Jan 9, 2017

Apa nak buat bila di puji?

(Lima belas tip tip memuji dan dipuji secara islamik, sila baca sambil kagum dari jauh)

"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa riak ke bila kena puji memanjang?, buku best lah, blog best lah, status FB best lah, dapat banyak like dan share, buku laku sebab best, bla bla bla.,  bukanlah ada hadis Nabi yang mencela orang yang memuji? Tapi Nampak kau makin suka bila orang puji, atau memang kau menulis nak suruh orang puji?"

Ehem-ehem, sepatutnya aku riak dan takkabur, tapi bila hari-hari bukak blog, bukak facebook, bukak email, asyik baca respon orang puji aku jer memanjang, aku dah jadi kebas dengan pujian, ha ha, dah jadi imun!, korang pujilah aku satu Malaysiapun, aku dah tak riak, jika Menteri Menteri baca blog aku dan pujipun aku selamber jer tersengih sedang hati terus kudus dan telus (ni dah macam puji diri sendiri nih, isk)

Alahai, macam korang yang baru beli pewangi kereta, bila letak dalam kereta, maka semerbaklah bau harum, tapi bila dah lama drive, korang rasa bau tu macam dah hilang lalu korang mengumpat pembuat pewangi kereta tu ‘tipulah’, ‘tak bermutu’lah, ‘orang melayu’lah ni, dan apa apalah , sedangkan bau tu masih ada tapi hidung korang tu yang dah imun, tak percaya, cuba ajak kawan korang naik kereta korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, best bau ni, pewangi apa yang saudara pakai?

Kapur barus!, jawab aku kerana sedang bawak keretamayat-Woha!.

Eh?, Macam tak berapa tepat anologi bau wangi dan kaitannya dengan pujian, kita ambik contoh lain.
Untuk pengetahuan korang, bukan semua komen korang berbentuk pujian dalam sejarah aku menulis blog, ada dalam bentuk kutukan, makian, cercaan, hinaan dan ugutan, tak percaya boleh baca komen dalam entry Vaksin, Dajjal, Perubatan hospital, Video Arrivals, Teori konspirasi dan ulasan politik, memang ramai yang akan kutuk aku secara berjemaah di tempat terbuka, adohai..

Namun begitulah asam garam dunia penulisan, ada masa kena puji, ada masa kutuk kaw kaw, tapi aku tak delete pun, sebab aku perasan sibuk sampai takde masa nak delete, nak baca komenpun tak sempat kadang kadangg, hu hu..

"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa down dan loser ke bila kena kutuk dalam entry tu?"

Sepatutnya aku sedih dan jika orang tak ada iman, bila kena kutuk, mungkin akan bunuh diri, tapi bila hari hari bukak blog, bukak facebook, bukak email, dan baca komen korang untuk entry yang lama (pelik, entry lama baru nak kutuk?) maka aku jugak dah jadi kebas dengan kutukan, ha ha ha!, dah jadi telinga kuali!, setaraf telinga Menteri Politik yang tahan dikritik-woha!, korang kutuklah aku satu Malaysiapun, ada aku kesah?, jika semua pembaca baca blog kutuk aku hari hari, pun aku selamber jer tersengih sedang hati terus kudus dan telus kerana iman yang sempurna tidak terkesan dengan celaan, (wah, ni dah macam puji diri sendiri nih, bengong!)

Alahai, macam korang yang kerja kutip sampah dan bawak lori sampah, mula mula kerja korang akan tutup hidung, tapi bila dah lama(beberapa jam kemudian) korang akan selamba angkut sampah tanpa tutup lubang hidung sebab bila dah hari-hari bau sampah, maka sampah dah ‘tak busuk’ lagi, tak pecaya? cuba tanya awek korang yang bercinta dengan penoreh getah(yakni kau sendiri), ada mereka cakap getah tu bau busuk? Takde maknanya!

Jadi, bila bawak lori sampah, maka lama lama bau sampah dah takde kerana hidung dah imun yang mana andai kata korang ajak kawan korang naik lori korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, busuk betul, korang bawak apa kat belakang?

Mayat! jawab aku kerana aku memang sedang bawak keretamayat-Woha.

(Eh?, Macam samer jer anologi bau busuk dengan kutukan, wangi dengan pujian, apa apalah!)

Ok, serius sikit, sambung balik cerita bab hukum memuji dalam islam,

Untuk bab Nabi mencela orang yang memuji, memang betul ada hadith berbunyi:

“Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji” (Riwayat Abu Daud)

“Rasulullah mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain dengan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur : "Kamu telah memotong leher lelaki tersebut" ( Riwayat Bukhari)

Dan lain lain.

Ok, straight to the point, bila aku rujuk Buzmana, kata mereka , hadis ini adalah untuk mereka yang memuji dengan niat mendapat manfaat yang salah dan di buat bukan kerana Allah, seperti membodek, mengampu, mengipas, ‘menabur pasir dalam periuk nasik orang’, sebagai contoh:

Pujian yang mana bila si pemalas puji bos, bos suka pada si pemalas lalu lantik jadi bos sehingga orang rajin tertindas, atau puji bini orang sehingga bini curang dengan laki lalu bercerai. Begitu contoh lebih kurang.

Selain itu pujian jugak di larang kepada orang yang mudah riak, nak tahu orang tu mudah riak atau tidak, sila apply common sense.

Sebab tu nabi selamber jer puji sahabat, atau sahabat puji sahabat sebab mereka tahu bahawa pujian tu tak membuatkan orang itu riak, sebaliknya pujian tu buat orang lain lebih bersyukur dengan nikmat Allah selain menjadi asbab semangat dalam mengukuhkan silaturahim.

Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Abu bakar secara direct, “Semalaman Abu bakar bersamaku di Gua Thur, tidak ada satu amalanpun penduduk dunia dapat tandingi beliau!”.

Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Umar secara direct, “Jika ada Nabi lagi selepas aku, Umar lah orangnya yang paling layak”.

Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Usman secara direct, “Jika dibenarkan poligami bersama adik beradik, aku akan benarkan semua anak perempuan aku kahwin dengan Usman”.

Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Ali secara direct, “Jika aku gedung ilmu, saidina Ali lah pintunya”.

 Contoh lebih kurang Buznama puji hamka keretamayat secara direct, “Bagus soalan kau ni Hamka, jarang ada orang nak tanya soalan yang tak pernah terfikir dek ustaz..,”- woha!

Di tempat lain, banyak jugak Nabi puji sahabat secara tidak direct.

Contoh bila lalu seorang lelaki, Nabi bagitahu, "jika nak tengok ahli shurga, itulah orangnya."

Contoh lain bila ada orang tanya soalan agama, lepas orang tu balik nabi cakap lebih kurang maksud, "jika orang tu amal tanpa tambah apa yang aku cakap, dialah ahli shurga."

Kadang kadang lepas perang, ketika mengurus mayat, Nabi akan memuji mayat akan darjat darjat mereka.

Contoh lain dari Buznama A bila aku takde tempat kejadian, “bagus Hamka tu, jika tak kahwin lagi, aku jadikan dia menantu,(Buznama B yang cerita kat aku-woha!)

Kesimpulan

  1.  Jika buat amal, jangan berniat mendapat pujian, kerana ia akan mensia siakan amal, lepas buat amal, jika orang puji jangan tinggalkan amal kerana siapa yang meninggalkan amal takut orang puji, itulah riak, dan siapa buat amal dengan mengharapkan pujian, itulah syirik!
  2. Jika nak memuji sebaiknya korang kenal benar dengan orang yang dipuji, takut dia riak takkabur pun susah jugak.
  3. Dalam bab ilmu hidup, manusia dahagakan pujian, anak anak, pekerja, isteri, jiran dan siapa sahaja, memerlukan pujian untuk menjadi asbab lebih bersemangat, so puji jer anak korang yang rajin, bini korang yang setia dan pekerja korang yang tekun. Isteripun, tak salah puji suami di ranjang-woha!
  4.  jangan puji melampau sampai tahap memuja, elok benar simbah tanah ke muka, contoh, “jika sehari aku tak baca buku kau Hamka, aku akan mati,” Nampak jelas bengong dan syirik! elok mampos baham tanah!
  5. Pastikan peratus pujian korang kepada Allah, lebih dari pujian korang kepada manusia, jika korang dapati korang lebih banyak memuji manusia daripada Allah, berdiam diri lebih baik.
  6. Jangan puji orang yang orang benci depan orang yang benci tadi, faham tak? Maksud aku, jika bercakap dengan orang Pas, jangan puji Umno, nanti mereka akan buat dosa (mengumpat, mengamuk dan merusuh) sama jugak orang Pas, jangan puji DAP depan orang UMNO, nanti mereka jugak akan buat dosa yang sama seperti kamu. Woha!
  7.  Orang melayu dulu, jika suka: diam, dan jika tak suka: Mengumpat atau mengutuk, kita tukar cara cara islam, jika suka: puji, jika tak suka: diam.(ini sunnah Nabi Muhammad SAW yang di riwayatkan dari isteri baginda)
  8. Jika ada orang islam sedang dihina, diumpat, di keji, dan korang berada di tempat kejadian, maka selamatkanlah maruah orang itu dengan memujinya (tafsir hadith riwayat Abu daud dari Jabir bin Abdullah)
  9.  Apabila membayar hutang, bayarlah bersama pujian”. (ringkasan hadith riwayat Nasai dari Abdullah Abu Rafiah)
  10.  Hadith yang orang UMNO suka quote: Barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, maka dia tidak akan bersyukur kepada Allah(riwayat tarmizi), korang tafsir sendiri dengan ustaz pilihan korang. Atau Bahasa mudah, bila bersyukur, memujilah. Jangan mencela, nanti jadi kufur nikmat dan azab Allah pedih untuk orang kufur nikmat.
  11. Jika tak nak puji orang selepas menerima pertolongan, memadai dengan ucapan “jazakallahu Khairan”, ringkasan Hadith riwayat Usamah bin Zaid.
  12. Berhati hatilah dalam memberi kritikan, dan bermurah hatilah dengan member pujian, (Penulis Barat, Dale Carnegie)
  13. Jika nak puji depan atau belakang, jangan puji dengan niat supaya orang tu kembang lubang hidung, (riak), tapi pujilah dengan niat supaya orang lain dapat manfaat dari pujian tadi, contoh: “Kedai ali tu bagus, barang murah dan berkualiti” pujian macam ni tersangatlah boleh pahala sebab orang lain akan dapat manfaat dari pujian ini dengan pergi kedai ali, contoh lain, saya suka semua buku hamka keretamayat kerana.., korang sambung sendiri tapi pastikan niat korang kerana Allah dan agar orang lain dapat manfaat dari pujian itu. Eh, kenapa lubang hidung aku kembang semacam?
  14.   Ada doa khas Nabi ajar kepada mereka yang menerima pujian, hujung entry aku tulis.
  15. Kata Maulana Buznama, lakukan amal dengan ikhlas dan jangan harap pujian, tapi jika ada yang memuji, jangan larang orang memuji anda, kerana pujian mereka akan mentup aib anda di akhirat.

OK, habis sampai sini, dah panjang sangat dah ni, karang ada yang kena kutuk, ok, sila rujuk ustaz ulamak untuk pencerahan yang lebih baik, kita habiskan cerita bab puji pujian di sini…, akhir kata: pujian ikhlas dari aku Kepada korang semua yang beli dan baca buku keretamayat:

“Korang semua memang awesome!-Woha!”

Ps: Oh lupa tentang doa khas no 14 tadi, begini lafaznya Doa menerima pujian- Riwayat Abi Syaibah: Ya Allah, janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka(pujian), dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (dosa),jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan. Amin.


(jika korang rasa artikel ini bagus, boleh like dan share sambil kagum dari jauh!-woha sekali lagi!)

5 comments:

Anonymous said...

Follow dan kagum dari jauh.

cinta said...

Teringat pernah puji anak masa tu umur dia nak masuk 2 tahun. Lepas kena puji time tu jgk terus rajin kutip semua mainan masuk dalam kotak.

Anonymous said...

buznama tu siapa

Hamka Kereta Mayat said...

buznama itu adalah berita dari ustaz yang saya lupa namanya.

Hamka Kereta Mayat said...

cinta: kagum dari jauh!