Oct 2, 2018
Nabi nak jumpa kita tak?
(Seorang lelaki yang tidak kacak tapi mempunyai isteri yang
sangat cantik, waktu beliau sakit nak mati, isterinya menyatakan perasaan sedih
kerana mereka terpaksa berpisah TETAPI jawapan lelaki ini membuatkan aku
mengalirkan air mata…)
Ini adalah kisah Bilal bin Rabah seorang hamba berkulit
hitam, and nobody care!
Tak ada mana-mana pertubuhan zaman tu nak ajak dia jadi
ahli, seorang hamba berkulit hitam? Apa dia boleh buat untuk kembangkan
pertubuhan saya?
Tapi Allah tak pandang pada rupa dan status, dan itulah juga
pandangan Nabi Muhammad SAW, lantas selama tiga malam, Nabi telah korbankan
masa rehatnya hanya untuk bantu Bilal membuat kerja berat, tanpa sebarang kata
kata dakwah, sehingga Bilal jadi malu pada hari ketiga kerana mamat hensem mana
ntah datang tolong aku tanpa mintak upah sedangkan aku hanya seorang hamba yang
tiada rupa, adohai...
Tentu tiga malam itu Bilal masuk tidur sambil berfikir
siapakan gerangannya lelaki kacak ini yang ingin bersahabat aku seorang hamba
berkulit hitam?
Lalu pada malam ke tiga, bilal pun bertanya, apa kamu mahu
Muhammad?
Nabipun bagitahu tentang islam dan keinginannya mengajak
bilal masuk islam, terus bilal masuk islam dan sebaik tuan Bilal dapat tahu,
Bilal telah diseksa dengan dicemeti sepanjang malam juga dihempap pula oleh
sebuah batu besar sewaktu cuaca sedang hangat kepanasan di tengah padang pasir
yang panas terik.
Tapi, apa kata Bilal?
“Ahad, Ahad…”
Yang bermaksud: aku tetap beriman pada Allah yang Satu!
Kita hari ni kejut kawan bangun pagi, dijawab: Ahad, ahad…,
yang bermaksud: tak kerja, tak sekolah,
Woi, bangun solat subuh hari hari lah bang! Hari mati jer tak
payah bangun!
Maka the rest is history, Bilal dimerdekakan oleh Abu Bakar
dan terus beliau menjadi sahabat Nabi yang terkenal, menjadi seorang juru
kira-kira kewangan Nabi, juga seorang Muazin, juru azan.
Bila Bilal azan, semua orang datang solat berjemaah
dimasjid, di mana ada Nabi Muhammad SAW, di situ ada bilal.
Pernah satu hari Bilal hampir kena jual sebab tersalah ambil
hutang dari Yahudi untuk kewangan Nabi, alangkah susah hatinya bilal dan
bagitahu pada Nabi bahawa pagi esok sebelum subuh beliau akan lari dari Madinah
untuk bekerja ditempat lain dan bila dah dapat duit akan datang balik tebus
hutang Nabi, tapi Nabi Muhammad SAW telah selamatkan beliau dengan bantuan dari
Allah melalui cara yang tidak di sangka-sangka. (panjang nak cerita bab ini)
Selepas diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Terus beliau
sujud syukur dan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW tidak berbelah bagi buat
selama-lamanya.
Pernah Nabi Muhammad bagitahu kepada Bilal, apa amalanmu
yang membuatkan aku bermimpi nampak kamu masuk syurga seiringan denganku? Kata
Bilal: amalan sentiasa memperbarui wudhu..
(nota: Tidak salah menambah amalan selagi ianya sesuai
dengan dalil Alquran dan sunnah-ok, teruskan muzik sedih...)
Tuan tuan dan Puan puan, amalan mengambil wudhu walaupun
nampak kecil, tapi dari amalan kecil ini maka terbukalah peluang untuk
bersolat, baca Al quran dan lain lain ibadat yang membuka pintu langit
mengundang seribu rahmat!
Dipendekan cerita, Nabi Muhammad SAW akhirnya wafat, dan ini
sangat menyedihkan Bilal, setiap sudut masjid Nabawi ternampak kelibat Nabi,
air mata kerinduanpun mulai bercucuran lalu beliau berpindah ke Sham dan
dilantik oleh Khalifah menjadi gebenor di sana, satu hari Nabi Muhammad SAW
kekasih hati bilal datang dalam mimpinya, bertanya: kenapa dah lama tak ziarah
saya?
Note: Jasad Nabi dikembumikan di Masjid Nabawi.
Terjaga dari mimpi, terus Bilal bertolak ke Madinah, sampai
sana cucu Nabi sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid
Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar
di tolak.
Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada
Nabi Muhammad SAW.
Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan
daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau
tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang
rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan
sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya
ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu.
Tak lama Bilal di Mandinah, semua tembok bangunan
mengingatkan pada Nabi Muhammad SAW dan beliau kembali pulang ke Syam.
Dipendekan lagi cerita, Bilal akhirnya sakit, dan isterinya
yang cantik, anak keturunan raja, kulit putih kemerahan menyatakan rasa sedih
sebab abang bilal sayang dah nak meninggal dunia.
Tapi jawab Bilal..
“Sayang, jangan bersedih, abang sangat gembira mendekati
ajal, kerana abang dah tak sabar nak berjumpa dengan sahabat terbaik dalam
hidup abang, Nabi Muhammad SAW…”
Air mata pun berlingangan..
Kematian ini, akan menghilangkan rindu yang dipendam sekian
lama..
Tuan tuan dan ibu ibu sekalian,
Kita jika mati esok, agak agak, Nabi nak jumpa kita tak?
Kepada Allah aku sampaikan salam rindu kepada Nabi Muhammad
SAW.
Aku juga rindu kepada Bilal!
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment