Jun 28, 2016

Allah Kuasa, makhluk Tak ada Kuasa?

(Kau menguasai selautan… Yang tersembunyi di genggaman… Nafi dan isbat kau sandingkan… Sebagai tali pegangan…. Damasutra)

gambar sekadar hiasan

Allah kuasa, makluk tak ada kuasa…

Ramai orang pakai kalimah ini di tempat atau cara yang salah…

Jika anak kita tak pakai helmet dan belum berlaku kemalangan, Alhamdulillah. Jangan berlagak dengan takdir Allah lalu pos dalam Facebook gambar anak naik motor tak pakai helmet siap tulis, “Allah berkuasa, helmet tak ada kuasa”

Salah cara guna gambar dan kalimah tu bro..

Bayangkan jika zaman dulu ada internet, lepas tu ada orang tak nak tambat unta sebab jinak, lalu ambik gambar unta tanpa ikatan tali dan update facebook:

“Allah berkuasa, tali tak ada kuasa”

Salah tu bro, Nabi ikat dulu unta, baru bertawakal.

Jadi balik bab vaksin, Doktor pakar bagitahu aku, vaksin ni macam helmet.

Kita orang islam, memang betul jangan yakin dengan makluk, helmet, vaksin itu semua makhluk, jika kita yakin helmet atau vaksin boleh selamatkan anak kita, kita dah syirik dengan Allah.

Namun dalam Islam ajar, jangan menolak asbab, sebab usaha pun perintan Allah, tawakal selepas usaha pun perintah Allah. Sebab tu zaman Nabi perang pakai baju besi, walaupun mereka sedar baju  besi takde kuasa, Allah sahaja yang berkuasa, tapi itulah perintah Allah, iaitu jangan tolak asbab, usaha guna akal, dan tawakal selepas usaha.

Bro boleh hujah, ada juga orang yang pakai helmet meninggal waktu kelamangan, namun  data menunjukkan peratusan orang yang tak pakai helmet lebih terdedah kepada kematian selepas kemalangan. Sebab tu kerajaan wajibkan pakai helmet.

Kita orang islam naik motor pakai helmet, takde bisikan dalam hati nak sembah helmet dan yakin 100% dengan helmet, waktu pakai kita boleh ucap: helmet takde kuasa, hanya Allah yang berkuasa, kita ucap lepas pakai helmet tau, bukan ucap sambil tak pakai helmet, itu yang silap.

Aku cucuk anak aku vaksin, lepas cucuk aku bagitahu korang semua, Allah berkuasa, vaksin tak ada kuasa, jika Allah nak takdirkan anak aku kena penyakit berjangkit selepas di vaksin, aku berserah kepada Allah, aku bertawakal kepadanya, sebab Allah Kuasa, makhluk tak ada kuasa. Aku redha dengan keputusan Allah selepas aku berusaha, bukan aku berserah tanpa apa apa usaha.

Pernah zaman aku belajar agama dulu, ada sorang budak Pakistan ni demam, tok guru cakap kat budak tu, pergi solat hajat mintak sembuh dengan Allah, lepas solat hajat, tok guru bagi budak Pakistan tu makan Panadol, mula mula budak tu tak nak, katanya dia dah solat hajat, Allah berkuasa makhluk tak ada kuasa, selamba tok guru (amirsab) tu sound, perintah Allah suruh orang kaya sedekah kat orang miskin, jadi perintah Allah atas diri saya yang sihat, bantu kamu yang sakit, makan penadol ni, Allah berkuasa, penadol takde kuasa, makan dan bertawakkallah!

(lepas makan panadol, budak tu sihat dan terus sambung pelajaran dengan jayanya- semua dari Allah)

Jadi kepada korang semua, nak guna kalimah “Allah berkuasa, makhluk tak de kuasa” biar kena dengan tempatnya, iaitu untuk nafi asbab, dan isbat hanya pada Allah selepas usaha yang betul.

Jadi bila anak kita nak naik motor, pakaikanlah mereka helmet, tapi jangan yakin pada helmet, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah berkuasa, helmet langsung tak ada kuasa.

Sama jugak dalam dunia yang banyak kuman dan virus merebak, gunalah vaksin, tapi jangan yakin pada vaksin, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah berkuasa, vaksin langsung tak ada kuasa.
La Illa Ha IllALLAH!

Ps: Orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, orang yang tolak asbab adalah jahil, Sunnah adalah guna asbab dengan yakin yang betul, macam Nabi pakai Helmet besi waktu perang. Wallahu’lam.



Post a Comment