Jun 3, 2023

Kereta dah jual?

Kereta abang mayat dah jual belum untuk pergi Haji?

Alkisahnya, Sewaktu saya diuji dengan ujian kekurangan sedikit harta untuk menunaikan haji, lepas kejadian kereta rosak waktu nak pergi jual…

Saya dah plan nak buat pinjaman peribadi pada Bank…

Tapi Allah Maha Kaya, tiba tiba Allah datangkan kepada saya peminjam dari syurga..

Siapakah peminjam dari syurga? mereka yang datang menawarkan pinjaman tanpa riba dan tanpa syarat malahan menghalalkan pinjaman jika berlaku kematian.. Allahuakbar ramai peminjam dari syurga datang menyerah diri… saya terima dan campur simpanan peribadi , serta duit jual barang kemas isteri, dan sumbangan adik beradik, maka terus berjaya selesaikan bayaran tambang haji untuk dua orang… RM32k… dan ada sedikit wang untuk belanja anak-anak sewaktu ketiadaan kami.. alhamdulillah.. syukur kepada Allah atas semua peluang dan kemudahan…

Masa berganti, kereta belum terjual, tiba tiba datang pula tawaran macam dalam gambar, ada yang sanggup beli kereta saya dengan harga RM23 ribu, tapi kereta tak ambik, saya terus pakai, dan balik Haji baru bayar secara ansur ansur.. semoga Allah terima niat baik mereka..

Tapi saya tak nak berhutang terlalu banyak,

Berkat doa para pembaca yang mulia, satu hari, lepas kereta Ezora yang pecah OCH saya baiki, dan bawa kepada Carsome, my tukar dan banyak Use car mereka nak ambil sekitar RM 10 ribu sahaja yang mana saya berharap dapat menjual dengan harga paling kurang satu tambang haji iaitu RM 15,900 lebih kurang.

Berkat doa anda semua, alhamdulillah satu hari ada seorang pembeli datang dengan harga yang lebih sedikit dari tambang itu.., maka Terjual lah kereta saya itu kepada pembeli dari syurga yang sangat mudah urusan membeli, membayar, tukar nama, dan kami pun berpisah meneruskan kehidupan masih masing.. saya doakan akak yang beli kereta saya tu masuk syurga paling tinggi, Amin…

Ringkas cerita, Dapat duit tu saya segara bayar hutang beberapa peminjam…

Terkini, Buat masa ini saya tutup sebarang keinginan untuk mana mana pihak yang berhajat memberikan pinjaman Haji.

Keperluan setakat ini insya-Allah cukup walaupun susunannya masih ada dalam mod meminjam, tapi saya tak risau sebab saya meminjam dengan ahli syurga. insyaallah..

Maka kepada follower kereta mayat yang tawarkan pinjaman peribadi, saya minta maaf terpaksa saya tolak dengan baik sebab kouta meminjam dah penuh, tapi kalau nak bagi hadiah saya ambil!

Woha!

Semoga kita semua dikurnia rezeki masuk syurga tanpa tertinggal seorang pun. Amin..

No comments: