Feb 14, 2006

Apa itu CINTA?

Ha ha ha, jadi doctor cinta pulak aku hari ini! Apa itu CINTA?
Apa itu maksud cinta dan dialah maksud segala CINTA!
Untuk menjelaskan makna cinta maka korang perlu baca cerita2 di bawah:

1. Kisah Mamat pencari CINTA.
2. Kisah Cinta Adam dan Hawa
3. Kisah Cinta Marwiyah dan 3 jejaka.
4. Aku, Dia dan Kereta Mayat…

KISAH MAMAT PENCARI CINTA.

Akrian, tersebutlah kisah akan seorang Raja yg kesedihan kerana isteri yg disayangi telah meninggal dunia@menjadi mayat kerana patah tengkuk akibat jatuh dari kuda…Maka raja menyalahkan Mamat selaku penjaga hal ehwal kuda….

Si Raja berfikir2 apakah hukuman yg paling bermunasib untuk dijatuhkan pd Mamat…

Akhirnya raja telah memerintahkan mamat mencari 3 jawapan kepada 3 seolan yg akan diberikan oleh Raja, dalam tempoh 1 purnama, sekiranya Mamat gagal memperolehi jawapan bagi ketiga2 soalan tersebut, maka mamat akan dijatuhkan hukuman bunuh!

Soalan dari Raja tersebut berbunyi begini:

1. Siapakah Penipu dan dialah Raja segala penipu?

2. Siapakah Pasti dan dialah Raja segala pasti?

3. Apakah itu Cinta dan dialah Raja segala Cinta?

Maka, sugul dan runsinglah akan buah fikiran Mamat bila fikir2 balik akan soalan yang menimpa buah fikirannya…Maka bergegaslah Mamat ke seluruh pelusuk Kota dan kampung mencari si bijak pandai untuk menolongnya menyelesaikan permasaalahan yg melanda jiwa lara nya…

Jadi kita biarkan Mamat mencari jawapan soalan bagi ketiga2 soalan tersebut.
kita teruskan topik kita ini dengan cerita kedua…

KISAH CINTA ADAM DAN HAWA

Ini aku ambil kat kad kahwin sape ntah?! Dalam tu tulis Allah jadikan perempuan ni dari tulang rusuk kiri Nabi Adam, kalau Allah nak jadikan korang org perempuan ni lebih mulia dari lelaki, maka Allah akan cipta korang dari tulang kepala lelaki, dan kalaulah Allah nak jadikan korang hamba maka Allah akan jadikan korang dari tulang lutut ke, tulang tumit ke, TAPI sebab Allah nak muliakan korang org perempuan, lalu Allah jadikan korang dari tulang rusuk sebelah kiri, ingat KIRI!

Bermakna, Allah nak jadikan korang ni pembantu lelaki cam Khatijah r.ha ngan Rasul s.a.w. Tulang tu pulak dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat ngan Hati untuk DICINTAI….(macam bagus)

Masa aku melamar aweks aku dulu(isteri aku la ni) dia Tanya aku:

“kenapa awak nak kahwin ngan saya?”

aku kata: Sebab aku kesepian..(tak kan mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian-lagu latar-)Nabi Adam dalam syurga yg mengalir sungai-sungai di bawahnya pun merasa sunyi lalu mintak dengan Allah agar hilangkan kesepian, maka Allah telah mencipta ‘penghilang kesepian’ iaitu Siti Hawa…maka apatah lagi aku kat kemaman, yg hanya mengalir air longkang di sekeliling rumah sewa, lalu berdoa pada Allah agar di hilangkan kesepian yg mencekam ini, lalu Allah bukak hati aku untuk jatuh cinta ngan enkau….bla bla bla lepas tu kahwin!

Sambung cerita balik pasal Nabi Adam…

Maka tinggalah Nabi Adam dan Hawa dalam keadaan bersuka ria dan bebas berbuat apa saje kecuali makan buah khuldi…

Pendek cerita syaitan ni cubalah ‘racun’ Nabi Adam untuk makan buah tu, tapi org lelaki memang kool!

Tak terpengaruh dengan anasir luar, tak terpengaruh dengan iklan murahan, tak terkesan dengan pujuk rayu…tapi tidak ngan perempuan, selamba je syaitan pujuk suruh makan buah khuldi tu, terus makan, perempuan memang mudah terpengaruh, tanyalah org yg jual karpet, dengan org jualan langsung, sasaran mereka perempuan, sebab perempuan mudah percaya…sekali Giant cakap: akulah peneraju harga terendah…berbondong2lah org perempuan ajak aku gi sana termasuk bini aku…(jangan marah..ekkk)

Tapi ada bagus jugak perempuan ni sebab dia ingat kat laki dia, dia makan separuh je, lepas tu simpan separuh kat Nabi Adam…kalau aku gi kedai mamak pekena roti canai ngan tehh tarik, takdenya aku nak bungkus bagi isteri aku tapi bini aku kalau ada jamuan kat opis dia,mesti bungkus bawa balik kat aku..aku respect betul lah org perempuan camtu..he he he,

Maka marahlah Nabi Adam bila Hawa dah makan buah khuldi tu, tapi, alah… org lelaki kena pujuk rayu ngan perempuan cantik…habis dia…! Cam aku: akulah yg drive kereta pergi Giant dan pikul barang3 yg di borong oleh isteri aku, semuanya gara2 peneraju harga terendah..ke ke ke…aku pulak memang cair kalau perempuan cantik cam bini aku, pujuk aku…habis iman aku…isk..isk..

Akhirnya Nabi Adam pun makanlah buah tu sama tapi ditahan oleh malaikat, tu yg jadi buah halkum tu…kalau tak kitapun akan ada darah haid, sebab lepas Hawa makan buah khuldi tu darah mencurah2 keluar dari kemaluan dia yg menyebabkan mereka telah jadi kotor dan tak layak lagi duduk dalam syurga dan dihalau ke dunia..bla bla bla bla bla bla…korang semua dah tahu..

“Adam Hawa Bercinta di syurga
Angkara Iblis terpisah menderita
Kerana Cinta mereka setia
Bertemu di dunia..!”

Eh si Mamat dah balik dah dan telah jumpa untuk soalan yg pertama:

Apa jawapannya mamat?:

Siapakah Penipu dan dialah Raja segala penipu?

Mamat kata: aku dah jumpa seorang pembuat keranda, katanya Raja segala penipu adalah dunia, telah ramai org yang tertipu olehnya..kadang2 org yg tertipu itu dah tahu dia tu kena tipu tapi masih kejar dunia hingga mati dalam keadaan tertipu…

Aku kata: benarlah mamat, satu hadith ketika Nabi Muhammad saw di israqkan ke langit, dia telah jumpa dengan ‘dunia’ yang berupa seekor wanita tua yang telah disolek menjadi begitu cantik dan pada ekor wanita itu ada bulu yg tertanggal dan gigi wanita itu rongak…Tanya Nabi lebih kurang maksud: kenapa gigi kau rongak dan ekor kau bulu banyak yg tertanggal…
Dunia berkata: org yg kejar aku hanya dapat bulu2 di ekorku sahaja, mereka telah tertipu dengan solekkanku….manakala org yg tinggalkan aku dan mengejar akhirat aku
cuba mengejarnya tapi aku jatuh sampai gigi aku rongak!(aku dengar ni dari seorang ulama indonesia berceramah kat kuantan tahun lepas)

Aku kata: habis tu mamat, apa jawapan yg kedua? Siapakah Pasti dan dialah Raja segala pasti?

Mamat terdiam, nampaknya mamat tak tahu jawapan tersebut, akupun mencadangkan agar mamat cari pembuat batu nissan pulak, sebab org2 cam gini tahu hakikat dunia..

Maka biarlah mamat pergi cari jawapan tu, kita teruskan cerita kita…

KISAH CINTA MARWIYAH DAN 3 JEJAKA

Tersebutlah akan di negara Arab sana, adalah seorang wanita yg begitu jelita, Marwiyah namanya…adapun telah datang kepadanya 3 jejaka dari golongan bangsawan dan berada, untuk masuk meminang..maka peninglah kepala marwiyah untuk membuat pilihan sebab mereka2 ini kacak2 belaka.

Akrian timbullah idea si Marwiyah untuk membuat penilaian melalui titahnya yang mengsyaratkan ketiga3 jejaka tadi pulang ke kediaman masing2 dan di kehendakki mengadakan jamuan makan2 dan Marwiyah berjanji akan datang dan membuat penilaian…

Pendek cerita, ketiga3 jejaka tadi telah mengadakan pesta keramaian yg geling gemilang bagi menyambut kedatangan buah hati mereka Marwiyah….

“seingat aku, kita pernah bertemu dulu…di satu pesta keramaian(ramai org)..”-lagu latar-

Adapun akan si Marwiyah ini telah bersolek menjadi wanita yg tua dan hodoh lalu menghadiri majlis jejaka2 itu…

Pendek cerita:

Jejaka A:Situa@marwiyah telah di halau dan hanya di beri tulang2 sebagai bekal.

Jejaka B: Situa@marwiyah telah di halau dan hanya di beri sisa2 sebagai bekal

Jejaka C: Situa@marwiyah telah di layan dengan baik dan di beri hadiah yg mahal2.

Aku pendekkan lagi cerita ini:

Esoknya benganglah akan ketiga2 jejaka tadi kerana Marwiyah tidak datang dan berkumpulah mereka di kediaman Marwiyah untuk bertanya akan apa gerangannya tidak memunculkan diri…

Tapi lain pula akan si Marwiyah ini..dia telah membuat syarat yg baru iaitu ketiga3 jejaka ini mesti bersyair(budaya org arab) dan Marwiyah akan membuat penilaian berdasarkan syair tersebut.

(Syair ini aku ubah suai untuk menyedapkan cerita)

Syair si A:

Demi hartaku bertimbung
Kau
kan bahagia selamanya
hingga tujuh keturunan
Takkan Habis…(ikut intro fantasia bulan madu)

Syair si B:

Demi Wajahku yg hendsome
Kau
kan bahagia selamanya
hingga tujuh keturunan
Jadi hendsome…(ikut intro fantasia bulan madu)

Syair si C:

Demi Cintaku padamu
Ku serahkan jira dan raga
Biarpun harus ku renagng
Lautan bara…(ikut intro fantasia bulan madu)

Marwiyah kata: aku Pilih si C kerana kamu si A membuat aku seolah2 perlu pada hartamu…dan kamu si B, buat aku seolah2 perlu pada paras rupamau…aku tidak perlu semua itu…!aku Pilih si C kerana dia telah menunjukkan yg dia tak dapat hidup tanpaku, dia perlukan aku…..dia sanggup buat apa saja untukku..dia sanggup mati untukku inilah CINTA SEJATI…dan marwiyah telah membawa bungkusan2 yg diterima semalam dan membukanya, lalu malulah A dan B….

So THE MORAL OF THE STORY IS: mengapa Allah tak Pilih korang untuk buat amal kebaikkan, buat amal soleh?mengapa? sebab korang tak tunjukkan yg korang ni perlu pada ugama, korang kena tunjukkan pada Allah yg korang akan mati tanpa-Nya, korang sanggup buat apa saje untuk-Nya..ini tidak! ! korang ingat korang kaya korang boleh Bantu Allah? Allah tak perlukan korang punya harta, rupa! pangkat, Allah mahu lihat kesungguhan korang harap/takut padaNya..Allah nak korang Menangis, merayu, merintih padaNya..Allah nak korang bertasbih memujinya, Allah nak korang Berjuang di jalannya dengan Harta, Diri dan Masa yg Allah bagi pinjam kat korang, sampai masa ambil balik! itulah maksud cinta ugama dan kerana inilah maka ramai org Allah tak Pilih jadi ahli syurga..korang tak tunjukkan yg korang ni ingin yg Amat Sangat pada Allah/shurga Allah….Tunjukkanlah wahai sahabat akan kecintaan korang(termasuk aku ) pada Allah!!!

That’s why firaun, Qarun, Haman, namrud pergi mampus dengan korang punya harta, punya tahta, Allah tak perlu semua itu…Agama telah Hebat dengan kekuatan dalaman, tak perlu pada kekutan luaran,,,ingat senjata kita org islam: Daqwah dan Doa…..!

Eh si Mamat dah balik dah ?:

Apa jawapannya mamat?:

Siapakah Pasti dan dialah Raja segala pasti?

Mamat kata: aku dah jumpa seorang pembuat batu nissan katanya Raja segala pasti adalah MATI.
Ramai org bila dah selamat dari satu bencana tersenyum riang padahal mereka bukan selamat dari maut Cuma maut itu di tangguhkan….akhirnya mereka semua akan jadi mayat…
lama2 kita duduk
malaysia pun kita tetap akan jadi orang tua yang sakit, walaupun banyak duit, anak kita doktor, menantu kita bomoh,cop duit dll. Bila dah tua rupapun dah macam mayat, aik?! masih pergi lagi baiki jasad, tukar jantung bateri, potong kaki, pakai inai rambut last2 jadi mayat jugak....
Dalam kubur nanti kubur akan hisap darah korang sampai kering, ha..ha..ha......(tau takpe)

Aku kata: habis tu mamat, apa jawapan yg ketiga? Apakah itu Cinta dan dialah Raja segala Cinta?
Mamat terdiam, nampaknya mamat tak tahu jawapan tersebut, akupun mencadangkan agar mamat cari pemandu kereta mayat, sebab org2 cam gini tahu hakikat dunia..
Maka biarlah mamat pergi cari jawapan itu,
kita teruskan cerita kita

AKU, DIA DAN KERETA MAYAT…

Aku nak cerita kat korang pun korang dah penat baca, takpelah aku cerita kat anak2 aku sajelah…..

Wahai anak2ku dengarlah cerita CINTA, ayah dan bonda, asbab asal usul korang punya kejadian….

pendek cerita: ayah dah jatuh cinta dengan bonda…Nenek korang pulak memilih orangnya…bila ayah bagitahu ayah dah ada buah hati, maka nenek dengan tok’ki nak tengok sangat tuan empunya badan. Ayah mintak gambar bonda yang paling tak cantik, yang ada iras2 mayat dan tunjuk kat diaorang…

gambar bonda duduk mengcakung atas batu tengah panas sambil tangan bersilang, kerana penataaan cahaya yg tidak betul maka jadilah warna kulit bonda gelap dan bibir nampak tebal…serta muka cam mayat@zombie...dia orang tak setujulah bila tengok gambar tu…ayah bagitahu kat nenek yang ayah ni tak memilih, asal orangnya baik, rupa belakang kira, ayah gunalah kata2 hikmah Lokman nurhakim dan ayat power mulut manis shahrukh untuk pujuk ninda dan to’ki…akhirnya diorang pun setujulah tapi dengan satu syarat, mesti bertengtang empat mata….

Maka pendek cerita nenek dan to’ki gi rumah Kak Lah di Kajang dan ayah pinjam kereta pok Napi dan ambil bonda rumah kakak dia kat KL(masa tu bonda kerja KL) dan bawa bonda korang jumpa nenek…maka terkejut manusia lah nenek dan to’ki bila melihat wajah sebenar bonda…masa tu wajah bonda ala-ala Manisha kouihlala dari filem MAAN…

Bertambah takjub diorang bila melihat bonda berakhlak mulia, pandai hormat pada org tua yakni bila nak melintas akn minta izin dan merendahkan badan dan berjalan ala-itik gembo2.

Bertambah kagum lagi nenek dan to’ki bila bonda menunjukkan kecekapan nya di dapur menolong kak Lak memasak dan teknik menghidang makanan ala wanita melayu terakhir.

Bila sesi soal jawab dan bergambar selesai(dah kenyang makan)…nenek dan to’ki sangat berpuas hati malah sudah tidak sebar untuk berjumpa besan nya bagi menetapkan tarikh perkahwinan…

Kami berkahwin 6 bulan kemudian………

Tammat:

Arghh lupa pulak, mamat dah balik, senyum dia he he he, akrian si mamat ni telah jumpa ngan pemandu kenderaan jenazah seorang pakcik.

Pakcik kata: kalau kau nak tahu apakah maksud raja segala cinta kau kena minum air bekas anjing pakcik!

MINUM BEKAS AIR YG ANJING PAKCIK MINUM?

Benar, munum air dari baki air yg di minum oleh anjing pakcik…

Dengan Selamba mamat telah angkat bekas air anjing pakcik tu dan minum air baki si anjing, dengan pantasnya pakcik tu tempis@mengkesampingkan tangan si mamat hingga terjatuhlah bekas air anjing itu.

Pakcik kata: kau telah menjawab soalan itu sendiri!

Apa jawapan untuk Raja maksud segala Cinta!

Jawapan: Maksud CINTA adalah apabila korang sanggup buat apa saja hatta minum air anjing pun untuk dapat apa yg korang nak! Kes si mamat, dia cinta pada hidup@dunia(jawapan pertama tak memberi kesan padanya dan dia telah di tipu oleh dunia)lalu sanggup minum air dari bekas anjing agar dapat jawapan supaya dia tidak di bunuh raja(jawapan kedua tentang pasti mati juga mamat tak menghayati). Kerana itulah maksud cintanya: Hidup.(dan dia telah menjawab maksud cinta dengan sanggup buat apa saje!)

Sekiranya maksud cinta korang adalah Allah! Maka adakah korang sanggup buat apa saje demi kerana Allah?

Sanggup?
Sanggup mati kerana Allah….?
Sanggup taat segala perintah Allah?
Kalau begitu jom ikut aku gi surau Sekarang, maghrib dah nak dekat nie…

MAKSUD CINTA: SANGGUP BUAT APA SAJA DEMI YG DICINTAI…

Ps: sanggup jadi mayat demi yg di cintai….

28 comments:

Najwa Aiman said...

cintakan cinta bercinta

budak shams said...

wah bro hamka... sedih dengar jawapan yang ketiga tuh.. betol la.. tempias kat diri sendiri...

amar_kun said...

salam..

terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.. banyak bende baru saya belajar dari posting kali ni

bakal mayat said...

baguih dok ada blog nih. harap2 dapat berterusan selagi masih belum jadi mayat. ada la sedikit sebanyak benda saya belajar dari sini. teruskan menulis.

linanilza said...

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan tuhan fitrah insani
dan dimana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahgia biarpun sengsara
berkorban segala2

semua kerana cinta
yg pahit manis dirasa
berduka nestapa merwat luka damai dirasa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yg diidamkan
tanpa nafsu yg mencemarkan

dan jgn pula kerana bercinta
engkau pun leka entah kemana
dan jgn pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yg sejati hanya cintakan Ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dgn ketaqwaan

Hamka said...

Najwa aiman

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandangan Mu
Yang kabur kerna
jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasih Mu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cinta Mu
Walau ranjaunya menusuk pedih..

---------------
Budak shams
Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Berdosalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

C/O
Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Dibatasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasih-Mu Tuhan
Betapa agungnya kebesaran-Mu
Diri ini mengharapkan cinta-Mu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

----------------
Amar..
Akhirat nanti ada soalan:
Korang amal taka pa yg korang belajar?

Moral: amal dan sampaikan….

-----------------
Bakal mayat

Akupun bakal mayat gak, siapa kau..emaillah aku!
Terima ksih baca blog aku…

------------
linanilza

terima kasih bebanyak...:)

-------------
PENGUMUMAN:
PENARIKKAN BALIK FATWA DARI AKU
Dulu dalam posting “dimana mulianya wanita” aku buat fatwa hanya ustazah rock yg di benarkan hantar lagu..sekarang aku Hamka bakal mayat membenarkan korang yg lain nak hantar laguke, tuju lagu ke, lantak kaulah…aku mengamalkan kebebasan bersuara….ha ha ha!

Hamka said...

The Making of “Apa itu CINTA”

Raja: pernah muncul dalam: Bagaimana hilangkan sedih
Mamat: pernah muncul dalam “apa itu sunnah”

Tambahan:
Aku terlupa nak taruk pengajaran untuk cerita:Aku, dia dan kereta mayat…

Pengajaran…
Kepada yg nak merisik atau dirisik, sila Pilih gambar yg indah rupa dari khabar, jangan bagi gambar yg indah khabar dari rupa, kalau korang bagi gambar yg kelabu, atau ada matahari terbit kat belakang, atau dalam Kabus memang korang nampak jelita, tapi bila berjumpa 4 mata, tak haru biru..muka sebenar macam mayat dalam gambar macam malaikat!
biar Jujur dalam perhubungan, lagi bagus kalau korang buat cam aku, bagi gambar yg nampak macam mayat. Biar bakal pasangan korang redha dengan wajah mayat korang…dan bila berjumpa alangkah bahagianya…sebab pasangan korang dan imagine korang macam mayat tapi bila jumpa, nampak hensem dan jelita macam mayat baru mandi-ok apa!
Hehehe…

ustazah rock said...

kereta mayat dah merajuk...jangan bayar seruling dengan harga yang mahal...

ustazah rock said...

C.I.N.T.A. K.I.T.A. satu rasa
C.I.N.T.A. B.U.T.A. tak bermata lahirnya
C.I.N.T.A. G.I.L.A. pada harta
M.A.N.A. C.I.N.T.A.. yang sebenar2nya
C.I.N.T.A. K.I.T.A. sampai bila
Manakah satu arah kita sebenarnya dunia

Kita berasmara di dalam cinta yang tak bermaya
Kita berupaya selagi padu janji setia
Kita selami cinta ini kian lama
Telan arus nangis ketawa
Sama rasa pastinya
Walaupun tahu cinta itu tak bermata
Namun masih banyak ada
Yang menawan di dalamnya

Hamka said...

kereta mayat dah merajuk?
jangan bayar seruling dengan harga yang mahal...?

aku tak paham?

Takpelah, aku nak tuju lagu kat bini aku pulak...Lagu ni top masa aku baru2 nak kenal ngan bini aku...

I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping :)
While you're far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Where every moment spent with you is a moment I treasure

Don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep
Cause I'd miss you babe
And I don't want to miss a thing
Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I'd still miss you babe
And I don't want to miss a thing

Lying close to you feeling your heart beating
And I'm wondering what you're dreaming
Wondering if it's me you're seeing
Then I kiss your eyes
And thank God we're together
I just want to stay with you in this moment forever
Forever and ever

I don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep
Cause I'd miss you babe
And I don't want to miss a thing
Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I'd still miss you babe
And I don't want to miss a thing

I don't want to miss one smile
I don't want to miss one kiss
I just want to be with you
Right here with you, just like this
I just want to hold you close
Feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment
For all the rest of time

Anonymous said...

:) alhamdulillah, im impressed again..

Bicara Adam dan Hawa, Allah kata:

" Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. "[Al-Baqarah 2:35]

Tafsiran:

Dalam Al-Quran dan hadith, pohon yg dilarang itu tidak dpt dipastikan namanya. Cuma syaitan aje yg mengelarkan pohon tue sbg pohon khuldi(pohon kekalan) kerana menurut bisikan syaitan, org yg memakannya akan kekal dan tidak akan mati.

Jom tengok ayat yang berikut:

" Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon khuldi ( pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya), dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" [Thohaa 20:120]

haa.. itulah asal-usul perkataan pohon khuldi.. dari bisikan syaitan.. :)

wallahu'alam

+ akhie +
(salam penuh kecintaan kpd org2 yang mencintai Allah & RasulNya)

budak shams said...

kiranya tiada cinta insani untukmu.. cukuplah CINTA ALLAH penyuluh hidupmu... kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai Allah sebagaimana cintamu kepadaNYA

Hamka said...

Terima kasih ana@+akhie+

Aku baru tahu yg khuldi tu dari shaitan, terima kasih
Alangkah jahilnya aku bab ugama nih…

--------------
budak shams
amin…….

--------------
OH ustazah rock, aku dah paham
Kau ingat aku merajuk bila tarik balik fatwa pasal lagu tu?
He hehe, aku bukan ahli fatWa kebangsaan( dan tak ada org pun peduli ngan fatwa aku!)
Bila aku tuju lagu kat bini aku, aku dapati ada sesuatu bergerak kat punggung aku, pangjang dan berwarna merah macam ekor monyet..aku tengok kat tangan aku ada lembing 3 mata, sekali aku raba kepala aku, tumbuh tanduk 2 inci daa…dan warna kulitku bertukar kemerah-merahan,…soheh!..aku tengah LAGHA!
Lagha bila bercakap pasal CINTA dan LAGU..isk isk..
Terimaksih pada tg menegur…Alhamdulillah ada sahabat2 cam korang…
Ya Allah ampunkanlah aku..

linanilza said...

sblm jadi mayat, dgrlah lagu tu "kerana cint" drp mestica n inteam

hitomi said...

wa, bestnya blog nie...penuh dgn kesedaran n kelawakan...tia la juga boring membaca...heehhee...keep it up....

Hamka said...

Hitomi
tima kacih...
sebenarnya 'boring' dlm ugama ni mujahadah...mujahadah baru dpt Allah...
(siapa hitomi?,awek pendekar laut?)
----------

linanilza:
Sebelum jadi mayat, aku cadangkan agar kau dengar ‘talkim’ he3…
Wahai …………………………… binti ……………………………
mudah-mudahan Allah Taala memberi rahmat akan kamu,
ingatlah, bahawa dunia dan segala perhiasanya telah hilang daripadamu,
dan sekarang kamu telah masuk ke alam barzakh,
inilah dia tempat permulaan tempat masuk ke alam akhirat,
maka jangan lah kamu lupakan janji yang mana kamu telah keluar daripada dunia,
dan kamu telah masuk ke dalam bahagian negeri akhirat,
iaitu menyatakan dan menerangkan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya,
maka datang kepada kamu dua orang malaikat,
iaitu Munkar dan Nakir yang diperintahkan Allah untuk memeriksa kamu,
ketahuilah kamu, bahawa keduanya itu makhluk Allah,
sebagaimana kamu jua adalah makhluk-Nya.
Dan apabila bertanya keduanya siapa Tuhanmu?
Dan siapa nabimu?
dan apakah pegangan kepercayaanmu?
dan atas apakah kematianmu?,
maka jawablah dengan terus terang, iaitu,
Allah Tuhanku,
Nabi Muhammad penghuluku,
Islam agamaku,
kitab Quran ikutanku,
Kaabah kiblatku,
sembahyang fardu kewajipanku,
dan sekalian orang islam itu saudaraku,
aku hidup dan aku mati di atas kalimah:
LAILAHAILALLAH.

Berpeganglah kamu wahai…………………………………………,
dengan ini hujjah,
dan ketahuilah bahawa kamu akan tetap di alam barzakh ini hingga hari kiamat,
dan ketahuilah pula, mati itu perkara yang sebenarnya,
dan mesti ditemui oleh tiap-tiap makhluk
dan soal Munkar dan Nakir di dalam kubur itu sebenarnya,
demikian juga bangkit semula daripada kubur,
dihisab amalan melalui titian siratalmustaqim
semuanya benar,
dan hari kiamat tetap akan datang dengan tiada syak lagi,
dan Allah Taala akan membangkitkan semua orang yang di dalam kubur,
dan dihitung akan segala kerja dan amalan mereka itu
apa yang telah mereka buat di dalam dunia.

ps:(talkin ni sebenarnya untuk korang yang masih hidup bukan untuk mayat sebab mayat dah tertutup amal dia...jadi baca balik talkin di atas dan letakkan nama korang di ruang yg kosong)
untul lagi best! rakam dalam kaset, nak tidur karang tutup lampu dan pasang kat telinga korang!(termasuk aku)

amar_kun said...

salam

Quote:
Amar..
Akhirat nanti ada soalan:
Korang amal taka pa yg korang belajar?

Moral: amal dan sampaikan….
_____________

insyaAllah. sama2lah doa agar diberi kekuatan utk mengalamalkan apa yg kita belajar..

Hamka said...

Amar...
inshaAllah...amin...


-------------------------
Ustazah Rock

Ini ada surat untuk haikal...
(sebelum ni surat untuk adha:rujuk, bagaimana hilangkan sedih...)

Assalamualaikum

Mungkin ketika Haikal baca catatan ini ayah sudah menjadi mayat.
Hari Khamis 10 Julai 2003 7.30 pagi (10 muharram),bonda mengadu sakit perut sikit2. Ayah dah siap pakai baju kerja order bonda buat nasi goring.
Sebagai isteri yg solehah bonda telah buat nasi goreng kampong Jengka yang sedap tanpa sebarang bantahan. Ayah yg kekenyangan lepas tu rasa malas nak gi kerja lalu ambil kesempatan diatas “sakit sikit2” bonda utk call boss bagi reason masuk lambat sikit sebab nak hantar bonda gi klinik.
Dari kemaman gi Kuantan cari Klinik MUIP, Tanya org lebih kurang sampai jam 10 pgi, kena daftar beranak kat sini sebab dah buat surat jaminan kat Opis…
Doktor check lebih kurang dan doctor kata hari ni dah boleh beranak ,terkejut ayah sebab due date patutnya minggu depan, tapi ni semua kerja Allah, baguslah kalau beranak dapat cuti free hari ni.
Lepas tu gi check-in bilik rehat dan bonda diletakkan di bilik bersalin dan air tuban dipecahkan..maka bermulalah sakit bonda sikit2 kpd byk2. Ayah pun baca Yassin dan bonda baca doa nabi Yunus dlm perut ikan,
Tengah hari sakit bonda bertambah, Doktor perempuan tu cakap:
“Kalau tak sakit anak tak keluar, jadi kena suka dengan sakit ni sebab tu tandanya anak nak keluar ,
kalau tak sakit anak akan lemas kat dalam asbab air tuban dah pecah,"

Allah kuasa makluk takde kuasa, lubang sempit, Haikal kepala besar boleh keluar, doctor gunting sikit jalan bagi senang keluar, Bila kepala dah keluar doctor taris 'sruuusss 'terus keluar, kedudukan macam Sunnnah nabi tudur, tepuk2 sikit terus nangis, ayah pun rasa macam nak nangis… Bonda dah berenti nangis.
Lepas tu Ayah azan..sama waktu dengan azan zohor…haikal terus senyap dan pandang ayah, bersih je muka..sinar mata bercahaya2 ,ni lah first time ayah jadi ayah dan haikal jadi anak, kita belajar sama2 ye.
Alhamdulillah haikal tak de “kuning “ dan boleh balik,
Bonda pantang kat Jengaka seminggu and rumah nenek di chendering seminggu baru duduk ngan ayah. Jiran2 puji nenek sebab ada menantu yang sanggup berpantang di rumahnya, bonda dpat kawan baru di rumah nenek namanya Cek Manih. Dengan hadirnya Haikal ayah dan bonda jadi makin best, dapat belajar bangun malam buat susu, basuh lampin, kerja lebih kuat, belanja duit raya Haikal (mintak halalkanlah) beli baju kecik2. dalam doa sebut nama anak, mintak haikal jadi da’e.(dah lah nangis tu).
Ayah minta maaf kalau ada salah silap.
Ayah tidak marah dan tidak pula benci padamu.malah amat sayang padamu, rela jadi mayat keranamu, bukankah Haikal seorang anak dan ayah seorang ayah?maka kewajipan di atas ayah pastikan anak2 selamat dari azab Allah…Sekian

Doa-doakanlah mayat ayah ni...
ps:mula2 nak taruk nama Muhammad Daniel tapi Nenek cakap nanti jadi deney...(ayat orang trg) tu yang jadi Muhammad Haikal (penghalau shaitan)

-ham@KEHOE- said...

salam bro,
erm btol gak smue tu...
i mea sbelum ni xtfikir ditipu oleh dunia wlupon da tau(lupa la hehe)
thanx bro ham byk dpt pengetahuan/ilmu from diz story...


-ham@KEHOE-

Hamka said...

: )

avadakadabra said...

Duhai insan
Sedarlah dirimu
Ke mana akan pergi
Selepas hidup ini

Sudahkah bersedia
Dirimu ke sana
Membawa amal mulia atau dosa-dosa

Di sana tangisan tiada guna
Rayuan tiada diterima
Jasad ketakutan menanggung azab
Atas perbuatan hidup di dunia

Di sana tempat kita kembali
Hamba yang berdosa
Akan dihukumi
Hamba yang mulia akan dirahmati
Sebagai anugerah dari Ilahi

Hamka said...

: 0

Anonymous said...

assalamualaikum encik hamka...saya dah addicted dah layan blog encik ni...tengah syok2 layan2 entri2 encik dari 1st entri, tetibe kawan sebelah saye tanye

"kenapa ar tak elok mandi malam2,tapi mandi pagi buta elok pulak?"

saye tatau nak jawab...so saye terus rasa nak tanye kat encik...boleh tolong jawabkan tak? teeheeeh~

-sarah89-

Hamka said...

takut orang salah faham, sangka korang mandi wajib, cemburu, dengki fitnah.., ha ha ha

mya said...
This comment has been removed by the author.
Hamka said...

kenapa remove? : )

anonymax said...

setelah sekian lama mencari berpuloh blog diterjah akhirnya jumpa juga...

kunci cinta kepada Allah adalah sanggup melakukan apa saja demi Dia, kan hamka? thx........

Hamka said...

ya!

(jawapan paling pantas tahun ini)