Aug 13, 2021

Menuduh Orang Berzina?

Dulu masa kecik belajar agama, ustaz pesan EMPAT perkara kena tinggalkan terus jika nak selamat di akhirat.

Nasihat tentang 4 perkara itu Nampak simple, tapi jika tak di jaga boleh membawa ke Neraka selamanya.

Apa Nasihat itu?

Okey, bagi yang belum tahu, dalam kita belajar agama, kena ikut 16 nasihat ini:

Apa 4 perkara yang kena tinggalkan terus?!

(1) Jangan Harap Pada Makhluk

(2) Jangan Minta Pada Makhluk

(3) Jangan Membazir

(4) Jangan Ambik barang tanpa izin

4 perkara kena banyakkan

(1) Banyakkan Dakwah

(2) Banyakkan Belajar Agama

(3) Banyakkan Ibadat

(4) Banykkan Khidmat.

4 perkara kena kurangkan

(1) Kurangkan Makan

(2) Kurangkan Tidur

(3) Kurangkan cakap sia sia

(4) Kurangkan amalan dunia

4 perkara jangan Terlibat

(1) Berdebat Mazhab mana paling betul

(2) Berdebat pangkat serta darjat mana paling hebat.

(3) Berdebat Isu Semasa yang sensetif

(4) Mintak derma, Jangan mintak derma!

Okey, saya tak sempat nak cerita semua 16 pesanan itu, (lain kali InsyaAllah) saya Cuma nak focus kepada 4 perkara yang kena tinggalkan terus.

4 perkara yang kena tinggalkan terus!

(1) Jangan Harap Pada Makhluk

(2) Jangan Minta Pada Makhluk

(3) Jangan Membazir

(4) Jangan Ambik barang tanpa izin

Nampak simple, tapi Ustaz cakap, apa apa masalah, jangan Harap pada sesiapun melainkan Allah, walau kita sedang usaha sesuatu, jangan Yakin dengan usaha kita, tapi Yakinlah dengan Allah semata mata.

Contoh Ustaz cakap lepas solat nak makan, jangan harap mak ayah terus, doa minta pada Allah, makanan depan matapun, doa juga kepada Allah, sebab ada orang baru nak suap, ayam lompat sambar rezeki, berputih matalah kita, maka doa minta pada Allah! Jangan harap pada makhluk!

Nampak simple pesanan ini, Rupanya bila dewasa baru Nampak jelas, bahaya Syirik kecil ni bermula apabila kita harap pada selain Allah, dan bagaimana rosaknya hidup jika kita berharap pada makhuk bukan kepada Allah, banyak kes stress, murung, berpunca dari harapan yang pecah, yang mana bila orang kita percaya, musnahkan harapan itu.

Contoh kisah Isteri menderita bila harap pada suami semua benda, tapi suami curang, atau kisah pekerja menderita bila berharap pada majikan naikkan gaji, sekali kilang rugi, atau kisah rakyat menderita bila berharap pada kerajaan bantu semua. Selaki nak mintak KWSP sendiri pun tak dapat, adahai..

Sekali air bah, sekali pantai berubah, tapi Sekali manusia berubah, berkali kalilah harapan manusia lain yang musnah! maka ramailah yang berharap sesama manusia akan menderita, sungguh makhluk tak boleh bagi harapan..

Jadi berhentilah berharap pada makhuk, belajarlah hanya berharap kepada Allah, maka tertutuplah segala pintu Syirik kecil.

Cucuk vaksin boleh, tapi hati harap pada Allah, cucuk vaksin usaha fizikal sahaja, namun jangan lupa usaha atas hati untuk harap hanya kepada Allah!

Nasihat kedua, Jangan Minta Pada Makhluk, merujuk kepada Syirik besar, seperti minta bantuan pada Jin, minta bantuan Sihir, yang mana semua itu bermula dari perangai suka meminta minta tanpa hati ada sandarkan pada Allah, awalnya tak salah minta pada yang ada, macam order makan di kedai, yang mana permintaan yang tak susahkan orang tak ada masalah, tapi bila permintaan yang menyusahkan orang seperti minta rasuah, mintak hak orang, mintak sedekah dengan memaksa, sampai satu tahap mintak pada sihir, maka sampailah kepada pintu dosa besar. Syirik! Nauzubillah. Sungguh Syrik dosa tak terampun di Neraka.

Nasihat ke tiga, Jangan membazir, pesan Nabi, Ambik wudhu jangan membazir, Nampak simple, tapi ada hadis bagitahu membazir adalah saudara Syaitan! Maka menjadi saudara kepada Syaitan bukan nasihat simple. Maka belajarlah tidak membazir umur, membazir harta, membazir waktu, membazir makanan,  kerana Firman Allah, demi masa semua manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman, beramal soleh, berdakwah dengan Hak, dan berdakwah dengan sabar.

Paling membazir, demi kemewahan dunia, kita terlibat hutang Riba, Riba adalah pembaziran masa, harta dan diri sendiri, dan Riba adalah termasuk Dosa besar.

Nasihat ke empat, Jangan ambil barang tanpa izin, pesan ustaz: duduk surau nak ke tandas, Nampak selipar kawan jangan terus ambil sebab tak nak basahkan selipar sendiri, kerana amalan itu, jika kawan terasa hati, maka ianya sama dengan mencuri, merompak, yang mana hukumnya adalah haram! Ambil barang tanpa izin termasuk dosa besar.

Ada hadis bagitahu orang mati syahid semua dosa terampun kecuali Hutang, kenapa Hutang dosa besar? Sebab ambil hak orang tanpa izin.

Maka apa apa sahaja berkenaan hak orang, jangan kita ambil, mengumpat, menfitnah, menuduh orang berzina, membunuh, makan harta anak yatim, hutang riba, lari dari perang, semua itu dosa besar kerana kita telah ambil “hak” orang tanpa izinnya.

Jadi bila rujuk balik Hadis dalam Islam berkenaan tujuh dosa besar, semuanya berkaitan dengan empat pesanan ustaz waktu saya kecik dahulu, (1) Jangan minta pada makhuk, (2) jangan harap pada makhluk, (3) jangan membazir, dan (4) jangan ambik hak orang tanpa izin.

Rupanya 4 perkara yang ustaz pesan tinggalkan itu, adalah berkait dengan 7 dosa besar! Patutlah pesanan itu suruh tinggalkan terus!

Apa itu 7 dosa besar?

i. Syirik kepada Allah, iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain

ii. Sihir, mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.

iii. Mengambil nyawa, membunuh.

iv. Memakan harta anak yatim.

v. Memakan riba.

vi. Lari dari medan pertempuran.

vii. Menuduh orang melakukan zina tanpa bukti.

Sekarang ini di media sosial, ada orang selamba buat dosa besar, like dosa besar, share dosa besar, siap dengan gambar bagai, makan tak habis ni jika orang kita tuduh tu mangsa fitnah, jika anda mangsa seks haram boleh report polis, jika anda pula dituduh buat seks haram, sila report polis, biar polis siasat, biar pihak berkuasa buat kerja.

Sejak bila menuduh orang berzina bermakna sifulan adalah penzina? Dan kenapa kita ada sifat seronok bila aib orang tersebar? zaman nabi waktu Aisyah di tuduh berzina, Nabi tak bela terus, Nabi juga tak hukum terus, Nabi siasat, doa dan tawajuh pada Allah, berapa ramai makan dosa tak habis sebab percaya Aisyah berzina, betapa ramai musuh Nabi yang seronok dengan fitnah ini? Dan akhirnya terbukti itu semua fitnah, dan penfitnah telah dikenakan hukuman,

Jadi bab menuduh orang buat dosa, kena ada bukti, sangat berdosa besar tuduh dan sebarkan aib orang tanpa bukti sebab pesan Nabi jelas, jika terbukti Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya, maka pandangan saya, tiada orang terlepas dari dosa, jika terbukti bersalah, hukumlah, tak kita orang tabligh ke, lebai ke, ustaz ke, artis ke, salah memang kena hukum, jangan taasub membela atau menuuh hingga kita tak sedar  dah sampai ke tujuh pintu Dosa besar, sekali kena Viris stage 5 waktu buat dosa besar? Bagaimana?

Keretamayat tak pilih kasih, semua pendosa boleh naik, tapi ingatlah, hala tuju kerata mayat adalah tanah perkuburan islam, dan keretamayat sehala jalannya, sekali masuk terus jalan, sekali turun tak naik dah.

Woha!

2 comments:

Anonymous said...

Kalo nak selamat "jgn memandai2 je"@jgn berKAEDAH sendiri @keluarkan pendapat sendiri@ dalam agama@berhukum,insyaAllah selamat.. Kerana apa? .. Kerana nabi saw dah wariskan sempurna pada kita melalui ulamak tentang halal haram makhruh harus baik buruk dsbnya BERSAMA KAEDAH nya sekali..KAEDAH itu la yg sulit@rumit(jika memandai2 dalam berKAEDAH@berpendapat sendiri ianya boleh mengakibatkan mudarat yg lebih besar) ..Kalo takat halal haram baik buruk nescaya anak2 kecil pun tau insyaAllah..tapi yg sulit dan rumit ialah KAEDAHnya..
Jadinya bila dah sempurna diwariskan oleh nabi saw pada kita memang x perlu lagi kita memandai2 untuk keluarkan KAEDAH@pendapat sendiri,rujuk je terus pada ulamak Ahlusunnahwaljamaah..
Kalau x percaya,cuba buat eksperimen sendiri,keluarkan KAEDAH@pendapat sendiri dalam agama@berhukun.. InsyaAllah nesacaya kita akan terbabas memangsakan@tuduh2@sesat sesatkan dsbgnya sedara mara sesama islam kita sendiri dengan pantas dan bukan dgn jalan yg hak dengan menggunapakai atas nama agama dan nabi saw.. Makanya jika kita berdepan dengan apa2 isu2 yg sulit rumit maka kembalilah kepada Allah dan rasul dengan KAEDAH Lihatlah@rujuk lah kelompok@ulamak ahlusunnahwaljamaah.. Ikutilah mereka.. Jgn diikut kelompok yg memegang aliran yg kabur@bukan dari ahlusunnahwaljamaah.. Kerana KAEDAH mereka itu celaru tapi menggunapakai tajuk atas nama kebenaran@agama@nabi saw(atas nama kebenaran ini la yg memikat orang awam tapi KAEDAHnya celaru) ..
KAEDAH sendiri@pendapat sendiri itu cenderung akan celaru dan terbabas..dan KAEDAH@pendapat yg celaru@salah boleh mendatangkan mudarat yg lebih besar,contohnya boleh membawa mudarat terbabas menghukum berat sesama sedara islam bukan dengan jalan yg hak(boleh berbalik tuduhan itu pada diri sendiri),sehinggalah boleh boleh membawa mudarat terbabas mengakibatkan runtuhnya sebuah pemerintahan dibawah penguasaan org islam jatuh kepada tangan orang kapir..

Mudah2an kita semua dilindungi Allah..

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.