![]() |
| sekadar gambar hiasan |
Jul 24, 2015
Suara Nabi di Aidilfitri?
(Selain kisah berkenaan suara nabi di aldilfitri, Tip hilang mengantuk sewaktu memandu juga ada dihujung cerita, layan sahajalah)
Rumah aku di datangi oleh tetamu tengah malam, datang beraya
sempena bulan syawal katanya. Lagipun senang nak berehat dan solat jamak di
rumah saudara, rupanya saudara perempuan aku dan suaminya dalam perjalanan dari
Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, singgah sekejap sebagai musafir Aidilfitri.
Jam baru 11 malam, bini yang belum tidur layan tetamu macam
biasa, sementara mereka solat jamak ta’khir, bini sempat goreng keropok lekor
dan mee hoon sebagai hidangan supper.
Waktu makan supper, kami dan tetamupun berborak macam biasa,
Imbas kembali.
Tapi sebelum itu, dua tiga hari lepas aku ada update status
FB yang dapat 1000++ like dan 100++ share, status FB tu di tulis macam ni:
“Waktu ziarah, ada bini orang yang pakai baju buka aurat,
terbelah sana sini, ada yang pakai baju kebaya sehingga nampak lurah buah dada
siap dengan tahi lalat yang di gelapkan dengan Eyeliner glides on adding drama
and definition to your TAHI LALAT with waterproof formula won’t smear, smudge
or fade for up to 16 hours berjenama Revlion.
Kemudian, ada pula mewarna rambut pulak macam buah Naga
cicah Coklat siap dengan pekej rambut mengerbang macam puntianak Suhaimi Baba
part-one-two.
Solat pula lengah lengah dan bersalaman jantan betina sambil
menhampuskan dosa serta merta laksana Father di gereja dengan ungkapan,
“kosong-kosong.”
Wah wah wah, meriahnya raya..
Bila bersembang pasti bercerita tentang harta, politik dan
hiburan...
“Kerja kat mana sekarang? Gaji dah cecah 6 ribu ke?”
“anak anak sudah berapa orang, masuk U berapa orang?”
“Baju I ni sama butik dengan penari latar Dato Siti
Nurhaliza you..”
“Balik kampung berapa hari, jalan jem tak? Tapi I tak penat
sangat sebab naik kereta MPV baru, siap boleh tengok movie dekat GPS screen..”
“Wah merahnya bibir I lepas minum air sirap you, rasa macam
Justin bieber lah pulak, haw haw”
“Teruk betullah kerajaan Malaysia, jalan jem gila, mana
pergi duit juta juta rakyat bayar cukai, kenapa tak buat LRT dari KL ke Kelantan?”
“Bukaklah TV3 tu, ada cerita hantu kopek, sedap cerita tu,
dah dua kali tengok wayang, lapan belas kali tengok dekat ASTRO first, dan
sembilan kali tengok dekat DVD Player, hari raya pertama ni, kita layanlah
pulak dekat TV3 sambil makan ketupat”
“Baju ni aku tempah pada 15 sya’ban, nasib baik sempat siap,
cantik kedai tu jahit”
“Berapa lama balik kampung ni, bila nak ajak I pergi jalan
jalan dengan kereta baru U”
“Jalan jem sebab salah pembakang, kenapa mahu turunkan harga
kereta dan minyak?. patut naikkan lagi harga kereta dan harga minyak, baru
jalan lengang, senanglah I nak balik raya”
(Rasa macam mahu muntah pula bila qoute
banyak-banyak-adohai.)
Baiklah, Aku malas nak mengumpat sambil puasa
enam(ehem-ehem, riaklah tu), tapi itulah hakikatnya anda beraya.., langsung
tiada ciri islamik, itu belum cerita bab makan sehingga terbaring kekenyangan
mengalahkan orang somolia yang terbaring kelaparan.., malas sudah nak mengumpat
lebih lebih di waktu sedang puasa enam ni, (kena berbuka aku ni nampaknya-adohai..),
apa yang aku nak fokus adalah bila tiba ziarah hari raya, patut bersembang bab
ugama, macam ahli shurga, jaga akhlak macam ahli shurga.., maklumlah sudah
sebulan berpuasa, sudah sebulan dengar tazkirah, tak kan tidak boleh borak bab
ugama kot..
Jika anda rajin baca kisah sahabat dan Nabi Muhammad SAW,
(macam lah aku ni rajin sangat) anda akan dapati banyak perbualan antara Nabi
dan sahabat yang mana perbualan mereka pada mulanya hanyalah dalam urusan
dunia, tapi bila bersembang dengan Nabi, topik perbualan itu akan bertukar
menjurus kepada cerita tentang akhirat,
Seperti kisah sahabat bercerita betapa untung beliau
berniaga hari itu, lalu Nabi cerita tentang untung lagi orang yang solat sunnat
selepas solat fardu, kemudian, anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, cerita kisah
sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi cerita
pula kelebihan membaca tasbih sebelum tidur.., ada sahabat lain cerita tentang
unta betina bunting yang mahal, Nabi cerita pula kisah kelebihan membaca Al quran..
dan lain-lain.., (rujuk sendiri)
Jadi, anda boleh semak balik, bila anda berborak dengan
kawan di waktu ziarah hari raya, ke mana topik perbualan akan menjurus?..,
adakah akan menjurus kepada akhirat? atau menjurus kepada harta dunia, politik
, hiburan atau tepi kain orang? (yang menambahkan dosa)
Ada antara anda bercerita tentang akhirat? Cerita tentang
pokok di shurga? Cerita tentang api neraka?
Ada?
Jom Ubah topic berborak hari raya..
Contohnya:
“Eh, kau tahu tak khutbah hari raya tadi cerita pasal apa?”
Apa sahaja jawapan kawan anda, dengar atau tertidur, maka
anda sudah ada modal untuk bercerita bab ugama, maka terus masukkkan hadih Nabi
atau ilmu ilmu yang anda sudah belajar sepanjang tazkirah antara tarawikh 8
rakkaat yang lalu, bila lagi nak belajar, AMAL dan SAMPAIKAN.. kan?
Atau jika korang sendiri tertidur waktu khutbah raya, boleh
juga mulakan perbualan begini:.
“Pernah baca Buku yang di tulis oleh Hamka Keretamayat?’
Woha!”
Tamat Imbas kembali.
Masalanya sekarang, nak sembang berkenaan buku Hamka
Keretamayat dengan saudara perempuan aku di tengah malam sebegini sangat tak
sesuai. Lalu aku terfikir nak borak isu apa ek?
Kebetulan kat ruang tamu rumah aku ada almari buku, dan ada
buku agama, maka topic perbualan malam itu adalah bab “suara Nabi”.
“Kat rumah, korang berdua ada buat taklim?”
Tanya aku, jawab mereka:
“err, tak sempat nak buat”
Ok, masa untuk sembang bab agama:
Sebenarnya Tuan puan, Al quran dan Hadith bila dibacakan,
akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan
syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah
diri.
Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat
yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum
arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung
untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..
Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan
hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si
pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka
memeluk ugama islam dan bersolat tak jemu-jemu.
Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar
menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di
dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati
si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup
mendengar dengan penuh rendah diri...
Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka
takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak
kelebihan dari perintah Allah...
Untuk itu, akupun belajar-belajar menghidupkan ‘Suara Nabi’
(bacaan ta’alim) dirumahku pada setiap malam selepas isyak dan membacanya di
hadapan anak bini yang mana aku telah melihat hati mereka mulai terang dengan
cahaya kerana mereka mulai menjadi bini dan anak yang taat kepada Allah dan
suami serta ayahnya.
Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada
raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang
sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami
kepada anak dan isteri yang derhaka?
Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?
Maka kerana itulah kita kena hidupkan kembali “suara Nabi”
dirumah kita agar cahaya Al quran dan hadith dapat menerangi isi hati kita..,
bila hati dah ada cahaya, barulah kita dapat amal ilmu ugama kerana terbukti,
ramai orang ada ilmu ugama tapi selamba buat maksiat dan selamba tak pergi
masjid sebab hati mereka gelap.., dan bila aku tanya kawan kawan aku yang
istiqamah buat baik dan istiqamah pergi masjid, apa rahsia mereka?
Jawapan mereka adalah mereka mendengar “suara Nabi” setiap
hari bersama anak bini.., dan yang malas bersolat di masjid serta suka solat
lengah-lengah, bila ditanya, ada tak majlis “suara Nabi” di rumah korang?
Jawapannya takde.., sibuk layan TV anak beranak.., macam mana hati tak jadi
gelap?
(walaupun TV tu bercahaya dan bewarna warni)
Oleh yang demikian, cara penyelesaianya adalah:
Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof
atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca
dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar
gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..
Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu
tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya
akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan
syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh
rendah diri...
Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu
merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah
menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar
anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang
mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi
setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..
“Kalau pasangan tak nak dengar, camne Hamka?”
Korang boleh pujuk mereka dengan ubah strategi, cakap kat
mereka abang nak improve Bahasa English supaya senang naik pangkat, lalu korang
beli dua kitab, satu kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof yang berwarna
coklat dalam BI dan bewarna hitam dalam BM atau atau kitab Fadhilat amal
karangan Maulana Zakaria yang berwarna biru dalam BI dan BM.. (rumah aku ada
semua versi ini)
Lalu bila baca, korang pegang kitab BI, dan direct translate
kepada BM dan mintak tolong isteri betulkan jika salah iaitu dengan biarkan
isteri merujuk kitab BM lalu korang bacalah dengan merangkak-rangkak kitab BI
tu dan boleh buat-buat tak tahu makna supaya isteri tawajjuh membetulkan
vocabulary word lalu akhirnya korang dapat menghidupkan “suara nabi” bersama
anak isteri dan dapatlah mereka menjadi orang yang bertakwa, dan korang dapat
improve English lalu naik pangkat, woha!
(Dunia dapat, akhiratpun dapat, kan?)
InsyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup
pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi anak bini kita yang
tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak, lipas dan
nyamuk.., apalah sangat..
Mudah mudahan, bila resapan cahaya hadith datang dalam hati,
maka ihtisab akan datang, lalu anak bini akan nampak perintah Allah, akan faham
manfaat dari perintah allah, lalu akan datang keinginan untuk beramal, insyallah..
“nak buat sampai bila majlis ‘suara Nabi’ ni Abang Hamka?”
Tanya tetamu tengah malam, jawab aku.
Buat sampai mati.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka
sampai esok sahaja..., kan?
*****
Akhirnya hampir jam 1 pagi, tetamu sudah bersiap nak
menyambung perjalanan pulang, sudah dipelawa tidur tapi katanya besok pagi kena
masuk pejabat.
Sebelum mereka bertolak, sempat mereka minta tip untuk tidak
mengantuk sewaktu memandu.
Jawab aku:
“Waktu memandu, cuba korang laki bini mengumpat, tak kiralah
mengumpat siapa-siapa, memang boleh hilang mengantuk bila cerita keburukkan
orang lain, tak percaya tanya geng lepak kedai kopi bila sembang bab politik,
ha ha!”
Tetamu turut gelak dengan jawapan berseloroh dari aku,
sebelum kereta mereka bergerak, dari jendela kereta, sempat aku pesan:
“Aku serius, dan aku benarkan korang berdua mengumpat aku,
contoh, Hamka tu sembang bab agama pandai sangat tapi anak bini pun nampak macam
tak terjaga ajer, dia sendiri pun tunggang langgang, tak kesah apapun, korang
nak kutuk, nak maki teruskan, asal korang tak mengantuk, Woha!”
Tetamu senyum panjang dan melambai bye bye sambil
mengucapkan berbanyak terima kasih.
Lalu mereka pun menghilang ke dalam lebuh raya pantai timur.
Kami laki binipun masuk tidur, dan bini tanya, kenapa abang
suruh saudara perempuan mengumpat kita?
“Abang tak nak pahala keluarga abang mengalir ke luar, biar
pahala mereka mengalir dalam keluarga sahaja.he he”
Ps: Mengumpat orang membuatkan pahala kita dapat kat orang
yang kita umpati, so jika ada masa lapang, korang boleh umpat aku. Woha!
Jul 13, 2015
Bergaduh di malam Qadar?
(Cerpen pendek di hujung Ramadhan, berdasarkan kisah benar)
Pada suatu hari ketika aku pulang dari surau.. (wah! akulah
lelaki beriman akhir zaman kononnya) berhampiran rumah sewa lamaku, tiba tiba
aku terdengar bunyi pintu kereta di hempas berulang kali, siapa pulak yang main
bukak tutup dan hempas sekuat hati pintu kereta aku?
Tapi bila aku tengok kereta aku tak ada siapa sentuhpun, rupanya
bunyi hempas buka tutup macam pintu kereta itu datangnya dari dua orang lelaki
dewasa yang sedang bergaduh, belia kelantan sedang bertumbuk dengan belia dari
sabah! Dush! Dush! Bunyi tumbukan dan tendangan.
Lantas terlihat olehku secara khasyaf akan Aura hitam dan
aura biru nila mulai muncul di medan pertarungan, langit mulai mendung, dan
kilat serta ribut petir jelas pancar memancar dan sabung meyabung, angin yang
bertiup kencang dari arah timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam
menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang amat
merbahaya kepada bot-bot kecil.
Aku yang tidak berseluar dalam sebab masih berkain pelikat, terus
berlari ke dalam rumah sewaku yang tidak jauh dari tempat kejadian lalu
mencapai seluar dalam dan zas, zas, zas! Kostom dalam dah siap lalu aku
melompat ke medan pertarungan!
Eh? Dah habis bertarung, kelihatan pemuda Kelantan sedang
berehat melepaskan penat, dan belia dari Sabah sudah hilang, tapi tak lama,
rupanya belia dari Sabah itu datang bawa pisau untuk menyerang.
Aku yang kebetulan berada berhampiran belia Sabah yang
bertubuh kecil itu terus memeluk beliau dari belakang dan merampas pisau lalu
lari dari tempat kejadian, memandangkan aku sudah berseluar dalam, maka
kelajuan aku berlari luar biasa pantasnya, aku berlari seperti lipasman dan
cicakman dan aku terus lari ke dalam rumah dan sorok pisau di tempat yang
selamat. Kemudian aku dengan pantasnya kembali ke tampat kejadian dan kelihatan
mereka sambung bergaduh.
“Woi! Berhenti, ingat Tuhan sikit!”
Jerit aku dengan kuat
sehingga kesemua burung yang sedang bertenggek di wayar elektrik berdekatan
terbang melarikan diri.
Belia dari Kelantan terus sound, “abang ahli surau orang
baik, jangan masuk campur”
(wah! Sekali lagi aku menjadi lelaki beriman akhir zaman kononnya)
Lalu orang ramai pun datang meleraikan pergaduhan, dan aku
nasihat kepada mereka tentang bahaya menggunakan pisau dalam pergaduhan kerana
setan akan menguasai diri dan bla bla bla.., masa tu aku tengok remaja kelantan
tu dah siap manangis, aku tahu dia menangis bukan kerana nasihat aku tapi akibat
tekanan aura pergaduhan yang hampir ke arah bunuh membunuh.
Tiada lagi nafas kuat mahu membunuh, ribut sudah menjadi
reda, malahan cuaca telah bertukar menjadi begitu indah yang mana cuaca malamnya
bersih suci seolah-olah bulan sedang menyinar, keadaan menjadi tenang sunyi, dengan
suhu yang tidak terlalu sejuk dan tidakterlalu panas, langit juga bebas dari
corakan api tahi bintang.
Malahan cuaca pagi yang terbit di pagi hari tidak
memeritkan mata kerana kelihatan matahari bersinar lembut seperti bulan. Lantas
terdengar burung burung berkicau di angkasa membelah kabus di pinggir kali,
dari jauh seolah kedengaran alunan air terjun yang mendamaikan jiwa, kelihatan
juga rama rama yang bewarna warni terbang antara kuntuman bunga yang sedang
mekar semerbak mengharum wangi, sungguh indah pemandangan ini seolah berada di
pagi Lailatul Qadar.
Atau memang ini adalah pagi Lailatul Qadar?
Tamat.
Ps: Jangan gaduh gaduh, banyakkan beristigfar, semoga masih ada
kesempatan bertemu Lailatul Jaezah di penghujung Ramadhan yang mulia ini. Pesan pada diri sendiri.
Jul 6, 2015
Tuhan tidak wujud?
(Tuhan Tidak Wujud sebab agama Islam ada perintah yang tak kena? baca sampai habis)
Bro Hamka, hidup ni memanglah tak perfect. shit happens, whether you believe
there is god or there is no god.
Just because islam ada panduan kesihatan, doesnt mean it's true.
Just because islam ada panduan kebersihan, doesnt mean it's true. Just because
islam beri anda makna dan tujuan hidup,doesnt mean it's true. Just because
islam seems to provide explanation for certain mysteries, doesnt mean it's
true. Just because islam seems to solve certain life's problems, doesnt mean it
has to be true.
Betul, banyak kebaikan dalam islam, just like in any good
system. But it has flaws. Masalah islam ialah, islam tak boleh ada flaw sebab
Tuhan sepatutnya perfect .Even kalau ada 1 flaw pun,islam itu adalah palsu. Cuba
buka minda dan fikir,berapa flaws yang mungkin ada dalam islam? Poligami?,
wanita dipinggirkan? Puasa tahan lapar 18 jam? Kuasa cerai tangan suami? Wanita
kena bertudung? Murtad hokum bunuh? Dan lain lain,
Itu semua adalah kecacatan
dalam Islam, Islam have flaws. That’s why god doesn't exist.
Hamka said:
“agama ni datang dari Tuhan, dan agama ni datang dalam betuk
arahan, dan arahan ni ada yang pandang perfect(believer) dan ada yang pandang
flaws(atheist), sebagai contoh dalam Al quran Allah perintah makhluk lain sujud
pada Nabi Adam, bagi malaikat, perintah ini perfect, merekapun sujud, tapi bagi
syaitan, perintah sujud pada adam, di anggap flaws, syaitan bantah, siap dengan
hujah, tapi akhirnya syaitan masuk neraka.
So just because islam look flaws from devil eyes, doesn’t
mean God does not exist. Adohai..”
Ps: Kemudian apabila datang kiamat dan mereka melihat azab yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah wajah orang-orang yang kafir itu, "Inilah hari yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya! Al-Mulk 67:27
Jul 2, 2015
Apa tujuan hidup manusia?
(Every living being other than humans have a purpose, they
maintain the food chain at the least and do not destroy earth's valuable
resources. Then what is the purpose of Humans on earth. Why and what are we
here for? All that humans do is to plunder all the natural resources and
pollute it.)
Baik, sempena bulan baik hari baik, kali ini aku akan
menjawab persoalan tentang: Apakah fungsi manusia hidup atau apakah tujuan
manusia hidup, atau apakah maksud manusia di cipta, satu persoalan yang sangat
sesuai untuk golongan kapir, tidak bertuhan, murtad, bakal mualaf, dan semua
ummat islam yang masih sudi baca blog ini, mudah-mudahan.
Bermulalah cerita…
Seorang professor serba tahu, ketua saintis agung (kononnya)
yang tahu segala galanya tentang dunia ini, tentang cakrawala, tentang sains,
formula, fizik, kemia, lukimea dan segala-galanya. Lantas telah di bawa
mengadap ke hadapan aku secara paksa ‘maya’, dan di tanya aku:
Soalan tentang alam:
“apakah fungsi matahari kepada manusia?”
“apakah fungsi bulan kepada manusia?”
“apakah fungsi bima sakti kepada manusia?”
Maka si ahli sains yang bukan islam dan tidak bertuhan ini
akan menjawab dengan penuh berilmiah, dan segala jawapanya serta teorinya
adalah sangat logik dan begitu mengimbangi akal manusia.
Tanya aku lagi,
Tentang tumbuh-tumbuhan
“apakah fungsi bunga matahari kepada manusia?”
“apakah fungsi tongkat ali kepada manusia?”
“apakah fungsi kacip fatimah kepada manusia?”
Lalu si ahli sains yang kapir ini akan menjawab dengan penuh
berilmiah, dan segala jawapannya amat tepat dan begitu mengimbangi akal manusia
serta di susuli dengan bukti nyata.
Tanya aku lagi,
Tentang binatang:
“apakah fungsi lalat kepada manusia?”
“apakah fungsi anjing kepada manusia?”
“apakah fungsi babi kepada manusia?”
Lantas, si ahli sains yang tidak percaya kewujudan tuhan ini
akan menjawab dengan penuh berilmiah, malahan turut membawa anjing
peliharaannya dalam presentation siap dengan makan babi,
OK, aku tahu kau prefeser serba tahu, sekarang aku nak tanya
“apakah fungsi manusia hidup di dunia ini?”
Eh? si ahli sains yang percaya kewujudan alam dan manusia
adalah secara semulajadi tidak dapat menjawab dengan penuh berilmiah, dan
segala jawapanya serta teorinya adalah sangat bodoh dan begitu kureeeeng
sekali.. He he he ( aku perasan pandai)
Ada ke patut ahli sains ni bagitahu, fungsi manusia ni pada
alam untuk jaga binatang supaya tak pupus, apa ke jadah? Tak kan itu sahaja
tujuan manusia wujud dalam alam ini.
Err, fungsi manusia adalah untuk mencari falsafah hidup dan
tidak menyusahkan orang dengan sentiasa tolong orang- Salah!
Err, fungsi manusia di dunia ini adalah mencipta teknologi
bagi menjaga alam sekitar- Hampeh! Sebab korang cipta teknologilah alam sekitar
ni jadi rosak binasa.
Errr, fungsi manusia tak ada, jika menyusahkan orang, bunuh
diri lagi baik- woha!
The purpose for humans on earth is to sit at their
computers, find answer on google until they got terrible suffering
and death.
Akhirnya ahli sains bersetuju bahawa dunia ni tak perlukan
manusia, yang mana jika semua orang takde dalam dunia ni, lagi elok untuk bumi,
alam, dan cakerawala.
Pendek kata, jika manusia tak ada, bumi ini akan menjadi
lebih bagus!
Woha!
Baiklah, jika engkau wahai ahli sains tak tahu fungsi
manusia, biar aku tanya apa pulak fungsi organ manusia..
“apakah fungsi tahi lalat kepada manusia?”
“apakah fungsi madula obloggata kepada manusia?”
“apakah fungsi air tulang belakang kepada manusia?”
Ok, aku tahu engkau akan dapat jawab punya, sekarang aku nak
tanya fungsi kaki, engkau tahu wahai ah-li sains akan fungsi kaki, kuku dan
kiki?, memang kau tahu bukan?, tapi yang kau tak tahu adalah fungsi manusia
bukan? Huh! Kesian kat engkau. (aku sendiripun kasihan gak..)
Baiklah, aku tanya last ni, apa fungsi kasut?
Maka si ahli sains fikir itu soalan bodoh…oh!
Tapi dia tetap jawab kerana beliau adalah seorang yang
professional..
Walaubagaimanapun…
Nampak sangat akan kehinaan seorang manusia dan kemulian
sepasang kasut kerana semua ahli sains tahu fungsi kasut, tapi tak tahu fungsi
manusia..oh kasihan..
Baiklah, sekarang aku yang bukan ah-li sains, ah-li nujum,
ah-li cafĂ©, atau ah-li sihir akan menjawab soalan…
APAKAH FUNGSI MANUSIA!
Perhatian kepada korang semua sebelum korang teruskan
membaca:
"Aku bukan ustaz, segala kesulitan amat di
kesali."
Ok, sambung balik, akan apakah fungsi manusia hidup atau
apakah tujuan manusia hidup, atau apakah maksud manusia di cipta.
Fungsi manusia hidup bukan hanya beranak, berak, makan,
minum, kencing, merangkak, berjalan, berlari, bercakap, buat lawak, belajar,
lulus peksa, masuk U, dapat kerja, jadi bos, melancap, kahwin, bersetubuh,
inzal, tanamk pokok, bela kucing, beli kereta, rumah, baju, seluar dalam, bla
bla bla dan jadi mayat!
BUKAN!
Sebenarnya Allah jadikan seluruh alam ini, baik di angkasa
mahupun di bumi, di darat atau di lautan mahupun alam ghaib adalah untuk
BERKHIDMAT pada manusia
Tentang alam, jika korang perhatikan.
Allah tidak ciptakan langit untuk matahari.
Dan Allah tidak ciptakan matahari untuk langit.
Tapi Allah ciptakan langit untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan matahari juga untuk berkhidmat pada
manusia!
Tentang tumbuh-tumbuhan
Allah tidak ciptakan pokok untuk berbuah.
Dan Allah tidak ciptakan buah untuk pokok.
Tapi Allah ciptakan pokok untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan buah-buahan juga untuk berkhidmat pada
manusia!
Tentang binatang dan unsur
Allah tidak ciptakan air untuk ikan hidup
Dan Allah tidak ciptakan ikan untuk beranang dalam air
Tapi Allah ciptakan air untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan ikan juga untuk berkhidmat pada manusia!
Tentang organ manusia..
Allah tidak ciptakan kepala untuk letak otak
Dan Allah tidak ciptakan otak untuk penuhkan kepala
Tapi Allah ciptakan kepala untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan otak juga untuk berkhidmat pada manusia!
Akai ada ka?
Otak letak kat kepala lutut ke?
(tak payah jawab)
Bukan itu sahaja,
Malahan semua Nabi di utus untuk MANUSIA!
Malahan Neraka di cipta untuk azab MANUSIA!
Malahan Shurga di cipta untuk beri nikmat pada MANUSIA!
Malahan Semua Malaikat di cipta untuk berkhidmat pada
MANUSIA!
Ada malaikat yang cabut nyawa MANUSIA.
Ada malaikat yang jaga rezeki MANUSIA.
Ada malaikat yang catat amal MANUSIA.
Ada malaikat yang azab MANUSIA.
Ada malaikat yang berdoa untuk MANUSIA.
Malahan setan juga di cipta untuk uji iman MANUSIA!
MANUSIA! MANUSIA! MANUSIA!
Jadi, apabila seluruh tujuh petala langit dan bumi
berkhidmat pada manusia, Apakah pula tujuan manusia hidup?
Tahi lalat di cipta untuk memudahkan cam identity korang
bila jadi mayat kelak, dan lalat sendiri di cipta untuk memberitahu kepada
polis atau ahli forensic tentang umur mayat, sebab lalat untuk mayat 3 hari
berbeza dengan lalat untuk mayat seminggu, argh, jadi mayat nanti baru tahu
agaknya..tak percaya, 'tanya sama itu lat-lat '
(rujuk lagu terbaru aku edit dari 'Tanya sama itu hud hud')
Sambung balik, Adakah hidup korang hanya cari pasangan,
onani, kahwin, bersetubuh, beranak dan sebelum jadi mayat bercita cita nak
tengok cucu kahwin? Itu sahaja?
Adakah hidup korang hanya cari duit, beli kereta, langsaikan
hutang kereta, renovate kereta? Itu sahaja?
Adakah hidup korang hanya buat loan beli rumah, lansaikan
hutang rumah, dah habis bayar, beberapa tahun kemudian jadi mayat, Itu sahaja?
Adakah hidup untuk sihat waktu muda, menderita bila tua,
nyanyuk bila uzur, dan menanggung kesakitan sampai ajal? Itu sahaja?
Alangkah pergi mamposnya diri aku sendiri kerana lupa akan
tujuan hidup di dunia ini, oh
Sebenarnya, apabila tujuh petala langit dan bumi berkhidmat
hatta malaikat dan setanpun berkhidmat pada manusia, maka tujuan manusia di
cipta hanya untuk berkhidmat pada ALLAH, atau dalam bahasa yang biasa korang
dengar, beribadat kepada Allah
(rujuk dalil dalam Al quran: Tidaklah Aku jadikan jin dan
manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-zariyat:56)
Inilah tujuan sebenar manusia di ciptakan, Untuk beribadat
kepada Allah, dan sebelum kita mengaku beriman, Allah akan uji dengan pelbagai
ujian, kesenangan, kesusahan, dosa, pahala, sampai ajal tiba.
Bila sudah mati, barulah kehidupan sebenar bermula,
Ok tak
aku jawab macam ni dari ahli sains tadi bagitahu tujuan manusia adalah untuk
jaga binatang supaya tak pupus? Apa ke jadah?
Take note, ini agak deep!
Jun 29, 2015
Tutup kedai Mamak?
(Al kisah isu nak tutup kedai Mamak sebab nak cegah maksiat-Mari sini aku cerita punca segala maksiat)
Pada suatu hari di sebuah taman perumahan, dekat taman
permainan, sedang kanak kanak asyik bermain.., tiba-tiba mereka menjerit:
Ular!
Ular!
Ular!
Lalu datanglah penduduk kampung beramai ramai dan ternampak
seekor ular sedang berkeliaran di padang permainan lalu dengan segara penduduk
kampong bunuh ular tersebut, ular itu tidaklah besar mana, tapi boleh tahan
bisanya dan ganasnya.
Suasanapun kembali aman damai, syukur Malaysia kembali aman.
Beberapa hari kemudian, sekali lagi penduduk kampung gempar
apabila ada pulak ular lain yag datang kat taman permainan duniawi itu dan
mengganggu kanak kanak, maka sekali lagi orang kampung datang dan membunuh ular
tersebut sampai mampus!
Suasanapun kembali aman damai, syukur Malaysia masih aman.
Pada hari berikutnya kanak kanak disitu terus bermain dengan
riang dan gembira kerana tiada lagi ular yang datang membuat onar.
Sekian, apa moralnya cerita ini..?
Ular!
Ular!
Ular!
Eh..?, ada lagi ular yang datang mengacau kanak kanak
bermain.
Belum sempat aku buat moral of the story, terlihatlah akan
kemunculan orang kampung yang menjadi pembunuh bersiri kepada ular ular misteri
tersebut..
Akhirnya orang kampung bermuasyarat;
“Tak boleh jadi nih.., ni mesti ada punca kedatangan
ular-ular yang mengganggu ketenteraman
kampung kita…”
“Ini semua salah Haji Kazim Takzim ketua kampung, biarkan
lalang tinggi kerana bagi projek pada kontarktor kroni”
"Tak pun ini mungkin salah kedai Mamak, buang makanan yang jadi punca makanan ular.
"Tak pun ini mungkin salah kedai Mamak, buang makanan yang jadi punca makanan ular.
“Jangan salahkan Ketua kampung atau Kedai Mamak sajer, jom kita cari dari mana
punca ular ini datang, tentu ada sarang ular dekat kampong kita”
Hujah Ustaz sufi Supian.
Maka orang kampung mula lah bergerak dan mencari di manakan
‘punca’ kedatangan ular-ular tersebut, dan akhirnya terjumpalah akan sarang
ular dekat hujung kampung dan di dalamnya ada ibu ular yang sangat besar, maka
sekali lagi orang kampung menjadi pembunuh ular ..dan mampuslah ibu ular yang
sangat besar itu mati diletupkan oleh orang kampong.
Macam cerita anaconda pulak rasanya babak ini, adohai..
Semenjak hari itu, kanak kanak di kampung itu terus bermain
dengan riang dan gembira kerana ibu ular telah mampus dan tiada lagi anak ular
yang berkeliaran membuat onar…
Sekian terima kasih
MORAL OF THE STORY:
Begitu jugaklah kita hari ni, hari-hari polis cegah maksiat
dengan tangkap penjenayah yang terdiri daripada peragut,perogol,
pembunuh, penyamun, perompak, dan dengan kerja sama orang ramai serta pihak
polis, maka semua penjenayah yang ditangkap telah disumbat ke dalam penjara.
Tapi alih alih, surat kabar esok cerita pulak ada
peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak membuat onar, tapi ni penjenayah
lain, bila masa mereka belajar ntah?…
Polis pun buat Ops besar besaran dan sudah dapat tangkap
peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak!.
Wow tahniah! tapi selang dua tiga hari muncul pulak :
Perogol-bunuh-bakar!
Apa ke jadah? Kata Malaysia masih aman, tapi hari hari
peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak berkeliaran membuat onar!
Celaka sungguh!
Maka berkatalah ketua polis negara waktu tu dalam
mesyuarat..
“Tak boleh jadi nih..ni mesti ada punca kedatangan
peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak yang mengganggu ketenteraman
malaysia kita…”
“ni semua salah kerajaan, sebab tak nak buat hokum hudud”
"atau mungkin salah kedai Mamak sebab bukak 24 jam!"
"atau mungkin salah kedai Mamak sebab bukak 24 jam!"
Kata anak Idris Idrus yang sudah jadi polis.
“Jangan salahkan kerajaan sahaja atau kedai Mamak tanpa kita buat apa apa
yang boleh improve, jom kita cari dari mana punca penjenayah ini datang, tentu
ada sarang penjenayah dekat Negara kita ini”
Jawab cucu Sidik Tasdik, Polis muda.
Maka polis mula lah bergerak dan siasat dalam mencari di
manakan punca kedatangan peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak yang berleluasa
di Malaysia Negara islam.
Apa ada pusat pendidikan jenayah kah di Negara kita?
Pendek cerita, selepas pihak polis menyiasat dengan bantuan
pihak keretamayat…rupa-rupanya punca segala kemungkaran datang adalah dari
amalan meninggalkan solat, kerana sembahyanglah yang mencegah kemungkaran!
Allah berfirman:
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang
keji dan mungkar (Surah al-Ankabut: 45).
Rupa rupanya, peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak
yang berleluasa di Malaysia Negara islam ini adalah datang dari mereka-mereka
yang meninggalkan solat!
Jadi jika sekiranya semua orang islam sembahyang bagus-bagus
macam Nabi sembahyang maka pasti tak ada lagi org yang buat maksiat!
Pasti! Ini janji Allah dalam Al quran.
Maka, marilah kita mencegah mungkar dengan mengajar dan
mengajak teman, anak, jiran, kawan, dan semua orang untuk membetulkan
sembahyang kerana sesungguhnya, sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang
keji dan mungkar.
Ini agak deep, sila take note.
Kata aku di sebuah kedai Mamak yang free wifinya.
Jun 23, 2015
Sains dan Agama. apa yang tak kena?
(Debat bersama Atheist- Neil deGrasse Tyson seorang pakar kajian sains Amarika)
![]() |
| Apa yang tak kena dengan gambar in |
Apa yang tak kena dengan gambar ini?
Ada yang jawab-tudung tu palsu, ok betul. Sebab aku yang
edit cover rambut sebab aurat, abaikan tudung tu, soalan aku, apa yang tak kena
dengan gambar ini?
“Bibir tak warna merah habis…”,
Salah!
“Mata juling!”
Salah!
“Penataan cahaya yang salah”
Salah jugak!
“if i’m not mistaken, bulu mata sebelah kiri perempuan macam
ada yang tak kena”
Salah!
“Pondan, pasti betul!
Ha ha”
Salah!
"Bapok!"
"Bapok!"
Salah! Salah! salah!
Sebenarnya, akupun salah waktu meneka “What’s wrong with
this photo?”
Alkisahnya begini, satu malam kat sebuah hotel, jam lebih
kurang jam 3 pagi, aku tiba-tiba terjaga sedang TV masih terpasang.
Di kaca TV terlihat debat antara Atheist dan Paderi Kristian
dalam rancangan StarTalk yang di Hostkan oleh Neil deGrasse Tyson seorang pakar
kajian sains Amarika, manakala debat pula antara Evolutionary biologist Richard
Dawkins mewakili puak Atheist(orang yang tidak percaya tuhan) bersama dengan Father
Martin from Catholic Church mewakili puak yang percaya kepada Tuhan.
Tajuk debat mereka adalah: “Science and religion”
“panas…”
Panas sebab aku lupa maximakan air cond waktu tidur tadi, so
up air cond dan sambung menontong debat aetheist dan paderi.
Waktu tu dah hujung rancangan, sekali paderi tu cakap:
Paderi: But I often say this with the greatest respect for Professor
Dawkins, I really do hope that when you comes to the end of your life and you meets
and I believe this and you meets God, I hope you will be pleasantly surprised. I
really do.
(tapi kan, saya sering fikirkan ini, dengan segala hormat Profesor
Dawkins, saya benar-benar berharap bahawa apabila anda tiba saat akhir hidup anda, saya sangat percaya, anda akan
bertemu Tuhan, Saya berharap anda akan sangat terkejut. Pasti.)
Atheist: I would ask
God back, why did you create a world that was so convincing of your absence?
(saya akan tanya tuhan balik, kenapa cipta dunia terlalu
sempurna sehingga seolah olah Tuhan tidak wujud?)
Paderi : That is faith!
(itulah iman!)
Atheist: Wow!
Aku yang sedang menonton teringat akan ayat suci Al quran
surah Al Mulk yang menceritakan kesempurnaan ciptaan Allah tentang alam ini.
“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit
yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha
Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika
engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat
sebarang kecacatan?
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya
pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang
kecacatan ciptaan Allah), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis
tenaga dengan sia-sia)"
Surah Al Mulk ayat 3 dan 4.”
Dari ayat ini, jelas Allah bagitahu betapa sempurnya alam
ciptaan-Nya sehingga dari debat tadi, orang atheist boleh anggap dunia ini
terjadi dengan sendiri bila pandang segala dalam dunia ini logic dengan sains
dan formulanya, itulah kuasa Allah yang mencipta dengan sempurna.
Dalam forum lain, aku pernah dengat, segala teori dan formula fizik serta sains dalam dunia ini, telah wujud sebelum Big Bang. Deep sungguh!
Balik pada gambar di atas, itu bukan salah make up, atau gambar pondan,
Sebenarnya gambar itu adalah
lukisan, dilukis dengan tangan manusia selama 70 jam, tapi rata rata orang bila
ditanya tak akan sangka lukisan sebegitu sempurna dilukis oleh manusia, mereka
akan cakap, ini mesti guna kamere, akupun sama, tapi cuba check laman web ini, airbrushworkshops.com korang akan terkejut!
Begitulah yang berlaku pada orang yang tidak mengaku bahawa
alam ini dijadikan Tuhan sebab perfect sangat, tapi itulah, nak buktikan alam
ini dijadikan tuhan guna sains atau klik laman web memang tak boleh, kerana itulah Iman.
Iman=Percaya pada yang ghaib. Seolahnya percaya kat aku tanpa klik website tu, begitulah ‘iman’
tentang gambar ini adalah lukisan bukan foto.
Hujung debat aman antara paderi dan Atheist itu, si Atheist
menekankan pembuktian melalui sains akan kewujudan Tuhan. Lalu jawab paderi:
“Buktikan juga melalui sains, akan bagaimana alam ini bermula,
what something that begins us?”
Jawab si atheist: By
the way, I don't presume that everything has to have a cause. That's just how
the world has manifested thus far.
Paderi: But isn't that a scientific sort of cause and
effect? Isn't that one of the bases of science, cause and effect?
Atheist : It's gotten us very far, but I don't.
Paderi : I mean, when
you do an experiment, don't you look at cause and effect?
Atheist: Yes. But what I'm saying is, I don't then say the
whole universe has to follow this rule. I'm open enough to other possibilities
that maybe the universe always was.
Paderi: But see, I, in that case am probably being more
logical and scientific. I would say that the human mind, as we understand it,
presumes causes and effects, and at some point you have to have this kind of
uncaused cause because it doesn't make sense to have this infinite regress. And
by that, I say that's God.
Atheist: A quote that I utter that now I've seen on
T-shirts, but I'm happy to repeat it here, is that the universe is under no
obligation to make sense to us.
Paderi: Neither is God.
Atheist: Woha! I think we've got to wrap it up there.
End.
Kesimpulannya, apabila di desak oleh paderi tentang bukti
kewujudan permulaan cakerawala, maka Aethis bersetuju bahawa dalam dunia sains
hari ini, berkenaan ilmu cakerwala, bukan menjadi kewajipan untuk menjawab semua
persoalan, mungkin betul alam cakerewala ini memang diluar akal manusia, maka jawab paderi bersahaja, begitulah juga
Tuhan. Di luar akal manusia.
Sekian.
Ps: Jangan pulak korang tuduh aku murtad sebab sokong paderi
dalam rancangan Star Talk tu, anggap macam kes Abu Bakar r.a yang mana sewaktu Rom berperang
dengan Parsi (agama Majusi) maka Abu Bakar menyokong Rom sebab mereka adalah
ahli kitab. Wallahu’lam.
Jun 16, 2015
Suamiku Encik Gay?
(Tanya sama abang Kereta Mayat)
Assalamualaikum abang hamka.
Bertahan itu sakit(bila tak diendahkan suami), bercerai itu lagi sakit(sebab saya sayang dia dan anak2). Untuk seorg isteri dan ibu.
Moral of the story:-
End Copy Paste:
![]() |
| Kredit gambar asal: Suamiku Encik Sotong |
Surat pembaca:
Assalamualaikum abang hamka.
Abang mesti dah jumpa dan kenal pelbagai orang dari pelbagai
ragam.
Bolehkah abang memberi sedikit pandangan dan nasihat untuk
seorg isteri kepada seorang suami gay. (mempunyai anak2).
Macam-macam nasihat orang dah bagi dari ustazah, doktor
psikiatri dan kawan baik(keluarga tak tahu). Akhirnya, semuanya berbalik kepada
apa yang saya mahu dan sanggup tempuh. Kalau nak bertahan, bertahan lah. Kalau
tak mamou,sila mintak cerai. Tapi jawapan tak semudah tu ;(
Bertahan itu sakit(bila tak diendahkan suami), bercerai itu lagi sakit(sebab saya sayang dia dan anak2). Untuk seorg isteri dan ibu.
Apa nak bagi tahu mak ayah. Apa nak bgtahu anak-anak bila
diorang besar nanti. Apa pandangan masyarakat.
Hm.. orang perempuan ni, kalau cintakan seorang.. orang tu
lah sampai mati. Sebab tu banyak isteri sanggup setia walaupun dengan suami yang
mendera.
terima kasih.
Hamka said:
Salam kepada Puan XXX.
Simpati dari jauh, berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul,mungkin suami puan terkena penyakit HIV atau lain lain penyakit kelamin
buat dia dingin terhadap Puan. Arghh, nampaknya komen aku langsung tak
membantu.
Ok, kebetulan aku sedang tulis buku tentang masalah Gay, dan
untuk itu aku ada berhubung dengan rakan FB yang mengalami masalah LGBT untuk
buat kajian, lantas aku tanya admin group tu, ada tak pengakuan dari Gay yang
sudah bertubat, Admin cakap ada dalam group wassap beliau, dan sudi untuk bagi
pada aku dan share for next project sebagai tambahan info dalam buku aku kelak.
So, buku masih dalam proses untuk disiapkan, sementara itu masalah
gay ini sememangnya adalah di luar pengalaman keretamayat, maka biarlah
pengakuan dari pengakuan dari seorang gay bottom tegar (gay selalunya ada 2
atau 3 orientasi, iaitu top, bottom dan flex), boleh dijadikan rujukan oleh
suami Puan dan lelaki gay yang lain. Tulisan beliau dalam whastapp banyak guna
short word, aku cuba murnikan balik, maaf sangat jika maksud tak sampai.
Copy Paste:
Kisah hitam bermula tahun 2005, sekarang dah masuk tahun
2015, maknanya 10 tahun dah hidup dengan naluri songsang, dan aku categorizekan
diri aku sebagai "gay bottom tegar"
Aku bole consider diri aku expert dalam dunia songsang ni, mungkin
dah boleh graduate dan dapat anugerah diraja kot.
korang sebut jer term-term dalam dunia songsang ni, semua
aku tau, cuma aku tak pernah terjebak dalam recreational drug &
dirty/slaves jer, yang lain-lain tu mmg selalu sangat lah.
Aku pengguna tegar moneyboy, masseur dan jadi "service
provider" pada abang-abangdan adik adik top. Tapi kekadang tu ade jugak
"terpaksa" jadi top sebab partner ONS pun bottom jugek
Sauna-sauna pun jadi port favorite bila weekend, OTOT2,
Sentral etc..
Tak lupa Sauna-sauna di Bangkok, Singapore, Jakarta juga di
London, nak test international market katanya.
2007 aku diagnosed HIV. Tapi aktiviti aku tak stop setakat
kat situ. nafsu sebelum dan selepas diagnosed lebih kurang sama jer, especially
biler makin success dalam carrier, gaji naik, unspent money banyak, makanya
makin liar.
Masuk tahun 2013, umur pun dah 36.
Hidup mula rasa bosan dengan lifestyle songsang, terdetik dalam
hati bila nak insaf nih?
Dalam masa yang sama aku kenal la sorang awek ni, perkenalan
yang tak disengajakan, .rumah kami pun dekat jer, so bila free time tu kekadang
kitorg dating, dari segi nafsu, memang takde, maklumlah, "Bottom
Tegar" lah katakan.
Parents pun sibuk dok tanya bila nak kawin?, kawan-kawan,
sedara mara semuanya busy body tanya soalan yang sama.
Alih-alih, bulan 7 tahun 2014 aku melamar awek tadi tu, guna
SMS jer,.hahaha
Dalam hati aku nekad, walaupun nafsu aku songsang, aku yakin
aku boleh jadi suami, aku boleh jadi bapa, aku boleh jadi ketua keluarga, aku
ambik risiko, walau apapun yang jadi nanti, aku yakin aku boleh drive isteri
dan family, aku nak lari dari dunia songsang, aku dah bosan dengan PLU, aku tak
dapat happiness, cuma aku dapat kepuasan nafsu jer dari mereka, aku tak nak nafsu
semata, aku nak happiness dlm hidup.
Oh ya lupa nak bagitau, walaupun aku ni HIV +ve,, tapi aku
dah lama start makan ubat antiviral. Maknanya, tahap kesihatan aku dah normal macam
org lain, dan risiko untuk menjangkitkan virus ni pada bakal wife pun dah
kurang. Sebab faktor ini jugak la menjadi punca yang menambahkan keyakinan aku
untuk berkahwin, dan untuk pengetahuan korang, awek tadi tu tahu status HIV
aku, dan alhamdulillah dia bole terima aku seadanya selepas aku approach dan
explain pada dia, cuma pada awal nya dia push aku dan tanya aku mcm mana aku dapat
virus ni, nak tak nak terpaksa la aku kelentong sama dia, tipu sunat takpe kan
? ;0
Enam bulan ikatan pertunangan, hubungan dengan tunang pun
takde la semesra macam pasangan lain bercinta, mungkin disebabkan faktor nafsu
aku yang lebih pada kaum sejenis, tapi aku takde la kejam sangat pada tunang
aku, bila ada masa free kitorang kuar dating, bagi present, bunga etc....kena
la jadi hipokrit sket kan, sebab tak nak tunang aku terasa hati.
Akhirnya bulan 10, kami diijabkabulkan, sebelum hari bahagia
tu memang aku excited giler babi, bukan excited sebab dapat bini, tapi excited
sebab jadi raja sehari..hahaha..maklumlah, hari glamour kita kan.
Tapi kalau korang nak tau, aku ade jugak contact dengan geng-geng
yang sekapal untuk dapatkan lesson
learnt dari diorang macam mana nak go-thru malam pertama, alhamdulillah, diorg
bagi +ve feedback.
Hari akad nikah, aku tengok muka wife aku, comey, hati
berdebar-debar ni...sebab aku mula pikir yang malam nya nanti aku dah kena kembali
kepada fitrah azali, menjadi pasangan kepada seorang wanita
Malam pun menjelma, dag dig dug dada berdegup kencang,eh,
wife masih lagi tgh period, so malam ni aku selamat! Hahahaha (macam kisah
hamka kereta mayat dalam buku Kamar suteralah pulak)
Tiga hari selepas tu,
"Awak, period saya dah habis",
"Awak, period saya dah habis",
“opssss-ok”
(Note, aku terpaksa delete bab ini sebab agak lucah)
.., walaupun tanpa membayangkan Aaron Aziz mahupun Zizan Razak,
akhirnya aku klimaks jugak!
MEMANG BEST SEBENARNYA JADI TOP ESPECIALLY BILA GUNA CHANNEL
YANG HALAL!
p/s: Dalam minggu tu 4 kali jugak lah kitorang ON sebab kami memang
teringin nak anak cepat
Alhamdulillah, sekarang dah 2 bulan selepas ijabkabul, wife
pun dah +ve pregnant
Moral of the story:-
1. Aku rasa, naluri gay ni sebenarnya more into mainan
psychology jer, ianya cuma bayangan perasaan, once dah rasa sekali, bayangan
nikmat tu akan kekal dalam minda...KENA DIVERT KAN PERASAAN NI, BILA DAH KAWIN,
LAGI SENANG NAK DIVERT SEBAB FOCUS HANYA PADA ISTERI, TAK BOLEH LARI ke tempat
lain.
2. Naluri gay tak boleh hilang dlm diri, korang kena slowly
divert object dalam minda korang, kalau sebelum ni korang dambakan pelukan
Fahrin Ahmad, tapi korang cuba lupakan semua tu sewaktu mengadakan hubungan
intim dengan wife, secara automatik, korang lebih focus pada wife dan
"device" yang ada pada diri dia.
3. Yang penting, DOA dan tawakal pada Allah SWT, itu kata
kunci yang membuatkan aku rasa diri aku slowly buang jauh-jauh perasaan diva
& kecelaruan identiti aku.
Alhamdulillah, makin lama aku makin sayang pada wife aku,
tapi kena maintain fokus pada diri dia, jangan cuba divert minda pada pasangan
sejenis, aku tak nak bersikap dingin pada wife, kesian kat dia.
Fokus, fokus dan fokus pada perkahwinan yang dibina, buang
jauh-jauh perasaan diva, cerewet dan geli geleman terhadap wanita, fikirkan
masa depan family, insyaAllah, kalau korang sentiasa maintain dgn perasaan +ve
macam ni, pastinya hubungan korang dengan wife akan berkekalan selamanya, dan
yang penting, jangan sesekali terpikir pasai jantan, dan jangan memandai-mandai
mulakan conversation dengan skandal lama yang boleh menenggelamkan naluri
normal anda.
KESIMPULANNYA: BOTTOM TEGAR SEBENARNYA MEMANG BOLEH JADI
SUAMI DAN BAPA YANG HEBAT!
Apa yang penting, fikir masa depan diri sendiri dan set kan
objektif dalam minda bahawa walaupun kita start hidup kita dengan dosa, tak
semestinya neraka yang menunggu, ubah semua tu, jadikan destinasi terakhir kita
adalah SYURGA! Amin.
p/s: sekarang ni, kalau aku tengok lelaki hensem, cuma
terdetik dalam hati "alangkah indah ciptaan Allah".aku takkan
sesekali pikir benda yang bukan-bukan.
End Copy Paste:
Klik sini untuk masalah Gay
Klik sini untuk pendapat peribadi Kereta Mayat
Update: BUKU AKU, ALMOND LONDON dan GAY telah siap. Alhamdulillah. Aku percaya Gay boleh berubah kerana dalam Al quran ada perintah Allah kepada Nabi Nuh menyuruh kaum gay bertaubat, yang mana bila Allah suruh, sudah tentu Dia yang Maha Mengetahui, TAHU bahawa dengan azam dan niat yang ikhlas, Allah akan membantu mengubah segalanya kerana Dia Maha Berkuasa.
Klik sini untuk pendapat peribadi Kereta Mayat
Update: BUKU AKU, ALMOND LONDON dan GAY telah siap. Alhamdulillah. Aku percaya Gay boleh berubah kerana dalam Al quran ada perintah Allah kepada Nabi Nuh menyuruh kaum gay bertaubat, yang mana bila Allah suruh, sudah tentu Dia yang Maha Mengetahui, TAHU bahawa dengan azam dan niat yang ikhlas, Allah akan membantu mengubah segalanya kerana Dia Maha Berkuasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)






