Mar 29, 2016

Apa kelebihan Mesyuarat?

(kisah surat paling sedih aku terima selepas mesyuarat)

Dalam kehidupan seharian, jika rujuk kepada agama Islam, dalam membuat apa-apa keputusanpun seeloknya di buat dengan mesyuarat, Nabi dah ajar sahabat bermusyuarat, dalam quran ada surah khas tentang mesyuarat, Surah Asy-Syuraa, yang diturunkan di Makkah, surah yang ke-42 dalam al-Quran, mengandungi 53 ayat.

Dinamakan surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), kerana pada ayat 38 ada diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji dan diredhai Allah Taala ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.

Bayangkan, dalam zaman wahyu belum berhenti, Nabi masih bermesyurat dengan sahabat, apatah lagi kita yang hidup di zaman wahyu dah tak ada, lagi lagi perlu kepada mesyuarat.
Kelebihan mesyuarat berdasarkan petikan hadis:

“Tidak akan menyesal orang yang istikharah. Tidak akan rugi orang yang bermusyawarah (HR Ath-Thabrani)

So, kenapa tak luangkan masa untuk mesyuarat sedangkan ianya termasuk dalam ibadat?

Dan mesyuarat pula ada tertib dia, ada adab dia, tak boleh guna cara yahudi, aku pernah joint mensyuarat parti politik, ada ustaz politik ni, bila mesyuarat nak tegakkan islam, tapi mesyuarat tak ikut tertib islam, siapa pandai cakap dialah ke depan, sering ada yang tekan hujah dan hina hujah orang lain, potong cakap dah biasa terjadi, kadang kadang bila tak setuju dengan cadangan orang lain boleh pulak serang peribadi, adohai…

Dan akhir sekali bila buat keputusan guna cara angkat tangan, kira dan hintung, last! majority menang walaupun salah, mesyuarat nak tegakkan islam tapi tak ikut cara islam, patutlah banyak fitnah yang datang, apa lagi nak di kata.?

Belum habis lagi, Lepas keputusan di buat, yang di hina dan di tolak cadangan akan cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, bila keputusan itu bagi emej buruk maka yang ini tadi, akan melompat gembira dan ejek balik, "itulah kamu dulu aku dah cakap"… "kalaulah kamu ikut taklah jadi bodoh camni," itu ini begitu begini!!

Tapi jika yang bagi cadangan itu tengok kesan yang berjaya, mulalah perasan bagus, saya dah berjaya buat rakyat percaya dengan kita, saya dah berjaya buat orang boikot piliharaya.. saya dah berjaya buat orang takut dengan kita, saya dah berjaya buat itu-ini , bla-bla-bla…., riaklah pulak!

Ok stop, kena serius sikit.

Jadi macam mana nak mesyuarat cara islam.

Mudah sahaja, dalam mesyuarat keputusan amir(ketua) adalah muktamad, dan keputusan mestilah berdasarkan Fatwa dan Takwa, bukan berdasarkan majority dan minority..

Dalam mesyuarat tak boleh tekankan hujah kecuali amir izinkan.

Dalam mesyurat tak boleh potong cakap orang, kena minta izin amir dulu.(macam dalam mahkamah, mintak izin yang arif)

Dalam mesyuarat tak boleh hina hujah orang lain.

Dan Amir kena buat keputusan mengikut kekuatan jemaah, bukan dengan jazbah(semangat) amir atau sorang dua sahaja..

Bila amir buat keputusan, tak boleh komplen, kerana segala yang berlaku adalah dalam takdir Allah.(rukun iman yang ke 6)

Sekiranya Amir terima cadangan kita, kena istigfar, takut jadi fitnah pada ugama..

Sekiranya Amir tolak cadangan kita, kena bersyukur, sudah selamat kita dari fitnah ugama..

Tak ada doa khusus dalam mesyuarat, boleh selawat sewaktu amir nak buat keputusan, hujung majlis boleh tutup dengan tasbih kafarah, dan jangan lupa catat segala isi mensyuarat. Dokumentasi juga adalah Sunnah.

Banyak lagi adab, sila rujuk ustaz dan kitab. Jika malas, boleh tanya pada orang tabligh yang beriktikaf sebab mereka hari hari mesyuarat. Insya-Allah.

Mengakhiri cerita, mesyuarat bukan setakat di opis atau masjid, balik kepada kehidupan laki bini, elok sangat bermesyurat dalam buat apa apa keputusan terutama hala tuju belanja rumah tangga dan aktiviti hujung minggu.

Laki jadi amir, bini dan anak-anak boleh bagi syor(cadangan) yang terbaik. Hujung minggu nak buat apa, bila nak balik kampung, bila nak keluar berdakwah, bila nak promosi buku, bila nak melancong, dan sebagainya.

InsyaAllah, bila mesyuarat cara Nabi, selain dapat pahala, dapat juga keberkatan.

Pendek cerita, semalam, anak perempuan aku umur 9 tahun, joint mesyurat kami laki bini, kebetulan waktu itu kami sedang bincang tentang hutang rumah tangga, seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang yuran anak sekolah, hutang sewa homestay, hutang kedai buku sewa ruang, hutang dengan penerbit, hutang dengan adik beradik, dan lain lain. Jelas Nampak riak kebimbangan pada wajah anak aku bila sedar jumlah hutang kami laki bini. Katanya:

“adik N hajat nak mesyuarat untuk beli pensil picit baru, tapi nampak ayah banyak hutang, tak jadilah, yang lama tu calar jer, bukan rosakpun”

Kami senyum tengok telatah anak perempuan kami, baguslah tak minta beli pensil baru, Nampak tak keberkatan dalam mesyuarat? He he.

Pagi tadi sebelum beliau pergi sekolah, anak perempuan aku bagi surat berbungkus dengan Cleartape, agak tebal surat beliau dengan pesanan:

“baca bila tiba tengah hari”

Jadi lepas zohor tadi, aku buka surat anak aku, sedih sungguh bila baca. Walaupun 6 patah ayat, cukup buat hati aku terusik. Oh anakku, patutlah semalam ayah Nampak kamu korek duit tabung. Ayah sangka kamu nak beli pensil picit guna duit sendiri, rupanya kamu hadiahkan pada ayah duit belanja.

Mata masuk habuk.


Sob.


Mar 21, 2016

Dakwah cara sentap?

(Tanya sama abang keretamayat)

Pelajar: Assalammualaikum wbt. Hai, saya Wati (bukan nama sebenar) ,pelajar tahun akhir jurusan komunikasi dari UXM XXXXX.. Kami dikehendaki  menjalankan satu research mengenai isu penerimaan media sosial  sebagai medium dakwah dan kumpulan kami telah memilih blog Kereta Mayat sebagai salah satu blog. Oleh itu, jika encik pengarang tidak keberatan kami ingin menjalankan sedikit temu ramah dengan encik mengenai isu ini. 

Jika encik tidak berkelapangan untuk ditemu ramah . Izinkan saya untuk mendapatkan email atau nombor telefon encik untuk kami menemu ramah encik secara atas talian. Harap maklumbalas dari pihak encik pengarang. Terima kasih

Hamka: Salam. Guna emal boleh, Keretamayat at gmail dot com

Pelajar: Terima kasih atas maklumbalas pihak kereta mayat (smile emoticon here)

Hamka: (smile emoticon here)

Pelajar:  Pihak kami telah menghantar soalan soalan temu duga pada email encik. Berikut soalan dari kami, Kenapa encik/cik pengarang memilih untuk berdakwah menggunakan bahasa sindiran atau sarcasm?

Hamka: Hai pelajar Wati yang PM saya guna FB gambar perempuan bertudung kelabu naik kereta berlengang hitam dan pakai seat belt,  Nampak cantik dan beriman, tapi soalan dalam email, gambar awek baju pink dalam profil wati pula tidak bertudung, macam artis korea punya gambar. Adakah anda menepuk dada tanya iman sebelum memilih profil gambar untuk di letakkan pada FB atau Email? Atau saya sangka baik, orang yang mesej di FB dan orang yang email adalah dua wanita berbeza, amacam ada rasa tersindir atau sarcasm tak? Woha!

Ok, balik kepada soalan awak, dalam blog memang ada saya guna bahasa sindiran atau sarcasm, kenapa saya guna sebab ianya lebih senang untuk di sampaikan dan saya sendiri sebagai penulis, rasa teguran dan sarcasm itu setepek kena pada muka sendiri, kira saya menegur pada diri sendirilah, siapa lagi yang lebih kita redhai untuk memaki melainkan diri sendiri? Dan saya percaya, pembaca zaman sekarang cukup bijak untuk menilai sendirin dan sarcasm lalu menjadikan sendirin dan sarcasm itu sebagai pemangkin dalam tindakan dalam hari yang mendatang demi kebahagian menempuh hari bijak sana mereka kelak, chewah!

Pelajar:  Cara yang manakah encik/cik pengarang berpendapat lebih efektif dalam penyebaran dakwah? Adakah dengan menggunakan bahasa yang mempunyai unsur sindiran/sarcasm atau menggunakan bahasa yang lebih sopan. Dan mengapa?

Hamka: Dalam berdakwah, cara yang paling efektif adalah cara Nabi Muhammad SAW. Iaitu jumpa manusia secara depan-depan, bercakap dengan lemah lembut, tunjuk akhlak yang baik, penuh sopan dan doakan hidayat bertalu talu, di blog lain pula yang cara yang saya guna, iaitu ada tulisan berbentuk sindiran/sarcasm atau menggunakan bahasa yang lebih kasar. 

Perlu di beri pencerahan di sini, niat asal menulis blog adalah untuk nota agama kepada diri sendiri, atau keluarga atau kawan yang SUDI baca. Jadi tulisan teguran atau reminder kepada diri sendiri, memang saya tulis dengan unsur sindiran/sarcasm atau menggunakan bahasa yang lebih kasar. mengapa? Sebab lebih mudah untuk saya hadam dan ingat, tapi sayang tak halang orang nak baca blog saya, jika suka alhamdulillah, jika terasa dan berubah, Alhamdullilah, tapi jika emosi baca dan nak mengamuk, elok jangan baca, sebab blog ini adalah nota agama kepada diri, dan ini adalah salah satu cara saya belajar bab agama, contoh jika apa yang saya tulis tu salah fakta, orang akan betulkan di ruang komen, saya akan take note, tapi kebanyakkan komen yang saya dapat, fakta orang terbetul melalui tulisan saya, Alhamdulillah. Walaupun agar kasar dan sarscasm, masih ramai yang komen secara positif. 

Namun saya akui, yang mana jika saya sendiri bila nak pergi dengar ceramah, saya mengelak ceramah yang jenis cakap kasar atau mencarut, tak sopan dan tak ikut cara Nabi, dan saya sendiri, insyaAllah, bila berdakwah cara jumpa manusia, saya akan cakap lemah lembut, dan cuba ikut Sunnah Nabi sedaya mungkin.

Pelajar:  Pada pendapat encik/cik pengarang sendiri apakah cara terbaik dan betul dalam menyampaikan dakwah mengikut Al-Quran dan sunnah?

Hamka: Cara yang paling betul, adalah cara Nabi Muhammad SAW, iaitu jumpa manusia dan pujuk rayu mereka kepada Allah secara lemah lembut, (sopan) sebelum itu saya nak betulkan anda terlebih dahulu, soalan anda saya rasa di tanya sebab anda sangka kejayaan dakwah adalah bila orang ikut kita selepas kita dakwah mereka, sebab tu anda masih sanggup bertanya apakah cara terbaik dan betul dalam menyampaikan dakwah mengikut Al-Quran dan sunnah? Sebab mungkin anda pernah tengok orang yang dakwah mengikut Al-Quran dan Sunnah tapi tak Berjaya, buatkan anda bertanya, apakah cara terbaik? Kan kan  kan?

