Apr 11, 2023

Soalan tentang Haji?

Bila saya update dapat tawaran Haji, dan buat perkongsian pada 22 Mac, iaitu Hari Tabung Haji umum panggilan pertama, maka dapat ribu ribu like, dan beratus ratus komen, ramai ucap tahniah, dan ramai juga bertanya soalan.

Oleh sebab soalan korang tenggelam dalam komen, maka saya jawab kat sini.

“Tahniah abang dapat panggilan Haji, tahun bila abang daftar Haji?”

Tahun 2008, giliran abang sepatutnya waktu PKP hari tu, tapi Tangguh sebab Covid, dan tahun lepas abang sangka akan dapat, tapi tiada rezeki, dan Alhamdulillah, Tahun ni terpilih, syukur kepada Allah.

“Abang keretamayat, betul ke Tahun ni kena bayar RM30 ribu jika merayu?”

Ya, betul, begitulah yang abang baca dekat surat tawaran, dan abang syukur Tabung Haji tak cas Rm30 ribu satu kepala, sebab memang sukar nak cari RM60k zaman ekonomi pasca Covid ni, huhuhu

“Betul ke SMS tu, entah entah Scammer?”

Abang dah check kat Tjari, laman web milik Tabung Haji, meremang sekejap bulu roma bila baca kat Tjari, nama abang dan isteri terpilih, Alhamdulillah.

“Bukan ke abang dah pergi tahun lepas?”

Itu abang pergi Umrah, duit royalty buku dulu abang ada niat nak pergi Umrah, tapi tertangguh sampai Covid, dan abang ingat nak sekalikan Haji, tapi bila tahun lepas takde rezeki Haji, abang pergi juga Umrah, sebab tak tahu umur akan sampai ke tidak untuk Haji, Alhamdulillah, pergi Umrah tahun lepas sangat membantu persiapan abang untuk pergi Haji tahun ni Bersama isteri.

“Anak syurga abang siapa jaga?”

Ada hikmah juga tahun lepas abang tak dapat pergi Haji sebab waktu itu anak syurga abang masih tidur peluk ibunya dan belum pandai berdikari, tahun ni mudah sahaja dia bersunat, dan Nampak macam sangat pandai berdikari, dia pun cakap takpe ayah dan bonda pergi Haji, Iman dapat tidur sorang sorang dalam bilik ayah, dah tak bising (dengkur)-Woha!

Saya sedang menyuarat dengan adik beradik bab ini, saya sedang usaha dan tawakal, InsyaAllah akan dibuka jalan oleh Allah nanti. Doakan yer.

“Berapa kos abang pergi Haji kena cas dengan Tabung Haji?”

Abang terima surat (rujuk gambar) Kos haji tahun ni naik RM30, 850, Alhamdulillah, abang dapat subsidi Haji, sebanyak RM14, 870, maka kos yang abang kena keluarkan, adalah RM15, 980 yang mana untuk suami isteri, kami perlukan RM31,960.

“Betul ke kena cukup simpanan dalam tabung haji baru layak dapat panggilan?”

Tidak betul, abang dan isteri tak cukup pun wang dalam Tabung Haji tapi mereka tetap tawarkan dan beri masa lebih kurang 10 hari untuk cukupkan.

“Abang dah cukup duit? Tak cukup saya boleh bagi pinjam?”

Alhamdulillah, abang korek tabung simpanan, isteri jual gelang emas, campur adik beradik bagi pinjam, dan beberapa follower yang bagi pinjam serta ada yang bagi hadiah, ada yang bagi sedekah, dan ada yang beli buku serta ebook juga Tanjak dengan lebihkan bayar, maka Alhamdulillah, Abang dapat RM32 ribu yang kena cukupkan segera sebelum 31 Mac, dan dapatlah abang masukkan dalam TabungHaji tanda abang terima tawaran ini, maka sangat berterima kasih kepada semua yang membantu, untuk duit poket, dan duit belanja waktu tinggalkan Malaysia, abang sedang usaha dan tawakal, insyAllah esok lusa ada orang beli kereta abang, dapatlah abang sedikit duit poket dan bayar hutang, doakan abang dipermudahkan segala urusan.

“Apa pendapat abang kerajaan Madani tak bagi subsidi pada T20?”

Hujah Tabung Haji, iaitu T20 yang betul betul kaya, maka konsep istito'ah iaitu hanya kewajipan hanya kepada yang mampu, konsep istito’ah juga tidaklah salah, kerana orang kaya sungguh tiada masalah tentang kewangan. InsyaAllah..

Namun konsep Istitoah itu hanya untuk T20, manakana golongan sederhana macam abang keretamayat, masih layak mendapat subsidi, Alhamdulillah.

Alkisahnya, Tabung Haji sebelum ini mungkin guna konsep “Wayurbi-Al sadaqah” iaitu tidak akan berkurang harta orang yang sedekah, tidak akan kurang harta orang yang membantu, Maka kita rujuk sejarah, zaman kerajaan lama, Tabung Haji tanggung berjuta juta subsidi, dan Tabung Haji semakin untung, dan negara semakin berkembang ekonomi sehingga rakyat tak pergi haji dapat Brim, voucer buku, eleun nelayan, petani serta pelbagai lagi nikmat. Janji Allah benar, akan bertambah harta bagi orang yang membantu, maka tak salah jika Tabung Haji kekalkan Subsidi dengan konsep “Wayurbi-Al sadaqah” kerana janji Allah itu benar.

Maka tindakan Tabung Haji kekalkan subsidi kepada B40 dan M40 adalah sangat terpuji, kerana “Wayurbi-Al sadaqah” itu akan gandakan lagi keuntungan Tabung Haji insyaAllah.., manakala T20 yang betul betul kaya, maka konsep istito'ah juga betul, demi menghadapi kos kenaikkan mendadak tiap tahun. Ringkasnya,  kita sama sama kerja kuat jana ekonomi, Doakan agar Negara kita kembali maju macam Zaman sebelum Covid yang mana nikmat subsidi nanti dapat dirasa oleh semua rakyat, Amin Ya Rabbil Alamin.

“Apa nasihat abang kepada bakal Jemaah Haji?”

Abang pesan pada semua Jemmaah haji termasuk diri sendiri, sungguh Di tanah Suci Kota Mekkah itu, telah ternukil cerita tentang manusia-manusia yang Redha, lihat betapa redhanya isteri Nabi Ibrahim a.s dalam ujian mencari air., lihat betapa redhanya Nabi Ismail a.s dalam ujian di sembelih.. yang mana akhirnya muncullah peristiwa berlari Safar dan Marwah kekal sampai sekarangf, merejam syaitan kekal sampai sekarang, dan ibadah korban kekal sampai sekarang di seluruh dunia. Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Redhalah akan segala kesusahan dan keperitan dengan bertalu-talu...,  Redhalah dengan cuaca, rezeki, dan karenah manusia, Sesungguhnya Redha itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji. Abang pesan pada diri sendiri…

“Apa nasihat abang kepada mereka yang belum dapat panggilan Haji?”

Nasihat abang, tingkatkan ibadah, hadirkan diri kursus haji percuma walau nama belum ada atau lambat lagi panggilan, sebab kita kena zahirkan pada Allah akan niat kita yang bersungguh sungguh, jaga juga kesihatan, daki gunung niat untuk berlatih tawaf, jogging dengan niat berlatih Sae, jaga BMI, sebab jika BMI tinggi tak boleh lepas pemeriksaan Tabung Haji, jaga jangtung, jaga makan, dan simpan duit, cukupkan duit, dan selebihnya berdoa dan bertawakal, abang inipun masuk belum tahu apa takdir hari esok, doakan Pilihan pergi Haji bertukar menjadi haji Mabrur. Sungguh bila Allah pilih, tiada siapa boleh halang, Semoga kita semua terpilih sempurnakan Haji,

Amin Ya rabbil Alamin.

2 comments:

Anonymous said...

Bayangkan semua ahli yg kewangannya ok/duitnya cukup kecoh2 mempertikai2kan ahli2 yg x cukup duit(dapat bantuan)tapi mereka dpt pergi dulu/nama mereka naik dulu..sedangkan mereka yg cukup duit ni telah berusaha sehabis baik bekerja dsbgnya untuk kemampuan mengerjakan ibadah haji ygmana spatutnya mereka ini semua la yg didulukan berbanding ahli2 yg x cukup duit(dpt bantuan).
Kalo begini rupa sikap mereka semua mcm mana?bukankah hidup akan jadi x tenang bahagia dsebabkan ada kelompok manusia yg memandang baik diri/memuja tggi usaha diri dan memandang kecil/remeh kebaikan org lain?Tapi alhamdulillah ahli2 lain yg cukup duit bukan begitu sikapnya insyaAllah..kalo begitu sikapnya dah lama kecoh amat dah kan..syukur Alhamdulillah..

Semua tau memandang baik diri ini bukan saja x baik dlm bab mengusahakan kewangan saja/bekerja dsbgnya..ianya dlm semua bab,termasuk lah dlm bab agama/ibadah pun..mula je sesorang memandang baik diri maka mendekati la ia pada kebinasaan diri sambil ia memakan2 mangsa..

Product Research Output said...

What are 2 interesting facts about Hajj?
What are some challenges of Hajj?
What are the 3 benefits of Hajj?
Why is Hajj performed?