Nov 16, 2018

Bagaimana nak dapat kemanisan beragama?


(Cerita ringkas dan mudah tentang ilmu Hakikat dan Maarifat dalam Islam oleh pakcik pemancing)

Korang pernah drive kereta dengan orang tua pergi tempat jauh? Lepas tu pakcik tu senyap sahaja, korang nak bukak lagu rock XPDC pakcik tu bukannya layan, nak bukak lagu Mat Saleh lagilah pakcik tu tak layan.

Nak bukak radio mengaji karang, hati korang pulak yang gelap akan mengantuk waktu memandu.
Jadi nak borak tentang apa dengan pakcik yang membisu dikerusi penumpang tu?
Nak borak pasal Najib, Najib dah jatuh.

Nak borak pasal Kerajaan baru, rasa macam kena kencing pulak.

Habis tu nak borak apa?

Hah! Inilah fungsi blog keretamayat, idea for better life! Fight of Mediocrity!

So apa kata korang ajak pakcik yang membisu dikerusi sebelah sembang bab Hakikat, Syariah, Tarikat, Maarifat agama Islam!

Tentu pakcik tu pun akan teruja, ya! Tahu! Tajuk ni tinggi. Tapi aku akan ajar korang borak cara santai bab tinggi ni dengan ilmu tamsilan yang mudah faham.

Mula mula korang Tanya pakcik membisu tu:

“Pakcik tahu Apa itu hakikat ugama?”

Mungkin pakcik tu jawab:

“Imu hakikat ni tak boleh cerita dengan ayat biasa, ilmu ni akan datang bila korang kenal MAARIFAT ALLAH”

Itu jika pakcik tu jawablah, jika dia membisu jugak, korang tanya soalan lain pulak:

“Pakcik tahu Apa itu Maarifat Allah?”

Mungkin pakcik tu jawab:

“Ilmu ni tak boleh belajar melalui siapa siapa pun, ilmu ni hanya akan datang bila korang belajar TARIKAT NABI”

Itupun jika pakcik tu jawablah, jika dia masih membisu jugak, korang tanya soalan lain lagi dan lagi:

“pakcik tahu. Apa itu tarikat Nabi?”

Mungkin pakcik tu jawab:

“ilmu ini, korang akan dapat bila faham SYARIAT ISLAM”

Kalau pakcik tu jawablah, jika masih membisu seribu Bahasa, korang Tanya pulak soalan ni:

“pakcik tahu Apa itu syariat Islam?”

Bosan dengan soalan korang yang bertalu talu, mungkin pakcik tu akan luahkan ilmu yang dia pernah sembunyikan jika ada, atau akan merepek cerita ilmu sesat yang dia pernah belajar, waktu tu korang diam jer, biarkan dia bercakap, niat asal nak ajak pakcik bersembang agar mengantuk hilang, niat kedua, nak wujudkan suasana agama dengan bercerita tentang kebesaran Allah.

So, biarkan pakcik tu nak cerita ilmu tasauf dia, kisah tok guru dia boleh jalan atas air macam labah labah, kisah tok guru dia boleh hidup dua alam macam katak, kisah tok guru dia tak makan tujuh hari macam ular sawa kenyang, biarkan.

Memang orang tua bila bersembang, tak terjangkau akal kita memikirkannya, lalu keluarkan kisah wali dan tok keramat, kisah wali makan durian depan kaabah, atau mungkin kisah minyak dagu mayat pengasih Cinta pun akan dikeluarkan, so ini peluang untuk kita belajar ilmu dari orang yang jauh lebih tua sewaktu terperangkap dalam kesasakkan jalan raya.

So panjang sudah pakcik itu bercerita, apa yang aku dapat ingat, ilmu Syariat adalah segala kehendak Allah dari segi perintah dan larangan. Boleh lah aku katakan syariat ini sebagai hukum-hakam Allah yang tertulis dalam Al-Quran, makala Tarikat pula adalah cara melaksanakan hukum-hakam berdasarkan hadis,: dan sudah tentu cara Nabi!, sebab tulah ada orang alim menyebut Tariqat Nabi, contoh:

Allah telah mengsyariatkan seruan Azan dan solat, maka tarikat azan dan solat adalah cara Nabi iaitu azan dalam bahasa arab, tak boleh guna Bahasa kebangsaan, dan solat berjemaah tempat azan di azankan. Jadi ilmu syariat dan tariqat ni wajib semua orang islam belajar di awal awal keislaman sebagai asas menjadi orang beriman sebagaimana orang terdahulu beriman.

Manakala ilmu maarifat dan hakikat memang tak dapat belajar dengan berguru, ilmu ni Allah akan bagi bila korang buat pengorbanan dan mujahadah yang betul. Maarifat ini adalah ilmu mengenal Allah dan Hakikat adalah ilmu paling tinggi yang bolehlah aku ertikan sebagai kemanisan beragama atau kemanisan berhubungan dengan Allah.

Begitulah istipati pakcik tu cerita, so lepas tu pakcik tu pun diam balik, dan tibalah giliran korang pulak nak sembang, atau dalam kes korang pulak, mungkin memang dari awal pakcik tu diam tak nak sembang, tapi korang tetap ajak pakcik tu sembang.

Korang Tanya pakcik tu lagi:

“Boleh tak saya nak kongsi kefahaman ilmu syariat, tarikat, maarifat dan hakikat seorang pemancing ikan, boleh?”

Terkejut pakcik tu bila korang nak cerita kefahaman ilmu syariat, tarikat, maarifat dan hakikat seorang pemancing ikan. Biarkan dia terkejut, lalu korang pun bercerita.

1. Syariat seorang pemancing.

Semua pemancing ada Syariat memancing iaitu ilmu undang-undang atau hokum hakam memancing seperti, mesti ada joran, joran kena ada tali, kena ada mata kail, kena ada umpan, dan ini adalah syarat-syarat sah untuk memancing, jadi untuk dapat ilmu ini kena belajar dari guru pemancing yang berpegalaman.

2. Tarikat seorang pemancing.

Ok, Dah pandai dan dah faham hukum-hakam memancing, dah pandai pilih joran, tali, mata kail, dan umpan, sekarang korang kena ikut ‘tarikat’ atau perjalanan yang betul iaitu memancing mestilah di tempat yang ada ikan, tak boleh memancing kat telaga buta, dalam baldi , kat indah water sebab itu adalah ajaran sesat tarikat memancing, jadi kena rujuk pada pakar pemancing iaitu memancing mestilah di jalan yang benar, atau di tempat yang benar seperti, tasik, sungai, laut atau kolam memancing. Ilmu ini kena belajar dari guru pemancing yang berpegalaman.

3. Maarifat seorang pemancing

Hah! Yang ni tak boleh nak belajar dari guru sahaja, kena berlatih dan terus berlatih, kena korban masa korang banyak-banyak memancing ikan dipelbagai tempat, cuaca dan masa, maka akhirnya korang akan dapat ilmu Maarifat memancing, seperti tengok air dah tahu ikan apa yang ada, tengok arus air dah tahu ikan banyak mana, tengok kocak di air, sudah tahu jantan betina, tengok umpan dah tahu ikan apa yang akan makan, tengok warna air dah tahu berapa ekor ikan yang tinggal di penempatan itu, tengok buih-buih dah tahu berapa kilogram ikan yang akn timbul…pendek kata profesional tahap gaban! Tahniah!

4. Hakikat seorang pemancing.

Akhir sekali, Hakikat seorang pemancing, atau ‘kemanisan’ memancing! yang ni aku tak reti nak terangkan, tapi member aku ada yang dah dapat hakikat memancing, orang macam gini biasa korang boleh tengok waktu maghrib pun duduk memancing lagi, tak peduli nyamuk gigit, tak peduli turun hujan ribut, kadang-kadang duduk bertenggek kat jambatan dari magrib hingga ke subuh. Jika memancing dalam hutan, harimau pun takut nak dekat, boleh tidur sambal pegang jorang tak bergerak. Lebih dahsyat kawan aku ni, hari raya aku nak pergi solat raya jam lapan pagi, dia boleh bawak joran nak pergi memancing, memang dah dapat hakikat betul, sampai satu tahap bini nak bersalin pun boleh pergi lagi, inilah hakikat tahap gaban!

Kesimpulan:

Jadi berbalik pada syariat agama, korang dan aku dan seluruh ummat kena cari ustaz berguru, dan belajar amal dengan cara yang betul, dengan tariqat yang betul iaitu cara Nabi dan Ulamak, lepas tu korang istiqamah dan buat pengorbanan baru dapat maarifat Allah, baru dapat mengenal Allah, nak belajar korban, hayati kisah Nabi Ibrahim alahisalam.

Bila korang ada makrifat agama, bab mencari hikmah dalam takdir buruk menjadi mudah, sebab korang akan faham bahawa hikamh adalah nasib baik yang menyamar dalam takdir buruk, dan korang akan faham dengan sebenar benar faham bahawa segala yang berlaku di dunia ini adalah dalam kehendak Allah, tidak ada satu pun yang berkebetulan, yang baik dan buruk semunya dari Allah! Ini rukun iman yg ke enam! 

Ramai orang jadi sesat bila belajar bab takdir..nauzubillah…

Maka dalam bab Makrifat, fahamilah bahawa semalam adalah takdir yang berlaku dalam kehendak Allah, hari ini dan esok rancanglah dengan sangka baik pada Allah kerana hari ini dan esok juga akan menajdi semalam.

Faham tak? Tak faham maka belum dapat ilmu Makrifat!

Akhir sekali, korang akan dapat hakikat agama selepas korang mengenal Allah, apa itu hakikat ugama?, itulah satu hubungan yang penuh asyik dengan Allah, kemanisan dalam ibadah, kemanisan dalam dakwah, kemanisan dalam zikir, dan bila kita sudah merasai hakikat agama, maka pasti akan rasa pahit sekali bila meninggalkan suruhan Allah!

Hari ni buat ibadat rasa malas, buat maksiat rasa seronok, memang jauh lagilah marifat dan hakikat agama nak datang dalam diri.

Akhir kata,

1. Ibu segala syariat adalah: Kalimah Tauhid.
2. Ibu segala tariqat adalah: Solat berjemaah.
3. Ibu segala Maarifat adalah: Dakwah
4. Ibu segala Hakikat adalah: Tahajjud

Begitulah panjang lebar aku cerita pada pakcik di sebelah, dan pakcik tu terus membisu, matanya dipejam, adakah dia sedang insaf. Sekali tidur rupanya.

Woha!

Pakcik tu dah dapat Sakinah, sakinah dalam mendengar ceramah, apa itu sakinah? Alamak panjang pulak nak cerita, lain kali kita cerita, pakcik tu pun dah tidur, teruskan memandu sambal layan lagu sakinah dari XPDC!

“bila kenal Sakinah, kenal diri siapa sebenar!”

Woha!

Ps: Seseorang yang telah mendapat kemanisan Islam maka tidak ada mana-mana agama pun dapat rosakkan dia, dan seseorang yang tak dapat kemanisan Islam maka tida ada mana-mana agamapun dapat memberi kamanisan sebenar kepada dia, Islam adalah manis! Bagi mereka yang mendapat hakikat!

Nov 15, 2018

Pernah dakwah bapuk?


(Ini bukan kisah menyepak Gay di pintu Syurga, ini kisah rindu bapuk di Taman Syurga)

Waktu tu di Kelantan kira kira dua puluh tahun yang lampau, so bile jumpa bapuk duduk lepak depan rumah, kita dakwahlah dia, salam macam biasa sebab dia lelaki, yang tahu dia ni bapuk bila nampak cara berpakaian ala ala metroseksual, dan bersuara lembut macam perempuan, dan gedik macam pondan.

Ajaib!, dia nak ikut program iktikaf tiga hari, cash!

So pendek cerita dia sangat seronok dapat berkenalan dengan abang abang janggut, waktu tu aku muda dan geng Jemaah pun ramai yang muda, tidur pun nak himpit himpit, tapi ustaz dah pesan awal, tidur tak boleh satu selimut dan tak boleh terlalu rapat.

So takde kejadian buruk, semuanya cerita yang baik baik, bapuk ni malam-malam bangun tahajjud sambil menangis..,

Dengar dia menangis, korang pun dah tak selera nak tidur. So Bapuk juga manusia, dan bila Allah bagi hidayat, tiada siapa boleh halang.

Dalam kesungguhanya bertaubat, ada kenangan yang agak lawak, iaitu dia teringin sangat nak berceramah magrib, ok, ustaz bagi can.

Dia pun bercerita tentang Iman adalah mutiara.

Apa yang lawak?, sebab dia tafsir lirik lagu Raihan..

Contoh ceramah dia dengan suara lembut...

“Abang abang nak tahu tak kenapa iman adalah mutiara? Sebab mutiara ini tiada ditepian pantai..”

Lepas tu dia senyap sekejap, bernasyid secara perlahan nak cari idea dan sambung ceramah.

“Iman juga tak dapat di jual beli yer Abang-abang sebab iman tak boleh diwarisi dari ayah yang bertakwa, buatlah apa juapun, mendaki gunung yang tinggi, renang lautan api..”

Lepas tu dia hilang idea dan sambung menyanyi secara perlahan lahan siap angguk angguk dan teruskan berceramah. Lawak tapi deep. Kami semua kagum dengan kesungguhan dia nak berceramah.

So tip jugak ni, jika takde idea nak bercermah, ingatlah lirik lagu Nasyid-kah kah kah!

Lagi satu pengalaman tak boleh lupa, bila malam dengar dia berdoa sambil menangis lepas solat tahajjud, yang syahdunya, dia bukan berdoa sambil menangis, dia nyanyi lagu nasyid sambil menangis.

“Tuhanku.., aku tidak layak masuk syurgamu…, tapi tak berupaya menghadapi api nerakamu.., terima taubatku.. dan ampunkan dosa dosaku, sesungguhnya engkau mengampukan dosa hambamu..”

Lepas tu menangis teresak esak, dan sambung,,

“Tuhannnnnnnnnnn, kuuuuuuuuuuuu “

Adohai.., memang nak kena suruh slow sikit suara maklumlah jam sudah tiga pagi, tapi dalam kegelapan malam, tak jumpa pulak dia dalam saf masjid, rupanya dia solat di tempat wanita, dengan bertemankan lampu luar masjid, aku selak kain tirai.

Fuhhh lega, sebab apa yang terbayang dalam otak aku tidak menjadi kenyataan, nampak dia elok sedang menangis sambil bernasyid.

Kenapa aku lega? 

Sebab dia tak pakai kain solat perempuan, kalau tak, terkejut mak! 

Woha!

Kemuncak program dia nak ikut ke Markas Dakwah di Kelantan, sampai sana dia ikut Jemaah lain sebab aku dah nak balik Terengganu lalu kamipun berpisah.

Sampai sekarang aku dah lupa nama dia, dan tak pernah jumpa dia.

Adakah dia sekarang menjadi tauke jual produk kecantikkan? Atau sudah meninggal dunia dan sedang bahagia di Taman syurga bersama bidadara?

Kubur asing asing, tapi aku rindu kawan kawan yang ada dikubur bahagia.

Jumpa di sana sahabat, tingkat lapan, Syurga Firdaus.

Woha!

Nov 2, 2018

Ngeteh di Kubur Ayah?

(Ku renungi, gambarmu, ku baca surat suratmu... kata Sudirman)

Bayangkan satu hari, seorang doktor mengesahkan kita ada kanser dan jangkaan hidup sudah tidak lama.

Tentu kita bingung sekejap selepas mendapat berita ini. Maklumlah, Filem-filem DC Extended Universe dan Marvel Cinematic Universe pun masih banyak yang belum ditayangkan. Masih belum bergaduh dengan bini tentang poligami. Malah pergi haji pun belum ada rezeki. Aduhai...

Tapi, Oleh sebab doktor itu pakai cermin mata macam Clark Kent dan handsome seperti Superman, saya terus teringat cerita Superhero itu yang merupakan mangsa buang bayi dari angkasa. Superman dibuang ke bumi bukan sebab anak haram atau ibu bapanya miskin tetapi planetnya berdepan kiamat yang membunuh ayah dan ibu serta semua bangsanya. Jadi sebelum planetnya musnah, ibu bapanya sudah merancang untuk membuang Superman ke planet lain yang penguninya serupa dengan mereka.

Sebaik Superman jatuh ke bumi ketika masih bayi, beliau telah dipungut oleh petani yang baik hati. Kebetulan pula warna kulit dan bahasa mereka sama, jadi tinggallah Kal-El (nama sebenar Superman) sebagai manusia di bumi. Masa berlalu pantas, Kal-El masih cuba menyesuaikan diri tapi terlalu banyak dugaan hidup di bumi yang membuatkan beliau sedih. Namun kesedihan Superman tak lama kerana ayahnya ada mengirim ‘surat’ yang mampu menjawab semua masalah dan persoalan Clark Kent (nama baru di bumi).

Maka Jor-El (nama sebenar ayah Superman), walaupun sudah mati namun masih mampu slow talk dengan si anak pada bila-bila masa menggunakan ‘surat’ canggih yang boleh mengeluarkan imej 3D. Dapatlah Clark Kent ‘mengeteh’ bersama hologram ayahnya yang sudah mati. Untungkan?

Alangkah bagusnya jika remaja di luar sana yang sedang bersedih kerana hidup tanpa ayah secara tiba-tiba si ayah yang sudah arwah rupa-rupanya ada mengirim ‘surat’ yang mampu menjawab semua masalah kita, alhamdulillah.

Lalu buku ini ditulis sebagai surat kepada anak-anak saya khasnya dan seluruh anak-anak di dunia amnya. Alahai, kiranya macam cerita Kuch Kuch Hota Hai yang mana mendiang Tina (Rani Mukherjee) menulis surat kepada anaknya, Anjali yang perlu dibaca pada setiap kali hari lahirnya. Pada hari jadi ke-10, Tina menyuruh Anjali mencari awek lama (Kajol) ayahnya, Rahul (Shahrukh Khan) dan kahwinkan mereka. Woha! Kerana itulah saya menulis buku ‘Ngeteh di Kubur Ayah’.

Jangan bimbang, saya tak buat wasiat menyuruh anak-anak mencari pakwe lama ibunya macam Tina dan Anjali tu. Cuma nak beritahu, jika nasihat Lukman Al-Hakim daripada seorang ayah kepada anaknya masih relevan untuk kita, mungkin nasihat Hamka Kereta Mayat untuk anak-anaknya juga boleh dipraktikkan di celah-celah kehidupan anda. InshaAllah.

Selamat ‘mengopi’ bersama ‘arwah’ di pusara dan selamat ‘mengeteh’ bersama ‘ayah’ di kubur. Nikmatilah perbualan ayah dan anak ini sementara nyawa masih dikandung badan.

Ok, buku NGETEH DI KUBUR AYAH akan siap dalam masa dua minggu, boleh order dengan harga sangat murah sebelum siap sebab bila dah siap akan ikut harga pasaran, link untuk order

Pecah kaca pecah gelas, lepas baca sedekahkan al-Fatihah.

Woha!

Oct 19, 2018

Suci dalam debu?

(Di tulis di hari kematian Allahyarham Salim Iklim)



Lagu suci dalam debu popular waktu aku tingkatan satu.

Naik bas pergi sekolah driver putar lagu ni.

Aku waktu tu ada minat sorang awek pandai English, jadi aku translate lagu Iklim versi English dan bagi kat dia.

Tapi cinta aku ditolak. Mungkin sebab kesalahan grammar aku yang telus sangat. Ha ha

Aku lupa lirik asal aku tulis zaman tu. Tapi ni aku tulis tepi pantai Tioman sambil walking sepanjang pantai kekuarkan peluh. Aku cuba kekalkan grammar lagu pada zaman itu.. terimalah

Clean in dust!

(Sila Nyanyi ikut rentak asal)

You like a clean water
In the glass with dust
Even the dirty.... you can see
Beautiful of clean is still protect

Love is not only at eye
Love coming from heart
Let be wrong.. from they eye
Let the different can see... between us.

I hope you... still can accept
Even looking so ugly
Because the real meaning of love
Only we feel it

One day will coming
The light will appear
The door will open
We step in together

That time we can see
The light is bright
The dust be a pearl
The ugly be honor

This is not dreaming
What I sharing
But very confident
Happening

Because of love
The sea will burn
Still I swimming
Confirm!

Woha!

Al fatihah: Salim Iklim.
Pantai Tioman 2018

Oct 2, 2018

Nabi nak jumpa kita tak?


(Seorang lelaki yang tidak kacak tapi mempunyai isteri yang sangat cantik, waktu beliau sakit nak mati, isterinya menyatakan perasaan sedih kerana mereka terpaksa berpisah TETAPI jawapan lelaki ini membuatkan aku mengalirkan air mata…)

Ini adalah kisah Bilal bin Rabah seorang hamba berkulit hitam, and nobody care!

Tak ada mana-mana pertubuhan zaman tu nak ajak dia jadi ahli, seorang hamba berkulit hitam? Apa dia boleh buat untuk kembangkan pertubuhan saya?

Tapi Allah tak pandang pada rupa dan status, dan itulah juga pandangan Nabi Muhammad SAW, lantas selama tiga malam, Nabi telah korbankan masa rehatnya hanya untuk bantu Bilal membuat kerja berat, tanpa sebarang kata kata dakwah, sehingga Bilal jadi malu pada hari ketiga kerana mamat hensem mana ntah datang tolong aku tanpa mintak upah sedangkan aku hanya seorang hamba yang tiada rupa, adohai...

Tentu tiga malam itu Bilal masuk tidur sambil berfikir siapakan gerangannya lelaki kacak ini yang ingin bersahabat aku seorang hamba berkulit hitam?

Lalu pada malam ke tiga, bilal pun bertanya, apa kamu mahu Muhammad?

Nabipun bagitahu tentang islam dan keinginannya mengajak bilal masuk islam, terus bilal masuk islam dan sebaik tuan Bilal dapat tahu, Bilal telah diseksa dengan dicemeti sepanjang malam juga dihempap pula oleh sebuah batu besar sewaktu cuaca sedang hangat kepanasan di tengah padang pasir yang panas terik.

Tapi, apa kata Bilal?

“Ahad, Ahad…”

Yang bermaksud: aku tetap beriman pada Allah yang Satu!

Kita hari ni kejut kawan bangun pagi, dijawab: Ahad, ahad…, yang bermaksud: tak kerja, tak sekolah,

Woi, bangun solat subuh hari hari lah bang! Hari mati jer tak payah bangun!

(masukkan muzik sedih di sini)

Maka the rest is history, Bilal dimerdekakan oleh Abu Bakar dan terus beliau menjadi sahabat Nabi yang terkenal, menjadi seorang juru kira-kira kewangan Nabi, juga seorang Muazin, juru azan.

Bila Bilal azan, semua orang datang solat berjemaah dimasjid, di mana ada Nabi Muhammad SAW, di situ ada bilal.

Pernah satu hari Bilal hampir kena jual sebab tersalah ambil hutang dari Yahudi untuk kewangan Nabi, alangkah susah hatinya bilal dan bagitahu pada Nabi bahawa pagi esok sebelum subuh beliau akan lari dari Madinah untuk bekerja ditempat lain dan bila dah dapat duit akan datang balik tebus hutang Nabi, tapi Nabi Muhammad SAW telah selamatkan beliau dengan bantuan dari Allah melalui cara yang tidak di sangka-sangka. (panjang nak cerita bab ini)

Selepas diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Terus beliau sujud syukur dan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW tidak berbelah bagi buat selama-lamanya.

Pernah Nabi Muhammad bagitahu kepada Bilal, apa amalanmu yang membuatkan aku bermimpi nampak kamu masuk syurga seiringan denganku? Kata Bilal: amalan sentiasa memperbarui wudhu..

(nota: Tidak salah menambah amalan selagi ianya sesuai dengan dalil Alquran dan sunnah-ok, teruskan muzik sedih...)

Tuan tuan dan Puan puan, amalan mengambil wudhu walaupun nampak kecil, tapi dari amalan kecil ini maka terbukalah peluang untuk bersolat, baca Al quran dan lain lain ibadat yang membuka pintu langit mengundang seribu rahmat!

Dipendekan cerita, Nabi Muhammad SAW akhirnya wafat, dan ini sangat menyedihkan Bilal, setiap sudut masjid Nabawi ternampak kelibat Nabi, air mata kerinduanpun mulai bercucuran lalu beliau berpindah ke Sham dan dilantik oleh Khalifah menjadi gebenor di sana, satu hari Nabi Muhammad SAW kekasih hati bilal datang dalam mimpinya, bertanya: kenapa dah lama tak ziarah saya?

Note: Jasad Nabi dikembumikan di Masjid Nabawi.

Terjaga dari mimpi, terus Bilal bertolak ke Madinah, sampai sana cucu Nabi sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar di tolak.

Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW.

Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang rindu kepada Nabi Muhammad SAW.

Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu.

Tak lama Bilal di Mandinah, semua tembok bangunan mengingatkan pada Nabi Muhammad SAW dan beliau kembali pulang ke Syam.

Dipendekan lagi cerita, Bilal akhirnya sakit, dan isterinya yang cantik, anak keturunan raja, kulit putih kemerahan menyatakan rasa sedih sebab abang bilal sayang dah nak meninggal dunia.

Tapi jawab Bilal..

“Sayang, jangan bersedih, abang sangat gembira mendekati ajal, kerana abang dah tak sabar nak berjumpa dengan sahabat terbaik dalam hidup abang, Nabi Muhammad SAW…

Air mata pun berlingangan..

Kematian ini, akan menghilangkan rindu yang dipendam sekian lama..

Tuan tuan dan ibu ibu sekalian,

Kita jika mati esok, agak agak, Nabi nak jumpa kita tak?

Kepada Allah aku sampaikan salam rindu kepada Nabi Muhammad SAW.

Aku juga rindu kepada Bilal!

Woha!

Sep 18, 2018

Mari Mengumpat Ustaz Adam?


(ulasan filem Munafik 2 dan kelebihan Memakai Serban)

Tahniah kepada Filem ini sebab dapat kutipan berjuta juta.

Filem ini okey, ada unsur dakwah, dan ada unsur seram yang menghiburkan, lagipun jalan ceritapun laju, malahan, hantupun bertudung dalam fiem ini. Nice!

Dah ramai orang puji filem ini, tapi aku nak keji sikit, jangan salah faham, zaman dulu, bila orang benci kepada pelakon jahat, sampai jumpa luar filem pun orang rasa nak ludah, sebab watak jahat yang dibawa sangat berkesan, bermakna keji sebab terkesan dengan lakonan yang benar benar menjiwai.

Jadi untuk filem ini, aku nak mengumpat Ustaz Adam, geram jer aku kat ustaz Adam ni...

Bagi yang tak tengok, aku detailkan sikit babak yang aku geram jer tengok..


Bayangkan ketua ajaran sesat Abuja jalan macam samseng bersama kawan kawan dan berjumpa dengan Ustaz Adam, babak ni selalu ada dalam filem KL Gengster, cuma sekarang tukar watak kepada pakaian islamik, dan bercakap isu islamik, tapi gaya bercakap masih cara samseng.

Kata Abuja: Nak berdakwah tapi tak pakai serban!

For info, Abuja pun tak pakai serban, tapi Ustaz Adam muka angin jer sebab dia pakai kopiah, lepas tu Abuja cakap, pakai serban solat pahala bertambah, terus Ustaz Adam dapat point, terus disekolahlah Abuja bahawa hadis pakai serban dapat pahala tu palsu, dan pakai serban ni Sunnah Jibiliyyah sahaja.


Adohai ustaz, Sunnah penampilan Nabi ni, jika kita buat kerana cinta kepada Nabi, dapat pahala jugak.


Bagi yang tahu, Maksud Sunnah jibliyyah yang ustaz Adam faham, Sunnah ini dipakai kerana adat kaum arab. Jika pakai tak dapat pahalapun, Padahal cara ikat serban Abu Jahal tak sama dengan Rasulullah,

Cuba rujuk Surah Al-Ahzab : ayat 21

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah“

‘Sebaik baik teladan’ yang dimaksudkan dalam ayat tersebut bersifat umum dan merangkumi semua aspek.., tidak dikhususkan hanya teladan dalam ibadat sahaja, atau dalam percakapan sahaja,tetapi semua aspek.. Sehinggakan nabi menunjukkan contoh dalam memakai kain setingga setengah betis, tunjuk contoh bersugi, contoh memakai serban, contoh memakai jubah, contoh memakai rida’ dan lain lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang saya larang kamu lakukan maka jauhilah, dan apa yang saya perintahkan kamu lakukan. Maka kerjakanlah sekadar kemampuan. 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi Nabi tak larang sahabat pakai kain serban, kenapa kita nak perkecilkan orang ikut sunnah penampilan? tak salah kan?