Rujuk Al quran kisah Nabi Musa berdakwah pada Firaun.  Allah perintah Nabi Musa berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun tu mengaku Tuhan, Hujung cerita, Firaun tetap tak ikut dan mati kafir, dan Nabi Musa tak ubah cara berdakwah buat lawak pulak ke mana tahu firaun suka sebab firaun pun ada Pelawak YOYO yang diupah khas, tapi Nabi Musa dakwah cara yang Allah suruh, berkata dengan lemah lembut walaupun orang naik kepala, akhirnya, Firaun mati masuk neraka, tapi ahli sihir dan pelawak firaun pulak masuk islam dan mati masuk shurga sebab terkesan dengan mujahadah Nabi Musa Alahisalam..

Sama jugak kisah Nabi Nuh berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun dengan cara Allah suka, Nabi Nuh tak pulak buat lawak ke, buat dakwah sentap ke,  supaya kaum dia ikut untuk dapat kuantiti, akhirnya diringkaskan cerita, kaum dia yang engkar masuk neraka, dan nabi Nuh yang dakwahnya tidak ramai orang ikut dikitiraf sebagai Nabi ulul Azmi.

Kisah Nabi Muhammad berdakwah pada orang taif sehingga kena baling batu, patut ke Nabi buat dakwah cara moden di sana ikut kefahaman anda? Atau Nabi berdakwah sama tertib dengan NAbi Musa, NAbi Nuh, NAbi Luth dan semua ambiyak, itulah cara terbaik!

Ketahuilah, Nabi buat dakwah bukan nak menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka melihat Nabi berdakwah cara mujahadah macam tu, siapa kita nak nafikan perintah Allah? dan lepas Allah binasa kaum yang tak suka dengan dakwah cara Nabi, (mungkin kaum dia tak ikut sebab Nabi tak buat lawak kot) bila datang kaum baru yang engkar, ada Allah suruh Nabi baru ubah dakwah cara lain? Oh Nabi Nuh gagal berdakwah cara jumpa manusia, nanti Nabi luth dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat lawak ke? Ada Allah ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?

Takde maknanya!!

Ketahuilah: Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain lalu buat cara yang sesuai dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke, berdemotrasi ke? FB sharing ke, buat lawak ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka korang akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..

Berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinasakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari ramai orang datang dengar, atau orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan mengikut cara yang Allah suka.

Tuan tuan, Agama tersebar dengan mujahadah para pendakwah, bukan dengan hiburan. Dizaman Nabi Muhammad SAW, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum ada, kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, FB islamik takde, halaman web Islamicpun takde jugak, parti islam dan nasyid jugak tiada, drama islam takde, ceramah kelakar takde, tapi hari hari orang kapir masuk islam, Kenapa?

Kerana hidayat tersebar bila mujahadah dari Nabi dan sahabat yang berterusan. Tapi zaman ni, apa yang tak de?, kitab ugama dicetak sudah setinggi gunung, akhbar dan majalah islamic bersepah, risalah lepas jummaat melayang layang, blog dakwah berlink link, halaman web Islamic penuh sesak, parti so call islamic bukan main besar bendara berkibar, nasyid di radio tak henti henti, TV islamic pun ada, ustaz ceramah bukan main kelakar, tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman Nabi, sikit bebenor, malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?

Patut dengan dakwah cara kelakar, Masjid lima waktu penuhlah macam waktu ceramah, tapi masih kosong terutama bila takde ustaz kalakar datang ceramah, adohai..

Berdakwahlah untuk menyukakan Allah, bukan menyukakan nafsu kita atau nafsu orang lain.., berdakwah dengan mujahadah cara Nabi, dan hidayat adalah kerja Allah.

Pesan imam Ghazali: “Mujahadah adalah kunci pintu hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah.”

Jadi balik kepada soalan, apakah cara terbaik dan betul dalam menyampaikan dakwah mengikut Al-Quran dan sunnah? Tidak lain tidak bukan, cara seperti yang di tunjukkan oleh Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, cara mujahadah, jumpa secara depan depan, rumah ke rumah, cakap lemah lembut, dan pujuk rayu manusia ke jalan Allah. Wallahu’lam.

Pelajar:  Setakat ini, apakah  feedback yang encik/cik pengarang  terima dari pembaca blog?

Hamka: Dulu, waktu saya masih muda, hari hari dapat email dan komen dari pembaca, mereka sangat suka dan berebut rebut nak komen, mungkin apa yang saya tulis sesuai dengan pembaca, buat mereka sangat rajin email dan komen yang membuatkan saya rajin update blog, pernah sampai sebulan, 10 artikel saya tulis, tapi lama-lama saya semakin sibuk, dan sudah jarang update blog, sehingga sebulan nak tulis dua artikel pun payah, adohai..

Tapi sekarang saya rajin Update Facebook dan Instagram, komen dan mesej di FB masih hangat macam dulu, like sampai beribu ribu, komen sampai beratus ratus, Cuma topik di FB saya tulis lebih santai dan ringan, tak macam di blog dahulu, lebih panjang dan deep. So saya rasa pembaca saya pun dah ramai berubah kerana bila saya dah tua begini, saya dah penat nak tulis sindiran atau sarscasm atau Bahasa kasar, sebab kesian bagi pembaca yang slow terutama para remaja, jadi sekarang, saya kembali bersopan dalam penulisan, umur mengubah cara kita menulis, hu hu hu..

Pelajar: Adakah perbezaan penggunaan bahasa (sindiran/sopan) mempengaruhi kesan psikologi terhadap pembaca terutamanya remaja?

Hamka: Saya pernah juga ada dapat komen dari pembaca yang tak faham bahasa sendiran lalu emosi dalam komen, memang bahasa sindiran, troll, sarcasm akan mempengaruhi kesan psikologi terhadap pembaca terutamanya remaja, so saya nasihat kepada para remaja, banyakkan membaca, dan tolong faham apa itu sarkastik, apa itu troll, apa itu prank, agar korang bila baca tak mudah terpengaruh dan melenting. Adohai..

Pelajar:  Apakah perbezaan kesan secara psikologi antara penggunaan bahasa (sindiran/sopan) terhadap  pembaca terutamanya remaja ?

Hamka: saya rasa Bahasa sendirin ni bukan semua remaja boleh hadam, dan Bahasa sopan sangat elok untuk mereka, jika blog saya hanya untuk remaja, maka saya akan tulis sesopan mungkin, insyaallah, dan seringkas mungkin. Tapi itulah, oleh kerana blog saya adalah “nota agama kepada diri” maka ianya baik untuk orang macam saya, atau pembaca macam saya. Ehem-ehem. Tapi jika ada remaja atau orang dewasa yang baca dan sakit hati, nasihat saya, jangan baca. Eh? Dah habis soalan.

Terima kasih kerana sudi bertanya, ada jugak modal nak update blog yang dah bersawang ni-Woha!


 Ps: Jika dapat A, jangan lupa belanja pakcik! Woha!


Mar 13, 2016

Pilihan Ceramah agama di Malaysia?

(macam-macam ada! Tapi aku pecah kecil pada 4 jenis, sila baca dengan berlapang dada dan sila bersetujulah di hujung karangan demi kebahadian kita bersama-chewah)

Sebagai orang Islam, kita wajib belajar agama, terutama ilmu yang kita tak tahu, dan Alhamdulillah di Malaysia ini, di bawah pempinan UMNO majority dan Pembakang PAS minoriti, di masjid seluruh negari ada banyak majlis ilmu yang disediakan secara percuma, terutama di waktu antara magrib dan isyak. So, bagi siapa yang baru masuk islam dua tiga hari lepas, dan tak tahu jenis-jenis ceramah, atau pilihan ceramah, mari sini dengar driver kereta mayat nak bagi pencerahan sikit. macam-macam ada!

Lepas magrib, sebelum waktu isyak, akan ada ceramah agama secara percuma, macam macam tajuk ceramah, ada bab tauhid, bab Sunnah, bab ibadat, fekah, tasauf, isu semasa, sirah, sifat 20, dan macam macam tajuk.

