Jan 18, 2017

Ceramah kepada penceramah?

(Sudah solat? Sudah jaga aurat?sudah banyak tahu hokum hakam? sudah pandai berceramah? Dah rasa diri masuk syurga? Baca ni dan renung renungkan-Tiga perkara yang mudah buat kita merasa sombong)

Dalam dunia ni di penuhi dengan orang orang yang sombong, berlagak bagus dan perasan hebat.., tak ke manapun mereka kerana akhirnya mereka akan jadi mayat orang sombong, mayat berlagak bagus atau mayat perasan hebat, tu jerrr. Takdelah hebat sangat kan?., masuk neraka : hebat ke?
Sedarkah korang?

Hanya Allah yang layak bersifat sombong (AL-mutakabbir) dan Allah sangat murka kepada hambanya yang berlagak sombong (takabbur)

Dan Allah takde sifat tawaduk.., sifat rendah diri, dan ALLAH SUKA SANGAT kat hambanya yang rendah diri, maka sedarlah diri sikit bahawa korang semua adalah HAMBA yang hina dina, datang dari lubang kencing dan akan kembali ke lubang 'cacing', bakal menjadi mayat yang berulat dan setiap rongga akan di penuhi binatang melata.. isk isk isk.. sorang sorang minum air hujan, sorang sorang di baham tanah alam kubur! (akupun!)

Di beritakan, orang yang ada sifat sombong walaupun secebis, nescaya akan di masukkan ke dalam Neraka, menurut hadis, akan keluar raksasa dari neraka yang akan meragut orang sombong di padang mahsyar laksana ayam meragut biji bijian.

Bercerita tentang sobong, biasa kita jumpa orang berlagak sombong ni daripada ahli dunia, seperti orang kaya, jutawan, artis, model, ahli sukan, orang berpangkat, orang politik, orang ada jawatan tinggi dan sebagainya..

Namun ada jugak orang miskin yang sombong, atau orang hodoh yang sombong atau orang bodoh yang sombong.. apa kes?

Dan yang lebih haru biru bila ada yang pandai agama tapi berlagak sombong..

Contoh terawal makhluk sombong yang pandai agama adalah ketua malaikat, berlagak bagus pada Nabi Adam a.s yang menyebabkan Allah murka padanya lalu di sumpah menjadi IBLIS laknatullah..

Jadi aku nak pesanlah kepada korang yang pandai agama akan bahaya merasa diri super born muslimin atau super born muslimah dengan berlagak sombong pada member-member lama yang belum dapat hidayat, baru tujuh kali pergi usrah dah pandai tolak fatwa, dah pandai hina ulamak dan dah pandai hokum orang yang tak sependapat dengan korang masuk neraka, adohai..

Jangan sombong bukan pada tempatnya, masuk neraka berpelukan dengan iblisn bukan pilihan yang bijak, maka untuk itulah aku terpanggil (chewah, macam superhero pulak rasa terpanggil gitu) untuk kongsi sikit ilmu iaitu : untuk mereka yang teret tengan agama islam , ada TIGA tempat yang mudah buat korang jadi sombong jika tak jaga betul betul akan niat dan ikhlas.

1) Menjadi Ketua

Ada hadis, Orang yang melantik dirinya sendiri menjadi imam di murkai Allah.. (sedang ahli jemaah tak suka). Tempat lain, orang yang melantik dirinya sendiri menjadi pemimpin adalah tak layak jadi pemimpin.

Tak kiralah sama ada jadi ketua kampong ke, ketua masjid ke, ketua pengakap ke, ketua usrah ke, imam masjid ke, ketua parti ke, cubalah elak dari memegang jawatan dan pangkat sebab jawatan ni memudahkan datang penyakit sombong dan takkabbur, Abu bakar dan saidina Umar Ra yang menjadi sahabat utama dalam mencontohi kehidupan beragama tapi mereka sendiri menolak untuk menjadi ketua orang islam, tapi bila orang ramai dah lantik barulah layak pegang jawatan tu

Kata buznama:  “Orang yang layak, di kejar pangkat, Orang yang tak layak, mengejar pangkat”

Perku ke aku cerita orang yang suruh “undilah saya” dengan lemah lembut, tapi bila memang terus jadi sombong suruh orang pindah jika tak suka mereka? Woha!

Tapi bila kita dah di lantik jadi ketua, jagalah amanah dan janganlah bersifat sombong, siapa nak ketua keluarga, atau ketua kampung, atau ketua negara masuk neraka kerana dosa sombong! Kan?
Sombing ni lawanya tawadduk, dan cerita bab pemimpin yang tawaduk, Contohilah Rasulullah saw, Ketua semua rasul, menurut buznama, sewaktu Nabi di jemput ke langit mengadap Allah, dan ditanya Allah, siapa kamu? Jawab Nabi: “aku hanyalah seorang anak yatim”.., Allahu.

Sesungguhnya, Tawadduk itu bagus, lebih lebih lagi jika anda seorang Pemimpin.

2) Berceramah

Berceramah jika tak kena gaya memang boleh datang sifat sombong dan takabbur.., terutamanya ustaz yang ceramah di bayar mahal, di tempah hotel dan di puja oleh pera pendengar, atau ceramah poltik sempit, di sinilah akan muncul pendapat sesat atau ceramah syok sendiri, aku tak nafikan, kadang kadang tak tahan telinga duduk dalam ceramah agama dari ustaz yang merendah rendahkan orang islam yang lain, perasan diri masuk syurga, kutuk dan umpat sini sana, buat lawak bodoh dan apa kejadah ntah?! Sungguh menghina kebijaksanaan para pendengar, bila tegur, marah pulak? adohai…

Nabi dulu belajar rendah diri dengan berdakwah dari pintu ke pintu, jika korang memang penceramah tetap di masjid tapi tak pergi jumpa masyarakat, lagi cepat datang sifat sombong dan takakbur, sehingga orang yang pergi dakwah pintu ke pintu pun korang sanggup kutuk dalam ceramah korang.., korang cakap mereka macam pengemis, memang mereka 'pengemis'!, mereka mengemis manusia kembali kepada ALLAH..!

Tolonglah siapa siapa yang nak bagi ceramah ni, tolonglah jangan berlagak sombong sangat, sangka semua orang salah diri sendiri sahajan yang betul, dulu Nabi Musa a.s bila di tanya orang ramai, siapakah yang lebih baik dari kamu? Katanya takde, lalu Allah tegur dan suruh baginda pergi belajar agama dengan Nabi khidir a.s, tapi Nabi khidir enggan ajar kerana Nabi Musa as kurang ada sifat sabar.. (panjang cerita, boleh rujuk kitab)

Ringkas cerita, jangan sombong waktu ceramah dengan rendah rendahkan orang islam yang lain.

Sesunguhnya, berceramah ini boleh bawa kita ke syurga, tapi silap gaya,  juga boleh bawa kita ke neraka.


3) Tempat rujuk.
Ini biasa terjadi bila semua orang pakat-pakat rujuk masalah agama kat korang, jika tak kena gaya maka akan mudahlah datang sifat sombong dan takabbur, muftipun kena hati hati bila keluarkan fatwa, tak kena gaya setan cucuk jarum maka rosaklah manusia.

Dan ini aku nak nasihat kat diri aku sendirlah ni, bila aku tulis blog keretamayat, maka ramai orang yang rujuk aku masalah agama, nasihat aku adalah:

Jangan rosakkan masa depan korang. Aku manusia biasa, ada orang yang anggap aku macam ustaz, ulama’..dan mintak upah aku solat hajat dan buat air tawar…aku manusia biasa, aku tak buat solat hajat secara on-line..maafkan aku kepada yang email, aku ulangi : aku manusia biasa, dan aku bukan ustaz..kata-kataku tak semestinya betul..aku bukan sekolah ugama atau sekolah pondok..sekolah pondok telefon je dulu-dulu sebab masa tu takde smartphone (tak lawak)…malahan aku adalah aliran vokasional..

Tapi tak salahkan seorang pendosa bercakap perkara agama, betul tak..?

Sebab tu dalam buku aku, biasa muka surat depan aku bagi amaran siap siap:

Mengamalkan apa yang aku tulis di sepanjang buku ini tanpa merujuk kepada Dalil dari al-Quran atau al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak dan sangat-sangat berbahaya kepada mereka yang bertaraf ‘bot-bot kecil.’

Silalah bertindak dengan bijak kerana aku hanyalah sekadar memberi pendapat kepada diri sendiri. Jika ada tulisan yang salah, mohon di tegur, sekiranya berasa was-was, sila rujuk – dengan kadar lebih segera daripada mi segera – kepada ustaz dan ulama serta kitab yang berhampiran dengan anda.

Maafkan penulis jika kurang berhikmah dalam penulisan dalam buku ini. Terima kasih kerana berlapang dada ketika membaca kisah seorang ‘pemandu Kereta Mayat.’

Okey, cukup sampai sini tazkirah yang bertajuk, jangan menjadi sombong. Semoga aku tidak menjadi penulis yang sombong sampai bila, dan korang juga tidak menjadi pembaca yang sembong sampai bila bila.

Pecah kaca, pecah marmal, pecah pinggan.
Lepas baca, sila amal dan sampaikan.

Sekian.



8 comments:

cinta said...

Adus sentap. Tetiba rasa teringin nk tengok penceramah2 berdakwah kat tepi-tepi jalan, di tepian pantai, kat taman-taman. Hee..

Anonymous said...

ulamak2 terdahulu kan dah share/bgtau yg destinasi/puncak kepada ilmu itu ialah kita tidak tahu apa2@lahaulawalaquwataillabillahilaliyyilazim..ini la destinasi/puncak ilmu..nasehat la ape nak nasehat pun ajar la ape nak ajar pun,belajar la ape nak belajar pun,tapi kita dah pegang destinasi ni menjadi pegangan kita..bila kita x tau destinasi dlm perjalanan tu baru kita problem hehe..ulamak dah share bagi kita,kita pegang la..ulamak2 dulu dah Allah takdirkan mereka share peta perjalanan kat mana patut akhirannya..untung la kita belum start enjin pun dh tau ujung dia kat mana..syukur Alhamdulillah..kalo kita x tau kat mana akhiran sepatotnya,tu yg kita memandai2 share destinasi2 rekaan kita sendiri tu hihi..kita ini hanya insan2 hina lemah yg mengulangcakap ape yg telah diwariskan nabi saw kepada ulamak2 je..bukan ajar barang baru yg berasal dari diri kita sendiri yg hina ni..dah siap semua di pusakakan..kita ulang cakap balik je..

Anonymous said...

ilmu ada 3 tahap
tahap 1-sombong
tahap 2-tawaduk rendah hati
tahap 3-tak punya apa2 pun
-saidina umar alkhattab

Hamka Kereta Mayat said...


Blogger cinta: polis lalu, makcik jemur baju berkembang senyum senyum, pendakwah lalu, hilang semua makcik. mat rempit pun berterabur lari, huhu

Anonymous: benar tuan, apa yang saya tulis ini pun ulang balik pesanan ulamak, elakkan diri dari jadi ketua, bayan, dan tempat rujuk, wallahu'lam.

Harun Ismail said...

Sedikit tambahan dan perkongsian.

1. Sombong boleh terkena sesiapa sahaja termasuk ahli ibadat tak semestinya ahli dunia. Boleh rujuk kitab Talbis Iblis karangan Ibnu Qayyum Al-Jauzi. Kitab ni menerangkan secara detail cara syaitan menyesatkan manusia mengikut kategori masing2 seperti orang kafir, orang munafik, orang fasik, ahli ibadat, pemimpin, orang awam, ahli maksiat, ahli sufi dan lain2.
2. Sombong boleh juga terkena kerana kekurangan tak semestinya kelebihan. Contohnya dia miskin dan berpakaian buruk. Bila dia tengok orang pakai cantik2, dia kata "apa diaorang ni tak tawadduk, dok pakai cantik2, tengok aku pakai buruk2, lebih dekat dengan tawadduk dan takwa". Kalau dia kata dengan mulut, jadilah dia takabbur. Kalau dengan hati jadi ujub.
3. Iblis yang tak nak sujud kepada Nabi Adam A.S. tu nama asal dia Azazil. Dia dijadikan daripada api dan ketua para jin bukan malaikat. Ketua para malaikat ialah Jibrail A.S.
4. Kisah Nabi Musa A.S. dan Nabi Khidir A.S. boleh dirujuk dalam Al-Qur'an Surah Al-Kahfi ayat 60-82.

Aku Bukan Ustaz said...

Setiap individu, berlainan sifatnya, berlainan keperibadian atau personalitinya, berlainan latar belakangnya, berlainan kemampuan dan kelebihannya. Yg penting masing masing kita, sedikit sebnyk memberi sumbangan utk agama kita, segi dakwahnya dan juga tarbiahnya. Jadikan hidup kita bernilai pd agama dan msykt. Masing masing ada peranannya masing masing, dan jgn sesekali memperkecil sumbangan individu atau jamaah yg lain. Hormati peranan dan sumbangan setiap individu dan jamaah, jauhi sikap ego dan taksub pd jamaah sendiri.

Ada kerja yg tak mampu kita buat, dilakukan oleh saudara kita yg lain, ada pula perkara yg tak mampu mrk buat, mampu pula kita buat. So, pentinglah sgt sgt kita hormat menghormati. Setiap kita, atau jamaah kita pula, tidak ada yg sempurna, masing masing ada kelemahan, mk bila menegur, berhemahlah, dan bila ditegur atau dinasihati, berlapang dadalah, renungkanlah, mungkin bnyk yg boleh kita manfaatkan utk memperbaiki diri dan jamaah kita.

Anonymous said...

��

Anonymous said...

Assalam

Masyallah...semua komen terbaik.
Kenapa tak boleh sombong?

Sebab Allah swt sayang setiap insan 70 kali lebih dari seorang ibu sayang anaknya.

Kisah Nabi Ibrahim as marah seorang lelaki Yahudi tua kerana enggan baca bismillah apabila diajak makan bersama. Kemudian setelah lelaki itu pergi. Allah swt lebih kurang beritahu Nabi Ibrahim (melalui Jibrail as) walaupun lelaki Yahudi tersebut tidak pernah beriman dengannya namun Allah swt tak pernah sekat sebarang rezeki kepadanya...Masyallah. Nabi Ibrahim jumpa balik lelaki tersebut dan minta maaf dan beritahu apa Allah swt beritahu padanya. (Cerita lanjut tanya ustad...saya baru nak start)

Ubat sombong adalah kasih dan sayang...senang jer he he
Sayanglah semua manusia kerana Allah swt menyayangi semua mereka tanpa terkecuali..
Benci kejahatan yang dilakukan tetapi jangan dibenci manusia yang melakukan. Perbuatan Wahsyi rahu. menyebabkan jiwa Nabi saw terluka namun kasih dan sayang Nabi saw tiada bertepi...Selawat dan salam kepada junjungan.

Aku nak jadi orang baik Ya Allah

Khalid
P/s: Berasal dari lubang kencing dan berakhir di lubang cacing. Masyallah
2 thumbs up bro.