Mar 28, 2006

Apa itu TAQWA?

Copy/paste email:

“Assalamu'alaikum...

Aku nih pembaca blog keretamayat. So rasa nya ngko nih rajin dengar ceramah agaknya... anyway, tahniah sebab buat blog yg bermakna dan berguna untuk orang ramai. at least tak lah blog yg cakap " hari nih saya makan nasik minyak...sedap giler...skang mata dah mengantuk..so nak tido..."

aku ada soalan..
Apakah makna dan takrif sebenar taqwa?, aku keliru dan masih samar2 dengan maksud sebenar taqwa, kenapa Allah menyebut wahai orag yg beriman, dan kadang-kadang, wahai org yg bertaqwa..kenapa? Why? Tell me why?”

Aku kata: Waalaikumusallam…Aku bukannya pandai sangat, Cuma dlm keghairahan menulis bab2 ugama..aku bukan nak mengajar kat blog aku...

aku nak belajar...

belajar tulis perkara2 yg berkaitan dengan ugama..
aku ghairah bercakap, menulis bab2 ugama sekarang nih...
jadi korang semua yg baca blog aku adalah guru aku..
dan guru wajib tegur murid jika ada salah
sana sini...

ajarlah aku..

tegurlah aku...

agar aku tak menangis di akhirat nanti...

berkenaan Taqwa
jawapan akan aku berikan dlm bentuk soalan jugak, dua soalan yg mana jika korang dapat jawab soalan nih maka korang akn tahu dan faham.: Apa itu Taqwa..insyaAllah…

Soalan pertama:...
JIKA SEMUA ORANG DALAM MALAYSIA NI MASUK SHURGA KECUALI DIA ,
ORG ITU PASTI ADALAH _____________?(tak termasuk org kapir!)

Soalan kedua:…
DAN JIKA SEMUA ORANG DALAM MALAYSIA NI MASUK NERAKA KECUALI DIA,
MAKA ORG ITU SUDAH PASTI TENTULAH__________________?

Jadi siapa kah nama org di atas?, kalau korang dah boleh jawab nampaknya korang dah paham apa itu taqwa.(insyaAllah) Untuk mendapat jawapan tersebut, korang boleh rujuk ustaz2 yg berhampiran tempat anda (aku nak kata,: pergilah masjid belajar ugama, kat blog tak cukup, aku pun sekali! he he he)

ps:(oklah aku nak gi makan nasik minyak nih, sedap giler…lepas ni aku nak tido, *bla bla bla besok baru aku update blog ha ha ha ha ah)

TAMBAHAN:
DUNIA ADALAH TEMPAT MANUSIA MENGHABISKAN MASA MEMBUAT KEPUTUSAN.
AKHIRAT ADALAH TEMPAT MANUSIA MENGHABISKAN MASA MENYESAL DENGAN KEPUTUSAN YANG TELAH DIPERBUAT..OH!, so bertaqwalah kepada Allah!

Nota: *bla bla bla= mayat.

51 comments:

ustazah rocak said...

Apa itu takwa.,,,

Takwa ialah bla..bla..bla

p/s : rujuk ustaz

hamka said...

ha ha ha

Engkau boleh menang jari pantas di era...baru post..dah sampai..kaullah satu peminat aku dari errrrr...lantaklah..(riak)

ps; isteri aku ke ni?

blackpurple said...

Dunia juga tempat manusia2 yang tidak PUTUS-PUTUS berkata mereka tidak pandai membuat KEPUTUSAN sedangkan TIDAK membuat KEPUTUSAN itupun salah satu KEPUTUSAN juga.........

.....membuat KEPUTUSAN menjadi seorang yang bertaqwa adalah satu KEPUTUSAN yang tak TERPUTUS dari kehendakNYA.....

...harap sdra tidak PUTUS2 terus mengingatkan ....

gitarletrik said...

jawapan:
1.orang yang melanggar perintah Allah
2.orang yang beriman kepada Allah

berapa markah?

ps: nampak macam senang, tapi..

ustazah rock said...

Aaa haa,.. dah tahu jawapannya
TAKUT DAN HARAP
Ape pendapat En. Hamka.

ps : Ape isteri En. hamka.,, entah isteri ke tak... ape-ape je lah

Hamka said...

Black..

...harap saudara JUGA tidak PUTUS2 terus mengingatkan aku di sini.....

“Sebelum gugur tercalar jiwa parah
jangan kau gugurkan air mata…

Sebelum PUTUS tali tuhan yg Esa
Jangan kau berputus asa.”.
(tam spider cakap).

--------------
gitarletrik

jawapan engkau tak tepat dengan maksud taqwa..he he jadi takde markah..
salah kat dunia boleh bertaubat,
salah kat akhirat, bukan tak de markah tapi masuk neraka (isk!):

nampak macam senang, tapi..kena rujuk ustaz…:)

ps: tariff letrik dah turun ke? Kau tukar gitar Karen pulak..(?)

-----------
ustazah rock…

macam betul, dah betul kot…tapi masih tak beberapa tepat..sikit lagi..sikiiit lagi…

ps: isteri?, ‘saspen’ betul nih…perempuan, isteri dan ?

ZulGTZ said...

Dari segi bahasa ertinya takut dan berserah diri.

Isi taqwa ada 4 sifat:
1.Tawadduk
2.Qonaah ( cukup dgn apa yg ada)
3.Warak
4.Yakin

Wallau’alam

SangChendering said...

Takut pada Azab Allah

linanilza said...

musykil.. musykil..
adekah sya org yg kurang taqwa?? sbb tak berapa paham.. complicated.. harus ade sambungan "Apa itu TAQWA 2"

p/s : mulai saat ini, sy gunakan password utk memberi komen, bimbang dikatakan isteri bro Hamka.. muahahahhaha.. wa single lagi lorr!!

Hamka said...

ZulGTZ ..

Kau kata: Dari segi bahasa ertinya takut dan berserah diri.
Aku tanya: dari segi istilah? wahai ustaz zulkifli dari kerteh…

-----------
SangChendering
Aku takut gak..isk…

--------
linanilza
musykil.. musykil..?
"Apa itu TAQWA 2?"

lihatlah pada sambutan peminat nanti, dan hasil kutipan jika berjaya memacah box office, maka saya akan buat lagi lagi apa itu taqwa3 , 4 , 5…(macam kahwin gak..hihihi)

ps: kahwinlah cepat2 cik adik oi…(amin) cari suami yg bertaqwa..

-----------
Ustazahrock..

Ha! Kantoi..tadi tulis ustazah rocak, ni ustazahrock pulak..

Ps: biasa artis cakap nak cari suami yg beriman, tapi aku tak dengar lagilah artis yg cakap nak cari suami yg bertaqwa…he he he..

Anonymous said...

ORANG PAS CAKAP ORANG UMNO MASUK NERAKA, ORANG UMNO CAKAP, ORANG PAS MASUK NERAKA.

SIAPAKAH SEBENARNYA MASUK NERAKA?
PARTI MANAKAH YANG LEBIH BERTAQWA?

MAAF, SAYA TAK LETAK NAMA...TKUT ISA...

linanilza said...

ingat satu petikan.. "Cinta sesama insan suburkan dgn ketaqwaan" bleh komen??

ontahsapo said...

siapakah yg benar2 bertaqwa? dimana nak dapatkan taqwa yg sebenar? apa itu taqwa yg sebenar?

masih mencari...

Panjang said...

nih tergantung nih hamka... aku buat andaian sendri nanti nih...buleh sesat nih... lebih baik next posting ko kasi jawapan dan penerangan (macam biasa) ;-)(nampak macam malas jumpa ustaz ke aku nih ? hahaha)

TarakNama said...

aduhhhh...nak terang pon susah nie....tapi aku ada dengaq ceramah ustaz sharil long dia ada habaq apa itu taqwa...tapi aku nie melayu mudah lupa jadi aku lupa laa tapi aku inagat tapi aku takut nak habaq sebab takut sesat laa pulak jadi hangpa tunggu sat aku balik dengaq balik ceramah dia dan jika aku teringat balik nak habaq kat sini aku mai habaq tapi jika hangpa nak dengaq betoi2 hangpa pie cari laa ustaz sendiri dan tanya dia paa itu taqwa...jangan buat jadi toukua sudah laaaa...........

mmmm...nak promo sikit ada website jual cd ceramah pie la tengok kot2 bekenan...

http://vcd2buy.tblog.com

Hamka said...

Tidak bernama…

Antara mereka yg confirm masuk neraka adalah syaitan, firaun, Namrud, Abdullah bin Ubai, Abu lahab, Abu Jahal, batu dll..

Org PAS dan Umno..aku tak tahu..Hanya Allah yg tahu dan biarlah Allah yg buat keputusan….Sesungguhnya: AKU TAK TAHU!

Tentang parti mana yg lebih bertaqwa, aku cadangkan kat engkau jawab dulu soalan di atas, faham betul2 tentang taqwa, barulah boleh letak hokum!

Ps: parti yg letak nama TAQWA…(kot..) he he he

--------------
Linalniza

"Cinta sesama insan suburkan dgn ketaqwaan"
Macamana aku nak terangkan?
Ringkasnya macam nilah lebih kurang Nabi bersabda: Org yg PALING mulia di sisi Allah adalah org yang paling bertaqwa..ada perkataan PALING, that’s mean there are have a range of “taqwa”…huh, speaking..! so, just think istilah untuk org yg PALING mulia…Wallau’alam…(ada yg timbul, ada yg tengelam)

-----------
Ontahsapo

Masih mencari jawapan?
Atau menunggu jawapan?

Aku bagi klu sikit: jawapan kat atas hanya boleh di jawab oleh orang yg benar2 bertaqwa..(macam fatwa..selamba aku jer..boleh tolak sebab aku bukan ustaz..isk..)

Satu lagi: jawapan kat atas adalah berbentuk individu, bukan parti atau mana2 badan pertubuhan, kaum atau bangsa..ianya :individu..!

Ps: tak bermakna kau tak bertaqwa “ontahsapo”, aku pun tak tahu aku ni kat mana…kekadang aku rasa aku munafik…isk…Ya Allah, tolonglah aku!

---------
Truth…

Ha ha ha, baru 7 jam, ada banyak masa lagi..pergilah cari ustaz, ulama atau ahli fatwa kebangsaan….

Korang semua memang best!

---------------
Tarak nama

Best..best… ustaz sharil long dah habaq apa itu taqwa?...cepatlah ‘ingat’, nanti kongsi sesama..

Aku tunggu kau taraknama..aku tunggu kau he he he

Hamka said...

TAMBAHAN..

Dah jadi macam 'teka teki'lah pulak…
Aku nak share ngan korang satu teka teki yg sadis..(versi ulangan)

TEKA TEKI SADIS
Aku dan abang aku berteka teki(umat menderita membuang masa)dan ini lah hasilnya:

1.BERIKAN 3 CARA MASUKKAN GAJAH KEDALAM PETI SEJUK?
Jawapan: Buka peti,masukkan gajah, tutup pintu.

2.BERIKAN 4 CARA MASUKKAN ZIRAFAH KEDALAM PETI SEJUK?
Jawapan: Buka peti, keluarkan gajah, masukkan Zirafah, tutup pintu peti sejuk
.
3.SATU HARI SINGA SELAKU RAJA HUTANG TELAH MEMANGGIL SEMUA BINATANG BERKUMPUL,SEMUA TELAH DATANG KECUALI....?
jawapan: Zirafah, sebab masih dalam peti sejuk

4.BAGAIMANA ANDA HENDAK MENYEBERANGI SEBATANG SUNGAI YANG DI DALAMNYA TINGGAL BUAYA YANG GANAS.
jawapan: berenang sajalah, bukankah semua binatang pergi berkumpul dekat raja singa.

5.ANDA MENAHAN SEBUAH BAS DAN MENAIKINYA, TAPI TIADA ORG YANG INGIN MEMBERI ANDA DUDUK SEDANGKAN MASIH BANYAK RUANG KOSONG.KENAPA?
jawapan: Sebab anda basah, bukankah baru mandi sungai.

6. ANDA PERGI BERAYA DI KAMPUNG KAWAN ANDA, SAMPAI DIRUMAHNYA ANDA ENGGAN MASUK KE RUMAHNYA, KENAPA?
jawapan: sebab anda masih basah, seganlah pulak...

7.ANDA KETAHUI KAWAN ANDA MEMPUNYAI RAMAI ADIK BERADIK TAPI RUMAH MEREKA KECIL SEBALIKNYA DAPUR PULAK YG BESAR, KENAPA?
jawapan: dapur dia ada peti sejukbesar, dalam peti sejuk ada zirafah.

8.ANDA DAPATI DIHUJUNG KAMPUNG TERDAPAT TANAH YANG SANGAT LAPANG,SEDANGKAN SUMBER PENDAPATAN UTAMA KAMPUNG TERSEBUT ADALAH MENGAMBIL UPAH DARI BERUK PANGJAT KELAPA.KENAPA?
jawapan; disitulah semua binatang berkumpul.

9. SEWAKTU ANDA PULANG ANDA DAPATI BANYAK CECAIR PEKAT PADA POKOK KELAPA, KENAPA?
jawapan: Gajah bersin, kena selsema selepas keluar dari peti sejuk.

10. ANDA DAPATI ISTERI DAN ANAK ANDA MENANGIS,ANDA MEMANGGILNYA TAPI MEREKA SEOLAH2 TAK MENDENGAR, DAN ANDA LIHAT ORANG KAMPUNG SIBUK MENGAJI SURAH YASSIN, KENAPA?
jawapan: anda telah menjadi mayat kerana dipukul oleh org kampung kerana bagi teka teki yang sukar dijawab.

SEKIAN.

budak shams said...

exam exam.. tidakk...

naek pangkat ke??

adadia said...

bagus. cap jempol.

kakashi_sensei said...

AsSalam'alykm..

ape yg ak tau
taqwa=takut kepada Allah
senang ek?

kalo takut n percaye kat Allah,
sme bende jahat x kan kite buat
hawa nafsu kite akan tunduk pada ape yg Nabi da perintahkn..

Nabi penah psan kat para shbt;
btaqwalah kpd Allah..iringkn pbuatan jahat dgn pbuatan baik,
moga2 pbuatan baek akan 'padam
pbuatan jahat..

kalo korang ade buat jahat lg,
maknanye belum cukup 'pecaye'
n 'takut' pada Allah ler tu..

p/s:ak nk ulas pnjg lagi tapi sbb nk final tpakse ak 'padam'kn hsrat ak tu..huhu~

muin said...

Assalamualaikum..

Apa itu Taqwa?

Jawab dlm hati je laa... tepuk dada tanya iman...mmm apa itu Iman?

Sila tunjuk ajar...

linanilza said...

aku tau..aku tau..
aku tolong bro hamka jawab.. "apa itu iman?" = iman adalah mutiara, ia tak dapat dijual beli, ia tiada ditepian pantai..(raihan ckp)

hafizbar said...

hahaha hamka pon layan an-nasyid spider. mari bersama2 tinggal kan nash*t yg melekakan.
layan lah an-nasyid seperti too phat - alhamdulillah, amuk - aku mahu pulang, xpdc - Semangat Yang Hilang, dan lain2 lagi

-hafizbar-

Hamka said...

budak shams

study jangan tak study..he3

----------
adadia

ada dia? Ada apa?, selamat ‘naik’ keretamayat..
the last transport…

wellcome to the new world
or u still in wonderland...

---------------
kakashi_sensei
Waalaikumusallam

sebenarnya, aku amat berharap kau dapat jawab soalan di atas…aku rasa kau boleh..tapi sebab kau ada exam…kau score dulu..aku tunggu kau…

---------------
hasrulmuin

Waalaikumusallam

Tanpanya anda akan merana, menderita, menangis selama-lamanya…
Itulah iman…

------------
linanilza

he he he
pandai betul anak murid sorang ni…
terima ksih…

“aiman tak kisah”

Hamka said...

ha ha ha, kau datang jua hafiz...

aku belum tulis lagi pasal nashid2 nie..

TUNGGUUUUUUUUU....!

"Tiada lafaz yg lebih agung"
kalimah "tauhid"lah...

hitomi said...

apa itu taqwa???
apa itu iman???

sumonya ada dalam diri masing2...
terpulang tuk kita menghurainya...

betul ka tu ah??
hehehehe...ntah la...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hamka said...

Selamba aku cakap: TAK BETUL…

Iman dan Taqwa bukan ‘dah’ ada dlm hati…
Kena usha untuk ‘adakan’ dlm hati..

Sebab iman boleh tercabut, rosak, di curi syaitan , hilang dan lain2..

Dan iman juga takde di tepi pantai, di warisi..iman perlu di USAHAKAN..
Usahakan iman sehingga sampai tahap taqwa…wallahua’lam

Ps: Kalau salah tolong jolokkan..
hitomi..:)

ustazah rock said...

Setelah engkau ke mari
tiada resah
tiada kuatir

Aku tidak lagi sebimbang dulu
telah kau campaknya ke mana
ke lautan hitam yang ku tahu
pasti kita tak jumpa

semalam
itu semalam
hari ini kita hidup
dalam dunia yang aman

kenangan
kita lucutkan
kita bakar sama-sama
pengalaman hidup
seksa,..

ps : sekadar hiburan petang

Hamka said...

he he he..

yg ni aku confirm...isteri aku, sebab lirik lagu tu aku yg gubah...
abg balik lambat sikit hari ni..:)

ps:(tentu ada pembaca blog yg menyampah bila ruang comment jadi macam messege SMS..ha ha ha)

taraknama said...

mmmm.memang best laa hang hamka...buat org suspen aja....

nak mula tang mana haa...aku ada dengaq tape sharil long tuu 2,3 kali tapi nak jelas kat hangpa susah laa tak tau nak mula tangmana....

mmm....hanpa pie tanya ustaz laa senag cerita....

taqwa....orang yg tunduk dah patuh arahan ALLAH swt...

mmm betoi kaa hamka?

Hamka said...

Tadaknama,

betullah apa yg kau kata tu..tapi..(huh, ada tapi lagi tu..)
Takpe nanti aku tulis jawapan dia panjang lebar…dengan bahasa yg mudah di fahami..insyaAllah…

-----------
Korang semua

aku bukak paper utusan online hari ni, ada gambar makcik jual nasi dagang isu RM 45..aku kenal makcik tu..makcik tu pun kenal aku..org kampung aku..kesian…
Apa2 pun nasi dagang kat situ memang best (insyaAllah) RM 2 satu pinggang..aku kalau balik kampung selalu gak lepak situ makan…
Mak aku kalau nak masak nasi dagang mesti beli rempah kat makcik tu..aku doakan kedai tu tak lah sampai di tutup…(semua kerja Allah)…

Pesan kat isteriku : jom makan nasi dagang chendering..tak mengidam ke?(sebenarnya nak ajak balik kampung chendering he he he)

Anonymous said...

suami isteri dok main blog...suami tulis blog isteri komen..bagus strategi ituuu...teruskan....bravo2

ustazah rock said...

ooo ajak makan nasi dagang,... ade makna ye,.. dah agak

lilyputih said...

nak, nak ikut pergi makan nasi dagang! dah lama tak makan, mengidam pulak!

Kuah nasi dagang, masak sendirilah lagi best, boleh tambah berkali2.. betul tak?

hitomi said...

tia betul ka tu???
hehehehe...ko suruh aku betulkan...
aku pon bukannya betul sangat...
kuang3x!!!

linanilza said...

lilyputih ni pon, wife bro hamka ke??

budak shams said...

owh... nasik dagang chendering!! behhhh

Hamka said...

