Sep 18, 2018
Mari Mengumpat Ustaz Adam?
(ulasan filem Munafik 2 dan kelebihan Memakai Serban)
Tahniah kepada Filem ini sebab dapat kutipan berjuta juta.
Filem ini okey, ada unsur dakwah, dan ada unsur seram yang
menghiburkan, lagipun jalan ceritapun laju, malahan, hantupun bertudung dalam
fiem ini. Nice!
Dah ramai orang puji filem ini, tapi aku nak keji sikit,
jangan salah faham, zaman dulu, bila orang benci kepada pelakon jahat, sampai
jumpa luar filem pun orang rasa nak ludah, sebab watak jahat yang dibawa sangat
berkesan, bermakna keji sebab terkesan dengan lakonan yang benar benar
menjiwai.
Jadi untuk filem ini, aku nak mengumpat Ustaz Adam, geram
jer aku kat ustaz Adam ni...
Bagi yang tak tengok, aku detailkan sikit babak yang aku geram jer tengok..
Bayangkan ketua ajaran sesat Abuja jalan macam samseng bersama kawan kawan dan berjumpa dengan Ustaz Adam, babak ni selalu ada dalam filem KL Gengster, cuma sekarang tukar watak kepada pakaian islamik, dan bercakap isu islamik, tapi gaya bercakap masih cara samseng.
Kata Abuja: Nak berdakwah tapi tak pakai serban!
For info, Abuja pun tak pakai serban, tapi Ustaz Adam muka angin jer sebab dia pakai kopiah, lepas tu Abuja cakap, pakai serban solat pahala bertambah, terus Ustaz Adam dapat point, terus disekolahlah Abuja bahawa hadis pakai serban dapat pahala tu palsu, dan pakai serban ni Sunnah Jibiliyyah sahaja.
Adohai ustaz,
Sunnah penampilan Nabi ni, jika kita buat kerana cinta kepada Nabi, dapat
pahala jugak.
Bagi yang tahu, Maksud Sunnah jibliyyah yang ustaz Adam
faham, Sunnah ini dipakai kerana adat kaum arab. Jika pakai tak dapat
pahalapun, Padahal cara ikat serban Abu Jahal tak sama dengan Rasulullah,
Cuba rujuk Surah Al-Ahzab : ayat 21
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan
bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah
dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah“
‘Sebaik baik teladan’ yang dimaksudkan dalam ayat tersebut
bersifat umum dan merangkumi semua aspek.., tidak dikhususkan hanya teladan
dalam ibadat sahaja, atau dalam percakapan sahaja,tetapi semua aspek.. Sehinggakan
nabi menunjukkan contoh dalam memakai kain setingga setengah betis, tunjuk
contoh bersugi, contoh memakai serban, contoh memakai jubah, contoh memakai
rida’ dan lain lain.
Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang saya larang kamu lakukan
maka jauhilah, dan apa yang saya perintahkan kamu lakukan. Maka kerjakanlah
sekadar kemampuan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi Nabi tak larang sahabat pakai kain serban, kenapa kita nak perkecilkan orang ikut sunnah penampilan? tak salah kan?
Patut Ustaz adam jawab dengan berhikmah, bukannya berdebat, Nabipun larang berdebat, bila orang kata Nabi Kafir, Nabi tak jawab tuduhan, tapi Nabi dakwah dengan akhlak, patut ustaz Adam cakap: Jika pakai serban buat kamu mahu ikut nasihat saya, esok saya pakai serban, bagus kepad sesiapa yang mahu ikur semua sunnah, sungguh setiap orang kemampuan melaksanakan sunnah Nabi saw mengikut
diri masing-masing, jika dia mampu untuk mulakan dengan mengamalkan sunnah
bersiwak dulu, maka silakan. Kemudian bila kecintaan itu semakin bertambah,
insyALLAH orang tersebut akan menambah amalan sunnah yang lain. Jadi tahniah kepada mereka yang memakai serban.
Wah, skemanya ayat, ha ha, pointnya disini, jangan rasa kita alim, hingga orang pakai serban nak kita perlekehkan, galakkan jer orang ramai amal sunnah mengikut kemampuan masing-masing, kerana kita
tidak tau, ibadat manakah yang menyelamatkan kita daripada azab Allah, ada orang bagi air pada anjing di anggap remeh, tapi itulah yang sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi disisi Allah
SWT.
Jika tiada dalil mengenai fadilat mengenakan pakaian seperti
Nabi saw, cukup bagi kita untuk berpegang dengan hadis, “Barangsiapa yang tak
menyukai sunnahku maka ia bukan golonganku”
(Riwayat Bukhari)
Habis bab serban tu, sekarang nak tegur pasal solat pulak.
Ada satu babak, Mak dan ayah
dia solat berjemah dalam bilik, Ustaz Adam pulak jalan jalan kat ruang tamu yang agak gelap, tak tahu kenapa rumahnya ni lampu malap, itu bukan persoalannya, tapi kenapa Ustaz Adam tak solat berjemaah sama sama satu keluarga? Patutlah kena kacau Hantu!
Elok esok sedar dari pensang lepas kena kacau Hantu,sebaik
tersedar, langsung tak fikir nak qada solat subuh, jika orang awam pengsan dari
malam sampai ke tengah hari, aku tak ralat sangat jika lupa nak solat subuh
secara qadar, tapi Ustaz Adam, terkejut dari pensang tak fikir pasal
sembahyang, ustaz jenis apa ni?
Tapi babak akhir menjawab segala perkara yang aku meluat kat
Ustaz Adam, si Ustaz ni bertaubat Nasuha, mengaku bersalah atas segala dosa,
dan mati dalam keadaan bertaubat, siap tangan tunjuk jari telunjuk. Perghh,
nasib baik Ustaz adam dah bertaubat, dan mati dalam husnul Khatimah.
Alhamdulillah.
Di tunjukan jugak babak Ustaz Adam mati mata terbuka dan
muka berlumuran darah akibat dipukul, hah! itulah ustaz, jika pakai serban, orang pukul kepala, tak lah terus cedera parah, silap silap boleh guna kain serban tu sebagai senjata! dan oleh sebab Ustaz dah mati, boleh guna kain serban tu
tutup mayat ustaz yang mata terbeliak tu, so moral cerita ini, Sunnah Nabi
jangan ditingalkan sebab hadis dapat pahala palsu, tapi tetap diamalkan kerana
cintakan Sunnah.
Sesungguhnya, zaman dulu, orang amal Sunnah kerana ianya
Sunnah, tapi zaman sekarang, orang bincang panjang panjang bab kain serban
dengan niat tak nak pakai serban kerana Sunnah harus jer, adohai…
Akhir kata, filem ini bagus sebab ustaz pun bertaubat, maka
apatah lagi kita semua yang bukan ustaz.
Woha!
PS: Takutlah Allah, Jangan sampai
mati dipanah petir macam Abuja!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment