Jan 11, 2015
Kisah Seram di musim Banjir?
(Surat kepada pelajar luar negara, mungkin ada antara korang adalah waris mangsa Banjir)
Apa khabar korang semua wahai student student Malaysia yang
sedang menuntut di luar Negara?
Aku kat Malaysia sekarang berada dalam musim
tengkujuh, hujan telah turun membasahi bumi Malaysia dengan lebatnya, kilat
sabung menyabung, ada beberapa tempat di sini sudah di tenggelami air, ramai
penduduk telah di pindahkan dan cuti para bomba di bekukan kerana mangsa banjir
sangat amat memerlukan khidmat mereka.
Apa khabar lecture korang di sana? Sihat?
Kami di sini ramai orang tak sihat dan pening kepala,
terutamanya pihak JPS, JKR, Bomba, NGO dan Menteri menteri terlibat, serta
ketua kampong negeri pantai timur.
Sungguh kasihan melihat para penduduk yang rumah mereka di
naiki air dan menenggelamkan remote astro, juga decoder astro dan ada yang
antenna astro juga turut tenggelam, dan bertambah kasihan lagi bila ada pulak
orang jahat yang ambil kesempatan dengan mencuri di dalam kebasahan hujan akan
rumah mangsa banjir yang berpindah ke dewan sekolah. Adohai.
Kehadiran orang jahat ini amat di kesali oleh pihak Polis
dan orang ramai, tapi apa boleh buat?
Walaupun banjir, syaitan tak pernah mati lemas, air dengan
syaitan ini macam itik dengan air sahaja, takat dada itik sahaja- cis!
Kata ustaz Alias Aliasak dalam usrah semalam, bahawa banjir
akan datang bila ramai orang orang buat makisat, Wallahu’alam.
Tapi di sini kami bersyukur dengan ujian Allah kerana ALLAH
baru datangkan air, cuba Allah hantar ujian ‘suhu’..? subhanallah.
Korang kat Negara sejuk sana tentu best dapat main salji
bukan? Macam mana korang kat sana mandi wajib, argghh!! Aku mulai hilang arah
dalam menulis.
Korang rindu tak kat Malaysia?, kampong korang kat sini ada
tak yang di landa banjir? Teringat aku zaman masa kecik kecik dulu, kampong aku
selalu banjir, kata datuk aku ada naga yang keluar dari perut bumi, air
melimpah, huh! Sempat pulak buat lawak mayat, dan bila cerita tentang ‘banjir
di kampong saya’ teringat pulak nolstagia waktu kanak kanak yang mana aku
pernah buat rakit dari papan , di bawahnya kita orang letak tin minyak masak
cap buruh yang kosong banyak banyak, maka dengan Izin Allah, timbullah rakit
itu.
Satu hari ketika aku sedang mendayung rakit itu, tiba tiba
aku ada rasa serba geli geleman di punggung, aku raba my punggung dan aku
dengan cuaknya dapat merasakan ada sesuatu yang amat lembik lembik tapi kenyal,
dan bila di kenal pasti maka terkejut manusialah akan seorang aku kerana ada
seekor lintah dengan rakusnya nak masuk punggung aku untuk menodai kesucian aku
nyang masih teruna, akupun dengan rakus menjerit: tolong ! tolong !! lintah nak
masuk bontot!
Maka semua rakanku yang sedang mandi manda sempena musim
tengkujuh terus berenang ke arah rakitku dengan kelajuan yang luar biasa hanya
untuk membelek punggungku demi menolong kerja kerja memunggahkan lintah yang
masuk ke punggungku, tapi oleh kerana ramai sangat yang perasan sibuk nak
tengok punggung aku, maka rakit yang aku
naiki itu telah tenggelam dek kerana beban lampau yang melebihi ruang apungan
sehinggalah mengasbabkan ‘rakitku shurgaku’ itu tenggelam ke dasar ‘baruh’ dan
aku yang berumur 9 tahun waktu tu hampir menyamai mayat kelemasan dan yang
lebih menyedihkan adalah apabila lintah itu telah berjaya menerjah masuk ke
dalam badanku melalui lubang bontotku. Aku sempat beranang ke daratan dan lari
ke dapur rumah arwah nenek, dan sapu punggung dengan abu kayu api ala ala
bertayamun(di musim banjir-masak guna kayu api), sambil tu aku meneran untuk
berakkan lintah, dan lintah telah keluar dan terus menggelumpur terkulai akibat
terkena abu kayu api.
Note: Kelemahan lintah andalah abu kayu api.
Ngeri tak kisah banjir di kampong saya? Jika kisah aku dan
lintah masuk punggung belum cukup ngeri, mari sini aku cerita kisah lebih dahsyat yang berlaku
sebelum masihi dulu-dulu.
Iaitu cerita banjir bah besar di Zaman Nabi Nuh a.s dulu,
yang mana hujan telah turun dengan lebatnya akibat kaumnya yang derhaka pada
Allah, dan banjir besar telah berlaku yang mana tiada seorangpun yang selamat
walaupun berselindung di atas tanah tinggi, bukit bukau, malahan gunung ganang
pun tenggelam. Mereka yang selamat hanyalah 80 orang lebih kurang yang beriman
pada Allah lalu sempat menaikki bahtera yang di bina oleh Nabi Nuh a.s.
Tapi syaitan, syaitan tak pernah lemas dalam air! Lantas
sewaktu hujan lebat itu juga, ada tiga orang pemuda kaum Nuh a.s yang licik
telah lari berselindung ke dalam gua, dan lubang gua itu di tutupnya dengan
batu, air tidak masuk ke dalam gua dan mereka mulai berlagak sesama sendiri
kerana telah dapat selamat diri dari azab Allah kononnya.
Seperti yang korang semua tahu, Allah itu Maha berkuasa,
apabila keputusan Allah telah di buat, tiada siapapun yang dapat mengubahnya!
Allah pentadbir dan selain dari Allah semua di tadbir (walaupun kerja jabatan
pentadbiran), Allah Pencipta dan selain dari Allah semua di cipta, Dan dengan
izin Allah, ketiga-tiga pemuda itu telah datang hajat untuk kencing, merekapun
mulai kencing dengan berjemaah, yang cuaknya, mereka kencing tak henti henti!
Mereka mulai gelabah bila air kencing sudah mencapai paras
lutut, paras pinggang, paras dada, Oh?! kenapa bomba tak datang pindahkan kami
ke pusat perlindungan paling selamat iaitu bahtera Nuh a.s?
Di pendekkan cerita, ketiga tiga pemuda itu lemas dalam
lautan air kencing mereka sendiri.
Lagi dahsyat dari member-member mereka yang lemas di luar
sana.
Moral: Apabila Allah buat keputusan untuk jadikan kita
mayat, maka tiada satu kuasa pun yang dapat selamatkan kita! Hanya pada Allah
tempat mengadu. Belajar elok elok, jangan buat maksiat, jangan buat jenayah.
Sekian surat kepada semua pelajar luar Negara, surat ini di
tulis oleh driver keretamayat.
Ps: Jika kita sedang sedih, tapi bila tengok orang yang lagi
sedih, maka kita akan bersyukur. contoh, jika banjir masuk rumah sehingga
remote astro tenggelam, jangan sedih, sebab ada orang lain, decoder astro yang
tenggelam. itupun jangan sedih, sebab ada orang lain antena astro pun
tenggelam. Lagi sedih, astro tak tenggelam, tapi dia tenggelam dalam program astro
sampai tinggal sembahyang. Adohai.
Jan 6, 2015
Home Birth lebih Islamik?
(Sains adalah salah satu daripada cabang ilmu yang boleh
meningkatkan iman bagi mereka yang mahu berfikir, tapi di akhir zaman ini, masih
ada orang islam yang tolak sains guna alasan agama-Adohai)
![]() |
| Keratan Akhbar-Klik untuk tumbesaran |
Bila aku menulis bab vaksin, maka muncul golongan anti
vaksin yang tolak vaksin guna alasan agama. Katanya Nabi dulu tak vaksin pun,
lepas tu melarat kepada golongan perubatan moden, katanya Nabi dulu cukup makan
makanan Sunnah, tak perlu ke hospital ciptaan Yahudi, dan terkini, ada pula
anti beranak di hospital, katanya nak beranak kat rumah macam orang zaman
dahulu lebih islamik, mak saya elok sahaja lahirkan 10 orang anak kat rumah,
ciptaan Allah dah sempurna, tak perlu beranak cara yahudi, cukup beranak macam
isteri Nabi, atau macam Mariam ibu Nabi Isa.
Lalu bila ada bayi yang mati akibat jangkitan kuman, atau bila
ada yang mati asbab tak pergi berubat di hospital, atau bila ada si ibu yang mati
waktu bersalin kat rumah: katanya itu semua takdir, kita orang islam kena terima
takdir, semua orang akan mati, vaksin ke tak vaksin, berubat cara homeopathy atau
moden, beranak kat hospital atau kat rumah, bila dah Allah takdir mati, maka
mati jugak.
Bila aku bagi data, akan bagaimana kematian selepas vaksin
yang berkurang selepas vaksin diperkenalkan, kadar kematian ibu dan bayi yang
berkurang selepas rawatan moden diperkenalkan, mereka selamba tolak data dan
berhujah cukup dengan guna pengalaman orang tua zaman dahulu.
Kata mereka, nenek saya dulu beranak kat rumah, ok jer!
Ok kata kau? Arwah nenek jiran aku cerita zaman dulu jangan
keluar malam-malam nanti puntianak dan toyol datang kacau, aku ingat mereka
bergurau, tapi mereka serius. Bila ‘black out’, orang tua tua akan duduk dekat
lilin dan bercerita asal usul hantu. Rupanya puntianak ni berasal dari perempuan
yang mati waktu bersalin dan toyol pula berasal dari bayi yang juga mati waktu mak
nya bersalin.
Tapi Alhamdulillah, sejak perubatan moden diperkenalkan,
sejak Doktor moden ganti bidan diperkenalkan, sejak vaksin di perkanalkan, kematian
ibu dan bayi sewaktu bersalin sangat sedikit. Subhanallah!
Patutlah zaman sekarang, puntianak dan toyol susah nak
jumpa.
Woha!
Ps: Tak salah nak beranak kat rumah, tapi biarlah ada pakar kelahiran
yang mengendalikannya. tolong jangan kembalikan zaman puntianak berleluasa. Ini
serius!
(nota kepada ibu-ibu yang slow, entry ini adalah sarcasm)
Rujukan1: Bahaya suntik Vaksin
Rujukan2: Sebab tolak vaksin
Rujukan3: 10 sebab tolak vaksin
Rujukan4: Perubatan moden haram
Jan 1, 2015
Perubatan Moden haram?
(Kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah)
Komen pembaca:
"Saudara Hamka. Perubatan moden bukan sahaja berbahaya,
tetapi ia haram. Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana menjaga
kesihatan dan mengurus diri sendiri apabila sakit. Bukankah lebih baik untuk
kita mempercayai Nabi s.a.w berbanding perindustrian farmasi, pemerintah
Amerika dan WHO?
“Dan Kami menurunkan secara beransur-ansur daripada
ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang
beriman dan sebaliknya al-Quran tidak menambahkan untuk orang yang zalim
(disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (al-Isra' : 82)
Dari ayat ini cukup Al Quran sebagai ubat penawar, perubatan
hospital banyak menggunakan kandungan dadah yang merbahaya. Orang yahudi yang
menjual ubat ini kepada orang islam, sedangkan mereka sendiri tidak vaksin anak
mereka. Perubatan moden ciptaan yahudi telah menganggu ketenteraman semulajadi
Ciptaan Allah. Lihatlah kepada petunjuk Allah (al-Quran dan Sunnah) untuk
mendapatkan bantuan dalam segala perkara, termasuk kesihatan fizikal.
"Tidak ada musibah yang menimpa, tetapi dengan
kebenaran (keputusan dan Qadar) Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada
Allah, Dia memberi petunjuk kepada hatinya, dan Allah adalah semua Mengetahui
segala sesuatu." (Qur'an 64:11).
Kita perlu bergantung kepada Allah dan memohon Allah untuk
membantu kita dalam masa kita memerlukan. Penggunaan ruqya (memohon kepada
Allah) adalah lebih berkuasa daripada apa-apa ubat yang boleh didapati kerana
Allah adalah satu-satunya yang boleh menghantar penawar.
Akhir kata, bab fatwa harus oleh jakim berkenaan vaksin,
Harus dengan halal sama ke?
Fikir fikirkan lah.
**
Komen di atas di petik dari komen geng anti vaksin dan anti
perubatan moden dari entry yang lepas.
Bukan sorang pengkomen yang cakap “orang yahudi pun tak
vaksin anak dia”. lalu bila aku bagi bukti, salah sorang dari mereka cakap, “saya sarcasm sahaja”.
(Mereka ni tahu ke sarcastic mean? Adohai)
Aku pesan lagi sekali:
Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin
dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin
yang betul.
Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan
untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.
Cuba ulang baca banyak kali sambil angguk angguk akan dua
rangkap pesanan aku di atas. Jika tak faham jugak, nampak sangat perubatan ‘alternatif’
yang korang amal tak mampu buat otak korang jadi normal lantas dengan perasan
pandai agama berhujah:
“Harus dengan halal sama ke?”
Adik, Dalam bab hukum
hakam, orang letak lima sahaja iaitu: Wajib, Sunat, Makruh, Harus, dan Haram .
benda yang Wajib, Sunat dan Harus tu semuanya halal, orang jahil agama sahaja
yang tunggu fatwa 'halal' dalam bab hukum lima, tak pernah dibuat ustaz lagi
bagi bagi hukum sampai enam berasingan dengan hukum lima. Pergi mengaji balik!
Last, aku nak bagithu:
Ustaz Harun Din, pakar rawat guna ayat Al quran, tapi bila beliau
sakit jantung, telah pergi berubat di di Stanford Hospital, San Francisco, kemudian
sambung berubat di Intitut Jantung Negara, kenapa?
Kerana Ustaz Harun Din tak tolak
Sains macam korang yang jahil. Di Samping berdoa dan makan makanan sunnah,
tidaklah salah berubat cara moden. Bak kata Saidina Umar kepada Abu Ubaidah
al-Jarrah yang anggap usaha Umar untuk mengelak wabak sebagai cubaan lari dari ketentuan Allah.
Umar menjawab:
“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang
lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)
Akhir kata: Aku tak tolak untuk berdoa, aku juga tidak menolak untuk
berusaha. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, terdapat tanda tanda
bagi orang yang berakal-Take note!
![]() |
| Dr M melawat Ustaz Harun Din di IJN |
![]() |
| Dato Najib dan Datok Harun Din. |
Ps: Apa tanda orang yang berakal? mereka adalah orang yang merujuk kepada pakar. Andai korang mahu mengerti.
Ps2: Aku juga ada menjual susu kambing untuk mereka yang mahu
minuman sunnah, just klik gambar kambing di side bar keretamayat. He he.
Dec 30, 2014
Hikmah di sebalik Banjir?
(Pergi masjid pun nak cerita dalam blog, macamlah dia sorang jer pergi masjid, aku tengok tadi, dekat satu saf jugak-Adohai...)
Di musim banjir begini, pergi masjid kena parking jauh
sikit, dan dapatlah kita melihat pemandangan area parking yang penuh dengan
kereta macam hari jumaat, tentu kitapun akan dapat solat saf yang paling belakang
macam hari jumaat sebab parking masjid penuh dengan kereta.
Tak apa kot dapat solat di saf terkebelakang kerana ramai yang datang
solat, of corse bila datang ujian banjir sebegini, akan buat orang ramai lebih teringat pada
Tuhan. Lantas penuh Rumah Allah,Ok apa?
Lagipun ada tercatat dalam sejarah, termasuk Sunnah Nabi bagi mereka yang segera ke masjid apabila langit berubah menjadi
hitam.
Tapi yang mushkilnya di musim banjir sebegini, aku solat tetap dapat saf pertama sebab ada dua saf
sahaja lebih kurang, mana pergi tuan kereta yang banyak parking kat luar tu?
Mungkin orang yang parking tu terperangkap dalam
banjir-Sangka baik!
Ps: Tambah sangka baik lagi satu, mereka pergi tolong mangsa
banjir dan solat di tempat perpindahan yang berhampiran. Semoga banjir cepat
surut, dan dapatlah orang ramai membanjiri Rumah Allah. Deep nih!
****
Update, 30/12/2014
(Ada orang copy paste dekat ruang komen kisah Ustaz Yunan dan mangsa banjir, pesanan pada diri sendiri)
****
Update, 30/12/2014
(Ada orang copy paste dekat ruang komen kisah Ustaz Yunan dan mangsa banjir, pesanan pada diri sendiri)
Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di
sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya.
Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali
dengan ibu bapa dan anak-anak.
Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang
menimpa mereka begitu menyedihkan.
Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang
boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat
maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar
bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.
Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini
adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah?
Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?
Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah,
kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik
kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.
Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi
peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan
solat.
Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat
menginsafi diri mereka?
Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan
mereka wat do no je...
Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering
itu? Siapa?
Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat
yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya.
Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih
lupa Allah...
Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi
hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin...
Dec 22, 2014
10 sebab kenapa saya 'tolak' vaksin?
(Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui
, Surah An-Nahl ayat 43)
Sunnah Nabi memang terbaik, dan aku tak kesah korang nak tolak
asbab dengan ilmu, nak tolak vaksin dengan fakta, tapi yang jadi masalah bila
korang tolak asbab dengan kejahilan. Tolak Fakta dengan Auta.
Cuba tengok video hafiz yang lumpuh di atas kerana polio sebab ayah
dia menolak vaksin dengan jahil.
Adakah masa depan beliau musnah sepenuhnya? tidak, malahan beliau
istiqamah solat berjemaah dan hafal al quran, cuma selain beliau mengajar
sunnah, beliau juga berkempen kepada ibu bapa di Pakistan agar tidak menolak
vaksin dengan kejahilan kerana dia sampai hari ni sedih sebab tak boleh solat
dengan sempurna.
Vaksin ini sains, benda yang boleh dibuktikan,
Agama ini adalah ketuhanan, benda yang tidak boleh
dibuktikan dengan sains.
pesan aku jika mahu faham:
Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan
untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.
Inilah masalahnya bila korang berhujah guna kesan placebo, setakat nak
berhujah macam tu aku pun boleh, anak ayah aku, semua cucuk vaksin, ada yang
jadi ustaz, guru, usahawan, ustazah, dan ada yang jadi penulis buku, waktu
belajar, semua pelajar cermelang, ada yang dapat anugerah dekan, anugerah
kejuruteraan dan lain lain, bila berkahwin pulak semua anak cucu sihat dan
subur-subur, bab kesihatan, semua bila demam tak sampai sehari dah baik, bla bla bla.. (sampai besok pun tak habis berhujah dengan kesan placebo)
So, aku tak akan berhujah dengan guna data bodoh seperti itu
sebab dalam sains, orang bercakap dengan data sebelum dan selepas, fakta di
ambil siap buat double blind test bagai, ujian buat pada tikus dulu ke, apa ke,
sebelum di uji atas manusia, dan macam macam prosedur yang didokumentasikan dan
boleh diulang result base on experiment and observation.
Tapi itulah, manusia ni takut benda yang dia tak faham,
sebab tu anti vaksin, bila nak tolak, bukan nak guna logik akal atau fakta,
tapi guna serounding authority yang salah siap dengan placebo effect yang
dicampur dengan tafsir al quran dan hadis yang tak jelas. Adohai..
Oleh kerana aku ikhlas nak tolong korang, dan oleh kerana
korang malas nak guna otak sepenuhnya dan lebih suka tunggu info dan telan bula-bulat apa sajer yang member share kat FB atau whatassp group.
Juga sebab korang malas nak guna otak sepenuhnya dengan cara search sendiri dan kaji (malas nak beramal dengan surah al hujarat ayat 6) dan tanya pada yang pakar, (malas nak beramal dengan surah Ah Nahl ayat 43) maka terpaksalah aku tukar anlogolgi vaksin kepada helmet, sebab bab vaksin ni kena ada ilmu sains dan pandai English untuk kaji, bab Helmet pulak semua boleh pikir sebab benda dah depan mata. He he.
So, cuba bayangkan jika ada ibu bapa menolak anaknya memakai
helmet waktu naik motor.
Alasannya:
1. Helmet sebagai teori konspirasi.- Halmet adalah satu
Konspirasi jahat Zionisme yang mana bahan dalam helmet boleh membuatkan kepala
jadi berat, dan telinga menjadi tuli, maka senanglah yahudi nak menakluk orang
islam.
2. Helmet itu bahaya ‘doktor alternative’ cakap Halmet tak
organik, kena guna daun-daun kayu sebagai penutup kepala.
3. Halmet ni konspirasi penjual Halmet, mula mula mereka
cipta jalan raya agar motor bergerak laju, lepas tu mereka jual Halmet untuk
cegah kematian, padahal nak kaut keuntungan, ini semua jarum sulit yang
melemahkan ummat islam..
4. Islam agama yang sempurna, Helmet haram sebab menyerupai
orang kapir, siapa menyerupai orang kapir maka akan masuk neraka. Lagipun, jika
betul Halmet boleh kurangkan kadar kematian jalan raya, kenapa zaman Nabi dulu
Tuhan tak turunkan wahyu suruh guna Halmet, cukup kain serban sebagai pegangan.
5. Helmet haram sebab ustaz naik motor pakai serban, kita
kena ikut ustaz, Nabi dulu naik unta mana pakai helmet? Bidaah!
6. Tolak Helmet kerana ada benda kotor. Besi kancing Helmet
di buat dari besi yang tertimbus dengan tahi. Helmet juga haram kerana ada babi.
Dalam selaput helmet ada tulang babi! Walaupun bukan semua halmet ada selaput
babi dan benda kotor, tapi saya tolak semua jenis halmet dan berserah pada
Tuhan sahaja waktu memandu.
7. Tolak Helmet sebab ramai yang jugak yang mati waktu
eksiden. Anak saya pergi Sekolah tak pakai Helmet, ok jer, dah setahun berulang
ke sekolah, anak jiran yang pakai helmet baru ni jatuh, lutut dan siku cedera.
so sia sia sahaja pakai helmet.
8.Tolak Helmet sebab kepala saya keras macam batu, tak akan
mati walau macam mana terantukpun, lagipun mati ni sebab Tuhan yang matikan,
bukan sebab tak pakai helmet.
9. Tolak Helmet sebab orang yang jual helmet pun ada yang
tak pakai helmet waktu naik motor.
10. Tolak helmet sebab ada kesan sampingan seperti rambut
senget, kepala gatal, dan tudung berkedut-
Woha!
Sekian.
Aku bukan nak menghina sesiapa, tapi sebagai orang islam aku
malu bila kita tolak fakta dengan hujah yang tak masuk akal. Ummat islam
sepatutnya cermelang dan terbilang, bukan sembang dan temberang!
Ps: Akhir kata, berhentilah menipu, atau dalam kes vaksinasi
ini, berhentilah kena tipu, Adohai.
Dec 18, 2014
Cara jemput Ustaz Ceramah?
(Aku nak cerita kisah lama yang aku lupa nak pos 8 tahun
dulu, baru jumpa dalam celahan folder hari ni, adohai, tajuk asal entry: Bagaimana
nak jemput ustaz berceramah)
“Hello,
Asalamualaikum, boleh bercakap dengan Ustaz XX?”
“wa’laikumusalam, saya pembantu ustaz XX, nak jemput ceramah
ke?”
“Tak, nak tanya soalan sahaja”
“Ustaz sibuk sekarang ini, tapi jika cik nak jemput ceramah,
boleh bagi tarikh, dan dari situ semua ahli jemaah masjid boleh tanya apa
sahaja soalan pada ustaz”
“Berapa ‘hadiah’ ustaz ni ambil untuk slot maghrib dan
isyak?”
“Paling minimum, RMXXX, tapi jika diberi lebih dengan niat
hadiah, kami terima sahaja”
“Wah, kira murah jugalah bayaran yang ustaz kenakan, ada
sesetengah ustaz tu sampai beribu ringgit”
“Ha ha, Ustaz xx ni belum popular di TV lagi, baru berjinak
jinak masuk radio, bila tarikh jemputan yang cik mahu dan di mana?”
“Tapi saya nak tanya satu soalan dulu, jika ustaz tu jawab
dengan betul, baru saya panggil ceramah di masjid kampong saya”
“Hmm, oleh sebab ustaz tak ada, saudara tanya soalan dulu,
jika mampu saya cuba jawab, sebab saya ni tak pernah miss ceramah ustaz xx”
“Apa pendapat ustaz tentang air holy water yang dikatakan
diberi percuma kepada ummat islam?”
" Air Holy Water adalah air suci orang kristian, cara
membuat holywater adalah sangat rahsia, Paderi akan melakukan Hubungan seks
dengan sister, bila sister mengandung, janin itu akan digugurkan dan kemudian
janin itu akan direndam dalam periuk tembaga yang mempunyai air. Air yang
bercampur dengan balang janin Paderi dan sister itulah dinamakan Holy water,
sangat bahaya jika ummat islam terminum air ini, lidah se peminum akan jadi
hitam dan tidak boleh mengucap sampai bila-bila, air holy water ini adalah
jarum sulit orang kristian untuk murtadkan orang islam dengan cara merenjis
renjis minuman dan makanan yang terdedah di tempat umum, sebab itulah nabi kita
ajar tutup makanan yang terhidang..."
“Ok bye”
Keterangan:
Apa gila kejadah aku nak jemput ustaz yang percaya dengan
cerita ala ala teori konspirasi yang langsung tak masuk akal untuk rosakkan
otak penduduk kampong. Tak berdosa ke aku jemput ustaz yang mudah percaya pada
fitnah? apa kejadah paderi yang berzina dengan sister akan hasilkan air beracun
pada orang islam sehingga lidah jadi hitam? Tak logik langsung. Holy water ni
air biasa yang ada dalam gereja, lepas tu orang kristian datang celup ambik
‘wudhu’ dengan cara buat salib guna hujung jari yang direndam air tu. Itu
sajer, nak hitamkan lidah apa kejadah?. Sesungguhnya, orang yang mendakwa air holy
ada kuasa murtadkan orang islam adalah penipu, dan orang yang percaya adalah
bodoh.
Tapi akhirnya Manager ustaz tu telefon balik dan bagitahu
dia just sampaikan sebijik seperti apa yang di dengar dalam kuliah ustaz XX dan
menurut ustaz XX, rahsia holy water ini didedahkan oleh Ustaz XX, bekas Paderi
Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.
Aku pun ceramah kepada Ejen Ustaz itu bahawa air holy water
tak ada kuasa, yang berkuasa hanya Allah, jangan takut pada air, dan jangan
fintah orang lain guna air walaupun orang kafir. Nabi tak ajar ummatnya fitnah
orang kafir guna air atau teori konspirasi, rujuk surah Al hujarat bab fitnah.
Akhirnya, ejen itu insaf ditempat kejadian. Semoga beliau
dan ustaz yang mudah ditipu dengan fitnah internet dapat bertaubat dan terus
mengekalkan keinsafan dalam diri sampai mati.
Pesanan ini juga di tuju kepada diri sendiri dan kepada
seluruh ummat islam, kerana sehingga ke hari ini, dalam wall FB, whatsapp
group, telegram dan lain lain so call internet masih ada mesej yang menfitnah tanpa kaji
seperti: jangan makan burger ramly, sebab ada daging babi, jangan makan mee
segera sebab ada racun lilin, jangan guna ubat hospital sebab ada virus yahudi,
jangan ambil vaksin anak sebab ada benda kotor, jangan tulis salam, akum, sebab
dalam bahawa yahudi bermaksud saya anjing sial, jangan percaya orang ke bulan
sebab Al quran dah larang, jangan itu jangan ini. (Jangan jadi bodoh boleh
tak?)
Bro, dah nak masuk 2015, internet makin laju, patut makin
pandai, tapi mesej berantai dari surat fotostat ke wasap group, duk sebar tanpa
kaji, dalam ceramah ustaz pun boleh sebar jugak? Apa Ke jadah? Adohai.
Ps: Cuba korang tanya ustaz akan soalan berkenaan isu yang
kontreversi, jika ustaz tu jenis mudah percaya pada teori konspirasi yang karut
marut, maka berhati hatilah bila mereka keluarkan fatwa. Take note.
Dec 3, 2014
Dajjal pun berdakwah?
(Kajian Khas Hamka Keratemayat berkenaan Teori Kospirasi Dajjal dengan bersandarkan hadis-Hadis pilihan, sebuah penemuan yang mengejutkan tentang ummat islam akhir zaman-woha!)
Pada suatu hari, ketika sahabat Nabi duduk berbicara kisah
Nabi Muhammad SAW yang telah wafat kepada murid-muridnya yang terdiri daripada
para Tabien, maka terbongkarlah akan sebuah kisah bagaimana pernah satu ketika,
di zaman hayat Baginda Rasulullah SAW masih dikandung badan, telah muncul seekor
serigala kurus di hadapan Nabi lantas mulai berbicara dalam bahasa arab.
Rupa-rupanya, kemunculan serigala itu adalah bertujuan untuk
meminta izin dari Nabi agar dibenarkan makan kambing yang dipelihara oleh orang
ramai, namun Nabi tidak benarkan mereka memakan kambing yang dimiliki oleh
orang ramai, bermakna serigala jika nak makan, pergilah memburu hidupan liar
dengan kudrat sendiri, jangan menyusahkan orang ramai terutama orang islam,
lalu beredarlah serigala itu dengan kesedihan kerana sukar untuk memburu hidupan
liar di pinggir Kota Madinah barangkali.
Tidak lama kemudian, muncullah seluruh keluarga serigala
daripada datuk serigala sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus
kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing peliharaan orang
ramai, melihat kebuluran yang menimpa keluarga serigala, maka Nabi benarkan
mereka makan kambing orang ramai, tapi dengan satu syarat iaitu: hanya kambing
yang sesat atau yang terpisah dari jema’ah nya.
Apabila Tabi’in (gelaran untuk orang yang tidak sempat berjumpa
Nabi tapi sempat berjumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua merasa
takjub dan mula menzahirkan niat akan betapa indahnya jika dapat hidup bersama
sezaman dengan Nabi SAW menyaksikan peristiwa peristiwa ajaib yang bakal meningkatkan
iman.
Tapi sahabat menyatakan, indah itu hanya pada kemanisan
iman, kerana kami para sahabat RA pada waktu itu selalu berada dalam keadaan
ujian lapar dan ancaman, kami selalu mengikat perut dengan batu, dan tidak lena
malam berjaga dari serangan musuh, malahan Nabi Muhammad SAW sendiri mengikat 2
batu di perutnya di atas ujian lapar.
Lalu terbongkarlah kisah penderitaan dan pengorbanan Nabi
bersama para Sahabat baginda di zaman permulaan islam.
Diriwayatakan akan kehidupan Nabi Muhammad saw itu,
kebiasaanya hidup sehari kenyang dan sehari lapar, Aisyah pernah mengatakan
pernah dapur rumah Nabi tidak berasap selama beberapa bulan,
Untuk pengetahuan pembaca,
Nabi berlapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi
kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Ini adalah disebabkan oleh
sekatan ekonomi daripada orang kafir yang tidak mahu menjual makanan kepada
orang islam, hamba yang bekerja dikebun pula, di seksa siang malam kerana
memeluk islam. Malahan sekatan ekonomi daripada orang kafir kepada orang islam membuatkan
anak anak orang islam, ada yang mati di riba ibu-ibu mereka.
Maka tidak pelik, di waktu pagi apabila Nabi nak breakfirst,
isteri baginda cakap makanan takde.
Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa.
Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:
“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan
dalam kehidupan keluarga Rasullullah"
Siti Aisyah r.ha pernah di pelawa menghadir majlis
makan-makan selepas zaman Nabi, lantas apabila Aisyah menyuapkan makanan
ke mulutnya, Aisyah r.aha telah menangis.
Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata.
“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut
semasa hayatnya bersamaku..”
Aisyah berkata lagi…
“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang
keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana
sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”
Riwayat lain Aisyah berkata:
“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut
turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah
kewafatanya”
“Pernah satu hari apabila tiba waktu berbuka puasa, tiada
apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah
telah membahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi
untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa.”
Penderitaan ini bukan sahaja di alami oleh Nabi, malahan
turut di alami oleh anak kesayangan Nabi Muhammad SAW yang mana pernah sewaktu Nabi
ziarah anak kesayangannya Fatimah r.aha, tiga kali bagi salam dan tak ada
dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last ada jawapan salam dari fatimah r.aha
dengan nada yang perlahan, dan Fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana
berada dalam keadaan yang sangat lapar, Nabi menangis, kemudian datang Husin
dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang
di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan
kosong.
Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ;
Seorang cium di perut.
Seorang cium di leher.
Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal
menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang
bakal dibunuh dengan di racun.
Nota kepada Mualaf: kasyaf adalah dapat melihat peristiwa
hadapan di sebalik dengan izin Allah.
Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan
air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir
anaknya.
Nota kepada Mualaf: Setiap Nabi dan Ambia a.s mempunyai doa
‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk
memohon Bala Bencana kepada ummatnya setelah berates tahun berdakwah tapi tiada
yang ikut malahan menyakitkan jasad dan perasaan Nabi –Rujuk cerita para Nabi.
Tapi Nabi SAW menolak
permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa
‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang masyar.., Oh! begitu cinta sekali
Nabi kepada Ummatnya..oh!
Namun aku bukan nak cerita pasal doa terakhir, apa yang aku
nak cerita adalah tentang pengorbanan Nabi SAW dan sahabat sahabat RA yang
sentiasa dalam keadaan menderita kelaparan dan menderita kesusahan kerana
ugama.
Timbul satu soalan, kenapa di rumah Nabi tiada makanan
walaupun di Madinah, sebab boikot hanya berlaku di Mekah ketika ummat islam
dipulau ke lembah Abu Mutalib?
Kenapa Nabi tiada wang untuk membeli makanan?,
Adakah Nabi tak pandai berniaga?
Hello!
Korang semua yang aku muliakan.
Nabi SAW adalah pedagang yang paling mahir di zaman mudanya,
menerima gaji yang paling mahal ketika berniaga di Syam, barang dagangannya
cepat habis dan sentiasa mendapat keutungan yang berlipat kali ganda, tapi, itu
dulu, sebelum baginda jadi Nabi SAW.
Tapi sebaik sahaja Nabi SAW di lantik menjadi Rasulullah
sekalian alam, maka katanya pada isterinya yang menyelimutnya.., lipatlah kain
selimut itu, sekarang tiada rehat lagi untukku, maka bermulalah PENGORBANAN dalam
kehidupan Nabi SAW dalam membela ugama, seluruh harta benda jiwa raga di
korbankan, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan ugama,
seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak
lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian
alam.
Isteri baginda, Khatijah r.aha yang merupakan jutawan juga akhirnya mati
sehelai sepinggang kerana telah berkorban segala galanya untuk membantu agama
sehingga mewasiat, tulang tulangnya seandainya diperlukan untuk agama, sanggup
di korbankan.
Begitu jugak pengorbanan di kalangan para Sahabat, sebelum
islam Abu Bakar r.a ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah
memeluk islam?
Benar, beliau telah korabankan seluruh hartanya pada ugama
dan pernah memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri. Sewaktu
wafat hanya meninggalkan Allah dan Rasul pada keluarganya.
Saidina Umar r.a pula dihujung hayatnya, hanya memiliki
sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit
binatang.
Pernah berkata Hazrat Abu hurairah r.a setelah membersihkan
hidungnya dengan kain yang halus;
“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan
kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di
antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki
kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang
menderita kelaparan."
Itu belum aku cerita kisah Mus’ab bin Umair r.a, seorang
anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk
islam, beliau telah dibogelkan dan dibuang oleh keluarga, hujung hayatnya, beliau
hanya memakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis
melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair r.a
terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana
tak cukup kain.
Korang semua yang aku muliakan,
Nabi SAW dan para sahabat r.a benar benar telah membuat
pengorbanan untuk ugama.
Sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh
alam, di hujung dakwah Nabi, ketika peristiwa fatal Makah, Islam akhirnya
menang dengan terzahirnya peristiwa berbondong bondong manusia telah masuk ke dalam
agama islam.
Sebaik perjanjian Huhabiah di meterai, yang mana berlakunya
gencatan senjata, maka bolehlah orang islam bergaul dengan aman bersama orang
kafir yang mana telah membuka pintu hidayat selebar lebarnya sehingga dimana sahaja
penjuru sahabat berada, akan ada orang yang terbuka hatinya pada islam.
Dalam peristiwa Hak, seperti kejujuran berniaga, pengorbanan
melayan tetamu, sifat memaafkan, dan saling berlumba membantu orang sekeliling,
akhirnya hidayat terus tersebar sehingga tiada lagi orang kafir di bumi Mekah
buat selama-selamanya, dan tanah itu telah menjadi haram kepada bukan islam
selamanya.
Asbab pengorbanan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan
sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi daripada perkara batil juga
boleh jadi asbab hidayat.
Contohnya kisah yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id, kisah
bagaimana seekor serigala kurus telah mengejar seekor kambing dan menangkapnya,
lalu si pengembala yang bukan islam mengejarnya dan menarik kambing tersebut
dari cengkamannya. Tapi tiba tiba Serigala itu berkata dalam Bahasa arab:,
"Apakah kau tidak takut kepada Allah? Mengapa kau ambil
paksa dariku rezeki yang telah diberikan Allah kepadaku?”
Terus pengembala itu berkata: "wah, hebatnya, serigala
boleh bercakap?"
Dengan selamba serigala menjawab: “ada berita yang lebih
hebat, nun di Madinah, telah lahir Nabi akhir zaman”
Terus si pengembala pergi ke Madinah, dan akhirnya masuk
islam.
Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan
Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat
tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya binatang seperti serigala pun
boleh ‘berdakwah’ kepada islam.
Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari serigala? Aku bagi cerita
lain yang lebih gempak.
Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang bersama Ali bin Abu
Thalib dan beberapa sahabat lain, datanglah seseorang dari kabilah Bani Amir
bernama Ghassan bin Malik yang berkata:
“Mahukah engkau wahai
Muhammad menyampaikan semua perintah Tuhanmu atau aku yang menyampaikan
perintah berhalaku?”
Rasulullah SAW menjawab, “Aku yang akan menyampaikan
perintah Tuhanku.”
Baginda kemudiannya menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepadanya lalu masuk islamlah akan Ghassan..
Setelah itu Ghassan bin Malik berkata, “Kami dari kabilah
Bani Amir mempunyai sebuah berhala yang kami sembah setiap hari. Suatu hari,
berhala kami telah berkata: “Wahai manusia, telah diutus nabi yang jujur di
Madinah”
Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan
Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat
tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya berhala pun boleh ‘berdakwah’
kepada islam.
Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari berhala? Aku bagi cerita
lain yang lebih gempak gila. Ha ha!
Tersebutlah akan kisah sahabat Nabi yang bernama Tamin Dari
r.a seorang pengembara yang terdampar di sebuah pulau dan bertemu dengan
makhluk yang berbulu tebal sehingga tidak tahu jantan ke betina, dan makhluk itu
membawanya berjumpa Dajjal.
Lalu Dajjal bertanya:
“Apakah buah tamar di tanah arab masih berbuah?
“Apakah air tasik di tanah arab masih mengalir?
Apabila Tamin r.a membenarkan kata-kata Dajjal, maka Dajjal
bagitahu bahawa dia akan muncul apabila buah tamar dan air tasik tanah arab
menjadi kering, kemudian kata Dajjal, beruntunglah sesiapa yang mengikut Nabi
Muhammad SAW di Madinah, kerana akan terselamat dari fitnah Dajjal.
Korang semua yang aku muliakan sekalian.
Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi
asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat(buat
dakwah)
Kadang kadang muncul syaitan di hadapan nabi lalu ‘mengajar’
ugama dengan memberitahu siapa musuhnya dan siapa kekasihnya (rujuk ustaz)
Kenapa sampai jadi macam tu?
Kerana Pengorbanan mereka terhadap ugama begitu dahsyat
sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana ugama, dan
menitiskan darah serta air mata kerana ugama!
Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja
kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku
menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa
sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk
ugama!
Nabi SAW telah mengajar Sahabat RA membuat pengorbanan ke
atas ugama sehingga mereka tak sempat nak majukan dunia mereka, tapi Allah
telah buka pintu kemenangan yang mana akhirnya berbondong bondong manusia dari
seluruh dunia telah kembali kepada Allah..
Ketika baginda wafat, Fatimah r.a telah pergi melihat mayat
baginda SAW, lalu mengusap mata baginda dan berkata:
“inilah mata yang tak pernah lena kerana ummat”
Kemudian, mengusap perut baginda dan berkata:
“inilah perut yang tak pernah kenyang kerana ummat”
Kemudian, mengusap badan baginda dan berkata:
“inilah badan yang tak pernah rehat kerana ummat”
Pendek cerita, asbab pengorbanan Nabi dan sahabat, akhirnya,
serigala, berhala, syaitan dan dajal pun ‘berdakwah’ kepada islam.
Namun kita hari ini, apabila ummat islam termasuk aku tidak
membuat pengorbanan ke atas ugama, melalui perkara Hak pun hidayat boleh tersekat,
jika dulu Dajjal sebesar besar batil pun boleh buat ‘dakwah’, tapi hari ini
orang islam, manusia terpilih, ummat terbaik pula yang telah menghalang
dakwah!
Ada ustaz dan ulamak yang menghalang dakwah pintu ke pintu,
menghalang orang beriktikaf di masjid, menghalang dakwah sesama islam. Adohai..
Dalam masjid hari ini, ada orang islam yang bergaduh, dalam
parti islam, ada pecat memecat, dalam majlis ilmu boleh caci mencaci, menkafirkan
orang dan mendoakan bala, dalam majlis membaca Al-quran pun masih ada unsur
maksiat, menyebabkan manusia makin jauh dari hidayat Allah, malahan ada yang
lari dari pangkuan Allah(murtad).
Maka aku berpesan kepada diri sendiri dan juga para pembaca,
jadikanlah diri kita sebagai asbab hidayat, bukan sebagai penghalang hidayat.
Untuk menjadi asbab hidayat, kita perlu tambah pengorbanan.
Tapi apa itu pengorbanan?
Sebenarnya, aku dan korang, belum lagi buat apa apa pengorbananpun,
tak payah nak berlagaklah, kerana korban adalah di kira selepas kamu tunaikan
HAK.
Sebagai contoh, solat jemaah adalah HAK ugama, mereka yang
pergi solat jemaah baru tunaikan HAK ugama, Korban adalah apabila korang bangun
malam solat tahajjud misalnya
Contoh lain, kalau kita bagi minum air pada orang yang
dahaga, itu baru di kira sebagai menunaikan Hak mereka yang kehausan, tapi
sekiranya kita jugak dalam keadaan dahaga, tapi masih bagi orang lain minum air
itulah yang di katakan pengorbanan.
Dan itulah yang berlaku di zaman Nabi SAW dan sahabat RA,
cerita seperti menjamu tetamu dengan membiarkan anak-anak mereka tidur
kelaparan, cerita kepala kambing, mengikat perut kerana ugama dan lain lain
itulah yang di katakan korban mereka kepada Allah,
Korban mereka tinggi, walaupun mereka tahu pahala solat di
masjidil haram dan masjid Nabawi adalah digandakan ratusan ribu kali ganda,
tapi mereka tetap buat pengorbanan dengan meninggalkan anak isteri dan kampong
halaman berdakwah ke suluruh pelusuk alam sampai ke india dan cina!
Sesungguhnya, kubur kubur sahabat Ra telah bertebaran ke
suluruh dunia hingga sampai ke negera Russia, mereka telah benar benar berkorban
dan terkorban.
Aku hari ini, Bukan nak cakap pasal Korban, tunaikah Hak
ugamapun belum lagi, Apa kejadah?
Sebagi contoh: aku belum menunaikan Hak Solat, Yang mana aku wajib
solat jemaah dan solat sunnat dan solat tahajjud tapi aku kadang kadang just
solat wajib sahaja, itupun dengan sambil lewa, acuh tak acuh!
Hampeh kepada diri sendiri!
Hampeh kepada diri sendiri!
Aku juga belum menunaikan Hak Al-Quran, Yang mana aku wajib
Khatam Al-quran paling kurang 2 kali setahun tapi aku biarkan masa lapangku
dengan baca komik, baca whatsapp, baca FB dan baca blog?
Adohai..
Aku juga belum menunaikan Hak Zikir, Yang mana aku wajib
berzikir pada waktu pagi dan petang iaitu waktu yang di haramkan solat, waktu
pergi kerja dan balik kerja tapi aku dalam kereta suka dengar radio dan update lagu
popular arghh! cukupkah jika aku sekadar ber’zikir’ dengan lagu nashid? Hempeh!
Aku juga ternyata belum lagi menunaikan Hak dakwah, Yang
mana aku wajib ajak orang kapir masuk islam dan ajak orang islam amal ugama
tapi aku msih bersenang lenang dalam hangatnya pelukkan isteri di kedinginan malam
di musim tengkujuh, isk isk..
Tunaikan Hak Ugamapun Belum Lagi, Apatah Lagi Korban! Apa
kejadah?
.
.
.
.
.
Pengsan!
Ps: Penulis ditemui pengsan depan komputer, dengan mulut terkumat kamit menyebut: "aku kat mana? aku kat mana? Woha!
(Nasib baik belum mati, sempatlah beliau bertaubat, kemudian mudah mudahan dapatlah beliau tunaikah hak agama, lalu belajar bekorban. Pesan pada diri sendiri rupanya. Adohai.)
(Nasib baik belum mati, sempatlah beliau bertaubat, kemudian mudah mudahan dapatlah beliau tunaikah hak agama, lalu belajar bekorban. Pesan pada diri sendiri rupanya. Adohai.)
Subscribe to:
Posts (Atom)