Patut Ustaz adam jawab dengan berhikmah, bukannya berdebat, Nabipun larang berdebat, bila orang kata Nabi Kafir, Nabi tak jawab tuduhan, tapi Nabi dakwah dengan akhlak, patut ustaz Adam cakap: Jika pakai serban buat kamu mahu ikut nasihat saya, esok saya pakai serban, bagus kepad sesiapa yang mahu ikur semua sunnah, sungguh  setiap orang kemampuan melaksanakan sunnah Nabi saw mengikut diri masing-masing, jika dia mampu untuk mulakan dengan mengamalkan sunnah bersiwak dulu, maka silakan. Kemudian bila kecintaan itu semakin bertambah, insyALLAH orang tersebut akan menambah amalan sunnah yang lain. Jadi tahniah kepada mereka yang memakai serban.

Wah, skemanya ayat, ha ha, pointnya disini, jangan rasa kita alim, hingga orang pakai serban nak kita perlekehkan, galakkan jer orang ramai amal sunnah mengikut kemampuan masing-masing, kerana kita tidak tau, ibadat manakah yang menyelamatkan kita daripada azab Allah, ada orang bagi air pada anjing di anggap remeh, tapi itulah yang sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi disisi Allah SWT.

Jika tiada dalil mengenai fadilat mengenakan pakaian seperti Nabi saw, cukup bagi kita untuk berpegang dengan hadis, “Barangsiapa yang tak menyukai sunnahku maka ia bukan golonganku”
(Riwayat Bukhari)


Lagipun ustaz, yang ustaz Adam pakai kain rida’, atas bahu tu kenapa? Pakai jubah putih tu kenapa? Kan ada hadis Nabi pakai kain atas bahu, pakai jubah warna putih, sebab tu ustaz pakai, kan? Jadi jika ada orang pakai serban tak perlu kot nak highlight hadis palsu tanpa galakkan memakai.

Habis bab serban tu, sekarang nak tegur pasal solat pulak.

Ada satu babak, Mak dan ayah dia solat berjemah dalam bilik, Ustaz Adam pulak jalan jalan kat ruang tamu yang agak gelap, tak tahu kenapa rumahnya ni lampu malap, itu bukan persoalannya, tapi kenapa Ustaz Adam tak solat berjemaah sama sama satu keluarga? Patutlah kena kacau Hantu!

Elok esok sedar dari pensang lepas kena kacau Hantu,sebaik tersedar, langsung tak fikir nak qada solat subuh, jika orang awam pengsan dari malam sampai ke tengah hari, aku tak ralat sangat jika lupa nak solat subuh secara qadar, tapi Ustaz Adam, terkejut dari pensang tak fikir pasal sembahyang, ustaz jenis apa ni?

Tapi babak akhir menjawab segala perkara yang aku meluat kat Ustaz Adam, si Ustaz ni bertaubat Nasuha, mengaku bersalah atas segala dosa, dan mati dalam keadaan bertaubat, siap tangan tunjuk jari telunjuk. Perghh, nasib baik Ustaz adam dah bertaubat, dan mati dalam husnul Khatimah. Alhamdulillah.

Di tunjukan jugak babak Ustaz Adam mati mata terbuka dan muka berlumuran darah akibat dipukul, hah! itulah ustaz, jika pakai serban, orang pukul kepala, tak lah terus cedera parah, silap silap boleh guna kain serban tu sebagai senjata! dan oleh sebab Ustaz dah mati, boleh guna kain serban tu tutup mayat ustaz yang mata terbeliak tu, so moral cerita ini, Sunnah Nabi jangan ditingalkan sebab hadis dapat pahala palsu, tapi tetap diamalkan kerana cintakan Sunnah.

Sesungguhnya, zaman dulu, orang amal Sunnah kerana ianya Sunnah, tapi zaman sekarang, orang bincang panjang panjang bab kain serban dengan niat tak nak pakai serban kerana Sunnah harus jer, adohai…

Akhir kata, filem ini bagus sebab ustaz pun bertaubat, maka apatah lagi kita semua yang bukan ustaz.

Woha!

PS: Takutlah Allah, Jangan sampai mati dipanah petir macam Abuja!



Sep 6, 2018

Menunjuk nunjuk yang tidak Riyak?

(Ada ibadat kena tunjuk dan ada ibadat kena buat secara sembunyi)


Raya haji yang lepas, ada orang tegur aku. Maklumlah, Akupun manusia biasa ada buat silap. Katanya jangan pos gambar korban lembu sebab kita kena jaga sensitif orang bukan islam dan perbuatan tu adalah riyak.

Ok. Pendapat aku bab jaga sensitif bukan islam kita kena tengok tempat. Jika kita berada di negara Hindu sebagai agama rasmi memang tak bolehlah nak buat terang terang ibadat korban tu. Tapi ini Malaysia yang mana Islam adalah agama rasmi. So nak azan kuat boleh. Nak tutup jalan untuk solat jumaat boleh. Nak berarak Maulud Nabi boleh. Maka nak share gambar korban lembupun boleh.

Tapi Share sebagai galakkan, bukan sebagai penghinaan kepada agama ataupun binatang.
Bab riyak. Itu kita dengan Allah. Tapi dalam islam ada bab Syiar. Iaitu ibadat yang sunnahnya kena buat secara terang terangan.

Contoh dalam 5 rukun islam. Semua tu kena tunjuk. Semua tu kena Syiar, semua tu kena buat secara terang terangan!

Masuk islam kena bagitahu, tak boleh sembunyikan, zaman Nabi dulu masuk islam terus buat pengumuman depan kaabah, ada yang kena pukul, kena sepak terajang, kena siksa dan ada yang kena bunuh! Adakah mereka riyak? Tidak! Ini bukan cerita Riyak! Ini cerota tentang kewajipan Syiar Islam, kewajipan kita berbangga bila masuk islam, berbangga bila dapat amal perintah Allah, al fahm ke idop?.

Rujuk rukun solat ke dua, Solat berjemaah, ada Nabi suruh solat dirumah sebab takut riyak? Nabi suruh solat berjemaah dimasjid agar semua orang kafir nampak, dan agar semua orang munafik Nampak! Nampak orang islam bersyukur atas nikmat agama dan buat ibadat secara terang terangan, Nampak orang illam yakin Allah bagi rezeki dan sanggup tinggalkan urusan dunia sekejap untuk buktikan nikmat bersyukur? Nampak tak?

Sebelum solat, Nabi suruh azan kuat-kuat! Siap Nabi sewa bangunan yahudi yang tinggi dan Bilal azan dari atas bangunan agar semua orang dengar, zaman sekarang siap pakai Speaker, alat pembesar suara, orang jahil anggap azan kuat ni riyak, tapi orang berilmu faham, azam kuat ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita! Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!

Lepas tu nak pergi solat berjemaah, Nabi suruh pakai pakaian solat dari rumah lagi, ambil wyudhu dari rumah lagi, dan galakkan berjalan kaki ke masjid, dan pergi balik ikut jalan berbeza biar orang nampak.

orang jahil anggap pergi solat berjemaah ni riyak, tapi orang berilmu faham, pergi solat berjemaah ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita! Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!
Rujuk rukun Islam ke tiga, Nabi suruh kita berpuasa secara terang terangan, malahan ada hadis, bila Puasa, kita kena bagitahu lagi lagi depan orang mengumpat suruh mereka berhenti mengumpat sebabg saya sedang berpuasa!.

Rukun Islam ke empat? Zakat bayar depan kaunter di masjid. Bukan sorok sorok bayar dalam tabung derma, biar Amil Zakat tahu siapa yang dan bayar dan siapa yang belum. Amil Zakat ni wujud zaman Nabi lagi tau tak?

Last, Haji pun kena bagitahu, jika mampu buat kenduri syukur. Buat!

Itu Rukun islam, yang dalam ibadat lain pun kena Syiar!

Bila Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Jika kahwin senyap senyap takut orang cakap kita riyak kahwin empat, nanti jadi fitnah bila keluar masuk rumah siteri kita, adohai..

Jadi balik bab ibadat Korban pun bagus war warkan. Sembelih tempat terang terang, biar semua Nampak!

Malahan dalam hokum Jenayah, islam pun suruh hokum pesalah secara terang terang, tak setuju? Lakum dinukum waliyaddin, untuk kamu agama kamu, untuk kami agama kami, al faham ke idop?
Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi dah masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana, sahur makan apa, korban berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang, Termasuk dalam syiar Islam semua tu.

Namun ada ada benda yang tak elok untuk dikongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, khidmat, sedekah dan lain lain yang boleh mengundang riak.

Secara mudah fahamnya, janganlah tinggalkan amal sebab takut riyak, tapi takutlah riyak sebab tinggalkan amal, sebab ada dalam kitab menulis:

“sesiapa yang tinggalkan amalan kerana takut dipuji, maka itulah riyak, dan sesiapa yang buat amalan agar dapat pujian, maka itulah syirik!

Jadi kita buat ibadat secara terang terang bukan untuk dipuji tapi adalah kerana nak Syiarkan ISLAM!

Maka sesiapa yang solat di rumah dengan alasan tak nak ke masjid takut riyak, ketahuilah syaitan dan perbodohkan korang dengan kefahaman yang salah, hmmm, salah korang jugak, siapa suruh malas belajar?

Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi. Contoh suami boleh dikongsi oleh empat wanita tapi tidak sebaliknya.

Woha!

Ps: ini hanyalah pendapat aku semata mata. Terima kasih sudi tegur. Lain kali mungkin aku tak pos dah gambar lembu korban tu. Huhuhu