Jul 24, 2015

Suara Nabi di Aidilfitri?

(Selain kisah berkenaan suara nabi di aldilfitri, Tip hilang mengantuk sewaktu memandu juga ada dihujung cerita, layan sahajalah)

sekadar gambar hiasan

Rumah aku di datangi oleh tetamu tengah malam, datang beraya sempena bulan syawal katanya. Lagipun senang nak berehat dan solat jamak di rumah saudara, rupanya saudara perempuan aku dan suaminya dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, singgah sekejap sebagai musafir Aidilfitri.

Jam baru 11 malam, bini yang belum tidur layan tetamu macam biasa, sementara mereka solat jamak ta’khir, bini sempat goreng keropok lekor dan mee hoon sebagai hidangan supper.
Waktu makan supper, kami dan tetamupun berborak macam biasa,

Imbas kembali.

Tapi sebelum itu, dua tiga hari lepas aku ada update status FB yang dapat 1000++ like dan 100++ share, status FB tu di tulis macam ni:

“Waktu ziarah, ada bini orang yang pakai baju buka aurat, terbelah sana sini, ada yang pakai baju kebaya sehingga nampak lurah buah dada siap dengan tahi lalat yang di gelapkan dengan Eyeliner glides on adding drama and definition to your TAHI LALAT with waterproof formula won’t smear, smudge or fade for up to 16 hours berjenama Revlion.

Kemudian, ada pula mewarna rambut pulak macam buah Naga cicah Coklat siap dengan pekej rambut mengerbang macam puntianak Suhaimi Baba part-one-two.

Solat pula lengah lengah dan bersalaman jantan betina sambil menhampuskan dosa serta merta laksana Father di gereja dengan ungkapan, “kosong-kosong.”

Wah wah wah, meriahnya raya..

Bila bersembang pasti bercerita tentang harta, politik dan hiburan...

“Kerja kat mana sekarang? Gaji dah cecah 6 ribu ke?”

“anak anak sudah berapa orang, masuk U berapa orang?”

“Baju I ni sama butik dengan penari latar Dato Siti Nurhaliza you..”

“Balik kampung berapa hari, jalan jem tak? Tapi I tak penat sangat sebab naik kereta MPV baru, siap boleh tengok movie dekat GPS screen..”

“Wah merahnya bibir I lepas minum air sirap you, rasa macam Justin bieber lah pulak, haw haw”

“Teruk betullah kerajaan Malaysia, jalan jem gila, mana pergi duit juta juta rakyat bayar cukai, kenapa tak buat LRT dari KL ke Kelantan?”

“Bukaklah TV3 tu, ada cerita hantu kopek, sedap cerita tu, dah dua kali tengok wayang, lapan belas kali tengok dekat ASTRO first, dan sembilan kali tengok dekat DVD Player, hari raya pertama ni, kita layanlah pulak dekat TV3 sambil makan ketupat”

“Baju ni aku tempah pada 15 sya’ban, nasib baik sempat siap, cantik kedai tu jahit”

“Berapa lama balik kampung ni, bila nak ajak I pergi jalan jalan dengan kereta baru U”

“Jalan jem sebab salah pembakang, kenapa mahu turunkan harga kereta dan minyak?. patut naikkan lagi harga kereta dan harga minyak, baru jalan lengang, senanglah I nak balik raya”

(Rasa macam mahu muntah pula bila qoute banyak-banyak-adohai.)

Baiklah, Aku malas nak mengumpat sambil puasa enam(ehem-ehem, riaklah tu), tapi itulah hakikatnya anda beraya.., langsung tiada ciri islamik, itu belum cerita bab makan sehingga terbaring kekenyangan mengalahkan orang somolia yang terbaring kelaparan.., malas sudah nak mengumpat lebih lebih di waktu sedang puasa enam ni, (kena berbuka aku ni nampaknya-adohai..), apa yang aku nak fokus adalah bila tiba ziarah hari raya, patut bersembang bab ugama, macam ahli shurga, jaga akhlak macam ahli shurga.., maklumlah sudah sebulan berpuasa, sudah sebulan dengar tazkirah, tak kan tidak boleh borak bab ugama kot..

Jika anda rajin baca kisah sahabat dan Nabi Muhammad SAW, (macam lah aku ni rajin sangat) anda akan dapati banyak perbualan antara Nabi dan sahabat yang mana perbualan mereka pada mulanya hanyalah dalam urusan dunia, tapi bila bersembang dengan Nabi, topik perbualan itu akan bertukar menjurus kepada cerita tentang akhirat,

Seperti kisah sahabat bercerita betapa untung beliau berniaga hari itu, lalu Nabi cerita tentang untung lagi orang yang solat sunnat selepas solat fardu, kemudian, anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, cerita kisah sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi cerita pula kelebihan membaca tasbih sebelum tidur.., ada sahabat lain cerita tentang unta betina bunting yang mahal, Nabi cerita pula kisah kelebihan membaca Al quran.. dan lain-lain.., (rujuk sendiri)

Jadi, anda boleh semak balik, bila anda berborak dengan kawan di waktu ziarah hari raya, ke mana topik perbualan akan menjurus?.., adakah akan menjurus kepada akhirat? atau menjurus kepada harta dunia, politik , hiburan atau tepi kain orang? (yang menambahkan dosa)
Ada antara anda bercerita tentang akhirat? Cerita tentang pokok di shurga? Cerita tentang api neraka?

Ada?

Jom Ubah topic berborak hari raya..

Contohnya:

“Eh, kau tahu tak khutbah hari raya tadi cerita pasal apa?”

Apa sahaja jawapan kawan anda, dengar atau tertidur, maka anda sudah ada modal untuk bercerita bab ugama, maka terus masukkkan hadih Nabi atau ilmu ilmu yang anda sudah belajar sepanjang tazkirah antara tarawikh 8 rakkaat yang lalu, bila lagi nak belajar, AMAL dan SAMPAIKAN.. kan?

Atau jika korang sendiri tertidur waktu khutbah raya, boleh juga mulakan perbualan begini:.

“Pernah baca Buku yang di tulis oleh Hamka Keretamayat?’

Woha!”

Tamat Imbas kembali.

Masalanya sekarang, nak sembang berkenaan buku Hamka Keretamayat dengan saudara perempuan aku di tengah malam sebegini sangat tak sesuai. Lalu aku terfikir nak borak isu apa ek?

Kebetulan kat ruang tamu rumah aku ada almari buku, dan ada buku agama, maka topic perbualan malam itu adalah bab “suara Nabi”.

“Kat rumah, korang berdua ada buat taklim?”

Tanya aku, jawab mereka:

“err, tak sempat nak buat”

Ok, masa untuk sembang bab agama:

Sebenarnya Tuan puan, Al quran dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri.

Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..

Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk ugama islam dan bersolat tak jemu-jemu.

Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...

Untuk itu, akupun belajar-belajar menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumahku pada setiap malam selepas isyak dan membacanya di hadapan anak bini yang mana aku telah melihat hati mereka mulai terang dengan cahaya kerana mereka mulai menjadi bini dan anak yang taat kepada Allah dan suami serta ayahnya.

Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami kepada anak dan isteri yang derhaka?

Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?

Maka kerana itulah kita kena hidupkan kembali “suara Nabi” dirumah kita agar cahaya Al quran dan hadith dapat menerangi isi hati kita.., bila hati dah ada cahaya, barulah kita dapat amal ilmu ugama kerana terbukti, ramai orang ada ilmu ugama tapi selamba buat maksiat dan selamba tak pergi masjid sebab hati mereka gelap.., dan bila aku tanya kawan kawan aku yang istiqamah buat baik dan istiqamah pergi masjid, apa rahsia mereka?

Jawapan mereka adalah mereka mendengar “suara Nabi” setiap hari bersama anak bini.., dan yang malas bersolat di masjid serta suka solat lengah-lengah, bila ditanya, ada tak majlis “suara Nabi” di rumah korang? Jawapannya takde.., sibuk layan TV anak beranak.., macam mana hati tak jadi gelap?

(walaupun TV tu bercahaya dan bewarna warni)

Oleh yang demikian, cara penyelesaianya adalah:

Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..

Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..

“Kalau pasangan tak nak dengar, camne Hamka?”

Korang boleh pujuk mereka dengan ubah strategi, cakap kat mereka abang nak improve Bahasa English supaya senang naik pangkat, lalu korang beli dua kitab, satu kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof yang berwarna coklat dalam BI dan bewarna hitam dalam BM atau atau kitab Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria yang berwarna biru dalam BI dan BM.. (rumah aku ada semua versi ini)

Lalu bila baca, korang pegang kitab BI, dan direct translate kepada BM dan mintak tolong isteri betulkan jika salah iaitu dengan biarkan isteri merujuk kitab BM lalu korang bacalah dengan merangkak-rangkak kitab BI tu dan boleh buat-buat tak tahu makna supaya isteri tawajjuh membetulkan vocabulary word lalu akhirnya korang dapat menghidupkan “suara nabi” bersama anak isteri dan dapatlah mereka menjadi orang yang bertakwa, dan korang dapat improve English lalu naik pangkat, woha!

(Dunia dapat, akhiratpun dapat, kan?)

InsyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi anak bini kita yang tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak, lipas dan nyamuk.., apalah sangat..

Mudah mudahan, bila resapan cahaya hadith datang dalam hati, maka ihtisab akan datang, lalu anak bini akan nampak perintah Allah, akan faham manfaat dari perintah allah, lalu akan datang keinginan untuk beramal, insyallah..

“nak buat sampai bila majlis ‘suara Nabi’ ni Abang Hamka?”

Tanya tetamu tengah malam, jawab aku.

Buat sampai mati.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?

*****
Akhirnya hampir jam 1 pagi, tetamu sudah bersiap nak menyambung perjalanan pulang, sudah dipelawa tidur tapi katanya besok pagi kena masuk pejabat.

Sebelum mereka bertolak, sempat mereka minta tip untuk tidak mengantuk sewaktu memandu.

Jawab aku:

“Waktu memandu, cuba korang laki bini mengumpat, tak kiralah mengumpat siapa-siapa, memang boleh hilang mengantuk bila cerita keburukkan orang lain, tak percaya tanya geng lepak kedai kopi bila sembang bab politik, ha ha!”

Tetamu turut gelak dengan jawapan berseloroh dari aku, sebelum kereta mereka bergerak, dari jendela kereta, sempat aku pesan:

“Aku serius, dan aku benarkan korang berdua mengumpat aku, contoh, Hamka tu sembang bab agama pandai sangat tapi anak bini pun nampak macam tak terjaga ajer, dia sendiri pun tunggang langgang, tak kesah apapun, korang nak kutuk, nak maki teruskan, asal korang tak mengantuk, Woha!”

Tetamu senyum panjang dan melambai bye bye sambil mengucapkan berbanyak terima kasih.

Lalu mereka pun menghilang ke dalam lebuh raya pantai timur.

Kami laki binipun masuk tidur, dan bini tanya, kenapa abang suruh saudara perempuan mengumpat kita?

“Abang tak nak pahala keluarga abang mengalir ke luar, biar pahala mereka mengalir dalam keluarga sahaja.he he”


Ps: Mengumpat orang membuatkan pahala kita dapat kat orang yang kita umpati, so jika ada masa lapang, korang boleh umpat aku. Woha!

8 comments:

rizalwi said...

Majlis taklim kat surau aku, depa bagi aku guna mikrofon.
Depa pakat duduk keliling dinding surau. Rase macam Mawi.

p/s: Doakan aku istikomah sampai mati

KHALID said...

Moga dapat istiqamah baca kitab taklim dan buat 6 sifat para sahabat..
Selamat Hari Raya buat tuan blog sekeluarga :)

cinta said...

Cadangan konon nk improve english tu sgt kreatif.
Kagum.

Menusuk Hati said...

Terima kasih

hamka said...

rizalwi: rizalwi dengan mawi dah tak jauh, :)

Khalid Kyle : Selamat Hari Raya enam. :)

Cinta: Now you know. :)

Menusuk hati: sama sama. :)

tok bomoh speedy said...

Bijok lg kemah...woooooppppp

hamka said...

harap gitu ler kitew

weschairs said...

Penulisan yang hebat.. Penuh dengan nasihat.. Padu