Jan 11, 2015

Kisah Seram di musim Banjir?

(Surat kepada pelajar luar negara, mungkin ada antara korang adalah waris mangsa Banjir)

Apa khabar korang semua wahai student student Malaysia yang sedang menuntut di luar Negara? 

Aku kat Malaysia sekarang berada dalam musim tengkujuh, hujan telah turun membasahi bumi Malaysia dengan lebatnya, kilat sabung menyabung, ada beberapa tempat di sini sudah di tenggelami air, ramai penduduk telah di pindahkan dan cuti para bomba di bekukan kerana mangsa banjir sangat amat memerlukan khidmat mereka.

Apa khabar lecture korang di sana? Sihat?

Kami di sini ramai orang tak sihat dan pening kepala, terutamanya pihak JPS, JKR, Bomba, NGO dan Menteri menteri terlibat, serta ketua kampong negeri pantai timur.

Sungguh kasihan melihat para penduduk yang rumah mereka di naiki air dan menenggelamkan remote astro, juga decoder astro dan ada yang antenna astro juga turut tenggelam, dan bertambah kasihan lagi bila ada pulak orang jahat yang ambil kesempatan dengan mencuri di dalam kebasahan hujan akan rumah mangsa banjir yang berpindah ke dewan sekolah. Adohai.

Kehadiran orang jahat ini amat di kesali oleh pihak Polis dan orang ramai, tapi apa boleh buat?

Walaupun banjir, syaitan tak pernah mati lemas, air dengan syaitan ini macam itik dengan air sahaja, takat dada itik sahaja- cis!

Kata ustaz Alias Aliasak dalam usrah semalam, bahawa banjir akan datang bila ramai orang orang buat makisat, Wallahu’alam.

Tapi di sini kami bersyukur dengan ujian Allah kerana ALLAH baru datangkan air, cuba Allah hantar ujian ‘suhu’..? subhanallah.

Korang kat Negara sejuk sana tentu best dapat main salji bukan? Macam mana korang kat sana mandi wajib, argghh!! Aku mulai hilang arah dalam menulis.

Korang rindu tak kat Malaysia?, kampong korang kat sini ada tak yang di landa banjir? Teringat aku zaman masa kecik kecik dulu, kampong aku selalu banjir, kata datuk aku ada naga yang keluar dari perut bumi, air melimpah, huh! Sempat pulak buat lawak mayat, dan bila cerita tentang ‘banjir di kampong saya’ teringat pulak nolstagia waktu kanak kanak yang mana aku pernah buat rakit dari papan , di bawahnya kita orang letak tin minyak masak cap buruh yang kosong banyak banyak, maka dengan Izin Allah, timbullah rakit itu.

Satu hari ketika aku sedang mendayung rakit itu, tiba tiba aku ada rasa serba geli geleman di punggung, aku raba my punggung dan aku dengan cuaknya dapat merasakan ada sesuatu yang amat lembik lembik tapi kenyal, dan bila di kenal pasti maka terkejut manusialah akan seorang aku kerana ada seekor lintah dengan rakusnya nak masuk punggung aku untuk menodai kesucian aku nyang masih teruna, akupun dengan rakus menjerit: tolong ! tolong !! lintah nak masuk bontot!

Maka semua rakanku yang sedang mandi manda sempena musim tengkujuh terus berenang ke arah rakitku dengan kelajuan yang luar biasa hanya untuk membelek punggungku demi menolong kerja kerja memunggahkan lintah yang masuk ke punggungku, tapi oleh kerana ramai sangat yang perasan sibuk nak tengok punggung aku,  maka rakit yang aku naiki itu telah tenggelam dek kerana beban lampau yang melebihi ruang apungan sehinggalah mengasbabkan ‘rakitku shurgaku’ itu tenggelam ke dasar ‘baruh’ dan aku yang berumur 9 tahun waktu tu hampir menyamai mayat kelemasan dan yang lebih menyedihkan adalah apabila lintah itu telah berjaya menerjah masuk ke dalam badanku melalui lubang bontotku. Aku sempat beranang ke daratan dan lari ke dapur rumah arwah nenek, dan sapu punggung dengan abu kayu api ala ala bertayamun(di musim banjir-masak guna kayu api), sambil tu aku meneran untuk berakkan lintah, dan lintah telah keluar dan terus menggelumpur terkulai akibat terkena abu kayu api.

Note: Kelemahan lintah andalah abu kayu api.

Ngeri tak kisah banjir di kampong saya? Jika kisah aku dan lintah masuk punggung belum cukup ngeri, mari sini  aku cerita kisah lebih dahsyat yang berlaku sebelum masihi dulu-dulu.

Iaitu cerita banjir bah besar di Zaman Nabi Nuh a.s dulu, yang mana hujan telah turun dengan lebatnya akibat kaumnya yang derhaka pada Allah, dan banjir besar telah berlaku yang mana tiada seorangpun yang selamat walaupun berselindung di atas tanah tinggi, bukit bukau, malahan gunung ganang pun tenggelam. Mereka yang selamat hanyalah 80 orang lebih kurang yang beriman pada Allah lalu sempat menaikki bahtera yang di bina oleh Nabi Nuh a.s.

Tapi syaitan, syaitan tak pernah lemas dalam air! Lantas sewaktu hujan lebat itu juga, ada tiga orang pemuda kaum Nuh a.s yang licik telah lari berselindung ke dalam gua, dan lubang gua itu di tutupnya dengan batu, air tidak masuk ke dalam gua dan mereka mulai berlagak sesama sendiri kerana telah dapat selamat diri dari azab Allah kononnya.

Seperti yang korang semua tahu, Allah itu Maha berkuasa, apabila keputusan Allah telah di buat, tiada siapapun yang dapat mengubahnya! Allah pentadbir dan selain dari Allah semua di tadbir (walaupun kerja jabatan pentadbiran), Allah Pencipta dan selain dari Allah semua di cipta, Dan dengan izin Allah, ketiga-tiga pemuda itu telah datang hajat untuk kencing, merekapun mulai kencing dengan berjemaah, yang cuaknya, mereka kencing tak henti henti!

Mereka mulai gelabah bila air kencing sudah mencapai paras lutut, paras pinggang, paras dada, Oh?! kenapa bomba tak datang pindahkan kami ke pusat perlindungan paling selamat iaitu bahtera Nuh a.s?

Di pendekkan cerita, ketiga tiga pemuda itu lemas dalam lautan air kencing mereka sendiri.

Lagi dahsyat dari member-member mereka yang lemas di luar sana.

Moral: Apabila Allah buat keputusan untuk jadikan kita mayat, maka tiada satu kuasa pun yang dapat selamatkan kita! Hanya pada Allah tempat mengadu. Belajar elok elok, jangan buat maksiat, jangan buat jenayah.

Sekian surat kepada semua pelajar luar Negara, surat ini di tulis oleh driver keretamayat.


Ps: Jika kita sedang sedih, tapi bila tengok orang yang lagi sedih, maka kita akan bersyukur. contoh, jika banjir masuk rumah sehingga remote astro tenggelam, jangan sedih, sebab ada orang lain, decoder astro yang tenggelam. itupun jangan sedih, sebab ada orang lain antena astro pun tenggelam. Lagi sedih, astro tak tenggelam, tapi dia tenggelam dalam program astro sampai tinggal sembahyang. Adohai.

19 comments:

Anonymous said...

dah baca kat FB!

Unknown said...

Lemas maksiat yg paling bahaya

Anonymous said...

ek leh apa benda ni?.. tak kelakar lah...saya bagi 2 setengah bintang dayak

Anonymous said...

terkesan saya dgn posting ini.....huh...

weschairs said...

Awak memang hebat menulis...

Keep The Good Alive said...

Selamat sejahtera ke atas kamu. Aku suka pesanan akhir itu. Sekian...

hamka said...

termizi: katanya, lemas maksiat, timbul dalam neraka, nauzubillah.

weschairs: Semoga pujian tuan dapat menutup aib saya di akhirat.

Keep The Good Alive:Selamat sejahtera juga ke atas kamu

:)

Ps: bila tak ramai komen, bolehlah reply, entry sebelum, tak tereply, huhuhuhu

Unknown said...

assalamualaikum en kereta mayat,
saya mula 'menaiki' blog kereta mayat ni sejak tahun 2008 (baru lagi) dr posting - siapa zombi?- sy amat terkesan dengan blog ini. dari masa kesemasa saya terus mengikuti blog ini, sambil tertunggu2 posting2 yang terbaru, apabila ada posting baru saya akan segera kongsikan posting itu bersama kawan2(yg juga penumpang blog ni). kami kagum dengan gaya tulisan yg santai tp sampai. dalam semua entry2 en. kereta mayat, dan semua komen2 dr penumpang blog ni, sangat ilmiyyah dan bermanfaat.
tp semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, setelah sunami politik demokrasi melanda negara ini, tempiasnya sedikit sebanyak telah menghilangkan seri blog ini. dengan masuknya entry2 berbau politik di dalam blog ini,maka lahir la pengkomen2 yang sangat tidak berilmiyyah dan menulis dengan tidak bertanggung jawab.dan akhirnya pada entry2 yang tidak berbau polotik pun berjangkit komen2 yang merosakkan suasana dengan bau hapak politik itu.
oleh itu saya dan kawan2 penumpang yang lain dengan rasa penuh hormat menyarankan kepada en. kereta mayat untuk menghentikan penulisan2 yang membawa kepada pencemaran suasana ini...
(walau pun sebenanya komen ini bukan untuk entry kali ni, tp aku tulis gak kat sini sbb aku di antara org yang ditujukan surat ni) ;)

Anonymous said...



senang jer ubat dia tolak politik jadi jangan sentuh langsung pasal politik...

baik dari segi sistem pemerintahanya, muamalatnya , pendidikanya, kebobrokanya, keborosanya, maksiatnya semuanya jangan sentuh

duduk diam diam macam korang berada dalam negara India sana tu...boleh?...



hamka said...

terima kasih atas komen dan nasihat anda, zube ibnu akhlakhen.

:)

Anonymous said...

tak kira apa je posting pastinya akan berkait dengan kehidupan.... maka setiap yang bernama manusia terlibat dengan politik secara talangsung atau tidak.. jadi tak salah klau keretamayat menyentuh bab2 tersebut sbg satu perkongsian pandangan dan ilmu

Nurdhuha said...

Best

Nurdhuha said...

Best

Unknown said...

kretif. .

H2H Token listrik said...

mantap gan cerita seramnya..
makasih banyak atas informasinya gan..
salam kenal dan salam sukses.

Unknown said...

tak pyh bg bintang .laaagi bagus,merepek er citer ni

Unknown said...

tak pyh bg bintang .laaagi bagus,merepek er citer ni

ThisBlogIsDead said...

nasib baik kencing. cuba kalau berak...lemas dalam coklat asli...

#admin of blog DLA (http://di-alam-lain.blogspot.my)

Anonymous said...

Saya tah faham... Perkataan mayat itu sendiri suatu taboo.. Disebut berulang kali, tapi mahu ceritanya berbentuk pengajaran.. Cerita ni menyamakan mayat dengan bangkai... Akaiii... Parai kitai..