Jan 22, 2020

Tahlil bukan Haram?


(Menjawab dalil Wahabi kononnya Iman Syafee mengharamkan Tahlil part 1)

Setakat ini ada 5 dalil petikan dari wahabi yang macam mereka salah tafsir dari kitab I’anah at-Thalibin kononnya Imam Syafee mengharamkan Tahlil. Ini banyak dicantumkan di media social milik mereka seperti Facebook, Blog, Youtube dan dikutip oleh sesama mereka secara membabi buta tanpa ilmu.

1. Dalil pertama

“Ya, apa yang dilakukan manusia, yakni berkumpul di rumah keluarga si mayat, dan dihidangkan makanan, merupakan bid’ah munkarah, yang akan diberi pahala bagi orang yang mencegahnya, dengannya ALLAH akan kukuhlah kaedah-kaedah agama, dan dengannya dapat mendukung Islam dan muslimin” (I’anatuth Thalibin, 2/165)

Jawapan.

Petikan di atas, bermula dengan Ya, (naam) bermakna ada soalan Panjang dan jawapan, soalan tu memang panjang tapi point dalam soalan itu adalah, di zaman itu, bila ada kematian, orang ramai datang dan MENUNGGU tuan rumah bagi makan kepada tetamu yang ziarah mayat dan tuan rumah kerana MALU telah hidang makanan yang banyak sedangkan urusan mayat belum selesai.
Jadi jawapan atas pun muncul sebab logiklah, hidang makanan sebab malu dan hidang pulak dengan hidangan yang banyak, urusan mayat pun belum selesai, memang dapat pahala orang yang mencegahnya.

Jadi balik kepada Tahlil di Malaysia, di buat selepas mayat di tanam, lepas tu tuan rumah yang jemput, dan ajak tetamu berzikir, berdoa, baca Al quran, dan makan, jadi tak timbul rasa beban dan malu, malahan tuan rumah akan malu bila ajak orang tapi orang tak datang atau datang tapi tak makan.

Dalam bab tetamu pulak, kita yang ajak, kita kena hidang makanan, dan kita akan dapat pahala layan tetamu, dan tetamu akan dapat pahala ziarah kita. Dan bila baca zikir dan doa bertambahlah lagi pahala.

Pengalaman saya sendiri, kematian arwah ayah, ramai yang hadir ziarah ayah dan cium dahi, orang kampung tolong gali kubur, urus jenazah semua, dan ramai yang datang hulur duit hingga cecah RM3 ribu, maka urusan mayat semuanya selesai, dan tiada orang tunggu nak makan, dan tiada jamuan makan pada hari uruskan mayat itu, selesai mayat dikebumikan, baru saya ajak orang kampung datang bertahlil selama tiga hari, dan hidang makanan kepada tetamu yang hadir, duit baki itu kami sedekah kepada masjid atas nama arwah ayah.

Jadi, adakah tahlil zaman ini sama dengan amalan dalam soalan itu, jawapanya tak sama, maka bila tak sama tak boleh ambik jawapan yang lain kepada soalan yang lain.

Soalan yang betul,

Salah ke? Lepas dah tanam mayat semua, keluarga yang masih bersedih buat majlis tahlil, ajak orang kampung hadir dan keluarga rasa kurang dukacita bila ramai yang hadir baca zikir, dan doa untuk arwah, dan dengan tanpa ada rasa apa apa beban, keluarga itupun hidang makanan kepada tetamu. Waktu makan, ada antara tetamu memuji kebaikkan arwah dan bercakap perkara yang baik tentang arwah hingga keluarga rasa bersyukur untuk arwah dan hilang duka cita.

Jadi jika jawapan begitu yang di tanya pada Imam Syafiie, InsyaAllah tak adalah nak jawab: Ini Bidaah Munkarah! 

Oleh kerana Imam Syafie telah tiada, InsyaAllah anak murid Imam sayafie dan guru guru serta ustaz yang faham fekah akan jawab, ini adalah biadaah yang baik, bidaah hasanah.

Jadi betul lah tahlil itu bidaah?

Ya bidaah hasanah, tak buat tak apa, jika buat tanpa ada dosa di dalamnya maka dapatlah pahala.

Habis satu dalil wahabi dipatahkan, ada empat lagi, tunggu…

8 comments:

Anonymous said...

Mereka anak2 lg tu tuan,Dalam proses nak tuju "tua" tu. Nak belajar ahlusunnah ni kene "tua" sebab perlu kepada kehalusan@tertib amek masa@ngaji cari rujukan bersanad@ustat2/ulama2 ahlusunnah.. Nak belajar salafi@wahabi ni sehari je cukup tuan.X payah "tua". Iaitu "direct kembali kepada Allah dan rasul".sehari je kan utk org "muda" ?Cool betul kan Haha.Nak kupas panjang tuan.Sebab dia sangkut@relate kat semua tu. Contoh kat "direct".Mereka x paham "direct" tu pun.dan mcm mana Cara nak "direct" tu pun dia x paham.
Biasanya Dia dgn banggga bukak kitab imam syafiie yg besor al umm tu.itu la maksud dan cara "direct" dia barangkali hahaha. Nmpak cool betul kan hahaha. Dia x tau yg tingkah dia digelak orang2 "dewasa@tua".biase org "muda" je terpesona ngan dia.sy analogikan gini. Tuan tengok ye. Kalo la moyang kepada moyang mereka dlu ada menulis buku pasal meniaga.buku itu ada dijual hingga hari ni.Xkan la saya pulak yg beli kejap lagi bukak terus baca lepas tu sy syarah/cerahkan bagi orang ramai paham. Mesti la kena cari atok atau mak ayah dia@murid bersanad dr moyang dia td utk syarahkan buku tu.begitu la kitab imam syafiie. Kena buka@beli syarah dari ank2 murid dia juga.Begitu la kaedahnya.Kalo saya yg tafsir nescaya la sesat. Contoh moyang dia tulis."kalo nak niaga jgn bagi hutang" .Sy pun kecoh2 kat org jgn hutang..ni ha bukti ni ha moyang dia yg tulis ni ha.. Hahaha... tapi bila rujuk kat atok dia@sanad, aok dia kata boleh dengan syarat orang yg diberi hutang tu mesti@kita dah amati amat kurang sangat risikonya, Sebab atok dia kata moyang dia pun ada bagi utang kat org mcm tu. Itu la rupa2nya maksud moyang dia sbnarnya td.Contoh lagi.. Kalo tuan tulis lirik.. "Isteriku bunga mawar".. Esok kalo orang xda sanad yg otak dia sama beku mcm salafi@wahabi baca.. Dia kata betul2 tuan ni kawin ngan bunga mawar hahahah.tapi bila Rujuk cucu@sanad tuan.. Cucu tuan kata..maksudnya "Isteri ku yg amat istimewa" . Itu rupa2nya maksud tuan tu. Ini la bebalnya@"muda"nya mereka tu tuan.lagi 1 kalo tuan nak tau golongan mereka yg mengaku salafi@wahabi ni mereka menolak khalaf.. Jadi dia dah skip khalaf. Dia direct salaf.dia nak jadi salaf kan.Sebab tu mereka gelar kumpulan mereka ialah salafi@wahabi. Walhal berapa ramai anak murid imam syafiie di generasi khalaf tu. Nak pncerahan dr ilmu salaf kena la lalu khalaf. Khalaf yg akan tolong cerahkan.Sebab mereka ni anak murid salaf. Nak kenal atok kita kena lalu mak@ayah@pakcik@makcik kita. Ini panggil sanad.nak tau ape maksud imam syafiie kena la cari paham@pencerahan dari anak murid dia..adoii laa hahaha.. Begitu la kaedahnya. Xkan la otak mereka yg bebal tu pulak yg bagi pencerahan kat kita dr kata2 imam syafiie tu.mereka jumpa imam syafiie pun x pernah hahaha. Yg mereka maksudkan "direct" tu bukan "direct" tapi x direct.. Bagi kita ahlusnnah.. Tidak pernah walau sesaat itu tidak direct.. Bagi dia ada yg x direct.. Maknanya ada wujud kuasa lain dah celah ke apa tu x tau la tu hehe wallhuaklam la tu.. Mereka tolak sifat 20 camne dia nak paham direct x direct tu.. Sifat 20 tu dibangun dari khalaf kan.. Dia direct salaf kan .. Sedangkan sifat 20 itu pun lah penerangan@syarah@pencerahan bagi manhaj akidah salaf.. Dia direct salaf.. Mcm sy la td direct baca@rumus tulisan tuan Tadi tu la "isteriku bunga mawar"..saya rumus tuan kawin ngan bunga hahaha..
Mereka belum "dewasa" ..so Macamana tuan nak bahas lebih keatas lagi jika adab2@langkah2@tertib2 mereka dalam nak mencari paham@kupasan@pencerahan mereka pun cacat@bebal?.
Nak sembang ke atas@jauh lagi camne kalo yg asas@mula2 pun dia cacat dah..
Semoga akhirnya kita semua baik2 saja insyaAllah..

Isaac said...

Tahlil tu srbut nama Allah berulang2 40 atau 100 x......tak salah tahlil yg salah ialah tuan rumah si mati menjamu org datang yg mungkin guna wang simati atau waris2 simati kemungkinan anak yatim atau harta yg belum lg di bahagi ikut faraid dll Ikut sunah nabi jiran2 yg patut beri makanan kerumah simati...

Anonymous said...

Kalo jiran2 bantu sediakan makanan lagi ok..lagi bagus.. tapi masih belum seseorang itu menyalahi Allah dan rasul jika seseorang itu bersedekah didalam lapang mahupun dalam keadaan dia sempit insyaAllah..Allah dan rasul benarkan yg kita boleh buat begitu(keadaan sempit juga boleh bersedekah).. Bukan lapang saja baru boleh nak buat sedekah.. Kalo sempit nak sedekah pun Allah dan rasul benarkan juga.. Jadi jika itu la niat tuan rumah jgn la kita laju2 melangkau hukum.. Biarkan la dia..kita aman2 je dan banyakkan campur ngan org "tua"@ahlusunnah dalam amik ilmu hehe.. Kita x boleh terlalu laju melangkau@gopoh dalam hal khilafiyah dengan 1 hela nafas menerjah@menghukum,kerana ia akan memalukan muka kita kelak insyaAllah.. X boleh main "mungkin2" syakwasangka.. Yg main "mungkin2" ni ialah anak2 kecil saja biasanya.. Org "dewasa" kena putus,dia x boleh putuskan hukuman kat orang lain dengan "mungkin2" x boleh agak2 dalam menghukum.. Kalo pakai "mungkin2" itu pun dah menunjukkan kita ni x berapa cerdik,mcm jenis yg pandai tipu budak2 kecik je hehe..kalo la kita dah hilang sangat kepercayaan kat timbangtara manusia lain dalam berfikir@berhukum@kita dah hilang sangka baik kat orang lain.. Kita pegi je tanya sendiri tuan rumah "adakah kamu guna wang anak yatim?".. Kita Jgn main "mungkin2".. Wat malu je mcm akal x berfungsi..dan adakah kita ni baru idup 1 hari@mcm baby baru lahir kat kat bumi Allah ni sampai kita x pernah dengar yg Allah dan rasul juga benarkan kita bersedekah dalam keadaan sempit?bukan hanya lapang.. x pernah dengar? Kalo pernah dengar tapi saja2 kita wat "cool" @mengikut2 orang berlagu,maknanya kita dah cenderung langkau garis merah dalam berfeqah iaitu kita telah laju memutuska@menghukumkan tidak boleh buat terhadap perkara yg Allah dan rasul kata boleh juga dibuat kalo seseorang tu nak buat..iaitu bersedekah dalam Keadaan sempit..
Semoga kita baik2 saja insyaAllah..

@Fizi said...

Sunnah2 dicampur adukkan maka hilanglah keaslian sunnah itu.. Dah ada contoh dari nabi ikot jelah contoh2 tu... Baru betul ahlussunah

Anonymous said...

Kita yg kata x asli xda sape yg kesah pun hehe.. Itu pandu kat kita.. Sape yg nak pandu ikut kita ni?Mana ada sape..jumpa imam syafiie pun xpernah apetah lg jumpa nabi saw.. Tapi kita punya kobar@tafsir sembang mcm kita jumpa nabi saw..Allah dan rasul kata boleh..kita pulak kata x boleh hehe.. 0rg pandu ikut Allah dan rasul bukan ikut kobar hingus meleleh kita.. Allah dan rasul kata boleh juga bersedekah dlm Keadaan sempit maknanya seseorang itu x Menyalahi Allah dan rasul.. Bila x salah maknanya dia masih dalam sunnah.. Dia cuma menyalahi "tafsiran" kita yg berhingus ikut2 org ni je.. Tu kita sakit hati kot tu hehe..Allah dgn rasul kata ok.. Kita kata x ok.. Xda keje lain ke ape.. Buat la hobi lain.. Tau x khilafiyah tu ape?Ianya nak Buat boleh x buat pun boleh.. Berdiri kat situ je jgn masuk lagi.. Kalo masuk lg wat malu je sok.. Dah jiran2 x nak sediakan makanan mungkin mereka ada hal ke sebok ke ape ke xkan la tuan rumah nak paksa jiran2 pulak.. Abis tu pulak kalo tuan rumah tu nak bersedekah dlm Keadaan sempit yg mana Allah dan rasul benarkan.. Kita "tafsir" x tulin pulak.mana ada orang kesah pun.. Budak2 je yg kesah kot.. Org gelak lagi ada tau hehe.. Org tengok mcm budak hingus2 ikut2 org berlagu ujung pangkal x tau..Allah dan rasul benarkan..kita x benarkan... Adoii. Sape yg telah menyalahi Allah dan rasul ni? Hati2.. Ingus tu lap2 kan sikit..

hamka said...

bagus hujah tuan: Allah tak larang orang susah hidang makan, teringat kisah menjamu tetamu dalam gelap tu.

Anonymous said...

Wahabi ni direct kat hal2 feqah terus ke nabi saw/sahabat/tabiin tuan hehe..direct terus.. Dia baca dia hembus..walhal kalo takat baca sape pun boleh baca.. Walhal yg penting itu ialah nak dapat syarah/kefahaman dari ape yg di baca tu tadi hehe.. Dorang ni x kesian kat anak2 mereka dan anak2 sedara sesama muslim lain akibat dari perangai mereka ni tuan..
Tapi ada je tuan org2 yg pelik2 lain.. Dia mcm x direct kat feqah..Tapi dia direct kat bab akidah@makrifatullah pulak hahaha..wahabi pula dlm Bab akidah mereka direct juga tapi bukan direct betul2 la.mereka pakai akidah tauhid 3..mereka ada ulamak juga dlm bab ni..cumanya mereka dah skip khalaf..
Ini kita dah maklum la wahabi ni tapi ada yg pelik lain ni Yg dia x nak direct kat feqah sebab dia paham bahayanya direct,tapi dia direct kat akidah@makrifatullah pulak.. X pelik ke tu tuan?lagi bahaya kan.. Akidah@makrifatullah tu Hehe..
Walhal Allah dah takdirkan tunjuk kat dia depan mata kaedah mcm mana nak menadah ilmu dalam feqah ni,dia terima dan paham kata dia Hehe.Tapi dalam aqidah@makrifatullah dia direct.. Dia mcm x dapat faham sebagaimana yg dia faham cara tadah ilmu dalam feqah yg dia ngaku dia paham td tu.. pelik x tuan? Hahaha. Mungkin mana betul dan mana salah agama kita ni semua terletak atas ape yg dia pilih nak buat kot hehe.

Nk kenal org tu ahlusuunnah ke x(wahabi/salafi dan lain2) tengok tanda dari 2 tempat besar ni..

Akidah
=mereka tolak pengajian akidah ahlusunnah asyairah maturidiah

Tasauf
=Mereka yg segan2 sikit tu mcm bertaqiyah pun ada.. Mereka pusing2 la.. Tapi nampak mcm x suka .. lg 1 kelompok pula terus tolak.. Mereka kata bidaah.. Yg ni jenis x taqiyah terus terang je huhu..

Dlm bab feqah pula
=kalo sembang Dia la champion xda manusia lain boleh lawan sambil dia pertikai2 amal org lain..kalo nmpak tanda kat feqah ni cek la tngok akidah n tasaup dia.. Situ tanda besar.. Hehe..

Walhal telah jelas dan nyata
Ke 3 3 ilmu ni wajib belajar.. Fardhu ain atas tiap muslim.. Kalo yg sebok2 pertikai amal orang tapi dia sendiri x belajar ilmu fardhu ain.. Jauh x persamaan diantara dia dgn org yg terbabas ngaji sifat 20 tapi x solat?solat tu wajib.. Belajar ilmu fardu ain tu pun wajib.. Hehehe..
Moga kita baik2 aja hendaknya insyaAllah.

abu mohsein said...

Terima kasih Tuan. Barakallah