Feb 2, 2017

Korang akan senasib dengan Firaun?

(Baca sampai habis jika Korang tak nak senasib dengan Ubay bin Khalaf)

Tahukah korang? Dalam hadis bagitahu, jika orang islam tak jaga solat maka dia akan senasib dengan Firaun,Haman dan Ubay bin Khalaf.

Firaun rasanya semua kenal, raja gila kuasa yang mengaku dirinya Tuhan dan mati lemas dalam laut sewaktu kejar Nabi Musa, 

Haman pulak menteri kerja raya firaun, beliau yang bina menara tinggi untuk Firaun bunuh Tuhan selain dirinya, bila menara dah siap, Firaun terus naik atas menara tu bawak lembing dan tombak langit sehingga berdarah dan mengaku pada rakyatnya telah bunuh Tuhan Nabi Musa.

Elok sangat Firaun dan Haman masuk neraka akibat perbuatan jahat mereka, tapi Ubay bin Khalaf ni siapa? Korang kenal tak?

Nanti Pak mertua petik nama Ubay dalam dialog sewaktu makan, korang boleh bulak cerita tentang e-bay apa kejadah?

Jadi hari ni aku nak cerita tentang siapa Ubay bin Khalaf dan apa yang dia buat sehingga di ahkirat nanti beliau akan senasib dengan firaun dan haman.

Ubay ni tidak sezaman dengan firaun, beliau sezaman dengan Nabi Muhammad SAW, 

Ubay orang kafir yang kaya dan sombong, 

Alkisahnya, Sebelum Nabi berhijrah ke Madinah, Ubai bin Khalaf awal awal dah berniat nak bunuh Nabi lalu berkata kepada Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan kata kata yang seratus peratus berunsur Syirik:

"Aku ada memelihara seekor kuda yang aku beri makan dengan cukup. Aku akan membunuh kamu dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti”

Semua kata katanya penuh dengan syirik!  

"Aku (Syirik!) ada (Syirik!) memelihara seekor kuda yang aku beri makan (Syirik!) dengan cukup (Syirik!). Aku akan (Syirik!) membunuh kamu (Syirik!) dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti. (Syirik!)"

Semua tu ayat ayat ahli neraka!

Tapi kita tengok jawapan Nabi bila bercakap dengan orang syirik, jawab Nabi:

"Insyaallah, sayalah yang akan membunuh kamu."

Bila ada perkataan “Insyaallah” maka tiada langsung unsur Sririk dalam kata kata Nabi.

Di pendekkan cerita, dalam peperangan Uhud, si Ubay ni berkeliaran di medan perang mencari Rasullullah s.a.w sambil berkata, 

"Jika Muhammad terlepas pada hari ini, tiada keselamatan lagi bagiku." 

Lalu dia pun mara ke arah Nabi s.a.w dengan niat membunuh. Para sahabat dah tak sabar nak pergi pancung kepada ubay, tapi Nabi cakap:

"Biarkan dia datang."

Bermakna Nabi nak lawan dengan Ubay ni satu lawan satu, lalu bila Si Ubay ni memecut dengan kuda bersama pedang terhununs, dan bila dah nak hampir dengan Nabi, terus Nabi ambil lembing dan baling ke arahnya, Lembing itu terkena sikit pada tepi leher Ubay dan adalah kesan terguris sedikit.
Terus Ubay bin Khalaf jatuh tergolek dari kudanya dan lari lintang-pukang sambil menjerit!

 "Muhammad telah membunuh aku!"

"Muhammad telah membunuh aku!"

"Muhammad telah membunuh aku!"

Lepas tu Ubay bin Khalaf memekik kesakitan macam lembu jantan kena sembelih. Abu Sufian ketua orang kafir siap perli Ubay bin Khalaf sebab beraksi macam pondan, luka sikit jer tapi menjerit macam lembu.

Tapi jawab Ubay bin Khalaf:  "Tahukah kamu siapa yang lukakan aku? Ini adalah perbuatan Muhammad, Sejak Muhammad berkata kepada aku di Mekah bahawa dia akan membunuh aku, aku sudah yakin bahawa aku akan mati di tangannya. Malahan aku yakin, jika setelah Muhammad berkata demikian, jika dia meludahi aku sahaja pun, pasti aku akan mati."

Lepas tu Ubay bin Khalaf sambung meraung, dan mati dalam perjalanan pulang, sehari sebelum sampai ke Mekah.

Pengajaran dari cerita ini adalah: Bagaimana Ubay bin Khalaf seorang kafir yang selalu bercakap syirik tapi cukup yakin dengan kata kata Nabi dan percaya bahawa Nabi bercakap benar tapi bila mati masuk neraka walau yakin dengan kata kata Nabi.

Macam mana tu?

Sebenarnya yakin Ubay bin Khalaf kepada Nabi adalah “Yakin melalui pengalaman” kerana menyaksikan sendiri bahawa Nabi tidak pernah bercakap bohong, dan melihat sendiri beberapa peristiwa mukjizat di Mekah. Yakin begini tak bernilai dalam Islam sebab dah tengok baru percaya.

Dalam Islam, yakin adalah kepada yang Ghaib, Beriman kepada yang Ghaib, jika nampak baru percaya itu sama macam orang kafir di neraka yang nak kembali ke dunia sebab dah nampak azab semua, jadi yakin melalui pengalaman tak bernilai di sisi Allah. Yang bernilai di sisi Allah adalah “Yakin melalui pengorbanan”.

Macam contoh peristiwa Israk mikraj, orang kafir yang percaya Nabi tak pernah cakap bohong sehingga di gelar sebagai Al amin, tapi bila Nabi bagitahu baru balik dari langit jumpa Allah, Abu jahal terus tak percaya, sebab abu jahal  “Yakin melalui pengalaman”

Tapi Abu bakar, dan semua umat islam terus percaya sebab “Yakin melalui pengorbanan”.

Jadi, pesan ulamak, semakin banyak kita korban untuk agama, maka semakin banyak yakin akan datang dalam hati, akam semakin kuat iman, dan akan semakin tinggi kefahaman agama.

Insya-Allah.

Jadi, berhati hatilah agar iman kita bukan setakat “Yakin melalui pengalaman” tapi “Yakin melalui pengorbanan”.

Now you know!

Akhir kata, Semoga Allah beri kepada kita semua kefahaman agama yang baik.

Sekian.


Ps: Orang yang faham agama,  amalan sunnat menjadi macam wajib baginya, amalan wajib apatah lagi? Tapi orang yang tak faham agama, amalan wajib pun sambil lewa, sunat tak payah cakap, terutamanya solat, sebab itulah kot di neraka nanti, akan senasib dengan Firaun, Haman dan Ubay bin Khalaf. Nauzubillah!

22 comments:

Anonymous said...

ubay bin khalaf tu kan og kafir..jadi soheh la pegangan hidup dia tu memang pegangan yg mensyirikkan Allah..kalo dia sebut2 insyaAllah sekalipun dia syirik juga sebab dia memang kafir/syirik..lgpin kita bukan x biasa tengok ahli politik kafir/syirik siap petik2 ayat quran atas pentas ceramah..kafir/syirik juga dia walaupun dia petik2 ayat quran..

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

tu nabi saw x sebut insyaAllah.."habatus sauda boleh sembuhkan penyakit" kata nabi saw..
nabi saw x syirik pun sebab cakap mcm tu..sebab yg nabi saw sebut itu kan hanya bahasa majazi semata2 bukan hakiki..

ucapan org kafir dgn ucapan org beriman jgn la dipukul ratakan..kengkawan yg jadi mangsa t..bahasa pun ada jenis2nya..ada majazi,ada hakiki..

Hamka Kereta Mayat said...

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sulaiman bin Daud ‘alaihissalam pernah berkata, ‘Sungguh, saya akan menggilir seratus istri saya pada malam ini. Semuanya akan melahirkan anak yang ahli berkuda yang akan berjuang di jalan Allah.’ Lalu temannya berkata kepadanya, ‘Katakanlah ‘Insya Allah’,’ tetapi Nabi Sulaiman tidak mengatakan ‘insya Allah’. Ternyata dari semua istrinya tersebut yang hamil hanya seorang istrinya, itupun hanya melahirkan separuh anak. Demi Dzat yang menguasai jiwaku, seandainya Nabi Sulaiman mengucapkan ‘Insya Allah’, pastilah mereka semua akan berjuang di jalan Allah sebagai pasukan berkuda.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain yang terdapat di dalam kitab ash-Shahihain juga bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Nabi Sulaiman ‘alaihissalam berkata, ‘Sungguh, saya akan menggilir tujuh puluh istri saya pada malam ini. Masing-masin akan melahirkan seorang pasukan berkuda yang berjuang di jalan Allah.’ Akan tetapi beliau tidak mengucapkan ‘Insya Allah’. Lantas beliau pun menggilir mereka. Ternyata yang hamil hanyalah seorang istri yang melahirkan separuh anak, lantas anak tersebut dibawa ke atas kursi Nabi Sulaiman ‘alaihissalam, lalu diletakkan di pangkuannya. Demi Dzat yang menguasai jiwaku, seandainya Nabi Sulaiman ‘alaihissalam mengucapkan ‘Insya Allah’, pastilah mereka semua akan berjuang di jalan Allah sebagai pasukan berkuda.” Hal ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan sungguh, Kami telah menguji Sulaiman.” (QS. Shad: 34)

Para nabi dan rasul yang merupakan wali-wali Allah pun masih diajarkan beradab kepada Allah untuk mengatakan insya Allah ketika mencita-citakan sesuatu, apalagi kita yang manusia biasa.

Sumber: Hiburan Orang-orang Shalih, 101 Kisah Segar, Nyata dan Penuh Hikmah, Pustaka Arafah Cetakan 1



Read more https://kisahmuslim.com/3140-para-nabi-pun-diperintahkan-mengucapkan-insya-allah.html

Anonymous said...

jadi jika org2 beriman yang kita tengok mereka x sebut insyaAllah itu, cornfirm dia syirik ke?ucap insyaAllah itu memang bagus sentiasa bermain dibibir kita org islam..tapi kalo ada sedara mara kita yg x ucap insyaAllah,cornfirmlah dia syirik walaupun itu semata2 ungkapan majazi?jgn kita berkias2 pakai penilaian sendiri..cerita yg tepat..cornfirmkah dia syirik?itu yg perlu dishare disini..

Hamka Kereta Mayat said...

terima kasih kerana menegur, isi cerita ubay ini adalah:

Bila Nabi berkata, SAYA AKAN .., maka Nabi letak perkataan InsyaAllah.. Ubay pula berkata SAYA AKAN... tiada InsyaAllah.

Jadi bezakan percakapan orang kafir dan islam bila SAYA AKAN.., maka sunnah disebut InsyaAllah.

artikel ini nak bagutahu perbezaan yakin dengan pengalaman dan yakin dengan pengirnan, Saya tak syirikan siapa siapa, saya syirkkan Ubay, firaun dan haman sahaja dalam artikel di atas. jika ada salah ayat saya yang buat tuan terasa saya syirikan pembaca, akan saya edit, sila bagitau perenggang mana. terima kasih kerana menegur.

Anonymous said...

Allah itu ada sifat jaiz bgNya..kenapa tuan sebagai hamba pula nak buat kira2 tentang hak mutlak Allah bagaimana cara Allah anugerahkan yakin pada hambanya?
antara sebab khalid alwalid masuk islam ialah atas penyaksian dia yg sentiasa gagal dalam misi nak bunuh nabi saw,dia x pernah gagal sebelum ni dlm misi nak bunuh org..antara sebab saidina umar masuk islam ialah atas penyaksian dia pada alquran..dia mahir dalam syair jadi dia tau alquran bukan tulisan manusia dan juga atas penyaksian terhadap keberanian yg x bertepi adik dia terhadap dia,padahal sebelum ni adik dia x pernah berani langsung melawan dia...ok je tuan nabi saw pun x cakap ape pun,ulamak terdahulu xda buat kira2 juga pun..kenapa tuan yg buat kira2 tentang hak mutlak Allah bagaimana cara yakin itu Allah anugerahkan?masyaAllah tuan.....
Sy bukan nak tegur tapi kongsi2..lengkap melengkapi insyaAllah..

Anonymous said...

kaedah yg tuan pakai ni pun kaedah yg janggal,yg x pernah ulamak terdahulu ajar ..iaitu tuan berbicara tentang akidah(keyakinan) tapi berhujah juga dgn dari ape yg keluar dari mulut seorang kafir/syirik(ubay bin khalaf) tentang apa itu maksud sebuah keyakinan..kalo dia yakin kat nabi saw mestilah dia dah masuk islam tuan..dia seorang pendusta tapi tuan kata dia seorang yg yakin ngan nabi saw masyaAllah..

tuan pernah dgr ada 1 aliran yg ambil kata2 firaun sebagai hujah untuk akidah?dimana dia nak selesaikan masalah akidah yg sebenarnya dah lama diselesaikan ulamak2 terdahulu,tapi dia nak selesaikan lagi sekali tentang persoalan "Allah ada dimana"..dia masukkan sekali kata2 firaun juga sebagai hujah dia...masyaAllah..
sama2 la kita hati2 insyaAllah..

ABU said...

Syirik tu dosa besar, "zulmun 'azim" (kezaliman yg besar), tak diampun Tuhan kecuali dgn taubat nasuha.
Tak ucap insyaAllah pulak, takderlah sampai syirik.
Nabi saw sendiri spt dikisahkan dlm Surah Al Kahfi kelupaan mengucap insyaAllah, adakah Nabi saw berbuat syirik ketika itu, begitu juga yg tuan kisahkan ttg Nabi Sulaiman a.s. di atas, adakah baginda Sulaiman a.s. berbuat syirik ketika itu ? Sedang para nabi dan rasul itu maksum, tidak berbuat dosa.
Bg kita semua umat Islam, semmgnya kita mengiktiqadkan, segala kejadian, segala yg berlaku, pastilah dgn Kuasa , Kehendak dan izin dr Allah swt.
Mengucapkan insyaAllah, semmgnya disyariatkan, terutama bila menyebut perkara yg belum berlaku, walaupun kita sgt yakin akan berlakunya, sbgmn teguran Tuhan terhdp Nabi kita saw dlm Surah Al Kahfi.

Anonymous said...

masyaAllah..terima kasih..
beginikan lebih jelas,tepat,tiada kejanggalan,hanya mengulang kongsikan sesuatu yg memang telah diwaris2kan dari ulamak sahaja..insyaAllah

Adi said...

Percakapan yang salah, akan menjadikan iman rosak.
Iman yang rosak, amalan akan jadi tak betul.

Pendapat saya dari cerita Ubay b Khalaf ni nak bagitau yang orang kafir pun percaya dengan apa yang Nabi SAW sabdakan. Bab dia tak beriman tu di luar bidang kuasa Nabi SAW. Kita yang dah Islam ni pulak main hantam kromoo je.

InsyaAllah kita korban masa, diri dan harta untuk agama, Allah akan bagi kefahaman agama kat kita. Hahh... Apa lagi tunggu, bagi la nama cepat!!! Hihihi

Anonymous said...

org islam lain semua hantam kromo yg x main hantam kromo hanya kamu..biase la tu..agak dah hehe

ABU (aku bukan ustaz) said...

Kafir, syirik, bid'ah dholalah (bid'ah sesat), adalah ungkapan ungkapan yg sensitif dan berbahaya. Sbb tu, selamatnya, elakkan dr menghukum, samada secara jelas atau secara kiasan.

Cerita sikit, tingkat tingkat org Islam ;

1. Yg hanya tahu mengucap, selainnya, tak tahu, tak ambil tahu, tak ambil peduli. Hukum hakam agama, ikut suka. Perkara perkara kufur bnyk yg dilanggarnya. Tp tetap mengaku Islam, tidak mengaku murtad. Status sebenar, serah pd Allah swt. Jika mati, tetap kita uruskan secara Islam, terkecuali jika telah disahkan oleh pihak berkuasa agama bahawa dia telah murtad dan terkeluar dr Islam.

2. Kadang solat, kadang tidak. Perkara kufur, bnyk juga yg dilanggarnya. Statusnya, kadang kufur, kadang Islam. Hakikatnya, serah pd Allah swt, jika mati, juga diurus sbg org Islam. Batasnya Islam dan kufur itu adalah meninggalkan solat fardhu dgn sengaja. Dan yg terbesar dr perkara kufur itu adalah syirik (syirik jali). Kategori muslim fasik.

Boleh ke kita kata kafir pd dua golongan di atas ?
Tentu sekali tidak, harus kita bezakan antara org org yg melakukan perbuatan kufur dgn org yg semmgnya sah kafir. Yg melakukan perbuatan kufur, tidak semestinya terus menjadi kafir.

Org kafir itu ;
1. Org kafir yg tak pernah mengucap syahadah, kafir asal dan mati juga sedemikian.
2. Bekas org Islam yg mengaku murtad, keluar dr Islam, masuk agama lain atau mengaku tidak lg beragama.
3. Bekas org Islam yg telah disahkan kafir, murtad, terkeluar dr Islam oleh pihak berkuasa agama.
Adapun org org yg munafik pula, diluar pengetahuan kita, mk zahirnya mrk kita anggap sbg org Islam, hakikatnya serah pd Allah swt, walau nmpk pd kita bnyk sekali ciri ciri kemunafikannya.

Insya Allah, bersambung.

ABU said...

3. Golongan org Islam ketiga, jenis yg jaga solat, kalau tertinggal pun diqada'nya, perkara perkara kufur di jauhinya. Tp kefardhuan lain kurang diberi perhatian, yg wajib bnyk juga yg tak dibuatnya, yg haram bnyk juga yg dilanggarnya. Kategori muslim yg menzalimi dirinya sendiri, yg tidak sempurna imannya, atau cacat imannya.

4. Muslim mukmin yg soleh, solat fardhu OK, syariat dipatuhi, yg haram dijauhi, yg wajib dikerjakan. Jika terlanggar atau dilanggar, mengaku kelemahan dirinya, istighfar dan taubat. Sering baca Quran, sering melazimi masjid masjid Allah swt. Disebut dlm surah Al Mukminun ciri cirinya ; 1. Khusuk solatnya, 2. Menjaga kesempurnaan solatnya, 3. Berzakat, 4. Menghindari perkara perkara yg sia sia, 5. Menjaga kehormatan diri, 6. Amanah, 7. Menepati janji.
Nabi saw pula menyebutkan mrk ini bersifat dgn sifat syukur dan sabar.

5. Muslim mukmin muttaqin ; sempurna iman, sempurna syariatnya, sentiasa bersyukur dan bersabar, sentiasa dlm keadaan berzikrullah (samada dlm keadaan berdiri, duduk atau berbaring), berakhlak mulia, disebut Nabi saw mrk yg bersikap 1. tenang, 2. tawaddu' dan 3. bersopan santun. Dicirikan Tuhan dlm surah Ali Imran ciri cirinya golongan ini ; 1. Pemurah, 2. Penyabar, 3. Pemaaf, 4. Penyantun, 5. Sentiasa taubat, 6. Sentiasa zikrullah.

6. Golongan keenam, para siddiqin, ringkasnya, aqidah, syariat dan akhlaknya ; Quran dan Sunnah ; dalam ilmu dan kefahamannya, benar aqidahnya, benar tutur katanya, benar tingkah laku dan akhlaknya bertepatan dgn Quran dan Sunnah. Golongan sebegini, benar firasatnya, bahkan benar mimpi mimpinya, tingkatan para waliullah.

Renung renungkan kelompok manakah kita ?

Anonymous said...

Assalamualaikum bro hamka. Komen saya ni takder kena mengena dgn entri ni. Perasan sibuk dok dang nok baca agi (hoh, tubik doh teganu dia). Pernoh komen kt sini berthn2 dulu pasal cara nak rehatkan mata lps lama mengadap komputer (kalo ingtla). Skrg xtulih blog dh cuma br ada keberanian nk baca blog lama www.nasikputih01.blogspot.com. Jgn mntk komisen plok ltk name blog kt sini. Saje je. Cume nk ucap tahniah dh byk berjaya siap ada buku semua skrg..drpd faceless dh expose diri. Good job! Keep up the good work! Kalo free sggh2le IG saya @raja_latifah. Wassalam.

Anonymous said...

Assalam

Insyallah azam 40 hari cuti sekolah

Khalid
P/s: berapa kali azam da...

Awliya Collections said...

TERIMA KASIH TUAN ATAS PENULISAN..... hanya redha Allah matlamat penulisan kita..alhamdulillah....

Anonymous said...

https://egyptianstreets.com/2017/02/13/drinking-liquor-without-getting-drunk-not-sinful-islamic-scholar/
Komen?

Anonymous said...

Antara cirinya hamba Allah swt yg dikasihiNya, berlapang dada, bersedia mendgr pelbagai pandangan, dan memilih yg terbaik antaranya utk diikuti.

"...maka gembirakanlah hamba hambaKu, (iaitu) org org yg mendengarkan perkataan perkataan, maka mrk mengikuti yg terbaik antaranya, mrk itulah org org yg diberi petunjuk oleh Allah (swt), dan mrk itulah org org yg berakal sempurna." 39:17-18.

Anonymous said...

pernah dengar kisah yg agak popular..kesah raja habib kalo x salah..dia mintak nabi saw belah bulan dulu, kalo nabi saw bleh buat(atas izin Allah) baru dia masuk islam..lalu lepas dia dapat saksikan bulan masuk ikut lengan baju nabi saw dan terbelah dia pun bersama pengikut dia lebih kurang 1ooo org semua mengucap dua kalimah syahadah masuk islam..
nabi saw xda komplen langsung keislaman dia atas pengalaman penyaksian tu pun..

Anonymous said...

"Sebaik baik perkataan adalah Kitabullah, dan sebaik baik hadis adalah Hadis Rasullillah." Masalah hukum yg ada dalil jelas dlm Quran, atau Hadis yg sahih, mk tidak ada ijtihad atau pendapat yg terpakai. Begitulah kita diajari oleh guru guru kita.

Anonymous said...

Firaun ni tak nak ikut nabi atau rasul yang didatangkan dizamannya..
Allah dah berfirman siapa ikut rasul sesungguhnya ia ikut Allah
yang kita sekarang ni nabi dah tak dak rasul pun tak jumpa, macamana nak sama dengan firaun mungkin silap hari bulan kita duduk dibelakang firaun

Rosli Ahmed said...

Saya banyak syirik lagi. Saya syirikkan (sekutukan) Allah dengan hawa nafsu saya. Saya ucap Allahuakbar (Allah Maha Besar) tapi saya masih besarkan dan dahulukan kehendak hawa nafsu saya. Bila waktu sepertiga saya utamakan nafsu tidur dari Allah, bila lapar saya utamakan nafsu makan sampai sengkak dari kesukaan Allah dan Rasul yg suka kalau berhenti sebelum kenyang...
Saya banyak syirik dalam beribadah kepadaNya.
Saya yg kena banyak korban dulu...korban sampai Allah betul2 Maha Besar dalam hati. Kalau benar Allah Maha Besar dalam hati saya takkan lah saya dapat dipalingkan dari selain Allah yg Maha Besar. Adakah yg lebih besar dari keagungan Allah?

Saya pensyirik,
Rosli K

Anonymous said...

Allah xda sekutu..ko yg meracau..
hawa nafsu makan ko pun tergamak ko ganding2kan dengan Allah...hawa nafsu tidur ko pun tergamak ko ganding2kan dengan Allah masyaAllah...Allah tiada sekutu tandingan gandingan..lagi elok ngaji dulu bab tauhid Ahlussunnah sebelum kita kongsikan sesuatu ikut nafsu,padahal ape yg kita cakap tu perlu dirinci dalam dan hati2..
utk pengetahuan ko kalo ko makan 18
pinggan dan tidur 7hari 7malam sekalipun..Allah maha esa juga..yg ko ganding2 nafsu makan ko ngan Allah wat pe..
mintak doa banyak2 supaya Allah bantu kita makan tidur ikut syariat dan sunnah la..xdala sampai perlu ko ganding2 tido n makan ko dgn Allah...
Allah tiada sekutu tandingan gandingan..
ko x malu ke?masyaAllah..