Jun 6, 2023

Pakcik Misteri berbau ubat?

Jam 4 pagi anak mengadu sakit dada…. Tak boleh tidur dan sukar bernafas..

Maka terus bawa ke unit Kecamasan… terus kena tahan, ubat masuk ikut tangan…

Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah..

Rezeki orang Malaysia..

Dua petugas depan pintu masuk, check anak, lepas tu bawa jumpa dua orang doktor, lepas tu jumpa dua pegawai farmasi dan lepas tu jumpa pegawai urus bayaran, tapi kena cas RM1 sahaja…

Allalhuakbar, moga Allah terus limpah rezeki pada kita semua..

Waktu tunggu anak tadi, borak dengan sorang pakcik dan keluar topik haji maka-pak cik tu pesan pergi Mekah Madinah nanti bawalah ubat banyak-banyak. kat sana mahal dan nak beratur panjang,

Jadi kat sini murah kita bawa siap-siap pelbagai jenis ubat seperti ubat batuk, ubat Selesema, ubat demam, ubat lelah, ubat sakit perut, ubat sakit tekak, gula gula hacks, dan pelbagai lagi..

Waktu pak cik tu cakap.. saya macam terdetik dalam hati.. eh? kenapa nak bergantung pada ubat banyak sangat? Bawa sekadar perlu sahaja, selebihnya bergantung pada Allah..

Tapi rupanya bisikan saya tu salah, sebab pak cik tu cakap:

“Kamu bawa ubat banyak-banyak, bukan sebab kamu takut sakit dan bergantung pada ubat semata mata, kami tu masih muda insya-Allah sihat tapi kamu bawa ubat dengan niat nak bantu Jemaah Haji lain yang sakit, yang tua, yang tak bawa ubat.. besar pahala bagi ubat pada jemaah haji yang sakit, tanda haji mabrur, banyak bantu orang waktu Haji”

Terus saya insaf di tempat kejadian, insya-Allah esok saya borong senggugus ubat ubatan, bukan untuk saya, tapi untuk jemaah haji yang tak sihat berhampiran saya.

Woha!

3 comments:

Anonymous said...

Pakcik tu ada mengaku sekali ke yg dia beriktikad makhluk dapat beri mudarat dan manafaat ketika dia suruh beli ubat banyak2 tu?kalo xda camne lak terus akidah@tempat bergantung pulak yg terpertikai?kalo xda maka yg terpertikai ialah bab syarak la iaitu hukum halal,haram,harus makhruh,atau sunat membeli ubat dlm jumlah yg agak banyak(utk standby bantu org lain juga)..

Faizal R said...

Saya kalau ke luar negara mesti bawa bekalan ubat. Tak berbali nak membeli ubat di sana, kelau kena jumpa doktor di klinik lagilah. Beribu-ribu.

Cuci Sepatu Surabaya said...

Cuci Sepatu Terdekat