Syurga adalah tempat yang tiada orang bercakap sia sia…
Alkisahnya, Waktu anak masih kecil, Suami sibuk keluar rumah
cari rezeki, balik kerja, isteri sambut mesra dengan perbualan yang tak sia
sia..
“Abang, anak dah Pandai merangkak!”
“Abang, anak dah pandai berlari!”
“Abang, anak dah pandai membaca!”
“Abang, anak dah boleh mengaji!”
“Abang, anak dah boleh solat!
Masa berlalu.
Anak masuk sekolah rendah, suami cari rezeki.. balik kerja,
isteri sambut mesra dengan perbualan yang tak sia sia juga.. seperti..
“Abang, anak dah hafal Al mulk dan sejadah”
“Abang, anak dah hafal Yasin”
“abang anak dah itu ini begitu begini..”
Alhamdulillah, terima kasih kepada sang isteri kerana tak
jemu ajar anak mengaji sampai dapat jadi Hafiz surah tertentu, Alhamdulillah..
Masa berlalu, anak dah remaja, selalu ikut saya ke Masjid..
Maka tiba giliran saya pula buat laporan pada isteri..
“Sayang, anak kita dah boleh jadi Bilal, dia azan tadi”
“Sayang, anak dah boleh jadi Imam! Tadi Subuh dia bawa Al
sajadah”
“Sayang, anak kita dah boleh jadi Mutaqalim dakwah rumah ke
rumah!”
“Sayang, anak kita dah boleh bagi ceramah kat surau”
Alhamdulillah...
Semoga anak dapat jadi sumber amalan pahala yang berterusan
walau mayat ibu bapa nanti, sudah lama dimamah bumi.
Itu kisah anak nombor satu, sekarang dia tak balik rumah
sedang keluar berdakwah tiga hari..
Adiknya yang baru habis SPM, ikut saya ke solat tarawih..
Lepas isyak saya dengan suara Bilal Tarawih macam kenal?
Eh? Anak kedua saya pun dah ikut jejak abangnya? Malam ni
jadi Bilal Imam Tarawih!
Kena bagi laporan ni.. ambik gambar dulu..
“sayang, anak kita dah jadi Bilal Tarawih!”
Woha!
Moral of the srory, semua laporan suami isteri, walapun
terlihat kejayaan kecil bagi dunia tapi semua itu adalah kejayaan besar bagi
suami isteri, sungguh tiada percakapan yang sia sia bab pencapaian anak
walaupun kecil, insyAllah.. semua itu adalah ladang pahala bagi usahawan
syurga, Amin..
Semoga Rumahku Syurgaku dan Rumah korang Syurga Korang kekal
sampai Jannah!
Salam Seminggu Puasa!
Woha!
No comments:
Post a Comment