Apr 3, 2018

Anak Autisme, apa yang korang tahu?


(Allah Menduga Kita)

Semalam, 2 April adalah Hari Kesadaran Autisme Sedunia. Bagi mereka yang belum tahu, Autisme ni adalah sejenis kecacatan neurologi, iaitu pada luaran si anak nampak sihat, tapi cara mereka berfikir dan berkomunikasi atau memahami dunia adalah sangat berbeza.

Sebab tu waktu korang jalan-jalan dan tiba tiba ada nampak budak mengamok dengan sangat kuat walaupun ibu bapa dah pujuk tapi masih mengamok, jangan cepat korang viral di facebook konon si ibu bapa tak reti jaga anak, lepas tu tulis jika anak aku, sekali jeling dah senyap. Perghhh, bongkaknya.

Jangan berlagak dengan kejahilan diri, sebab Allah belum uji korang dapat anak Autisme lagi.
Si anak Autisme ni selain suka mengamok, mereka juga suka menggigit, sangat aktif, tidak kenal takut atau bahaya dan suka bermain hingga ke subuh. Memang penat sangat ibu bapa bila ditakdirkan mendapat anak Autisme ini. Mereka juga tak bercakap, tak suka dipeluk, dan tak mampu menjawab soalan dengan betul.

Jika rujuk filem Jibam, begitulah susahnya ibu bapa nak jaga anak yang unik ini. Juga filem Redha, yang mana perasaan sayang Razlan terhadap anaknya semakin lama bertukar benci apabila mendapat tahu anaknya menghidap penyakit autisme. Juga filem Jet Li tak berkungfu, Ocean Heaven yang ada penyakit kanser dan cuba ajar anak autism berdikari sebelum beliau mati.

Begitulah sedikit gambaran suka duka kehidupan ibu bapa sewaktu dapat anak Autisme. Selalu jika bersembang dengan ibu bapa yang ada anak autisme, mereka sedang menunggu nunggu si anak dapat memanggil mereka “ibu” buat pertama kali sebab anak autism lambat mengenal ibu bapa sendiri. Sedih kan?

Ada baca kisah bapa yang tak faham anak ada autism lalu hilang sabar dan pukul si anak, anak tak faham kenapa dia dipukul, si anak menangis dengan matanya bersinar tidak mengerti, kenapa saya dipukul dan dimarah?, melihat mata ini, sibapa insaf, lalu bila berjumpa doctor dan disahkan anak ada autisme, sibapa rasa sangat bersalah memukul si anak lalu berhenti kerja dan bagi masa pada anak sepenuhnya untuk memahami dunia si anak.

Selang beberapa tahun, anak yang tak tahu bercakap, sewaktu masuk tidur, dalam kepenatan si bapa berkata; “Nanti jumpa Tuhan, bawalah ayah masuk syurga” tiba tiba anak menjawab: “Boleh ayah” terus si ayah menangis.

Alamak, kenapa mata masuk habuk pulak ni.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak autism agar mereka boleh hidup berdikari, maka bantulah bagi sokongan moral dan lain lain bantuan kepada ibu bapa yang ditakdirkan Allah mendapat anak autisme ini. Jangan caci dan hina mereka.

Sungguh, Tuhan menduga mereka, dan Tuhan juga akan menduga kita, hidup ini adalah pentas ujian. Dan Syurga dihias indah berdasarkan keimanan dan kesabaran kita.

Nikmat terbesar adalah dapat masuk syurga bersama satu keluarga. Semoga kita semua mendapat nikmat ini.

3 comments:

Sheila Adziz said...

mereka pemegang kunci syurga... beruntung ibu bapa yg ada anak autisme ni...

Anonymous said...

Anak anak istimewa ni, di dunia zahirnya menyusahkan, tp bila dijaga amanah tu dgn sabar dan redha, insyaAllah memberatkan timbangan baik ibubapanya.

hamka said...

Ada orang bersabar bila di uji, dan ada orang, bersyukur bila di uji. itu yang terbaik