Jul 1, 2016

Iktikaf di masjid, bagaimana?

(KISAH LAKI BINI DI BULAN PUASA VERSI RARE)

Petikan E Book Kisah Laki Bini dan Puasa-ms 179

Aku senyum. Bini senyum.

Aku angkat kening. Bini angkat kening juga.

Aku buat muka kartun. Bini pun sama ajuk.

Aku gelak tanpa suara. Bini gelak tutup mulut.

Aku buat flying kiss. Bini sambut flying kiss.

Aku lambai tangan bye bye. Bini pun melambai bye bye.

Aku kenyit mata. bini pun sama membalas kenyitan.

“Kau buat apa tu Hamka?” tegur ustaz, lantas aku cepat cepat sembunyikan Smartphone yang ada aplikasi video.

“iktikaf di masjid jangan main video call dengan bini, hilang maksud dan pahala..”

Woha!

Duduk di rumah berdua-dua-an bagi Laki Bini agak merbahaya kepada bot bot kecil walaupun bini sudah akur dengan memakai tudung penuh dalam rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, tetapi godaan untuk menyelak kain bini tetap datang yang membuatkan aku mengambil keputusuan untuk beriktikaf di siang hari.

Lagipun beriktikaf di akhir ramadhan adalah Sunnah Nabi, dan Alhamdulillah, ada ustaz mahu buat program beriktikaf di masjid selama beberapa hari maka dapatlah aku tumpang beriktikaf di sisi orang alim, bertambah beruntung lagi kepada mereka yang beritikaf di akhir ramadhan adalah kepastian mendapat ganjaran seribu bulan kerana beribadat di malam qadar. Bonus seribu bulan tu!,

Menurut hadith yang lain pula, satu hari beriktikaf di masjid akan di jauhkan dari api neraka sejauh tiga parit, yang mana jarak satu parit adalah seperti langit dan bumi, manakala mereka yang tidak beriktikaf di masjid dan lebih suka tidur di rumah bersama bini, hanya mendapat satu ‘parit’ sahaja…, adohai.

Namun, perlu di ingat, duduk beriktikaf di rumah Allah ada banyak pantang larang dan Adab susila, kerana.., alahai jika mahu pergi ke rumah PM pun ada adab tertentu, mahu pergi jumpa Raja pun ada adab tertentu, apatah lagi mahu pergi duduk di Rumah Allah, Raja segala Raja, lagi lagilah kena beradab!

Maka di sini, aku ringkaskan 30 ADAB MASJID yang perlu orang islam tahu sebagai panduan bersama.

30 ADAB MASJID

1. Pastikan masuk masjid melangkah dengan kaki kanan, di padang mahsyar kelak ada disediakan tempat khas untuk pemimpin yang adil di bawah arasy yang mulia, maka anda sebagai pemimpin pada anggota badan ditubuh badan, pastikan ‘rakyat’ kita tidak di zalimi, iaitu masuk tandas kaki kiri dan keluar tandas kaki kanan, masuk masjid kaki kanan keluar masjid kaki kiri.

2. Pastikan kita tidak berhadas besar atau kecil semasa berada dalam masjid…. Makruh berhadas kecil dan terus duduk dalam masjid, manakala haram jika berhadas besar tapi selamba masuk ke masjid!

3. Jangan lupa bacadoa ketika Masuk Masjid.
"ALLAHUMMAF TAHLI ABWAABA RAHMATIKA”
(Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu)

4. Terus niat beriktikaf, jika tidak tahu boleh rujuk sign board di bahagian depan masjid, biasanya ada, jika tidak ada pergi tanya AJK masjid, kenapa tidak ada?, masukkan keperluan papan niat beriktkaf di dalam mesyuarat selepas isyak malam ini juga. Ingat! Tidak boleh makan dan minum serta tidur dalam masjid melainkan dengan niat beriktikaf.

5. Buat solat tahiyatul Masjid, jika tidak pandai, terus bertanya kepada AJK masjid, patut mereka tahu, jika tidak tahu, boleh gugurkan nama AJK masjid yang tidak berguna itu. Adohai.

6.Seandainya ada majlis ugama sedang berlangsung dalam masjid seperti ceramah ugama, tidak perlu solat sunnat lagi, sebaiknya, terus duduk dalam majlis ceramah, dan jangan bagi salam kepada orang yang sedang berceramah, pendek kata jangan ganggu majlis zikrullah tapi sertailah majlis zikrullah.

7. Jangan bersolat di belakang atau di depan pintu, perbuatan ini akan menyusahkan dan membebankan orang untuk melintas - pakai otak sikit!

8. Jika anda mahu bertasbih, jangan sampai mengganggu orang yang membaca Al-quran dengan zikir yang kuat. Allah Maha Mendengar.

9. . Jika anda mahu membaca Al-Quran, jangan sampai mengganggu orang yang sedang solat sunat dengan merdunya suara anda kononya. Bacalah untuk Allah kerana Allah Maha Mendengar.

10. Jika anda mahu bersolat sunnat jangan sampai mengganggu orang yang sedang tidur dengan niat beriktikaf.

11. Arghh, pendek kata, semua jangan ganggu antara satu sama lain, boleh insyaAllah?

12. Dalam masjid, Sebelum tidur pastikan ada alas tidur, al- Maklumlah bila tidur macam macam cecair boleh keluar seperti air liur basi, air mani dan air tulang belakang. Aku cukup tidak setuju melihat papan tanda yang menulis, “dilarang tidur dalam masjid” kerana ini bertentangan dengan Sunnah Nabi, sepatutnya mereka tulis, “dilarang tidur tanpa alas”.

