May 24, 2016

Cerita Atheist mencari Tuhan?

(Aku suka sebenarnya bila dapat tahu ada anti hadis, anti Al quran, dan orang bukan agama islam juga ada membaca blog aku, tak tahu korang datang dari mana, semoga tulisan aku menjadi panduan dan asbab kebaikkan kepada kita semua dalam kehidupan yang singkat ini, sesunguhnya mati itu tiba tiba, dan mungkin ini adalah entry terakhir yang anda sempat baca…)

Copy paste Keluhan Pakcik tidak bertuhan:

Selepas menjadi atheist di sepanjang hidup saya, dan sebaik saja saya berjaya pulih dari krisis pertengahan umur yang menyedihkan, akhirnya saya membuat keputusan, harus ada sesuatu kehidupan selepas mati yang lebih baik dari kehidupan di dunia ini. Pakar falsafah sering mengatakan kita perlu mencari makna hidup dengan mencari sendiri, atau mencipta sendiri maksud hidup, tapi apabila kita berhadapan dengan alam semesta yang sangat besar luas tidak berpenghujung yang langsung tak peduli dengan kehadiran kita, maka mencipta maksud hidup adalah satu tugas yang sangat sukar.

Dengan falsafah mencari sendiri maksud hidup, anda akan sentiasa hidup bersendirian. Dan adalah sukar untuk mencari maksud hidup apabila anda bersendirian. Saya pernah percaya bahawa alam semesta benar-benar terjadi sendiri secara automatic dan kemudian secara mekanikal. Dan kemudian secara metafosis, Tetapi Sains tidak dapat menjelaskan segala-galanya. Tiada seorang pun saksi yang berada di permulaan alam semseta.

Jadi, pada usia 55, ateisme langsung tidak membantu kerohanian saya, saya sangat terdesak untuk mencari maksud hidup yang lebih bermakna. Perasaan terdesak tu macam batu besar menekan dada, dan ianya buat saya sangat tertekan dan mahu bunuh diti, tapi sekejap, bagaimana jika Tuhan itu ada?, ianya membuatkan saya lagi tertekan, lalu bila dinafikan bahawa Tuhan tiada dan saya akan mati dan tidak dipedulikan oleh Kosmos, buat saya lagi tertekan!

Sesiapa di luar sana, tolonglah saya mencari maksud hidup, tolonglah saya mencari Tuhan. Tolonglah.

Hamka Keretamayat said:

Pakcik…

Tuhan itu sudah pasti ada, buktinya adalah kewujudan kita yang sebaik baik kejadian, jika kita melihat lukisan yang cantik, lalu kita memuji dengan  berkata, sungguh hebat orang yang melukis lukisan ini, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada pelukis walaupun kita tak pernah jumpa dengan si pelukis.

Maka, alam semesta yang besar dan indah ini, juga sangat hebat dan mengkagumkan, alangkah hebatnya Pencipta alam semesta ini? maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada Tuhan semesta alam walaupun kita tak pernah jumpa dengan Tuhan.

Lalu marilah saya pimpin anda untuk mencari Tuhan. InsyaAllah.

Dengan izin, sebelum itu kredit saya dahulukan kepada penulis buku “The Man in the Red Underpants” yang di tulis oleh  A.R. Green.

Buku itu adalah mencerita berkenaan Common sense dalam mencari Tuhan. Dan sebahagian dari apa yang saya kongsikan di bawah, di olah dari beberapa contoh dari buku tersebut.

Contohnya, Apa yang korang akan buat, jika tiba tiba ada lelaki yang hanya pakai seluar dalam warna merah datang ketuk pintu nak semak meter elektrik?

Adakah korang akan benarkan dia masuk?

Atau tanya surat kuasa?

Atau aku rasa, korang pasti akan halau dia, yang mana apapun tindakan korang, maka ianya adalah berdasarkan logic tindakan manusia.

Dan secara logic kita tahu lelaki itu tak datang secara tiba tiba, pasti di hantar oleh seseorang, atau pasti ada sebab yang buat dia tergamak pakai seluar dalam warna merah dan tiba tiba ketuk pintu rumah nak semak bil elektrik.

Ya, logiknya dia seorang yang gila. Atau mungkin dipaksa oleh satu kuasa, kena ugut oleh gangster mungkin? Apa pun yang bermain di fikiran kita, lelaki berseluar dalam itu muncul bukan secara semula jadi, ada sebab dia bertindak demikan…

Tak payah siasat, Cuma bila kita bercerita tentang logic, kita bersetuju bahawa kita ini adalah sebahagian dari alam semesta. Kita bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’. Dan kita bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’?

Dunia ini menjadi semakin stabil dalam kehidupan manusia apabila manusia memperkenalkan standard, seperti ISO yang menyeragamkan semua pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan genarasi zaman moden menjadi lebih berkesan, sebagai contoh, skru yang kita beli di kedai, ada saiz yang standard, pemutar skru juga ada standard, lubang yang nak diputar ada arah yang standard, dari mana standard ini datang?, kita semua tahu sudah, ianya bukan datang secara semula jadi, tapi  dari kesepakatan perwakilan dunia, lalu muncullah ISO, Internasional Standard of Organitation.

Contoh lain, Jika kita kumpulkan bahan-bahan yang boleh menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi, kaca, polimer,getah dan lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir, berapa tahun masa yang perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan menjadi Smart phone? Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.

Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api, angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan berevolusi menjadi ikan, dinasour, monyet, pokok, rama rama, gunung, kumbang, cacak, terung, pisang, panda,  dan tiba tiba anatar semua hidupan itu, muncul manusia?

Ketahuilah, telefon juga berevolution, dulu telefon besar gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan, dulu hanya satu fungsi, sekarang semua fungsi ada, tapi telefon bukan berevolution sendiri, ada orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi, maka sudah pasti ada kuasa yang menguruskannya.

Sebagai contoh: Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya mengelilingi matahari selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan planet lain? Oh tak berlanggar sebab ada orbit? Siapa cipta orbit? Matahari atau bumi? Dan setiap bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi dengan sudut permukaan yang sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan putaran 360, maka berlakulah siang dan malam, bagi garisan khalistustiwa, maka putaran bumi adalah 12 jam siang dan 12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca panas sepanjang tahun kecuali di bulan Desember, iaitu lokasi bumi di salah satu sudut alam semeta yang buatkan berlakunya taburan hujan yang tinggi setiap tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat musim yang konsten setiap tahun, musim panas, musim gugur, musim luruh dan musim salji, oh tidak lupa pasang surut air laur yang di kawal oleh gravity bulan. Jadi siapa yang kawal semua ini? Semula jadi?

Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemduan, kita semua ada smart phone?

Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta yang Maha Kuasa?

Guna Common sense, adakah lelaki yang pakai seluar dalam merah tu tiba tiba sahaja ada?

Maka, pasti dan pasti, dunia dan seluruh alam semesta ini di cipta oleh yang Maha Kuasa.

Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia, siapa yang cipta Tuhan?,

Untuk masalah ini, bayangkan kes penembak tepat yang sudah bersedia menembak sasaran, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh menembak?

Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox, adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu, maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!

Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat Tuhan yang berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.

Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.

Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik, maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.

Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.

Jadi, kepada semua atheist yang mahu mencari maksud hidup sekalian, jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa

Kita boleh terima, bahawa dunia ini di cipta dengan logic sains, ada sebab dan akibat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.

Aku ada baca komen dari Atheist yang nak bunuh diri kerana katanya, Cinta tidak wujud. Dia sering dikhiati wanita dan hidup berputus asa untuk mencari cinta, akhirnya dia hidup tanpa cinta dan ingin bunuh diri dalam keadaaan sedih.

Persoalannya, Adakah benar cinta tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Cinta? Sehingga cinta tiada dalam dunianya.

Dan aku juga pernah jumpa lelaki yang nak bunuh diri kerana katanya, Tuhan tidak wujud. Dia pernah berdoa, tapi katanya Tuhan tidak ada sebab doa tidak makbul, dan hidup berputus asa untuk mencari Tuhan, akhirnya dia hidup tanpa Tuhan dan mati dalam keadaaan sedih.

Jadi, adakah benar Tuhan tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Tuhan? Sehingga Tuhan tiada dalam dunianya.

Begitulah dunia ini, ada yang mati kerana tidak jumpa air, ada yang mati kesejukkan kerana tidak bertemu api, dan ada yang mati kesedihan kerana tidak bertemu cinta, dan ada yang mati lagi sedih sebab tidak bertemu Tuhan.

Jadi, mencari Tuhan perlu pada usaha, bukan setakat tunggu datang depan mata, air pun perlu di ambil dalam perigi, api perlu di cari bahan bakar, cinta perlu di cari pasangan, anak perlu kepada perkahwinan, maka untuk mencari Tuhan, maka perlu pada usaha kerana Tuhan cipta dunia ini dengan logic sains. Siapa yang berusaha akan dapat, siapa yang berputus asa akan kecewa.

Maka untuk itu, sudah pasti Tuhan akan hantar wakilnya untuk bagitahu jawapan berkenaan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini.

Maka carilah seorang Nabi yang paling common sense, iaitu ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, carilah Nabi yang hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk hidup, jaga kambing misalnya.(hint)

Carilah seorang Nabi yang jika dunia ini ada orang paling berpengaruh, maka dialah orangnya kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai mengambil hati, dan pandai serba serbi.

Jika Nabi ini membawa kitab, pastikan kitab yang kita baca itu sama macam asal, dengan bilangan ayatnya, dengan sebutannya, dengan keasliannya. Jika kitab yang kita baca di tulis dengan pelbagai versi, makan mana pergi logic sains kita nak terima beritanya?

Kitab itu pulak, isinya bukan cerita yang bertentangan dengan logic sains, pastikan kitab tu penuh dengan common sense, penuh dengan arahan yang sepatutnya, seperti taat ibu bapa, jangan berzina, tolong orang miskin dan sebagainya, mungkin dalam kitab itu ada cerita yang di zaman itu manusia tak tahu pun seperti, rahsia cap jari, teori big bang, proses kelahiran, kegelapan laut, green teknologi, lapisan tanah dan lain lain yang sangat membantu bagi mereka yang mahu menggunakan akal.

Sebagai penutup, cuba baca keluhah beberapa atheist di bawah:

Atheist 1:

“Bro, Saya tidak pasti jika anda sengaja menyindir atau benar-benar percaya . Tidak setiap atheist membunuh diri yang alami kemurungan. Walau bagaimanapun, saya bersetuju bahawa kekurangan agama buatkan athest membunuh diri, orang agama percaya kehidupan mereka mempunyai tujuan, walaupun mereka lakukan pada dasarnya adalah perkara yang sama dalam kehidupan hari seorang atheist. Tapi perbuatan mereka di sandarkan untuk kehidupan seterusnya, membuatkan mereka, dalam perang pun lebih berani daripada atheist. Saya percaya bahawa agama sangat membantu psikologi manusia untuk meneruskan kehidupan di saat sukar dalam hidup. Bila mereka sakit, agama juga membuatkan mereka tabah menghadapi kematian. Saya pun tiada masalah pujuk mereka yang kemurungan agar memilih agama sebagai penyelesaian.”

Atheist 2:
Saya seorang yang tidak percaya kepada Tuhan, namun hidup saya baik sahaja, sehinggalah anak perempuan saya membunuh diri tahun lepas, saya sedih. Saya menggalakkan anak saya yang lain untuk hidup dengan beragama, sekurangnya mereka tidak bunuh diri macam anak sulung saya. Percayalah, mendengar berita anak kesayangan membunuh diri adalah perkara buruk dalam hidup. Saya akui, kehidupan orang yang percaya pada tuhan, jauh lebih baik jika mereka tidak berlebihan. Sama macam makan ubat, jangan berlebihan, jadi saya nasihat anak saya supaya hidup Bergama, tapi jangan berlebihan.

Atheist 3:
Dua bulan yang lepas, seorang teman saya mati bunuh diri. Beliau adalah orang pertama dalam hidup yang saya berjaya pengaruhi daripada hidup Beragama kepada atheist.  Walaupun saya tidak tahu punca beliau bunuh diri, tapi saya rasa bersalah kerana saya pasti, jika beliau dalam agama yang lama, pasti beliau tidak bunuh diri, saya sangat kenal dia. Terbaru, seorang kawan kepada beliau, yang juga masih baru menyesuaikan diri dengan realiti bahawa Tuhan tidak wujud telah alami masalah kemurungan. Walaupun saya tidak fikir dia akan membunuh diri, tapi saya tidak terkejut jika beliau berfikir untuk bunuh diri setiap masa.

Ini adalah sesuatu yang kita tidak suka mengakui, tetapi ia adalah benar. Terdapat masalah dalam masyarakat atheist iaitu masalah kemurungan dan bunuh diri. Saya tahu bahawa kita semua ingin percaya bahawa atheist adalah orang yang lebih bahagia daripada orang beragama dengan kebebasan hidup kita.  Tetapi kita juga perlu menerima hakikat bahawa dalam beberapa cabang kehidupan, mereka orang beragama jauh lebih bahagia. Terutama when shit happens.

Perasaan teruja adalah kebahagiaan. Manusia  gembira apabila mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku di masa depan lalu menempuhnya dengan penuh teruja. Tetapi apabila manusia tahu apa yang sedang berlaku, apabila mereka benar-benar mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai realiti, bahawa tuhan tidak wujud, dan hidup ini semakin memburuk, yang muda menjadi tua, yang kuat menjadi lemah. Di hujung usia kita hanyalah makluk lemah yang menderita pelbagai penyakit. Lalu kenapa perlu hidup lama dengan penuh menderita jika mati tiada apa apa kesalahan?

Di sini bermula kemurungan, Orang yang beragama, apabila hadapi tekanan hidup, mereka boleh mencari bantuan dan harapan dalam institusi agama mereka, tetapi atheist biasanya hanya boleh mencari dalam internet atau mencari bantuan dalam komuniti kecil tempatan yang selalunya tidak membantupun.

Kemudian terdapat tempoh peralihan di mana seorang atheist baru yang baru sedar tuhan tidak wujud, tapi kehilangan tuhan merupakan bencana besar bagi mereka, apabila tuhan yang mereka percaya rupanya adalah palsu. Sehingga mereka benar-benar merasa kesepian dan juga marah dan juga kecewa lalu menjadi murung yang tidak berkesudahan yang kebanyakkanya membunuh diri(berlaku pada orang yang saya kenal)

Kita perlu bertindak dengan lebih baik. Atheist tidak perlu hidup dengan menderita semata-mata. Kita perlu cuba untuk mendekati mereka yang memerlukan bantuan dan mereka yang memerlukan bantuan perlu sebenarnya mendekati dan mendapatkan bantuan yang mereka perlukan. Mujurlah, terdapat banyak atheist yang pergi ke dalam bidang psikologi dan psikiatri. Jangan menderita secara senyap-senyap dan hadapi seorang diri. Jiwa tidak mampu menjawab persoalan secara sendirian.
Bergabunglah dengan athesti yang lebih tua, kongsi masalah dan falsafah hidup bersama, kita orang yang tidak bertuhan adalah insan paling bebas, gunakan kebebasan kita untuk nikmati hidup. Bukan guna kebebasan untuk akhiri hidup. (bunuh diri)

Tolong jangan bersendirian hadapi kemurungan, bergaullah dengan kawan kawan yang senasib dengan kita.

Aitheist 4:

Saya telah menjadi atheist sejak umur 14 tahun,  selepas itu hidup saya tertekan kerana tiada tujuan, dan saya pernah membunuh diri  tapi gagal, semenjak itu saya menjadi seoarang yang sangat murung. Sekarang saya masih berfikir tentang membunuh diri.  Sebab saya tak tahu kenapa perlu teruskan hidup, Tiada orang bodoh datang berbohong dan memberitahu saya keadaan akan menjadi lebih baik. Hanya Dr. dengan pil yang cuba membantu tapi tidak Berjaya.  

Saya kini 46. There are atheists in fox holes. I'm there dan bukan sahaja Tuhan tidak wujud bagi saya, malahan cinta dan kawan juga tidak wujud dalam hidup saya. Saya ada perasaan cinta pada orang lain, tapi orang lain tiada perasaaan cinta pada saya, kerana cinta tidak wujud dalam dunia saya, inilah pengakuan jujur dari saya, Saya benci dunia ini dan bertambah sedih kerana tiada dunia lain yang boleh saya miliki. Hidup tanpa kasih sayang wanita buatkan hidup saya tiada makna, kini saya hanya menjerit dalam gelap.

Ex-Atheist 5:

Saya datang ke forum ini ketika mencari hubungan antara ateisme dan bunuh diri selepas mendengar berita Robin Williams bunuh diri. Saya pernah menjadi seorang nihilist dan bila baca someone on this forum fear non-existence was close but not true for me.

Semasa saya nihilist,  saya tidak mempunyai rasa takut kepada non-existence, I knew that I was fundamentally absurd, just like the rest of reality.  dan itulah yang memberi tekanan yang maha hebat dalam hidup saya. Saya tahu bahawa saya akan hilang begitu sahaja, I was a hypocrite whenever I lived or did anything contributing to the delusion that life is important, special, valuable, or real. Sehinggalah akhirnya saya cuba membunuh diri untuk melepaskan diri dari non-existence. Tapi akhirnya saya diselamatkan, dan saya tidak mahu bercerita tentang pengalaman rohani di sini namun hidup sebagai seorang beragama sekarang, adalah sejuta kali lebih baik dari hidup sebagai nihilis.

******

Ok, cukuplah 5 keluhan Atheist yang aku copy paste. Akhir kata kepada Pakcik yang yang mencari Tuhan.

Sesungguhnya.

Hidup perlukan kasih sayang dan kasih sayang boleh datang daripada pasangan, rakan rakan, dan keluarga. Tetapi pasangan, rakan-rakan, dan keluarga boleh mengasihi kita satu hari dan tidak mengindahkan kita pada hari esok. Sebab tu ramai yang bunuh diri bila pasangannya curang. Bagi orang yang beragama, cinta dari Tuhan adalah infiniti dan akan sentiasa ada untuk kita.

Hakikatnya, penderitaan membawa kita lebih dekat dengan sumber untuk dicintai dan disayangi, biasa orang menderita akan pergi pada pelukan orang tersayang, isteri, ibu, anak-anak, tapi bagaimana jika orang tersayang berpaling tadah atau sudah tiada?. Di sinilah masalah berlaku bagi orang yang tidak bertuhan, mereka mungkin akan pergi pada doctor atau mengasingkan diri dan ditimpa kemurungan kerana tiada kasih sayang dari Tuhan.

Keperluan manusia bukan setakat makanan, udara, pakaian, tapi semua manusia perlu pada harapan. Tanpa harapan hidup akan musnah.

Orang yang beriman mengetahui bahawa hidup bersendirian adalah  ilusi kerana semua insan hidup diperhatikan Tuhan. Tapi bagi seorang atheist, hidup bersendirian adalah realiti. Jika kehidupan sosial anda tidak berjalan dengan baik, anda keseorangan. Jika anda ada masalah kewangan yang teruk, anda keseorangan. Jika anda kekurangan, anda keseorangan.

Sudah tentu terdapat banyak atheist gembira. Tetapi apabila kehidupan ditimpa masalah besar, di mana mereka boleh berpaling? Pergi ke pakar psikiatri, terapi talk, pil tenang fikiran, atau bunuh diri?
Agama bukan sekadar sistem sokongan. Ia adalah sudut pandang. Kita dapat melihat dunia ini berhubungan dengan dunia lain yang jauh lebih besar kerana sudut pandang yang berbeza. Kita tahu bahawa minda sedar kita hanya mampu melihat sebahagian kecil daripada keseluruhan dunia.
Atheist mengecilkan sudut pandang mereka. Anda memandang keseluruhan dunia dengan ego sedar anda.

Bila anda di timpa masalah, ego sedar anda hanya mampu meminta bantuan dari manusia yang juga lemah seperti anda, mereka pun ada masalah mereka sendiri, tapi bagi orang agama, masalah di minta kepada Yang Maha Berkuasa, sebab itu hati mereka tenang walaupun di timpa masalah.

Menjadi seorang yang beragama tidak mudah, ianya adalah satu perjuangan yang sukar. Hidup selalu di uji. (jangan mengaku beriman sebelum kamu di uji). Jika hidup bergagama itu mudah, maka semua orang akan layan agama macam pesta.

Sesungguhnya, Di dunia ini ada orang Beragama yang tidak bahagia, dan ada orang yang tidak beragama juga menderita. Begitulah sebaliknya, ada orang agama yang bahagia dan ada orang yang tidak beragama juga bahagia, tapi di waktu mati, orang beragama lebih  bahahagia kerana mereka berfalsafah dengan kematian. Woha!

Bak kata seorang pengomen, If I die and I’am right I WIN! If I die and you are right I still WIN! Why? Cause I lived my life with a greater hope. If I die and I’am right You LOSE! If I die and you are right YOU still LOSE,cause Atheism produces hopelessness in life. Deep nih, Please take note.

Akhir kata (berapi kali akhir kata daa), Sebagai orang Islam, dan selepas baca pengakuan Atheist yang masuk islam seperti Bekas Paderi, Doktor, Ahli Sukan, dan lain lain, terbukti islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang dengan mata pedang, buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak boleh minum arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk islam, malahan ugama yang benarkan pengikut murtad, kurang popular berbanding dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut Guinness Book of World Records, islam adalah ugama paling pantas berkembang di seluruh dunia.

Copy/paste

According to the Guinness Book of World Records, Islam is the world’s fastest-growing religion by number of conversions each year: Although the religion began in Arabia, by 2002 80% of all believers in Islam lived outside the Arab world. In the period 1990-2000, approximately 12.5 million more people converted to Islam than to Christianity.

Jadi, pointnya di sini, sama macam urusan dunia, iaitu dalam menilai fakta, kita akan kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, kita baca journal dan research paper, tengok jumlah data, perbandingan analisis, dan kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita faham beza antara teori dan hokum. Beza antara testomoni dan expert opinion, juga beza psedoscince dan sains. Yang mana at the end. Fakta tetap fakta.

Maka dalam bab agama, bagi Atheist di luar sana, perkara sama juga anda kena buat, kena kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi,  kita rujuk data, kena buat perbadingan analisis, dan rujuk kajian keisanambungan, yang mana jika kita bias dalam kajian bab agama, maka jadilah kita sehingga kita menolak fakta dan menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek moyang, atau tolak kewujudan Tuhan dan mati bunuh diri, adohai..

So, dalam pengalaman mencari Tuhan, boleh rujuk pengalaman Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari Tuhan, mengkaji semua agama dan buat perbandingan yang mana akhirnya memilih agama Islam kerana paling common sense. Paling tepat untuk ummat manusia.

Ops, satu lagi, jika nak kaji tentang Islam pula, jangan tengok orang islam, sebab ada orang islam yang nama sahaja islam tapi perangai tidak islam, perkara ini ada di tulis dalam kitab Al quran 1400 tahun dahulu, (orang munafik) Jadi, jika nak tengok Islam, tengoklah Kitabnya, itulah yang dilakukan oleh Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain.
Ok, sudah panjang saya membebel, selamat masuk agama Islam.

Akhir cerita, Hari tu ada tengok pasangan kekasih bertengkar, rupanya si awek ni kena marah sebab gagal cari si pakwe, telefon hilang, no phone hilang, alamat semua hilang, jadi waktu si pakwe ni marah kat si awek dia jerit:

“Tak tahu nak cari saya kat mana? Eh awak, Jika kita ikhlas mencari, Tuhan pun boleh kita jumpa, inikan pulak saya!”

Perggh, deep betul ayat dia. Woha!

Ok, sampai sini dulu, Semoga Allah kurniakan pakcik, dan kita semua; Syurga yang abadi.
Amin.

Ps: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan. Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Maka biarkan aku mati dalam keadaan taat kepada Allah dan Rasul. Lakum Di Nukum wa liyadin.

May 18, 2016

Anti Hadis Meroyan?

(Orang mengaku Rasul Melayu dengar khabar sudah bertaubat, Alhamdulillah, Aku doakan anti hadis di beri hidayat dan petunjuk untuk bertaubat, dan aku juga berdoa agar kita semua di beri jalan yang lurus dan mendapat keampunan-Nya, amin)

Pada suatu hari, di zaman duduk asrama. Aku capai buku hadis, (ehem, ehem)

Pok Mang (bukan nama sebernar) capai buku komik.

Kata Pok Mang, lebih baik baca komik dari baca hadis, sebab komik ni walau menipu tapi menghiburkan, hadis pulak, semua palsu, semua tipu dan penuh ancaman.

Rupanya Pok Mang anti hadis, kata Pok Mang, hadis ni ciptaan manusia, ciptaan orang arab untuk tipu semua manusia. Al quran sahaja yang betul. Lebih baik baca komik dari baca hadis!

Stop kejap kisah aku dan Pok Mang anti hadis di atas, sebab, rupanya di ruang komen blog keretamayat. Ada juga insan lain bernama Pok Mang sedang meroyan kutuk ulamak arab.

Pok Mang kata dia percaya pada Al quran sahaja, hadis semua palsu. nak jugak aku berdebat dengannya, tapi bila dia kata orang Islam sembah Kaabah sama macam sembah berhala, dan semua orang pergi haji syirikkan Allah dengan batu, buat aku rasa buang masa berdebat dengan orang bodoh macam gini,

Lagipun di ruang komen ada orang cuba bagi Ayat Al quran kisah syaitan yang tak nak sujud pada Nabi adam, sebab konon nak sembah Allah sahaja, lalu kena laknat, tapi Pok Mang pusing tafsir lain seolah dia lebih faham Bahasa arab dari ulamak arab.

Lepas tu ada pembaca lain buat anologi Pok Mang anak luar nikah, sebab IC boleh di palsukan, mana boleh percaya pada IC, Al quran sahaja betul? tahu pulak Pok Mang marah, tahu pulak IC ni ada yang palsu dan ada yang betul, sebab ada system yang mana pakar IC boleh sahkan, jadi sama jugak hadis ni ada yang palsu dan ada yang soheh, pakar hadis boleh sahkan.

Tapi Pok Mang meroyan, lalu bila ada pembaca bagi Link Dr Maza cabar anti hadis berdebat, katanya tak nak berdebat dengan orang yang sembah batu. Adohai…

So pesanan ringkas pada Pok Mang.

Al Quran tak turun senaskah dengan hard cover, sahabat yang sama sampaikan hadis, sahabat yang sama kumpulkan al quran. Ulamak sama yang ambik hadis dari sahabat, ulamak sama yang ambil Al quran dari sahabat, zaman berzaman.

Jadi, Jika korang boleh percaya pada Al quran yang dikumpulkan oleh sahabat, sebagai manusia yang punyai akal yang waras, hadis pun kita kena percaya bang.

Lainlah korang anggap Al quran turun sebijik terus siap dengan Hard Cover.. adohai..

Kembali kepada babak aku dan Pok Mang di atas.

Babak yang mana aku sedang baca hadis tapi diperli oleh Pok Mang yang sedang beca komik.

Katanya baca komik lagi bagus dari baca hadis. sebab komik ni walau menipu tapi menghiburkan, hadis pulak, semua palsu, semua tipu dan penuh ancaman.

Ok, aku yang sedang baca hadis (ehem, ehem), tiba tiba berhenti dari baca hadis.

Pok Mang senyum dan bertanya:

“kenapa?”

Jawab aku sambil tersenyum.

“Dalam hadis yang aku baca tadi bagitahu, siapa baca surah al Mulk akan dijauhkan azab kubur”

Lalu dari jauh kelihatan Pok Mang yang tidak khuysuk membaca komik kerana di sisinya ada aku yang sedang khuyuk membaca surah Al Mulk.


Woha!

ps: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”-Hadis.

May 16, 2016

Kursus menjadi penulis?

"Cik Hamka, boleh tak ajar saya ilmu menulis buku?"

Boleh! 29 May ini, saya ada joint bengkel penulisan kreatif. 

Sila hubungi No 019 4702839.
Jumpa di Bandar Baru Bangi, S'gor!
Woha!

May 11, 2016

Jalan jalan cari hashtag?

(Azam aku menjelang umur 40 tahun... kisah cita cita kecilku...)

Tahun lepas terbit dua buku, Semusim di Neraka dan Kisah Laki Bini, Tahun ini, belum pertengahan tahun, aku terbit tiga judul buku, iaitu Kisah anak Bini, Menangkap Dajjal Di waktu Dhuha dan Aku, Almond London dan Gay. Alhamdulillah,

Di Pesta Buku Antara Bangsa KL baru ni, 4 hari aku turun sana, sebab ada seisi tanda tangan di empat Booth, iaitu Terfaktab, Buku Pojok, Dubook dan Tarbiah Sentap. Dapatlah jumpa ramai kawan penulis, dan dapatlah korang pembaca setia blog keretamayat bergambar dengan aku yang sebelum ini 'menyorok' di alam maya.

Buku aku alhamdulillah, berkat sokongan korang, semuanya ada dalam carta top 10 di booth masing masing, syukur, so balik dari pesta buku, aku sempat jalan jalan di Instagram cari hashtag untuk baca komen pembaca tentang buku aku, alhamdulillah, ramai yang suka. puji, rokemen, dan adalah juga yang share gambar aku, Korang buat apa yang korang suka, akupun tumpang suka. Woha!

Jadi hari ni aku nak update blog dengan copy paste komen di IG tentang komen pembaca mengenai tiga buku terbaru aku. Untuk mereka yang nak beli, boleh klik gambar di tepi side blog keretemayat.

KISAH ANAK BINI-BUKU POJOK

Sis dah baca habis buku ni..

Bagi sis... orang yang akan mendirikan rumah tangga.. yang dah berumah tangga..yang akan timang cahaya mata.. yang dah ada anak.. senang cerita.. semua peringkat umor...

Patut beli dan baca... hamka_keretamayat tulis semua cerita dengan sempoi.. senang paham.. padat. Kemas. Tepat. Deep. Tapi tu la hakikat sebenarnya..

Wooha!

oleh: effazh

https://www.instagram.com/p/BFOltmMmq00/



Menangkap Dajjal di Waktu Dhuha-Tarbiah sentap

oleh ayienadha

Kalau kau ada basic ilmu tanda kecil2 kiamat dan tanda2 besar kiamat, kau lagi faham tentang isi buku ni sebab penulis ni akan buat kita imagine dengan watak2 dalam buku ni tentang gambaran kemunculan sebelum, semasa dan selepas dajjal.

Setiap penghabisan bab dia akan guna trademark dia sendiri such as#‎woha! and #‎adohai. adohai tu lebih kpd merungut or mengeluh tapi aku faham sebab dia kena hadap perangai manusia suka politik kotor dan kejahilan ilmu tentang sains rakyat marhaen sekeliling beliau. sabar ye hahaha
sarcasm mesti ada. tapi tk semua faham maksud di sebalik sarcasm. takyah terang kalau kita tuju dia tk faham. hahahaha

Aku dapat fakta baru tentang hujah manusia jejak bulan. part ni berkerut aku baca, ulang banyak kali kasi faham sebab part ni paling serious aku pernah baca. serious! 😖

setiap cerita ada ending dia. okaylah not bad. kiamat besar paling akhir imam mahdi dan turunnya nabi isa a.s. takyah pelik sangat guna nama watak2 penulis kasi. saje nak bagi kita faham-- biar kita sedar yang kita takleh sentiasa di comfort zone. okay? kalau curious sangat pi beli. paling reccomended untuk korang baca.



Aku, Almond London dan Gay-Dobook Press

Buku ni baru beli semalam dan baru sebentar tadi aku sudah habiskan membaca isi naskah ini.
Buku ini mungkin dikecam bagi penyokong LGBT dan yang terlibat. Tapi bagi aku, buku ini tidak keterlaluan untuk dibaca oleh golong LGBT kerana naskah ini bukan buku islamis yang mengeji dan menghukum LGBT.

Untuk tahu isinya, baca dulu dong baru beri komentarnya. Yang penting, baca dengan hati terbuka. Dan yang penting, jika mahu baca naskah ini, kena ada 2 perkara, niat dan pengorbanan.

oleh: kudeing

*****
8 judul buku setakat ini.

Okey, Jutaaan terima kasih kepada semua pembaca dan pembeli yang menyokong penulisan aku selama ini. 10 tahun  menulis, sepatutnya ada 10 buku, sekarang baru 8 buku, 2 lagi InsyaAllah, 

Doakan, semoga aku sebelum berumur 40 tahun, ada 10 judul buku! amin...

May 5, 2016

Bermain Tweet di malam Israq Mikraj?

(27 Rejab: Ceramah oleh aku, khas buat anak Haji Kazim Takzim yang suka suka main tweet akaun ayah beliau. Kisah ini dipetik dari Buku Semusim Di Syurga)

Selepas selesai solat magrib, seorang pengerusi masjid bangun dan membuat pengumuman:

“InsyhaAllah tuan tuan, hadirin sekalian, selepas solat sunnat bar’diah maghrib, kita akan adakan ceramah sempena israk dan mikraj yang akan di sampaikan oleh ustaz Hamka Keretamayat, insyaAllah!”

Hadirin mulai bersolat sunnat.. ada jugak yang beredar ke luar masjid, pergi berak agaknya-aku bersangka baik…

Beberapa minit kemudian, bangkitlah seorang lelaki yang berbulu jarang pada kakinya menuju ke kerusi yang telah di tempatkan di hadapan hadirin bersebelahan tempat imam yang membelakangi kiblat dan mengarah kepada kamera, atau dalam situasi sebenar mengarah ke arah penonton juga sidang hadirin masjid.

Kata lelaki yang duduk di kerusi sambil melabuhkan perutnya..:

“Asalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh”

(hadirin mulai menjawab salam, secara berbisik..)

“Saya bukan ustaz, saya baru ‘Nak Start’

(ada hadirin yang tertawa-aku tak buat lawakpun-ikhlas, aku mengaku bukan ustaz)

“Saya sebenarnya hanya di minta oleh pengerusi masjid ini, Imam Habib Abid kerana ustaz Sufi Supian yang sebenar tidak dapat datang kerana hantar mertuanya berubat, saya tak pandai sangat sebenarnya, jadi dalam masa yang terluang ini, elok rasanya kita penuhkan sedikit dengan pengkosian ilmu..

(wah, skemanya aku)

"Bismillahirahmanirahim, Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata : 'Ya Tuhan kami, tiadakah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia?. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka'"

(Aku sengaja membaca ayat di atas dalam surah Ali Imran: ayat 190-191dengan harapan dapatlah aku menumpang Nur Al- Quran ke dalam majlis ini kerana berkat Nur Al-Quran, akan mudahlah melembutkan hati manusia dan Jin.. insyaAllah!)

Aku mula berceramah…

Pertama-tama sekali, syukur pada Allah s.b.w kerana telah pilih kita semua, sedangkan ada ramai lagi yang duduk di luar sana, tapi kerana kasih dan sayang Allah, dapat kita duduk di tempat yang patut kita duduk pada waktu dan tika ini…

Sedangkan Allah berkuasa untuk letak kita depan TV sekarang ini atau di mana sahaja,

Tuan tuan yang di muliakan Allah,

Sekiranya kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk yakni bukan di masjid… maka kita akan duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk, seperti panggung wayang, padang bola dan sebagainya,

Apabila kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk,maka kita akan buat perkara yang tidak PATUT kita buat…

Dan apabila kita buat perkara yang tidak PATUT kita buat, maka kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan!

Demikian! Bila kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan, maka takut-takut kita akan jadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat!

Dan apabila kita menjadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat, maka kita akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit!!!!

Lalu kita akan duduk ke tempat yang tidak PATUT kita duduk iaitu Neraka jahanam!!!

Naduzubillah,

Maka tuan tuan hadirin sekalian, marilah kita pasang niat untuk duduk dalam majlis ini sampai habis, boleh insyaAllah?!

(hadirin menjawab dengan kuat: insyaAllah!!!)

Satu hari seorang puteri telah keluar ke taman bunga dan memilih beberapa kuntum bunga untuk di letakkan ke dalam pasu di kamarnya bagi mengindahkan pandangan kamarnya,

Maka tuan tuan sekalian, adalah seperti bunga bunga yang telah di pilih oleh Allah SWT lalu di letakkan tuan tuan hadirin sekalian ke dalam tempat yang paling baik, iaitu rumah Allah bagi menghiasi 'taman-taman shurga' ini.

Dan sekuntum bunga telah di pilih oleh sang puteri di antara beberapa kuntum bunga dari dalam pasu bunga lalu di sematkan ke telinga, bagi menambah seri sang puteri, dan ‘bunga’ itu adalah saya, he he he, yang duduk di hadapan tuan tuan!

(hadirin tertawa-aku telah lama kelakar, adohai)

Bercerita mengenai israk dan mikraj, tadi saya dapat tweeter dari ketua kampung kita Haji Kazim Takzim, err, Ketua kampong ada tak datang malam ni?

(hadirin pandang kiri kanan, lepas tu semua pakat geleng kepala)

Bukannya apa, tadi ada dapat tweet dari Haji Kazim Takzim yang persoalkan adakah benar kisah Nabi Israk dan Mikraj naik ke langit, beliau tanya sumber mana?  dan berapa kelajuan buraq sampai boleh naik ke langit ke tujuh?

Saya  mintak maaf jika soalan ini sudah ada orang tolong jawab kepada  Haji Kazim Takzim yang bertanya, sebab israk mikraj ni disambut setiap tahun, bukan 30 tahun sekali, sepatutnya sebagai ketua kampung patut dah tahu lama kisah ni sebab semua ustaz tahu, tapi mungkin ketua kampung yang bertanya perasan sibuk hingga baru dengar kisah Nabi naik ulang alik jumpa Allah, dan baru rasa nak tanya dengan Twiiter kepada seluruh rakyat malaysia.

Saya tak tahu sama ada Haji Kazim Takzim sendiri yang hantar atau mungkin anak Haji Kazim Takzim yang pinjam akaun tweet beliau, atau mungkin ini fitnah dari orang yang tidak suka kepada Haji Kazim Takzim, kita sama sama sangka baik,

Tapi takpelah, sempena malam israk dan Mikraj ini, maka saya cerita sepintas lalu kepada mereka yang baru tahu kisah Nabi Muhammad SAW naik ke langit dengan pantas dan ulang alik jumpa Allah.

Begini kisahnya.., Kisah ni dah lama, 1400 tahun yang lalu iaitu ketika Nabi sedih tengok ummat manusia buat dosa dan kerosakkan, maksiat sini sana, bunuh anak hidup hidup dan masukkan segala segala jenis jenayah yang terlitas di fikiran anda semua, Maka Nabi Muhammad SAW telah menyendiri di gua Hirak dalam keadaan fikir risau terhadap ummat.

Lalu datanglah malaikat Jibrail a.s wakil kepada Tuhan memberi jalan penyelesan kepada masalah ummat yang melanda masyarkat arab. Pada mulanya Nabi takut dan berpeluh, tapi setelah ditenangkan oleh bininya, dan dengan pendapat dari bapa saudaranya bahawa itulah tanda kenabian, maka Nabi muhammad SAW pun berdakwah pada penduduk Mekkah dengan cara jumpa manusia sorang demi sorang.

Dakwah cara jumpa orang ni memang mujahadah, saya pernah kena maki dengan bekas bilal kampong ni dulu, tak pelik sebab zaman Nabi pun, baginda kena maki, kena ludah, kena lempang, kena sepak dan macam macam lagilah, tapi Nabi faham, ini perintah Allah, dakwah cara jumpa orang ni telah di buat oleh semua Nabi terdahulu, dan cara ni banyak gagal dari berjaya, Nabi musa dakwah cara macam ni, Firaun tak ikutpun, Nabi Nuh dakwah cara macam ni selama 950 tahun, 83 orang jer ikut. Nabi ibrahim dakwah Namrud cara macam ni pun gagal.

Tapi Allah tetap lantik Nabi Musa, Nabi  Ibrahim, Nabi Nuh sebagai nabi ulul Azmi, kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi sejauh mana kita berjaya ikut perintah Allah.

10 tahun kemudian, adalah lebih kurang dua tiga ratus orang ikut Nabi Muhammad SAW, terutama orang miskin dan hamba abdi, itupun kena seksa jugak, malahan nabi dan orang islam kena boikot tak boleh dijual makanan kepada mereka, maka adalah anak anak orang islam yang mati kelaparan.

Dalam keadaan susah macam tu, Nabi masih tabah berdakwah siang dan malam, sehinggalah dua orang yang paling banyak bantu Nabi dalam berdakwah, telah meninggal dunia. Pertama, Abu Talib selaku  pakcik yang jaga baginda waktu kecil (nabi anak yatim) Pakcik yang akan membela nasib nabi bila di serang oleh orang kafir, sehingga orang kafir tak tergamak nak bunuh Nabi kerana hormat pada bapak saudaranya, namun yang menyedihkan Nabi, bapak saudaranya mati dalam keadaan kafir, beliau ditakdirkan masuk neraka selamanya, kita pun akan sedih jika orang yang kita sayang, mati masuk neraka.., apatah lagi Nabi yang sudah tengok neraka, adohai..

Orang kedua yang Nabi sayang tapi meninggal pada tahun yang sama adalah isteri beliau, iaitu Khatijah r.aha, Dulu bila penat berdakwah dan penat kena maki dengan orang kampung, balik rumah dilayan bini dengan mesra, hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang.., siapa tak sayang bini ooii?
Dalam kesedihan sebegitu, orang kapir makin rancak menyusahkan nabi, maklumlah bapak saudara Nabi yang selalu back up dah mati, maka Nabi buat keputusan untuk berhijrah ke taif.

Di taif Nabi datang jumpa ketua mereka mintak izin untuk tinggal di sana dan berdakwah tentang agama islam. Tapi Nabi kena pukul, waktu itu umur Nabi lebih kurang 50 tahun, dah tua tapi kena pukul dan di baling batu oleh orang kampung sejauh 1 km lebih kurang, Nabi luka dan berdarah, dan Nabi telah meninggalkan Taif dalam keadaan cedera dan menangis.

Dalam kesedihan yang bertalu talu, datang peristiwa yang bakal menjadi penyejuk mata baginda Nabi Muhammad SAW, yang mana malaikat Jibril telah datang dan membawa Nabi melihat dunia yang selama ini baginda hanya beriman tanpa melihatnya, dengan menaiki binantang yang bukan berasal dari bumi, Nabi telah naik ke langit dan melihat alam akhirat dengan mata kepala baginda.

Kita pun jika berdakwah tiba tiba diberi peluang melihat shurga dan neraka, melihat nikmat shurga dan azab neraka, tentu rasa seronok sangat.., dan Nabi digembirakan lagi oleh Allah dengan berpeluang bertemu rakan seperjuangan dan berbual dengan Nabi Nabi terdahulu yang sama susah seperti baginda, dan kemuncak israk dan mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.

Dalam satu hadis yang aku petik dari Buznama, Allah telah bertanya pada Nabi, apakah perkara yang malaikat saling berbahas, Nabi jawab: aku tidak tahu, lalu Allah buka 7 petala langit depan mata Nabi maka Nabi menjawab bahawa malaikat sedang membahaskan pahala orang yang solat di malam yang sejuk dan hari yang panas, lalu di hujung pertemuan Nabi kekasih Allah, maka telah dikurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir zaman yakni solat 50 waktu sehari semalam.

Dalam riwayat yang lain, Nabi telah melihat di setiap lapisan langit terdapat malaikat yang sedang sujud, dilapisan langit lain ada malaikat yang sedang rukuk, dilapisan langit lain pula ada yang mengaji, ada yang bertasbih yang mana rupanya solat adalah himpunan ibadat para malaikat yang beribadat pada kekuatan 7 petala langit yang mampu selesaikan masalah dunia dan akhirat apabila dilakukan dengan tertib dan yakin yang betul.

Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,

Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakn dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.

Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih kurang.

Tidak lama selepas israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW  bersama beberapa orang pengikut telah berhijrah ke Madinah, 10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir sehingga ke hari ini.

Tapi kita yang mendengar cerita ini, tentu ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya sekali seminggu ke, sekali setahun ke, Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri kita sangat lemah kerana tidak pernah bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, atau agama hanya dilayan dengan dengar ceramah, adohai..

Bagi Haji Kazim Takzim yang bertanya 'boleh sesiapa sahkan perkara Nabi naik ulang alik jumpa Allah?'  Maka jika di umur senja begini dalam hidup beragama islam tapi masih belum yakin dengan peristiwa israk dan mikraj, dan masih bertanya, betuk ke tidak?, habis tu bila masa pulak korang nak solat 5 waktu? Adohai..

Akhir kata,  biralah orang kapir sahaja tidak percaya kisah Nabi pergi ke langit jumpa Allah dan balik semula ke dunia hanya satu malam? Mungkin ada yang bertanya berapa laju buraq yang ditungangi Nabi, jawapannya, hajalu= Jarak/masa. Dan masa adalah termasuk ciptaan Allah.

Demi Masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan hak dan berpesan dengan sabar.

Sekian terima kasih. Semoga jawapan yang ringkas ini memuaskan Twiiter semua pihak, tutup majlis dengan tasbih kafarah.


( Rujukan: Buznama dan Sahih Bukhari Book: 59, Hadith: 3207)


Ps:Boleh Rujuk Buku SEMUSIM DI SYURGA untuk cerita lain berkenaan kalendar Islam.

Apr 29, 2016

Jom Jumpa sambil berselfie?

(Dah 10 tahun aku menulis blog keretamayat rupanya)

Dulu waktu mula mula tulis blog, ada orang kutuk.

“kau tulis panjang panjang, bukan ada orang bacapun! Ha ha”

Ok, aku tulis nota kepada diri, aku yang baca. Ini cara aku dokumentasikan ilmu, tulis balik ilmu yang aku belajar dengan gaya bahasa yang aku sendiri mudah faham. dan alhamdulillah, dari entry pertama 2006, hingga entry terkini 2016, aku tengok masih ada orang yang sudi baca blog aku. 

Terima kasih.Pageview dan 5 juta lebih. Hampir setiap entry ada komen membina, dan ada yang berterima kasih dalam email atas tulisan tulisan yang aku tulis kerana mengubah hidup mereka katanya. Alhamdulillah, semua dari Allah.

Masuk 2012, aku terbit buku sendiri, kisah suka duka orang nak kahwin waktu muda serta kisah asam garam rumah tangga, yang berjudul, PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI, bekerja sama dengan Hafizbar bawah syarikat Afdal Publication. penat tapi puas, masuk 2013, Hafizbar hijrah ke USA, aku dapat tawaran dari Terfaktab untuk terbit buku. Aku dah rasa penat terbut sendiri, so aku setuju. Maka buku kisah pasangan muda baru kahwin dan suka duka di awal perkahwinan dari malam pertama ke mengandung anak pertama dibukukan, berjudul KAMAR SUTERA yang muncul pada tahun 2013, dan tahun ini, untuk 2016, masih di ulang cetak.

Cover lama yang dah tak dicetak

2014, terbit pula buku SEMUSIM DI SYURGA, kisah tazkirah santai, kisah gelagat masyarakat di setiap peristiwa penting kelendar hijrah, kisah awal muharam bilal bergaduh dengan imam, kisah aku berebut bubur asyura, berarak sempena Maulidul Rasul, dan pelbagai lagi karenah masyarakat yang kelakar dan deep. Dalam buku ini ada prakata dari Blogger Lagenda Sembang kencang, atau Mr Takaful Man, Firdaus Ahmad. Satu penghormatan untuk aku dapat prakata dari Blogger lagenda yang berhenti kerja Engineer Petronas.

2015, terbit pula buku SEMUSIM DI NERAKA, dark side kepada SEMUSIM DI SYURGA, kisah tazkirah sentap, kisah gelagat masyarakat di setiap peristiwa penting kelendar Masihi, kisah azam tahun baru yang pelik, kisah sambut hari kekasih, hari ibu, hari guru dan pelbagai lagi karenah masyarakat yang kelakar dan deep. Dalam buku ini, ada prakata dari Blogger Lagenda SEMUSIM DI NERAKA, iaitu Ahmad Kamal Abu Bakar, atau AKAB. Satu penghormatan untuk aku dapat prakata dari Blogger lagenda yang pernah jual baju SDN.

Hujung 2015, aku dapat tawaran dari Karang Kraf bawah penerbitan Buku Pojok, maka munculah KISAH LAKI BINI yang sudah 5 kali di ulang cetak walau belum cecah setahun, Alhamdulillah. Kisah suka duka Laki Bini dari Terengganu nak pergi kenduri makan gulai di KL, dalam perjalanan diuji mara bahaya sehingga perjalan yang sepatutnya 6 jam, menjadi 3 hari 3 malam, namun oleh kerana cinta mereka kuat, maka segala ringtangan pahit maun menjadi manis akhirnya.

Pada tahun yang sama, aku juga dapat tawaran dari Tarbiah sentap, dan Dubook Press, maka keluar lagi 2 buku baru yang siap pada 2016, akan di jual di Pesta Buku Antara bangsa Kuala Lumpur, untuk Tarbiah Sentap, judulnya MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA. Kisah penduduk kampung Kuala Syurga yang menghadapi gelombang fitnah akhir zaman dan bagaimana mereka menanganinya, manakala untuk DuBook Press, judul Buku adalah, AKU, ALMOND LONDON dan GAY. Kisah aku mencari Almond London tapi di goda gay dan bagaimana cara nak atasi masalah LGBT. Buku ini aku rasa paling mirip dengan gaya Bahasa blog di awal 2006 dahulu, jenis jelas dan terus terang, ha ha.

Oh, ye, Buku KISAH LAKI BINI juga dah ada sambungannya, berjudul KISAH ANAK BINI, yang menghimpunkan soalan dari anak yang pelik pelik, tapi masih mampu kami laki bini menjawabnya. Woha! Pun ada dijual di PBAKL.

Jadi pejam celik pejam celik, ada 8 judul Buku aku di pasaran, kepada semua pembaca jemput datang ke pesta buku.



Ini tarikh aku ada di sana untuk seisi tanda tangan, InsyaAllah:

2 Mei 2016: 11 pg hingga 1 tgh, booth Tarbiah sentap-Menangkap Dajjal di Waktu Dhuha.

2 Mei 2016: 1 thg hingga 2 ptg, booth Dobook-Pelancaran Buku AKU ALMOND LONDON dan GAY
7 Mei 2016: 2 ptg hingga 4 ptg, booth Buku Pojok-Kisah Anak Bini, dan Kisah Laki Bini

7 Mei 2016: 5 ptg hingga 6 ptg, booth Terfaktab-Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Kamar Sutera, Semusim di Syurga, dan Semusim di Neraka.

Oh ye, pada 8 Mei 2016: 9 pg hingga 2 ptg, aku ada joint Bengkel Penulisan Kreatif di Bangi. Aku akan bagi talk dalam sejam dua. Pendaftaran masih di buka. Rujuk gambar.

Ralat. Bengkel penulisan kreatif pada 8 Mei ini terpaksa ditangguhkan kerana penceramah utama. Khairy Tajudin Novelis alami kemalangan. Semoga beliau cepat sembuh. Sama sama kita doakan. Amin.


Ok, itu sahaja nak kongsi kali ini, terima kasih kepada semua pembaca yang sudia baca blog aku sejak 2006 hingga 2016. Terima kasih kepada yang sudi membeli buku buku aku, sama ada sebijik, atau lapan bijik, korang telah buat semangat untuk berkarya dalam diri aku meluap luap bila baca komen positif dan membina dari anda semua. Terima kasih!

Sesungguhnya, bakat setiap pengkarya datang daripada Allah, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Sehingga berjumpa lagi, di tapak pesta buku antarabangsa 2016, MAEOS, serdang!

Jumpa di sana!




Ps: Zaman aku menulis secara menyorok dah berlalu, nak masuk umur 40, aku menulis secara terang-terang, kepada yang nak berselfie bagai dengan diri ini yang gemok akibat Gabi, dipersilakan. Woha!

Gabi*=makan larut malam.

Apr 26, 2016

Anak masuk ICU?

(Dari Hollywood ke Malaysia, seterusnya ke Korea, Semoga Syukurku bertambah)


100 tahun dahulu, kita belum ada di bumi ini.
100 tahun akan datang, kita akan tiada di bumi ini.
Selamat hari bumi. Tempat simpan mayat ku.



Cerita ini bermula pada Hari bumi sedunia dengan tema “Fault in our stars” iaitu jam 4.30 pagi, si anak kejut Puan Bini kerana susah bernafas, Puan Bini kejut aku bagitahu anak alami sesak nafas.
Tengok anak semput macam tak cukup nyawa. Ada kebakaran hutan di kawasan kami, asap campur cuaca panas buat dia yang dah ada sedikit lelah semakin semput dalam bernafas.

Keputusan dibuat, anak kena terus ke hospital. Sementara bini bersiap bersolek bagai (orang perempuan katakan) Aku sempat buat solat hajat dua rakaat (orang lelaki katakan-eshh, inilah manusia, bila susah baru nak solat hajat, hu hu hu) dan terus ke Hospital Kerajaan yang terhampir.

Tiba di Hospital orang tak ramai, jam sudah 5 pagi, Terus Doktor bertugas bagi anak aku neb atau nebulizer. (betulkan term medical yang silap jika korang lebeih terer) Lepas 30 minit, anak aku nampak masih sama, dan doctor di unit kecemasan bagi lagi sekali neb. Lepas tu sama jugak, kemudian doctor ada masuk ubat ikut tangan, (aku lupa tanya nama ubat tu) dan aku pergi solat subuh dengan anak bini, lepas solat subuh, Doktor bagitahu anak kena tahan di wad biasa.

Aku yang jahil bab perubatan, ikut sahaja cakap doktor pakar, macam kita jumpa pakar hadis, tak kan lah tergamak kita nak tunjuk pandai kan? so tanda tangan pun turun mencecah borang anak masuk wad. 

Di wad kanak-kanak, beberapa jam kemudian, akibat masih semput walau sudah di neb, anak kena pindah ke ICU dan di diberi neb setiap sejam.

Tengok anak aku dah serupa awek cun Hazel Grace Lancaster yang kena kenser dalam filem  Fault in our stars... yang mana setiap masa anak aku kena pakai tube bantu pernafasan kat hidung macam awek cun tu dating dalam Fault in our stars.. huhuh.


“I cannot tell you how thankful I am for our little infinity. I wouldn't trade it for the world. You gave me a forever within the numbered days, and I'm grateful”- Hazel Grace Lancaster


Okey, di wad ICU, awal-awal lagi aku nak ucap jutaan terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang bertukus lumus menyelamatkan nyawa yang nobody.

Hanya Allah mampu membalas pengorbanan anda semua dan hanya Allah yang mampu sembuhkan penyakit. Anda berusaha dan bertawakal. itu yang terbaik!

Sesungguhnya, Usaha perintah Allah. Tawakal selepas usahapun perintah Allah dan sabar selepas diuji juga perintah Allah. Syukur selepas dikurnia nikmat juga perintah Allah.


Malam itu aku tidur Hospital temani anak. First time tidur hospital! Aku bawak Iktikaf Biding dan hampar sebelah katil anak, Jururawat bagi kerusi panjang boleh lipat yang selalu orang guna tepi pantai, kesian tengok aku tidur macam orang tabligh, ha ha! terima kasih Staf Nurse!. Tapi aku tolak tawaran tidur atas kerusi tu dan tega memilih tidur atas iktikaf bedding macam orang tabligh-Woha!

Arakian, Anak aku setiap jam akan di kejut oleh Doktor dan Nurse untuk Neb. Aku bangun ke tandas dan tengok anak orang lain lagi teruk. Ada yang koma, ada yang berselirat dengan tube dan Cable ke mesin yang aku tak faham fungsinya. yang pelik, hampir semuanya masih bayi, anak aku sorang yang dah sekolah rendah ada di wad ICU.

Sempat aku borak dengan Nurse kat situ, katanya baby yang teruk kat sini ada sebab jangkitan virus kerana tak vaksinkan anak, aku nak ambik gambar, Nurse tak bagi, aku nak korek lebih tentang ibu bapa mangsa, Nurse tak bagi, katanya etika mereka, kena rahsiakan aib masyarakat. Aku setuju. Aib orang kene tutup.

Ok, bab antivaxx ini, aku dah malas nak cerita panjang lebar, dah penat tulis dulu, dari tahun 2013 aku dah tulis, penat baca komen yang sangat menyongsang dengan ilmu sains mahupun agama, Alhamdulillah, sekarang di FB aku tengok dah ramai doktor yang bersuara dengan dalil islamik tentang keharusan menggunakan vaksin dana ikhtiar dan tawakkal.

So, kepada geng anti vaxx yang sibuk kafirkan orang islam, aku cuma doakan agar anda di beri peluang untuk melihat big picture.

Al maklumlah, setiap hari orang islam berdoa agar di beri jalan yang lurus, (rujuk al fatihah) tapi sayang, sewaktu memohon jalan yang lurus, hatinya lalai, lalu apabila datang jalan yang lurus, mereka berpaling daripada jalan orang yang dicintai kepada jalan orang yang dimurkai dan disesatkan.... pesan kepada diri sendiri.

Sambung cerita balik.

Siang hari, aku tukar shift dengan Puan Bini, tapi di rumah, si baby paling kecik, terkena chicken pox pulak, aku yang dah tak cukup tidur terpaksa layan kerenah baby yang meragam.. huhuhu. Ujian sungguh.

Dalam ujian kiri kanan, aku masih fikir dan focus pada nikmat hidup yang banyak, tak layak aku nak mengeluh sebenarnya, sebab semua ujian untuk ampunkan dosa aku yang banyak. Hakikatnya, Aku masih boleh melihat dan mendengar, aku masih boleh melihat langit yang biru dan pohon yang hijau, aku masih mendengar suara anak anak menagis, aku masih dapat nikmat di sayangi dan di taati oleh bini.

Ya betul anak aku masuk ICU, Tapi di wad ICU semalam aku tengok ada baby yang koma, ada yang nyawa nyawa ikan, anak aku alhamdulillah, makin pulih dan kejap lagi kata doctor, nak masuk ke wad biasa. Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Ops, si baby yang meragam sebab chiken pox macam mana?, aku terpaksa cari jalan untuk kurangkan kuasa tenaga libodo dia, jadi aku ajak main gusti lengan, dia guna sekuat tenaga dan aku pura pura kalah dan lawan lagi, akhirnya dia penat, dan kakaknya buat air milo, letak dalam botol susu, lepas tu diapun tidur.

Rumah kembali sunyi, adik dan kakak sedang layan kartun di TV.

Baby dah tidur.

Bini dan anak nombor dua masih di hospital.

Anak sulung di Asrama.

Maka tinggallah aku di sini, berehat sambil ambik gambar anak dan upload Blog.

Woha!

Di Hospital, anak Alhamdulilah, dah keluar ICU dan masuk wad biasa, Neb tukar kepada 4 jam sekali, dan ubat ikut tangan dah diganti dengan pil.

Okey, ini gambar lauk untuk anak kami, RM1. Tiga kali sehari sampai sembuh.

Patutlah Malaysia dapat carta top 5 dunia dalam bidang Kesihatan Hospital.

Dulu saidina Umar jaga betul kesihatan rakyat dia. Selalu ronda cari Rakyat yang susah. Bila jumpa musafir nak beranak. Macam ambulan saidina umar ambik bini jadi bidan dan ambik dana dari baitulmal bantu musafir tadi.

So. Kepada pemerintah Malaysia.bab kesihatan korang memang terbaik.

Terima kasih doktor dan jururawat. Syukur pada Allah atas segala nikmat.

Malam itu aku kembali ke wad temani si anak yang baru darjah lima. Anak mengadu ada tinggal solat waktu di ICU hari tu, akupun ajar anak solat orang sakit.

Tuan tuan, Doktor dan Nurse buat kerja dia, kita ibu bapa, kena buat kerja kita, pastikan anak solat sampai mati.

Keesokkanya, Alhamdulillah. Anak dah boleh balik rumah. Ini gambar tangga depan surau menuju wad kanak-kanak.

Terima kasih kepada anda semua yang sudi doa dari jauh. (aku share kisah ini di FB dan IG, ramai yang doa, terima kasih semua)

Terima kasih juga warga HTAA yang baik hati. Terima kasih doktor pelatih, doktor pakar. Nurse dan Makcik Jaga. Korang semua memang ikhlas buat kerja hingga kami rasa di sayangi.

Waktu keluar dapat sedozen ubat. Semua free. Makan tiga kali sehari. Wad ICU ada aircond. Syukur pada Allah. Terima kasih kementerian Kesihatan, Good Job! Syukur. Alhamdulillah.



Last, teringat waktu tengok drama Korea, doktor dan jururawat semua cantik cantik.
Hmmm. Orang berlakon.. memanglah cantik.

Kenang kembali dua hari lepas. Dari pintu kecemasan ke wad ICU hingga ke wad biasa hari ini. Semua Doktor dan jururawat cantik cantik belaka macam pelakon!

So cerita ini yang bermula dengan tema dari filem " Fault in our stars" kini beralih ke tema

"Descendant of the sun"

Woha!


Balik rumah, Anak yang chicken pox makin ceria sebab abang dah balik, kata anak dalam hati:

“Ayah saya nak ambik gambar. Katanya kenangan bersama chicken pox. Saya pantang ayah nak ambik gambar. Terus buat simbol nombor sebelas.

"Peace"

Kata ayah: eshhh tak payahlah buat tangan simbol V peace. 10 keping tangkap gambar dapat sekeping yang elok. Gambar lain semua ada V peace. Budak budak zaman sekarang...Adohai..

Ps: Ada ada jer kisah laki bini, moral of the story: Walau banyak ujian, Nikmat Allah lagi banyak, siapa bersyukur akan ditambah nikmat. Amin.., syukur Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang engkau dustakan? Pesan pada diri sendiri.