Ustaz yang berceramah pulak ada macam macam jenis, ada yang bawak kitab, ada yang bawak slide show power point, ada yang tak bawak apa apa, ada yang bawak produk dan jual dalam masjid, macam macam sytle lah ustaz yang berceramah ni.

Lepas tu pulak, ustaz ni ada jenis yang serius, ada yang suka buat lawak, ada yang banyak menangis, ada yang suka mencarut, menjerit, menyanyi, dan macam-macam karenah mereka.

Dari segi upah pulak, ada yang cas mahal, ada yang cas murah, ada yang full time ceramah, ada yang part time, ada yang percuma, ada yang bukan ustaz tapi syarah bab hadis, ada ustaz yang komplen bab sains, macam-macam ada!

Okey, oleh sebab macam-macam ada! dan panjang sangat jika nak cerita bab jenis ustaz dan tajuk ceramah, maka di sini suka aku pecah kecilkan bahawa hanya ada empat jenis ceramah yang umum di Malaysia, sila buat pilihan yang betul.

1)  Ceramah agama biasa.

Biasanya, normal, ustaz ceramah, korang dengar. Sampai isyak habis. Ustaz balik, korang pun balik. Normal, biasa macam tu, tajuk ceramah, macam-macam, ustaz ceramah pulak macam macam. Tapi normal, no problem. Korang tak perlu bawak kitab, tak ada komitment, tak ada periksa, just tadah telinga, jika ustaz buat lawak, korang gelak, sampai isyak, habis cerita, ustaz akan tutup majlis dengan wallahu’lam.

2)   Ceramah agama luar biasa.

Ok, yang ni pelik sikit, biasanya ceramah politik dalam masjid, atau ceramah ustaz jual barang dalam masjid, pelik sebab korang kena keluar duit, sama ada derma untuk bantu parti politik, atau beli produk yang ustaz jual, biasa dalam sembang bab politik atau jual barang, mereka akan berhujah guna modal hokum agama. Jika korang pergi masjid tak bawak duit, tak apa, sebab mereka tak paksa. Cuma bab politik tak tahan bila banyak sangat mengumpat atau membodohkan orang.

3)   Ceramah agama peristiwa.

Ceramah persitiwa ni biasanya di jemput ustaz dari luar, dan ceramah agak panjang melewati waktu isyak, ada tabung derma bergerak, dan lepas solat isyak ada jamuan makan besar besaran, biasanya di buat pada awal muharam, malulidul rasul, maal hijrah, nisfu syaaban, dan macam macam tarikh berdasarkan peristiwa penting umat islam, anda di galakkan berderma untuk kebajikan surau, dan di galakkan sertai majlis makan makan. Alhamdulillah..

4)   Ceramah agama bagi kerja.

Ok, dalam banyak banyak ceramah, ceramah jenis ni yang paling kurang orang nak dengar sebab di hujung ceramah korang bukan dapat makan, tapi korang akan dapat kerja! Ceramah ni tak ada tabung derma, dan tak ada kitab khas, tapi tak tahan bila dah nak habis ceramah, mereka akan mintak nama korang bagi azam untuk buat kerja agama, antara kerja agama yang mereka tawarkan adalah, berdakwah kepada jiran jiran, beriktikaf di masjid, dan galakkan orang solat berjemaah. Biasanya yang buat ceramah ni orang tabligh di seluruh dunia. Ceramah mereka memang sedap dan deep, tapi yang tak tahan bila mereka ajak berdakwah macam mereka, hu hu hu.

Kesimpulan.

So, wahai saudara islam yang baru masuk agama islam dua tiga hari lepas, semua ceramah di atas tak salah korang nak datang, nak dengar, Cuma nasihat aku, kurangkan pergi ceramah no 2, Ceramah agama luar biasa. Iaitu Ceramah politik mengumpat parti lawan, atau ceramah ustaz jual barang, tak salah nak dengar, tapi jika ada pilihan ceramah kat tempat lain selain no2, boleh pergi tempat lain.

Ceramah No1, ok, ceramah no3, kalau boleh jangan miss, sebab ustaz luar ni biasanya pengisian mereka lebih kemas dan teratur, manakala ceramah no 4, silalah bagi nama dan azam untuk berdakwah, sebab Nabi dulu ceramah memang bagi kerja, bukan ceramah sekadar sedap telinga. Lepas ceramah Nabi, sabahat berebut rebut bagi nama untuk berdakwah, sampai budak budak pun bangun bagi nama.

Ikut sejarah, kenapa perang badar, kita boleh tahu 313 orang siap dengan nama? Sebab memang Sunnah mencatat nama mereka yang nak berjuang di jalan Allah. So kepada mualaf sekalian, agama ni bukan untuk dengar dan amal sahaja, tapi kena sampaikan. Jadi berilah nama anda dalam ceramah no4, Jangan bimbang, jika bagi duit, mungkin akan habis, tapi jika bagi nama banyak manapun, nama kita tak pernah habis- woha!

Ada hadis cerita, siapa yang zahirkan niat, jika dia mati tanpa sempat amal apa yang di niatkan, maka akhirat kelak mereka akan di bangkitkan bersama pahala yang sempurna. Jadi jika korang bagi nama dengan azam nak berdakwah, andai kata malam tu korang mati tak sempat keluar berdakwah, isyaAllah, akhirat kelak korang akan di bangkitkan bersama pahala dakwah yang sempurna-nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Jadi, akhir kata, boleh pergi semua ceramah, Cuma kurangkan perci ceramah no2, dan bila ada ceramah no4, jangan lupa bagi nama.

Ps: Now you know.




Mar 10, 2016

Buku baru?

Akan datang,
"KISAH ANAK BINI-anak tanya mak, emak suruh ayah jawab-woha" oleh Hamka Keretamayat

Cover Ok tak korang rasa?, cer komen..cer komen.
ps: Jika diam, tanda setuju, ha ha, insyaAllah ini cover untuk buku baru kisah baru, oh ye, sebelum itu terima kasih kerana sudi membaca buku KISAH LAKI BINI, ada cerita politik islam dalam tu, dan hal ehwal rumah tangga, dah masuk cetakkan ke-4, Alhamdulillah.
ps: maaf agak kurang update blog, tak macam dulu, hu hu.., anak makin besar, dateline semakin bertambah, tapi insyaAllah, jika ada nota yang best, aku share lagi kat sini macam dulu, Amin.

Mar 6, 2016

Jika haiwan ada Facebook dan Instagram?

(Bercakap dengan Haiwan-dicopy dari IG hamka_keretamayat)

Lokasi gambar: Rumah nenek anak aku

Kisah satu

Ada makhluk Tuhan yang pagi pagi lagi dah pergi memburu mencari rezeki yang bakal di takdirkan, tapi saya hanya lepak di rumah tunggu rezeki datang.

Syukur hari ini ada Lalat sudi menyinggah. Jom Mary Jane(nama bini saya) yang sedang merayap kat atas tu, jom sarapan, nanti kita tinggal sikit kat Gwen Stacy.

Ahaks!

Ps: Ada riwayat cerita kisah labah-labah buat buat sarang di gua hirak sewaktu Nabi berhijrah ke kota Madinah. Hingga orang kafir yang kejar Nabi sangka gua tu kosong sebab sarang labah labah masih elok, now you know.

Ps2: Allah cipta makhluk bersama rezeki, ada bunga makan serangga, ada makluk berenang makan hidupan makluk terbang, ada makhluk tak ada kaki tapi makan makhluk bekaki, ada makluk dalam tanah makan makhluk atas tanah, semua rezeki Allah sudah menakdirkan, tiada siapa yang mampu halang rezeki melainkan Allah. Take note!

Lokasi gambar: Malaysia
Kisah 2:

Kecoh labah labah pagi tadi share gambar sarapan bersama lalat. Macam dia sorang ada instagram. Dan Facebook. Aku pun nak share jugak. Hari ni lunch tempat biasa jer. Jom meragut rumput. Rezeki yang sungguh saujana.

Ahaks!

Ps: sory abang keretamayat. pinjam phone abang. Jangan lupa baca al quran sambung hari tu. Apa? Masih di surah al baqarah? Tak habis lagi baca kisah saya? Adohai.



Kisah 3:

Saya takut air tapi rezeki saya hari hari makhluk dalam air. Inilah kuasa Allah sampai pernah saya yang tak pernah berenang ini muntah keluar isi ikan! Saya juga antara makhluk yang Nabi suka. Hari ni ambik gambar sarapan lauk yang tak habis tuan saya makan semalam. Syukur. Nama saya Hurairah. Miaw.

Ahaks!


Moral of the story:

Manusia jahil selalu sangka rezeki berkat adalah melalui harta yang banyak, kereta besar, rumah besar, anak ramai.., dan lain lain.., ho ho.. ini adalah fikir yang salah, apa korang kira?, Nabi rumah kecik, baju tak banyak macam korang, duit sekejap ada sekejap takde, dan banyak hari lapar pada hari kenyang, kira Nabi rezeki tak berkat ke?

Atau cuba korang pergi satu kampong dan pergi jumpa dengan bilal kampong tu dan tanya sama bilal, siapa rezeki paling berkat dalam kampong ni?, korang akan dapati bilal tu diam sekejap sebab tengah fikir dan bandingkan harta sipulan dan sipulan lalu terkebil kebilah mata bilal mengeluarlah nama sipulan bin sipulan yang mana takrif berkat pada pandangan bilal tu adalah, harta yang banyak, kereta besar, rumah besar, anak ramai.. bla bla bla..

Dah cukup! Diam sekejap abang bilal surau kampaung kuala Syurga, biar aku cerita pulak…
Sebenarnya maksud, harta yang Berkat bukanlah dengan cara yang bilal tu dan korang yang jahil faham, lebih kurang sama dengan cara orang kafir takrifkan kejayaan mana boleh?, cuba baca kisah para wali Allah, kisah Ibrahim Adham atau kisah sahabat Nabi, kisah Abu bakar, Umar, Usman, Abu Hurairah, Abu Zar, Ali dan lain-lain?, yang mana melalui cerita kisah hidup mereka, ada yang tinggal di rumah kecik, baju tak banyak macam korang, ada yang ada hanya sehelai baju, itupun bertampal, duit sekejap ada sekejap takde, rumah takde sampah (perhiasan) macam rumah korang, dan banyak hari lapar pada hari kenyang, kira rezeki mereka tak berkat ke? Mana boleh fikir macam tu?

Maksud REZEKI berkat adalah:

KORANG DAPAT TAAT PERINTAH ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN..

Faham?

Rezeki berkat adalah:- KORANG DAPAT TAAT PERINTAH ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN..

Waktu korang kayapun dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah, itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat perintah Allah.., baru berkat!

Tapi jika korang kaya dan gagal tunai perintah Allah, itu bukan berkat namanya, itu BALA, atau istidraj kata Abang Raihan.., atau perangkap tikus kata aku, yang mana sedang korang asyik makan keju perasan tuan rumah sayang, sekali perangkap tu aktif, terus Ngap korang mampus tersepit dalam keadaan perasan bagus… tak ke bodoh?

Patut Abang Bilal tu jawab, sipulan bin sipulan yang 5 waktu solat di masjid, tak kira hari senang ke hari susah, sentiasa ada di masjid, akhlak pulak baik, rajin bersedekah atau jika susah menolak sedekah dan berusaha sendiri, itulah Berkat..

Sekian.

Ps: Moralnya disini, sentiasa mintak rezeki yang berkat pada Allah, yang mana samaada korang senang ataupun susah tapi masih dapat taat perintah Allah, samaada korang kaya ataupun miskin tapi masih dapat taat perintah Allah, samaada korang sihat ataupun sakit tapi masih dapat taat perintah Allah… itulah rezeki berkat namanya, kesusahan dan kesenangan tidak menghalang korang dari mengingati Allah.. Alhamdulillah..