Feb 26, 2021

Interstellar dan masa?

Selain Quantin Tarantino yang akan saya tonton apa sahaja filem darinya, Salah seorang lagi lagenda perfileman dunia yang tak akan saya tolak untuk menonton semua filemnya adalah Christopher Nolan.

Filemnya akan buat korang, (kadang kadang) pening sedikit kepala nak kena fikir dan susun olahannya, sebab gaya penceritaanya sangat unik dan lain dari yang lain, tapi itulah keseronokan menonton filem bergaya norma baru tapi digarap dengan penuh mahakarya oleh Abang Nolan kita.

Filemnya banyak bertema lelaki yang ada masalah peribadi, dan bagaimana jalan cerita pun berkembang dari masalah lelaki itu, rujuk Mamento (2000), filem yang disusun secara mengundur kerana lelaki ada masalah lupa ingatan, lepas tu Insomnia (2002),  polis yang ada masalah insomnia nak cover jenayahnya sendiri.

Masuk pulak era Batman (2005-2012), kisah lelaki takut kelawar dan gunakan ketakutan itu sebagai senjata. Kemudian Nolan ajak masuk dunia Magika, The Prestige (2006), kisah lelaki yang berdendam dan cemburu, lepas tu Inception (2010), kisah lelaki ada masalah tak boleh lupakan mendiang isteri yang selalu masuk dalam mimpinya.

Dan lepas tu, filem yang kita nak bincang sekarang ini, Interstellar (2014) kisah lelaki yang mencari rahsia angkasa, dan terpaksa berpisah dengan anak kesayangan mungkin buat selamanya kerana perjalanan masa di angkasa tak sama dengan perjalanan masa di bumi yang mana bila hero masuk dalam lubang angkasa lalu berlaku kejadian, dia tak tua, tapi anaknya pula yang tua.

Nampak macam dah pening? Kan?

Kisahnya begini, waktu hero berada di Planet Miller selama beberapa jam, namun waktu di bumi adalah sebaliknya iaitu telah berlalu selama 32 tahun, dan hero mula mendapat signal dari bumi untuk jangka masa tersebut. Jadi heropun menonton rantaian video yang dihantar oleh anak lelakinya, yang mula menjadi remaja, kemudian dewasa, lepas tu habis zaman persekolahan, lepas tu jatuh cinta, lepas tu berkahwin dan mempunyai anak. Semua tu hero tengok dengan pantas perjalanan seorang anak macam tengok movie pendek sahaja.

Anak lelaki hero kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti menghantar mesej berita, kerana Hero tak pernah balas.

Kemudian, di satu video lain, hero nampak seorang wanita yang sebaya dengannya berada di skrin tersebut. Siapa minah ni yang sedang menangis? Rupa-rupanya wanita sebaya hero itu adalah anak perempuannya, yang telah sekian lama merajuk kerena hero janji nak pulang, tapi tak pulang pulang walaupun waktu umur mereka dah sebaya.

 “Today is my birthday. And it's a special one because you once told me that when you came back, we might be the same age. Well, now I'm the same age that you were when you left... and it'd be really great if you came back soon.” – Murphy Cooper

Dalam kesedihan ayah membaca mesej anaknya, tiba tiba si ayah telah masuk lubang hitam di angkasa maka berlakulah kejadian “ibu bapa akan selamanya menghantui anak anak” secara sains!

Ya benar! kejadian pelik dalam filem itu semua di olah dengan logik Sains!

Malahan, semua  teori sains dalam filem ini bukan di reka reka, istilah Seperti Intra-Universe Wormhole, Hawking Radiation Dalam Blackhole, Cryonic Suspension, Quantum Gravity, dan Pengolahan Waktu bukan fiskyen semata mata, tapi ianya hasil nasihat Prof. Kip Stephen Throne (Pakar Fizik Teori) yang telah menerima anugerah Nobel Fizik pada tahun 2017, di angkat sebagai penasihat filem oleh Abang Nolan kita.

Jadi babak hero yang pergi angkasa dan bila balik anak dah tua renta, lebih kurang cerita perbezaan masa sebegini ada diceritakan dalam Al Quran bagi mereka yang mahu berfikir.

Ingat tak hadis bahawa di akhir zaman, Nabi Isa akan turun ke bumi dengan usia yang sama iaitu 33 tahun seperti saat ia diangkat ke langit sedangkan semua orang yang Nabi Isa kenal dah lama jadi mayat hancur lebur.

Memang benar Allah boleh jadikan Nabi Isa kekal muda dengan hanya Kun Fayakun, (berkata jadi dan ianya menjadi).

Namun Allah juga membuat dunia ini dengan Darul Asbab, yang mana jika ada orang anggap Islam agama mengarut sebab tak logic Nabi Musa boleh kekal muda waku turun akhir zaman?

Bagaimana tu?

Maka, bagi yang mahu berfikir, banyak sudah penjelasan sains boleh terangkan tentang kekal muda seperti teknoloigi “beku CPR” atau Suspended animation yang diguna James Cameron dalam filem Aliens (1986) serta Avatar (2009). Juga termasuk filam Interstellar (2014) ini namun yang best ada ayat Al quran bercerita tentang perbezaan waktu di langit dan bumi adalah berbeza, sejak seribu empat ratus tahun yang lalu..

Al quran menjelaskan.

"Dan sesungguhnya satu hari (menurut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun menurut perkiraanmu." (Al-Hajj ayat 47)

"Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun." (Al-Ma’arij ayat 4)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu." (As-Sajdah ayat 5)

Jadi tuan tuan yang mulia, Waktu kita  hidup di dunia ini hanya SEBENTAR SAJA di sisi penduduk langit, maka hargailah masa yang sangat singkat.

“Allah bertanya: Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi ?”.

“Mereka menjawab: Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung”.

“Allah berfirman: Kamu tidak tinggal di bumi melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui”. (QS. Al Mu’minuun: 112 – 114)

Jadi insaflah kita bahawa masa yang kita rasa sangat lama di dunia ini, padahal sangat singkat di akhirat. Ada ulamak bagitahu 60 tahun di dunia lebih kurang dua jam setengah sahaja di akhirat.

Kesimpulannya, Hidup ini sungguh singkat untuk habiskan masa tengok Movie berjam jam.

Maka tengok Movie itu boleh tapi jangan sampai tinggal sembahyang, atau solat lengah legah, atau tinggal solat berjemaah…

Ketahuilah, telah sampai kepada kami, akan tempoh Satu movie ada sampai dua jam, dan ada sampai tiga jam, sedangkan satu solat hanya sekitar 5 minit ke 10 minit, tetapi jika tinggal satu solat 10 minit untuk layan movie 120 minit, maka ikut hadis, tingal satu solat dengan sengaja kena masuk neraka satu huqub, yang mana satu huqub bersamaan seribu tahun.

Aduhhhhhhhhhhh!

Ps: Perhatikan waktu solat sebelum tengok apa apa movie, pesanan ini dibawa oleh keretamayat-Woha!

Feb 25, 2021

Balik ke Hari Esok?

Minggu lepas waktu PKP, Awesome TV (123) buat marathon filem Back to The future, saya pun layan balik dan movie ini sangat mengimbau kenangan zaman kanak kanak saya dahulu.

Maklumlah, Filem BTTF ini merupakan filem pertama yang saya layang di panggung wayang, walaupun bukan Part1 tapi ianya adalah Back To The Future part 3 pada tahun 1990!

Gigih kayuh basikal 15 km, tiket RM2 ringgit, masuk wayang kerusi kayu, siap ada orang hisap rokok dan makan mee goreng, kulit kuaci bersepah sepah!

Umur baru 12 tahun masa tu, tapi itulah sumber hiburan untuk budak miskin macam saya zaman tu, rumah takde player video! Jadi tengok Wayang adalah pilihan utama, gigih kerja sambilan kumpul duit untuk layan movie terkini.

Arwah mak saya sangat garang, jika dia tahu anaknya pergi tengok wayang memang kena rotan berbirat birat, tapi lepas mak dah tua, datang rumah saya tengok ada gitar dan DVD, mak saya okey jer, sebab katanya saya dah jadi manusia, dan mak bangga dapat anak macam saya-Woha!

Alkisahnya, tahun 80-an, lepas tengok Back To The Future part One di TV2, yang mana hero secara tak sengaja ke zaman mak ayah dia, lalu selamatkan maruah keluarga, maka Back To The Future part Two, hero ke zaman hadapan untuk selamatkan anak cucu pulak, lepas tu bersambung ke part Three, hero nak selamatkan nenek moyang, maka semua tu saya hanya tonton di Tv2 dalam slot Mega Movie!

Maka teruja dengan iklan part Three.. terus sanggup seorang saya dan kawan kawan berbasikal ke Panggung Rex Kuala Terengganu sebalah Pasaraya Hock Kee Seng nak tengok sambungan!

Sekarang Panggung tu dah tutup jadi kedai kain.

Namun zaman berganti zaman, filem Back To The Futere ini kekal sebagai rujukan filem merentas masa paling menghiburkan lakonan Micheal J Fox sebaga Mc Fly!

Ringkas cerita, bila bercerita tentang pengembaraan mesin masa, maka ada dua teori yang diguna pakai agar korang tidak keliru dalam memahami jalur cerita, iaitu Paradox Universe dan Parallel Universe.

Paradox Universe macam filem Back To The Future (1985) inilah, , masa lalu diubah supaya masa depan berubah, contohnya bila hero ke masa lalu berjumpa ibunya di waktu muda dan ibunya jatuh cinta pada hero, maka hero mulai tidak wujud, maka hero kena cepat-cepat pergi ajar ayah dia agar mengorat mak dia! Kalau tak dia tak akan wujud!

Sama macam filem Terminator(1984), Oleh sebab di masa hadapan John Conour akan hapuskan semua robot jahat, maka robot jahat hantar tenteranya ke masa lalu untuk bunuh ibu yang akan lahirkan John Conour, lalu dari masa hadapan Kyle Reese datang untuk selamatkan Ibu John Conour, alih alih, Kyle Reese menjadi ayah kepada John Conour-itu yang menjadikan ianya Paradox Universe.

Nak lebih pening dalam bab Paradox Universe, korang tengok filem Predestination (2014), kisah aku perempuan, jumpa aku lelaki, aku kahwin dengan aku dapat anak juga seorang aku, anak aku kena culik dengan aku, aku kena bunuh penculik anak aku, rupanya aku yang culik anak aku, dan aku dibunuh oleh aku, tapi aku di tolong oleh aku, ha ha ha, pening tak?

Okey, itu cerita Paradox Universe.., manakala Parallel Universe pula macam cerita Dragon Ball, masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru. Contoh bila Goku mati, maka Trunks kembali ke zaman Goku hidup dan ubah sejarah, tapi bila dia balik ke masa hadapan tiada apa yang berubah kerana masa silam yang diubah telah menjadi Universe yang berlainan.

Inilah juga yang diguna dalam filem Avengers Endgame, Parallel Universe, iaitu masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru.

Namun oleh kerana kewujudan Infitinity Stone mempengaruhi keseimbangan alam, maka ianya perlu dipulangkan untuk terus mengimbangi universe masing masing.

Al faham ke idop?

Balik ke dunia Islam, ada beberapa cerita tentang pengembaraan masa seperti kisah tujuh pemuda yang tidur selama tiga ratus tahun tapi berasa seperti hanya satu malam, juga Nabi melihat masa depan, seperti Nabi melihat melihat Abdul Rahman merangkak di Syurga sedangkan waktu itu Abdul Rahman masih hidup di dunia. (boleh rujuk hadis)

Atau yang lebih jelas, turunnya Surah Al Masad, Surah yang memberitahu di masa hadapan Abu Lahab akan masuk neraka bersama isterinya.

Surah ini turun waktu Abu Lahab masih hidup, dan beliau sangat marah dan terus menentang Nabi, padahal, jika kita fikir logic, sepatutnya inilah peluang Abu Lahab untuk cipta Parallel Universe iaitu ambik peluang ini untuk bertaubat, masuk islam dan ubah masa depan! Tapi Abu Lahab tak ambik peluang ini kerana masa dan takdir itu di tangan Allah.

Di sisi Allah, tiada orang dibenarkan untuk undur ke masa lalu supaya dapat bertaubat, sebab itu dalam Al quran turun ayat: Demi masa semua manusia dalam kerugian, bermakna masa tidak dapat diundur untuk manusia, dalam hadis pula, selalu dipesan, guna lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Jadi secara kesimpulanya, masa di cipta kearah hadapan dan akan habis untuk manusia ambil peluang mengabdi diri kepada Allah.

Hadis lain pula tentang kisah Allah menulis takdir, yang mana pena (takdir) telah terangkat dan dakwat (timeline) telah kering, maka focus kita didunia ini, bukan nak ubah takdir semalam, tapi nak ubah takdir masa hadapan kerana kita belumpun tahu masa hadapan lalu Allah berfirmah:

“Aku tidak akan mengubah nasib kaum yang tidak mahu berubah”

Nampak tak? So dalam Islam, masih common sense dulu dan sekarang iaitu masa bergerak ke hadapan dan akan habis, gunakan masa sebaiknya sementara nyawa belum habis. Simple!

Jadi tak payah pening kepala fikir nak balik ke masa lalu untuk ubah sejarah, sebaliknya fokuslah pada baki nikmat yang ada untuk bertaubat, kerana selagi nyawa masih ada, pintu taubat terbuka luas walau dosa besar macam mana pun.

Nanti bila pintu keretamayat terbukak, korang pulak masuk terbujur kaku sebab pintu taubat dan tertutup, maka saya bawa laju-laju macam kereta DeLorean pun akan tetap bawa korang ke masa depan, iaitu Neraka! Nauzubilah!

“Habis tu abang mayat, memang takde peluanglah dalam sains untuk cipta mesn masa ke belakang?”

Yer dik, sebab undur masa bertentangan dengan Al quran, jadi fokuslah rezeki yang masih ada ditangan untuk guna sebagai jalan bertaubat, dalam Al quran dah cerita kisah ahli neraka nak undur kembali ke dunia tapi permintaan mereka tidak di layan oleh Allah.

Namun jika korang masih ada niat nak guna mesin masa secara islamik, masih ada ‘cara’nya, saya pernah guna sewaktu mendaki gunung Kinabalu beberapa tahun lepas.

Link Video naik Kinabalu: https://youtu.be/zmS_n7y_w3Q

Alkisahnya, lagi satu kilometer nak sampai ke puncak, waktu itu saya rasa diri ini adalah sangat-sangat penat, saya terus duduk berehat, urut betis, dan terbaring sambil pejam mata dan tutup telinga lalu terbang ke masa depan.

Saya terus sampai ke hospital kuala Terengganu di tahun 2040 kot? Saya ternampak diri saya yang sudah tua, sudah terbaring di katil hospital, makan tak boleh guna mulut, kena guna tiub, badan di cucuk ubat setiap satu jam, mata terkebil kebil menerima takdir, lepas tu anak anak datang cerita masalah hidup, anak mengadu tak cukup wang nak tanggung kos bedah, bini menangis atas kerusi roda, sedih sungguh.

Lepas tu saya rasa nak berak, tapi tak boleh bergerak, datang Jururawat lelaki bukak seluar saya dan basuh punggung saya dengan kasar sebab saya dah terberak, sedih hati sebab tak mampu basuh berak lalu saya pejam mata dan berdoa agar saya dapat kembali ke zaman silam, kembali ke kaki gunung kinabalu, zaman saya sihat dulu dulu. Berikan Saya Paradox Universe!

Dan Alhamdulillah! doaku makbul!

Saya bukak mata, saya tiba tiba ada di pertengahan gunung kinabalu, saya pandang kiri kanan menikmati pandangan yang indah, saya hisap tamar manis dengan nikmat, saya teguk air gunung dengan bahagia, saya melompat lompat tak sabar nak teruskan mendaki, lalu saya teruskan mendaki sambil tersenyum bahagia, menikmati kekuatan kaki melangkah, menikmati deruan angin, menikmati kurma kering, menikmati nikmat sihat, dan menikmati setiap detik! Alhamdulillah, terus saya berzikir kesyukuran tak henti henti, lalu akhirnya saya sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan jiwa yang penuh dengan kedamaian dah kebahagian serta kesyukuran.

Alhamdulillah. Nikmat mana lagi saya dustakan?

Link Video naik Kinabalu: https://youtu.be/zmS_n7y_w3Q

So, nasihat saya, bila korang semua ada masalah, sedang sedih, sedang berduka cita, cepat cepat gunakan mesin masa, pergi ke masa depan, rasai pengalaman menderita di hospital, ambik masa lima ke sepeuluh minit duduk sana, rasai penderitaan di sana, lagi lama lagi bagus dan bila dah tak cukup sabar, kembalilah ke masa silam iaitu hari ini.

Sungguh hari ini sangat indah, langit sedang membiru, pohon sangat menghijau. Burung berkicauan, rama rama terbang, dan nikmat udara ini, rasanya sangat sedap! PKP ini membuka sejadah yang indah untuk dicucrkan air mata taubat.

Untuk kesan yang lebih tinggi, korang pergi ke masa depan yang lebih jauh, bukan ke zaman 2050 atau 3000, tapi bayangkan diri masuk neraka berpelukkan dengan Abu Lahab berguling-guling atas bara api, lalu korang menangis air mata darah merayu malaikat Malik penjaga Neraka agar kembalikan korang ke dunia, tapi Malaikat tak layan, malah dipukul muka korang sampai pecah berkecai dan bercantum kembali, lalu korang menangis air mata nanah merayu kepada Allah untuk dihantar semula ke dunia, takpelah PKP pun, I sinar tak lulus pun takpe, takpe jugak minyak tak turun hargapun, tol tak mansuh pun tak per, asal dapat ke dunia dan dapat merasai nikmat beribadat.

Oh Tuhan, saya telah merasai azabnya neraka yang dahulu saya minta disegerakan (kerana tidak beriman), maka kembalikanlah saya kedunia walaupun sekadar satu perahan susu agar dapat saya menyebut namaMu didunia yang mana menurut NabiMu, sesiapa sahaja pernah ucap kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah”, pasti akan dikeluarkan dari Neraka walau dosa sebanyak buih di lautan, Oh Allah yang Maha Pengampun! Kembalilah kami ke dunia!

Oleh sebab daya imigansi korang terlalu tinggi, semua gambaran dalam neraka tu betul betul dapat dirasai buat korang menangis teresak esak, Sekali korang buka mata! Nah! Elok ada depan Telefon waktu PKP, perghhh, doa korang termakbul, sesungguhnya koranglah manusia paling bertuah! Tiada lagi penat, tiada lagi keluhan. Tiada lagu dukacita, Korang masih ada didunia sedang baca coretan ini, dan masih sempat Bertaubat! Alhamdulillah! Doa Paradox Universe korang dah makbul!

Jadi pergi berdoa syukur sekarang, dan jika teringat, sebutlah namaku dalam doamu, chewah…

Ps: Siapa siapa yang ada pintu TENET atau laci meja Doraemon Nobita, atau kereta terbang delorean time machine, atau cecair Ant Man atau mana mana mesin masa... tolong jangan pergi ke tahun 1990 bagitahu mak saya bahawa hamka sedang tengok wayang-Tolong!

Woha!

Link Video naik Kinabalu: https://youtu.be/zmS_n7y_w3Q (Tolong Like dan Subcribe Channel Youtube saya, terima kasih)

Feb 24, 2021

Tenet dan Paradox?

Ulasan ringkas filem TENET 2020: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan

TENET ni adalah gabungan kepada TEN TEN, yang disusun Depan-Belakang, membuakan menjadi TENET, itulah tema filem ini, sekejap kau ke depan, sekejap kau ke belakang. Dan kenapa TEN? sebab ending filem ini berkenaan TEN minit terakhir yang "TEN TEN" menjadi TENET.

Babak akhir ada dua team askar, satu geng Warna Biru dan satu lagi geng warna merah yang mana mewakili warna masa untuk depan belakang berdasarkan Doppler effect, gelombang merah ke depan, dan gelombang biru ke belakang. Jadi Team merah berperang dengan musuh dengan gerak masa ke depan, mana kala Team biru lawan musuh dnegan gerak masa ke belakang.

Selain dari merentas masa secara mengundur, filem ini juga fokus pada drama hubungan suami yang melayan cinta dengan cara kejam, ibu yang sanggup buat apa sahaja demi anak, erti persahabatan dalam tugas, keberanian dan kesetiaan dalam hidup, juga focus kepada gaya hidup orang kaya, serta kisah hidup perisik ala ala James Bond bila bergerak solo, dan campur misi ala-ala Mission Imposible bila minta bantuan team.

Balik kepada tajuk: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan? kenapa?

Kerana waktu tonton filem ini, saya terfikir tentang konsep Chaos to in order, filem ini tujukkan bagaimana sesuatu yang rosak boleh kembali kepada stabil.

Dalam dunia fizik, bila kita pecahkan telur, maka telur pecah, dan tidak akan bercantum lagi,atau kita tendang istana pasir ditepian pantai, maka istana pasir itu akan berkecai menjadi rata, atau kita bakar pokok kayu, maka pokok akan hangus di makan api.

Bermakna, dunia ini akan berjalan satu hala selamanya, iaitu dari elok kepada musnah, itu Fizik Ciptaan Tuhan sehingga dalam pepatah melayu ada menyebut, “Nasi Dah Jadi Bubur”, atau pepatah barat: “Jangan Menangisi Yang Susu Tumpah”..,atau  “Jangan Gergaji Serbuk Kayu”.

Atau lebih deep, hadis Nabi ada menyebut, Susu tak akan kembali ke dalam puting, yang bermaksud  pena takdir telah terangkat, dakwat takdir telah kering, catatan takdir telah tertulis..,

Maka dalam filem ini, hero tiba tiba terjumpa ada pistol yang boleh undurkan peluru, dapat tangkap balik peluru yang dah keluar, hero juga ada jumpa objek yang sudah di buang boleh kembali ke pangkuan, cermin pecah boleh bercentum kembali, begitu lebih kurang, eh? Macam mana boleh ada yang sesuatu yang rosak tiba tiba menjadi elok? Eh? Kenapa jadi macam tu?

Maka misi hero adalah mencari siapa yang cipta alat yang mampu undurkan masa melalui kaedah reverse Entropy ini dan akhirnya hero bertemu dengan Grandfather Paradox.

Di sini saya tak nak spoiler lebih lebih, kerana filem ni nak bagitahu kita bila ada sesuatu yang dah huru hara, tapi tiba tiba dapat dipulihkan menjadi sistem, maka sudah tentu ada PUNCA yang mengawal kejadian ini.

Gigih hero siasat mencari punca kejadian sepanjang penceritaan ini siap bertempur dengan dirinya sendiri yang versi terbalik, dahsyat!

Maka kata saya dalam hati waktu melihat babak hero mencari punca fizik terbalik maka tak terfikirkah kita bagaimana dari huru hara (letupan big Bang) tiba tiba alam ini tercipta dengan penuh sistematik?, yang mana lokasi bumi terbaik jaraknya dari mata hari, ada bulan sebagai pengawal pasang surut, ada sembilan planet menjadi perisau hentaman meteor, ada lapisan ozon yang membakar kemasukkan bedasing ke bumi.

Ada rasa nak kaji tak? Kenapa bumi ini sangat sangat dilindungi? Terfikir tak akan dari mana puncanya alam ini? Kenapa kita di sini? dan ke mana kita pergi? Lepas tu apa akan berlaku pada alam ini akhirnya nanti?

Jadi, mari kita renungkan, sewaktu kita melihat filem yang hebat, lalu kita memuji dengan berkata, sungguh hebat orang yang buat filem ini, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada pengarah abang Nolan walaupun kita tak pernah jumpa dengan Abang Nolan.

Maka, alam semesta yang besar dan indah ini, yang mana setiap orang akan ada jalan cerita yang sangat hebat dan mengkagumkan, hingga kita memuji satu sama lain, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada Tuhan semesta alam yang menulis takdir walaupun kita tak pernah jumpa dengan Tuhan.

Ini kerana kita bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’. Dan kita bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’? Lalu fitrah kita akan yakin bahawa Tuhan itu wujud.

Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia ini, siapa yang cipta Tuhan?,

Untuk jawab soalan ini, mari kita kembali kepada Filem Tenet, yang mana hero akhirnya bertemu dengan Grandfather Paradox. Iaitu Golongan masa hadapan percaya, jika mereka membunuh nenek moyang di masa lalu, maka masa depan anak cucu dapat diselamatkan, padahal tiada nenek moyang, maka tiadalah anak cucu, maka berlakulah Grandfather Paradox.

Bagi yang tidak tahu apa itu paradox, ianya adalah satu istilah bagi menerangkan situasi yang tidak boleh diselesaikan oleh akal, yang dikenali sebagai “Paradox”.

Secara mudah fahamnya, oleh sebab filem TENET ini bercerita tentang mesin masa, maka mari kita ambik tiga contoh paradox berkenaan mesin masa.

1.  Ontological Paradox :

Dalam filem XX Ray arahan Aziz M Oman, beliau telah pergi ke masa silam dan berjumpa dengan Hang Tuah dan sempat memberi idea, “Tak kan melayu hilang di dunia”, dan Hang Tuah yang tak pernah dengar ayat ini kagum dan menyebut berkali kali,

Jadi ini bermakna idea itu datang dari Aziz M Osman yang dapat dari membaca sejarah melayu yang kata itu dari Hang Tuah, jadi, dari mana idea itu datang? Dari Aziz M Osman? Atau Hang Tuah? Maka ini adalah Ontological Paradox.

2. Predestination Paradox :

Dalam filemTerminator, sekiranya Terminator tidak datang dari masa depan untuk membunuh Sarah Conner, maka Kyle Reese juga tidak datang, tapi jika Kyle Reese tidak datang, macam mana john Conner boleh ada kerana dialah ayah kepada John Connor, Jadi, dari mana John Connor bermula? Maka ini adalah Predestination Paradox,

Nak lagi pening korang tonton filem berjudul Predestination (2014) lakonan hebat Ethan Hawke, kisah aku perempuan, jumpa aku lelaki, aku kahwin dengan aku dapat anak juga seorang aku, anak aku kena culik dengan aku, aku kena bunuh penculik anak aku, rupanya aku yang culik anak aku, dan aku dibunuh oleh aku, tapi aku di tolong oleh aku, ha ha ha, pening tak?

3. Grandfather paradox :

Korang nak bunuh diri, tapi tahu bunuh diri itu boleh buat korang kekal dalam neraka, maka korangpun pergi ke masa lalu dan membunuh atuk kita yang masih muda supaya atuk tidak kahwin dengan nenek yang akan dapat ayah. Dan jika korang berjaya bunuh atuk korang, maka ayah korang tidak wujud, jadi.., korang datang dari mana? Inilah yang berlaku dalam filem TENET.

Golongan masa depan yang kecewa dengan kerosakkan masa hadapan oleh tangan tangan nenek moyang, maka telah cipta mesin masa untuk hapuskan nenek moyang dengan sangkaan, mereka boleh selamat sedangkan Grandfather paradox  telah berlaku kerana tanpa nenek moyang, mereka semua tidak akan wujud.

Pening tak korang? Releks, jangan pening, perkara paradox biarkan sahaja ia dalam keadaan begitu jika korang tak nak gila isim… sebab Allah sendiri larang kita fikir tentang ZATnya yang tidak berawal dan tidak berakhir.

Tapi rujuk sejarah, dah lama soalan paradox ini dimainkan oleh ahli falsafah untuk rosakkan akidah orang beragama..

Paradox 1:

“Jika semua di ala mini di cipta Tuhan? Maka siapa yang cipta Tuhan?”

Nampak tak? Memang susah akal cetek manusia nak terima kenyataan ini.., manusia percaya bahawa setiap sesuatu ada permulaan dan ada pengakhiran, orang barat percaya yang kita ni berasal dari beruk sebab rupa beruk macam rupa kita, dan percaya beruk mungkin datang dari biawak, ada iras cuma takde bulu, dan biawak mungkin datang dari ikan berkaki, dan ikan berkaki datang dari ikan, dan ikan datang dari sel dan, dan, dan ,semua ini datang dari letupan big bang, dan letupan itu datang secara bang beng bong!

Tapi akan tetap timbul soalan, siapa yang mencipta letupan itu?

Ok, Tuhan yang mencipta letupan, tapi Tuhan datang dari mana, siapa yang cipta Tuhan? Boleh jadi pecah otak jika layan akal kita...

(saya akan jawab di hujung artikel untuk soalan siapa cipta tuhan, sila baca sampai habis)

Paradox 2:

“Jika Allah duduk atas Arasyh, sebelum Allah cipta Arasy, Allah duduk di mana?”

Pada awal islam, tiada soalan seperti ini kerana semua serah makna pada Allah akan makna setiap ayat Al quran, tapi bila datang ahli falsafah mempertikaikan ayat ini, maka wujud golongan yang Memujasimmahlan Allah dengan anggap Allah duduk atas Arasy macam Raja duduk atas Singgah Sana, lalu kerosakkan akidahpun berlaku, apa nak buat?

(kejap lagi saya jawab)

Paradox 3:

“Jika semua telah ditakdirkan dalam rukun iman ke enam? Kenapa kita kena pilih amalan yang baik dan buruk?”

Ramai orang jadi putus asa bila fikir ayat ni secara logic.., hingga menolak rukun iman yang ke enam, lalu muncul golongan Qadariah dan jabariah, yang keduanya adalah sesat, satu anggap semua Allah dah takdir maka jahatpun dari Allah, kita tak boleh si salahkan, satu lagi anggap Allah tak campur tangan dalam urusan manusia, semua dari kita, takdir itu tak wujud. Aduhh..

(baca sampai habis, nanti saya jawab)

Paradox 4:

“Bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya? Dan dalam masa yang sama, Bolehkah Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi?”

Jika kita jawab boleh, maka mustahil pedang dan perisai itu boleh wujud serentak, jika kata tak boleh, maka menafikan kuasa Allah, kejap lagi saya jawab.

Paradox 5:

“Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat besar yang tiada seorangpun yang dapat angkat termasuk Allah?”

Tengok, dia pusing situ, jika jawab boleh, bermakna Allah akan lemah tak mampu angkat batu? Macam mana tu? Paradox ni bang mayat?

Ok, releks, semua free lagi ke?  banyak juga soalan nak kena jawab ni, Abang mayat cuba jawab satu persatu.

Baik, untuk soalan pertama, jika semua dicipta Tuhan, siapa yang cipta Tuhan?

Maka untuk masalah ini, bayangkan kes penembak tepat yang sudah bersedia menembak sasaran, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh menembak?

Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox, adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu,

Maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!

Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat Tuhan yang berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila semua mahkluk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.

Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan bersifat abadi dan kekal selamanya.

Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.

Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa, tempat dan Fizik, maka Tuhan bebas dari masalah Fizik, tempat dan masa.

Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.

Kemudian apa yang hebat kepada makhluk seperti melihat, mendengar, maka Tuhan adalaah Maha Melihat dan Maha Mendengar.

Kemudian apa yang lemah kepada makhluk seperti mengantuk, tidur, penat, lapar, maka Tuhan langsung tidak mengantuk, tidak tidur, tidak penat dan tidak lapar!

Semua ini sudah dibincang oleh ulamak dalam Sifat 20 guna kaedah Asyaari atau Maturudi.

Jadi, kepada semua atheist yang mahu mencari maksud hidup sekalian, jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa

Kita boleh terima, bahawa dunia ini di cipta dengan logic sains, ada sebab dan akibat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang.

Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selepas ini. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.

Sungguh hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan.

Ok, habis soalan satu, panjang gila jawapan, adohai, soalan lepas ni saya jawab ringkas sahaja.

Seolan kedua: Sebelum Allah ciptakan Arasy, di mana tempat bagi Allah?

Cara terbaik adalah serah makna “istiwa” pada Allah, tapi jika ada pihak yang tafsir dengan menghina Allah, melemahkan Allah, maka jika nak jawab boleh guna pendekatan Asyaari, atau Maturudhi, iaitu tempat adalah makhluk, tempat pun Allah yang cipta, maka Allah wujud tanpa perlukan tempat.

Bagi saya pulak, lebih suka guna istilah sains, iaitu Allah tidak terikat dengan fizik, masa, dan tempat, Allah tidak ada sebelum dan selepas, dan Allah tidak berawal dan berakhir, Allah sedia ada, dan Allah jua yang cipta demensi, masa dan tempat, Allah yang mulakan masa dengan t=0. Kerana masa juga dicipta oleh Allah. Simple. Maka Yakinlah kita bahawa Allah langsung tidak sama dengan mahkluk!

Soalan tiga bab takdir, saya pernah jawab panjang dalam artikel lain. Cara mudah faham, semalam adalah takdir, hari ini adalah pilihan, rancang yang terbaik untuk hari ini dan esok kerana esok juga akan menjadi semalam.

 Nampak tak?

Soalan empat dan lima tak payah jawab sebab soalan itu dah salah, kerana Apabila soalan ini bertanya ‘boleh’kah Allah buat perkara sekian sekian,

Rujuk kepada jawapan dari nombor satu dan dua, “boleh” di situ telah menyamakan Allah dengan ‘boleh’nya makhluk, seperti bolehkah Allah angkat batu? Boleh disitu seolah-olah meletakkan Allah sebahagian dari makhluk, maka bermakna soalan itu telah salah kerana menyandarkan kebolehan tuhan yang setara dengan makhluk.

Sedang Allah tidak sama ‘boleh’nya dengan apa yang kita fikirkan, Allah Maha Melihat, Tapi Melihatnya Allah tak sama macam apa yang kita fikir, Allah melihat tanpa perlukan cahaya, dan Allah telah melihat masa depan, dan masa lalu, lalu kita tak akan mempu mebayangkan Maha melihatNya Allah. Allah punya rule: simple: Kun Fayakkun, jika Ia berkata jadi, maka ia akan terjadi.., ini yang akal tak boleh terima..

Jadi dalam bab Maha mencipta, soalan bolehkah tadi, sebenarnya merendahkan Maha Boleh, yang mana boleh mangangkat itu adalah setaraf bolehnya mahkluk…, Allah tak sama dengan yang baharu, Dan tidak ada sesuatupun yang setara denganNya!

Lagi satu bab “boleh”, Allah Maha berkuasa dan tidak akan menghina dirinya Sendiri, bolehkah seorang raja pakai mahkota dari tahik? Jawapannya boleh tapi itu menghina diri raja itu sendiri, jadi soalan boleh ke Allah buat perisai dan pedang itu adalah perbuantan yang akan menghina Allah!

So, soalan seakan paradox itu bukan paradox lagi kerana soalan itu sudah salah, bodoh, dan menghina kerana menyamakan kebolehan tuhan dengan makhluk, oleh sebab itu: bagaimana hendak mendapat jawapan yang betul jika soalan sudah salah.

Setakat soalan salah, semua orang gila boleh tanya soalan yang salah, orang bodoh apatah lagi.

Al faham ke idop?

Akhir kata, bab soalan paradox tentang ketuhanan, tak perlu kita nak cuba jawab sebab kita terlalu lemah nak fikir tentang zat Allah. Usahkan bab Tuhan, bab ayampun orang tak boleh jawab, mana dulu, ayam atau telur?

Woha!

Ps: Saya bukan ustaz, jika ada penerangan saya yang salah, boleh tegur, kita sama sama belajar insyaAllah sebab  George Wilhelm pernah berkata: Kita telah belajar dari sejarah bahawa kita tidak pernah belajar dari sejarah. – Paradox jugak. Woha!

Feb 23, 2021

Cerita Hantu bunuh diri?

Alkisahnya, Dulu orang asia sahaja kot ada Hantu perempuan berambut panjang dan berbaju putih, jika di Malaysia hantu puntianaklah, tapi lepas filem The Ring popular, maka dah banyak hantu rambut panjang muncul di pasaran antarabangsa.

Bagi yang belum tahu, apa itu Hantu The ring, ianya adalah Hantu rambut panjang yang paling mencetus keseraman peminat filem seram kerana Hantu itu merangkak keluar dari TV dan membunuh penonton dengan renungannya.

Filem dari Jepun ini popular hingga ada Sambungan part 2, malahan Mat saleh pun buat remake filem hantu ini versi Hollywood.

Saya bukanlah penggemar filem seram, Cuma waktu PKP baru baru ini, tersebar berita pelakon jepun, filem The Ring itu, telah mati membunuh diri, sebelum tu pelakon jepun juga, dari filem Attack of Titan mati membunuh diri, dan dengar cerita, Tahun lepas saja ada 4 orang artist Jepun yang telah bunuh diri. Bayangkan pelakon yang cantik, kaya dan glamour pun boleh bunuh diri, apatah lagi orang yang tak ada apa-apa?

Untuk pengetahuan anda, Jepun ni menduduki carta top ten negara paling banyak kadar bunuh diri, dan dikatakan waktu PKP, bila rakyat duduk rumah, kadar bunuh diri mulai berkurang. Rupanya orang jepun lebih bahagia bila tidak bekerja.

Menurut Kajian yang saya pernah baca akan factor kenapa bunuh diri berlaku di Jepun, adalah kerana tekanan untuk kekalkan di tempat kerja, selain masalah cinta dan buli.

Untuk itu di stesen tren yang utama sudah dipasang banyak lampu biru dan cermin berdekatan dengan platform. Ini kerana tempat itu menjadi medan yang kerap orang jepun membunuh diri.

Kajian mendapati Lampu biru bertindak sebagai medium penenang manakala pantulan imej diri pada cermin memberikan peringatan kepada bakal mangsa bunuh diri agar ‘cermin diri’ dengan melihat seluruh diri kita dari kejauhan dan selamatkan diri sendiri sebagaimana orang lain ingin diri mereka di selamatkan.

Rujuk negara kita, kadar bunuh diri yang rendah, iaitu sangat jauh jika nak berbanding negara lain. Tak dapat tidak kita nafikan, suasana negara kita yang di kelilingi masyarakat yang mudah redha serta bersykur, amat membantu.

Jika kita dikelilingi orang yang suka mengeluh dan mengritik, akan jadi barah dalam diri yang meracun jiwa.

Maka untuk itu, pilihlah kawan atau suasana orang yang selalu sabar, redha, dan untunglah mereka yang di kelilingi orang yang selalu bersukur.

Best sangat jika orang yang dekat dengan kita jenis Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.

Suami isteri yang bersyukur akan wujudkan suasana rumahtangga yang aman damai, hingga semua ahli rumah bersyukur atas sekecil kecil rezeki.

Kemampuan bersyukur waktu senang ramai orang boleh buat, tapi lebih tinggi darjat kita adalah waktu di uji susah pun bersyukur, dan anggap ujian sebagai rezeki yang dapat menaikkan Darjat, meluaskan Syurga dan menjauhkan dari azab api neraka!

Saya selalu pesan pada isteri waktu susah, jika beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api neraka dan masukkan kita ke syurga yang kekal abadi, alangkah indahnya penderitaan ini!

Alhamdulillah, semua ini rezeki Allah.

Bercerita tentang rezeki, saya terbaca rakan FB saya Kamal Zharif Bin Kamaludin menulis, di Jepun tiada kefahaman tentang REZEKI, sebab kita faham REZEKI itu dari Tuhan!

Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, tapi di Jepun tiada ruang untuk REZEKI sebab kebanyakkan dari mereka tiada agama.

Kita bila cerita bab rezeki, terus otak kita kaitkan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi. Tapi di jepun, kata si penulis, yang berkawan dengan orang Jepun. Telah bertanya:

"Kalau bahasa Jepun, apa perkataan untuk rezeki?"

"Hmm, nampak macam tiada."

"Mungkin perkataan paling dekat ialah 'megumi'."

(Megumi(恵み) maksudnya 'blessing')

Rupanya Perkataan 'megumi' pun jarang disebut dalam kehidupan harian orang Jepun yang mana berbanding orang kita, perkataan rezeki itu tak perlu lagi dibuat perbandingan perkataan. Rezeki adalah rezeki. No any other word for explanation.

Datang ke Jepun, perhatikan sahaja ucapan-ucapan yang dikeluarkan, baik dalam program realiti ataupun drama, tiada langsung menyebut tentang rezeki. Tak pelik sebab Di Jepun hanya 20% sahaja mengakui diri mereka beragama. Lagi 80% tidak menjadikan agama sebagai elemen penting dalam kehidupan.

 Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL, maka mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress hingga mereka memilih menamatkan nyawa.

Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.

Bila kita di buli, sedarlah bahawa Alah sedang uji saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal. Malahan saya akan bersyukur kerana di jalanan saya melihat lebih ramai orang jauh menderita dari saya. Saya bukanlah orang yang berada di puncak penderitaan. Rujuk sejarah, ramai lagi orang yang sedang menderita macam Sahabat Nabi di seksa tapi masih dapat menjada REZEKI keimanan mereka.

Bagi mereka yang putus cinta, ingatlah semua orang yang kita sayang akan mati, Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmatnya lebih besar dari dicintai semua bidadari.

Bagi yang gagal dalam apa jua bidang, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.

Ayuh!

"Gambatte kudasai Otsukaresama desu."

(Selamat berusaha bersungguh-sungguh. Terima kasih atas usaha yang keras)

Woha!

Ps: Sungguh bersyukur dengan baki nikmat yang ada;- juga adalah maksud hidup, dapat hayati ini maka segala kesusahan akan menjadi ringan. InsyaAllah.

Feb 22, 2021

Lion dalam Islam?

Ini mungkin ada satu Filem yang boleh buatkan korang bercucuran air mata.

Al kisahnya, Saya pernah jugak tengok video askar balik perang terus pergi sekolah anak dan peluk anak sambil menangis gembira, video tu tak emosi sangat pun, tapi bila tengok kisah benar seorang anak mencari mak kandung yang berpisah sejak kecik, bercucuran air mata beb.. sob sob…

Filem ini berjudul Lion (2016), Kisah benar budak india hilang tak tahu jalan pulang ke rumah masa umur 5 tahun, hampir nak jadi mangsa pelacur kanak kanak, tapi dia lari hinggalah di pungut jabatan kebajikan masyarakat India.

Untuk info, di india, 80 ribu kanak kanak hilang setiap tahun, dan 11 juta kanak kanak hidup gelandangan.

Lalu datang pasangan mat saleh dari Australia yang bagitahu, dunia ini tertalu ramai manusia, buat apa nak ada anak sendiri? Jika nak anak jugak, ambik sahaja anak yatim piatu yang menderita dan bahagiakan mereka. (Geng anti barat jika baca niat orang bukan islam yang baik ini tentu menangis terharu sebab masih wujud orang sebegini di zaman ini?)

Maka budak india tupun jadilah anak angkat ikut mak ayah baru ke Australia, di besarkan dengan kasih sayang, dan bila dewasa, si anak yang rindu pada abang, kakak, dan ibunya mulai menjejak kampung sebab waktu hilang dia tak tahu nama kampung, cuma yang dia ingat, ada tangki besar dekat stesen keretapi. Bila ada Google Earth, diapun scroll semua tangki dekat stesen keretapi dan start balik jejak rumahnya.

Malas nak spoiler, lagi korang tak tahu apa kisah benar yang menanti, lagi seronok waktu menonton.

Cuma lepas tonton tu rasa rindu sangat nak berjalan di kampung, esoknya saya ajak bini dan anak berjalan dari rumah arwah mak saya ke sekolah lama saya, jarak 2km.

Saya lalu ikut jalan yang saya menapak waktu kecik, ikut celah rumah orang, cari balik kedai yang saya pernah beli tikam dulu, cari balik pokok yang saya lepak sambil makan aiskrim Malaysia dan berkumandang waktu tu lagu Wings Belenggu Irama dari kedai runcit pasang kuat kuat,

Tapi bila masuk kampung, semuanya dah tak sama, pokok dah ditebang, kedai dah tutup, padang dah bertukar jadi rumah.

Namun.. bila sampai depan sekolah anak anak pelik tengok saya senyum sewaktu pandang sebuah rumah yang berada betul betul depan sekolah, saya bagitahu pada anak anak, ayah dulu sekolah petang, balik sekolah semua berkumpul depan rumah ni tengok Ultraman dari TV dalam rumah ni, sporting tuan rumah buka pintu luas luas, walau suara Ultraman tak dengarpun, bila muncul Ultraman lawan raksasa, kanak kanak bersorak macam orang tua tengok bola, oh kenangan.

Di belakang sekolah ada pantai, saya kemudianya terus lepak tepi pantai dengan anak bini dan bagitahu, satu sahaja yang tak berubah sejak dahulu iaitu pantai.

Ops, lupa nak tazkirah: Rujuk filem berjudul Lion, (nama budak tu) maka saya pun bercerita kisah Singa versi islamik ditepi pantai kepada anak anak.

Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.

Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.

Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.

Mungkin pada ketika inilah saksi-saksi yang melihat anak singa mengembek di dalam kumpulan kambing lalu mencipta pepatah melayu, iaitu : masuk kadang kambing mengembik.. Wallahu’lam.

Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.

Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.

Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.

Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Jadi wahai anak anakku, singa itu adalah ibarat kita orang islam yang ada kekuatan dakwah, tapi telah lupa kekuatan kita kerana telah lama bergelumang dalam dunia kambing, errr, maksud ayah dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul.

Dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…

Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta.

Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat…

Tapi orang islam di zaman ini kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.

Padahal mereka orang islam telah terlupa bahawa, ‘Kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpamaan kepada kekuatan islam dalam kerja dakwah yang mana para Sahabat Nabi dalam menjalankan kerja ini, Allah telah meletakkan kegerunan pada orang kapir sejauh sebulan perjalanan…

Semoga kita semua tidak menjadi kambing atau menjadi singa yang ingin menjadi kambing… jangan menjadi such Lions led by such Lambs...

Sekian.

******

Habis bercerita pada anak di pantai, kami kembali balik rumah jalan kaki. Lepas tu saya cakap pada anak, korang patut bersyukur, sebab tak perlu jalan kaki macam ayah dulu, arwah datuk korang tak mampu nak ada kereta macam ayah sekarang, dulu hari hari ayah jalan 4km pergi balik ke sekolah tau?. Sekarang ayah hantar dan ambik korang depan pintu sekolah, bersyukurlah.

Anak jawab:

"Kalau sekolah saya tepi pantai macam sekolah ayah 4km pun tak penat!"

Woha!

Feb 21, 2021

Matrix dan alam di sebalik mata?

Ulasan filem matrix yang penuh kejutan. (22 tahun pendam dan kini di tulis atas permintaan peminat-chewah)

Teringat malam tu di KL, pangung wayang Mall mana dah lupa, tahun 1999. Plan nak tonton filem berjudul Entrapment lakonan Sean Connery yang hina Malaysia dengan babak KLCC dan rumah miskin area Melaka digabungkan seolah KLCC ni zalim sangat kerana sangup bina bangunan mewah di kawasan rakyat susah. Adohai..

Pendekkan cerita, Pergi malam tu naik motor ramai juga, jadi ada sorang Joki ditugaskan beli tiket, bila tonton masa tu tajuk Entrapment tak ingat sangat, Jadi sangka Matrix ni filem itu lah, jenuh juga tunggu babak KLCC, dan Sean Connery tak keluar keluar, rupanya salah tajuk filem daa…

Tapi bersyukur sangat sebab Matrix ni best nak mampos. Lepas tu saya repeat lagi sorang sorang sebab filem ini best giler kot zaman tu, lagipun semua yang saya nak dari sebuah filem: Ada!,

Pertama jalan cerita yang di luar kotak, yang mana kita tak mampu nak teka babak seterusnya, lepas tu hijab di buka babak demi babak menjadikan wow! Setiap karektor kita dapat rasakan kerisauan mereka, dan bila ada yang mati, kita rasa simpati.

Hero pulak dari zero kepada hero di bantu mentor botak dari awal hingga akhirnya mampu berdikari, babak lawan gaya kungfu menjadi pencetus kepada filem barat untuk jadikan gaya kungfu dalam movie mereka, dan aksi bukan sajer best, tapi best gila, dengan slow mo sambil kamera berputar 360 darjah, hingga babak elak peluru tu jadi terkenal dan sejak dari itu banyak filem tiru babak macam tu, di kenali istilah “bullet time”.

Bagi yang belum tonton, filem ini berkisah tentang perjalanan hero yang mencari erti hidup bagi mencapai tahap marifat hakikat atau istilah sainsnya: “cabut plug”.

Hero ni awalnya hidup macam kita manusia biasa, pergi kerja balik kerja, dan tertanya apa tujuan hidup? Kenapa semua orang sibuk bekerja? dan lepas tu kita tua dan lepas tu sakit dan lepas tu mati? Apa ni? Agaknya begitulah hero fikir bila bosan kerja di pejabat.

Lepas tu datang Pakcik botak berkaca mata hitam ajak sembang bab maarifat dan hakikat.

“Bro, kau ni tak wujud, semua yang kau nampak ni tak ada depan kau, aku ni pun tak wujud depan kau, kau nampak aku, kau sentuh benda, bukan sebab aku dan benda ni ada depan kau, tapi sebab otak kau dah terima program dari Matrix yang buatkan semua ini wujud, padahal semua ini simulasi sahaja, kau hanyalah avatar dalam matrix, otak kau sekarang ada plug di alam hijab sana, kalau kau tak percaya, mari makan pil merah ni, aku bukak hijab kau dengan tolong cabut Plug, baru lah kau akan nampak alam di sebalik mata ”

Hero pun teruja dengan alam di sebalik mata terus makan pil merah, lepas tu plug belakang kepala dia tercabut, dan dia bukak mata hakikat maka rupanya dia ada atas kerusi di kilang milik robot jahat, selama ini hidupnya dalam bentuk Avatar sahaja kerana ada plug macam USB bersambung dengan otaknya, bila dah cabut plug, dia pandang kiri kanan, tengok beribu ribu orang sedang tidur dalam keadaalan plug USB bersambung di kepala masing masing. Apa ke jadah ni?

Lalu datang Pakcik botak tadi dalam versi manusia sebenar kerana dia dah lama cabut plug untuk terangkan kepada hero erti maarifat dan hakikat.

Jadi diapun ceritlah, bahawa dunia sebenar, robot A.I (Artificial Intelligence) dah ambik alih, zaman tu matahari dah tak boleh bekalkan tenaga lagi dan oleh sebab otak manusia dapat hasilkan tenaga nano elektrik, maka robot A.I jahat sekarang ni ternak manusia dari bayi hingga tua dalam kerusi berbentuk Rahim, dan akan ada Plug USB bersambung belakang kepala, lalu robot tu program dunia Matrix baru dalam otak semua manusia macam yang kita nampak sekarang ni agar otak kita sentiasa bekerja lalu nano elektrik tu disimpan untuk robot itu terus hidup dan berkuasa. Semua manusia dalam Matrix dah ditakdirkan avatar masing masing, Cuma otak follow takdir, maka terhasilah nano elektrik yang untungkan robot A.I tu.

Hero pening susah nak hadam maarifat hakikat ini, lalu Pakck botak sambung USB baru ke otak hero dan mereka berdua pun masuk ke dunia matrix(program) lain, dan di situ fizik boleh ubah suka hati, nak lompat tinggi sampai awan?,boleh..,  nak terjun bangunan tapi tak mati?, semua boleh, nak belajar kungfu?, transfer file sahaja dalam otak dan terus pandai macam Bruce Lee, nak naik helicopter? Transfer file dalam otak dan terus boleh bawak, takde senjata api? Download sahaja dan terus dapat satu almari senjata, semua boleh buat macam hidup dalam syurga.

Ok, baiklah, hero yang faham hakikat kini berkata pada pakcik botak:

“Sekarang aku dah cabut plug, aku dah sedar maarifat hakikat, dan aku boleh masuk syurga mana mana yang aku nak sebab aku boleh program sendiri, jadi kenapa kau cabut plug aku?”

“Kita ada misi bro, kau boleh tinggal dalam syurga kau tanpa ambil kesah pada dunia, tapi manusia di zaman ini sedang menyorok dari robot A.I jahat berbentu sperma terbang, jadi mbaki manusia zaman ini menyorok dengan buat kubu rahsia bawah tanah. Sekarang ni robot sperma tu tengah korek tanah macam yakjud makjud korek tembok, ni jika robot sperma tu tahu kita dah cabut plug sekajap lagi dia datang bunuh kita”

“Apa nak buat sekarang”

“Kita kekalkan menyorok, tapi aku dapat ‘wahyu’ dari robot baik bernama Oracle, bahawa dalam ramai ramai bateri (manusia) dalam kilang robot, ada NEO seorang roh terpilih yang mampu lawan ketua robot jahat (The Architect) dan selamatkan seluruh manusia, aku rasa kau NEO tu, sebab tu aku cabut plug dari kepala kau, jadi sekarang kita kena masuk balik dalam dunia Matrix, cari robot baik The Oracle untuk latih kau jadi NEO, the Chosen one”

“kenapa aku?”

“Kau ada semua ciri seorang NEO, pandai hack program, sihat, berani ingin tahu, bijak, dan sentiasa ambik peluang untuk berubah, sebab tu kami pilih kau”

“Okey, jom kita masuk cari The Oracle”

“Tapi bila masuk dunia matrix yang kau kerja pejabat dulu, fizik di dunia itu robot A.I The Architect yang kawal, kau dah tak boleh nak terbang atau elak peluru, , kita boleh hack fizik setakat kita mampu, kita akan masuk dari Plug USB ke talian telefon, dan cara nak balik juga kena ada talian telefon macam line internet, tapi bila kita boleh hack sana sini, kita dah jadi virus dalam dunia tu sebab kita dah cabut plug, maka akan datang antivirus dalam bentuk lelaki kaca mata hitam berbaju hitam(ejen Smith) untuk delete (bunuh)kita. Hanya NEO mampu lawan anti virus tu, aku harap kau dapat Hack dunia matrix tu, biar peluru stop, atau boleh elak peluru, dan kalahkan Ejen Smith, boleh ke?”

 “ Aku cuba, tapi hebat sangat ke ejen antivirus tu? Dia bergerak ikut fizik jugak ke?”

“Dia macam dajjal cepatnya, boleh bergerak dengan tumpang badan manusia, selagi ada manusia, dia akan sampai, peluru pun dia boleh elak, jika tak mampu lawan lekas-lekas lari cari line internet, dan cabut plug, kita terjaga kea lam sebalik mata dan kita selamat”

Peghhh, begitulah dialog dia yang saya tafsir dengan istilah yang mudah orang islam nak faham.

Ending filem itu waktu hero di tembak oleh antivirus ejen Smith, hero dah mampu hentikan peluru, dan kalahkan antivirus dengan kungfu, perghhhh, nampaknya hero dah sampai makam marifat hakikat, jika boleh hentikan peluru maka setakat berjalan atas air apalah sangat,  lalu filem habis dengan penuh bergaya kerana hero pilih untuk terbang macam Superman.

Woha!

Berbalik kepada analogi cabut Plug dalam filem Matrix, perkara yang hubungkan hero dan dunia matrix adalah KESEDARAN, dan Cabut Plug membukan Hijab kepada alam di sebaliki mata, lalu KESEDARAN menerima kebenaran walaupun susah pada awalnya nak terima hakikat, namun bila berdamai dengan kebenaran, maka KESEDARAN akan menjadi tenang.

Inilah maksud hidup yang kita cari, iaitu KESEDARAN yang menjadi Tenang.

Janji Allah, hanya dengan Mengingati Allah, Kesedaran akan menjadi tenang. InsyaAllah…

Dulu di alam Syahadat waktu kita bersaksi bahawa Allah tuhan sekalian alam, jiwa atau kesedaran kita sangat tenang, hingga kita sanggup menerima semua takdir yang akan datang, lalu roh kita di masukkan ke bayi dalam kandungan dan lahir sebagai manusia suci tanpa dosa. Waktu itu kesedaran kita direset dan akan kemabli pulih bila kita kembali kepada Allah melalui berita yang akan disampaikan oleh utusan Allah.

Maka hidup di dunia ini, jasad kita hanyalah ‘Avatar’ yang telah ditakdirkan Allah, lalu takdir (program) hidup pun berlaku, yang mana kita akan sekejap senang, sekejap susah, akan sekejap buat ibadat, sekejap buat dosa. Sekejap jahat sekejap baik, Namun adakah kehidupan kita ini 100 peratus takdir? Lalu kita hanya serahkan nasib pada takdir?

Salah jika faham macam tu, kerana Allah yang Program Takdir semua manusia adalah Maha Habat, maka Allah telah takdirkan hidup kita berdasarkan usaha kita, sebab tu ada ayat, Allah tidak akan ubah nasib kamu jika kamu sendiri tak nak berubah. Namun dalam manusia menrancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik baik perancang.

Bermakna, Allah boleh buat takdir Allah dan pilihan manuia keduanya berjalan serentak, yang mana walaupun takdir itu seolah paradox, tapi itulah Maha Kuasa Allah yang tidak terkesan dengan Paradox (rujuk ulasan filem Tenet sebelum ini jika nak faham istilah Paradox)

Maka asas takdir yang kita nak faham adalah, bagaiamana KESEDARAN kita melayan takdir. Ada empat tahap.

1)Bila takdir susah datang, terpulang kepada KESEDARAN kita sama ada nak SABAR atau nak MENGELUH. (Allah janji dalam takdirnya, siapa yang sabar akan dapat bantuan Allah, siapa mengeluh tidak akan dapat bantuan takdir yang baik)

2)Bila takdir senang datang, terpulang kepada KESEDARAN kita sama ada nak SYUKUR atau nak KUFUR (Allah janji siapa bersyukur akan tambah nikmat, siapa kufur azab pedih!)

3)Bila takdir Ibadat datang, terpulang kepada KESEDARAN kita sama ada nak IKHLAS atau nak RIAK. (ikhlas ke syurga, riak ke neraka walaupun nampak alim)

4)Bila takdir dosa datang, terpulang kepada KESEDARAN kita sama ada nak KHAUF lalu bertaubat atau nak UJUB lalu terus buat maksiat. (pendosa bertaubat akan masuk syurga, pendosa tak bertaubat akan ke neraka)

Jadi orang yang dah tercabut plug adalah mereka yang faham hakikat takdir iaitu:

1) Bersyukur dengan segala nikmat walaupun sekecil kecil nikmat.

2) Bersabar dengan segala ujian walaupun sebesar besar ujian

3) Ikhlas dengan setiap amal sama ada kecil ataupun besar

4) Khauf dengan segala dosa lalu bertaubat. (khauf ertinya takut)

Orang yang belum tercabut Plug pula adalah mereka yang: Kufur, Mengeluh, Riak, dan tidak bertaubat! Kerana kesedaran mereka masih belum capat tahap tercabut Plug, iaitu tiada kemampuan melihat dunia ini sebagai ladang pahala serta pintu segala kebaikkan.

Belum Kahsyaf kata ustaz! Tu yang buat dosa siang malam sebab rasa Allah tu jauh dari mereka, padahal orang beriman yang capai tahap ehsan, rasa macam nampak Allah tu dekat, dan jika tak ‘nampak’pun Allah di setiap ciptaanNYA, tetap orang beriman rasa Allah sangat dekat dan sedang tengok kita.

KESEDARAN merasai Allah sedang Melihat Kita adalah tanda kita dah “cabut Plug!”

Maka sayangilah kesedaran kita, kerana “kesedaran’ kita sekarang ini akan kekal bersama kita selamanya. Avatar kita akan hancur, tapi kesedaran kekal bersama kita sampai kiamat, sampai bila bila, kesedaran kita adalah abadi, tengok Waktu jasad kita tidur, kadang-kadang KESEDARAN kita masih hidup dalam mimpi di alam matrix yang menjadi mainan syaitan.

Bila terjaga, Kesedaran dan Jasad akan bersatu kembali, Maka waktu itu kita akan terfikir, siapa aku? Dari mana aku datang? Apa tujuan aku di sini? Kemana aku selepas ini? Di mana aku sebelum hidup? Kemana aku selepas mati?

Semua persoalan akan di jawab oleh KESEDARAN yang dah capai tahap Ehsan! Tahap “cabut Palug”

Dan bila Jasad Avatar kita mati nanti, maka KESEDARAN tetap ada, waktu orang uruskan mayat, kita tetap SEDAr!, kerana waktu itu kita seolah olah seperti terjaga dari tidur, macam Cabut Plug! dan hidup sebenar kini dirasai di alam barzah, hidup di dunia Cuma mimpi.

Lalu kehidupan alam barzah menjadi sangat berbeza dari penghiupan di dunia, masa dah tak sama, jasad juga dah tak sama, ada yang hidup di taman syurga, ada yang hidup di lembah neraka, tapi kesedaran tetap sama, AKU mengerti Siapa diri INI… MENGENAL AKU MENGENAL ALLAH!

Lalu datang Malaikat Tanya soalan, dan hanya KESEDARAN yang benar sahaja dapat selamat.

lepas tu berlaku kiamat, Tiupan sangka kala, maka sekali lagi kita akan alami kehidupan sebenar, kita sekali lagi terjaga dari mimpi kubur, dan hidup serentak di padang mahsyar, hanya Kesedaran bersama kita di alam akhirat, jasad avatar kita kini semuanya dah tak sama, ada orang perut besar sebab makan harta anak yatim, ada orang kemaluan besar sebab suka berzina, macam macam!

Panjang cerita saya pendekan, KESEDARAN lah yang akan kekal selamanya, maka hargailah KESEDARAN ini dengan memberi makanan rohani secukupnya, iaitu selalu bercakap kebesaran Allah dengan perbanyakkan dakwah hingga capai tahap Ehsan! Jaga Solat lima waktu hingga dapat cegah mungkar serta maksiat, Puasa kita jaga hingga dapat sifat Malaikat, Zakat kita jaga hingga dapat sifat Khalifah, dan Haji kita tunaikan hingga dapat sifat Nabi!

Sudahkan anda semua tercabut Plug? Salah satu tanda plug dah tercabut hingga dapat lihat alam disebalik mata adalah waktu Dengar orang azan! lekas lekas ke masjid, Sebab Nabi bersaksi dengan keimanan orang yang ulang alik ke masjid!

Al Faham ke idop?

Bila cabut Plug, kita seakan akan ternampak ahli syurga sedang ziarah, dana li neraka sedang keluh kesah!

Nampak tak wahai kesedaran yang tenang sekalian?

Nampak tak?

Balik kepada filem Matrix, Sejak tonton filem itu, bila borak dengan kawan pasal hidayat, saya selalu guna istilah “cabut Plug”

Contoh bila ada kawan kita yang puas kita ajak dia solat tapi dia buat selamba, maka kawan kita itu belum tercabut plug.Adohai..

Contoh Bila tengok ada bekas penagih ikut tabligh lepas tu solat malam di masjid beriktifat tak henti henti, oh, mamat tu dah cabut plug, tu yang seronok solat, dah dapat hakikat.

Kemudian, Bila tengok pakcik kemalangan, tangan putus waktu kemalangan tu, tapi pakcik ni senyum dan berkata, tangan saya Allah punya, Allah nak ambik nyawa pun saya rela, perghhh, pakcik bila dah cabut plug, lain macam dia cakap.

Ada jugak makcik yang ada semua anaknya OKU, terlantar lumpuh tak boleh bercakap kerana masalah otak, makcik tu senyum sahaja sebab katanya dah nampak anak dia kat syurga sedang hiburkan dia, perghh, makcikpun, awal cabut plug dia nih!

Contoh lain, bila ada ustaz kutuk kawan kawan tabligh, maka kata saya, sabar, ustaz tu belum cabut plug lagi. Dah cabut plug takdenya dia nak marah orang berdakwah rumah ke rumah.

Tapi jika ada yang melampau, lalu berkata: Aku adalah Allah, Aku tidak wujud tetapi wujud, aku tidak perlu solat kerana aku ditakdir kan akan lalai, maka itu bukan cabut plug, itu adalah file rosak dan masuk otak dia!

Woha!

Ps: Harap korang semua dah “cabut plug” lalu kashaf melihat dunia ini sebagai ladang pahala yang mengalir tak henti henti dari atas ke bawah bewarna hijau syurga macam gambar ini. Perghhh!

Feb 20, 2021

Bilal dan FIlem?

Ulasan Filem Bilal: A New Breed of Hero. (2015)

Filem ini adalah terbitan arab, dan bila ditayangkan pihak barat sendiri terhibur dengan filem ini, siap masuk 100 filem animasi terbaik dunia.

Apabila saya tonton, patutlah Barat suka, sebab filem ini tak nampak terlalu islam, mesej islam terlalu tersembungi dalam filem dan saya seolah olah menonton Bilal versi yang lain, bukan versi Bilal yang saya kenal.

Namun pujian saya berikan kepada animasi 3D yang sangat cantik, setaraf Pixar atau Disney Filem. Gambaran tanah arab yang cantic, malahan Watak Kuda sangat “hidup” termasuk watak “helang”.

Tak lupa, waktu End Credit, lukisan tangan dibelakang nama pembikin filem sangat indah.

Bila saya baca pembikinan filem Bilal, wah, sangat dahsyat! 20 negara berkerja sama nak buat animasi ini, babak burung helang sahaja perlukan masa selama 10 bulan nak siapkan, dengan 5 tera Byte punya saiz untuk setiap babak burung tu.

Lepas tu kuda pulak, 2 tahun masa yang diperlukan untuk siapkan animasi yang cantik tu, siap dengan bulu rambut kuda semua berjumlah 2 juta helai yang perlukan masa 4 jam untuk proses render bagi setiap single frame!

Lepas tu babak perang Badar, adalah babak peranng beramai ramai yang terpanjang dalam dunia animasi dengan 1000 kuda yang detail, 1300 manusia, pedang, perisai, panah, dan perlbagai aksesori, pergghh, memang kerja yang sangat tekun dan sabar.

Waktu Malaikat datang tolong, adalah moment yang best untuk movie ini.

Kisahnya simple, Bilal diseksa, lepas tu  Abu Bakar beli, pindah ke Madinah, lepas tu Orang Kafir datang serang Madinah, kemudian dalam perang, Bilal dapat peluang bunuh orang yang siksa dia dahulu. Lepas tu babak Sahabat Hamzah dibunuh terlalu cepat suntingannya, dan filem pun habis.

Jadi apa komen saya?

Macam saya cakap tadi, Jika saya tak kenal Bilal, maka filem ini Okey, hero kena tindas dan dapat peluang membela, lepas tu habis dan hidup di teruskan. Babak azan pun tiada detail dalam movie ini, adohai…

Tapi jika sayalah di beri peluang menulis kisah Bilal, maka saya akan bermula dangan kisah Bilal sedang menjadi orang kaya di Syam, sebelum pakai pakaian mewah, terlihat parut parut di badannya, kemudian beliau memberitahu isterinya yang cantik, beliau bermimpi bertemu dengan Nabi yang bertanya khabar, kenapa sudah lama tidak menziarahi Madinah?

Lalu beliaupun bertolak ke Madinah, sampai sana cucu Nabi sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar di tolak.

Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW.

Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang rindu kepada Nabi Muhammad SAW.

Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu.

Lalu Bilalpun membuka cerita kisah awal hidupnya dahulu,

Imbas kembali, Bilal bin Rabah adalah seorang hamba berkulit hitam, and nobody care! Zaman itu hamba dipaksa bekerja siang dan malam, jika engkar akan diseksa.

Dalam keadaan hidup penuh derita, tiba tiba datang seorang orang merdeka mahu berkawan dengannya, melihat Bilal yang kepenatan mengsar gandum, Nabi Muhammad suruh dia rehat, dan Nabi tolong Bilal kisarkan gandum.

Malam esok Nabi datang tolong lagi, dan tanpa sebarang kata kata dakwah, sehingga Bilal jadi malu kerana hamba Allah hensem mana ntah datang tolong aku tanpa mintak upah sedangkan aku hanya seorang hamba yang tiada rupa, adohai...

Sepanjang tiga malam itu Bilal masuk tidur sambil berfikir siapakan gerangannya lelaki kacak ini yang ingin bersahabat aku seorang hamba berkulit hitam?

Lalu pada malam ke tiga, bilal pun bertanya, apa kamu mahu Muhammad?

Nabipun bagitahu tentang islam dan keinginannya mengajak bilal masuk islam, dan bagaimana Islam itu hanya bertuhankan satu, dan janji akan masuk syurga jika iman betul walaupun seorang hamba.

Harapan kini datang dalam diri seroang hamba, jika dahulu mati lebih baik dari terus diseksa, kini mati itu indah bagi orang yang beriman! terus bilal masuk islam dan menjadi antara 10 sahabat terawal masuk Islam.

Kebahagian Bila tidak lama, sebaik tuan Bilal Si Umayah dapat tahu hambanya masuk islam, Bilal telah diseksa dengan dicemeti sepanjang malam.

Bilal ada susuk badan yang kuat hingga si cemeti rasa penat pukul Bilal, tapi tetap Bilal tidak berganjak dari Islam.

Waktu itu Keluarga Yasir dibunuh kejam kerana masuk Islam, Sumayyah ditombak oleh Abu Jahal kerana masuk islam, tapi bilal tidak dibunuh, diseksa perlahan lahan agar menjadi pengajaran pada hamba yang lain.

Setelah sepanjang malam dicemeti, maka di siang hari, Tuan Umayah telah jemur Bilal di tanah lapang, yang mana tangan dan leher di ikat, lalu dihempap pula oleh sebuah batu besar sewaktu cuaca sedang hangat kepanasan di tengah padang pasir yang panas terik.

Tapi, apa kata Bilal?

“Ahad, Ahad…”

Yang bermaksud: aku tetap beriman pada Allah yang Satu!

Maka the rest is history, Bilal dimerdekakan oleh Abu Bakar dan kini dia menjadi orang yang bebas, namun islam belum merdeka di tanah Mekkah, maka Bilal terpaksa berpindah bersama Nabi ke Madinah.

Di sana, Bilal terus menjadi sahabat Nabi yang terkenal, mendampingi Nabi siang dan malam, dan dilantik menjadi Menteri kewangan baitul Mal.

Dan paling epic, bila Nabi bermesyuarat bagaimana nak panggil orang dayang bersolat, maka sorang sahabt bermimpi malaikat ajar azan, dan Nabi perintahkan Sahabat itu ajar Bilal kerana suaranya yang kuat dan lantang, lalu bergemalah masjid Madinah dengan azan dari Bilal!

Bila Bilal azan, semua orang datang solat berjemaah dimasjid, di mana ada Nabi Muhammad SAW, di situ ada bilal.

Pernah satu hari Bilal hampir kena jual sebab tersalah ambil hutang dari Yahudi untuk kewangan Nabi, alangkah susah hatinya bilal dan bagitahu pada Nabi bahawa pagi esok sebelum subuh beliau akan lari dari Madinah untuk bekerja ditempat lain dan bila dah dapat duit akan datang balik tebus hutang Nabi, tapi Nabi Muhammad SAW telah selamatkan beliau dengan bantuan dari Allah melalui cara yang tidak di sangka-sangka. Ada orang bagi hadiah yang sangat banyak hingga Nabi dapat tebus kembali maruah Bilal yang sedang bercuruan air mata.

Selepas diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Terus beliau sujud syukur dan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW tidak berbelah bagi buat selama-lamanya.

Pernah Nabi Muhammad bagitahu kepada Bilal, apa amalanmu yang membuatkan aku bermimpi nampak kamu masuk syurga seiringan denganku? Kata Bilal: amalan sentiasa memperbarui wudhu..

Tuan tuan dan Puan puan, amalan mengambil wudhu walaupun nampak kecil, tapi dari amalan kecil ini maka terbukalah peluang untuk bersolat, baca Al quran dan lain lain ibadat yang membuka pintu langit mengundang seribu rahmat!

Dipendekan cerita, berlakulah Perang Badar yang mana 1200 tentera kafir lengkap bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang Madinah. Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat termasuk Bilal.

Orang Islam hanya ada dua ekor kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta bersama Ali. Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan ada yang berkaki ayam. Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili Ansar.

Dalam perang inilah Bilal dapat membunuh orang yang siksa dia dahulu.

Dipendekan cerita, Nabi Muhammad SAW akhirnya wafat, dan ini sangat menyedihkan Bilal, setiap sudut masjid Nabawi ternampak kelibat Nabi, air mata kerinduanpun mulai bercucuran lalu beliau berpindah ke Sham dan dilantik oleh Khalifah menjadi gebenor di sana, satu hari Nabi Muhammad SAW kekasih hati bilal datang dalam mimpinya, bertanya: kenapa dah lama tak ziarah saya?

Terjaga dari mimpi, terus Bilal bertolak ke Madinah, sampai sana cucu Nabi sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar di tolak.

Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW.

Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang rindu kepada Nabi Muhammad SAW.

Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu.

Tak lama Bilal di Mandinah, semua tembok bangunan mengingatkan pada Nabi Muhammad SAW dan beliau kembali pulang ke Syam.

Dipendekan lagi cerita, Bilal akhirnya sakit, dan isterinya yang cantik, anak keturunan raja, kulit putih kemerahan menyatakan rasa sedih sebab abang bilal sayang dah nak meninggal dunia.

Tapi jawab Bilal..

“Sayang, jangan bersedih, abang sangat gembira mendekati ajal, kerana abang dah tak sabar nak berjumpa dengan sahabat terbaik dalam hidup abang, Nabi Muhammad SAW…”

Air mata pun berlingangan..

Kematian ini, akan menghilangkan rindu yang dipendam sekian lama..

Tuan tuan dan ibu ibu sekalian,

Kita jika mati esok, agak agak, Nabi nak jumpa kita tak?

Kepada Allah aku sampaikan salam rindu kepada Nabi Muhammad SAW.

Aku juga rindu kepada Bilal!

TAMAT.

Semoga Woha sampai syurga!

Feb 19, 2021

Solat Jarak itu Bidaah?

Isu Solat Jarak, ulasan oleh Dr. Abdél Rahmanov

Saya menonton video Ustaz Mohib Khouli yang membantah fatwa tentang penjarakan saf dalam solat. Hujah yang dikemukakan nampak kuat tetapi sebenarnya perlu kepada pemahaman lebih jelas tentang fiqh, usul fiqh, kaedah fiqh dan pengetahuan tentang COVID-19.

Orang bijak pandai agama berbeza tentang fatwa adalah perkara biasa. Tetapi mengapa Ustaz Mohib ini begitu lantang menyatakan pendapatnya sehingga berani menghentam ahli jawatankuasa fatwa dan mufti negeri?

1. Saya menonton video-video lain kuliah Ustaz Mohib yang ada menyebut menyentuh tentang COVID-19. Berdasarkan video-video itu kita dapat melihat profil beliau tentang COVID-19.

2. Beliau berpandangan COVID-19 tidak bahaya atau boleh mendatangkan risiko kematian. Jika COVID-19 bahaya maka sepatutnya apabila masuk masjid maka mati terus tetapi ia tidak berlaku. Beliau menyebut pada 7 Februari 2021 seperti berikut:

"Ambil SOP, ikut sunnah. Kalau betul wabak ini bahaya. Maka tutup masjid. Jika betul wabak ini mengancam manusia sehingga masuk masjid boleh mati terus maka tutup masjid. Tidak ada masalah kerana ini amalan para sahabat".

3. Beliau berpandangan COVID-19 ini hanya ciptaan untuk menyebabkan manusia takut dan menjatuhkan ekonomi. Beliau menyebut pada 2 Februari 2021 seperti berikut:

"Kembali kepada isu kita, COVID-19. Apakah motif sebenar yang berlaku? Untuk paksa manusia duduk di rumah masing-masing. Takutkan manusia. Apa motif dia tuan-tuan? Satunya, takutkan manusia dan tarik lagi kuasa dan ekonomi negara-negara dunia, hancurkan ekonomi negara termasuk Malaysia. Sedangkan kita tidak sedar lagi. Kita dalam ketakutan dan kerisauan sebab ramai orang Islam kita takut."

4. Beliau menyatakan isu COVID-19 kecil sahaja dan peratusan orang sembuh ramai. Ia tidak sama seperti taun yang melanda pada zaman sahabat. Beliau menyebut seperti berikut:

"Taun yang berlaku di bumi Syam, taun yang dasyat. COVID ini tuan-tuan adalah mainan yang kecil. Peratusan yang sembuh ramai. Tetapi taun yang sebenar yang berlaku di bumi Syam tiada seorang pun selamat. Sebab akan muntah darah. Buang air besar darah. Akan mati dalam dua tiga hari".

5. Beliau menyatakan COVID-19 ini adalah benda kecil sahaja dan diperbesarkan oleh media untuk menakutkan manusia. Dia menyebut seperti berikut:

"COVID ini sebenarnya, yang dibuat COVID ini tujuannya untuk menjadikan COVID sebagai pembunuh tetapi tidak berlaku. Tetapi mereka menang dari segi media untuk membesar-besarkan isu COVID."

6. Berdasarkan kenyataan Ustaz Mohib tersebut, saya boleh simpulkan bahawa beliau terpengaruh dengan geng teori konspirasi bahawa COVID-19 ini adalah ciptaan untuk merosakkan manusia. Dengan kata lain, COVID-19 bukan satu benda yang real tetapi hanya mainan atau ciptaan sahaja.

7. Oleh itu, kenyataan Ustaz Mohib lebih dipengaruhi dengan pandangannya bahawa COVID-19 bukan betul dan ia ciptaan pihak tertentu. Sebab itulah kenyataannya digunapakai oleh geng teori konspirasi kerana ada orang bijak pandai agama yang menyokong mereka.

8. Mungkin apabila COVID-19 terkena pada ahli keluarga geng teori konspirasi atau terkena pada diri mereka sendiri maka ketika itulah baru mereka menyakini bahawa COVID-19 adalah betul dan sahih.

Dr. Abdél Rahmanov

*******

(Ulasan Hamka Keretamayat)

Panjang lagi ulasan Dr itu, tapi saya ambil sampai lapan sahaja, maka di sini saya sertai sedikit nota kaki sebagai tambahan dari saya yang bukan ustaz.

Al kisahnya, Teringat dulu waktu belajar agama, naik kereta dengan ustaz, masuk jer kereta, ustaz pakai Safety Belt sambil berkata: Safety First adalah Sunnah!

Jadi dalam bab solat jarak, pakar agama (ulamak) dan pakar dunia (doctor) dah kaji demi menjaga nyawa, kena patuh SOP, jadi sebelum korang nak kata solat jarak itu bidaah sesat, ingatlah dalam bab fekah, ada bidaah yang baik, kenapa baik? Sebab ianya mendatangkan kebaikkan.

Tapi Jika korang phobia dengan perkataan Bidaah, maka ingatlah: Safey First adalah Sunnah, maka patuh SOP juga adalah Sunnah selagi tidak bertentangan dengan akidah dan Fekah. InsyaAllah.

Safety First is Sunnah!

Sekian.

Feb 18, 2021

Nabi Khidir Masih hidup?

(Cerpen oleh Hamka Kereta Mayat)

Satu hari ada sorang ustaz bernama Khidir yang sangat awet muda nak pindah, beliau ni dah hampir 10 tahun duduk area sini, tak kahwin dan banyak buat hal sendiri, seorang yang suka bercucuk tanam sebab dalam rumahnya penuh dengan pokok menjalar.

Bila tahu Ustaz Khidir nak pindah, saya tolong kemaskan barang dia, tak banyakpun barang yang nak di bawa, hanya satu bungkusan bersaiz kain pelikat yang di lipat, apa yang menarik, waktu kemas saya jumpa dengan Tongkat purba, saya pun buat lawak:

“Ini tongkat Nabi Musa ke Ustaz?”

“Macam mana kau tahu?”

“Nampak pelik dan unik”

“Selawat sikit waktu pegang tu, ambik berkat”

“Allahomusuluahimuhammad, ustaz ambik kat mana ni?”

“Panjang ceritanya anak muda..”

“Kejap, cincin kat tangan ustaz tu cincin Nabi Sulaiman kan?”

“Macam mana kau tahu?”

“Dah ustaz cakap ini tongkat Nabi Musa, tentu pekej dengan Cincin Nabi Sulaiman”

“Kau ni terer anak muda, baik sekarang ustaz nak tanya, nampak tak peta dunia di dinding tu?”

“Nampak, ada dua tanda merah, nak suruh saya teka ke?”

“Cuba teka?”

“Baiklah, tanda di lautan itu lokasi Dajjal, dan tanda di daratan tu lokasi Yakjud dan Makjud, betul tak?”

“Perghhhh, engkau ni kasyaf ke apa?”

“Bagilah hadiah sebab saya dah teka semua betul”

“Apa hadiah kau nak?”

“Saya nak ustaz cakap jujur, tak boleh bohong, atau bergurau akan soalan saya selepas ini”

“Baiklah, ustaz setuju”

“Ustaz ni siapa sebenarnya?, saya nampak tak tua tua pun, dan 10 tahun saya kenal ustaz, wajah dan badan, masih maintan macam dulu, apa rahsia?”

“Baiklah, sebab kau nak ustaz cakap jujur, ustaz ni adalah Nabi Khidir”

“Ha ha, yelah tu, tak kan Nabi Khidir cakap melayu?”

“Habis tu dah hidup beribu tahun, semua Bahasa ustaz tahu!”

“Baiklah ustaz, apa ustaz buat pada hari ini ditahun 500 masihi?”

“Baik ustaz tanya balik, apa kau buat tahun lepas di hari ini?”

“Aduh.., tak ingat?”

“Tahun lepas pun kau tak ingat, maka jangan nak terjah tanya perkara 1500 tahun yang lepas”

“Kenapa ustaz tak kahwin?”

“Nanti bini ustaz tua, ustaz masih muda, tak sanggup ustaz nak hadap semua tu”

“Okey, saya layan, kalau betul ustaz Nabi Khidir, kenapa selama ni tak tolong umat islam yang tertindas?"

“Kau ni buta sejarah ke apa? Padahal zaman Nabi Musa waktu Bani Israel tertindas pun Nabi Khidir tak mampu melawan takdir, sebab dunia ni memang Allah yang atur, dan kita usaha agar berada dalam watak yang baik, janji Allah akhir zaman masjid akan sikit orang datang, Nabi Khidir pun tak boleh lawan takdir ini, tapi kita usahakan agar kita hadir ke masjid walau zaman Covid sekalipun, jadilah yang sikit sebab kita memang di akhir zaman”

“Tapi ustaz kan Nabi, patut tolonglah ubah takdir, selamatkan dunia!”

“Adohai kau ni, Nabi Adam pun tak mampu ubah takdir isterinya makan buah larangan, juga tak mampu hentikan pembunuhan anaknya. Lagi? Nabi Nuh pun tak mampu selamatkan anaknya yang lemas, Nabi Luth pun tak mampu selamatkan isterinya yang menyokong Homoseksual. Kau faham tak ni?”

“Err, tak faham, terangkan lagi, saya dengar”

“Beginilah, zaman Nabi Muhammad SAW, waktu keluarga Yasir di seksa, Bilal di palu, Khabbab di bakar, dan Sumayyah di bunuh, Nabi kitapun tak mampu waktu itu nak halang takdir yang menimpa ummat Islam, hingga Nabi sendiri dipulau ke lembah yang jauh dari kampong, dan dikenakan sekatan ekonomi, lalu bayi orang islam meninggal di atas ribaan ibu ibu yang menangis bermujahadah di jalan Allah! Kau rasa?"

“Saya rasa, ustaz berbohong konon ustaz ni Nabi Khidir, sebab tak nak bantu ummat...”

“Come on Hamka, Sejarah dah lama buktikan ketika para Nabi masih hidup, bukan setakat ummat masih teraniaya dan ditindas, bahkan ada waktunya Nabi atau Rasulnya yang kena bunuh oleh orang Kafir, rujuk kisah Nabi Zakariya di gergaji, Nabi Yahya di pancung!”

“Lalu..?”

“Lalu.., janganlah kamu harap Nabi Khidir nak tolong ubah takdir ummat islam, jika ummat islam sendiri tak nak ubah takdir mereka, kerana janji Allah, kitalah yang boleh ubah nasib kita, bukan Nabi Khidir atau siapa siapa”

“Saya tak faham?”

“Usahkan kau, Nabi Musapun waktu ikut Nabi Khidir, tak faham dan tak sabar, ingatlah ilmu kamu sangat cetek dengan Ilmu Allah, Nabi Musa sendiripun pelik bila tengok Nabi Khidir lubangkan sampan orang miskin, lepas tu di kampung orang biadab, di baiki dinding rosak, dan lepas tu bunuh kanak kanak”

“Sebab ustaz mampu tengok masa depan?”

“Itu Ilmu Allah bagi pada Nabi Khidir, dan kau tak perlu faham, sebab kau Ummat Nabi Muhammad, kau follow jer Al quran dan Sunnah serta ulamak, InsyaAllah, ustaz nak cepat ni, air dah nak pasang”

“Kejap ustaz, saya nak tanya, mana satu betul? akidah Asyaari atau akidah Wahabi?”

“Ustaz tak nak campur urusan akidah kamu, sebab Agama islam sudah sempurna, bermakna setiap masalah tak perlukan campur tangan Nabi, ummat ini mampu bermuzakarah dan berpakat pada perkara kebaikkan, ambil lah fatwa dari hati yang bertakwa, sungguh perbezaan pendapat itu rahmat selagi tak bertentangan dengan Akidah dan Fekah”

“Eh? Ustaz nak ke mana tu?”

“Ustaz nak belah laut dengan tongkat Nabi Musa ini”

“Kejap ustaz, katakan ini semua dusta, saya nak call pejabat agama cakap ustaz mengaku nabi Khidir dan buat ajaran sesat!”

“Ha ha, saya tak mengajar siapa siapa, kalau kau tak percaya kau tengok ni”

Terus ustaz tu baling tongkat ke arah laut, sebab rumahnya berdekatan dengan laut, tapi tiada apa apa yang berlaku, saya cemas menunggu laut terbelah, suasana sunyi sepi, hanya kedengaran ombak mengempas pantai.

Tiba tiba datang orang gila berpakaian ala ala Din Beramboi, dan berkata:

“Hamka, dan nak magrib ni, speaker surau rosak, kau kan pandai elektronik, Imam Sufi Sufian sebut sebut nama kau tadi, baik kau cepat”

Saya menoleh pada ustaz yang mengaku Nabi Khidir dan bertanya, tak nak solat Jemaah sekali ke?

“Saya dah niat musafir, kau pergi dulu”

“Tapi ustaz, tolonglah tarik balik dakwaan ustaz tu Nabi khidir, tak boleh tidur saya malam karang”

“Ha ha, kau yang mulakan dulu, tongkat Nabi Musalah, cincin Nabi Sulaiman lah, ustaz ikut game kau, kan dah terkena”

“Tapi kata kata ustaz tadi masuk akal”

“Benda boleh Google di internet, kau pergilah dulu, satu kerja pulak ustaz nak cari tongkat yang dah baling tadi”

Saya pun bergegas ke masjid, dan hari itu rupanya adalah hari terakhir saya jumpa ustaz Khidir tersebut, teringat dengan orang gila Din Beramboi yang bersama ustaz magrib tadi, terus lepas isyak  saya pun Tanya:

“Magrib tadi, ustaz Khidir ke mana?”

“Ustaz cari tongkat tepi pantai”

“Jumpa tak?”

“Jumpa....”

“Lepas tu ustaz Khidir buat apa?”

“Lepas dah jumpa, tiba tiba Tongkat tu jadi ular besar, dan Ustaz Khidir naik Ular raksasa tu dan masuk dalam laut”

Woha!

SEKIAN.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ps: cerpen ini hanyalah rekaan semata mata, tiada kena mengena dengan mana mana bakal mayat atau yang dah jadi mayat, namun dialog bab agama dipetik dari Al quran dan hadis adalah benar. Kesimpulannya, jika orang gila tu membongak, maka membongaklah kiter. Woha!

Ps2: Adakah Nabi Khidir masih hidup? wallahualam, hanya Allah yang mengetahui.