Anonymous

Aku tak paham, puji ke perli?
Apa2pun siapa engkau?…boleh jadi engkau adalah isteriku sendiri…he he he

-----------
ustazah rock
(senyum)

-----------
lilyputih

macam kenal? Tapi kat mana ye?
Apa2pun selamat ‘naik’ keretamayat.

--------
hitomi -

aku pon bukannya betul sangat gak ...
kuang3x!!!

---------
linanilza

pelajar yg paling cemerlang kau ni he he tahniah! 4 bintang!

-----------
budak shams

benar..he he he..

Anonymous said...

:)

nice topic.. TAQWA

Sebelum hamka bicara hal ini dlm bahasa yg mudah, ana cuma ambil petikan dari Al-Quran terjemahan:

Allah kata:
"Alif, Laam, Miim; Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." [Al-Baqarah 1-3]

Perkataan TAWQA: iaitu memelihara diri dari siksaan Allah dengan mengikuti segala perintahNya, dan menjauhi segala laranganNya, dan tidak cukup diertikan dgn takut sahaja.

Perkataan IMAN: iaitu kepercayaan yg teguh yg disertai dgn ketundukan dan penyerahan jiwa. Tanda iman ialah mengerjakan apa yg dikehendaki oleh iman itu.

Dlm hadith: Iman itu bukan pada angan-angan(khayalan), bukan pada pakaian(zahir yg ditunjukan), tetapi iman itu suatu pegangan hati dan dibuktikan oleh amalan(perbuatan)..

Kata org alim: TAQWA itu umpama seseorang yg berjalan di atas duri.. hamka, sila tunjuk ajar dlm makna kata-kata ini.. maceh!

Akhir peringatan, jom tengok apa Allah kata ttg TAQWA:
" Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"[Ali-Imran 3:102]

wallahu'alam
+ akhie +

TarakNama said...

EISHHH PENIN AHHH SAT TAQWA SAT NASI DAGANG SAT ISTERI HANG HAMKA....ANYWAY APA2 PON SEMUANYA JADI MAYAT...

Anonymous said...

isterumu isteri mu laaaa...aku adalah aku..yang tidak kenal dirimu dan isterimu..tapi terima kasih....blogmu menginsafkan dan menyedarkan ramai pembaca nyaa

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hamka said...

+ akhie +
nice Comment

(((Kata org alim: TAQWA itu umpama seseorang yg berjalan di atas duri.. hamka, sila tunjuk ajar dlm makna kata-kata ini.. maceh!)))

insyaAllah..

PERHATIAN, TAJUK TAQWA AKU TANGGUHKAN BEBERAPA WAKTU UNTUK MEMBERI LALUAN KEPASA EN. MAMAT YG BERTANYA TENTANG AZAB KUBUR..

TAJUK TAQWA INI AKAN KITA SAMBUNG LAGI DI LAIN MASA..SEKIAN TERIMA KASIH..he he he

--------
TarakNama

Ha ha ha, dah jadi mayat nampak macam hilang pening..tapi lagi pening sebenarnya kalau tak bertaqwa….oh…

Ps: kau dah kawin ke?

---------
Tiada nama Anonymous

Aku adalah aku, nyanyi lagu yg rindu
Lemah langgkahku mengejarmu…

taraknama said...

heh heh heh........kahwin...???
nak jawab ke soalan kau nie....???

hamka said...

jawab..jangan tak jawab..ewah..ewah...

taraknama said...

PADA PIRASAT KAU AKU NIE DAH KAWIN KE BLUM ???

Hamka said...

PADA PIRASAT AKU, KAU BELUM KAHWIN!

Anonymous said...

salam..

Anonymous said...

salam, sila btlkn jka ade salah atau silap.