13. Jika mahu makan pastikan ada alas makananan(saprah). Sangat berdosa mereka yang sengaja mengotorkan masjid.

14. Masuk bab jangan mengotorkan masjid, maka jangan sikat rambut/potong kuku/korek hidung/korek telinga/cabut bulu ketiak dan lain lain aktiviti yang boleh mengotorkan masjid.

15. Tidak boleh membuat bunyi yang ada unsur muzik dalam masjid seperti bertepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul, bergendang, main gitar dan lain lain.( ring tone telefon perlulah dalam mod bisu.

16. Jangan alih barang atau buat hiasan dalam masjid sesuka hati seperti alih jam dinding, alih almari buku. alih kayu ktubah, ianya akan meyusahkan AJK.., pendek kata kena minta izin dari pihak AJK jika mahu membuat hiasan dalaman atau luaran, jika mahu cas telefonpun jika boleh, mintalah izin atau terus sedekah wang dalam tabung masjid.

17. Jangan melunjurkan kaki ke arah kiblat, atau masa berceramah atau masa tidur, perbuatan itu adalah tidak sopan.

18. Terima kasih kerana tidak meniarap dalam masjid.

19. Sekiranya tidur dan mimpi bersetubuh lalu terpancut air mani, kena berambus dari masjid cepat cepat. Haram duduk dalam masjid dalam keadaan hadas besar, sesudah mandi di kolah masjid baru boleh masuk sambung tidur jika subuh belum masuk.

20. Dari jendela masjid, tidak elok meludah ke arah kiblat.

21, Tidak boleh berniaga dalam masjid, jika mahu jual barang, sila keluar dari masjid.

22. Tidak boleh membuat pengumuman mencari barang hilang dalam masjid, tetapi boleh membuat pengumuman barang jumpa di waktu yang sesuai.

23. Tidak di galakkan membawa kanak-kanak bawah umur beriktikaf di masjid..

27. Jika mahu keluar dari masjid maka ucapkanlah :

"ALLAHUMMA IN-NI AS ALUKA MIN FADLIKA”
(Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu dari karunia-Mu)

28. jika mahu tegakkan ugama islam, bermesyuaratlah di masjid, bukannya di balai raya, atau di kedai kopi.

29. Banyakkan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat ketika beriktikaf.

30. Jangan main video call dengan bini waktu iktikaf, tak payah gelojoh sangat. Adohai.

Sekian, beberapa adab Masjid, hari ini baru belajar adab, jadi balik rumah dahulu, besok saya akan datang bersama alas tidur dan kelengkapan sembahyang, saya bersedia, anda bagaimana?

Insya-Allah.


(Copy Paste dari Ebook Kisah Laki Bini dan Puasa, cerita dari Syaaban hingga 6 Syawal-RM10-email atau pm untuk detail, 280ms)

5 comments:

Anonymous said...

yang no 14 tu boleh jelaskan tak ?? setahu saya, kalau tidur kaki memang di sunat kan lunjurkan arah kiblat tak kira dalam masjid atau rumah sendiri ..

Abdullah Aziz said...

Disunatkan bagi seorang yg dah jadi mayat. sekian. Wallahuaklam.

Sizuka San said...

Salam encik kereta mayat. Saya dah beli buku menangkap dajjal di waktu dhuha. Saya nak komen lah sikit. Rupanya ustaz alyas aliasak dlm buku to encik merujuk pada ustaz azhar idrus ya.? Sbb ada 1 bahagian dlm buku to ttg sorg ustaz komen pasal org pegi bulan. Saya pon search la ustaz azhar punya ceramah2 kt youtube dan saya jumpa la ceramah dia. Sebijik mcm ayat2 encik dlm buku to. Tapi kan, banyak jugak encik mengutuk ustaz "alyas alisak" to kan. Boleh saya tanya encik ni kerja apa.? Sebab encik ni arif ttg semua perkara. Perkara agama dan perkara sains. Encik ni profesor di universiti mana2 ke.? Atau ustaz yg mempunyai buku2 agama.? Saya nak search hasil kerja encik. Selain di blog ni. Terima kasih jika sudi membalas. Sekian.

Hamka Kereta Mayat said...

bab adab tidur, dalam hadis nabi tidur lambung kanan. tiada hadis yang suurh lunjur kaki ke arah kiblat, tapi ada hadis suruh muliakan kiblat, ada ustaz cakap, perbuatan lunjur kaki dan kaangkag ke arah kiblat waktu tidur adalah tidak sopan, (kesuali oran sakit nak solat)

dalam isjtikan tabligh, tidur dengan cara kepala ke kiblat amat efectif dalam susuna saf, dan solat malam, terutama waktu orang ramai, sampi berjuta juta, wallahu'lam

Hamka Kereta Mayat said...


Abdullah Aziz

Solat mayat.. huhuhu

Sizuka San

Alias aliasak bukan merujuk pada ustaz azhar idrus, watak itu hanyalah ciptaan dan tak ada kena mengena dengan sesiapa, jika terkena, adalah kebetulan semata mata, salah satu karektor alias aliasak, mengajar bab dajjal dengan fahaman yang salah, ustaz azhar isrus tidak mengajar macam tu.

jika nak kaji karya saya yang lain, boleh rujuk 7 buku lagi, tengok tepi side blog ini. terima kasih kerana sudi membaca buku menagngkap dajjal di waktu dhuha