Apr 24, 2018

Bila Laki Bini bergaduh?


(Penulis kisah Laki Bini pun ada waktu bergaduh dengan bini dia-adohai)

Part 1

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak Laki Bini.

Aku kadang waktu berbeza pendapat dengan Puan Bini, oleh sebab malas nak bergaduh, terus aku keluar mengeteh dengan member.

Bini pulak wasap mintak izin nak pergi lepak tepi pantai mencari ketenangan bersama anak-anak.
Ha ha, dalam bergaduh, masih mintak izin nak pergi mana-mana. Alhamdulillah. Rumah kami 2 km sahaja dari pantai jadi aku izinkan.

Bila balik rumah, bini masih diam tak bercakap.

Ok, biar aku mengalah, aku nak tegur dia dulu, jadi aku tanya jumpa tak ketenangan dekat tepi pantai tu?

Katanya:

“Ketenangan hanya ada dalam mentaati perintah Allah. Dan taat kepada suami juga adalah perintah Allah, hati saya tak tenang jika kita tak berbaik semula”

Aku setuju!

"Perintah Allah juga suruh berbuat baik kepada isteri, hati abangpun tak tenang jika kita bergaduh sayang, huhuhuhu. Jom mandi bersama"

Lalu kami berpelukkan dan terlanjur.

Woha!

Part 2




Rujuk gambar: Rupanya dalam dunia ini ada bini yang sanggup kotorkan kopiah lakinya sebab tak nak lakinya berborak lama-lama di Surau. Lepas tu kena cerai. Adohai... Ada yang kena cerai sebab makan dalam kereta. Laki lebih sayangkan kereta dari bini nampaknya.

Ada jugak sebab suka basuh baju waktu malam. Lalu laki tidur dalam keadaan dahaga seks. Kena cerai jugak.

Bini suka tinggal Laki pergi rombongan atau Hiking gunung. Hati hati, laki yang sunyi mudah di rasuk syaitan kak oii.

Eh? Sebab berdengkur pun kena cerai?

Paling tak tahan, kena cerai sebab Punggung menggerutu, adohai..

Betul kata keretamayat. Bila tak cinta, salah kecik pun boleh kena cerai.Tapi jika saling bercinta. Kencing tak tutup tandas pintu pun romantik.

Woha!

Part 3


Rujuk gambar lagi.

Pengajaran hari ini, jika Laki bini bergaduh, ego masing-masing nak buktikan, "aku boleh hidup bahagia tanpa kau" lalu ada yang sanggup bercerai berai, Nauzubillah.

korang mungkin nampak okey... Padahal yang paling merana adalah anak-anak.

Takde orang nak sayang anak kita macam kita sayang dia, tu yang sampai bila ada tak kena, teman lelaki baru ex bini sanggup pukul anak sampai mati.

Alkisahnya aku sedang makan sup ekor dikedai dengan seorang kawan sewaktu dengar berita ni, aku sedih. Tergamak teman lelaki bunuh budak kecik? Mana mereka campak kasih sayang yang diberikan Tuhan kepada kita insan? Sedih sungguh sebab akupun ada nak sebaya mangsa.

Bertambah sedih, Kebetulan aku ada sedikit krisis sekali lagi dengan Puan bini siang tadi, lalu malas nak bergaduh, aku keluar mengeteh dengan kawan, jadi aku drive balik nak mintak maaf. Aku nak buang ego aku.

Di jalanan waktu aku drive, bini call:

"Abang kat mana? saya dan anak-anak dah lama tunggu abang makan bersama, lauk semua dah siap"

Oh.., bini aku mendahului diri ini dalam menepis egonya,

Oh.. hidup memang indah jika kita ketepikan ego masing-masing.

Maafkan abang sayang.

Aku pulang, dan bini sambut dengan pelukan mesra dan ungkapan maaf. Dan aku makan masakan bini dengan penuh berselera. Walaupun dah dua kali dinner.

Malam ini, aku terbaring kekenyangan, bersama perut buncit. Bini tidur disebelah sambil peluk perut aku.

Cinta dan dimaafkan cinta: memang indah.

Demi cinta, dua kali makan malam pun sanggup aku hadapi.

Woha!

4 comments:

Azwan Ali said...

Dah ada entri baru rupanya.

Saya ada satu masa-elah mau tanya brother hamka. Antara BN dan PH, mana satu patut saya pilih?

Saya takkan pilih PAS kerana mereka saya nampak fatwa mereka seperti fatwa kaum kera, sekat dakwah tabligh dan ada ura-ura mereka nak kunci masjid.

Pilihan yang ada sekarang ialah antara BN dan PH. Yang mana satu patut saya pilih?

Help me. Woha!

Anonymous said...

jodoh, cepat la datang! xsabar nk main gaduh2 ni

Anonymous said...

Ada juga dngar brcerai sebab suami tak tolong sarungkan stokin isteri masa dalam pantang. Dengan masak kerang sambal tak buang cengkerang.
Mcm² hal. Hurmm..

ayob said...

Kau bkn x tahu....kegemaran aku makan sambal belancan kenapa kau buat sambal x taruh belacan......