Apr 10, 2023

Syurga Isteri waktu berbuka?

Alkisahnya nampak isteri penat lepas Asar, saya cakap jom Berbuka kat luar hari ni?

Isteri kata takpe bang, simpan duit nak pergi Haji… saya dah prepare nak masak apa waktu berbuka…

Baiklah, Anak lima orang, memang banyak juga juadahnya, sungguh bulan puasa begini, orang islam akan dapat suasana gembira waktu berbuka, meriahnya lain macam.

Kalau boleh hari hari nak bulan puasa.

Jangan salah faham, bukan bab makan sahaja best, bab pergi surau masjid penuh rasa best, baca al quran rasa best, tidur pun best, apa apapun best, mungkin sebab syaitan diikat jadi suasana puasa ni dia punya hening dan damai, lain macam, bagai kicau burung di pinggi kali bersama kelopak bunga berkembang mekar di selangi kepakakan perlahan si rama rama bewarna indah dibawah lambaian Pelangi, chewah…

Jadi lepas berbuka, saya nampak pinggan mangkuk penuh singki, lantas saya niat dan azam lepas balik solat berjemaah maghrib disurau, saya nak tolong bini basuh pinggan mangkuk,

Alhamdulillah surau kami sejak bulan puasa lewatkan iqamat 20 minit, agar semua orang kampung dapat juga dua Sunnah, iaitu sunnah berbuka puasa segera dan sunnah berjemaah tempat azan di azankan..

Susungguhnya, janganlah kerana satu fardu kita abaikan fardu yang lain…

Dan Janganlah kerana rukun Islam ketiga kita abaikan rukun islam kedua.. oh…

Semoga kita semua terpilih menjadi lelaki yang memakmurkan masjid Allah terutama dibulan puasa, amin…

Alkisahnya , Lepas solat maghrib Ada jemaah tanya bab persediaan Haji, nak pinjam duit tak? Oh malu rasanya bila bercerita bab duit..

InsyaAllah sampai masa nanti semua cukup!

Pendekkan cerita, balik solat maghrib, saya nampak bini sedang mengaji diruang baca buku, kami berbalas senyum dan salam.

Lalu saya tinggalkan bini bertemankan halaman Al quran sebab saya nak tunaikan janji pada diri sendiri tadi.

Tapi bila saya masuk dapur,  tengok singki dan bersih, pinggan mangkuk semua dah cuci. Meja semua dah kemas, ruang tamu semua dah kemas. Aduhai..

Satu kerja pun bini tak tinggal kat saya.

Oh… isteriku…, sungguh keindahan Ramadan ni adalah isteri yang baik, bab kata hadis: dunia ini adalah hiasan, dan sebaik baik hiasan adalah wanita solehah.

Saya bersyukur atas nikmat islam, nikmat ramadan, dan nikmat hidup berteman.

Akan ku bawa kamu isteriku kehalaman Masjidil haram! Amin…

Jauh di sudut hati, Saya rasa syurga para isteri yang rajin berkihdmat akan jauh lebih tinggi dari saya yang hina ini.

Sayang…, duduk syurga atas, jangan lupa ziarah abang yang duduk syurga bawah ni.

Sob sob sob…

Selamat menikmati Ramadan.

Awas!, link shopee mungkin menyusul!

Woha!

*****



Abang belanja link Shopee sebab ada yang bertanya..

Buku Taklim di Rak putih, https://shp.ee/84kgvtm

Rak buku putih

https://shp.ee/s6cnzdz

Kerusi wingchair baca Taklim https://shp.ee/hkm97d9

Meja pasu bunga cermin: https://shp.ee/pjhtdsm

Pasu bunga emas,:

https://shp.ee/a45t6ym

Link tanjak Woha! https://shope.ee/2AdriaqX

No comments: