Nak pergi haji banyak dugaan nya… tadi saya beratur serah passport, ada group couple merayu sebab pasangan dapat, tapi sorang sorang batalkan niat haji sebab kos tak boleh kurang, terutama yang kena RM30ribu sorang.. sedih tengok pakcik makcik undur diri…
Kisah saya
pula, juga tak sangka kos haji naik sampai RM30 ribu, mujur alhamdulillah dapat
subsidi separuh, tapi suami isteri nak kena sediakan 32 ribu sebelum 31 Mac.
Maka saya
yang ada seketul dua harta tapi sukar untuk dicairkan telah meminjam wang
daripada beberapa pihak seperti adik beradik, kawan-kawan dan followers kereta
mayat serta isteri jual gelang..
Alhamdulillah
Tabung Haji telah terima wang itu maka tibalah giliran saya nak bayar hutang..
Alkisahnya
minggu lepas lagi saya dah iklan nak jual kereta MPV dan adalah beberapa orang
datang test tapi tak jadi beli.. sob sob..
Maka saya
buat keputusan untuk jual kepada syarikat kereta terpakai, lalu hari ini saya
dah janji selepas siap buat terapi anak syurga saya di hospital jam 2 petang,
saya akan terus hantar kereta untuk dijual.
Kedai jual
kereta saya dah call, mereka dah tunggu jam 4 petang, elok habis terapi,
tiba-tiba tak hidup pula kereta MPV saya, aduhai..
Dugaan
sungguh, dalam banyak banyak hari, si kereta MPV exora saya ni, hari nak jual
dia meragam, ini kot yang orang kata kereta kita ni ada jiwa, dan“merajuk” bila
tuan nak jual…
Aduhai..
Saya Call
doktor yang buat terapi anak saya, minta tengok tengokkan kereta depan klinik,
sementara saya cari doktor kereta.
Doktor
cakap OK, terus saya call doktor seumur hidup kereta saya, abang Z, tapi dia
juga sedang di uji..
Maknya
sakit, dan dia balik kampung sudah dua minggu, abang Z minta maaf Hamka…
Saya pun
call isteri datang ambik saya dan anak syurga maka kamipun pulang dengan
sedikit kecewa sebab bukan semua yang kita rancang akan menjadi… semuanya ujian
dari Allah
Lalu isteri
memujuk saya dengan berkata…
*****
Sangka baik
bang, kereta merajuk ada sebabnya…
Ingat tak
ada hadis mengatakan bila manusia buat baik maka setiap makhluk akan menjadi
saksi di akhirat yang mana batu, pokok, binatang, semuanya akan menjadi saksi
amal baik.
Sehinggakan
syaitan bila dengar orang azan dia akan tutup telinga sambil kentut dan
menyorok dalam tandas kerana tak nak jadi saksi mendengar suara orang buat
baik!
Sebab tu
ada larangan masuk tandas ketika azan.
Jadi sangka
baik boleh kot kat kereta abang ni yang tiba tiba merajuk tak nak hidup, sebab
nak jadi saksi pergi ke masjid lagi sampai tarawih malam Al qadar? Dah sepuluh
tahun dia bersama abang, kan?
“Tapi
masalahnya sayang… kereta kita mati depan klinik tak hidup hidup.”
“Kita call
lori suruh Towing kereta kita depan masjid negeri! Biar jadi saksi orang pergi
tarawih”
“Kenapa tak
Towing sampai Mekah terus”
Woha!
Buat lawak
mesra islamik pulak akan isteri saya, huhuhu.. akhir kata, Doakan kami baik
baik jer, harapan kami, sesiapapun nak merajuk, tolong lah mudah dipujuk!
No comments:
Post a Comment