Jun 28, 2016

Allah Kuasa, makhluk Tak ada Kuasa?

(Kau menguasai selautan… Yang tersembunyi di genggaman… Nafi dan isbat kau sandingkan… Sebagai tali pegangan…. Damasutra)

gambar sekadar hiasan

Allah kuasa, makluk tak ada kuasa…

Ramai orang pakai kalimah ini di tempat atau cara yang salah…

Jika anak kita tak pakai helmet dan belum berlaku kemalangan, Alhamdulillah. Jangan berlagak dengan takdir Allah lalu pos dalam Facebook gambar anak naik motor tak pakai helmet siap tulis, “Allah berkuasa, helmet tak ada kuasa”

Salah cara guna gambar dan kalimah tu bro..

Bayangkan jika zaman dulu ada internet, lepas tu ada orang tak nak tambat unta sebab jinak, lalu ambik gambar unta tanpa ikatan tali dan update facebook:

“Allah berkuasa, tali tak ada kuasa”

Salah tu bro, Nabi ikat dulu unta, baru bertawakal.

Jadi balik bab vaksin, Doktor pakar bagitahu aku, vaksin ni macam helmet.

Kita orang islam, memang betul jangan yakin dengan makluk, helmet, vaksin itu semua makhluk, jika kita yakin helmet atau vaksin boleh selamatkan anak kita, kita dah syirik dengan Allah.

Namun dalam Islam ajar, jangan menolak asbab, sebab usaha pun perintan Allah, tawakal selepas usaha pun perintah Allah. Sebab tu zaman Nabi perang pakai baju besi, walaupun mereka sedar baju  besi takde kuasa, Allah sahaja yang berkuasa, tapi itulah perintah Allah, iaitu jangan tolak asbab, usaha guna akal, dan tawakal selepas usaha.

Bro boleh hujah, ada juga orang yang pakai helmet meninggal waktu kelamangan, namun  data menunjukkan peratusan orang yang tak pakai helmet lebih terdedah kepada kematian selepas kemalangan. Sebab tu kerajaan wajibkan pakai helmet.

Kita orang islam naik motor pakai helmet, takde bisikan dalam hati nak sembah helmet dan yakin 100% dengan helmet, waktu pakai kita boleh ucap: helmet takde kuasa, hanya Allah yang berkuasa, kita ucap lepas pakai helmet tau, bukan ucap sambil tak pakai helmet, itu yang silap.

Aku cucuk anak aku vaksin, lepas cucuk aku bagitahu korang semua, Allah berkuasa, vaksin tak ada kuasa, jika Allah nak takdirkan anak aku kena penyakit berjangkit selepas di vaksin, aku berserah kepada Allah, aku bertawakal kepadanya, sebab Allah Kuasa, makhluk tak ada kuasa. Aku redha dengan keputusan Allah selepas aku berusaha, bukan aku berserah tanpa apa apa usaha.

Pernah zaman aku belajar agama dulu, ada sorang budak Pakistan ni demam, tok guru cakap kat budak tu, pergi solat hajat mintak sembuh dengan Allah, lepas solat hajat, tok guru bagi budak Pakistan tu makan Panadol, mula mula budak tu tak nak, katanya dia dah solat hajat, Allah berkuasa makhluk tak ada kuasa, selamba tok guru (amirsab) tu sound, perintah Allah suruh orang kaya sedekah kat orang miskin, jadi perintah Allah atas diri saya yang sihat, bantu kamu yang sakit, makan penadol ni, Allah berkuasa, penadol takde kuasa, makan dan bertawakkallah!

(lepas makan panadol, budak tu sihat dan terus sambung pelajaran dengan jayanya- semua dari Allah)

Jadi kepada korang semua, nak guna kalimah “Allah berkuasa, makhluk tak de kuasa” biar kena dengan tempatnya, iaitu untuk nafi asbab, dan isbat hanya pada Allah selepas usaha yang betul.

Jadi bila anak kita nak naik motor, pakaikanlah mereka helmet, tapi jangan yakin pada helmet, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah berkuasa, helmet langsung tak ada kuasa.

Sama jugak dalam dunia yang banyak kuman dan virus merebak, gunalah vaksin, tapi jangan yakin pada vaksin, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah berkuasa, vaksin langsung tak ada kuasa.
La Illa Ha IllALLAH!

Ps: Orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, orang yang tolak asbab adalah jahil, Sunnah adalah guna asbab dengan yakin yang betul, macam Nabi pakai Helmet besi waktu perang. Wallahu’lam.



18 comments:

Anonymous said...

Bulan puasa ini macam-macam lak isu yang timbul. Dari isu asb, zakat hinggalah ke isu vaksine yang menyebabkan umat islam berpecah belah. Apa komen Tuan Keretamayat tentang kesatuan umat islam pada zaman ini?

Anonymous said...

salam...begitu juga x pakai seatbelt ketika memandu.... anyway kuapsan yg bernas...

ASWAJA said...

"....Telah dijadikan Allah (swt) bagi setiap sesuatu akan takdirnya." 65:3.

Segala ilmu dunia, dgn hukum hakamnya, hukum newton ke, hukum archimedes ke, hukum faraday ke, bernouli ke, semuanya Allah swt yg ciptakan. Mrk mrk tu cuma yg mengkaji sahaja. Begitu juga dgn ilmu perubatan, hukum hukum asbab dan musabab, semuanya Allah swt juga yg menciptakan, semuanya terjadi dgn kuasa dan kekuatan dr Allah swt, atas kehendaknya juga.

Qadha' itu dgn Kehendak dr Allah swt, yg pasti terjadi.
Qadr itu dgn Kuasa atau Quwwah dr Allah swt, termasuk pdnya hukum asbab musabab.

WaAllahu'alam !

cinta said...

Like.

ada sedikit info tambahan yg mgkin berguna.
ank2 sy semua diberi vaksin termasuk vaksin optional (pneumococal) kecuali rotavirus.
utk ibu bapa yg berada di kawasan yg tiada wabak rotavirus telah difatwakan haram. Boleh rujuk sini
http://drzubaidi.com/blog/keperluan-vaksin-rotavirus/
atau ke laman web e-fatwa.

utk pneumococal adalah digalakkan w/pn not commpulsory sbb terdpt peningkatan kes akhir2 ini. Boleh tanya dr2.
Cuma yg xbest psl pneumococal ni adalah kosnya yg tinggi. Kena amik 4 dos ikut schedule. 1 dos harganya rm280 (seingat saya).

Sekian. Harap info ini membantu. Rajin2 bertanya pada yg pakar. Bkn tanya mak jemah. Hehe.

nazrul ali said...

cool entri hamka..
ramai sgt yg salah guna kalimat tu

Damiamikhaila said...

Terbaikk...

nawarzara said...

aku suka entry ni, tawakal tanpa usaha memang sia-sia. Paling penting kesian dekat anak-anak.

ASWAJA said...

Baca Ayatul Qursi menjauhkan gangguan makhluk jahat,
yg jauhkan makhluk jahat Allah swt, bukan ayat Qursi, baca ayat Qursi tu asbab, sbb itu yg Nabi saw ajar.

Masuk Syurga tu dgn iman dan amal soleh, tp yg masukkan kita ke dlm Syurga tu adalah Allah swt, bukan iman dan amal soleh, iman dan amal soleh tu asbab sahaja.

Makan panadol, demam kebah, tp yg kebahkan demam tu Allah swt bukan panadol, panadol tu asbab sahaja.

Begitulah pemahaman ttg Qadr Allah swt.

Mohd said...

Assalamualaikum. Ape yg diorg buat tu semuanya dah ditentukan Tuhan. Kenapa Allah buat mcm tu? Sbb nak jadikan contoh kpd org2 yg mahu berfikir. Wallahualam. Lahawlawalaquwwataillabillah. Saya tak berkuasa. Allah Maha berkuasa. Yg suruh taip ni pon Allah jugak. Hehehe. Assalamualaikum.

mukabuku said...

power la kereta mayat

Anonymous said...

Kupasan yang bernas. Terlalu ramai antivaxx ni menunggang agama semata2 nak puaskan hati memasing sebagai antivaxx. Lepas ni apa lagi isu yang antivaxx ni nak belit.

Dr Anon said...

Penemuan vaksin adalah rahmat Allah swt pd umat akhir zaman, begitu juga penemuan ubat ubatan dan kaedah rawatan moden, walaupun penemu dan pelopornya bukan dr kalangan umat Islam, tp manfaatnya meliputi juga umat Islam.

Walau pun keberkesanannya bukan seratus peratus, tp kajian mendapati ia berjaya mengurangkan rebakan, penularan dan insiden penyakit berjangkit dgn signifikan. Sejenis penyakit, cacar air atau smallpox yg mempunyai kadar mortaliti / kematian yg tinggi telah berjaya dihapuskan. Begitu juga insiden penyakit polio telah berkurangan dgn sgt signifikan.

Anak anak saya sendiri saya vaksinkan dgn vaksin chickenpox sbg vaksin tambahan, ketika anak anak jiran bnyk yg dijangkiti chickenpox, Alhamdulillah anak anak saya tidak terjangkit.

Vaksinasi adalah usaha dan ikhtiar kita utk mengurangkan risiko terjangkit penyakit penyakit berbahaya. Bukankah usaha dan ikhtiar utk kekal sihat itu juga adalah disarankan dlm Islam. Cuma yg membezakan kita dgn org bukan Islam, setelah berusaha, tawakkal kita kp Allah swt, sedangkan org org bukan Islam bergantung sepenuhnya kpd usaha dan ikhtiar mrk berkenaan.

Soal halal haram kita serahkan pd pihak berkuasa yg mempunyai ahli ahli yg lbh arif ttgnya. Jgn sampai, kerana tak sesuai dgn kehendak kita, kita memandai mandai menuduhnya haram tanpa ilmu.

Anonymous said...

assalamualaikum..
kalo kita belajar tauhid ahlisunnah(asyairah/maturidiah)..
insyaAllah kita x salah paham hal berkaitan bab tauhid ni..
(Allah kuasa makhluk xda kuasa)..

sebab datangnya rumusan(asyairah/maturidiyah) tauhid org2 terdahulu (ahlisunnah) ni tertakdir masa tu untuk lawan pegangan tauhid lain yg dah tersasar dari tauhid org2 terdahulu(ahlisunnah) dan telah menjadi pegangan org ramai waktu tu, seperti tauhid muktazilah,tauhid jabariah dan sewaktu dengannya..

bukan baru sekarang ni je berlaku salah paham bab tauhid ni..dulu2 lagi dah jadi dah hal ni..

jadi semoga kita sesama ulangkaji balik la ye bab tauhid ahlisunnahwaljamaah ni insyaAllah...















Anonymous said...

Kump kump yg berlawan arus ni, antivaks, wahabi, anti hadis, menonjolkan satu penyakit hati yg berbahaya, ego terlebih. Semmgnya sukar nak terima pendapat yg berlawanan, so tak guna layan.

weschairs said...

Penerangan yang sangat baik.. :)

hamka said...

Anonymous : umat pecah 73, satu sajer masuk syurga, maka hendaklah masing masing dakwah dengan hikmah, jangan kafir dan sesatkan orang, insyaAllah, dakwha dengan hikmah ada kejayaan.


ASWAJA: WaAllahu'alam !

cinta: terim kasih cinta, Apa yang mak jemah buat sama kamu itu jeeeehaaaaaaaaaaaaat!

nazrul ali; tu lah tu!

DamiaMikhaila; like!

Mohd : waalaikumusalam

mukabuku: Allah bagi power, kereta mayat tak de kuasa. huhu
power la kereta mayat

Dr Anon: make sense! terbaik!

Anonymous : insyaAllah...

weschairs said: terima kasih

Anonymous said...

Hanya Allah berkuasa, makhluk tiada kuasa
Helmet xda kuasa
Panadol xda kuasa
Tanpa helmet ..kepala kena lenyek dgn 10 lori pun takkan berkecai
Tanpa panadol...1 billion manusia pun boleh baik dari demam


Seseorg boleh hidup selama 1000 tanpa makanan (bukan mknn yg bagi tenaga, nyawa)

Tapi kerana Perintah Allah
Kita pakai helmet
Makan panadol
Makan utk hidup

Di syurga
Seseorg boleh hemtam kpla di tangga selama 1000 thn ...tanpa luka apapun ..bahkan berasa nikmat

Makan sebanyak manapun.. selama beribu tahun tanpa perlu buang air

Keyakinan Allah Maha Kuasa ada pada semua tempat ,keadaan dan situasi

Jika seseorg telah mencapai tahap keyakinan yg tinggi...dia menggunakan asbab hanya krn perintah semata2

Api tidak membakar Ibrahim a.s.
Berada didalam perut ikan tidak membinasakan Yunus a.s.
Lautan tidak menenggelamkan Musa a.s. dan kaumnya

Kuasa Allah meliputi seluruh makhluk
Helmet, penunggang ,motor, semua kereta2
Dimuka bumi, jln raya, syaitan,malaikat..
Virus, ubat, organ2 tubuh..
Kemalangan/ kecelakaan, kebaikan

Yang baik,yang buruk semuanya dtg dariNya

Tiada yg memberi Manfaat & Mudharat(kecelakaan) melainkan Allah

Anonymous said...

Benar