IMAN&TAKWA,
Iman(p'caya@ykin)..sprti mna y kte ktahui, rkun iman ade 6. p'caya kpd Allah, mlaikat,kitab,rasul,kiamat dan qada'&qadar. itu adlh rkunnya. imam ghazali prnah tamsilkn(mngikut hadis2 soheh) iman itu adlh niat dlm hti(tasdiq biqolbi), lafazkn dgn kata2(takrir bilisan) dan amalkn dgn p'buatn(wa amalu bil'akan) brulh lngkap iman. dn apabila sya buat kajian, mmg sya skong 100%. sbb, iman ssorg itu bknlh dr niat dn mulut smata mta. cnth: jka ssiapa ada kwn2 b'agama islam yg mmnum arak,b,judi,d.l.l maksit.. cba tnyakan kpd mrka, p'caya x pda Allah? p'caya x Allah blh tarik nyawa kte skang? p'caya x neraka tu ade? pasti jwpnnya.. *Ish!! gile ke engkau!! mstlh p'caya..* Hmm..kte pla yg dkatakn gile.. tp adkh p'buatn mrka mnunjukkn mrk p'caya? Allah mmndang ssorg itu bknlh dr mulut smata mata(omong2 ksong)sprt mna dfirmnkn oleh Allah dlm surah labah-labah ayat yg ke 2&3: (apkh mnsia itu mngira bhwa mrk dbiarkn sja mngatakn "kmi tlah b'iman" sdang mrk tdak diuji lg?) .. Allah mnilai ssorg itu bknlah dr p'ckapnnya, tp p'buatnnya. printh dn lrngannya itulh ujian2nya. bgtulh cra yg t'baik Allah ajrkn kpd kte. ini adlh konsep iman. iman t'bhgi kpd 3 kategori: yaitu iman ilmu(ilmal ykin), iman dgn p'lihatn(ainul ykin) dn sbnar-bnar ykin(haqqul ykin). ilmu ykin adlh org yg hnya ykin dgn ilmu dn ilmunya itu tpat. dia p'caya tdk ada than slain Allah dn muhammad itu utusn Allah. tp kykinan itu tdk dsokong dgn nas2 al-quran(a.q), hadis2 @pn hujah2 para ulama. ini adlh p'mulaan iman. imannya hnya skadar di otak(logik akal), blm trun dhati@jwa. kbanyakn org2 sprt ini hnya pndai b'kata2. p'lihatn ykin pla adlh org yg sntiasa mrasa stiap msa Allah mmerhatiknnya. stiap msa dia mmkirkn kbesarn Allah. mrk tkut akan Allah. tkut bknlah ssuatu yg blh dibuat2. cntoh: byangkn harimau@ular b'ada ddpan anda, dn pda msa itulh anda smpat b'fkir,aku nk kna tkut ni..bleh jd msa tgh b'fkir tu anda da kna bham. klau mnsia yg normal dia da trus lari da..sbb apa trus lari?? sbb dia bkn skdar thu itu hrimau@ular, tp dia knal hrimau@ular tu. klau kna gigit blaeh mati. knal dn thu adlh p'kara yg sngt b'beza. thu adlh kerja otak mnakala knal adlh kerja ht. klau Allah, blh ke kte buat2 tkut?? sbb apa kte x tkut?? sbb kte x knal pn allah tu sape.. rugilh klau kte dduk mnumpang rmah tuan kte tp kte x knal pn sape tuan kte. sape yg bg rezki kt kte slama ni. snang je klau nk knal. kte kna kaji 99 nama2 Allah dn sifat2Nya. klau bleh rjuk dgn ustaz2 diluar. yg t'akhir adlh sbenar-bnar ykin. dsinilh bru lhirnya taqwa. taqwa bkn b'erti tkut ttp takwa b'erti memelihara. taqwa adlh himpunn dr sfat2 yg baik. dintaranya ialh pemaaf, pmurah, b'ksh syg, sbar, pemaaf..jga mmnta maaf d.l.l sifat yg baik. shngga kte blh mrasakn Allah mmlihara kte dr sfat2 yg bruk. jd..mmg bsar maksud taqwa ni. dr islam lahirnya iman, dr iman lhirnya taqwa. jka shbt2 ada pndapt @ komen sila ajukn, jgn kdekut ilmu..klau xde ilmu kna cri. SALAM.

Hamka said...

: )

dah baca part 2?