Aug 31, 2021

Tikus Makmal?

Saya cucuk Vaksin, ada orang perli…

“Tahniah tikus makmal”

Eh? Siapa yang jadi tikus ni? Tahu tak tikus makmal takut jarum. Jika tak kurung lari mencicit. Tikus makmal penakut. Orang yang Menyerah diri cucuk vaksin adalah berani dan mulia demi menjaga hak umat. Tak takut pada vaksin dan jarum. Takut hanya pada Allah. Usaha perintah Allah. Tawakal selepas usaha adalah sunnah. Nak menyorok sampai bila? Menikus?

Laju dia jawab:

“Tunggang la ... Ikhtiar pada sesuatu yang tak pasti... Yang berunsurkan shubhah... Takziah”

Saya cakap elok elok..

“Shubhah ialah perasaan was was sama ada ia halal atau haram, bila Ulamak dah keluar fatwa hukumnya HARUS tapi kita masih rasa was was anggap ia haram, maka ada hadis sebut was was itu adalah bisikan dari syaitan.. takziah”

Begitulah perbualan lemah lembut saya dengan anti vaksin, biasa bila mereka  berhujah, vaksin bukan sunnah, dalam vaksin ada benda haram, ulamak sokong vaksin adalah ejen dajjal..,

Tapi yang pelik, bersunat dan cabut gigi nak pulak cucuk bius? Sedangkan zaman nabi bersunat atau cabut gigi mana cucuk bius? Adohai.

Terus teringat kata kata Maddox pada antivaksin di USA:

"They don't trust the government so they’re not taking the vaccine because it's not FDA approved yet!, But wait, Who runs the FDA?

Woha!