Jul 13, 2015

Bergaduh di malam Qadar?

(Cerpen pendek di hujung Ramadhan, berdasarkan kisah benar)


Pada suatu hari ketika aku pulang dari surau.. (wah! akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya) berhampiran rumah sewa lamaku, tiba tiba aku terdengar bunyi pintu kereta di hempas berulang kali, siapa pulak yang main bukak tutup dan hempas sekuat hati pintu kereta aku?

Tapi bila aku tengok kereta aku tak ada siapa sentuhpun, rupanya bunyi hempas buka tutup macam pintu kereta itu datangnya dari dua orang lelaki dewasa yang sedang bergaduh, belia kelantan sedang bertumbuk dengan belia dari sabah! Dush! Dush! Bunyi tumbukan dan tendangan.

Lantas terlihat olehku secara khasyaf akan Aura hitam dan aura biru nila mulai muncul di medan pertarungan, langit mulai mendung, dan kilat serta ribut petir jelas pancar memancar dan sabung meyabung, angin yang bertiup kencang dari arah timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang amat merbahaya kepada bot-bot kecil.

Aku yang tidak berseluar dalam sebab masih berkain pelikat, terus berlari ke dalam rumah sewaku yang tidak jauh dari tempat kejadian lalu mencapai seluar dalam dan zas, zas, zas! Kostom dalam dah siap lalu aku melompat ke medan pertarungan!

Eh? Dah habis bertarung, kelihatan pemuda Kelantan sedang berehat melepaskan penat, dan belia dari Sabah sudah hilang, tapi tak lama, rupanya belia dari Sabah itu datang bawa pisau untuk menyerang.

Aku yang kebetulan berada berhampiran belia Sabah yang bertubuh kecil itu terus memeluk beliau dari belakang dan merampas pisau lalu lari dari tempat kejadian, memandangkan aku sudah berseluar dalam, maka kelajuan aku berlari luar biasa pantasnya, aku berlari seperti lipasman dan cicakman dan aku terus lari ke dalam rumah dan sorok pisau di tempat yang selamat. Kemudian aku dengan pantasnya kembali ke tampat kejadian dan kelihatan mereka sambung bergaduh.

“Woi! Berhenti, ingat Tuhan sikit!”

 Jerit aku dengan kuat sehingga kesemua burung yang sedang bertenggek di wayar elektrik berdekatan terbang melarikan diri.

Belia dari Kelantan terus sound, “abang ahli surau orang baik, jangan masuk campur”

(wah! Sekali lagi aku menjadi lelaki beriman akhir zaman kononnya)

Lalu orang ramai pun datang meleraikan pergaduhan, dan aku nasihat kepada mereka tentang bahaya menggunakan pisau dalam pergaduhan kerana setan akan menguasai diri dan bla bla bla.., masa tu aku tengok remaja kelantan tu dah siap manangis, aku tahu dia menangis bukan kerana nasihat aku tapi akibat tekanan aura pergaduhan yang hampir ke arah bunuh membunuh.

Tiada lagi nafas kuat mahu membunuh, ribut sudah menjadi reda, malahan cuaca telah bertukar menjadi begitu indah yang mana cuaca malamnya bersih suci seolah-olah bulan sedang menyinar, keadaan menjadi tenang sunyi, dengan suhu yang tidak terlalu sejuk dan tidakterlalu panas, langit juga bebas dari corakan api tahi bintang. 

Malahan cuaca pagi yang terbit di pagi hari tidak memeritkan mata kerana kelihatan matahari bersinar lembut seperti bulan. Lantas terdengar burung burung berkicau di angkasa membelah kabus di pinggir kali, dari jauh seolah kedengaran alunan air terjun yang mendamaikan jiwa, kelihatan juga rama rama yang bewarna warni terbang antara kuntuman bunga yang sedang mekar semerbak mengharum wangi, sungguh indah pemandangan ini seolah berada di pagi Lailatul Qadar.

Atau memang ini adalah pagi Lailatul Qadar?

Tamat.


Ps: Jangan gaduh gaduh, banyakkan beristigfar, semoga masih ada kesempatan bertemu Lailatul Jaezah di penghujung Ramadhan yang mulia ini. Pesan pada diri sendiri.

10 comments:

rizalwi said...

bukan pisau tu kau buang ke bukit ke bro??? hehehe

Hamka Kereta Mayat said...

bukit tu belakang rumah, malas nak cerita bukit sebab dulu ada orang pertikai, macam mana rumah sewa dekat bukit, adohai..

Anonymous said...

jenuh pikir moral of the story, ingatkan suruh pakai seluar dalam, tapi rupanya nak bagitahu tanda tanda malam lailatul qad'o.

Deep!

Anonymous said...



Assalam,
Kerana pergaduhanlah Nabi saw dilupakan bila Malam 1000 bulan...(Fazilat Ramadhan-Lailatul Qadar)

Dan saya, hari-hari bergaduh...he..he..
Bergaduh dengan nafsu! Woha...

CF
Maafkan ambe Che Mekar,
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak komen boleh didelete..he..he..
Selamat Hari Raya semue...

Malinda Ismail said...

Hahaha...hadoiii sakit perut gelak....walau pon lawak tapi nasihat tu tetap sampai...
selamat hari raya cicakman

Anonymous said...

bab seluor dalam tu yg den tak ble tahan tu... hahahhaa
lipasman hahahhaa

Hamka Kereta Mayat said...

Selamat hari rayer juga pada semua.

Minta maaf zahir dan batin.

blog ini asalnya catatan peribadi, tapi publish untuk mereka yang sudi baca.

Maaf jika terkasar bahasa.

Selamat puasa enam.

Mie Mohd said...

jbro hamka, camne nak pronounce WOHA ? :P

Hamka Kereta Mayat said...

guna bahasa baku, :)

ركن الاصاله said...

شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض