Jun 5, 2023

Tips doa lama?

Tips berdoa lama dan panjang tanpa sedar masa berlalu…

Alkisahnya, Pagi ini lepas subuh kami berlatih jalan kaki 3 km di pantai untuk latihan ibadat tawaf musim haji, semoga Allah terima..

Waktu berjalan kaki, Isteri tanya doa apa kita nak baca supaya kita tak lupa bilangan tawaf sebanyak tujuh pusingan?

Saya bagi tahu pada isteri, jom kita guna hadis Abu zar yang berkenaan lima perkara paling penting iaitu (1) agama (2)keluarga (3) kesihatan (4) sumber rezeki dan (5)masa lapang..

Okey kita susun macam ni..

Tawaf yang pertama..

Pusingan tawaf yang pertama kita zikir dan baca doa serta Al-Quran mana-mana yang kita hafal. warm up dulu..

Tawaf kedua, kita mulakan doa khas untuk perkara agama dengan rujuk rukun Islam, contohnya buat haji kita doa Allah terima haji kita dan haji orang lain, bab zakat kita doa Allah terima zakat kita dan zakat orang lain, ibadat puasa kita doa Allah terima puasa kita dah puasa orang lain, tarawih kita dan tarawih orang lain, begitu juga bab solat dan bab kalimah tauhid kita doa tentang kerja-kerja dakwah serta doa hidayat maka insya-Allah pusingan kedua ini kita selesai bercerita dan berdoa pada Allah tentang nikmat beragama… nikmat rukun Islam, Alhamdulillah

Pusingan ketiga kita doa tentang keluarga.. kita mulakan dengan doa pada ibu bapa kemudian pada pasangan, kemudian kepada anak kita bermula daripada anak sulung, anak nombor dua hingga anak bongsu kita autisme boy, lepas tu kita doa pula kepada adik beradik kita juga kita doa kepada saudara mara kita dan kita doa juga kepada kawan-kawan kita serta kita doa kepada jiran-jiran kita insya-Allah pusingan ketiga selesai dengan doa kebaikan kepada hubungan kekeluargaan..

Waktu ini jika ada yang kirim doa, kita baca waktu ini… pusingan ke tiga..

Pusingan keempat kita doa tentang kesihatan yang kita boleh mulakan kembali dengan-dengan kesihatan pada ibu bapa kita, juga kepada diri kita sendiri, juga kepada kawan-kawan kita yang mana-mana sedang sakit kita sebut nama dia depan kaabah, Ya Allah Sembuhkan penyakit sahabat saya, Follower saya… maka habis lah pusingan yang keempat..

Okey pusingan yang kelima kita doa tentang sumber rezeki kita, tentang pekerjaan kita dan mohon keberkatan pendapatan kita, mohon sumber rezeki yang tak disangka sangka, mohon kita dimudahkan bayar hutang, mohon orang terbuka hati bayar hutang kita, semua kita doa pasal kerja kita, pasal business.. Panjang bab ni sedar-sedar dah sampai Rukun Yamani.. Woha!

Okey untuk tawaf yang keenam kita doa tentang keberkatan masa lapang kita iaitu bab hobi kita, ya Allah bagilah keberkatan masa.. contoh abang suka menulis kita doa ya Allah jadilah tulisanku ini tulisan yang tidak membebankan aku di akhirat, tulisan yang memberi menafaat pada pembaca, isteri suka jahit contohnya biarlah menjadi asbab kebaikan orang menutup aurat,  apa apa jer doa tentang hobi, minta supaya Allah bagi masa lapang untuk sumber kebaikkan, kelapangan dipanjangkanh masa hingga kita boleh baca banyak buku-buku yang bermanfaat, kita boleh pergi ziarah tempat-tempat yang meningkatkan keImanan..

Ok dah sampai tawaf ke tujuh, kita cool down semua doa peribadi, kita kembali kepada doa utama yang kita hafal, atau surah pendek yang kita hafal, kembali kepada zikir dan jangan lupa setiap kali kita lalu dekat dengan rukun Yamani, kita baca doa selamat dari azab api Neraka, sebab Nabi berbuat demikian dan dikatakan ada 70 malaikat yang akan mengaminkan doa khas di Rukun Yamani sampai Harajul Asward, maka doa dijauhkan api nereka ini jangan tinggal..

Habis tawaf buat solat sunat area depan pintu kaabah, atau makam ibrahim, dan sambung doa kat situ apa apa yang nak tambah..

Jangan lupa minum air zam zam lepas tawaf, sebab nak doa banyak lagi kat Sae..

Ok.. Doa dan tertib yang sama juga kita buat dekat bukit Safa dan Marwah kita mulakan dengan zikir dan doa peribadi pada Sae yang pertama, lepas tu Sae kedua, kita doa tentang agama, Sae ketiga tentang Keluarga, Sae keempat tentang kesihatan, Sae ke lima tentang sumber rezeki, Sae ke enam tentang masa lapang, dan Sae ke tujuh kembali kepada zikir zikir khas

Maka insya-Allah bila kita buat macam ini kita tak terasa pun tawaf dan Sae tu lama, sebab banyak nak doa, Eh? Dah sampai hujung? Dah habis tujuh Sae? Allahuakbar? Tak cukup masa, ok esok saya buat tawaf sunat tingkat atas dan sambung doa..

Tips doa begini juga sangat berguna di padang Arafah yang mana doa selama empat jam lepas zohor hingga Magrib kita fokus pada susunan yang telah Abu zar Riwayat kan daripada hadis Nabi ini, lima perkara sebelum lima perkara, insya-Allah masa akan rasa sangat cepat berlalu dan kita akan tenggelam dalam nikmatnya berdoa hingga bercucuran air mata…

Maka selamat berdoa wahai Duyufurahman sekalian, dan jika amalkan Tips ini dan teringat nama saya dalam doamu, tolong selit kan nama saya, Hamka…

Haji hamka!

Woha

No comments: