku memang bukan ustaz,ulama atau ahli fatwa kebangsaan, jadi sebarang komen, nasihat, kutukan, laknat ,dan teguran dari korang amat berpatutan.

AKU HARGAI TEGURAN2 SEBEGINI, SUNGGUH BERILMIAH (rasa macam nak nangis….isk,..isk…(hingus mulai berleluasa di hidungku)

-------
budak shams
OK, lain kali ye? insya Allah
Satu ilmu untuk budak sekolah dan budak tak sekolah dan bapak budak,:

Pernah Fatimah r.aha mintak hamba ngan nabi untuk bantu buat kerja2 rumah, tapi nabi ajar fatimah satu tasbih: yg juga di kenali dengan TASBIH FATIMAH iaitu sesiapa yg beramal denganya akan dapat kekuatan 2 org hamba apabila bangun dari tidur, bermakna tasbih ini hendaklah di baca sebelum tidur:

subhanAllah: 33X
Alhamdulillah-33X
Allahuakbar-34X
(untuk lebih detail-rujuk ustaz), insyAllah

--------
Hucs, aisyah, dan hitomi
Aku pun setuju he he
Memang benar suami kena tolong isteri dia…

Satu hari sorang sahabat pergi rumah nabi dan bagi salam, maka nabi telah keluar dengan tangannya penuh ngan tepung,(kerana sedang menolong isteri uli tepung), seorang sahabat lain nak cuba amal sunnah ni ambil masa (lebih kurang-aku tak ingat)sepuluh tahun, baru dapat: yang mana ketika dia tolong isteri dia uli tepung, org bagi salam, maka dia telah keluar rumah dan berkata, aku telah dapat ikut sunnah nabi!, wAllahu ‘alam

Ps: aku memang suka tolong isteri aku masak2, dan aku pandai masak nasi itik, korang tahu apa nasi itik? Nasi ayam yg di makan dengan kuah yg banyak, bila kuah banyak jadilah nasi itik..wallahu’alam

good comment!

ustazah rock said...

En. Hamka tahulah peminat lagu P. Ramlee.,, lagu tu dia tuju kat kiter...walauapapun..time kasih..

Hamka said...

ada lagi sambungan lagu tu:

Oh kadang pula terdapat
Suami jahat isteri budiman
Isterinya cukup sabar
Perangai suami ya Allah macam setan

Kalau di belakang isteri
Hai joli sana joli sini
Kalau di depan isteri
Amboi pijak semut pun tak mati

Oh la la la la la la la la
La la la la la la la
Kisah rumahlah tangga
Ada-ada saja

ha ha ha

ustazah rock said...

Bernarlah apa yang dikatakan En. hamka. pasal tasbih fatimah. Saya dah cuba buat dan insyaallah akan amalkan,.. memang ada perbezaannya,.. kalau nak tahu try buat sebelum tido. sesungguhnya apa yang diajakkan oleh nabi s.a.w akan mendapat kejayaan,..

abu_harraz said...

itik ke ayam ke..make sure free from bird flu..

byk kuah, berair mcm nasik ikan la plak....

Jeego said...
This comment has been removed by a blog administrator.
bakal mayat said...

satu lagi entry yang menarik..

Hamka said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hamka said...

ustazah rock
benarlah, sama2 amal, semoga dpt istiqamah..amin.

------
hucs
Nasi ikan? he he he
make sure free from 'bird flu'..he3

----------
bakal mayat
satu lagi comment yang menarik..

Insan Kerdil said...

Assalamualaikum......
Sahabatku semua.....
Isteri yang solehah susah nak cari kan?
Dalam masyarakat kita hr ni rasanya susah gak nak cari ni....
Ada kenalan saya kat sini, dia orang kampung cukup baik, ngaji dan sebagainya, tapi bila dah expose pada sosial di tak mampu hadapinya.
Saya rasa perempuan ni kena jaga diri snediri, jangan terlalu nak glamour, jatuh maruah anda sendiri.
Dunia akhir zaman ni, banyak dugaannya......
Hamka, awak ni orang mana hah? Ada orang tanya, katanya dia ada sahabat namanya Hamka gak.
Bilalah nak jumpa Isteri yang solehah ni!!!!!!!!!

Hamka said...

carilah isteri solehah di awal waktu dan di depan saf kat masjid...insyaAllah

aku orang terengganu, chendering, kat kedai yang jual kepala ikan tongkol RM48 tu...

harris said...

Para-para isteri sekalian, suami adalah ketua keluarga, jadi jangan beria-ia nak jadi ketua keluarga (Queen Control). Jangan sombong, ego, tinggi suara, memandang hina atau rendah, menyuruh-nyuruh sesuka hati atau paksa pada suami, membuat perkara yang tidak disenangi oleh suami. Kalau suami tidak maafkan dosa isteri sampai ke liang lahad, jangan harap dapat masuk syurga. Cium bau syurga pun tak dapat. Ingat!! Jadilah isteri SOLEHAH!!

Hamka said...

Benar!!!

dermawanpemurah said...

aku teringin nak jadi isteri yang bantu suami buat keje nabi. tp aku tak kawen lagi. oh.

Hamka said...

kau cari jer orang tabligh, insyAllah

:)

pemikir dan memikir said...

bestnya ada isteri soleha....he he eh...x sabar2 uda mahu kawin ni..

Hamka said...

hehe